Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Sleeq. Show all posts
Showing posts with label Sleeq. Show all posts

Sleeq mahu terus menetap di Malaysia

SETELAH dikenali dengan lagu Sesaat Kau Datang menerusi gandingannya bersama Ramlah Ram pada tahun lalu, kumpulan Sleeq yang dianggotai Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif) dan Muhammad Alif Abdullah (Alyph) mula mendapat tempat di hati peminat. Kumpulan yang berasal dari Singapura itu kemudian berkolaborasi dengan Najwa Latif menerusi lagu Untuk Dia sehingga menempa populariti dalam sekelip mata. Syarif yang ditemui pada penggambaran drama bersiri Sahabat di Rawang, Selangor baru-baru ini meluahkan rasa syukurnya ekoran sambutan peminat di Malaysia yang sangat positif. Memandangkan karier yang semakin berkembang, Syarif menyatakan dia dan Alyph sudah nekad untuk berhijrah dan terus menetap di negara ini. Kosmo!: Apakah yang membuatkan Sleeq mahu mengikut jejak langkah beberapa rakan artis Singapura lain yang berhijrah ke Malaysia? SYARIF: Sepanjang empat tahun berkecimpung dalam industri muzik di Malaysia, kami melihat peminat di Malaysia menerima Sleeq dengan baik dan kami cukup gembira selama berada di negara ini. Lagipun peluang kami untuk terus mengembangkan karier nyanyian lebih terbuka di Malaysia, meskipun terpaksa bersaing dengan ramai lagi penyanyi tempatan. Kenapa baru sekarang Sleeq mengambil keputusan ini? Sebenarnya, saya dan Alyph sudah lama merancang untuk terus menetap di Malaysia, tetapi masing-masing ada komitmen lain memandangkan kami perlu menjalani program Khidmat Negara di Singapura selama dua tahun. Buat masa ini, cuma saya seorang yang sudah selesai menjalaninya pada tahun lepas, manakala Alyph akan tamat menjalani program berkenaan dalam tempoh terdekat. Jadi, kami merancang untuk terus tinggal di Malaysia selepas Aidilfitri nanti. Apakah harapan Sleeq setelah tinggal di Malaysia nanti? Sudah tentu kami berharap supaya terus diterima peminat dan kami bertekad untuk menghasilkan lagu-lagu yang menarik dan bermutu. Kami sedar bukan mudah untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada, tetapi dengan muzik yang Sleeq bawakan, ia mampu memikat peminat di negara ini. Biarpun sudah berhijrah dan menetap terus di Malaysia, kami tidak akan menolak sekiranya mendapat peluang membuat persembahan di Singapura. Tujuan kami berhijrah adalah supaya lebih mudah kami meluaskan karier nyanyian. Bagaimana dengan perkembangan terbaharu Sleeq? Selepas raya juga, Sleeq bakal muncul dengan sebuah album baharu yang mengandungi enam buah lagu. Selain dua buah lagu yang kami nyanyikan secara solo iaitu Tiba Masa dan Nobody Get To You, empat lagi merupakan lagu kolaborasi bersama penyanyi lain. Sleeq berkolaborasi dengan Najwa Latiff menerusi Untuk Dia dan dengan Aaron Aziz untuk lagu Salam Semua. Bagi dua buah lagi lagu kolaborasi yang masing-masing berjudul Tepi Sikit dan Perjalanan, kami berkolaborasi dengan dua penyanyi popular Malaysia, cuma tidak mahu mendedahkan siapakah mereka buat masa ini. Ceritakan tentang pembabitan anda dalam drama bersiri Sahabat? Sebelum ini saya pernah berlakon drama bersiri di Singapura, tetapi Sahabat merupakan drama Malaysia pertama lakonan saya. Saya memegang watak sebagai Shaq, seorang pemuzik dari Singapura yang datang ke Malaysia untuk bergabung dalam sebuah kumpulan muzik. Sebelum menerima tawaran berlakon dalam drama bersiri ini, saya ada meminta pandangan daripada Aaron Aziz. Apabila perbincangan dilakukan, Aaron menyatakan tidak salah kalau saya mahu cuba berlakon dan akhirnya saya berjaya diterima berlakon.

Jangan fitnah - Sleeq

BERITA ini memang mengejutkan Syed. Ada orang kuat sebuah stesen TV tempatan membawakan cerita ini yang mengatakan kumpulan Sleeq sebenarnya tak boleh menyanyi live! Betul ke macam tu? Isk... Tak baik tabur fitnah pada mereka memandangkan kedua-dua anak muda asal Singapura itu memang berbakat besar. Jangan main hentam bawa cerita sahaja. "Aku tak tipu kau okey. Aku sendiri dah tengok mereka buat beberapa persembahan sebelum ini. Kalau tengok pada mata kasar memang mereka antara gandingan yang memang menjadi. "Tengok sahaja lagu mereka sebelum ni. Gandinglah dengan sesiapa sahaja mesti menjadi punya. Lagu-lagu dengan Ramlah Ram, Najwa Latif dan Aaron Aziz misalnya, memang dapat tempat. "Kena ingat lagu tu adalah lagu rakaman di studio. Tapi bila live nampak sangat tak boleh belah! Haruk entah ke mana. Sampai sekarang masih ada orang stesen TV merungut tentang perkara ini," kata sumber ini. Syed anggap ini cerita yang cuba dibawa oleh orang-orang yang kurang senang dengan Sleeq. Tak baik menilai persembahan Sleeq hanya melalui beberapa persembahan semata-mata. Bila bergandingan berdua atas pentas kena ambil kira sound system, alatan muzik dan macam-macam lagi. Kalau peralatan 'haruk' yang disediakan, macam mana nak sedap. Tak gitu?

Sleeq tumpang tuah

Mendengar cerita kumpulan yang mempertaruhkan irama hip-hop dan R & B ini, terselit rasa simpati bila mengetahui tentang perjuangan mereka yang memakan masa begitu lama. Bayangkan, sejak dari 2005, mereka masuk ke industri hiburan di bawah naungan KRU Singapura, nama kumpulan duo dari Singapura ini tidak begitu dikenali. Sehinggalah mereka berkolaborasi dengan penyanyi popular tanah air, Ramlah Ram, menerusi lagu Sesaat Kau Datang, nama Sleeq terus mendaki populariti. Sambutan yang diterima amat baik, bukan sahaja mereka berjaya menarik hati peminat Ramlah Ram, sebaliknya juga menarik peminat baru mereka di tanah air. Kejayaan mereka melalui kolaborasi itu terbukti setelah lagu tersebut berjaya dicalonkan di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 19 melalui kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu. Seolah-olah percaya dengan taruhan resipi mereka, Sleeq terus mencuba dengan kolaborasi bersama artis tempatan. Hasilnya, Sleeq selepas itu tampil pula dengan sensasi penyanyi YouTube, Najwa Latiff melalui lagu Untuk Dia. Lagu itu akhirnya menjadi siulan anak muda sekali gus memperkukuhkan lagi nama Sleeq dalam industri tanah air. Namun, di sebalik kejayaan mereka, Sleeq dikatakan seolah-olah cuba menggunakan taktik mudah dengan menggunakan artis tempatan sebagai batu loncatan untuk terus mengukuhkan nama mereka. Menafikan perkara tersebut, Sleeq yang dianggotai oleh Alif dan Syarif berkata, perkara itu tidak dirancang sebaliknya berlaku secara kebetulan dan ia menampakkan hasil yang begitu baik. "Kami tidak mengkhususkan dengan artis mana yang kami ingin kolaborasi. Ia bergantung kepada lagu sebenarnya, jika sesuai untuk dinyanyi bersama, maka kami nyanyikan bersama. "Ternyata, melalui kolaborasi yang kami lakukan ia berjaya membawa tuah kepada kami untuk menaikkan nama Sleeq dan ia bukan satu rancangan, sebaliknya secara kebetulan sahaja," ujar Alif yang kini sedang menjalani National Service Singapore. Tambah Alif, lagu Sesaat Kau Datang bersama Ramlah Ram juga dilakukan setelah peminat Ramlah di Singapura yang mencadangkannya. "Peminat Ramlah Ram di Singapura yang mengusulkan kepada kami untuk melakukan duet bersama dan kami memenuhi permintaan melalui lagu itu. "Tidak pula terfikir untuk meluaskan pengaruh kami ke Malaysia dengan menggunakan pengaruh Ramlah Ram kerana kami sendiri melakukan ia kerana minat, bukan dengan sebab tertentu. "Kami tidak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh orang luar, sebaliknya kami bersyukur kerana kolaborasi yang kami lakukan semuanya mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat," ujarnya. Walau apa pun yang dilakukan oleh Sleeq, tidak ada salahnya untuk mereka bergandingan dengan sesiapa pun, asalkan irama dan lirik yang dihasilkan benar-benar berkualiti. Susah jadikan pengajaran Memakan masa yang lama untuk menaikkan nama Sleeq, ia memberi satu bentuk pengajaran kepada mereka kerana kepayahan lalu yang banyak mematangkan. Sebelum ini, Sleeq pernah bernaung di bawah dua syarikat rakaman sebelum bernaung bersama Aaronaziz Production. "Bersama dua syarikat rakaman terdahulu banyak memberi Sleeq pengajaran daripada segi pengurusan dan sebagainya," jelas Syarif. Sleeq turut memberitahu pernah rasa untuk berhenti daripada menyanyi setelah dua kali cubaan mereka untuk berada di industri seni seakan dihalang kerana masalah pengurusan. "Masa itu pernah juga rasa macam hendak berhenti tetapi sokongan daripada rakan-rakan kami yang menyebabkan kami terus kekal untuk berada di industri ini," ujarnya. Tambah Syarif, ketika itu juga, Aaron Aziz menawarkan kepada mereka untuk berada di bawah syarikat produksi miliknya. "Abang Aaron memang banyak membantu dan membimbing kami dalam industri ini. Sebelum ini, tidak ada yang membimbing kami seperti abang Aaron. Semangat itu yang membuat kami terus bangkit untuk memperjuangkan Sleeq," jelasnya. Malah, jelas Syarif lagi, kepayahan masa lampau yang banyak membantu mereka untuk terus kekal dalam industri ini. Kerja secara profesional Menyentuh mengenai hubungan mereka sebagai sepupu, jelas Syarif, hubungan tersebut hanya di luar waktu bekerja sahaja, sebaliknya jika di studio, mereka akan menjadi seperti rakan sekerja. "Dalam keluarga kami, hanya kami sahaja sepupu yang sama umur. malah, hanya kami sahaja juga yang aktif dalam bidang muzik," jelasnya. Tambah Syarif, tipulah sekiranya sebelum ini mereka tidak bergaduh, tetapi ia adalah sesuatu yang biasa buat mereka. "Bergaduh ini bagus sebenarnya sebab bila kita bergaduh melibatkan perkara muzik, masing-masing akan melontarkan idea dan memberi penambahan baru pada muzik kami," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails