Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Shahriza Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Shahriza Mahmud. Show all posts

Shahriza Mahmud Hampir Putus Asa Teruskan Karier Lakonan

Dramatis Shahriza Mahmud hampir berputus asa untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon selepas hampir 15 tahun tidak mendapat sebarang tawaran berlakon. Shahriza, 48, berkata, speanjang tempoh itu dia pelbagai perkara telah dilakukannya termasuk menghadiri sesi uji bakat dan bertemu dengan penerbit namun usahanya itu sia-sia. "Hanya Allah yang tahu betapa tebalnya muka saya apabila sampai terpaksa merayu untuk mendapatkan watak dalam sesuatu projek drama atau drama bersiri tetapi semuanya tidak mendatangkan sebarang hasil. "Oleh sebab itu juga saya pernah berputus asa untuk meneruskan karier dalam lakonan kerana merasakan rezeki saya bukan lagi dalam bidang tersebut," katanya kepada mStar Online. Shahriza ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri lakonannya berjudul #Antidot di Sri Pentas Bandar utama pada Isnin lalu. Selain Shahriza, drama bersiri arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan pelakon seperti Kamal Adli, Remy Ishak, Nad Zainal dan Nabila Huda. Ia bakal disiarkan bermula 9 Disember ini pada setiap hari Selasa pada pukul 10 malam di TV3.
Dalam pada itu, Shahriza berkata, dia sukar melafazkan kata apabila namanya terpilih untuk berlakon dalam drama bersiri tersebut dan memberitahu doanya dimakbulkan oleh Allah. Jelas Shahriza, perasaan rindu untuk berlakon dalam drama bersiri sudah lama dipendam namun ekoran rezeki tidak memihak kepadanya dia terpaksa mengalah. "Alhamdulillah doa saya selama ini akhirnya dimakbulkan Allah dan perasaan teruja itu sukar digambarkan apabila dapat kembali berlakon dalam drama bersiri selepas sekian lama. "Kali terakhir saya muncul dalam drama bersiri untuk siaran TV3 adalah kira-kira 20 tahun lalu dan sudah tentu saya teruja," jelasnya. Sementara itu, Shahriza berkata, dia berharap kemunculannya dalam #Antidot akan membuka lebih banyak ruang kepadanya selepas ini untuk bergiat lebih aktif sebagai pelakon. Malah kata Shahriza, peluang berlakon dibawah arahan Kabir adalah satu penghormatan kepadanya dan menyifatkan lelaki itu sebagai berkaliber dan profesional ketika di set penggambaran. "Insya Allah harap-harap selepas #Antidot ditayangkan peluang saya untuk terus aktif sebagai pelakon kembali sinar kerana perasaan rindu untuk berlakon itu menebal sangat. "Peluang diberikan TV3 dan Kabir memang saya gunakan sebaik-baiknya dan berharap kemunculan saya dalam drama tersebut diterima baik oleh penonton," katanya. Pelakon itu sebelum ini pernah popular menerusi drama bersiri Pendekar dan Memori Berarak Jingga menerusi slot Spektra yang pernah disiarkan di TV2.

Shahriza Mahmud Sukar Lupakan Kisah Ditinggalkan Suami 4 Tahun

Peristiwa digantung tidak bertali selama empat tahun antara pengalaman pahit yang tidak akan terpadam dalam kamus hidup pelakon Shahriza Mahmud. Shahriza, 48, berkata, perkahwinan pertamanya dengan seorang pekerja produksi pada tahun 1996 yang dibina atas dasar suka sama suka itu menjadi mimpi ngeri apabila suami tersayang tidak pulang ke rumah seminggu selepas mereka diijabkabulkan. “Sepanjang perkahwinan itu, saya tidak sempat melalui rasa bahagia sebagai pasangan suami isteri sedangkan kami sudah bercinta selama sembilan tahun. "Seminggu selepas perkahwinan, bekas suami saya sibuk dengan urusan penggambaran drama dan sejak itu dia tidak balik ke rumah. Macam-macam cerita yang saya dengar kononnya dia mempunyai skandal di luar dan saya tidak endah dengan kata-kata orang kerana mempercayainya. “Tidak lama kemudian barulah saya tahu bahawa dia sudah mempunyai orang lain. Perit rasanya masa itu. Saya diceraikan selepas empat tahun empat bulan perkahwinan kami. Itu pun atas permintaan isteri keduanya itu," katanya kepada mStar Online ketika ditanya mengenai kisah silamnya yang sukar dilupakan. Tambah Shahriza, kejadian itu memberikan pengajaran besar buatnya untuk tidak memberikan kepercayaan kepada lelaki 100 peratus kerana dia risau pengalaman itu mungkin akan berulang lagi. Dalam pada itu ramai yang menganggap pelakon yang popular dengan drama bersiri Pendekar itu serik dengan perkahwinan, sebaliknya ia tidak seperti yang disangka kerana dia masih mengharapkan lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan. "Ingatkan saya akan hidup solo sepanjang hayat tetapi tidak sangka pula Allah jodohkan saya dengan seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab iaitu Saddiq Raffali (33 tahun) dan kami berkahwin pada tahun 2011. "Biarpun dihantui kisah silam, memang saya teringin melalui alam rumah tangga tetapi saya anggap jodoh belum sampai dan Alhamdulillah Saddiq telah menyempurnakan hidup saya. "Keikhlasan hati Saddiq untuk mengahwini saya walaupun kami berbeza usia 15 tahun amat menyentuh hati saya. “Saya yakin dapat hidup bahagia sehingga ke akhir hayat bersamanya yang membuatkan saya terima lamaran dia ketika itu. Cuma kami belum mempunyai rezeki anak lagi ketika ini," ujarnya. Saddiq merupakan abang kepada penyanyi Ana Raffali.

Shahrizal Jaszle Buat Hal Di Lokasi 'Atas Nama Cinta'


PETALING JAYA: Penggambaran drama Atas Nama Cinta yang dijalankan di Perth, Australia pada awal Januari lalu berhadapan dengan cabaran apabila berlaku pelbagai masalah melibatkan pelakonnya, Shahrizal Jazle atau sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jaszle.

Pengurus Produksi, Zeel Production, yang dikenali Fendi London berkata, antara masalah tersebut ialah kesukaran Shahrizal memenuhi jadual penggambaran dan juga pernah tertinggal kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Perth.

"Memang kami sering berhadapan masalah masa dengan Shahrizal lebih-lebih lagi dia sukar untuk bangun pagi kerana mempunyai masalah sukar tidur malam.

"Justeru itu, jika penggambaran bermula di waktu pagi, pihak produksi perlu mengingatkannya sebelum tidur.

"Ada kalanya dia tepati masa, ada kalanya dia 'terbabas' dua hingga tiga jam," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Fendi, Shahrizal juga perlu diawasi kerana sering menghilangkan diri apabila bertukar lokasi.

"Memang karakternya sedikit kebudak-budakan kerana kami perlu mengawasinya. Cuma apa yang bagus tentang Shahrizal, dia tidak akan bersuara jika dimarahi pengarah atas kelewatannya itu. Kami bangga lakonannya juga memuaskan hati semua pihak," ujarnya.

Bagaimanapun kata Fendi, masalah itu bukanlah perkara besar buat mereka kerana jadual penggambaran dapat berjalan pada waktu yang ditetapkan.

Malah apa yang penting katanya, Shahrizal berjaya menghasilkan mutu lakonan yang amat baik sekali dalam drama bersiri itu.

“Walaupun timbul masalah, ia dapat diatasi dengan baik,” jelasnya.

Drama yang menjalani penggambaran selama dua minggu di Australia tersebut turut disertai pelakon utamanya, Shah Iskandar, Fiza (Elite), Tasha Shila dan Aida Aris.

Atas Nama Cinta mengisahkan tentang cinta tiga segi di antara Cinta (Fiza), Ghaz (Shah), Tengku Farezz (Shahrizal) dan Balkish (Tasha Shila).

Cinta dan Ghaz mula berkawan sejak kecil lagi dan sering melindungi Cinta jika diganggu oleh kanak-kanak nakal di kampung.

Kemudian, timbullah bibit-bibit cinta antara kedua-dua mereka. Bagaimanapun cinta mereka tergantung apabila Ghaz dibawa lari oleh keluarga angkatnya ke Perth. Cinta pula ditipu kononnya Ghaz telah meninggal dunia dalam kemalangan.

Selepas 15 tahun berlalu, Cinta berpeluang untuk menyertai sebuah kursus di Perth selama dua minggu lalu bertemu lelaki yang pernah menyelamatkannya dahulu, Tengku Farezz.

Farezz memperkenalkan Cinta kepada teman karibnya, Ghaz. Bermula di situlah, Cinta dan Ghaz merasai sesuatu bahawa mereka pernah mengenali antara satu sama lain.

Drama yang diarahkan oleh Shaffi Khan (episod 1 hingga 6) dan Raja Ahmad Alauddin (episod 7 hingga 24) itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis bermula 13 Februari 2012.

Ia harus ditonton oleh seluruh peminat drama.

Shahriza Mahmud Terima Lamaran Di Masjid


SUSAH benar hatinya untuk menerima lamaran lelaki memandangkan dirinya pernah dikecewakan oleh bekas suaminya 13 tahun lalu.

Sebelum berpisah dengan bekas suaminya, mereka pernah menjalin cinta selama sembilan tahun namun perkahwinan yang dibina hanya bertahan sekejap cuma.

Kini, walaupun sedang dilamun perasaan dengan Saddiq Raffali, 29, setelah saling mengenali empat tahun lalu, Shahriza masih tidak dapat melupakan kisah silamnya itu.

Malah perasaannya akan cepat tersentuh lebih-lebih lagi apabila menghadiri majlis pernikahan rakan-rakan terdekat.

Ketika menghadiri majlis pernikahan Wafa Tan Sri Abdul Kader dan Tajul Faizal Tamimuddin di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam, Shahriza tidak dapat menahan perasaan sebak lantas mengalirkan air mata waktu bersalaman dengan Wafa.

“Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya.

“Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa,” katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu.

Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: “Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak.”

Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga.

“Kita kahwin tahun ini ya,” lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu.

Raja Azmi yang mendengar lamaran Saddiq kepada Shahriza itu terus berkata: “Tunggu apa lagi, elok sangatlah tu. Buat sahaja sebelum bulan puasa tahun ini. Orang kata lebih berkat. Bukan susah, buat majlis nikah secara ringkas sahaja,” sarannya yang sempat menawarkan khidmat untuk menjadi perunding perkahwinan mereka berdua.

Shahriza, pelakon serba boleh dan popular menerusi drama-drama tempatan berpisah dengan bekas suaminya setelah mengetahui lelaki itu curang.

Lebih daripada itu dia menanggung derita berpanjangan apabila bekas suaminya menghilangkan diri selama lebih empat tahun sebelum muncul semula untuk `melepaskannya'.

Antara drama lakona Shariza adalah Semanis Janji, Antara Maruah dan Pengorbanan, Berarak Memori Jingga, Bumi Hijau, Kau Curi Cintaku dan Masak Lomak Cili Padi.

Shahriza juga pernah menjadi penolong pengarah di samping Saddiq untuk klip video lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur nyanyian Ana Raffali.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails