Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Syarul Ridzwan. Show all posts
Showing posts with label Syarul Ridzwan. Show all posts

Enggan Sentuh Wanita, Syarul Ridzwan Dukung Jurusolek Lelaki

Pelakon Syarul Ridzwan tepaksa mendukung seorang jurusolek artis lelaki untuk sebuah adegan drama Kau Aku Kita selepas dia berhasrat untuk tidak menyentuh mana-mana wanita bukan muhrim. Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, pengarah drama itu, Jinggo memberi kelongaran kepadanya untuk melakukan sesuatu babak dengan cara lain kerana menghormati prinsipnya itu. "Ini bukan syarat tetapi prinsip saya tidak mahu berpelukan dan bersentuhan dengan wanita, ia juga perkara baru yang saya sedang belajar untuk didik diri saya sendiri. "Alhamdulilah pengarah faham dan menghormati prinsip itu. Baru-baru ini dalam drama Kau Aku Kita, pengarah meminta saya mendukung jurusolek lelaki bagi mengantikan pelakon wanita iaitu Janna Nick dalam satu adegan drama tersebut," ujarnya kepada mStar Online. Syarul berkata demikian ketika diminta mengulas tentang sejauh mana prinsipnya yang tidak mahu adegan berpelukan dan bersentuhan dengan pelakon wanita. Kau Aku Kita bakal disiarkan di slot Lestari, TV3 tidak lama lagi.
Tambah Syarul, prinsip tersebut dipraktikkan bukan kerana selepas menunaikan umrah pada Ramadan lalu, sebaliknya selepas satu kejadian dalam drama berjudul Romie Cinta Julie. Bagaimanapun, dia enggan berkongsi peristiwa yang membuatkan dia berazam mahu menjaga batasan bersama wanita ketika penggambaran. “Dalam drama berjudul Romie Cinta Julia tahun lalu ada adegan berpelukan yang mana terjadi satu peristiwa yang membuatkan saya tidak mahu lagi bersentuhan atau berpelukan dengan wanita. “Namun biarlah peristiwa itu saya rahsiakan," ujarnya. Syarul menambah, dia juga sedang belajar untuk mengamalkan prinsip tersebut ketika berada di luar terutamanya ketika bersalaman dengan wanita. "Saya perlu istiqamah bukan sahaja ketika penggambaran, malah sedang belajar untuk cuba prinsip itu di luar. Kadang-kadang apabila wanita hulur tangan saya tersalam juga. Itu yang saya kata perlu istiqamah dan belajar sedikit demi sedikit," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Syarul berkata, dia bakal mengadakan pertemuan dengan peminat-peminat drama popular lakonannya berjudul Hati Perempuan di Singapura. Acara tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat Singapura yang memberi sokongan terhadap drama berkenaan yang sedang ditayangkan di negara itu. “Saya dan Mia Ahmad bakal bertemu dengan peminat kami di Singapura pada 7 November ini. Ia sebagai tanda penghargaan kami terhadap mereka yang membantu menaikkan nama kami berdua,” ujarnya. Selain itu, Syarul turut terlibat dengan pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Da Wicjk yang bakal dipentaskan pada 12 hingga 18 Oktober ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Syarul Ridzwan Minta Tidak Dikaitkan Dengan Mia Ahmad

Pelakon Syarul Ridzwan menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktres Mia Ahmad seperti yang dikatakan dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu. Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, hubungan yang dijalinkan antaranya dengan Mia tidak lebih daripada sahabat dan rakan sekerja di lokasi penggambaran. "Itu semua gosip dan saya tidak memberi sebarang kenyataan pun tentang perkara itu. Saya dan Mia hanyalah rakan kerja yang menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pelakon. "Itu sahaja yang boleh saya katakan. Kami sahabat, sama seperti saya bersahabat dengan orang lain," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin. Menerusi ruangan pojok di akhbar mingguan Ahad lalu, Syarul dan Mia dikatakan bercinta apabila mereka sering memuat naik foto di laman Instagram masing-masing. Malah kedua-dua mereka turut dilihat bermesra-mesraan ketika mengikuti sebuah rombongan ke Melaka baru-baru ini. Syarul dan Mia mula mendapat perhatian ramai selepas lakonan mereka menerusi drama Hati Perempuan di slot Akasia TV3 mendapat sambutan hangat. Sementara itu, Syarul berkata, dia berharap isu tersebut tidak timbul lagi memandangkan dia kurang gemar apabila berbicara mengenai hal peribadi kepada umum. "Biarlah nama saya dikenali kerana kerja bukan cerita-cerita peribadi. "Apa-apapun saya bersukur selepas tiga tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, baru sekarang orang kenal saya. Alhamdulillah," ujarnya. Sementara itu, Syarul mengakui dia seorang pelakon yang suka memilih skrip sebelum menerima sesebuah tawaran lakonan. Dia berbuat demikian bagi menjaga kualiti lakonan yang dibawakannya. "Alhamdulillah, tawaran lakonan tidak putus dan ia memerlukan saya memilih skrip dan watak yang terbaik bagi menjaga kualiti lakonan saya," tuturnya.

Pelakon Syarul Ridzwan Kemalangan, Kereta Terbalik

Keadaan kereta dipandu pelakon baharu iaitu Syarul Ridzwan rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Seremban, petang Khamis. Syarul, 25, berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi, Negeri Sembilan selepas penggambaran drama Street Vendetta. Kemalangan terjadi di jalan Sungai Ujong. "Saya baru habis penggambaran di Linggi dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika di Jalan Sungai Ujong, Seremban jalan terlalu licin sehingga saya terlanggar pembahagi jalan dan tidak dapat mengawal kereta lalu kenderaan saya berpusing dan terbalik dengan tayar naik ke atas.
"Namun, saya tidak mengalami apa-apa kecederaan atau meninggal dunia seperti khabar angin yang tersebar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis. Bagaimanapun, Syarul berkata, kereta jenis Honda City yang dinaikinya dalam proses untuk dialihkan. Dia kini masih menyelesaikan beberapa hal termasuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran. Syarul yang merupakan pemenang tempat ketiga Pencarian Hero Remaja dan popular menerusi drama Romi Cinta Julia.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails