Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Sepahtu. Show all posts
Showing posts with label Sepahtu. Show all posts
Sepah 'hidup' dalam Sepah The Movie
RIBUT pergeseran dan perpecahan kumpulan pelawak Sepah yang dianggotai Jep, Mamat dan Shuib sudah lama reda. Sepah meraih populariti apabila muncul sebagai juara pertandingan Raja Lawak musim ketiga sebelum menjulang pula trofi Maharaja Lawak musim pertama.
Seperti terbakar oleh glamor dan perhatian umum, perpecahan Sepah banyak memberikan impak. Selain penubuhan Sepahtu oleh Shuib dan Jep, Mamat yang terpinggir dan membawa haluan sendiri pula terheret dengan pelbagai kontroversi sehingga mendedahkan kepincangan grup komedi yang dikatakan pengganti kepada kumpulan lawak terkenal, Senario.
Konflik Mamat, Jep dan Sepah dikatakan belum berakhir walaupun mereka kembali bersepakat untuk menjayakan filem sulung Sepah The Movie pada hujung tahun lalu. Tanpa perlu berselindung, Shuib mendakwa itulah filem pertama dan terakhir membabitkan mereka bertiga.
Selain Mamat, Jep dan Shuib, filem terbitan PTV Film Productions itu turut dibintangi oleh Jehan Miskin, Yus (Jambu) dan Asrul dari Raja Lawak, Anzalna Nasir dan Ramona Qadri.
Hadir ke sesi fotografi tanpa Jep yang ada komitmen penggambaran sebuah drama di utara tanah air, Mamat dan Shuib menegaskan antara mereka bertiga, ikrar persahabatan Sepah tidak akan mati walaupun mereka sedang menggerakkan haluan secara berasingan.
Bagaimana hubungan kamu bertiga kini?
MAMAT (M): Provokasi dan berita yang digembar-gemburkan sebenarnya lebih besar daripada kisah sebenar perpecahan kami bertiga. Saya cuma bukan Sepahtu dan tidak boleh bergabung dengan Jep dan Shuib sebagai Sepahtu, tapi apabila projek itu dinamakan Sepah, kami masih berbaik. Saya boleh jamin, penonton tidak akan dapat mengesan sebarang kejanggalan kami dalam filem itu nanti.
SHUIB (S): Tapi dalam pada orang lihat kami bergaduh, kami sebenarnya boleh bekerja secara profesional. Kalau mahu tahu kami bergaduh atau tidak, tengoklah filem Sepah The Movie nanti.
Selain bahan komedi, apa tarikan yang dijanjikan oleh kalian terhadap filem itu?
M: Bagi saya filem ini satu keajaiban dunia. Kami menang Raja Lawak dan Maharaja Lawak, buat filem pula selepas berpecah. Filem ini sebuah nostalgia, hadiah untuk peminat yang undi kami selama ini walaupun banyak kontroversi tetapi ia dapat diselesaikan dengan cara terhormat.
S: Aksi-aksi sukan motorcrosss semua kami lakonkan sendiri. Kalau dalam drama Bujang Sepah, kami digambarkan sebagai adik beradik, jadi ada hukum yang tak boleh dilanggar tapi dalam filem ini kami kawan dan kami guna nama sebenar. Sepah lebih 'hidup' dalam versi filem ini.
Secara peribadinya, bagaimana kalian melihat naik-turun kehidupan masing-masing?
M: Banyak cerita buruk tentang saya, lepas satu, kemudian satu lagi. Saya tahu dan itu semua menjejaskan mata pencarian saya. Sudah lama saya tiada tawaran berlakon, maruah saya jatuh dan keluarga di kampung juga terkena tempias. Tapi, saya tetap kena teruskan hidup. Nasib baik saya selalu dapat tawaran dari Singapura. Orang Singapura tidak ambil peduli tentang kontroversi saya.
S: Saya percaya hidup tak semuanya indah. Kami pernah berjanji untuk tidak berpecah, tapi akhirnya berpecah juga. Saya sebenarnya terkilan apabila ramai pihak di luar sana yang tidak puas-puas mahu mencari silap Mamat. Saya tidak tahu kenapa dia ditimpa nasib yang sebegitu, saya mendoakan yang terbaik untuk Mamat. Dalam keadaan tertentu, saya kena menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri, saya ada keluarga dan kena ada sasaran dalam karier.
Perkembangan terbaharu masing-masing?
M: Saya ada mulakan perniagaan kecil-kecilan berhampiran dengan Taman Tema Legoland yang baru dibuka di Johor. Alhamdulillah bisnes saya bagus.
S: Disember nanti saya akan mulakan penggambaran sebuah filem bersama Zul Yahya. Jadual saya sentiasa padat dan terbaharu, saya dilantik sebagai Duta Dobi Aqua Nano. Ia sebuah jenama kedai dobi yang diusahakan secara francais. Itu semua rezeki anak, Siti Sarah (isteri) kini sedang hamil anak kedua.
Johan (Raja Lawak) Nafi Sertai Sepahtu
PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak Johan menegaskan khabar angin bahawa dia bakal menyertai kumpulan lawak Sepahtu adalah tidak benar sama sekali.
Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, berkata, dia terkejut apabila khabar angin tersebut menjadi perbualan umum malah telahpun diberitakan di ruangan pojok pada sebuah akhbar Ahad lalu.
"Khabar angin itu tidak benar. Saya pun terkejut apabila membaca ruangan pojok yang ditulis pada akhbar tersebut yang mengatakan saya bakal sertai Sepahtu.
"Bagi saya, ia merupakan sebuah khabar angin yang mengarut kerana saya tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan dengan hal ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Johan yang juga merupakan ahli kumpulan Jozan bersama Zizan Razak dengan nada berseloroh menambah, berita itu timbul mungkin kerana ada sebilangan orang yang ingin melihatnya dalam kumpulan tersebut.
Sementara itu, salah seorang ahli Sepahtu, Shuib berkata, dia juga terkejut apabila khabar angin itu tersebar luas kerana dia dan Johan tidak pernah pun berbincang mengenai kemasukan ahli baru dalam kumpulannya itu.
"Apabila membaca ruangan pojok itu, saya terkejut, kerana Johan pun tidak pernah berbincang dengan saya tentang hal ini.
"Saya bertanyakan kepada seorang lagi ahli Sepahtu, Jepp, dan dia juga tidak tahu tentang berita ini.
"Apa-apa pun, saya enggan mengulas lanjut tentang hal ini, rasa pelik pula apabila berita sebegini timbul," ujarnya.
Bagaimanapun kata Shuib, dia tidak mempunyai masalah sekiranya Johan ingin sertai kumpulannya itu bagi memeriahkan lagi industri hiburan tempatan.
Kontroversi Mamat Aibkan Kami – Sepahtu (Jepp & Shuib)
Ingatkan sudah tamat cerita tentang kumpulan Sepah. Tup-tup semalam di dalam BiPop, Jepp dan Shuib yang sudah menubuhkan kumpulan Sepahtu menyatakan yang kontroversi Mamat mengaibkan nama kumpulan Sepah. Tidak mahu dipalit dengan cerita-cerita yang kurang elok, Jepp dan Shuib mengambil langkah untuk mengundur diri daripada kumpulan Sepah.
Berikut ialah kata-kata Jepp yang memberikan penerangan tentang punca sebenar pembubaran kumpulan Sepah:-
Saya tidak mahu nama Sepah dipalit pelbagai kontroversi. Yang membawa nama Sepah ni kami bertiga, jadi apabila ada kontroversi, saya dan Shuib yang tak ada kena mengena pun terkena tempiasnya. Saya nak buat nama Sepah tu jadi besar dan bersih daripada kontroversi kerana kami orang kampung, tak tahu apa-apa. Kontroversi dicetuskan mengaibkan kami, menenggelamkan nama Sepah. Kami tak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya bersama Shuib cuba mempelbagaikan bakat yang diberi, tiba-tiba apabila baca akhbar keesokan hari, kami ni yang tak tahu apa-apa, disajikan dengan cerita Mamat dengan Adda, dengan Fida. Kontroversi itu tidak membabitkan Mamat seorang diri, tapi tempias terkena kepada nama Sepah. Saya tak mahu isu peribadi merosakkan nama Sepah. Sekarang saya dan Shuib dikenali sebagai Sepahtu, jadi kalau ada apa-apa lagi kontroversi selepas ini, biar nama Sepah saja yang dikaitkan, manakala kami dah tak ada kena mengena. Jadi, itulah antara sebab utama mengapa saya dan Shuib menubuhkan kumpulan baru ini.
Menurut Jepp, Sepah tidak dibubarkan, sebaliknya dia menarik diri daripada kumpulan Sepah. Apabila Shuib turut menarik diri, mereka berdua bergabung untuk membentuk Sepahtu.
Lagipun saya dan Shuib tak pernah memecah atau membubarkan Sepah, kami hanya undur diri untuk menyertai Sepahtu. Sepah bukan kepunyaan saya seorang, tapi milik kami bertiga. Apabila saya undur diri, seminggu kemudian, barulah Shuib menyatakan hasratnya untuk sama-sama dalam Sepahtu, kini Sepah hanya ada seorang anggota iaitu Mamat. Apabila Sepahtu ditubuhkan, tiba-tiba ada tawaran daripada MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records untuk kami menghasilkan album. Jadi, saya rasa percaturan kami ini seolah-olah sudah disusun perjalanannya. Namun, apabila difikirkan semula, timbul rasa kasihan pada Mamat kerana kontroversinya bertimpa-timpa, tapi kami perlu kasihan pada diri sendiri dulu. Kami nak serius dalam kerja.
Ditanya adakah kemungkinan untuk Jepp dan Shuib menerima kembali Mamat, jawapannya seperti yang sudah dijangka:-
Pun begitu, untuk menerima Mamat semula, rasanya tidak kerana kami tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi dirinya. Tapi apabila membabitkan soal kerja, kami tak gaduh, masih boleh berborak, bergurau dan berlakon sama. Apabila kami menjayakan penggambaran Sepah The Movie nanti, Sepahtu akan berganding bahu dengan Mamat Sepah. Kami profesional, soal kerja kami akan bersatu.
Manakala Shuib pula secara jujur mengakui sudah tidak mampu menanggung kontroversi yang telah dicetuskan oleh Mamat.
Memang ada perkara saya nak buat dengan Jep saja, bukan Mamat. Bagi saya, setiap manusia tidak ada yang sempurna, tapi sama dengan Jep, saya juga tak tahan dengan kontroversi dicetuskan Mamat. Kami ni orang kampung dan bagi saya tak perlu ada kejutan budaya seumpama itu. Saya tak mahu nama saya dikaitkan dengan kontroversi Mamat. Saya nak serius cari makan dalam industri ini. Saya tak pernah berniat menindas Mamat kerana dia masih dikenali sebagai Mamat Sepah. Sekiranya Mamat bagus, dia pandai jaga nama, solo pun boleh cari makan. Selama ini saya jaga nama Sepah, tapi disebabkan dia, nama kami terpalit, jadi saya rasa tidak adil. Orang menulis di Facebook saya, setiap kali jumpa orang, mereka bertanya, kenapa Mamat jadi begitu, jadi saya malu.
Malah menurut Shuib, dia sudah berkali-kali menegur Mamat tetapi semuanya sia-sia belaka:-
Apa hal? Saya tak ada kena mengena, pergilah tanya Mamat sendiri. Saya pantang apabila nama Sepah dikaitkan dengan benda-benda tak elok. Ketika saya bersama isteri (Siti Sarah), saya jaga nama Sepah supaya tak keluar cerita negatif. Selagi belum jadi (tak kahwin), saya tak bercerita dengan orang. Apabila dah pasti, barulah seronok bercerita. Bagi saya, cerita peribadi, tetap peribadi, simpan untuk diri sendiri. Ini kau (Mamat), belum apa-apa beriya-iya cerita di Facebook. Saya tegur dia banyak kali sehingga kami pernah bertekak. Tapi, apa saja dinasihatkan itu, umpama mencurah air ke daun keladi, saya bengang! Sampai satu peringkat, saya malas nak tegur sebab dah ke ‘laut’. Apabila sampai ke tahap kontroversi yang tidak diperlukan, saya bosan apabila orang sekeliling menyindir!
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
