Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Sham Kamikaze. Show all posts
Showing posts with label Sham Kamikaze. Show all posts

Sham (Kamikaze) Kecewa Dendam Bekas Isteri

Bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham tampil menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk menjawab tuduhan bersikap hipokrit biarpun sudah berhijrah seperti mana didakwa oleh bekas isterinya, Farazila Abdul Jabar dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu. Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh, 38, menerusi laman Facebook miliknya berkata, apa yang berlaku diantara dia dengan bekas isteri sudah menjadi sejarah dan tuduhan Farazila adalah hak peribadinya. "Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi. "Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi," katanya. Pendakwah bebas itu mengulas mengenai kenyataan Farazila yang membuat tuduhan secara terbuka terhadap Sham. Wanita itu turut menuduh bekas suaminya itu bersikap hipokrit selain menggambarkannya sebagai lupa diri apabila masyarakat sekeliling menyanjungnya. Dalam pada itu, Sham berkata, tindakan Farazila menjaja kisah rumah tangga mereka jelas bermotifkan dendam dan ingin memalukan dia kepada orang ramai. Malah kata Sham, sejak mereka bercerai dia tidak pernah memburuk-burukkan bekas isterinya itu kepada orang lain seperti mana dilakukan Farazila terhadapnya.
"Saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumah tangga apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai. "Sebagaimana diketahui umum saya tidak pernah walau sekali pun membuat apa-apa kenyataan tentang dia (Farazila) apatah lagi mengaitkan dia dalam apa juga keadaan sebagaimana didakwa," jelasnya lagi. Bagaimanapun kata Sham, dia tetap mendoakan kebahagiaan untuk bekas isterinya itu dan berdoa agar wanita berkenaan terus tabah mengharungi kehidupannya selepas ini. "Saya doakan agar dia terus tabah mengharungi hidupnya dengan segala cara untuk bahagia, Insya-Allah," ujarnya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum bercerai pada 1 September 2011. Sham ketika ini merupakan suami kepada Nurul Halimin Mohd Salleh, 34, yang juga kakak kepada penyanyi Maulana (AF). Mereka dikatakan telah berkahwin pada Januari 2012.

Sham (Kamikaze), Isteri Disahkan Cerai Setahun Lalu

SHAH ALAM: Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu. Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie. Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal. Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah. Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis. Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan. "Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini. "Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak," ujarnya. Sehubungan itu katanya, kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).
"Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah," katanya. Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 (hari raya ketiga) dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011. Dia bagaimanapun mengakui tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak mahkamah. Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham. Berikutan pengesahan itu hakim memerintahkan plaintif menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan. Mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu. Terdahulu pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara kecil-kecilan di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor. Farazila hadir dengan berpakaian jubah hitam berserta tudung ungu ditemani oleh dua orang ahli keluarga manakala Sham yang berbaju putih dan berkopiah hadir seorang diri. Kedua-dua pasangan itu tidak diwakili peguam. Sementara itu di luar mahkamah Farazila berkata, sebelum ini dia pernah menggesa Sham untuk melaporkan perkara itu ke mahkamah bagi mendapat kepastian tentang status perkahwinan mereka tetapi ditolak oleh bekas suaminya itu. Menurut Farazila, Sham mengatakan perbuatan rujuk melalui perbuatan itu adalah sah selepas dia mendapat pandangan daripada ustaz selain berpandukan buku-buku agama walaupun tidak melaporkannya kepada mahkamah. "Secara dasarnya ada hikmah saya memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu kerana ia telah menyelesaikan kes lafaz cerai dan rujuk yang dibuat oleh dia (Sham) sebelum ini. "Saya lega kerana segala-galanya telah selesai hari ini (Khamis) dan berharap akan lebih tenang selepas ini," katanya. Manakala Sham pula memberitahu, dia reda dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangga mereka berdua.

Isteri Sham (Kamikaze) Tuntut Cerai

PETALING JAYA: Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu. Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu. "Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja. "Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Menara Star di sini. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara kecil-kecilan di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor. Ditanya adakah keputusan bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukan faktor utama sehingga dia mengambil tindakan itu.
"Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati. "Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya," katanya. Farazila berkata, dia terpaksa berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan umum sejak kontroversi Sham beristeri dua tersebar kerana disuruh mengunci mulut. "Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan. "Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya. "Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini," katanya.
Menerusi laporan mStar Online pada 20 Januari lalu, Sham menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari di Pulau Pinang. Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila. Pada artikel mStar Online bertarikh 13 April lalu, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua. Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu.

Keluarga Isteri Kedua Kesal Sham (Kamikaze) Masih Berbohong


PETALING JAYA: Keluarga Nurul Halimin yang didakwa isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah dengan wanita berkenaan.

Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu.

"Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih lagi menafikan hal tersebut?

"Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah?

"Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah," katanya kepada mStar Online di sini Jumaat.

Pada Januari lalu, kisah mengenai Sham menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah beristeri dua.

Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak satu .

Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana menyembunyikan status perkahwinan mereka.

"Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi," ujarnya.

Sementara itu, Sham yang membuat kenyataan menerusi laman Facebook miliknya malam Khamis masih lagi menafikan perkahwinan keduanya itu dan meminta semua pihak menghentikan fitnah mengenainya.

"Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.

"Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?" Katanya.

Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham (Kamikaze)


PETALING JAYA: Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.

"Tanyalah Sham sendiri," katanya ringkas.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).

Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

"Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen.

"Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya," kata Maulana yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua.

Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak satu yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.

Menurut sumber berkenaan lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertamanya menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakan terlebih dahulu.

Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, merupakan bekas anggota Kamikaze sejak tahun 1999. Dia tidak lagi aktif di dunia hiburan selepas membuat keputusan untuk menjadi pendakwah bebas bersama isterinya, Farazila tahun lalu.

Sham (Kamikaze) Sedih Difitnah Berkahwin Dua


PETALING JAYA: Bekas pemuzik yang kini bergelar pendakwah bebas, Sham (Kamikaze) menolak dakwaan terbaru yang mengatakan dia kononnya kini memiliki dua isteri selepas bernikah secara senyap-senyap di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang melampau, Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohamed Salleh, 36, berkata dia berasa sedih dan terkilan apabila khabar angin itu disebarkan sedangkan dia tidak lagi terbabit dalam dunia hiburan.

“Apabila saya mendapat tahu tentang cerita ini (berkahwin dua), saya berasa sangat sedih dan terkilan. Kalau dulu, sebelum saya ‘berhijrah’, saya fahamlah gosip begini adalah lumrah dunia artis.

“Namun, mengapa saya yang tidak lagi berkepentingan dalam dunia hiburan ini masih lagi menjadi sasaran gosip dan fitnah?” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Sham berkata apa yang membimbangkan adalah persepsi masyarakat terhadap dirinya yang baru terbabit dalam bidang dakwah hampir setahun yang lalu.

“Saya bimbang apabila memikirkan pandangan dan reaksi masyarakat apabila cerita ini tersebar. Tidakkah orang yang menyebarkan cerita itu tahu menyebarkan fitnah adalah dosa besar?

“Bagaimana jika masyarakat menganggap saya menggunakan platform dakwah itu untuk kepentingan peribadi?” katanya.

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Farazila Abdul Jabar apabila khabar angin itu mula tersebar, Sham berkata dia bersyukur kerana isterinya menerima berita tersebut dengan tenang dan rasional.

“Syukurlah isteri saya bukan jenis yang mudah melatah atau melenting. Namun, dia ada bertanyakan kesahihan dakwaan itu.

“Fitnah ini bukan sahaja menjejaskan reputasi saya, malah yang paling penting apakah perasaan isteri dan keluarga mertua saya apabila cerita saya bernikah secara sembunyi ini dicanangkan walhal ia tidak berlaku,” katanya.

Sham yang juga bekas pemain gitar kumpulan rock Kamikaze kini bergerak aktif sebagai pendakwah bebas dengan memenuhi pelbagai jemputan ceramah di seluruh negara.

“Saya bukan sahaja menyampaikan ceramah dan ilmu agama secara lisan tetapi apabila ada permintaan, saya juga akan bermain gitar mengiringi lagu-lagu berunsur kerohanian.

“Alhamdulillah, saya berasa bahagia dengan kehidupan kini dan tidak pernah sekali pun berasa menyesal dengan kehidupan lampau,” katanya yang merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada Mei depan.

Sham terima hidayah mengejut


Sebaliknya, tutur kata gitaris yang juga merupakan seorang komposer itu kini cukup lembut. Malah, jika dia berjalan, pandangannya juga lebih banyak menunduk ke bawah kerana bimbang terpandang aurat yang bukan mahramnya.

Sementara daripada segi imej pula dia lebih senang berketayap dengan baju labuh seperti jubah. Perubahan Sham itu bukan sahaja mendapat perhatian ramai tetapi ia turut mengundang pelbagai persoalan di sebalik perubahan tersebut.

Menurut Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd. Salleh, dia sendiri tidak menyangka akan berubah dan menganggap hidayah yang diterimanya daripada Allah itu datang secara mengejut.

"Saya berubah secara tiba-tiba. Hidayah daripada Allah itu saya tanpa saya sedari. Cuma perubahan-perubahan itu sudah mula muncul dalam diri saya. Saya misalnya, akan mudah terjaga untuk bangun solat subuh. Kalau dulu saya susah hendak bangun pagi.

"Apatah lagi, saya jenis yang tidur mati. Sekarang ini saya senang hendak tunaikan solat. Walaupun kurang tidur tetapi alhamdulillah, saya masih mampu bangun pagi. Saya anggap ini anugerah Allah," katanya kepada S3 sewaktu ditemui di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Gitaris berusia 35 tahun ini berkata, dia tidak menyangka akan berubah secara mendadak, malah ia turut mengejutkan ramai peminatnya. Isterinya, Farazila Abd. Jabar, 29, juga tidak terkecuali terkejut dengan perubahannya itu.

Bagaimanapun, Sham tidak menafikan faktor usia dan berkat doa isterinya itu sedikit sebanyak menyumbang kepada penghijrahan tersebut.

"Bagi saya, hidayah tidak ada dijual di mana-mana atau boleh diperolehi termasuklah di masjid tetapi ia datangnya daripada Allah. Apapun kita hanya mampu berdoa dan memohon agar diberi hidayah. Dalam hal ini, saya rasa isteri saya juga banyak berdoa untuk saya.

"Mac lalu isteri saya menunaikan umrah di Mekah dan ada orang nampak dia menangis sewaktu berdoa di sana. Selain itu, ibu bapa saya juga gembira dengan perubahan saya itu," katanya yang sering diundang sebagai gitaris jemputan dalam banyak konsert artis popular.

Tambahnya, rakan-rakannya di laman sosial Facebook di Internet juga semakin bertambah sehingga 15,000 kenalan yang turut menyokong penghijrahannya itu.

Sepanjang bersama Kamikaze sejak tahun 2000, dia dan kumpulannya telah menghasilkan empat album berjudul Kontroversi, Inspirasi, G3 dan The Return. Sayangnya, sejak dua tahun lalu Kamikaze telah dibubarkan dan anggota-anggota kumpulan itu membawa haluan masing-masing.

Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini, biarpun sudah berubah daripada seorang yang sering meninggalkan suruhan agama kepada taat beribadah kepada Allah, dia tetap tidak melupakan bidang muzik.

Sebaliknya, Sham yang telah mendirikan rumahtangga sejak 17 Ogos 2008 dan masih belum dikurniakan cahayamata itu masih meneruskan Studio 21 yang ditubuhkannya bersama rakan kongsinya, Peter Chong.

Studio yang diasaskan sejak 2007 bersama juruadun terkenal di Puchong, Selangor itu masih aktif dalam menyediakan perkhidmatan rakaman lagu dan album artis-artis tempatan.

"Ini adalah bakat dan kerjaya saya. Bagaimanapun mulai sekarang saya akan cuba pastikan agar lagu-lagu dan album-album yang dirakamkan di studio saya itu biarlah menjurus ke arah mencari keredhaan Illahi," katanya yang kini turut aktif berdakwah termasuklah menerusi Facebook.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails