Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Shiro. Show all posts
Showing posts with label Shiro. Show all posts

Shiro Terkilan Dituduh Lupa Diri

Kumpulan lawak Shiro terkilan apabila seorang pelawak terkenal menuduh mereka sebagai lupa diri selepas mendapat tempat ketiga program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012). Salah seorang anggotanya, Shahrul, berkata, dia tidak faham mengapa isu berkenaan diperbesar-besarkan oleh pelawak berkenaan sedangkan mereka berkawan baik. "Saya tidak pasti apa punca sebenar dia marah dengan Shiro kerana kami tidak pernah melupakannya yang telah membantu kami semasa menyertai program MLM. "Kami sentiasa menyebut namanya dalam temubual bersama pihak media bagi menghargai jasanya dan saya terkilan isu ini timbul kerana kami berkawan baik sebelum bergelar artis lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu. Pada pertandingan itu, Shiro yang turut dianggotai oleh Ajak berjaya menyandang tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 berserta trofi. Menjelaskan salah faham itu, Shahrul berkata, pelawak itu tidak membantu mereka sepenuhnya sepanjang 10 minggu menyertai MLM sebaliknya hanya terlibat dalam salah satu minggu pertandingan sahaja. "Benar dia ada menolong kami dan duduk bersengkang mata berkongsi idea pada salah satu minggu pertandingan untuk memastikan kami berjaya ke peringkat akhir. "Tetapi tidak adil terus melabel kami lupa diri dan menyebarkan fakta yang tidak benar. "Kalau benar dia tidak puas hati sepatutnya bersemuka dengan kami dan bukannya mencanang cerita kepada orang lain," katanya. Mengulas isu tidak berkongsi wang kemenangan dengan pelawak itu, Shahrul berkata, pelawak itu seharusnya menjelaskan perkara itu lebih awal supaya tidak timbul salah faham seperti yang berlaku sekarang. "Soal wang tidak pernah disentuh sebelum ini kerana jelas dia membantu kami secara ikhlas dan jika itu yang menjadi pertikaian mengapa tidak dari awal dia memberitahu supaya ia boleh diselesaikan," ujarnya. Sementara itu, Shahrul berkata, dia pernah menghubungi pelawak berkenaan untuk menjernihkan salah faham yang timbul namun pelawak itu memberi alasan tidak mengenalinya semasa panggilan dijawab. Malah katanya, khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar juga tidak dibalas oleh pelawak tersebut. "Saya ada cuba bercakap dengannya tetapi dia tanya siapa saya apabila panggilan diangkat malah baru-baru ini saya menghantar SMS kepadanya untuk mengucapkan selamat berjaya kerana dicalonkan dalam kategori sebuah anugerah tetapi tidak dibalas. "Jadi saya faham dia tidak mahu berhubung dengan saya tetapi saya masih berharap agar salah faham ini dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Shiro Teruja Berlakon Disamping Ustaz Azhar Idrus

PETALING JAYA: Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi. "Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak). Dalam pada itu, Shahrul berkata, filem pertama mereka itu adalah projek istimewa bersama MIG dan tidak berhasrat untuk menyertai syarikat produksi itu untuk menguruskan kerjaya lakonan mereka. Jelas Shahrul, Shiro selesa dengan pengurusan Astro Entertainment yang menguruskan kerjaya seni mereka sejak menjuarai program Raja Lawak musim keenam. Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, kumpulan Shiro juga akan tampil dengan sebuah single khas buat peminat dan yakin kehadiran mereka sebagai penyanyi dapat diterima ramai. Kata Shahrul, Ajak akan bertindak sebagai vokalis utama dan dia akan lebih kepada rap dalam lagu itu nanti. Dalam pada itu selain sedang berada di lokasi penggambaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Shiro juga akan mengendalikan sebuah program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.

Shiro Tidak Berniat Elak Wartawan

JOHOR BARU: Pemenang tempat ketiga pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012), kumpulan Shiro menjelaskan tidak pernah berniat untuk mengelak daripada ditemubual pihak media. Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak sebaliknya memberitahu mereka berasa rendah diri setiap kali berhadapan dengan wartawan kerana menganggap diri tidak popular. "Bukan larikan diri tetapi kami menganggap diri tidak popular selain tiada bahan untuk diceritakan kepada pihak media. "Atas alasan itu juga selepas selesai sesuatu majlis meibatkan pihak media kami akan terus balik," jelas Shahrol kepada mStar Online. Shiro ditemui selepas pertandingan akhir MLM 2012 yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) pada Ahad malam lalu. Pada pertandingan itu, kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan dinobatkan sebagai juara manakala kumpulan Jambu (Yus dan Tauke) ditempat kedua. Shahrol dan Ajak membawa pulang wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Dalam pada itu, Ajak memberitahu mereka tidak menyangka berjaya menempatkan diri di peringkat akhir program itu dan seterusnya dinobatkan pemenang tempat ketiga. Malah kata Ajak, mereka menjangkakan akan tersingkir pada minggu ke empat pertandingan. "Dapat masuk final adalah satu kejayaan besar buat kami berdua kerana semua peserta yang masuk hebat-hebat belaka. "Malah kami langsung tidak tertekan menghadapi peringkat akhir kerana tidak menyasarkan untuk menang. "Bagaimanapun kami berdua bersyukur dengan rezeki yang diberikan kepada kami," ujarnya. Ditanya mengenai hadiah kemenangan mereka, Ajak berkata, dia bercadang untuk menghadiahkan jubah dan songkok kepada pelajar-pelajar Sekolah Kampung Hj Manan, Kluang, dekat sini. Sementara itu, Shahrol berkata, mereka berdua berharap dengan kemenangan itu akan membuka lebih banyak peluang kepada mereka sebagai pelawak.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails