Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Suki. Show all posts
Showing posts with label Suki. Show all posts

Suki Teruja Nantikan Kelahiran Anak Sulung

Penyanyi Suki yang kini sedang hamil enam bulan mengakui cukup teruja menantikan kelahiran anak sulung lelaki yang dijangka akan lahir pada awal Disember depan. Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 24, berkata, keterujaannya itu membuatkan dia begitu bersemangat dalam mempersiapkan diri sebagai bakal ibu tidak kira daripada segi mental dan fizikal. "Biasalah, menjadi bakal ibu kepada anak sulung, banyak perkara yang kita perlu belajar dan saya mula serius membaca pelbagai buku mengenai perihal ibu-ibu mengandung. "Malah, saya turut memuat turun pelbagai aplikasi terutamanya berkaitan cara penjagaan makanan dan kesihatan buat ibu yang hamil di telefon bimbit," katanya kepada mStar Online.
Tambah Suki, dia menjaga kesihatannya dengan makanan sihat selain mengamalkan senaman yoga bagi memudahkan proses kelahiran nanti. Sementara itu, kata juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, dia turut mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif dalam kerjaya seni sepanjang tempoh kehamilannya. "Saya tidak mahu tertekan dengan pelbagai kesibukan kerja. Tetapi tidaklah saya berehat terus sepanjang sembilan bulan mengandung. Cuma saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu aktif. "Sekurang-kurangnya saya dapat meluangkan masa untuk diri sendiri dalam membuat pelbagai persiapan sebelum anak saya lahir. "Dan selepas ini, saya mahu lebih fokuskan keluarga berbanding kerjaya," ujarnya. Suki mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Jeremy Chong pada 12 Disember 2012 di sebuah majlis tertutup di Pulau Punang.

Suki Mohon Waran Tangkap Terhadap Bekas Syarikat Pengurusan

PETALING JAYA: Penyanyi Suki Low melalui peguamnya memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd pada Jumaat. Infi8 Dreams Sdn Bhd dalam kenyataan medianya kepada mStar Online pada Jumaat berkata, Suki bertindak sedemikian apabila pihak syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak dua kali bagi menyelesaikan wang tuntutan yang diperolehnya. "Memandangkan wang tuntutan masih belum dibayar, Suki terpaksa memohon daripada pihak mahkamah untuk memanggil pengarah Galaxy iaitu Chan Tak Wai dan Wong Yoke May untuk menjelaskan kegagalan atau keengganan mereka membayar wang berjumlah RM417,575.17. "Namun, Chan dan Wong gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada 6 Februari lalu dengan alasan terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat di Singapura," kata kenyataan itu. Kegagalan pihak Galaxy menghadirkan diri ke mahkamah membuatkan sebutan kes berkenaan terpaksa ditunda pada Jumaat (semalam) dan buat kali kedua itu, Chan dan Wong masih lagi berdegil tidak hadir ke mahkamah. Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap kedua-dua individu terbabit. Menurut fakta kes, Galaxy telah membuat penyataan salah bahawa ia mampu menerbitkan, memasarkan serta mengedar album antarabangsa Cina penyanyi itu untuk pasaran Taiwan, China dan Hong Kong. Suki juga mendakwa telah membayar RM367,575,17 iaitu sejumlah wang tunai selepas memenangi One In A Million kepada Galaxy sebagai balasan terhadap melaksanakan tanggungjawab tersebut. Selain itu Suki mendakwa Galaxy hanya menghasilkan album tempatan yang tidak pernah diedarkan pada peringkat antarabangsa sehingga mendorong Suki menandatangani perjanjian pengurusan artis yang mengandungi terma-terma yang berat sebelah dan tidak saksama kepadanya. Sehubungan itu mahkamah memutuskan Suki layak menerima wang ganti rugi sebanyak RM417,575.17 selepas syarikat tersebut didapati tidak mengikuti perjanjian dalam mempromosikan album tempatan yang diterbitkan. Kes akan disebut semula pada 15 Mac 2013.

Kahwin tidak gugat kerjaya - Suki

LAMA memburu bintang lepasan One In A Million (OIAM) musim pertama ini. Akhirnya kami dipertemukan dalam sebuah sesi fotografi yang dirancang khas bersama pemilik nama Suki Low di sebuah hotel yang terletak di jantung ibu kota Kuala Lumpur pada minggu lalu. Enam tahun bergelar penyanyi, Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, kelihatan lebih matang dan tegas meluahkan butir bicara. Tidak dinafikan, pengalaman yang ditempuhi oleh si gadis genit yang memulakan kariernya pada usia 16 tahun itu telah banyak mendidik dirinya. "Perjalanan karier saya merupakan satu proses. Biarpun ia tidak 'meletup' tetapi saya bersyukur masih dapat menyanyi sampai sekarang dan saya tidak akan pernah berhenti menyanyi," tegasnya tentang prinsip karier seninya. Tidak pernah rasa tersisih biarpun dia merupakan seorang penyanyi berketurunan Cina, kata Suki, dia melihat perspektif kerjayanya lebih luas berbanding penyanyi tempatan yang lain. "Platform nyanyian saya bermula dengan pasaran berganda iaitu muzik saya merangkumi kaum Melayu dan Cina sekali gus. Biar pada mulanya saya tidak dikenali ramai, yang penting saya kekal. "Sepanjang membesar dalam masyarakat majmuk di Malaysia, saya tidak pernah rasa prejudis atau orang bukan kaum Cina menolak muzik saya. "Hakikatnya, saya diterima ramai dan seni telah menyatu serta memperkenalkan saya kepada masyarakat yang lebih pelbagai," luah Suki. Mengenai perancangan masa depannya, dia mahu mengeluarkan album berbahasa Melayu dan Mandarin namun, fokusnya kini lebih kepada menyiapkan album pertama berbahasa Melayu untuk pasaran tempatan. "Muzik tak perlu ada sempadan dan tidak kira apa-apa bahasa sekali pun. Malaysia ada pelbagai bahasa dan bahasa Melayu penyatu kita. Jadi saya merancang untuk muncul dengan album berbahasa Melayu terlebih dulu," ujarnya. Lebar sayap Ungkap Suki, dia kini sedang dalam rangka proses menyiapkan album keduanya yang mengandungi lapan buah lagu termasuk lagu hit Terlalu Mencintaimu. Jika tiada aral, album tersebut akan memasuki pasaran pada pertengahan tahun 2013. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2ELyEqSBT Hakcipta terpelihara
Sebenarnya, penyanyi kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu baru selesai merakamkan single terbaharu berjudul Untuk Kamu yang dicipta oleh komposer Indonesia, Irang Arkad dan Ering Arkad. Memilih untuk berkolaborasi dengan pemuzik dari Indonesia, kata Suki ia memberi peluang kepadanya untuk bereksperimentasi. Dalam masa yang sama, dia turut mengintai peluang untuk menembusi industri muzik di sana. "Kalau ada rezeki saya mahu mencuba nasib di sana. Semua orang sedar bahawa industri muzik di sana lebih besar dan sudah pasti memberikan pengalaman baharu bagi saya jika dapat menembusi pasaran Indonesia," ujar Suki penuh harapan. Suki mengakui dia seorang penyanyi yang cerewet berhubung pemilihan lagu kerana baginya biar mengambil masa yang panjang, asalkan hasilnya memuaskan hati. Katanya: "Saya pentingkan kualiti. Kalau boleh saya mahu semua lagu yang saya rakamkan orang suka. Muzik sudah menjalani fasa revolusi dan pendengar sekarang sudah bijak membuat pilihan. Muzik juga melibatkan perkongsian dan kerana itulah saya mengharapkan agar orang luar menerima muzik saya." Gagal mencorakkan perjalanan kerjayanya dengan berkesan selepas menjuarai 0IAM pada tahun 2006, Suki menghela nafas lega setelah memenangi kes tuntutan saman terhadap syarikat pengurusannya, Galaxy Music Sdn. Bhd. bulan Ogos lepas. Menerusi tuntutannya, Suki mencari keadilan di Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan syarikat pengurusan Galaxy Music supaya membatalkan perjanjian yang ditandatanganinya dengan mereka. Dia juga memohon supaya dipulangkan semula wang berjumlah RM367,575.17 yang sudah pun dibayar kepada Galaxy Music selepas dijanjikan bahawa syarikat tersebut mampu untuk merakam, menerbit, memasar, mempromosi dan mengedarkan sebuah album antarabangsa berbahasa Cina di Taiwan, China dan Hong Kong untuknya. Galaxy Music merakamkan sebuah album Mandarin berjudul, Ladies' Night, tetapi selepas dipasarkan di Malaysia pada 2009, album itu tidak dipasarkan di Taiwan, China atau Hong Kong seperti yang dijanjikan. Wang itu adalah sebahagian daripada hadiah yang diterimanya selepas menjuarai OIAM.
Bangkit daripada kekecewaan tersebut, Suki menjelaskan dia bakal memulakan kariernya di Hong Kong bermula pada tahun depan. Ujar Suki, dia telah menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Skyco Asia Ltd. dan bakal mengeluarkan sebuah album berbahasa Mandarin untuk pasaran Hong Kong, China dan Taiwan. Kahwin Pertama kali membuka mulut berkongsi cerita mengenai hubungannya dengan Pengarah A&R (Artist & Repertoire) syarikat rakaman Infl8dreams, Jeremy Chong, keceriaan jelas terpancar pada wajah Suki. "Kami akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh 12.12.12 (12 Disember 2012), sehari selepas sambutan hari ulang tahun saya. Majlis tertutup sebelah lelaki akan diadakan di Pulau Pinang, berkonsepkan perkahwinan dalam taman serta di atas kapal Star Cruise," dedah Suki. Perkenalannya dengan Jeremy bermula sejak empat tahun lalu dan menjadi lebih rapat setahun kemudian. Kata Suki, Jeremy menepati kriteria lelaki idamannya dan mereka memahami antara satu sama lain. "Dia (Jeremy) selalu bersama saya termasuk berulang-alik dari Malaysia ke Taiwan dan Hong Kong sebelum ini. Saya rasa selamat apabila bersamanya. Dia juga tidak pernah mengongkong saya. "Kami tidak berselindung antara satu sama lain. Dia seorang pendengar yang setia, malah memahami kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Dia sentiasa mahukan yang terbaik buat saya dan kami saling mempercayai," katanya memuji Jeremy. Bersedia untuk bergelar seorang isteri pada usia yang masih muda, kata Suki tiada apa yang berubah melainkan status dan limpahan kasih sayang daripada bakal suaminya. "Soal anak, kami belum terfikir lagi. Tunggulah dua atau tiga tahun sebab buat masa sekarang kami mahu stabilkan kewangan dan kehidupan berkeluarga terlebih dulu," ujar Suki yang tidak melihat perkahwinan sebagai penentu jatuh bangun kerjayanya.

Suki Bakal Kahwin Dengan Pengurus 12.12.12

KUALA LUMPUR: Juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, Suki mengumumkan bakal menamatkan zaman solo bersama pengurusnya, Jeremy Chong pada 12 Disember ini. Menurut laporan akhbar Kosmo, Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, berkata dia teruja bakal bergelar isteri kepada Jeremy, 30, tidak lama lagi dan tarikh 12.12.12 dipilih kerana ia kebetulan sehari selepas sambutan hari jadinya pada 11 Disember ini. “Saya berasa selesa dan selamat apabila bersamanya apatah lagi dia sentiasa menemani ketika saya mengalami kesusahan. “Rasa tidak sabar pula menanti hari bahagia itu. Perbezaan usia saya dan dia bukan penghalang,” kata penyanyi lagu Terlalu Mencintaimu itu.
Sementara itu, pasangan tersebut akan mengadakan majlis tertutup di Pulau Pinang bertemakan perkahwinan dalam taman dan pada sebelah petangnya majlis keraian akan diadakan di atas kapal Star Cruise Libra pula. Hampir keseluruhan majlis perkahwinan itu ditaja termasuklah pakaian pengantin, set barang kemas dan lokasi majlis. Pasangan itu mula berkenalan pada empat tahun lalu dan mula serius setahun kemudian.

Suki Tuntut Syarikat Rakaman Bayar RM367 Ribu Kerana Langgar Janji

PETALING JAYA: Syarikat rakaman Galaxy Music Sdn Bhd didakwa melanggar janji membabitkan pemasaran album penyanyi Suki Low Sook Yee di Taiwan bernilai RM367,000. Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dekat sini, Isnin, peguam penyanyi itu, Yudistra Darma memberitahu pihaknya menyedari berlakunya transaksi yang tidak berpatutan dan salah nyata membabitkan urusan penghasilan dan pengeluaran keluar masuk wang bagi penghasilan album yang berjudul Ladies Night. "Tindakan ini diambil disebabkan anak guam saya berasa teraniaya kerana syarikat rakaman terbabit telah melanggar perjanjian membabitkan pemasaran album di Taiwan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Isnin. Sementara itu, Suki yang dihubungi berkata, dia berasa kecewa dengan syarikat tersebut yang dinaunginya sejak tahun 2009, kerana memberikan janji palsu berkaitan pelan pemasaran album tersebut. "Mengikut perjanjian yang dibuat, pihak Galaxy berkata, pembikinan Ladies Night sememangnya khas untuk pasaran di Taiwan, namun setakat ini ia hanya dijual dalam negara sahaja. "Ketika ditanya mengenai perkembangan album tersebut, mereka memberi pelbagai alasan dan menangguhkan perancangan asal seperti yang dibincangkan sebelum ini. "Dan apabila ia ditangguhkan, segala perancangan berkaitan promosi di Taiwan tidak dapat dilaksanakan," ujarnya. Tambah Suki, lebih mengecewakannya apabila wang yang dilaburkan itu merupakan sebahagian daripada wang kemenangannya berjumlah RM1 juta pada pertandingan One In A Million musim pertama (OIAM). "Apabila memenangi jumlah wang yang besar, harapan saya adalah hanya ingin menggunakan hadiah tersebut untuk pelaburan karier. "Malang sekali, hal ini pula yang timbul dan saya sangat kecewa dan berharap supaya wang itu dapat dikembalikan," katanya. Dalam pada itu, memandangkan dia mempunyai masalah dengan Galaxy, segala aktiviti seninya di Taiwan terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Perbicaraan kes berkenaan yang bermula Isnin dijadualkan berlangsung sehingga Khamis ini. Suki memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat sini pada Disember 2011.

Suki Tak Kisah Kongsi Hal Peribadi


KUALA LUMPUR: Bekas juara One In A Million, Suki atau nama sebenarnya, Low Sook Wee, 22, tidak kisah untuk berkongsi cerita peribadi menerusi lirik lagu kepada khalayak kerana menganggap ia merupakan satu perkara normal sebagai seorang selebriti.

Kata Suki, hal ini bukanlah isu besar kerana ia boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada peminat yang mengetahui tentang pengalamannya terutama sekali melalui lagu-lagu yang dinyanyikan.

"Bagi saya, muzik adalah perkara realiti dan menerusi lirik yang dicipta, ia dapat memberi kesan yang mendalam kepada pendengar muzik tersebut.

"Malah kita boleh menjiwai sesebuah lagu yang mempunyai kaitan dengan diri kita. Sebab itu mulai sekarang, saya mahu berkongsi tentang kisah hidup saya kepada umum dalam lagu saya " katanya.

Justeru, Suki bakal muncul dengan sebuah “single” lagu terbaru berjudul Terlalu Mencintaimu, mengisahkan tentang dirinya yang pernah mengalami kesukaran untuk melupakan bekas kekasih untuk jangka masa yang agak lama.

Lagu yang dihasilkan oleh Ajai dan liriknya ditulis oleh penulis Indonesia, Reji itu mengisahkan tentang seorang wanita yang begitu mencintai teman lelakinya sehinggakan dia lupa dengan keadaan sekeliling dan sukar untuk menghapuskan kisah cinta apabila putus hubungan.

"Walaupun lagu ini bukan dicipta sendiri oleh saya, tetapi ia begitu dekat di hati kerana liriknya menceritakan tentang pengalaman hidup seorang wanita yang sukar melupakan bekas kekasihnya itu dan hal itu pernah berlaku dalam diri.

"Ketika membawakan lagu ini, saya percaya, hal ini juga pernah berlaku kepada wanita di luar sana," ujarnya.

Dalam pada itu, Suki turut mengekspresikan perasaan terhadap bapanya menerusi lagu dalam bahasa Mandarin yang dihasilkan sendiri olehnya berjudul A Song For You bersempena dengan Hari Bapa yang disambut pada Ahad lalu.

"Rasa seronok sangat apabila dapat meluahkan kata-kata yang terpendam menerusi lagu ini dan dia menyukai lagu tersebut. malah, berulang-ulang kali dia mendengarkannya," ujar Suki.

Sementara itu, Suki bakal mengadakan persembahan pada Festival KL 2011 bersama Najwa Mahiaddin, Datuk M Daud Kilau, One Nation Emcees dan Bahbola pada 2 Julai depan di Istana Budaya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails