Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Syakila Nisha Jahangir Khan. Show all posts
Showing posts with label Syakila Nisha Jahangir Khan. Show all posts

Dua Sudu Nasi Petua Cantik Kilafairy


JOLOKAN ‘Angelina Jolie Malaysia’ seakan-akan melekat kepada anak penyanyi Rohana Jalil ini selepas dia terjun dalam industri hiburan sebagai seorang pelakon. Hanya dikenali dengan nama Kilafairy, pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, 19, ini cuba menepis jolokan tersebut sedikit demi sedikit sebaliknya mahu diminati kerana bakat lakonan dan nyanyian yang dimilikinya sejak kecil.

Di sebalik cerita jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’, itu Kila turut menerima tempias dikatakan membuat pembedahan plastik pada bibirnya.

Bagaimanapun dia yang menafikan dakwaan tersebut berkata bibirnya itu memang asli sejak dilahirkan lagi.

Jelas Kila semua yang ada pada anggota badannya adalah kecantikan asli dan semula jadi.

“Mustahil saya buat suntikan kerana mama dan papa saya melarang kami tiga beradik melakukannya. Lagipun, saya suka kecantikan semula jadi sebab tu kalau keluar rumah saya jarang pakai mekap.

“Saya juga mengelak daripada mewarnakan rambut kerana bimbang hilang keaslian warnanya termasuklah kalau saya nak cabut bulu tangan pun mama saya bising,” kata Kila kepada OopStarz!.

Mengungkap definisi cantik menurut gadis ini, seseorang itu kelihatan menarik apabila dia yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Apabila seseorang itu yakin, secara tak langsung segala pergerakan dan percakapan menjadi teratur dan lancar. Jadi saya akan pastikan diri sentiasa yakin kerana menjadi selebriti sentiasa mendapat perhatian ramai,” ujar anak bongsu ini lagi.

Gabungan enam rempah

Sambil menikmati minuman petang dan kuih yang disediakan oleh pemilik Poya Boutique, Kila tiba-tiba gusar dengan kulit sensitif yang dialaminya. Ketika berusia 15 tahun, jerawat kecil seperti pasir mula tumbuh pada mukanya.

“Sejak dari itu, saya mengambil antibiotik bagi melicinkan semula kulit. Saya rasa mungkin jerawat banyak tumbuh kerana perubahan hormon. Selain itu, saya jenis seorang yang kurang sabar dan mahukan tindak balas pada kulit dengan cepat.

“Oleh yang demikian saya selalu berhadapan dengan masalah kulit kerana tabiat menukar pelbagai jenis produk setelah menganggap ia tidak sesuai dengan kulit saya,” ceritanya.Sehingga kini, pelakon filem Karak ini masih mencari ‘penawar’ untuk mengubat masalah kulit sensitifnya itu.

Buat masa sekarang, dia sedang mencuba rawatan dengan pakar kulit.

“Selepas saya berlakon filem Karak, jerawat semakin banyak dan saya dinasihatkan menggunakan ubat doktor sejak beberapa bulan lalu.

“Selain tidak boleh menggunakan mekap terlalu lama, saya juga perlu mencuci muka lebih kerap sehingga lima atau enam kali.

“Doktor menyarankan saya menggunakan pencuci muka Phytobar iaitu gabungan enam rempah yang tidak mempunyai bahan kimia,” katanya yang pandai menyanyi lagu-lagu popular hindustan.

Petua ringkas

Apabila disoal tentang petua, terus-terang pelakon drama muzikal Hotel Mania ini terus menjawab dia tidak mengamalkan banyak petua.

“Saya tidak berpantang makan dan jika jerawat banyak saya akan kurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Bagaimanapun saya mengehadkan pengambilan nasi kepada dua sudu sahaja setiap kali menikmatinya. Jika lapar pada waktu malam, saya akan merebus telur dan makan putih telur sahaja.

“Saya juga mengambil fiber untuk memudahkan pembuangan toksin. Papa turut mengingatkan saya untuk minum air putih tujuh kali sehari dan makan sayur. Tetapi jika kurang makan sayur, saya akan lebihkan makan buah-buahan.

“Untuk menjaga badan, saya selalu melakukan senaman ‘sit up’ sebanyak 100 kali sehari kerana bagus untuk perut,” ujarnya.

Sebelum menutup perbualan, Kila sempat berkongsi tentang penjagaan penampilan. Biarpun menuntut jurusan fesyen, Kila akui selesa dengan pakaian yang tampak sederhana dan kasual seperti blaus, jean dan selipar.

Jika ada majlis keramaian yang memerlukan dia melaram, barulah wanita ini akan mengenakan pakaian mengikut tema majlis dan semestinya berkasut tumit tinggi.

Selain itu, dia gemar berkongsi tip fesyen dengan kakaknya, Shahira Idora yang juga pereka fesyen atau bertanya pendapat ibu dan pembantu peribadinya, Eva Suzie.

Kilafairy Kecewa Ada Orang Menyamar Dirinya Di Facebook


PETALING JAYA: Pelakon baru, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 19, menyelar penyamar yang membuka akaun Facebook Kila Fairy.

Menurut pelakon filem Karak itu, akaun Facebook yang dibuka untuk para peminat itu bukan miliknya dan dia hanya mempunyai akaun Facebook bernama Kilafairy.

Kini, akaun Facebook palsu atas namanya itu mempunyai 247 peminat.

“Saya tidak pernah mewujudkan akaun Facebook untuk peminat tetapi hanya mempunyai akaun Facebook peribadi.

“Jadi, saya mahu berpesan kepada peminat yang telah mendaftar sebagai peminat saya di akaun Facebook Kila Fairy agar tidak tertipu kerana ia merupakan akaun palsu,” ujarnya kepada mStar Online.

Selepas muncul dalam filem Karak yang belum ditayangkan di pawagam, dia turut menerima tawaran beberapa drama untuk slot Mistik Alam Hitam di Astro Ria seperti Pengasih Minyak Dagu dan Darah Pontianak serta drama Ayu Suraya yang juga disiarkan di Astro.

Biarpun seronok berlakon, Kila akui kadangkala terpaksa menolak beberapa tawaran drama kerana sedang mengikuti pengajian dalam bidang Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur.

Selain berlakon, Kila juga menjayakan jemputan nyanyian untuk mana-mana majlis keraian.

Bagi yang ingin mendengar suara merdu Kila, boleh layari laman sesawang www.youtube.com/Pixiedustiess.

Peminat juga boleh mengikuti Kila di laman Twitter iaitu @Kilafairy.

Anak Rohana Jalil Jelas Hubungan Cinta Yusry (KRU)


PETALING JAYA: Pelakon baru Syakila Nisha Jahangir Khan,19, atau Kyla Fairy yang juga anak penyanyi Rohana Jalil menjelaskan hubungan yang terjalin di antara dia dengan Yusry (KRU) hanyalah sekadar kawan semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Dia turut menganggap gosip bercinta dengan pengarah muda Yusry Abdul Halim sebagai dugaan pertama melangkah ke dunia seni.

“Saya tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul, hubungan kami hanya sekadar kawan sahaja.

“Bagi saya gosip ini adalah dugaan bagi saya apabila bergelar artis. Kalau saya menafikan, mereka tetap akan bercakap juga, lebih baik saya biarkan sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun menurut Kyla, dia tidak mahu khabar angin tersebut membuatkannya dikenali sebagai artis kontroversi berbanding bakat yang ada.

“Sebagai orang baru dalam industri ini kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan dengan gosip cinta melebihi kerjaya.

“Ramai yang tidak mengenali siapa saya tetapi sudah mendengar pelbagai cerita tentang saya,” ujarnya.

Ketika ditanya kelebihan Yusry pada pandangan matanya, Kyra memberitahu jejaka tersebut merupakan seorang yang terperinci dalam setiap kerja yang dilakukan.

“Sebagai pengarah dalam filem pertama saya berjudul Karak, Yusry seorang pengarah yang sangat teliti. Dia tidak garang tetapi sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap sentuhan karyanya,” katanya.

Manakala dari segi peribadi, Kyla mengakui Yusry merupakan seorang lelaki yang sangat merendah diri.

“Bagi saya dia seorang lelaki yang kelakar walaupun nampak seperti pendiam,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails