Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Sherry Alhadad. Show all posts
Showing posts with label Sherry Alhadad. Show all posts

Sherry Alhadad Tidak Syak Komen Negatif Ditulis Rakan Artis

Pelakon dan pengacara Melodi, Sherry Alhadad tidak mengesyaki komen hinaan terhadapnya di Instagram kerana berbadan besar ditulis oleh individu dalam industri seni yang tidak berpuas hati selepas dia dipilih menjadi pengacara rancangan tersebut. Sherry, 30, bagaimanapun tidak menafikan ada beberapa pihak dan kenalannya bertanyakan mengenai hal tersebut namun dia menganggap perkara itu sekadar pandangan peribadi masing-masing. Saya tiada musuh dan berkawan baik dengan semua orang dan sebab itu saya tidak merasakan ada pihak cemburu dengan pemilihan saya dan Zulin sebagai pengacara Melodi. "Apa yang diperkatakan dalam komen-komen tersebut saya terima dan ia tidak langsung melemahkan semangat saya untuk terus memberikan terbaik," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Sherry berkata, jika benar ada pihak yang memang cemburu dan tidak berpuas hati dengan pemilihannya dia tidak dapat berbuat apa-apa tentang perkara itu. "Apa yang boleh saya katakan kasihan kepada orang tersebut," ujarnya. Sementara itu, Sherry mengakui dia masih berhati-hati dalam mengacarakan Melodi kerana tidak mahu dikatakan 'over' dan cuba membayangi dua lagi pengacara iaitu Awal Ashaari dan Zulin Aziz. Kata Sherry, sebagai pengacara bersama dia perlu menghormati rakan-rakannya yang lain namun semakin selesa bergandingan dengan mereka. "Masa awal-awal dulu ramai yang tegur kerana saya seperti tidak menjadi diri sendiri dalam Melodi tetapi saya harus hormat dua pengacara yang lain supaya suasana tidak menjadi bingit kerana kami bertiga. "Bagaimanapun sekarang kami semakin selesa dan tahu peranan masing-masing dalam mengendalikan program itu," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Sherry berkata, dia bakal muncul dalam teater terbaharu iaitu berjudul Asrama-Ra All Stars yang bakal dipentaskan pada Oktober depan. Teater berkenaan mengangkat kisah kehidupan sekumpulan pelajar di sebuah asrama dan mengetengahkan isu-isu sosial berkaitan remaja. "Seronoknya mengenai teater ini apabila saya berpeluang berlakon disamping nama-nama besar dalam industri lakonan dan teater yang juga kebanyakannya rakan-rakan saya sendiri. "Saya akan memegang watak sebagai cikgu di sekolah berkenaan dan pelbagai kisah menarik bakal dikupas dalam teater itu nanti," katanya. Tambah Sherry, dia gembira dapat kembali ke pentas teater selepas kali terakhir muncul menerusi Projek Kahwin awal tahun ini. Teater arahan Khairunazwan Rodzy itu bakal dipentaskan di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar dan Amerul Afendi. Tiket untuk menyaksikan teater berkenaan dijual pada harga RM40 (tempahan awal) dan RM50. Tempahan dan pembelian boleh menghubungi Nik Chip Afiq di talian 010-7603101. Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook dan Twitter: Revolution Stage.

Hos 'Melodi' Kesal Diskriminasi Terhadap Wanita Gemuk

Pengacara Melodi terbitan TV3 iaitu Sherry Alhadad kesal apabila segelintir penonton rancangan itu masih mempunyai sikap diskriminasi terhadap kekurangan fizikal seseorang artis khususnya individu berbadan besar berbanding bakat yang ditonjolkan. Sherry,30, berkata, lemparan kata-kata hinaan di laman sosial bersifat negatif seperti itu akan membuatkan wanita-wanita berbadan besar lain menjadi kurang keyakinan untuk berada di khalayak. "Ini bukan kali pertama perkara ia berlaku, cuma saya tidak mahu mereka menghina kami di laman sosial kerana ia memberi kesan kepada wanita berbadan besar lain menyebabkan mereka kurang keyakinan diri. "Saya tidak patah semangat dengan ejekan seperti itu sebaliknya saya lebih bersemangat untuk menunjukkan bakat yang saya ada membantu saya untuk berada dalam industri ini," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Sherry berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa komen di laman Instagram Melodi TV3 yang menghinanya kerana berbadan besar. Rancangan hiburan itu turut dikendalikan oleh Zulin Aziz dan Awal Ashaari. Tambahnya dia tidak pernah berasa malu dengan keadaan fizikalnya sekarang, malah menganggap ia sebagai perkara yang membuatkan dia berbeza daripada pelakon dan pengacara lain. "Saya selesa dengan keadaan saya sekarang selagi ia tidak menjejaskan kesihatan, kalau saya mahu kurus sekalipun ia kerana nasihat doktor atau kerana masalah kesihatan dan bukan kerana ingin nampak cantik atas desakan masyarakat. "Pada saya cantik atau buruk itu sesuatu yang subjektif dan berbeza-beza di mata orang dan saya anggap apa yang saya ada ini satu kelebihan," katanya.
Komen-komen yang ditulis di laman Instagram MelodiTV3 selepas siaran langsung pada Ahad lalu. Jelas Sherry, ramai lagi orang yang mempunyai bakat dalam pelbagai bidang di luar sana malu untuk tampil kerana takut dengan tanggapan masyarakat. Katanya, persepsi dan diskriminasi masyarakat terhadap kekurangan sesorang individu seharusnya tidak lagi timbul pada zaman ini. "Hidup ini indah kalau semua orang menilai orang lain bukan hanya pada luaran semata-mata. Ramai orang yang serba kekurangan tetapi mempunyai bakat besar tetapi malu untuk tampil kerana takut dihina masyarakat. "Pada saya biarlah dia orang ingin cakap apa sekalipun, kerana suatu hari nanti mereka akan berhenti. Lihat sahaja artis-artis lain yang sudah ada nama seperti Adibah Noor dan Afdlin Shauki, mereka sudah berada pada tahap mereka sendiri," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails