Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Talha Harith. Show all posts
Showing posts with label Talha Harith. Show all posts

Talha Harith Dalami Islam Selepas Terkena Ilmu Hitam

Pelakon Talha Harith mengambil pendekatan untuk lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mendalami ilmu agama Islam selepas dua kali terkena penyakit yang disebabkan oleh ilmu hitam. Talha,25, berkata, penyakut yang dialami itu menyebabkan berat badannya menjadi susut selain ia memberi banyak tekanan lain kepada dirinya. "Saya kena ilmu hitam tahun lalu sehingga menyebabkan badan saya susut teruk dan mengalami lemah badan serta muntah-muntah. "Selepas kejadian itu saya banyak mendalami ilmu agama bagi mengubati sendiri penyakit tersebut. Alhamdulillah sedikit demi sedikit kesihatan saya sudah beransur pulih," ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media drama Plan B, di Sri Pentas, di sini, Rabu. Talha berkata, dia menyedari terkena ilmu hitam pada awal tahun ketika mengusahakan sebuah perniagaan restoran di Setapak. Perbuatan khianat itu bukan sahaja ditujukan kepadanya, malah rakan perniagaannya yang lain turut mengalami nasib yang sama. "Ketika saya buka restoran di Setapak dahulu ada restoran lain yang kurang berpuas hati dan merasakan kami mengganggu perniagaan mereka. "Pada mulanya isteri rakan saya yang menjaga restoran itu terkana dahulu, kemudian rakan saya pula, selepas itu saya turut mengalami kejadian yang sama iaitu hilang selera makan" ujarnya.
Tambah Talha, ketika dia belum pulih sepenuhnya dengan penyakit itu, dia sekali lagi ditimpa kejadian aneh yang dipercayai dilakukan oleh rakan artis. Perkara tersebut katanya diketahui selepas diberitahu oleh seorang rakan bapanya yang sudah lama terlibat dalam bidang perubatan tradisional. "Selepas beransur pulih daripada ilmu hitam berkaitan restoran itu datang pula penyakit aneh lain yang mana saya muntah-muntah secara mendadak sehingga tidak boleh makan dan minum.| Selepas itu seorang rakan bapa saya menghubungi bapa saya dan bertanyakan tentang saya lalu menyuruh saya pergi berubat kerana dia beritahu ada dikalangan rakan baik cemburu dengan saya. "Bila dia kata begitu saya syak seorang rakan baik saya yang memang pernah berkata tentang perasaan tidak senang hati dengan apa yang saya dapat sekarang. "Dia kata dia cemburu dengan peluang yang saya dapat sedangkan dia kurang bernasib baik," katanya. Bagaimanapun, Talha berkata, dia masih lagi dalam proses pemulihan dan kesihatannya ketika ini semakin baik. Dia akui, pengalaman menderita terkena ilmu hitam itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalan melakukan segala hal yang melibatkan individu lain. Talha juga bersyukur sepanjang melalui pengalaman itu, pengarah dan produksi banyak bertolak ansur kerana memahami keadaannya. Sementara itu drama Plan B bagi slot Aksi ini bakal keudara bermula 19 Ogos depan setiap Selasa pukul 10 malam di TV3. Antara pelakon yang terlibat ialah Nur Risteena, Syukri Yahaya, Zoey Rahman dan Beto Kusyairy.

'Dia Bukan Kekasih Saya' - Talha Harith

KUALA LUMPUR: Pelakon Talha Harith menegaskan wanita yang dilihat bergambar mesra dengannya dalam beberapa keping foto di laman Instagram pada hanyalah rakan karib dan bukan kekasih seperti yang didakwa. Talha, 23, berkata, dia membuat penjelasan tersebut bagi mengelak salah faham dan spekulasi kerana hubungannya dengan wanita bernama Farah Shazreen itu hanyalah berlandaskan persahabatan biasa. "Saya tidak kisah pun mengenai gambar-gambar kami tersebar sebab tiada apa yang menjolok mata ataupun perbuatan tidak sopan. "Cuma saya perlu jelaskan wanita itu hanyalah kawan baik dan kami bukan kekasih seperti segelintir pihak sangkakan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Khamis. Beberapa keping gambar mesra aktor tersebut di samping Farah dimuat naik pada laman sosial Instagram dan Facebook milik wanita pada Khamis sehingga mencetuskan spekulasi kononnya mereka adalah pasangan kekasih. Talha berkata, susulan itu dia segera menghubungi dan menegur Farah atas tindakannya memuat naik gambar-gambar berkenaan. "Saya terus tegur kenapa dia memuat naik gambar-gambar itu berserta kapsyen my babyboo (kekasih saya) kerana ia menimbulkan salah faham. "Padahal kami hanya kawan baik sejak tiga tahun lalu dan tiada apa-apa ikatan istimewa pun," terangnya. Tambahnya, pendedahan berhubung status gambar itu bukan kerana dia mahu menyembunyikan status hubungan cinta daripada peminat. "Saya cuma tidak mahu timbul salah faham sahaja. Kalau memang dia kekasih tidak apalah tetapi kami hanya kawan biasa," tuturnya. Terbaharu, Talha sedang menjalani penggambaran drama bersiri 28 episod berjudul Teduhan Kasih untuk siaran TV3.

Tiada Masalah Talha Harith Dikenali Kerana Watak Jahat

PETALING JAYA: Pelakon baru Talha Harith tidak menganggap satu masalah jika orang ramai terus mengaitkannya dengan watak-watak antagonis walaupun dia pernah melakonkan watak baik selama dua tahun bergelar pelakon. Talha, 22, berkata, respons tersebut membuktikan lakonannya menerusi watak-watak negatif selama ini berkesan dan meninggalkan impak kepada penonton. “Saya tidak kisah kalau orang sering kaitkan saya dengan watak-watak jahat sahaja, padahal saya ada juga memainkan peranan yang baik dalam drama-drama televisyen. “Mungkin itu membuktikan lakonan saya pada watak negatif itu berkesan dan disenangi penonton. Ia satu penghargaan untuk orang baru seperti saya,” katanya ketika ditemui mStar Online pada pelancaran drama bersiri Darjat di TV3, baru-baru ini. Talha berkata, sebagai orang baru dia tidak boleh bersikap selektif dalam menerima sesuatu tawaran lakonan walaupun terpaksa memainkan watak yang lebih kurang sama pada kebanyakan masa.
“Saya masih baru jadi tidak boleh terlalu memilih dalam menerima sesuatu tawaran. Kalau pada kebanyakan waktu, saya mendapat watak negatif, saya akan berusaha untuk mencorakkan watak itu dengan pelbagai rasa dan lapisan. “Apa yang penting, saya mahu orang melihat penterjemahan watak saya berbeza dan ‘lari’ daripada imej sebenar saya ketika di luar. Itu yang saya pastikan setiap kali berlakon,” katanya. Mengenai drama Darjat yang diarahkan Jet Lee, Talha berkata, dia sekali lagi menerima watak sebagai lelaki jahat dan tidak berguna bernama Ghaz. “Sekali lagi, saya dapat watak lelaki jahat yang bernama Ghaz. Dia seorang lelaki yang tidak berguna, kaki hutang dan tidak berduit. “Kejahatan Ghaz dalam drama ini sehingga sanggup merancang tindakan jahat untuk memporak-perandakan keluarga Karina lakonan Ika Nabila,” katanya. Drama sebanyak 20 episod itu akan mula disiarkan menerusi slot Azalea pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 4 petang di TV3. Terbaru, Talha sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Tanah Kubur musim kelima arahan Rashid Sibir.

