Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Shahir AF. Show all posts
Showing posts with label Shahir AF. Show all posts

Shahir (AF8) Tidak Gentar Dikaitkan Dengan Erra Fazira

Juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) Shahir tidak gentar dengan sebarang kontroversi yang mungkin tercetus selepas dia mengaku beberapa kali keluar dengan aktres Erra Fazira pada bulan lalu. Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 25, berkata, pertemuan yang dilakukan itu semata-mata untuk membincangkan mengenai tawaran lakonan sebuah teater berjudul Tun Teja di mana Erra merupakan salah seorang penerbitnya. "Jika saya ingin sorok tentang hubungan kami pasti saya akan pilih tempat tertutup sebaliknya kami bertemu di tempat terbuka dan ia disaksikan oleh ramai orang. "Pernah ada beberapa kali kami keluar berdua sahaja dan yang lain turut ditemani oleh rakan-rakan pada bulan lalu. Ia semata-mata mengenai urusan kerja dan pertemuan itu dibuat ditempat terbuka dan bukannya secara rahsia. "Ramai mata yang melihat kami jadi tiada apa yang perlu disorokkan. Saya tidak takut dengan kontroversi ini kerana saya sudah menjangkakan ia akan diperbesarkan apabila kami keluar bersama," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Shahir, selepas beberapa kali perbincangan dilakukan dia tidak dapat menerima tawaran berkenaan kerana perlu memberikan tumpuan terhadap karier nyanyian yang baharu sahaja bermula selepas hampir dua tahun menyepi. Dalam pada itu, Shahir menyanggah kenyataannya yang disiarkan menerusi program H Live! terbitan Astro yang didakwa sengaja dimanipulasikan sehingga menyebabkan timbulnya salah faham. Shahir berkata, dia tidak pernah mengakui berkawan rapat atau mempunyai hubungan istimewa dengan Erra menerusi temubual tersebut sebaliknya sekadar membuat kenyataan mengenali wanita berkenaan sebagai rakan artis sahaja. "Dalam temubual tersebut saya tidak pernah mengakui kami sedang berkawan rapat atau mempunyai hubungan intim cuma memberitahu kami kenal sebagai rakan artis sahaja dan sudah tentu saya terkejut kenyataan saya dimanipulasi sebegitu kerana ia memberi presepsi tidak baik kepada kami berdua..
"Jika tidak percaya boleh rujuk semula video temubual dan saya rasa adalah perlu bagi saya memperbetulkan salah faham laporan berkenaan," jelasnya. Menerusi temubual berkenaan Shahir dikatakan mengakui dia dan Erra sedang dalam proses mengenali antara satu sama lain selepas gosip mengatakan mereka berdua sering keluar bersama hebat diperkatakan. Sementara itu, Shahir berkata, dia tidak menyangka akan digosipkan dengan Erra kerana menghormati wanita berkenaan yang lebih senior dalam bidang hiburan tambahan pula isu itu timbul selepas dia kembali aktif dalam bidang nyanyian. "Terkejut juga terkena gosip berkenaan kerana sudah lama saya tidak aktif dan tiba-tiba kena kontroversi begini," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Shahir berkata, dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Cerita Kita selain bakal merakamkan album keduanya.

Shahir kenapalah tak serik-serik

SABTU lalu, Joyah berkesempatan ke majlis berbuka puasa anjuran sebuah jenama tudung di Shah Alam, Selangor. Penganjur cakap pada Joyah yang Shahir AF8 akan buat persembahan malam itu. Berapi-api penganjur cakap pada Joyah yang Shahir akan datang dan buat persembahan. Tapi Joyah tak percaya sebab dah banyak kali Shahir buat perangai gagal dihubungi saat-saat akhir. Telefon tak angkat, SMS tak berjawab bila penganjur yang pernah block job dia sebelum ini. Ramai yang merungut. Perangai menyusahkan penganjur saat-saat akhir itu rupanya belum berakhir. Shahir masih tegar mengekalkan perangainya bila penganjur gagal hubungi dia beberapa jam sebelum mengadakan persembahan. Joyah senyum saja bila penganjur beritahu Joyah yang Shahir tak datang dan digantikan dengan penyanyi lain. Joyah dengan kepohnya beritahu penganjur: “Hah, ini bukan kali pertama Shahir buat hal. Dah banyak kali. Dia memang ada masalah dengan diri sendiri. Entahlah apa nak jadi dengan budak tu." Joyah bukan nak sembur sangat pada Shahir tapi tertanya-tanyalah kenapa Shahir tak serik-serik buat hal. Tak cukup ke sekali awak buat hal, takkan tak ada kesedaran. Awak bukannya budak kecil yang perlu kena pukul, baru nak buat kerja. Joyah tahu minat Shahir kini lebih kepada urusan keagamaan dan penyucian jiwa, tapi begitukah sikap orang yang kuat agama iaitu apabila berjanji Shahir mungkir? Joyah sedihlah kalau Shahir tetap meneruskan tradisi ‘janji kosong’ tu. Memanglah sekarang Shahir ada ramai peminat, tapi jangan lupa yang peminat sekarang ni boleh berubah minatnya. Macam lalang juga, sekali ditiup angin pasti terbang. Joyah dapat rasakan juga, sekarang ini lagu terbaru Shahir, Kini Kembali yang sibuk dipromosikan Astro itu dah tak ada apa-apa makna buat Joyah. Lagu itu semacam tak sampai pada jiwa Joyah berbanding lagu-lagu Shahir sebelum ini. Joyah pun tahu ada segelintir peminat Shahir yang sama rasa dengan Joyah. Joyah minta maaf sangat-sangat Shahir.

Shahir AF8 Kembali Semula


KUALA LUMPUR: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) atau lebih dikenali sebagai Shahir AF8 menafikan bersara dari industri hiburan tempatan sebaliknya hanya berehat sementara dari segala aktiviti seni.

Shahir berkata, dia membuat keputusan untuk bercuti selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan patah tangan selepas terjatuh di bilik air pada Jun lalu.

"Saya tidak pernah berkata untuk berhenti dari industri ini, malah saya memang meminta cuti dengan pihak Astro selama tiga bulan dan mereka meluluskannya.

"Dalam tempoh tersebut saya hanya berehat di kampung halaman di Perak dan menghabiskan masa bersama keluarga," katanya yang membuat kemunculan pertama di rumah terbuka Astro, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Shahir turut menjelaskan kehilangannya bukan kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu seperti dikhabarkan sebelum ini.

"Banyak khabar angin yang keluar media ketika saya bercuti, kenyataan sebenarnya bukan saya sengaja untuk membuat gimik seperti ini tetapi kerana sebab tertentu.

"Semua yang berlaku sudah tertulis dan saya anggap ia seperti satu perjalanan kehidupan dan bukan sesuatu yang saya rancang sendiri," katanya.

Selain itu, Shahir turut menolak dakwaan dia menyertai kumpulan tabligh dan ditemui dalam keadaan berjambang dan tidak terurus.

"Saya tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan tabligh seperti yang didakwa, jika ada yang mungkin ternampak saya dalam keadaan selekeh itu sebenarnya diri saya ketika di luar.

"Saya lebih suka bergaya sederhana ketika berada di luar, mungkin mereka tidak pernah nampak saya berpakaian begitu," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terbaru, Shahir baru sahaja keluar dengan filem terabru berjudul Pendam.

"Sekarang saya dalam proses menyiapkan album kedua dan kini sudah ada tiga buah lagu. Bulan depan kami akan buat klip video untuk lagu Pendam," katanya yang dalam proses menguruskan badan untuk klip video tersebut.

Bersara sajalah Shahir


PERKEMBANGAN terbaru tentang penyanyi Shahir yang dikatakan mahu ‘pencen’ awal dari dunia seni popular menarik untuk dikupas.

Saya berharap mereka yang selama ini banyak berhabis wang untuk mengundi Shahir sebagai juara Akademi Fantasia, janganlah marahkan dia pula apabila penyanyi itu dikatakan mahu mengambil keputusan untuk bersara awal.

Kalau marah tu, ‘buruk siku’ sangat namanya, betul tak?

Walaupun belum ada komen daripada tuan punya badan sendiri, tindak tanduk Shahir yang menyepi dan tidak endahkan media, peminat dan syarikat rakamannya sendiri, bagaikan membenarkan keputusan itu.

Berada di puncak popular pada ketika ini, tiba-tiba menghilang, sukar dikesan, susah ditemubual dan bersembunyi berbulan-bulan, itu bukan petanda yang baik bagi seorang artis popular seperti Shahir.

Kali terakhir Shahir muncul bertemu peminat ialah dalam Konsert Pancaindera di Melaka pada awal Jun lalu. Selepas itu, lesap terus tanpa berita.

Banyak majlis hiburan, majlis berbuka puasa Astro pada Selasa lalu pun, Shahir langsung tak muncul, apa sudah jadi?

Bukan maksud saya artis perlu melayan media setiap masa dan ketika, saya akui ada masanya mereka pun perlukan waktu untuk bersendiri, tetapi cara yang dipilih Shahir ketika ini lain benar.

Memang nampak sangat dia macam sudah tidak ‘kuasa’ untuk terus menjadi penyanyi walaupun khabarnya tawaran persembahan banyak mendatang.

Terbaru, khabarnya Shahir tidak sanggup lagi terus berada di landasan popular. Kalau tak salah, dia dikatakan mahu menceburi dunia dakwah dan berjuang melalui landasan keagamaan pula. Mana satu yang betul, tak dapat dipastikan sebab tuan badan tidak mahu bertemu langsung dengan orang media. SMS saya juga tidak dibalas Shahir.

Apa juga kemelut yang berlaku kepada juara AF yang kacak itu sekaligus membuktikan rancangan realiti tidak banyak membantu industri hiburan bergerak jauh ke depan.

Setakat ini juara AF yang betul-betul boleh dikatakan berjaya, sudah tentu Mawi. Stacy juga boleh dianggap berjaya selepas Mawi, mana lagi yang lain? Kalau 9 kali penganjuran, hanya melahirkan satu atau dua jaguh, mana bagusnya rancangan berkenaan?

Barangkali juga Shahir baru tersedar yang selama ini dia banyak diberikan mimpi-mimpi palsu semata-mata. Dimomokkan keindahan dunia artis sebelum ini, Shahir barangkali baru tersedar bahawa itu semua hanyalah dusta semata-mata.

Jadi, setelah berhadapan dengan realiti dunia hiburan sebenar di Malaysia, Shahir tidak sanggup untuk terus bertahan.

Saya percaya antara yang membuatkan artis yang punya kelulusan pelajaran macam Shahir kecewa adalah kerana pendapatan yang tidak setimpal dengan populariti.

Artis kita memang nampak gah, gilang gemilang, malah ada yang memandu kereta mewah ke hulu ke hilir. Realitinya, banyak yang ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Dunia seni di negara ini terlalu banyak retorik dan tidak menjamin masa depan yang gemilang.

Malah, penyanyi senior seperti Ziana Zain sendiri pernah memberitahu, untuk membeli sebuah rumah Semi D sekalipun, tidak ramai artis kita yang mampu.

Kalau itu jalan yang Shahir pilih, siapalah kita untuk menafikannya. Syarikat rakaman pun perlulah faham kalau ‘hati’ seseorang artis itu sudah tidak berapa ikhlas untuk berjuang di arena.

Cuma, perlulah berterus terang dan usah bermain tarik tali sehingga menyusahkan pihak lain. Shahir yang saya kenali, orangnya sangat baik, bercakap pun sangat lemah lembut dan tidak menyombong diri.

Malah, dia adalah seorang artis muda yang tahu apa yang dia inginkan dalam kerjaya.

Kalau dia memilih untuk bersara lebih awal, kita sama-sama doakan semoga dia berjaya dan bertemu dengan bahagia yang dia idam-idamkan.

Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya


PETALING JAYA: Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.

"Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).

"Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.

Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.

Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan.

Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubunganmereka sekadar teman biasa.

Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi.

Shahir (AF8) Retak Tulang Tangan, Jatuh Bilik Air


PETALING JAYA: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Warci kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.

"Dia sedang bercuti di kampung halamannya. Ketika di bilik air, dia tergelincir lalu jatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu dia telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

"Kejadian tersebut tidak terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambahnya, disebabkan kejadian tersebut Shahir bercuti selama seminggu untuk berehat.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang sibuk dengan promosi filem pertama berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam.

Shahir yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon.

Shahir (AF8) Janji Tiada Lagi Masalah Disiplin


PETALING JAYA: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir (AF8) menganggap masalah disiplin sering dikaitkan dengannya sebelum ini sudah selesai berikutan kesihatannya yang semakin pulih.

Kata Shahir, dia mengaku perkara tersebut telah menimbulkan salah faham banyak pihak dan lebih parah ada yang menokok tambah tentang masalah yang dihadapinya itu.

“Masalah disiplin dulu terjadi berikutan kesihatan saya. Sekarang saya sudah sihat. Saya tiada masalah lagi.

“Apa yang saya kesalkan ketika saya berhadapan dengan masalah itu, ada juga yang menokok tambah tentang cerita tersebut sehingga menjadi satu kontroversi besar,” katanya.

Tambah Shahir, banyak perkara yang didengar sesetengah pihak ialah cerita “cakap-cakap mulut” tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Saya tahu ramai yang sebarkan berita tersebut melalui mulut ke mulut mengenai kehidupan saya sehingga ada yang tidak pernah bekerja dengan saya juga percaya dengan berita-berita tidak benar itu.

“Saya sebenarnya seorang yang sangat menghargai orang yang bekerja dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, dia mengakui disebabkan perkara tersebut popularitinya turut terjejas.

“Saya akui ia memang menjejaskan populariti dan imej saya. Ramai yang menganggap saya berubah dan sehingga satu tahap saya betul-betul rasa kecewa.

“Ia memberi satu pengajaran pada saya untuk lebih berhati-hati dan bijak mengawal keadaan,” katanya.

Hormati maruah saya - Shahir


KALAU sekadar mahu mengusik, saya tak kisah. Tapi janganlah keterlaluan sangat, saya pun ada maruah. Saya tak suka bila kena fitnah,” reaksi awal Shahir mengulas tentang pertemuannya dengan jelitawan itu sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini dikatakan berjumpa dengan Rozita di Genting Highlands, Pahang sekitar pukul 3 pagi. Pertemuan berlaku usai menghadiri acara majlis anugerah, awal bulan lalu.

Kesannya, dia berdepan dengan persoalan demi persoalan. Tambahan pula sebelum ini banyak cerita kurang manis melibatkan figura awam pernah dicatatkan di kawasan hotel.

‘‘Ahli keluarga saya termasuk nenek terkejut bila dapat tahu tentang pertemuan tersebut. Berulang kali mereka bertanya tentang kebenaran cerita itu. Sedihnya, ada juga pihak yang mula percaya.

‘‘Memang tak ada pun pertemuan antara kami. Saya ke lobi hotel untuk bertemu kelab peminat lain. Cuma kebetulan Rozita ada di situ bersama penerbit yang juga saya kenal. Jadi kami berjalan seiringan.

‘‘Di sinilah terletak salah faham. Saya bukan berduaan dengannya tapi beramai-ramai. Saya ada bukti bergambar. Bersama dengan peminat saya sebelum pulang ke bilik kira-kira pukul 6.30 pagi,’’ hujah Shahir.

Juara rancangan Akademi Fantasia Kelapan ini juga kesal apabila masih ada pihak beria-ia mengesahkan kewujudan hubungan cintanya dengan Rozita.

Gambaran diberikan seolah-olah memang pasti hubungan cinta itu. Meski pun berulang kali mengatakan bahawa sekadar hubungan sesama rakan artis.

Apabila ada khabar mengatakan Rozita mendesak penerbit untuk menggandingkan dirinya dengan Shahir dalam telefilem berjudul Summer Camp. Bakal menjalani penggambaran di Ladang Tebu, Perlis pada awal Mei ini, Shahir mengatakan dia tak menahu berhubung perkara itu.

Apatah lagi ia merupakan gandingan kali pertama Rozita dengan Shahir. Mahu dilihat ada keserasian sewaktu melakonkan watak cikgu.

‘‘Kisah cinta antara saya dengan Rozita ada macam-macam versi. Hakikatnya saya cuma bersahabat baik dengan dia. Saya juga tak kisah dengan gosip antara saya dengan Rozita. Tapi tolonglah, jangan sampai menjatuhkan maruah saya,’’ kesalnya.

Pada masa yang sama, Shahir turut menyatakan pandangan peribadinya terhadap Rozita. Bagi Shahir, wanita yang dikaitkan dengannya itu secara luaran sangat moden. Namun, dalamannya penuh ciri-ciri ketimuran.

Tambahan pula dengan status ibu tunggal dibawa Rozita, menambahkan rasa kagum. Ketabahan membesarkan anak dan bekerja sebagai anak seni.

Pertaruhan pertama

Menyentuh tentang filem pertama lakonannya Karak, nada lelaki berusia 23 tahun ini bertukar ceria. Katanya, itu adalah pengalaman pertama bekerja dengan Yusry KRU yang bertindak sebagai pengarah di layar lebar.

Melakonkan watak Nik, seorang lelaki yang tabah dan taksub dengan perkara mistik. Kegemarannya mengkaji paranormal dan berkongsi hasil pertemuan dengan kawan-kawan. Minat itu kemudian bertukar kepada mimpi buruk sehingga menakutkan kekasihnya Zura (lakonan Shera Aiyob).

‘‘Bayangkan, saya yang ‘kayu’ ini kena berlakon dengan wanita. Bertambahlah ‘kayu’. Tapi saya cuba atasi rasa gemuruh saya itu.

‘‘Disebabkan terlalu penat juga saya tertidur semasa kamera sedang rakam. Sedar-sedar saya dengan suara abang Yusry surah saya berlakon,’’ katanya yang selesai menjalani pengambaran filem seram sekitar Julai tahun lalu.

Shahir (AF8) Harap Zain Saidin Tidak Cemburu


KUALA LUMPUR:Penyanyi Shahir berharap pelakon kacak Zain Saidin tidak menyimpan perasaan cemburu apabila aktres Rozita Che Wan dikaitkan dengan orang lain termasuk dirinya.

Jelasnya, Zain juga seorang artis yang mana sepatutnya lebih memahami perjalanan industri hiburan apabila seseorang itu berhadapan dengan gosip percintaan.

“Kalau mereka (Rozita dan Zain) benar-benar mempunyai hubungan istimewa, Zain tidak perlu cemburu tentang berita-berita yang mengaitkan saya dan Rozita.

“Sebab saya percaya bahawa dia faham dengan lumrah sebagai artis sebab dia juga seorang artis. Tidak semestinya semua yang digosipkan adalah benar,” katanya ketika sesi fotografi filem Karak, di Red Box PLUS Pavillion di sini, Khamis.

Shahir diminta mengulas apabila timbul gosip dia dikaitkan dengan aktres jelita tersebut.

Dalam masa yang sama dalam mStar Online baru-baru ini Zain turut membuat kenyataan seolah-olah dia dan Rozita mempunyai hubungan istimewa apabila tidak mengiya atau menafikan hubungan tersebut.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan pelakon jelita Rozita Cik Wan terhadap hubungan istimewa mereka, Shahir menganggap ia hanyalah gurauan semata-mata.

Jelas Shahir, dia percaya kenyataan tersebut disalah tafsirkan dan tidak seperti yang dimaksudkan oleh wanita itu.

“Saya rasa dia hanya bergurau sahaja, kami memang rapat sebagai rakan sekerja kerana kami sudah beberapa kali bekerjasama.

“Memang selepas keluar AF8 saya agak rapat dengan dia kerana kami digandingan dalam beberapa projek oleh pihak Astro,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sejauh mana dia mengenali pelakon tersebut, Shahir memberitahu dia senang bekerjasama dengan Rozita dan menganggap wanita tersebut sebagai seorang pelakon yang berbakat besar.

“Saya mengagumi bakatnya malah ketika menjayakan klip video untuk lagu saya berjudul Pendam. Dia mampu menjiwai watak dalam lagu tersebut.

“Bagiamanapun, Shahir berkali-kali memberitahu tiada sebarang perasaan cinta antara dia dan wanita itu,” jelasnya.

Kelab Peminat Sangkal Shahir & Rozita Rancang Bertemu


PETALING JAYA: Kelab Penyokong Shahir dan Adira (Shahiratics) menyangkal artis lelaki itu telah merancang untuk berjumpa pelakon Rozita Che Wan pada Anugerah Bintang Popular 2010 di Genting Highlands pada 3 April lalu seperti dihebohkan sebelum ini.

Salah seorang ahli Shahiratics, Azreen Ashikin Marjuki, berkata, Shahir berada lobi sebuah hotel di Genting Highland adalah untuk berkongsi kejayaannya memenangi anugerah Artis Baru Terbaik bersama para peminatnya.

Katanya, semasa pertemuan itu kira-kira pukul 3.10 pagi pihaknya dapat bertemu Shahir dan turut melihat Rozita secara kebetulan berada di lokasi yang sama ditemani beberapa petugas Astro.

“Sebagai wakil kepada kelab peminat Shahir, saya menyangkal sama sekali penyanyi itu dan Rozita sudah merancang untuk berjumpa seperti mana yang dihebohkan sebelum ini.

“Shahir sebenarnya merancang untuk berjumpa dengan ahli-ahli kelab peminat yang menyokongnya,” kata Azreen Ashikin.

Gosip hubungan Shahir dengan Rozita kembali diperkatakan apabila kedua-dua artis tersebut dilaporkan bertemu di lobi hotel sejurus selepas tamat ABP lalu.

Rozita bagaimanapun menjelaskan sudah lali dengan sebarang gosip termasuklah apabila dikaitkan bercinta dengan penyanyi tersebut.

Bibir seksi Shahir berkudis


SELEPAS teruk dikecam ekoran tidak muncul dalam sebuah konsert tidak lama dahulu, tidak banyak isu tentang Shahir diperkatakan.

Hendak dijadikan cerita, Shahir yang baru-baru ini menang gelaran Artis Baru Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP), terlibat dengan satu sidang media filem lakonannya, Karak di ibu negara.

Habis sahaja majlis, macam biasalah wartawan dan jurufoto akan menjemput artis yang hadir untuk acara bergambar. Sewaktu tiba giliran Shahir, dia tiba-tiba enggan gambarnya dirakam dengan alasan bibirnya tak ‘bersedia’ dan ada sedikit ruam kerana terkena jangkitan.

Tapi bila semua wartawan naik hantu minta gambarnya diambil juga, barulah Shahir kata okey.

“Ish, penat aku layan si Shahir tu Va, mengada-ngada, bibir terkena jangkitanlah, macam-macam lagi.

“Katanya kena jangkitan selepas malam ABP sebab tersalah solekan. Setahu aku solekan ABP semuanya ditaja oleh SimplySiti.

“Tapi bila aku risik-risik, seorang wartawan yang hadir pada ABP pernah tanya dia pasal masalah bibirnya itu.

“Masa kat ABP, Shahir kata sudah dua tiga hari dia mengalami jangkitan di bibir,” getus teman Diva, si Ikal Mayang dengan muka tak kuasa.

Bagi Diva, kalau sakit atau takut nampak tak cantik dalam gambar, jangan datang majlis sidang akhbar, sah-sah kat situ ramai jurufoto media.

Shahir Disyaki Sakit Kanser Hati


KUALA LUMPUR: Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu.

Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.

"Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh.

"Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius.

"Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya.

Tambah Shahir, gara-gara penyakit tersebut, dia mengambil langkah untuk berehat seketika daripada sebarang publisiti serta persembahan nyanyian pada tahun lalu.

"Bila saya perlukan ruang untuk berehat, timbul pula cerita yang saya tidak berdisiplin dan menghilangkan diri, semua itu adalah tidak benar.

"Sampaikan saya terpaksa menunjukkan surat doktor kepada beberapa pihak untuk memberikan penjelasan kerana saya enggan menimbulkan spekulasi," ujarnya.

Walaupun terpaksa bergelut dengan penyakit dan kontroversi, Shahir menerima keadaan itu seadanya memandangkan dia faham, sebagai seorang selebriti, pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.

Pada hujung tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dikatakan mula menghadapi masalah disiplin apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam, Selangor.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman, berkata kesihatan penyanyi itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran di kampungnya.

Cerita ditaja semua dusta - Shahir


BEBERAPA bulan kebelakangan ini, memang heboh dan kecoh industri hiburan tanah air apabila juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir dikatakan sudah mula berani menunjukkan belangnya.

Shahir telah dilabel sebagai seorang artis yang tidak berdisiplin gara-gara kerap menghilangkan diri pada saat-saat akhir dalam mana-mana majlis yang membabitkan penyertaannya.

Tidak cukup dengan itu, anak jati Perak Darul Ridzuan ini juga mula buat hal dengan pihak media apabila didakwa gemar membatalkan temu janji pada saat akhir.

Tidak cukup dengan itu, Shahir juga kononnya bagaikan kaduk naik junjung apabila dikatakan sudah pandai meminta bayaran jika mahukan dirinya muncul dalam mana-mana penerbitan.

Memang tindakan Shahir itu cukup berani untuk artis yang tidak sampai setahun berkecimpung dalam lapangan seni. Sedangkan artis senior ternama tidak pernah berbuat demikian.

Apa sudah jadi sebenarnya dengan Shahir? Benarkah dia sudah menjadi seorang yang lupa daratan?

Bukan hanya kisah masalah disiplinnya yang dijaja di media massa sehingga menyebabkan peminat setianya tidak tenteram, tetapi ada lagi kisah

hangat yang diperkatakan tentang anak muda ini.

Bayangkan, tidak sampai setahun menjadi artis, Shahir sudah mampu memandu kereta mahal dan mewah serta mendiami rumah banglo yang dikatakan bernilai lebih RM1 juta.

Kalau fikir secara logik, mana mungkin dan memang mustahil untuk artis baru dan mentah seperti Shahir untuk memiliki kemewahan seperti itu.

Kalau ada yang mampu sekali pun, barangkali hanya akan dapat dimiliki oleh sesetengah artis popular mungkin dalam tempoh tiga hingga tujuh tahun menjadi anak seni.

Jadi, adakah benar Shahir dibela dan ditaja oleh seseorang sehingga mampu hidup dalam kemewahan sebegitu rupa?

Persoalan demi persoalan mula timbul dan untuk mendapatkan penjelasan dari mulut Shahir sendiri memang sukar dalam tempoh ‘kehilangannya’ beberapa bulan kebelakangan ini.

Menyedari dia tidak lagi mampu bersembunyi atau meyimpan rahsia yang dipendam itu, Shahir bingkas bangkit dan tampil ke depan untuk menjernihkan keadaan sebelum menjadi lebih keruh seperti Sungai Gombak.

Tidak berasas

Begitu juga dengan kisah hidupnya ditaja oleh seorang yang berpangkat VIP gara-gara memandu kereta mewah dan tinggal di banglo yang tersergam indah.

Tidak langsung meninggikan suaranya atau menunjukkan reaksi tidak selesa tatkala diajukan dengan soalan panas itu, Shahir memberikan justifikasi terhadap cerita yang disifatkannya tidak berasas itu.

Walhal kata Shahir, kereta dan banglo yang diperkatakan ramai itu sebenarnya milik keluarga angkatnya yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya di Kampar, Perak.

“Jujurnya, kisah saya ditaja itu tidak benar sama sekali. Saya tahu semuanya bermula selepas kereta saya mengalami kemalangan dan kemudiannya saya memandu pula kereta BMW.

“Jadi, semua itu adalah milik keluarga angkat saya. Kebetulan ketika kereta saya rosak teruk, ibu angkat saya membenarkan saya menggunakan kereta barunya itu kerana hadiah kereta sewaktu menang AF8 masih belum diterima.

“Begitu juga kisah tentang rumah banglo, semuanya dusta kerana di situlah tempat saya menumpang teduh. Keluarga saya di Perak memang tahu dan kenal rapat dengan keluarga angkat saya itu.

“Tiada lebih yang saya minta agar semua kisah dusta ini tidak lagi dibangkitkan kerana ia memang tidak benar sama sekali. Kini, saya sudah menggunakan kereta kemenangan saya sebagai Juara AF8 iaitu Peugeot 207,” katanya sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi selepas membuka pendakap giginya pada November lalu.

Harapan

Dengan penuh harapan yang tinggi menggunung, Shahir mengharapkan tahun 2011 akan memberi sinar baru yang terus menerangi perjalanannya sepanjang tahun ini.

Malah, Shahir juga cukup sedar jika bukan kerana peminat dan pihak media, tidak mungkin dia terus berdiri teguh di persada seni tanah air untuk menjadi seorang penyanyi yang disegani ramai.

“Saya harap dengan penjelasan saya ini akan dapat memberi gambaran sebenar kepada masyarakat apa sebenarnya yang berlaku dalam kehidupan saya kebelakangan ini.

“Tiada apa yang merisaukan saya kerana hanya saya dan Allah SWT sahaja yang tahu apa yang berlaku. Saya juga sedar sampai bila harus saya mendiamkan diri kerana saya perlu tampil untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Istilah menyesal juga tidak ada dalam kamus hidup saya kerana saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Saya akan menyesal kalau tiada kerja untuk saya lakukan lagi selepas ini,” ujar Shahir dalam nada yang cukup optimis.

Masalah Disiplin : Shahir (AF8) Balik Kampung, Ibu Beri Penjelasan


PETALING JAYA: Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi yang dikatakan menghadapi masalah disiplin sejak kebelakangan ini sedang berehat di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, kesihatan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran.

“Buat masa ini, biarlah dia berehat dahulu dan apabila tiba masanya nanti dia akan memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang diperkatakan terhadapnya selama ini.

“Saya minta maaf bagi pihak Shahir dan berharap semua pihak memberikan masa kepadanya dan memberikan kerjasama sebaiknya,” jelas Mahanum ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Penyanyi itu dikatakan mula menimbulkan masalah apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 baru-baru ini selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 pada malam Ahad lalu di I-City, Shah Alam, Selangor.

Menurut Mahanum, kegagalan Shahir muncul dalam konsert di Shah Alam itu kerana dia mengalami migrain dan pihak Astro telah memberi kebenaran untuk Shahir tidak terlibat dalam acara itu.

Berhubung masalah Shahir yang tidak muncul di sesi fotografi pula Mahanum berkata anaknya mempunyai sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui di kalangan mereka sahaja.

Sementara itu, pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) ketika diminta menjawab perkara tersebut berkata mereka akan memikirkan perancangan lain tentang Shahir selepas ini.

Keluarga Bimbang Gosip Percintaan Shahir


PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi, 22, mengakui gosip percintaannya dengan pelakon jelita Rozita Che Wan menimbulkan rasa bimbang keluarganya.

Bagaimanapun, menurut Shahir, keluarga sudah memahami situasi sebenar yang berlaku dan hanya memberikan nasihat agar tidak terlalu gusar dengan khabar angin.

“Ibu saya tahu fasal gosip ini. Dia beri nasihat agar saya elakkan dari gosip yang boleh menimbulkan fitnah. Mereka juga percayakan saya berbanding khabar angin tersebut.

“Tentang Rozita, ibu saya tidak pernah campur atau beri sebarang komen, dia hanya beri nasihat secara umum sahaja. Lagi pula saya tidak pernah berbincang mengenai perempuan dengan keluarga sejak kecil lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Shahir yang beberapa kali menafikan perkara itu menganggap Rozita sebagai seorang artis yang perlu dicontohi.

“Saya menghormati dia sebagai artis lebih senior. Dia pandai bawa diri serta mempunyai kelasnya tersendiri dan bersih dari gosip-gosip hangat,” ujar Shahir yang pernah bekerjasama dengan pelakon tersebut dalam drama Lawaknya Raya terbitan Astro.

Selain itu, dia juga menafikan khabar angin memiliki kereta-kereta mewah selepas bergelar artis.

"Tentang kereta mewah itu sebenarnya bukan kepunyaan saya, saya pinjam daripada saudara yang mana saya tinggal bersama mereka.

"Sejak kemalangan selepas raya Aidilfitri lalu, saya tiada kenderaan untuk pergi kerja dan mereka tawarkan supaya gunakan sahaja kereta yang ada di rumah itu. Saya hanya tumpang kesenangan mereka sahaja," katanya.

Kereta Baru Shahir (AF8) Berpusing Lima Kali


PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut.

Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain.

Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan.

“Shahir cuma mengadu sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepalanya akibat terhantuk. Dia sudah mendapatkan rawatan doktor dan membuat laporan polis. Alhamdulillah doktor kata dia okey dan memberikan ubat tahan sakit.

“Tetapi dia belum membuat rawatan x-ray. Bagaimanapun, saya berharap supaya dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman. Sekarang, dia sedang berehat di rumah dan menghantar keretanya ke bengkel,” kata Mahanum ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur.

“Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi jalan.

“Selepas itu terus dia berhenti ke tepi jalan sebelum mendapatkan bantuan. Nasib baik kereta yang lalu-lalang di situ sempat mengelak dan tidak terlibat sama dalam kemalangan tersebut. Walaupun keretanya rosak teruk, tetapi pada saya yang penting Shahir dan kawannya selamat. Saya anggap semua yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya lagi.

Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam hidupnya.

Adibah Noor & Shahir (AF8) Bau-Bau Bacang


RUPA-RUPANYA juara Akademi Fantasia AF8, Shahir, mempunyai pertalian keluarga dengan pelakon dan penyanyi terkenal, Adibah Noor.

Adibah berkata, dia hanya menyedari perhubungan keluarga itu apabila keluarga Shahir menghubungi ibunya selepas konsert AF8 berakhir.

"Datuk saya adalah adik beradik dengan moyang dia. Jadi lebih kurangnya dia macam pangkat anak saudara saya," katanya.

Adibah menegaskan, dia bukan ingin menumpang populariti Shahir dengan pendedahan itu.

Cuma dia sekadar mahu memaklumkan Shahir adalah saudara bau-bau bacang.

Mengenai perkembangan terbarunya, Adibah memberitahu, album keduanya berjudul Teman mulai dijual pada 30 Mac lalu.

Katanya, sebanyak 5,000 unit album dihasilkan tetapi dia tidak tahu sejauhmana respons terhadap album tersebut.

Setakat ini, lagu dalam album tersebut yang telah memasuki carta Muzik-Muzik ialah Sejujur Hatimu ciptaan komposer Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Adibah Noor sendiri.

Adibah berkata juga turut berlakon dalam filem Crayon The Movie yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails