Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Sharifah Aini. Show all posts
Showing posts with label Sharifah Aini. Show all posts
Sebak Siti Nurhaliza, Tiada Dendam Terhadap Sharifah Aini
Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan dia tidak pernah menyimpan sebarang dendam terhadap biduanita negara Datuk Sharifah Aini, 61, walaupun pernah terjadi krisis diantara mereka sebelum ini.
Siti, 35, berkata, dia tetap menghormati biduanita tersebut sebagai seorang kakak yang banyak mengajarnya mengenai dunia muzik selain memberi jasa besar terhadap industri seni tanah air.
"Yang dah lepas itu lepaslah. Saya tak simpan dalam hati dengan apa yang telah berlaku. Kali terakhir saya bertemu dengannya ketika beliau muncul di Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan imej bertudung," katanya.
Siti ditemui di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dekat sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sharifah Aini.
Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut' selain virus Influenza A H1N1.
Siti dan Sharifah Aini sebelum ini pernah dilaporkan mempunyai krisis sehingga membuatkan mereka tidak bertegur sapa.
Bagaimanapun hubungan mereka kembali jernih selepas beberapa wartawan hiburan memainkan peranan untuk mejernihkan kembali hubungan mereka dan detik itu dirakamkan untuk satu sesi fotografi bagi keluaran Hari Raya pada tahun 2010.
Sementara itu, Siti yang ditemubual media selepas dia membacakan surah Yasin kepada Allahyarham dengan reaksi wajah yang cukup sedih sehingga membuatkan beliau tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata apabila bercakap mengenai biduanita itu.
"Sejak disatukan bersama dalam sebuah sesi fotografi sebelum ini, hubungan kami seperti adik beradik.
"Subhanallah, dia pergi ketika di bulan Ramadan dan ia berlaku hanya kepada insan-insan yang terpilih.
"Terlalu banyak kebaikan beliau lakukan membuatkan saya begitu kagum dengannya. Bukan hanya saya, arwah ayah saya juga menyanjunginya," ujar Siti.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dekat sini sebelum solat Zohor pada Sabtu.
Usah fitnah saya! - Sharifah Aini
Sharifah Aini Berubah Wajah Kerana Steroid
Sharifah Aini & Ernie Djohan Dalam 'Malam Melodi Kasih’
PETALING JAYA: Biduanita negara Datuk Sharifah Aini dan penyanyi legenda Indonesia, Ernie Djohan bakal berganding dalam sebuah majlis makan malam amal ‘Malam Melodi Kasih’ yang bakal berlangsung pada 15 September depan.
Majlis anjuran Orkestra RTM dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Perlis itu diadakan pada pukul 8 malam bertempat di Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis.
Majlis amal ini bertujuan mengumpul dana bagi membiayai aktiviti persatuan Pandu Puteri dalam menjalankan aktiviti riadah, keilmuan dan kemasyarakatan selain memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan itu untuk menyertai kursus dan persidangan di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Persembahan selama dua jam yang akan diacarakan oleh pengacara dan pelawak popular Dee dan bakal diiringi oleh hampir 30 pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan Datuk Mokhzani Ismail.
Sharifah Aini akan menyampaikan lagu-lagu popular antaranya Burung Pungguk, Bunga Tanjung, Sayang Musalmah dan beberapa lagi lagu popularnya yang lain.
Manakala Ernie Djohan yang terkenal di era 70-an itu akan mempersembahkan lagunya seperti Teluk Bayur dan Kau Selalu di Hatiku.
Selain itu, hadirin juga turut dihiburkan oleh penyanyi lelaki bersuara lunak, Bob Yusof sebagai penyanyi jemputan.
Sementara itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menonton persembahan hebat pada ‘Malam Amal Melodi Kasih’, dapatkan meja yang berharga RM 3,000, RM 2,000 dan RM 1,000 bagi satu meja selain tiket-tiket secara individu juga turut dijual.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan meja, hubungi talian urus setia di 013-4888255 (Cik Marina) dan 012-4004442 (Pn.Harlina).
Kak Pah berehat lima bulan
Terkena Jangkitan Virus, Keadaan Kak Pah Makin Stabil
PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini, 58, atau Kak Pah yang dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara di sini, pada Isnin akibat jangkitan kuman pada paru-parunya, kini berada dalam keadaan stabil.
Menurut rakan baiknya, Khalilah Talha seperti dilaporkan akhbar Harian Metro pada Rabu, penyanyi itu semakin pulih namun masih tidak dibenarkan untuk menerima sebarang pelawat bagi mengelakkan keadaan bertambah serius.
"Kak Pah memaklumkan kepada saya dia sudah stabil. Berita itu sangat melegakan kerana kami risaukan keadaannya. Namun, saya sendiri belum melawatnya kerana keadaan kurang sihat. Bimbang pula demam saya berjangkit kepadanya nanti.
"Saya difahamkan Kak Pah mula tidak sihat selepas dia pulang daripada menjayakan persembahan Hari Ibu di Johor Bahru, Sabtu lalu. Bagaimanapun, pada keesokan harinya dia masih memberikan komitmen kepada program Mentor 6 kerana tanggungjawab sebagai juri tetap.
Menurutnya, Kak Pah diserang demam panas sehingga terpaksa dibawa ke hospital tersebut selepas program itu dan doktor mengesahkan penyanyi itu terkena jangkitan virus," katanya.
Kak Pah dedah rahsia
JOYAH dah lama tak jumpa dengan penyanyi lagu Seri Dewi Malam ini, rasa-rasanya hampir dua tahun juga kami tak bertemu sejak menemubualnya di kediaman rasminya di Petaling Jaya, Selangor.
Joyah gembira dapat berjumpa Datuk Sharifah Aini bersama teman-teman sekerja baru-baru ini. Ternyata biduanita ini masih mesra dan budi bahasanya memang tinggi seperti dahulu. Kami berbual rancak dan bercerita tentang apa yang berlaku dalam industri rakaman negara. Ada juga topik anak tunggalnya, Alif dan kisah pengajaran sewaktu umrah di Baitullah.
Tapi ada satu perkara yang buat Joyah teringin nak tahu tentang Kak Pah (panggilan mesranya). Macam mana dia boleh aktif dan bertenaga sepanjang masa sedangkan dia sudah berusia lebih 50-an dan menghambakan diri dalam industri nyanyian lebih dari 40 tahun?
Bila ditanya, Kak Pah tersenyum dan terus bagi rahsianya. Terus Joyah ambil buku nota dan pen, kenalah catat takut terlupa.
Kak Pah dedahkan yang dia sentiasa amalkan minum air daun pegaga yang dikisar bersama gula batu. Selain itu, Kak Pah juga rajin minum air berkhasiat campuran daun saderi, epal hijau dan telur ayam kampung yang dikisar.
"Dua-dua minuman ini dah lama Kak Pah amalkan sejak zaman anak dara, bukan untuk kecantikan atau kesihatan saja tapi untuk keperluan seorang wanita," katanya.
Anggap Shiha seperti anak sendiri

SEBAIK sahaja melangkah masuk ke mahligai indah milik Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, telinga ini terus menangkap alunan indah suara yang cukup merdu sambil diiringi oleh petikan piano.
Kelihatan Sharifah Aini dan Shiha begitu khusyuk dan fokus kepada sesi latihan yang berlangsung ketika itu sehinggakan kehadiran kami tidak disedari mereka berdua.
Usai memberi salam, Sharifah Aini bingkas bangkit dari kerusi piano lalu menyambut kedatangan penulis dan jurufoto dengan penuh mesra sambil diekori Shiha di belakangnya yang pantas menghulurkan tangannya dan bersalam dengan kami.
"Inilah rutin yang kami jalankan setiap minggu dan saya mahu memastikan Shiha berada dalam tahap terbaik agar dia mampu memberikan persembahan yang membanggakan pada konsert mingguan.
"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi Shiha. Sebagai mentor, saya rasa bertuah kerana dapat memiliki Shiha sebagai protege. Alhamdulillah, sepanjang bersama dengan Shiha, saya tidak mempunyai sebarang masalah.
"Dia memiliki bakat yang pada hemat saya cukup luar biasa dan segala apa yang saya ajar kepadanya, dia cepat tangkap dan aplikasi untuk setiap persembahannya," ucap Sharifah Aini dalam nada syukur sambil dipersetujui Shiha yang duduk di sebelahnya.
Mengulas tentang penglibatannya dalam Mentor 5, Sharifah Aini menyifatkan ia merupakan keputusan terbaik yang dilakukannya.
Apatah lagi, sepanjang lebih empat dekad menjadi seorang anak seni, inilah kali pertama dia melibatkan diri dalam program realiti seperti Mentor 5.
"Alhamdulillah, saya gembira apabila pihak TV3 sentiasa memberi ruang kepada saya untuk berkongsi idea bagi memantapkan lagi persembahan Shiha," kata Sharifah Aini atau nama penuhnya, Sharifah Aini Syed Jaafar ini bersungguh.
Sebagai seorang yang memiliki pengalaman luas dalam bidang seni, sudah pasti Sharifah Aini mahu berkongsi ilmu yang ada dalam dirinya kepada generasi muda agar mereka mampu menjadi seorang penyanyi unggul kelak.
"Acap kali saya tegaskan kepada Shiha, untuk menjadi seorang penyanyi yang baik bukan mudah. Semuanya memerlukan pengorbanan, usaha dan kerja keras dalam membentuk diri menjadi seorang penyanyi yang versatil.
"Atas alasan itu, saya amat menitik beratkan semua aspek termasuk kedudukan tubuh badan ketika menyanyi, sebutan, penghayatan dan lontaran suara.
"Sering kali, masyarakat menganggap seorang penyanyi itu perlu menjaga sebutan dalam nyanyiannya hanya untuk lagu-lagu Inggeris.
"Sedangkan mereka tidak tahu bahawa sebutan itu juga amat penting dalam lagu bahasa Melayu. Daripada pengamatan saya, bukan semua penyanyi hari ini khususnya penyanyi muda yang menitik beratkan soal itu.
"Mungkin ia kedengaran agak remeh tetapi sebenarnya ia adalah elemen penting dalam memastikan persembahan kita mampu memberikan kepuasan kepada audiens," cerita pelantun lagu Kau Tinggi Di Awan Biru dan Rahsia Hati ini penuh bersungguh.
Berbekalkan tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada Shiha, tidak hairanlah apabila Shiha sering mendapat pujian dan berada di carta teratas dalam Kumpulan A Mentor 5 lalu meninggalkan dua pencabarnya, Ayish dan Ratnah di belakangnya.
Namun, Sharifah Aini juga sering menasihatkan Shiha agar tidak berasa selesa dengan kedudukannya kerana dalam program realiti, sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Dalam hal ini, protege kepada Edry Abdul Halim iaitu Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor atau Iqa dilihat Sharifah Aini sebagai bom jangka yang mampu mengejutkan ramai pihak sepanjang Mentor 5 berlangsung.
Begitu juga dengan Salma yang merupakan protege kepada Erra Fazira yang menjadi perhatian dan sebutan ramai ketika ini.
"Kedua-dua protege ini saya anggap sebagai pencabar terdekat Shiha dalam Mentor 5 kerana mereka memiliki keistimewaan tersendiri," ujarnya.
Untuk itu, selain kelas vokal yang turut dibantu oleh rakannya, Eja, Sharifah Aini juga memastikan Shiha mendapat bimbingan yang sewajarnya menerusi kelas tarian.
"Saya membimbing Shiha dengan cara yang cukup matang dan profesional di mana dia boleh meluahkan apa sahaja masalah kepada saya," jelas Sharifah Aini yang pernah membintangi filem Hapuslah Airmatamu dan Bintang Pujaan ini lagi.
Ketika ditanya mengapa Shiha tidak diberi peluang menyanyikan lagu-lagu popularnya:
"Saya mahu Shiha menjadi penyanyi yang memiliki identiti sendiri. Saya bimbang kalau saya beri lagu-lagu saya, nanti dia akan mengikut lenggok nyanyian saya.
"Walaupun apa yang terjadi, saya akan terus menyokong Shiha walaupun Mentor sudah tamat kelak kerana yakin dengan pakej lengkap yang dimilikinya. Saya mahu melihat bakat-bakat baru yang segar terus mewarnai industri hiburan kita."
Bertudung bila sampai waktu-Kak Pah

APABILA melihat imej bertudung yang digayakan oleh Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dalam beberapa majlis hiburan baru-baru ini, ramai yang mengandaikan beliau sudah berhijrah.
Sementelah dengan pemergiannya ke Tanah Suci Mekah pada 3 November ini bagi menunaikan ibadah haji, ia menguatkan lagi kenyataan itu.
Namun, bagi empunya diri, dia hanya akan berhijab apabila sudah sampai seru dan benar-benar bersedia untuk melakukannya meskipun sudah pulang dari Mekah nanti.
"Saya tidak mahu memakai tudung hanya kerana desakan masyarakat yang mahu melihat saya berimej sebegitu.
"Kalau hendak memperkatakan tentang imej berhijab ini, biarlah dari hati yang tulus dan ikhlas dan bukannya semata-mata mahu memuaskan hati semua pihak.
"Biar kita bertudung dengan niat kerana Allah SWT. Kalau saya rasa mahu memakai tudung dalam mana-mana majlis sekalipun, tidak salah untuk saya berbuat demikian," demikian penjelasan Sharifah Aini menyatakan pendiriannya.
Dia ditemui pada sidang akhbar Majlis Makan Malam Amal Malam Juitaku Sayang yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut hadir Biduan Negara, Datuk Ahmad Jais dan penyanyi muda, Syazliana yang juga akan terlibat dalam persembahan itu pada 31 Oktober ini.
Raut wajah Sharifah Aini terpancar jelas kegembiraan yang tidak terkata saat diajak berbicara tentang fardu haji yang akan ditunaikannya nanti.
Dengan penuh optimis dia memberitahu, dia memang sudah mempersiapkan diri secara mental dan fizikal untuk bersama-sama jutaan umat Islam di seluruh dunia bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Kunjungannya ke sana bukan keseorangan tetapi akan disertai juga oleh beberapa individu yang rapat dengan Sharifah Aini iaitu pembantu, adik lelakinya, sepupu dan termasuk anak tunggalnya, Aliff Omar.
"Apabila saya berfikir balik, sepatutnya saya pergi menunaikan haji 10 tahun yang lalu dan inilah kali pertama saya ke sana untuk ibadah haji. Sebelum ini, saya hanya melakukan umrah sebanyak 15 kali.
"Apabila saya menyatakan hasrat saya ini kepada Aliff, dia memang gembira untuk saya. Dia pun sudah empat kali menunaikan haji.
"Insya-Allah, saya benar-benar sudah bersedia dan tidak sabar lagi untuk ke sana," ujarnya yang akan menghabiskan masa di Madinah lebih kurang dua minggu untuk menemani Aliff yang akan menduduki peperiksaan selepas fardu haji nanti.
Ketika ditanya apakah selepas kepulangannya nanti akan menutup pintu hatinya untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni, Sharifah Aini pantas menggelengkan kepalanya.
"Saya dilahirkan untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur. Inilah mata pencarian saya selama 42 tahun menjadi anak seni. Selagi saya mampu, selagi itulah saya akan terus mencari rezeki dalam bidang ini," kata penyanyi legenda yang cukup masyhur dengan lagu Hapuslah Airmatamu dan Kau Tinggi Di Awan Biru itu.
Biarpun akan berlepas pada 3 November ini, Sharifah Aini masih lagi tidak menang tangan menerima undangan nyanyian.
Pada 24 Oktober ini misalnya, dia bersama barisan artis ternama negara lain akan terlibat dalam sebuah konsert penghargaan untuk Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Di Manakan Ku Cari Ganti.
Empat hari selepas itu, Sharifah Aini akan terlibat dalam sebuah persembahan korporat dan kemudiannya untuk makan malam amal Juitaku Sayang pada 31 Oktober.
Terpesona menjenguk mahligai Kak Pah



PESONA wajahnya tidak pernah pudar biarpun usia menginjak 50-an. Malah penampilan diri yang sentiasa segar dan anggun, ketrampilan seni suara yang sentiasa merdu hingga tak ditelan dek usia. Itulah pesona bintang yang dilabelkan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar.
Sebaik penulis menjejak kaki ke `mahligai kayangan' penyanyi yang lebih mesra dipanggil Kak Pah ini, apa yang terfikir adalah kepuasan kerana apa yang diharapkan akhirnya tercapai dan ibarat bulan jatuh ke riba. Puas memujuk, puas merayu dan lebih setahun menunggu, akhirnya penyanyi evergreen yang pernah popular dengan lagu Bunga Tanjung dan Seri Dewi Malam itu akur dengan permintaan untuk membuat sesi fotografi khas di kediaman barunya itu.
Bak istana yang tersergam indah, cita rasa Sharifah Aini bertaraf `hotel tujuh bintang'. Banglo mewah yang sudah 20 tahun didiami itu baru saja menjalani fasa ubahsuai 100 peratus. Dan hampir setahun Kak Pah mengambil masa untuk menyiapkan banglo yang terletak di Petaling Jaya, Selangor itu.
Benarlah sesetengah pendapat menyifatkan ‘rumahku adalah syurgaku'. Dan hasil titik peluh selama 40 tahun bergelumang sebagai anak seni, Kak Pah mampu mewujudkan `syurga idaman' buatnya dan keluarga. Baginya, rumah adalah syurganya dan sejak dulu, Kak Pah lebih suka menghabiskan masa di rumah daripada berpeleseran di luar. Kebersihan adalah keutamaannya, malah penulis terpaku seketika apabila melihat bilik air biliknya yang dilengkapi `bath tub' dan lampu `chandelier' umpama berada di bilik tidur.
Jiwa cukup tenang tatkala berada di kediaman mewah berkonsep Mediteranean, Inggeris dan Perancis itu. Kediaman yang dilengkapi ciri kawalan keselamatan yang serba canggih itu adalah ilham dan cita rasa Kak Pah yang sememangnya meminati dan mempunyai kepakaran dalam bidang hiasan dalaman. Bukan hanya memiliki dua ruang tamu yang dihiasi indah dengan pelbagai jenis sofa mewah dan klasik, malah kediaman itu turut dilengkapi surau yang boleh memuatkan seramai 75 tetamu.
Ruang tamu keduanya seluas 2,500 kaki persegi mampu memuatkan 50 tetamu yang hadir dalam satu masa. Malah ruang menunggu kediaman itu turut dihias cantik dengan dua lampu chandelier yang mahal dan mewah.
Jika bosan menonton TV, Kak Pah selesa beriadah sambil minum petang di halaman kolam renang yang indah dan sejuk mata memandang. Sekitar kediaman pula dihiasi bak `taman indah' yang penuh dengan tumbuhan hijau dan merimbun.
Banglo 14 bilik itu juga termasuklah biliknya yang dilengkapi bilik khas untuk pakaian, kasut, aksesori, spa, facial, salun dan dapur kecil untuk memudahkan urusannya setiap hari. Malah setiap bilik mempunyai identiti dan konsep tersendiri. Kak Pah tidak pernah mengabaikan keselesaan empat peneman setianya iaitu pembantu rumah, tukang kebun dan pengawal peribadinya. Bilik mereka dihiasi indah dengan bilik air serba mewah, bilik menonton TV dan bacaan.
Dan sebuah surau yang dibina di tingkat dua kediaman itu membuatkan kediamannya sentiasa ceria dan tidak sunyi menerima kunjungan sanak saudara dan rakan taulan untuk majlis agama. Menjadi kemestian buatnya, setiap malam Khamis, majlis Asma Al'husna diadakan di surau itu.
Secara jujur, Kak Pah akui: "Inilah kelebihan yang Allah SWT limpahkan kepada saya selepas 40 tahun bergelar anak seni. Apa yang tidak saya lalui - fitnah, cercaan dan hinaan menjadi mainan hidup, tetapi berkat kesabaran, saya mampu memiliki apa yang diinginkan setiap insan.
"Walaupun ada kalanya perit untuk ditelan tetapi saya hadapinya dengan penuh kesabaran. Alhamdullilah, Tuhan sedang menguji saya ketika itu. Kerjaya nyanyian saya hampir terkubur gara-gara kontroversi yang terpalit, tetapi syukur saya masih mampu berdiri. Dengan berkat kesabaran itu juga, saya menjalani kehidupan dengan aman dan tenang."
Akuinya, kediamannya itu mengambil masa selama setahun untuk disiapkan memandangkan semuanya dilakukan sendiri. Dari konsep, mencari material hinggalah proses pengubahsuaian, semuanya adalah ilham Kak Pah.
"Dengan bantuan arkitek, saya mencari sendiri material yang sesuai untuk kediaman. Satu persatu saya cari untuk kepuasan sehinggalah ia mengambil masa setahun. Bayangkan dari sekecil benda hinggalah material besar, semuanya saya pilih sendiri.
"Saya akui memang cerewet kerana saya mahukan kepuasan. Saya tak kisah mengambil masa lama tetapi saya puas memiliki kediaman yang dihiasi indah dan nyaman. Saya juga tidak selesa memiliki kediaman yang padat dengan hiasan dan perabot, sebaliknya saya lebih selesa dengan kesederhanaan," kata ibu kepada seorang remaja lelaki dan sembilan anak angkat yang masih menuntut di Madinah itu.
Kak Pah berkata, kediamannya juga dijadikan rumah contoh untuk kawan-kawan dan pelanggan yang mahukan khidmatnya sebagai perunding hiasan dalaman, malah tidak keterlaluan dirinya juga boleh menjadi `personal shopper' untuk pelanggan yang inginkan cita rasa mewah dalam menghias rumah dan mendapatkan perabot.
Dengan nada perlahan, Kak Pah akui: "Saya tak sangka pula ramai yang tertarik dengan hiasan dan struktur rumah saya hingga mahukan saya menjadi perunding hiasan dalaman rumah mereka. Bersama dua rakan niaga, saya menubuhkan White Roses Production untuk mengendalikan perniagaan hiasan dalaman. Sehingga kini, saya sudah memiliki lima pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat saya.
"Sebenarnya saya belajar dan mendalami bidang hiasan dalaman di Malaysia dan Singapura sejak 1990 lagi, bagaimanapun kesibukan membuatkan saya tidak berkesempatan mempraktikkan kemahiran dan ilmu yang ada. Sejak dulu, saya memang meminati bidang hiasan dalaman hinggakan saya banyak menghabiskan masa dengan membaca buku berkaitan hiasan dalaman," katanya.
Terbaru mengenai kariernya, Kak Pah juga akan muncul dalam persembahan Dinner Show @ An Evening with Datuk Sharifah Aini yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 17 Julai ini. Persembahannya lebih kepada perkongsian pengalaman selama 40 tahun bergelar anak seni.
Dianjurkan Nacee Events & Advertising dengan kerjasama Lime Events Management, tiket persembahan dijual pada harga RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 semeja, atau RM200, RM300 dan RM500 seorang. Peminat boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi Nora di talian 016-2252970 016-2252970, Shameem ( 019-3488054 019-3488054), Mas ( 016-2631303 016-2631303) atau Eja ( 016-2529995 016-2529995).
Jelas, kehidupan Kak Pah kini semakin tenang selepas melalui pahit manis sebagai anak seni selain pujian dan kontroversi getir suatu seketika dulu. Hari ini, Kak Pah semakin bersemangat meneruskan perjuangan dalam persada seni suara yang belum ada titik noktah buatnya.
Istimewa Inilah Sharifah Aini
Berikutan pelbagai permintaan serta desakan peminat, penyanyi kesayangan ramai ini kembali mementaskan konsert Inilah Sharifah Aini yang turut dijayakan bersama Datuk David Arumugam dan Francisca Peter.
Konsert diadakan di Studio Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya pada jam 8 malam Jumaat ini.
Ia konsert kedua beliau sejak kali terakhir pada 2000 dan lebih menarik, ia akan dirakamkan syarikat produksi televisyen ZGB Media Sdn Bhd yang mendapat kepercayaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akan ditayangkan sempena sambutan tahun baru pada hujung tahun.
Penerbit ZGB Media Sdn Bhd, Zohara Gany Bathusha berkata, kehadiran Sharifah Aini dalam konsert berkenaan itu membuktikannya dirinya masih terus mendapat permintaan tinggi peminat yang jarang dapat menontonnya menyanyi secara langsung.
"Beliau tidak banyak tampil di hadapan penonton kecuali memenuhi undangan tertentu dan jamuan makan malam. "Kali terakhir Sharifah Aini bekerjasama bersama RTM ialah sewaktu mengadakan konsert solo, Istimewa Bersama Sharifah Aini kira-kira sembilan tahun lalu," katanya.
Walaupun tidak membuat sebarang rakaman album baru, Sharifah Aini akan menyampaikan 16 lagu terbaiknya sepanjang zaman dalam konsert selama satu jam 15 minit itu dengan diiringi ahli muzik profesional.
Francisca pernah popular sewaktu berduet bersama Royston Sta Maria pada era 80-an akan menyampaikan lagu Sekadar di Pinggiran sementara David, vokalis Alleycats, menyampaikan lagu Sampaikanlah Salam. Mereka bertiga kemudian akan berpadu suara membawa lagu Seiring Sejalan.
Bagaimanapun, hanya seramai 200 penonton undangan khas dijemput menyaksikan konsert itu kerana studio digunakan untuk rakaman tidak terlalu besar.
Antara lagu dijangka didendang Sharifah Aini pada malam itu adalah Sri Dewi Malam, Hapuslah Airmatamu, Tiada Maaf Bagimu, Bunga Tanjung termasuk dua lagu Jatuh Cinta dan Sabar Menanti yang akan diiringi alunan piano Ramli MS sendiri selaku pengarah muzik konsert.
Pada masa sama, Zohara berkata, konsert itu dapat memberi inspirasi baru kepada artis berpengalaman mengembalikan semula nostalgia mereka kepada peminat yang jarang dapat melihat artis kesayangan mereka mengadakan konsert seumpama itu.
"Persembahan konsert Sharifah diharap mampu memberi inspirasi kepada artis veteran malar segar lain seperti Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Sheila Majid mengikut jejak langkahnya menjayakan konsert penghargaan kepada peminat.
"Barisan artis seperti mereka mempunyai peminat tersendiri yang sudah lama mengikuti perkembangan mereka. "Misalnya walaupun lagu didendangkan berusia sudah melebihi 20 tahun, ia terus diminati hingga sekarang, malah terus mendapat tempat di kalangan peminat kerana didendangkan di majlis tertentu," katanya.
Rakaman konsert berkenaan akan bermula pada jam 8 malam.
Konsert diadakan di Studio Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya pada jam 8 malam Jumaat ini.
Ia konsert kedua beliau sejak kali terakhir pada 2000 dan lebih menarik, ia akan dirakamkan syarikat produksi televisyen ZGB Media Sdn Bhd yang mendapat kepercayaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akan ditayangkan sempena sambutan tahun baru pada hujung tahun.
Penerbit ZGB Media Sdn Bhd, Zohara Gany Bathusha berkata, kehadiran Sharifah Aini dalam konsert berkenaan itu membuktikannya dirinya masih terus mendapat permintaan tinggi peminat yang jarang dapat menontonnya menyanyi secara langsung.
"Beliau tidak banyak tampil di hadapan penonton kecuali memenuhi undangan tertentu dan jamuan makan malam. "Kali terakhir Sharifah Aini bekerjasama bersama RTM ialah sewaktu mengadakan konsert solo, Istimewa Bersama Sharifah Aini kira-kira sembilan tahun lalu," katanya.
Walaupun tidak membuat sebarang rakaman album baru, Sharifah Aini akan menyampaikan 16 lagu terbaiknya sepanjang zaman dalam konsert selama satu jam 15 minit itu dengan diiringi ahli muzik profesional.
Francisca pernah popular sewaktu berduet bersama Royston Sta Maria pada era 80-an akan menyampaikan lagu Sekadar di Pinggiran sementara David, vokalis Alleycats, menyampaikan lagu Sampaikanlah Salam. Mereka bertiga kemudian akan berpadu suara membawa lagu Seiring Sejalan.
Bagaimanapun, hanya seramai 200 penonton undangan khas dijemput menyaksikan konsert itu kerana studio digunakan untuk rakaman tidak terlalu besar.
Antara lagu dijangka didendang Sharifah Aini pada malam itu adalah Sri Dewi Malam, Hapuslah Airmatamu, Tiada Maaf Bagimu, Bunga Tanjung termasuk dua lagu Jatuh Cinta dan Sabar Menanti yang akan diiringi alunan piano Ramli MS sendiri selaku pengarah muzik konsert.
Pada masa sama, Zohara berkata, konsert itu dapat memberi inspirasi baru kepada artis berpengalaman mengembalikan semula nostalgia mereka kepada peminat yang jarang dapat melihat artis kesayangan mereka mengadakan konsert seumpama itu.
"Persembahan konsert Sharifah diharap mampu memberi inspirasi kepada artis veteran malar segar lain seperti Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Sheila Majid mengikut jejak langkahnya menjayakan konsert penghargaan kepada peminat.
"Barisan artis seperti mereka mempunyai peminat tersendiri yang sudah lama mengikuti perkembangan mereka. "Misalnya walaupun lagu didendangkan berusia sudah melebihi 20 tahun, ia terus diminati hingga sekarang, malah terus mendapat tempat di kalangan peminat kerana didendangkan di majlis tertentu," katanya.
Rakaman konsert berkenaan akan bermula pada jam 8 malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
