Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Siti Saleha. Show all posts
Showing posts with label Siti Saleha. Show all posts
Siti Saleha Bakal Beraya Di 10 Buah Rumah
Pelakon Siti Saleha tidak sabar untuk beraya beramai-ramai ke rumah ibu dan bapa saudaranya di sekitar Lembah Klang pada Hari Raya pertama Aidilfitri nanti melibatkan lebih sepuluh buah rumah.
Siti Saleha, 25, berkata, ia merupakan rutin setiap kali merayakan Aidilfitri di rumah adik beradik sebelah bapanya.
"Setiap kali raya saya paling suka pergi beraya ke rumah ibu dan bapa saudara kami. Maklumlah adik beradik bapa saya ada 14 orang.
"Tapi yang tinggal di Lembah Klang hanya 10 orang dan yang lain ada di luar negara, Kelantan dan Kedah. Kami akan mula beraya selepas sembahyang raya sehinggalah pukul 3 atau 4 pagi baru balik rumah," ujarnya.
Kata Siti Saleha, raya tahun ini juga berbeza apabila beberapa ahli keluarga termasuk abangnya iaitu Sam Bunkface sudah mendirikan rumah tangga.
"Kali ini saya rasa berbeza sebab ahli keluarga sudah semakin berkembang, ada yang dapat anak ada yang sudah berkahwin. Sudah tentu pasti lebih seronok.
"Tapi ada juga ahli keluarga kami yang meninggal dunia tahun ini," katanya.
Sementara itu, Siti Saleha berkata, dia tidak membuat terlalu banyak persiapan untuk sambutan kali ini dan hanya memakai semula baju-baju raya tahun lalu yang masih berkeadaan baik.
"Saya tidak buat baju raya pun tahun ini, sebab baju raya tahun lalu pun masih cantik, manakala urusan kuih raya dan juadah sudah tentu ayah dan ibu yang uruskan," ujarnya.
Siti Saleha berkata, dia bercuti selama dua minggu sebelum memulakan semula aktiviti seni selepas Syawal.
Tiada Batasan Siti Saleha Lakonkan Adegan Intim
Pelakon Siti Saleha memberitahu dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau batas ketika melakonkan adegan intim dalam mana-mana drama lakonannya.
Siti Saleha, 25, berkata, apa yang dilakukannya ketika di lokasi penggambaran hanya sekadar lakonan semata-mata dan ia adalah seperti yang diminta pengarah.
"Setakat ini saya hanya beri lakonan seperti apa yang diminta pengarah dan tidak ada bataskan apa-apa.
"Saya harap orang ramai faham dengan situasi itu dan tidak menghentam saya balik. Apa yang dipaparkan dalam drama itu hanya lakonan sahaja dan kami tidak buat apa-apa pun, malah itu semua di hadapan semua krew produksi," ujarnya kepada mStar Online.
Siti Saleha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang adegan berpelukan yang mendapat kritikan penonton kerana dianggap tidak lagi wajar.
Malah, dalam filem televisyen (FTV) Cinta Paling Agung lakonannya bersama pelakon Aaron Aziz turut mempunyai adegan berpelukan di atas katil ketika babak malam pertama perkahwinan mereka.
Filem tayangan Astro First Eksklusif itu bakal disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Jumaat ini.
Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tetap menghormati pasangan gandingannya seperti Aaron sebagai seorang lelaki yang sudah beristeri.
Sementara itu, Siti Saleha berkata, sepanjang penggambaran FTV tersebut, banyak pengajaran yang diperoleh terutama dalam hal berkaitan pernikahan dan poligami.
"Sebagai perempuan sudah tentu saya tidak mahu berkongsi kasih dan berpoligami. Apa yang saya lihat lelaki banyak menggunakan alasan agama membenarkan poligami untuk berkahwin lain.
"Pada saya jika seseorang lelaki mahu berpoligami, mereka perlu berlaku adil dan tidak menyakitkan perasaan pasangan mereka. Banyak pengajaran yang saya belajar ketika penggambaran cerita ini yang bagus untuk masa hadapan saya," katanya.
Bercerita tentang FTV tersebut juga, Siti Saleha berkata, dia kurang berpuas hati dengan babak penamat cerita tersebut yang berbeza daripada apa yang dirakamkan sewaktu penggambaran.
Katanya, babak akhir dalam skrip tersebut ialah watak yang dibawanya meninggal dunia akibat kemalangan.
"Sebenarnya, babak penamat cerita ini lain tetapi ia tidak dipertontonkan pada penonton. Sejujurnya, saya lebih suka babak penamat tersebut kerana lebih dramatik tetapi mungkin pengarah ada pandangannya tersendiri," katanya.
Cinta Paling Agung mengisahkan Amyza dan suaminya Khairi yang menjalani kehidupan bahagia bersama anak tunggal mereka. Bagaimanapun, perkahwinan selama sembilan tahun mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga.
Konflik tercetus apabia Khairi berjumpa dan jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi lalu meminta izin daripada Amyza untuk mengahwini Dewi.
Biarpun kecewa dengan kecurangan Khairi, Amyza tetap berusaha mempertahankan rumah tangganya. Dia melakukan pelbagai cara untuk mengekalkan hubungan rumah tangganya itu.
Cinta Paling Agung turut dilakonkan oleh Shahrol Nizam, Mia Sara Nasuha dan pelakon Indonesia Zaskya Ada Meca.
Siti Saleha Komen Dituduh Bergambar Lucah
Pelakon Siti Saleha tidak menganggap gambar yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini sebagai keterlaluan dan lucah.
Siti Saleha, 24, berkata, sebagai seorang selebriti dia sedar pergerakannya diperhatikan peminat dan sentiasa berhati-hati sekiranya ingin berkongsi gambar peribadi dalam laman sosial.
"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.
"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," katanya kepada mStar Online.
Saleha ditemui pada sidang media teater Asmara-Ra All Stars yang diadakan di Kaki Seni SS2 Mall di sini pada Selasa.
Saleha mengulas mengenai sekeping gambarnya yang dirakamkan daripada bahagian belakang badan sambil duduk di atas kayu di tepi pantai.
Pengikut profilnya menganggap gambar tersebut sebagai lucah dan Saleha menerima pelbagai kritikan daripada pengikut di laman sosial tersebut.
Dalam pada itu, Saleha berkata, dia tidak terlalu memberi perhatian terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia perkara biasa.
Bagaimanapun dia mengakui ada menyekat pengikut Instagram yang disifatkan melampau dan keterlaluan daripada mengikuti perkembangannya di laman tersebut.
"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka," ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam Asrama-Ra All Stars, Saleha berkata ini adalah kali kedua dia akan muncul di pentas teater.
Jelas Saleha, persembahan teater memberikannya kepuasan berbeza berbanding drama dan filem namun terpaksa menolak banyak tawaran daripada produksi kerana komitmen penggambaran.
"Kali terakhir saya berlakon teater adalah pada tahun 2009 iaitu Stage Theraphy dan saya cukup teruja apabila akhirnya dapat kembali ke pentas teater.
"Bukan tiada tawaran sebelum ini tetapi kekangan masa membuatkan saya terpaksa menolak kerana untuk berlakon teater kita ken berikan komitmen penuh," ujarnya.
Teater arahan Khairunazwan Rodzy itu bakal dipentaskan di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sherry Al-Hadad, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar dan Amerul Afendi.
Tiket untuk menyaksikan teater berkenaan dijual pada harga RM40 (tempahan awal) dan RM50. Tempahan dan pembelian boleh menghubungi Nik Chip Afiq di talian 010-7603101.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook dan Twitter: Revolution Stage.
Siti Saleha Enggan Terima Watak Ibu Tua
Pelakon Siti Saleha menganggap usianya yang masih mudah belum sesuai untuk memegang watak sebagai ibu yang sudah mempunyai cahaya mata berusia lebih daripada lapan tahun.
Siti Saleha, 24, berkata, dia terpaksa menolak tawaran yang mahukan dia melakonkan watak itu kerana dianggap terlalu berat untuk dilakonkan.
"Cukuplah dalam drama pada Ramadan lalu iaitu Ramadan Jangan Pergi di mana saya membawa watak ibu yang sudah mempunyai anak berusia lebih lapan tahun, buat masa ini saya tidak akan ambil watak seperti itu lagi.
"Usia saya baru 24 tahun dan watak sebegitu terlalu tua untuk saya. Kalau watak ibu yang mempunyai bayi seperti cerita Nora Elena itu saya boleh terima lagi," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis tayangan filem Mamak Cupcake, di Cathay Curve, di sini, malam Khamis lalu.
Siti Saleha dan Shaheizy Sam bergandingan dalam filem Mamak Cupcake.
Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tidak menyesal membawakan watak ibu dalam drama Ramadan Jangan Pergi yang disiarkan sepanjang Ramadan lalu.
Dia juga menganggap ia sebagai satu cabaran kepadanya dalam membawa pelbagai watak terutama yang tidak pernah dibawakan sebelum ini.
"Saya gembira apabila ramai penonton suka dengan watak ibu yang saya bawa dalam drama itu, saya tidak menyesal kerana ia merupakan pengalaman pertama saya.
"Saya anggap ia sebagai satu cabaran sebagai pelakon tetapi kalau boleh biarlah hanya drama itu sahaja buat masa ini," katanya.
Sementara itu, Siti Saleha yang turut terlibat dalam filem komedi berjudul Mamak Cupcake terbitan Grand Brilliance ini mengakui selesa bergandingan dengan pelakon lelaki kegemarannya Shaheizy Sam.
Katanya, Sam seorang pelakon lelaki yang sangat berkebolehan dalam membawakan pelbagai watak dengan baik.
"Ini merupakan pertama kali saya berlakon dengan Sam dan saya merupakan salah seorang peminat dia.
"Dia seorang pelakon yang tidak stereotaip yang mana boleh bawa semua watak yang diberikan dengan baik sekali," katanya.
Dalam filem Mamak Cupcake, Siti Saleha memegang watak sebagai Juliana anak kepada Datin Nora (Maria Farida) yang merupakan penganjur kepada pertandingan Cupcake Kebangsaan.
Dia akhirnya jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bernama MJ (Shaheizy Sam) yang turut mengambil bahagian dalam acara pertandingan itu.
Filem Mamak Cupcake akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 28 Ogos ini.
GAMBAR SITI SALEHA PELUK JEJAKA MAT SALLEH - SAHABAT ATAU KEKASIH?
Dalam kegembiraan pelakon Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 24, bercuti di Amsterdam, kecoh pula di laman sosial mengenai gambar dia berpelukan dengan seorang jejaka mat salleh.
Soal segelintir daripada mereka, siapakah jejaka yang dipeluk oleh Siti Saleha itu? Sahabat, teman tapi mesra atau kekasihnya?
Namun melalui caption yang disiarkan dalam IG Siti Saleha, dia membayangkan bahawa jejaka tersebut hanya rakan biasa. "Buddies... Fun hanging out with them in kl, even cooler in their hometown. We had such a nice time. Happy birthday again @anacarpi".
Bagaimanapun, tak kisahlah jika Siti Saleha nak berkasih, bercinta atau berkahwin sekalipun. Bukankah dia sudah dewasa dan mampu membuat pilihan sendiri. Tak gitu?
Siti Saleha Enggan Dedah Kisah Cinta Untuk Elak Kontroversi
Pelakon Siti Saleha menjelaskan dia bimbang sekiranya terlalu terbuka bercerita mengenai teman lelaki kerana ingin mengelak daripada timbulnya sebarang kontroversi.
Saleha berkata, sebagai seorang figura yang dikenali ramai dia sedar sentiasa menjadi perhatian dan langkah tersebut dapat mengurangkan tumpuan masyarakat terhadap kehidupan peribadi.
"Saya bukan ingin berahsia cuma ada perkara yang saya tidak boleh kongsi dengan semua orang kerana bimbang akan ada cerita kurang enak timbul sekiranya kami terlalu terbuka.
"Buat masa ini saya tidak akan bawa dia ke mana-mana majlis hiburan malah dia sendiri tidak selesa menjadi tumpuan ramai," katanya kepada mStar Online.
Pelakon drama bersiri Ramadan Jangan Pergi itu sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang berasal dari Portugal.
Bagaimanapun Saleha enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki berusia 27 tahun itu namun mengakui dia seorang jejaka yang budiman.
Dalam pada itu, pelakon itu lega apabila namanya jarang dikaitkan dengan apa-apa kontroversi dan berharap perkara itu dijauhkan daripadanya.
Kata Saleha lagi, fokusnya kini terhadap kerjaya lakonan dan dia juga lebih gemar duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang komitmen kerja yang mungkin menjadi alasan mengapa namanya jarang dikaitkan dengan kontroversi.
Selain Ramadan Jangan Pergi yang sedang bersiaran di slot Samarinda pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10 malam, Siti Saleha juga bakal muncul dengan drama bersiri berjudul Manis di Astro Ria.
Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah
Pelakon Siti Saleha mengakui dia sudah pun memiliki seorang kekasih berbangsa Eropah dan hubungan itu sudah terjalin sejak empat bulan lalu.
Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 23, bagaimanapun berkata, perhubungan itu tidak bermakna dia akan berkahwin dalam masa terdekat ini kerana masih lagi mengenali hati budi antara satu sama lain.
"Biasalah, kita perlukan warna dalam kehidupan ini dan benar, saya sudahpun mempunyai seorang kekasih. Dia merupakan lelaki berbangsa Eropah yang bekerja di negara ini.
"Tetapi ia masih pada fasa perkenalan dan tiada yang serius lagi dalam perhubungan ini. Saya baru berumur 23 tahun, banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu sebelum berkahwin," katanya.
Saleha ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Simplysiti yang terbaharu iaitu Simplysiti White & Detox di restoran The Apartment pusat beli belah KLCC di sini pada Sabtu.
Tambah pelakon filem Balada Pencinta itu, bagaimanapun dia tidak mahu menceritakan lebih lanjut mengenai identiti kekasihnya itu.
Sementara itu, pada pelancaran produk Simplysiti, Datuk Siti Nurhaliza yang turut menghadiri majlis tersebut mengumumkan Saleha sebagai duta bagi set produk Simplysiti White & Detox.
Beritahu Saleha, dia menyifatkan pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Simplysiti menyuntik semangatnya dalam berkongsi informasi kepada para remaja mengenai penjagaan wajah.
Katanya, dia merupakan seorang yang sangat peka terhadap hal-hal kecantikan wajah dan apabila ditawarkan sebagai duta produk itu, dia terus menerimanya dengan hati terbuka.
"Saya ditawarkan sebagai duta pada Ogos lalu dan sebelum itu mereka memberikan saya sampel produk tersebut untuk mencubanya.
"Selepas melihat kelebihan produk ini yang memberikan kesegaran pada wajah, saya terus memutuskan untuk menerima tawaran tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia yakin, pemilihan Saleha sebagai duta produknya dapat menarik lagi perhatian pembeli daripada kalangan remaja yang menginginkan produk pencerahan wajah.
"Saleha seorang yang sentiasa ceria dan aktif dalam setiap kerja yang dilakukan dan lihatlah, dia memiliki peminat yang ramai.
"Kerana itu saya percaya pemilihan Saleha sangat bertepatan dengan keinginan pihak Simplysiti yang ingin menarik perhatian golongan remaja," tuturnya.
Tidak kisah digelar lesbian - Siti Saleha
DIA sudah banyak melakonkan watak gadis yang bersikap cukup feminin dan terbabit dalam dilema cinta.
Drama rantaian hebat Nora Elena dan Ruby sebagai contohnya yang telah menjadikan dirinya cukup sinonim dengan watak lakonan yang sebegitu.
Namun aktres jelita, Siti Saleha nampaknya sudah bosan dengan hakikat tersebut. Dia kini mencabar diri untuk membawakan karakter lebih berat dalam karier lakonannya yang sudah bermula sejak tahun 2008 itu.
Buat kali pertama, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu membawa peranan sebagai seorang lesbian bernama Tina dalam filem Tujuh. Dia bersetuju menerima tawaran melakonkan peranan lesbian bukan disebabkan gagal dalam percintaan dengan adik lelaki kepada pelakon Sharifah Sofia iaitu Syed Adney Syed Hussein, yang juga penjaga gol pasukan bola sepak Terengganu.
Sebaliknya, dia yang selesa dipanggil Saleha menjelaskan bahawa watak lesbian itu merupakan salah satu peluang untuknya menerokai sisi baharu dalam lakonannya.
Mengulas mengenai karakter tersebut, dedahnya, Tina memerlukan dia 'merogol' seorang wanita bernama Suri (lakonan Marsha Milan).
Bukan melakukan adegan seksual yang sebenar malah, tiada adegan cium bibir antara dirinya dan Marsha dalam filem itu.
Begitupun, Saleha mengakui tiada sebarang masalah melakonkan adegan ranjang bersama Marsha. Dia juga menegaskan boleh bercium dengan Marsha, jika itu adalah kehendak skrip filem.
Bunuh diri
Pendirian yang agak tegas berani daripada pelakon berusia 23 tahun itu, namun adakah dia tidak berasa bimbang dengan pandangan masyarakat negara ini kelak apabila filem tersebut ditayangakan di pawagam?
Sedar masyarakat Malaysia begitu sensitif apabila membabitkan nilai-nilai kerohanian, luah Saleha, dia bersedia menerima kritikan dan tidak kisah jika masyarakat mahu menggelarkan dirinya lesbian.
"Ketika bersetuju menerima tawaran peranan lesbian ini, saya tidak terfikir langsung mengenai kontroversi yang akan timbul.
"Walau bagaimanapun, saya bersedia dengan kritikan orang ramai terhadap watak Tina itu nanti.
"Saya juga tidak kisah jika masyarakat memanggil saya lesbian kerana ia hanya satu lakonan dan bukan diri saya yang sebenar," ujarnya yang mengakui cuma melakonkan watak lesbian tetapi turut menegaskan bahawa dia bukan seorang yang sebegitu.
Berkongsi sedikit mengenai filem Tujuh, Saleha memberitahu filem seram itu berlatarkan pada tahun 1970-an.
"Tujuh mengisahkan sekumpulan remaja yang menghabiskan percutian semester mereka dengan mengadakan parti liar di sebuah rumah persinggahan keluarga di atas bukit. Rumah itu dijaga oleh Tok Batin dan anaknya, Suri.
"Parti liar itu menjadi tidak terkawal apabila salah seorang daripada mereka telah merogol Suri. Sebaik sahaja parti itu tamat, Suri bersemuka dengan kumpulan remaja itu dan berjanji akan membalas dendam. Suri kemudian terjun membunuh diri.
"Amaran yang dirasakan hanya gurauan itu menjadi benar apabila salah seorang daripada remaja itu iaitu Yasmin dijumpai mati tergantung keesokan harinya," ujarnya mengenai filem arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin itu.
Selain Saleha dan Marsha, Tujuh turut dibintangi Johan A'sari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Riz Aminuddin, Cristine Suzanne dan Wan Hanafi Sue.
Tidak kekok bertudung
Dalam perkembangan kerjayanya, baru-baru ini Saleha dilantik menjadi duta produk Kotex untuk tahun 2013 bersama pelakon Nad Zainal.
Selain dilantik sebagai duta, Saleha juga membawa peranan sebagai Nur Hawa menerusi drama Memberku Hawa musim kedua yang sudah bersiaran sejak 5 Jun lalu, setiap hari Rabu, pukul 10 malam di Astro Ria (saluran Astro 104).
"Saya membawa watak Nur Hawa iaitu seorang wanita bertudung dalam drama ini dan dalam masa yang sama saya juga merupakan duta produk tuala wanita ini.
"Selain komitmen saya melakonkan watak Nur Hawa, saya dan Nad juga perlu melakukan beberapa program luar bersama pengguna Kotex.
"Namun begitu di alam realiti, saya tidak bertudung dan imej saya berbeza berbanding dalam drama berkenaan," ujarnya.
Saleha menegaskan tentang perkara itu kerana tidak mahu peminat keliru dengan imej dirinya yang bertudung dalam drama Memberku Hawa tetapi sebaliknya tidak mengenakan tudung dalam rutin kehidupannya.
Mengulas lanjut, tuturnya, apa yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai jurucakap atau duta produk tersebut dalam memberi inspirasi kepada setiap wanita.
Drama Memberku Hawa turut dibintangi oleh Bella Daly, Cristina Suzanne, Fattah Amin, Zain Hamid dan Sharifah Sofia.
Kakak bekas kekasih
Turut berlakon bersama dengan kakak Syed Adney iaitu Sharifah Sofia dalam drama tersebut, Saleha diajukan soalan sama ada hubungannya dengan Sharifah Sofia menjadi renggang atau tidak.
Menurut Siti Saleha, dia tiada masalah berlakon dengan kakak bekas kekasihnya itu kerana hubungannya dengan keluarga Sharifah Sofia masih baik dan mereka tiada masalah untuk keluar bersama jika ada masa terluang.
"Putus cinta tidak jejaskan hubungan baik saya dengan dia (Sharifah Sofia), malah kami sering keluar bersama.
"Mungkin saya dengan Syed Adney tiada jodoh, tetapi saya masih baik dengan keluarganya," luahnya.
Ditebak sama ada dia kini sudah ada pengganti, ujar Siti Saleha, dia masih solo dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya selepas dua tahun hidup solo tanpa cinta.
Putus Cinta Tidak Jejaskan Persahabatan Siti Saleha, Sharifah Sofia
Siti Saleha Dikutuk Gara-Gara Tuala Wanita
Interaksi santai Siti Saleha
Saleha bukan sekadar kontrol cantik
Siti Saleha Dah 2 Bulan Putus Cinta Dengan Mat Saleh
“Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu.”
Inilah kenyataan yang keluar sendiri dari mulut Siti Saleha, pelakon yang popular menerusi drama lakonannya bersama Aaron Aziz, ‘Nora Elena’.
Namun bukan itu yang mengejutkan, tetapi pengakuan selebriti ini yang sekaligus menjelaskan lelaki tersebut bukanlah adik kepada pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein, seperti yang pernah dikecohkan sebelum ini.
“Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah.” – Siti Saleha dipetik dari Berita Harian.
Bagaimana pun, Saleha mengaku perkenalannya bersama kekasih hanyalah dalam tempoh sebulan dan perpisahan yang berlaku tidak menjadi masalah baginya.
“Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat,” katanya.
Maknanya, jejaka-jejaka diluar sana sudah boleh ‘standby’. Siti Saleha bakal menginjak umur 23 tahun ini, ok!-OhBulan.com
“Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah.” – Siti Saleha dipetik dari Berita Harian.
Bagaimana pun, Saleha mengaku perkenalannya bersama kekasih hanyalah dalam tempoh sebulan dan perpisahan yang berlaku tidak menjadi masalah baginya.
“Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat,” katanya.
Maknanya, jejaka-jejaka diluar sana sudah boleh ‘standby’. Siti Saleha bakal menginjak umur 23 tahun ini, ok!-OhBulan.com
Bakal Muncul 6 Filem, Siti Saleha Tetap Berlakon Drama
PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha akan terus berlakon dalam telefilem dan drama rantaian walaupun namanya kini semakin menjadi perhatian penerbit filem tempatan.
Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 23, berkata, perkara itu tidak pernah menjadi masalah kepadanya kerana ia telah menjadi tugasnya sebagai seorang pelakon.
"Ada sesetengah berpendapat lebih baik tumpukan lakonan dalam filem bagi menjaga eksklusif diri tetapi saya rasa itu tidak perlu kerana peminat mula mengenali saya menerusi drama dan akan cuba mengimbangi kedua-duanya.
"Tambahan pula lakonan memang minat saya jadi tidak kira drama atau filem kerana itu memang tugas dan cara saya mencari rezeki jika diberi peluang," jelasnya kepada mStar Online.
Selain filem Kerat 14 yang bakal ditayangkan pada 14 Februari ini, Saleha bakal muncul dalam lima lagi filem pada tahun ini iaitu Mamak Cupcakes, KL Zombie, Pencinta, Bravo 5 dan Pak Pong.
Dalam pada itu, Saleha berkata, tahun ini dia ingin memastikan bakat lakonannya semakin bersinar berbanding tahun sebelumnya selain ingin mencuba watak-watak baru yang belum pernah dipegangnya.
Jelasnya sebagai pelakon yang masih baru dia perlu berdaya saing dan bekerja kuat demi memastikan bakatnya terserlah.
"Bukan ingin saingi sesiapa tetapi sebagai pelakon baru saya perlu menonjolkan diri dari segi lakonan mantap dan mampu meninggalkan kesan kepada penonton.
"Perjalanan saya juga masih panjang dan jika tidak berusaha mungkin ia akan membawa kerugian kepada diri sendiri," jelasnya.
Sementara itu, Saleha memberitahu selain menunggu reaksi penonton terhadap filem pertamanya, Kerat 14, dia juga kini sedang terlibat dalam drama bersiri Asmara Lana terbitan JS Production di samping pelakon Sheila Rusly.
Saleha memberitahu, selain jalan ceritanya yang menarik dia juga teruja dapat berlakon bersama Sheila yang juga antara aktres kegemarannya.
"Kak Sheila seorang pelakon yang sangat berkaliber dan impian untuk berlakon bersamanya tercapai dan tidak sabar untuk drama itu ditayangkan," katanya.
Jiwa galau Saleha
PENGAKUAN putus cinta yang terpacul secara tidak sengaja dari mulutnya baru-baru ini nyata telah memakan diri.
Malah empunya diri mengakui sejak kisah cinta yang baru dua bulan disemai dengan seorang jejaka Inggeris itu tidak kesampaian, dirinya dibelenggu rasa kurang enak.
Jiwanya galau tatkala mengenangkan tindakan tanpa sengaja membocorkan rahsia peribadi yang sepatutnya disimpan kemas daripada pengetahuan masyarakat itu.
Masakan tidak disebabkan kekhilafan tersebut secara tidak langsung telah mengundang persepsi liar segelintir pihak apabila mendakwa aktres kacukan itu cuba meraih simpati terhadap nasib dirinya yang ditinggalkan kekasih.
Benarkah begitu Saleha?
Maaf saya bukan jenis yang suka bercerita peribadi semata-mata untuk memancing simpati orang terutama dalam soal cinta.
Sebenarnya kisah putus cinta itu tidak sengaja terpacul di mulut saya sewaktu bersama media di pelancaran filem terbaharu saya, Kerat 14.
Sungguh, saya sendiri tidak menyangka perkara itu menjadi topik besar yang digembar-gemburkan.
Ya, itu memang silap saya tapi saya sedih apabila dapat tahu ada pihak yang tidak senang saya bercerita sebegitu.
Selepas itu, ada pula yang mendakwa saya sengaja cari bahan cerita untuk tarik perhatian masyarakat.
Semua perkara itu mengarutlah. Saya langsung tidak mahu belas kasihan," tegas wanita berusia 23 tahun ini pada pertemuan malam Rabu lalu.
Kata pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd. Baharum ini lagi:
Saya sedaya upaya untuk tidak memikirkan perkara itu (tentang patah hati) kerana sejujurnya bukan satu kerja mudah untuk memulihkan keadaan kembali seperti sediakala.
Masa mula-mula dahulu, saya berazam untuk tidak terlalu bercerita tentang kisah peribadi kerana perkara itu boleh buat kehidupan saya kacau-bilau.
Seboleh-bolehnya saya mahu mengasingkan soal kerjaya dengan peribadi. Saya tidak mahu orang menumpukan perhatian kepada saya lebih terutama dalam topik putus cinta sebegitu."
Adakah pelakon ini gementar seandainya pendedahannya itu mengakibatkan dia sukar didekati oleh mana-mana lelaki?
Ada orang cakap saya ini memilih lelaki berdarah mat saleh sahaja tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya jenis wanita yang akan berikan komitmen sepenuhnya kalau masuk bab cinta.
Saya pasti akan menyayangi kekasih saya sepenuh hati biarpun kadangkala boleh mengabaikan urusan harian lain.
Sebab itu apabila putus cinta, saya lebih terasa. Saya memerlukan tempoh masa yang lama untuk pulih dan menerima lelaki lain.
Proses itu memakan masa dan sebab itu saya tegaskan bahawa saya tidak mahu memikirkan tentang lelaki buat waktu sekarang ini," katanya penuh makna.
Tolak soal kahwin
Dalam pada itu, anak ketiga daripada empat beradik ini sedaya upaya mengelak daripada menjawab persoalan perkahwinan sementelah usianya masih muda - dia hanya akan mencecah umur 23 tahun pada 14 Mac depan.
Justeru tegasnya, kisah perancangan berumahtangga bukan menjadi agenda utama apalagi dia kini baru sahaja kembali solo malah merasakan perkara itu tidak wajar diceritakan secara meluas.
Cuma apa yang boleh saya cakap, keinginan itu masih belum terasa. Mungkin ada tapi kena tunggu dua atau tiga tahun lagi.
Saya juga tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menamatkan zaman bujang.
Pada pandangan saya, wanita yang sudah meningkat usia 30 tahun tidak boleh lagi digelar anak dara tua.
Saya okey saja kalau jodoh lewat tiba dan kalau boleh saya mahu menikmati hidup dengan membuat kerja yang memberi manfaat kepada masa depan sebelum mendirikan rumah tangga," katanya yang mengakui tiada tekanan soal perkahwinan daripada keluarganya setakat ini.
Siti Saleha tak perlukan lelaki
LELAKI mana yang tidak tertarik dengan kejelitaan yang dimiliki aktres Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum? Bagaimanapun, figura yang bakal muncul menerusi filem Kerat 14, gandingannya bersama aktor tersohor, Aaron Aziz ini mengakui tidak memerlukan perlindungan daripada seorang lelaki dalam kehidupannya.
Menurut pelakon berusia 23 tahun itu, dalam alam realiti, dirinya tidak sebegitu lemah seperti kebanyakan watak yang pernah dimainkan menerusi drama bersiri TV mahupun filem.
"Saya tidak memerlukan lelaki untuk menjaga ataupun melindungi diri saya kerana saya tidak selemah seperti watak-watak yang pernah saya bawakan dalam drama TV mahupun filem.
"Saya boleh menjaga diri saya sendiri, malah saya juga ada menyertai kelas muay thai sejak tahun lepas lagi sebagai langkah menjaga keselamatan diri," katanya.
Tambah Saleha, untuk menjadi seorang yang sangat lemah-lembut, pemalu, sensitif dan cepat emosi dalam lakonan merupakan satu perubahan karakter yang sangat mencabar bagi dirinya.
"Watak-watak yang diberikan kepada saya adalah sangat kontra daripada karakter sebenar diri saya, kerana saya sebenarnya seorang yang periang, berfikiran terbuka, tidak bergantung kepada lelaki, tegas dan suka berjenaka.
"Jadi untuk menghayati watak-watak yang penuh sifat kewanitaan dan gadis desa merupakan satu perkara yang sangat mencabar dan menguji mutu lakonan saya," katanya.
Masih solo
Menuntut kisah cinta daripada gadis jelita yang pernah dilanda kontroversi bercinta dengan seorang penjaga gol bola sepak, Syed Adney iaitu adik kepada pelakon Sharifah Sofea, Siti Saleha memberitahu, dia masih solo dan sehingga kini tidak mempunyai hubungan dengan siapa-siapa.
"Saya masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Itu semua gosip. Bukan saya tidak mahu (bercinta), tetapi tiada siapa yang mahukan saya (ketawa)," katanya berjenaka.
Ujar Saleha lagi, dia kini sangat sibuk dengan jadual penggambaran yang padat.
"Saya kini sibuk berlakon untuk drama dan juga filem, jadi isu untuk mengadakan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki ini tidak menjadi keutamaan saya buat masa ini," katanya.
Selepas berjaya menambat hati para pononton di rumah, kini gadis sunti berusia 23 tahun itu beralih arah ke layar perak dengan filem-filem terbaharu yang bakal menjengah pawagam termasuklah Mamak Cupcake, Bravo, Pencinta, KL Zombie dan Kerat 14 yang bakal ditayangkan pada 14 Februari ini.
Menurut Siti Saleha, dia bagaimanapun akan terus berlakon drama dan tidak tertumpu kepada lakonan untuk filem sahaja.
"Saya akan mengimbangi lakonan saya di televisyen dan juga di pawagam. Bagi saya, itu yang terbaik. Jika saya memilih untuk berlakon di layar perak sahaja, penonton dan peminat saya yang mempunyai kekangan masa untuk ke pawagam mungkin tidak dapat melihat lagi hasil kerja saya. Jadi, saya rasa ia lebih adil buat mereka jika saya teruskan lakonan saya di dalam drama dan juga filem," katanya.
Adik kepada penyanyi kumpulan popular, Shamsul Anuar atau Sam Bunkface itu turut mengakui selepas tiga tahun mencurahkan seratus peratus komitmen dalam kerjayanya, dia kini mula menikmati pulangan setiap keringat yang telah dicurahkan dalam dunia hiburan tanah air.
"Alhamdulillah, pada tahun ini, rezeki saya mencurah-curah, tidak kiralah untuk drama bersiri mahupun filem. Saya sangat menghargai peluang-peluang dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya oleh penerbit-penerbit drama dan filem tersebut.
"Sebagai tanda berterima kasih kepada mereka, saya akan cuba beri yang terbaik sehingga tiba masa saya boleh berbangga dengan pencapaian dan hasil titik peluh saya sendiri," katanya.
Siti Saleha Lebih Selesa Tanpa Teman Lelaki
PETALlNG JAYA: Pelakon Siti Saleha lebih selesa dengan statusnya sebagai wanita solo kerana dia tidak perlu pening kepala memikirkan untuk mencari teman lelaki dalam masa terdekat ini.
Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 23, berkata, perasaan itu timbul kerana sifat berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada lelaki yang telah dipupuk oleh keluarganya sejak kecil.
"Rasanya saya boleh hidup tanpa kehadiran seseorang lelaki kerana saya bukan jenis yang terlalu bergantung kepada mereka.
"Malah saya sebenarnya seorang yang sangat berdikari dalam banyak perkara," jelasnya ketika ditemui selepas majlis tayangan perdana filem Kerat 14 di sini pada Rabu.
Saleha yang memegang watak Nurzara bergandingan dengan Aaron Aziz dalam filem arahan Arjin Uppal itu. Ia bakal ditayangkan pada 14 Februari depan.
Dalam pada itu, Saleha berkata, kenyataan tersebut bukan bererti di membenci golongan lelaki sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonannya yang sedang meningkat.
Jelas Saleha, sebelum ini dia ada berkawan dengan beberapa lelaki namun hubungan itu tidak berakhir ke alam percintaan.
"Kerjaya merupakan tumpuan saya ketika ini dan rasanya soal cinta itu boleh tunggu.
Tambahan pula, tiada lelaki yang mahukan saya, sebab itu saya masih solo," ujarnya berjenaka.
Sementara itu, Saleha melahirkan rasa teruja dengan filem pertamanya itu dan berharap ia akan mendapat sambutan ramai.
"Ini adalah permulaan yang baik untuk saya pada 2013 dan banyak kejutan yang akan saya berikan untuk peminat tahun ini," katanya.
Kerat 14 turut dibintangi oleh Zamarull Hisham, Arash Mohamad, Ali Arami, Fouziah Gous dan Arora Salwa.
Berdebar menanti 2012 - Siti Saleha
DI kalangan penonton drama televisyen (TV) dan telemovie, nama Siti Saleha memang tidak asing lagi. Tidak sampai tiga tahun dia telah berlakon lebih 30 buah drama dan telemovie.
Terbaru drama bersiri lakonannya berjudul Terlanjur Cinta arahan Erma Fatima kini ditayangkan di TV9 sebanyak 15 episod setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.
Pada masa sama Saleha turut berlakon dalam enam buah filem berjudul Kerat 14, Bravo, Pencinta, KL Zombi, Pak Pong dan terbaru, Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin.
Sayangnya, semua filem lakonan pelakon berusia 22 tahun ini belum ditayangkan dan hanya akan menemui para penonton di pawagam-pawagam di seluruh negara pada tahun depan.
Menurut Saleha, dia berasa berdebar-debar menantikan tayangan filem-filem lakonannya itu kerana menganggap medium perfileman lebih memberi impak besar berbanding drama TV.
Filem dan TV tidak sama kerana saiz mediumnya bukan sahaja berbeza malah isu yang diketengahkan juga tidak sama. Biasanya cerita di filem lebih besar berbanding drama TV.
Sementara dari segi penampilan, publisiti serta promosi antara filem dan drama juga berbeza. Sebab itu, saya anggap penampilan saya di filem juga adalah sesuatu yang berbeza.
Saya juga tidak berkira soal tawaran berlakon drama TV tetapi saya hanya akan memilih watak dan cerita yang menarik sahaja untuk dilakonkan dalam filem," katanya kepada Hits baru-baru ini.
Adik kepada penyanyi kumpulan punk rock Bunkface, Sam ini meluahkan keresahannya itu sewaktu ditemui pada pelancaran filem lakonannya berjudul Mamak Cupcake.
Jelas Saleha, selain lebih teruja berlakon filem berbanding drama dia turut tidak menafikan cabaran yang lebih besar berlakon di layar perak apatah lagi bersama ramai pelakon hebat.
Sebagai contohnya, pelakon kacukan Melayu dan Inggeris ini begitu bangga sekali kerana dia digandingkan dengan pelakon terkenal, Shaheizy Sam dalam filem terbaru lakonannya itu.
Sebelum ini saya hanya kenal Sam begitu sahaja dan tidak pernah berlakon bersamanya. Tetapi filem itu telah menemukan saya dengannya yang memang seorang pelakon saya kagumi.
Sebab itu, peluang berlakon dengan pelakon hebat seperti Sam adalah suatu peluang keemasan dan saya banyak belajar berlakon daripadanya di lokasi filem tersebut.
Saya harap tahun depan kesemua filem saya itu akan ditayangkan. Kalau tidak silap filem pertama lakonan saya yang akan ditayangkan berjudul Kerat 14," ujar dalam nada tidak sabar.
Dalam filem Mamak Cupcake terbitan Grand Brilliance, Saleha melakonkan watak Juliana dan banyak menjalani penggambarannya di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Promosi di Facebook, Twitter
Tidak dinafikan drama TV dan filem mempunyai kalangan peminat tersendiri tetapi setiap pelakon seharusnya mempunyai inisiatif sendiri bagi menarik perhatian peminat masing-masing.
Saleha turut tidak terkecuali menggunakan pelbagai cara seperti mempromosikan apa juga drama serta filem lakonannya di laman sosial di Internet seperti Facebool dan Twitter.
Jelas anak ketiga daripada empat beradik ini, dua laman sosial itu banyak membantu mempromosikan drama dan filem lakonannya kepada para peminat tempatan.
Setakat ini, saya ada seramai 100,000 pengikut di Twitter dan lebih 250,000 peminat di Facebook. Bilangan di dua laman sosial itu semakin hari semakin bertambah.
Melalui laman sosial itu, saya akan letak status tentang aktiviti terbaru saya dalam bidang lakonan termasuklah gambar-gambar saya yang dimuat turun untuk tatapan para peminat.
Dari situ mereka tahu apa aktiviti saya dan mereka senang dapat maklumat sebelum sesebuah drama atau filem lakonan saya ditayangkan di TV atau panggung wayang.
Selepas ini, kalau boleh saya mahu memuatkan lebih banyak sedutan video lakonan saya atau video di belakang tabir dalam laman YouTube supaya lebih ramai peminat boleh lihat," jelasnya.
Tambah Saleha setakat ini antara drama lakonannya yang telah dimuatkan di YouTube berjudul 7 Hari Di Neraka iaitu sebanyak 10 hingga 15 klip daripada petikan drama tersebut.
Katanya, sambutan para penonton amat memberangsangkan termasuklah sedutan daripada drama lakonannya, Aku, Dia Dan Tong Sampai yang mendapat 3,000 status like di YouTube.
Ekoran tawaran berlakon filem yang semakin banyak diterimanya sejak akhir-akhir ini, Saleha berasa yakin medium itu mampu menyediakan prospek lebih cerah kepadanya di masa depan.
Kalau boleh pada tahun depan saya mahu memberi lebih tumpuan kepada filem tetapi itu tidak bermakna saya akan tinggalkan bidang lakonan drama yang juga saya minati.
Cuma bezanya saya akan lebih memilih watak dan jalan cerita dalam filem yang betul-betul berbaloi sebelum menerima tawaran berlakon di medium ini bagi menjaga reputasi saya," ulasnya.
Filosofi seni Saleha
MUDAH sahaja merakam foto aktres muda Siti Saleha Mohd. Baharum atau mesra disapa dengan nama Saleha pada sesi fotografi yang diadakan di restoran Rebung, Bangsar Kuala Lumpur baru-baru ini. Manakan tidak, sejak berusia 18 tahun, Saleha telah mula berlakon dan terlibat dalam puluhan iklan komersial.
Namun, baru kini bakat gadis berdarah campuran Melayu sebelah bapa dan Inggeris sebelah ibunya itu meraih perhatian khalayak apabila drama bersiri Nora Elena lakonannya bersama aktor tampan Aaron Aziz mencipta fenomena luar biasa pada tahun lalu.
Sejak itu, tawaran lakonan datang mencurah-curah tetapi jauh di sudut hati Saleha jika boleh dia enggan lagi membawakan watak wanita baik, bertudung dan teraniaya berulang kali. Katanya, dia mahu cabar dirinya melakukan sesuatu yang berbeza.
"Kalau diperhatikan saya sering diberikan watak wanita baik, teringin pula berlakon watak antagonis, orang gila atau yang bertentangan dengan apa yang saya sering lakonkan. Saya tidak mahu penonton bosan lihat saya bawa watak yang saya berulang kali, kerana saya sendiri pun bosan.
"Setakat hari ini belum ada lagi watak antagonis yang diberikan atas alasan wajah saya tidak sesuai.
"Saya ingin menjadi seorang pelakon versatil yang boleh berlakon bermacam-macam watak, saya tidak mahu orang ingat saya hanya boleh berlakon watak baik sahaja," katanya penuh serius.
Saleha yang kini lebih bersifat selektif terhadap tawaran yang diberikan menegaskan, kualiti lakonan merupakan kunci untuk lebih bertahan lama dalam dunia lakonan.
"Hayat populariti seseorang pelakon tidak bertahan lama jika tidak memberi lakonan yang berbeza dan berkesan kepada penonton.
"Saya ingin terus hidup dalam industri lakonan dan kekal bertahan selama yang mungkin, jadi untuk mengekalkan periuk nasi saya hanya satu, iaitu cabar diri untuk sesuatu yang berbeza," jawab gadis yang berusia 22 tahun itu.
Selain menjaga mutu lakonan, kata Saleha dia enggan lagi dikaitkan dengan sebarang kontroversi dan kisah peribadi selepas mengaku bercinta dengan bekas kekasihnya iaitu penjaga gol pasukan bola sepak Sabah, Syed Adney Syed Hussein yang juga adik kepada aktres Sharifah Sofea pada April lalu.
"Ketika cerita cinta saya itu keluar, drama Nora Elena sedang hangat ditayangkan, saya pun masih baharu dan belajar untuk tangani segala kontroversi.
"Selepas pengalaman tersebut saya kini lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang saya lakukan," luahnya yang mengaku kini tidak terikat dalam sebarang hubungan cinta.
Populariti
Adik kepada Sam Bunkface itu juga memberitahu hidupnya berubah 360 darjah sejak drama Nora Elena ditayangkan. Semakin popular bermakna semakin kurang privasi diri dan itulah yang dialami oleh Saleha.
Tidak merungut dengan perhatian yang diberikan khalayak dan media kepadanya kerana sedar itulah harga yang harus dibayar oleh seorang artis sepertinya, namun, selepas mempunyai pengalaman menerusi kontroversi cinta, Saleha kini lebih bijak untuk terus hidup dalam dunia penuh glamor.
"Sebelum drama Nora Elena ditayangkan, saya bebas jalan bersendirian tetapi sekarang harus ditemani rakan, memang terasa perbezaannya.
"Orang ramai juga mula menegur saya dan cerita peribadi mula muncul di media, mulanya saya rasa agak kekok tetapi sekarang kena belajar sesuaikan diri serta terima segala cerita yang ditulis mengenai saya.
"Sejujurnya, sebelum ini saya tidak kisah untuk muat naik bermacam-macam gambar di akaun Facebook tetapi selepas kontroversi cinta itu, saya berfikir banyak kali untuk letak gambar di Facebook dan laman sosial yang lain.
Ramai rakan di Facebook yang saya tidak kenal, saya buang kerana saya tidak tahu apa yang akan dilakukan mereka pada gambar dan status yang saya tulis.
"Bukan itu sahaja, saya lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuk harus bijak memilih kawan.
"Dalam dunia glamor, ada jenis kawan yang makan kawan. Bukan tiada rakan artis yang rapat dengan saya, tetapi saya jenis bukan sampai keluar melepak dengan mereka. Saya lebih selesa menghabiskan masa dengan kawan-kawan kolej jika tidak bekerja," ujarnya.
Balas anak ketiga daripada empat beradik itu, disebabkan dia dan abangnya, Sam berkecimpung dalam dunia seni keluarganya sangat memahami asam garam dunia seni, sungguhpun begitu bapanya sering menasihatinya supaya menjaga tingkah laku dan nama baik keluarga.
"Alhamdulillah, keluarga saya amat memahami kerja saya dan abang. Jika ada cerita tidak enak yang keluar tentang saya dan abang, bapa saya akan tanya terus kepada kami, lebih penting bagi saya keluarga tahu hal sebenar daripada dihebohkan kepada orang lain.
"Segala kisah peribadi atau rahsia, saya tidak pernah cerita pada orang lain selain kawan baik saya sendiri. Saya berjanji dengan bapa untuk menjaga nama baik keluarga dan tidak akan buat sesuatu yang jahat atau gila," ucapnya.
Tawaran lakonan yang lumayan, menjadi duta kepada produk Palmolive dan Enchanteur Paris tidak membuatkan Saleha lalai.
Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, Saleha masih meneruskan kuliahnya di Kolej Inti, Subang Jaya dalam bidang komunikasi.
"Memang saya sibuk belajar dan bekerja, jadi kena pandai membahagikan masa. Saya tidak kisah jika ada kelas pada waktu pagi dan harus berada di lokasi penggambaran pada tengah hari, bukan masalah untuk saya kerana mempunyai pengurus yang akan mengaturkan jadual harian.
"Saya suka jika saya sibuk kerana itu tandanya saya mempunyai masa yang produktif. Pelajaran tetap diutamakan, jika saya sudah tidak berlakon pada masa depan, saya mempunyai kelulusan untuk menceburi bidang yang lain pula," beritahunya.
Siti Saleha Masih Single
Pelakon dan model terkenal Siti Saleha merupakan selebriti yang telah dipilih untuk menjadi fashionista Raya Trendsetter Online KL SOGO pada tahun ini. Secara tidak langsung, ia meletakkan Saleha sebaris dengan artis terkenal tanah air yang lain seperti Aishah Sinclair, Diana Danielle, Dayang Nurfaizah, Scha Alyahya dan juga Izara Aishah.
Ketika bertemu di majlis berbuka puasa antara Siti Saleha dan para pemenang pertandingan Trandsetter Online sabtu lepas, pihak OHBULAN! sempat menemu bual Saleha berkaitan gosip yang melanda dirinya baru-baru ini.
Baru-baru ini timbul gosip yang mengatakan Siti Saleha bercinta dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney, yang juga adik kepada pelakon terkenal Sharifah Sofia. Apabila diajukan soalan, adakah gosip tersebut benar? Saleha hanya mampu menjawab bahawa percintaan antara dirinya dan Syed Adney sudah lama berakhir.
Siti Saleha mengaku secara jujur kini beliau single dan tidak terikat dengan mana-mana lelaki. Ketika gosip tersebut tersebar, beliau sendiri rasa pelik dan hanya mampu mendiamkan diri kerana tiada pihak media yang tampil untuk mendapatkan kepastian dari dirinya.
Merujuk kepada persiapan Raya, Saleha memaklumkan pada tahun ini beliau akan memakai busana rekaan pereka terkenal Wanpa. Wanpa merupakan salah seorang pereka fesyen kegemaran Saleha dan beliau sering mendapatkan khidmat pereka fesyen ini.
Beralih kepada perkembangan karier seni, Saleha baru sahaja menamatkan penggambaran Telefilem untuk TV9 yang berjudul “Aku, dia dan tong sampah.” Telefilem ini dijangka akan di tayangkan pada 3 Oktober akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]









