Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Sidek Hussain. Show all posts
Showing posts with label Sidek Hussain. Show all posts

Risiko Maut Jika Sidek Hussain Bedah Ketumbuhan

Pelakon Sidek Hussain akhir mengambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan membuang ketumbuhan pada muka walaupun sudah beberapa kali melakukan pemeriksaan. Sidek, 62, berkata, selepas sesi pemeriksaan dengan doktor pakar mereka memaklumkan pembedahan itu tidak dapat dilakukan kerana ia berisiko tinggi. "Sepatutnya April lalu saya sudah dibedah namun selepas beberapa kali doktor membuat pemeriksaan, pembedahan itu terpaksa dibatalkan kerana saya berisiko berhadapan dengan maut. "Doktor kata pembedahan itu tidak boleh diteruskan disebabkan saya ada masalah jantung dan paru-paru. Jika ia diteruskan juga risikonya mungkin saya boleh meninggal dunia ketika pembedahan," katanya ketika ditemui pada pratonton treler filem Paku, di sini, Jumaat. Sidek yang pernah membintangi filem Toyol ini menghidapi ketumbuhan sejak 30 tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan pertama pada 1982 namun ia tidak berjaya. Katanya, sebelum Ramadan lalu dia baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung namun disebabkan perkara, jantungnya tidak mampu menahan pembedahan lebih 10 jam. "Jantung saya lemah untuk pembedahan dalam tempoh yang lama dan keadaan itu boleh mengakibatkan maut," katanya. Bagaimanapun, kata Sidek, dia pasrah dengan keputusan tersebut dan meneruskan perjalanan kehidupannya seperti biasa.

Pelakon Sidek Hussain sedia buang ketumbuhan

Pelakon Sidek Hussain, 62, bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di wajahnya di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh, Selangor pada 4 April ini. Menurut pelakon tersebut, dia bersedia untuk membuang ketumbuhan yang sudah bertapak di wajahnya sejak berusia 20 tahun lagi. Kata pelakon filem Toyol itu, dia terbuka hati untuk menjalani pembedahan selepas mendapat kata-kata semangat daripada seorang kenamaan melalui pembantu peribadinya. "Saya didatangi pembantu peribadi kerabat diraja Pahang dan dia beritahu, kerabat berkenaan tanya kenapa saya tidak menjalani pembedahan. Dia bertanya begitu selepas melihat wajah saya di televisyen. "Dari situ saya tergerak hati untuk buat pembedahan dan selepas bertemu dengan doktor pakar di Fakulti Perubatan UiTM yang berhampiran rumah, saya yakin dengan penerangan dan kebolehan kumpulan doktor di situ," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. Menurut Sidek, pembedahannya yang bakal diadakan pada 4 April depan, pukul 8 pagi itu kelak akan dilakukan oleh Prof. Datuk Dr. Ahmad Ridzuan Arshad. Katanya, sebagai persiapan untuk pembedahan tersebut, dia juga telah mendapat penerangan daripada pakar bius hospital berkenaan. "Saya akan masuk hospital pada 2 April sebelum pembedahan pada 4 April. Doktor cakap selepas pembedahan, saya akan ditempatkan di unit rawatan rapi sebelum berada di wad biasa. "Saya berdoa agar pembedahan ini berjalan lancar dan anggaran kos pembedahan belum pasti berapa," katanya. - UTUSAN
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails