Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Sein. Show all posts
Showing posts with label Sein. Show all posts

Sein Bakal Timang Cahaya Mata Yang Ke-3?

Bertemu pelakon Sein, di Majlis Pra Tonton Filem Psiko Pencuri Hati di Cathay Cineplex semalam telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia sedang menantikan cahaya matanya yang ke-3. Menurutnya kini kandungan isterinya telah memasuki 4 ke 5 bulan. “Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan kehidupan yang saya lalui buat masa sekarang kerana bagi saya semuanya cukup sempurna dan sungguh bahagia. Terasa semuanya lengkap. Tambahan lagi isteri saya akan melahirkan anak yang ke-3 kami. Usia kandungannya pula telah memasuki 4 ke 5 bulan,”katanya. Sementara itu, ketika ditemui dia yang diberi peranan sebagai Dr. Khai dalam filem terbaru arahan pelakon dan juga pengarah Namron telah sedikit sebanyak mengubah watak-wataknya sebelum ini. “Saya sangat suka dengan watak ini kerana ia berbeza dari watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini dan bekerja dengan Namron amat menyeronokkan dan juga pelakon-pelakon lain yang hebat. Jadi saya berharap peminat-peminat di luar sana jangan lupa untuk saksikan filem ini pada 5 September ini,”. Para peminat-peminat filem tempatan jangan lupa untuk saksikan filem yang bercorak thriller ini kerana banyak aksi yang mencabar dan berlainan dalam filem ini yang perlu anda tonton sendiri. Ayuh jangan lupa untuk singgah ke pawagam-pawagam seluruh tanah air untuk menyaksikan filem terbaru berjudul Psiko Pencuri Hati bermula 5 September ini. -rotikaya

Langgar 'bayi' sulung Sein


PENGHIJRAHAN dari satu karier ke karier lain merupakan lumrah bagi sesetengah individu yang mahu memastikan kelangsungan hidupnya terjamin.

Dalam bidang seni, beralih kerjaya daripada pelakon kepada penyanyi atau,pelakon menjadi pengarah dan macam-macam lagi adalah lumrah.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada kebolehan dan bakat yang dimiliki oleh seseorang selebriti tersebut. Semestinya, dia mempunyai banyak peluang untuk meraih pendapatan.

Begitulah yang terjadi dalam rutin harian hidup bekas anggota kumpulan Ruffedge iaitu Syed Hussein Syed Mustafa, 28 atau Sein apabila kini dia diberi peluang mengarah filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) berjudul Langgar.

Bermula sebagai model, kemudian pelakon, penyanyi dan pengacara, Sein yang juga merupakan juara bagi program realiti Sehati Berdansa itu mengorak langkah apabila draf skrip paduan ideanya bersama Pierre Andre diluluskan untuk diterbitkan.

Meraih populariti menerusi siri Adamaya, Sein mengumpul pengalamannya sebagai pelakon sepanjang hampir sedekad bergelar anak seni.

Sejurus menamatkan pengajiannya dengan mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan sinematografi di London Film School, United Kingdom, setahun lalu, Sein tekad mahu mengarahkan sebuah filem setelah pulang ke tanah air.

Lalu, jelas Sein, dia cuba menghasilkan skrip pertamanya yang belum mempunyai judul, genre psiko thriller dan menghantar ke TUSB di samping berkerjasama dengan Pierre menghasilkan sebuah skrip lagi bergenre aksi iaitu Langgar.

"Disebabkan terdapat beberapa prosedur yang tidak dapat dielakkan, skrip Langgar terlebih dahulu mendapat lampu hijau daripada TUSB untuk difilemkan.

"Bagaimanapun, Pierre tidak dapat turut serta untuk sama-sama mengarahkan filem ini kerana mempunyai komitmen lain," jelas Sein.

Tambahnya, cabaran menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem tersebut merupakan peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan memandangkan telah lama dia mengidamkan tugas itu.

Menurut Sein lagi, setelah kembali ke Malaysia setahun lalu, dia mula menjinak-jinakan diri dalam bidang pengarahan dengan mengarahkan beberapa video korporat dan filem pendek.

"Pembabitan saya dalam mengarahkan beberapa karya sebelum ini bolehlah diibaratkan sebagai sesi 'panas badan' atau warm-up sebelum menggalas tugas yang lebih berat.

"Hasil pengalaman dan ilmu yang ditimba sebelum ini, saya cuba aplikasikan dalam Langgar yang telah bermula pada pertengahan bulan puasa lalu.

"Syukur, saya mendapat respons positif daripada team produksi. Apatah lagi, krew-krew produksi yang terlibat telah banyak bekerjasama dalam pembikinan filem-filem TUSB selama ini.

"Filem ini melalui proses pembikinan skrip sebanyak 15 draf," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem tersebut di Damansara Heights, baru-baru ini.

Berbicara lanjut mengenai Langgar, Sein mempertaruhkan jalan cerita yang memaparkan pergelutan tiga penjuru antara tiga geng samseng yang berebut kawasan jajahan.

Walaupun ia kelihatan serupa dengan dua buah filem, KL Gangster dan Kongsi yang pernah ditayangkan sebelum ini, Sein cuba lari daripada persepsi menyamakan filem arahannya dengan filem-filem tersebut apabila menampilkan kelainan dari aspek plot cerita dan gaya pengarahan.

"Sejak kecil, saya suka menonton filem aksi gangster seperti Godfather, Young & Dangerous dan sebagainya.

"Saya menganggap filem genre ini adalah filem seorang 'jantan' tetapi mahu menyampaikan mesej secara lembut dan bersahaja tanpa perlunya adegan ekstrem.

"Saya mencuba dengan menampilkan adegan aksi seperti pertarungan yang berbeza. Setiap aksi yang ditunjukkan mempunyai graf peningkatan," jelas Sein sambil mengatakan, koreografi pergaduhan yang dipamerkan turut menyelitkan imaginasi zaman kanak-kanaknya.

Langgar yang menjalani penggambaran selama 33 hari menampilkan barisan bintang popular seperti Adi Putra, Hans Isaac, Namron, Khir Rahman, Zul Huzaimy, Natasha Hudson, Bell Ngasri dan Nadia Heng.

Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula


PETALING JAYA: Pasangan artis Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri. Ia akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, pada 2 April ini, pukul 9 malam.

Nana yang dihubungi berkata majlis tersebut sebagai tanda syukur kerana hubungan mereka terjalin semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama tiga bulan.

"Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran ini dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami.

"Diharap selepas ini semua akan kembali berjalan seperti biasa dan hubungan kami akan diberkati Allah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Nana berkata, majlis itu juga bertujuan untuk dia dan suami menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak termasuk keluarga yang masih bertanya tentang kesahihan berita mereka rujuk semula.

"Kami juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya oleh semua pihak selama ini.

"Kalau boleh kami mahu beri kenyataan secukupnya dan tidak menjadikan ia sebagai sebuah persoalan kepada peminat," katanya.

Tambah Nana sepanjang tiga bulan menjadi ibu tunggal dia merasakan hidupnya terumbang ambing dan penceraian tersebut banyak mengajarnya erti kehidupan.

"Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan.

"Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula," katanya.

Dalam pada itu, Nana tidak menolak faktor anak-anak menjadi salah satu punca ikatan jodoh mereka masih kuat.

"Anak-anak kami masih kecil dan tidak faham perkara ini, sepanjang tiga bulan itu mereka sering bertanyakan tentang ayahnya.

"Begitu Sein yang tidak dapat berjumpa anak-anak seperti selalu," katanya yang kini kembali menjalankan rutin harian sebagai seorang isteri dan ibu.

Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.

Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun.

Anak penyatu Nana & Sein


PERCERAIAN selama tiga bulan akhirnya membuka pintu-pintu hikmah kepada pasangan Juara Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana. Mereka melihat dari mata hati, tentang kegersangan hidup dan kekosongan jiwa masing-masing.

Tempoh tiga bulan perceraian bermula 8 Disember lalu merupakan ujian untuk menduga kebesaran cinta yang menyatukan mereka sehingga lahirnya dua zuriat comel, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Nana atau nama sebenarnya Noor Diyana Muhammad, 27, mengakui, anak-anak kecil yang baru hendak mengenal erti kasih itu antara sebab utama dia dan suaminya kembali bersama.

Pada 11 Mac (Jumaat) lalu, Nana bersama Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 28, mengikat semula tali perkahwinan. Mereka rujuk secara rasmi di mahkamah yang sama tempat mereka bercerai tahun lalu.

"Syukurlah, kami telah pun rujuk semula. Sein mengemukakan perkara tersebut kepada saya dan saya bersetuju untuk hidup bersamanya semula. Saya masih lagi menyayanginya selain kerana anak-anak kami," jelas Nana yang semakin matang menilai erti hidup.

Pasangan tersebut berkahwin pada Julai 2006.

Barulah Nana sedar bagaimana rasanya berdepan kehilangan sesuatu yang amat berharga. Secara luarannya memang dia kelihatan kuat untuk hidup sendiri tanpa suami, tetapi perceraian tidak semudah yang disangka.

"Barulah kami sedar, bahawa kami memerlukan antara satu sama lain. Ada kalanya, kita ingat kita boleh lakukan sesuatu perkara itu sendirian, rupa-rupanya tidak," cerita Nana.

Sensasi Bintang: Selepas rujuk, apa perancangan yang diatur?

NANA: Kami akan mengadakan kenduri doa selamat April nanti. Selepas Sein memindahkan semua barangnya dari rumah sewa, hidup kami anak beranak akan kembali normal.

Bila kalian mula berbincang untuk rujuk?

Sejak Februari lagi. Setelah dibawa berbincang dan fikir masak-masak, saya setuju.

Sepanjang perceraian, bagaimana hubungan Nana dan Sein?

Kami tidak pernah putus berhubungan. Boleh dikatakan setiap hari kami akan berbual, kami memang rapat, kalau tak jumpa kami akan bercakap menerusi telefon. Masuk bulan kedua bercerai, saya dan Sein mula bercakap tentang rujuk. Sepanjang tujuh hari seminggu, hampir setiap hari kami akan berjumpa, Sein akan datang untuk jenguk anak-anak.

Siapa yang mulakan proses rujuk?

Sebenarnya sebelum Sein yang suarakan hasrat untuk rujuk, saya sendiri ada terfikir perkara yang sama tapi sekadar dalam diam sahaja. Tapi bila Sein dah suarakan hasrat, kami minta pandangan keluarga. Memang keluargalah yang paling gembira, mereka nak lihat kebahagiaan kami.

Mungkin ada iktibar yang boleh dikongsi?

Rasanya, dalam perkahwinan tak boleh ada sikap sambil lewa. Jangan ingat jadi ibu tunggal atau bapa tunggal itu senang. Fikir masak-masak sebelum buat keputusan mahu bercerai. Saya sendiri, kalaulah boleh, mahu sahaja saya putarkan masa sebelum bercerai dulu. Allah itu Maha Berkuasa. Dia mahu kami belajar dengan cara begini. Kalau tidak tahu tapi bila sudah berpisah barulah perasaan itu datang.

Selepas kembali jadi pasangan suami isteri, apa azam Nana?

Kita tidak boleh menentukan masa depan tetapi, saya kena selalu ingat untuk banyak bersabar, iman kena kuat, sabar dan sabar lagi. Sebelum ini, saya akui segala silap banyak datang daripada diri sendiri, saya tak cukup sabar. Rasanya sekarang saya kena belajar untuk lebih menghargai perkahwinan. Jangan nak terlalu gila-gila kerana perkahwinan bukan perkara main-main. Setakat ini saya sangat gembira, sebagai isteri dan ibu.

Bagaimana dengan isu orang ketiga yang dikatakan punca perpisahan dahulu?

Sebenarnya tiada orang ketiga. Cuma salah faham, saya dan Sein, dua-dua degil yang tak cukup sabar, darah muda barang kali, kahwin pada umur 22 dan 23 tahun bagaimanapun kami sama-sama besar dalam perkahwinan. Bila bercerai, kami jadi semakin matang, itulah, kahwin muda banyak dugaannya.

Apa ikrar kalian

Kami mahu tutup buku lama, buka buku baru, buangkan segala ego dan dendam.

Sein Nafi Orang Ketiga Punca Penceraian


KUALA LUMPUR: Pasangan juara Sehati Berdansa, Syed Hussein Syed Mustafa atau lebih dikenali sebagai Sein menafikan wujudnya orang ketiga atau badi program Sehati Berdansa menjadi punca penceraiannya dengan Nana awal bulan lalu.

Jelasnya, punca utama penceraian mereka adalah disebabkan tiada lagi persefahaman dalam menenruskan ikatan tersebut.

“Itu hanya khabar angin, tiada orang ketiga atau badi Sehati Berdansa sebagai punca perpisahan kami.

“Kami berpisah secara baik selepas berbincang untuk mengambil keputusan terbaik. Masing-masing setuju untuk mencari jalan hidup sendiri,” ujarnya yang ditemui di Anugerah Skrin 2010, Jumaat.

Pasangan ini disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 2 Disember lalu.

Bagaimanapun, katanya dia menerima jika ditakdirkan kembali berkongsi hidup semula dengan bekas isterinya itu.

“Saya dan Nana masih berhubung terutamanya kerana anak. Kami tidak mahu penceraian ini menjejaskan kehidupan anak-anak.

“Buat masa ini saya bebas untuk menggambil anak saya pada bila-bila masa,” ujarnya yang mempunyai dua cahaya mata Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Dalam pada itu, Sein mengakui perbezaan ketara setelah kembali menjalani hidup bersendiri. Justeru dia kini lebih menumpukan perhatian terhadap syarikat produksi miliknya, Cumwerk Sdn Bhd.

“Saya akui banyak perbezaan hidup dulu dans sekarang. Tak dinafikan sunyi dari gelak tawa anak-anak, sebab itu saya tumpukan perhatian pada kerja.

“Saya kini sibuk dengan penulisan skrip dan kerja-kerja disebalik tabir. Syarikat saya ini ditubuhkan pada bulan Julai tahun lalu.

“Semua projek dalam proses pembikinan, dan Isya-Allah impian untuk menerbitkan sebuah drama atau filem,” ujarnya yang baru menamatkan pengajian di London Film School dalam jurusan Seni Fotografi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails