Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Serina Redzuawan. Show all posts
Showing posts with label Serina Redzuawan. Show all posts
KELUARGA BAHAGIA SERINA REDZUAWAN
Gambar menarik Tristan Tareef dan Isabella Saffiya iaitu anak-anak Serina Redzuawan dan suaminya Salahudin Ghafar. Waaahhh... dah makin besar anak mereka berdua dan pandai bergaya ala model pula.
"Amboi..dua-dua anak i ni bergaya macam model gitu," kata Serina yang baru-baru ini menyambut hari lahir Tristan yang ketiga.
Serina tak menang tangan
KETIKA bertemu dengan pelakon Serina Redzuawan pada majlis berbuka puasa anjuran Aquilla Emas dan Hotel Federal, Kuala Lumpur baru-baru ini, ternyata dia kelihatan sedikit kurus berbanding beberapa bulan lalu.
Berkesempatan menemuinya selepas majlis berakhir, Serina mengakui yang berat badannya kini sudah menyusut sebanyak 12 kilogram sejak tiga bulan lalu berbanding 80 kilogram sebelum ini.
“Secara jujurnya saya tidak melakukan sebarang diet memandangkan saya seorang yang kuat makan. Namun begitu, saya cuma mengamalkan pengambilan makanan tambahan daripada produk kecantikan keluaran sendiri iaitu Anggun Serina.
“Sebagai seorang selebriti pastinya penampilan perlu dijaga dan diutamakan dan sudah tentu saya risau apabila berat badan naik. Kini saya berasa lega kerana mampu menurunkan semula berat badan yang ideal,” ujarnya.
Bagaimanapun, anak kepada chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu mendedahkan, faktor lain yang menyebabkan berat badannya susut disebabkan jadualnya yang terlalu sibuk sebagai pelakon, penerbit drama dan ahli perniagaan.
Ujarnya, kini dia sedang sibuk menguruskan syarikat produksi miliknya iaitu YKS Film Makers Sdn. Bhd. yang memang aktif menerbitkan drama bersiri dan telemovie.
“Sebelum ini saya cuma sekadar bergelar seorang pelakon sahaja tetapi kini saya turut bertindak sebagai seorang penerbit. Sekarang ini barulah saya dapat merasai sendiri pengalaman untuk menghasilkan sesebuah program.
“Kalau boleh saya memang tidak mahu mengharapkan sesebuah projek itu datang sendiri. Sebaliknya, saya sendiri yang akan menghasilkan kertas kerja dan turun padang berjumpa dengan pihak stesen televisyen,” jelasnya.
Selektif pilih tawaran
Selain sibuk sebagai seorang penerbit, Serina turut memberi fokus kepada perniagaannya setelah membuka sebuah farmasi Cosway yang terletak di Kota Damansara.
Ujarnya, setelah hampir setahun membuka farmasi berkenaan, sambutan daripada para pelanggan sangat memuaskan. Namun begitu, dia bernasib baik kerana perniagaan tersebut dikongsi bersama rakannya yang bertindak sebagai pengurus.
“Dalam masa terdekat ini juga saya bakal membuka sebuah restoran khusus untuk makanan char kuetiau. Restoran yang diberi nama Char Kueh Teow Simply Delicious Penang Mai dibuka berhampiran dengan farmasi saya,” ujarnya.
Melihat kepada kesibukannya dalam menjalankan pelbagai bentuk perniagaan, Serina turut ditanya sama ada dia masih lagi aktif berlakon atau sebaliknya memandangkan kelibatnya di kaca televisyen semakin berkurangan.
Tidak menafikan dia kini memang semakin kurang bergiat aktif dalam bidang lakonan, Serina menjelaskan bahawa sekarang dia terpaksa lebih selektif dalam memilih setiap tawaran yang diterima.
“Kalau melihat kepada jadual harian saya, memang tak menang tangan dibuatnya. Jadi, itu yang menyebabkan aktiviti lakonan saya menjadi terhad dan saya akan menerima skrip dan watak yang sesuai sahaja,” jelasnya.
Tidak abai
Memandangkan jadual hariannya yang begitu padat, timbul persoalan tentang bagaimana dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada dua cahaya mata iaitu Tristen Tareef, 3, dan Isabella Saffiya, 2.
Tegas Serina, meskipun mengakui mempunyai masa yang terhad dalam menjalani kehidupan seharian tetapi dia tidak mengabaikan peranannya sebagai ibu dan isteri kepada Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
“Tidak dinafikan dengan kesibukan saya sepanjang hari pastinya akan membuatkan diri berasa letih. Namun begitu, keletihan itu akan hilang sekiranya berada di samping anak-anak tercinta.
“Biasanya dalam seminggu saya akan mengambil masa dua hari untuk bercuti. Waktu tersebut akan digunakan sebaik-baiknya untuk meluangkan masa bersama suami dan anak di rumah atau keluar berjalan-jalan bersama mereka,” jelasnya.
Menurutnya, dia juga agak beruntung kerana mempunyai seorang suami yang cukup memahami kerjayanya sekarang dan memberi kebebasan buat dirinya untuk bekerja kuat.
“Suami memang mengizinkan saya untuk melakukan apa sahaja yang digemari. Cuma, dia ada berpesan supaya saya tidak sesekali melupakan peranan dalam kehidupan berumah tangga,” ujarnya mengakhiri perbualan.
BILA SERINA REDZUAWAN NIAGA CHAR KEY TEOW
"Saya turun berat badan bukan kerana makan apa-apa produk, tetapi kerana tidak lagi terbabit dalam rancangan masakan contohnya Jalan-Jalan Cari Makan. Malah ia juga baik buat diri saya dan suami meskipun suami mengatakan saya tetap comel walaupun sedikit gemuk dulu," demikian ujar Serina Redzuawan mengenai penampilan terkininya.
Untuk info, Serina kini sedang sibuk memasarkan produk terbarunya sendiri yang didakwa bagus untuk penampilan wanita. Malah dia juga telah membuka sebuah gerai char kuey teow khas untuk pelanggan yang mahu menjamu selera selepas membeli atau menggunakan produk tersebut di tempat jualannya.
"Idea timbul selepas saya melihat rakan-rakan yang terpaksa jalan jauh untuk menjamu selera selepas datang membeli produk. Fikir saya, kenapa tak buka kedai makan di sini bagi menyenangkan mereka?" tambah Serina yang ditemui di Hotel Federal, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ditanya mengenai aktiviti seninya, jawab Serina dia kini agak kurang berlakon drama atau filem lain kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian pada drama bersiri Ruda-Roda Kota Raya arahan Yusof Haslam. Masa yang ketat merupakan punca utama dia terikat dengan drama bersiri tersebut.
"Saya pernah suarakan pada Datuk Yusof yang saya nak tarik diri... tapi Datuk tak bagi saya berhenti dengan alasan watak saya amat penting. Bila dia pujuk, hati saya jadi cair sebab Datuk ni seorang insan yang teramat baik hingga saya sudah menganggapnya sebagai keluarga sendiri," katanya.
Serina Redzuawan Buka Farmasi
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]