Talha Harith Muntah Darah Dipercayai Terkena Sihir Peminat

PETALING JAYA: Pelakon baru Talha Harith atau Talha menjadi mangsa terbaru perbuatan ilmu hitam apabila dia mengalami muntah darah dipercayai perbuatan seorang wanita yang jatuh cinta kepadanya. Talha, 22, berkata, dia tidak pernah menyedari bahawa dirinya terkena sihir seorang peminat sehingga dimaklumkan selepas selesai menjalani proses berubat secara tradisional pada malam Khamis lalu. “Kebetulan rakan saya merupakan anak murid kepada seorang pengamal perubatan alternatif. Dia telah melihat kelainan kepada diri saya. “Daripada situlah saya pergi berubat cara perubatan Islam selama tiga hari dan alhamdulillah segalanya sudah pulih. Saya harap perkara ini tidak berulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat. Selain Talha, beberapa selebriti lain sebelum ini pernah mendakwa terkena sihir dan ilmu hitam seperti Awie, Razali Hussein dan Fezrul Khan. Ditanya mengenai pengalaman Talha berkata, dia tidak mengalami sebarang perkara pelik sehingga ditegur oleh rakannya itu.
“Saya tidak pernah sedar yang saya sudah terkena perbuatan ilmu hitam kerana tidak ada sebarang perkara pelik atau kesakitan yang berlaku selama ini. “Cuma, ketika proses berubat orang keliling memberitahu, saya berada dalam keadaan tidak sedar dan mengalami muntah darah tetapi tidak serius,” katanya. Pelakon yang sudah dua tahun berkecimpung dalam bidang seni ini berkata, dia dimaklumkan perbuatan itu dilakukan oleh peminat wanita yang dipercayai memendam perasaan kepadanya selama ini. “Saya benar-benar berharap, ‘benda’ yang dihantar kepada saya itu sudah keluar sepenuhnya. Apabila difikirkan semula, saya berasa pelik dengan apa yang berlaku. “Namun, saya cuba renung kesilapan sendiri yang mungkin pernah melukakan hati orang secara sedar atau tidak. Sekiranya ada yang pernah terasa hati, saya memohon maaf,” katanya. Terbaru, pelakon drama Miss Octopus ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri berjudul Darjat untuk TV9. Siri sebanyak 20 episod itu diarahkan Jet Li dan turut membariskan Ika Nabella dan Syazwan Zulkifli.

Ekoran 'Gambar Peluk' Tersebar, Talha Akan Lebih Berwaspada


PETALING JAYA: Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak luar mungkin menggunakan ia untuk memburukkan namanya.

Talha berkata, dia kesal apabila gambar dia memeluk seorang lelaki telah tersebar sekali gus menggambarkan seolah-olah dirinya mempunyai hubungan songsang dengan individu tersebut.

"Foto itu sebenarnya adalah dari telefon Black Berry Messenger (BBM) milik saya yang dijadikan sebagai gambar profil kerana menyukai gambar sedang senyum.

"Tapi tidak sangka pula seseorang telah mengambilnya untuk disebarkan kepada pihak media bertujuan untuk memburukkan nama saya tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik foto berkenaan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan mendedahkan gambar Talha sedang memeluk seorang lelaki dengan erat yang telah menimbulkan spekulasi dan tanggapan negatif sesetengah pihak.

Talha tidak dapat mengenal pasti siapakah pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan kerana semua kenalan di BBM adalah teman rapatnya.

"Tidak tahu siapa tetapi di kalangan kawan-kawan juga (yang sebarkannya) kerana saya tidak akan menerima orang yang tidak dikenali sebagai kenalan di BBM saya," katanya.

Menjelaskan mengenai foto berkenaan, Talha memberitahu ia diambil bersama seorang pelakon lelaki semasa mereka menyertai sukaneka pada program Extravaganza MyTV3 Out baru-baru ini.

Talha memberitahu, gambar itu telah diambil oleh seorang kenalan mereka semasa dia didukung oleh pelakon tersebut sebelum acara sukaneka bermula.

"Permainan yang kami masuk itu memerlukan saya didukung olehnya dan apabila gambar itu saya gunakan di BBM yang tidak menampakkan keseluruhan bahagian foto, ia seperti saya memeluk lelaki berkenaan dengan erat.

"Tambahan pula semasa gambar itu diambil ramai ahli MyTV3 berada di situ untuk sama-sama menyertai program terbabit dan tidak mungkin saya nak buat hal di tempat terbuka," ujarnya.

Dalam pada itu, Talha berkata, semasa mendapat tahu gambar itu tersebar dia hanya ketawa kerana menyedari masyarakat telah salah faham.

Ahli keluarganya juga turut ketawa apabila isu itu timbul namun menasihatinya supaya lebih berhati-hati selepas ini.

"Saya dan ahli keluarga sangat rapat dan mereka lebih mengenali saya daripada orang lain. Jadi apabila mereka baca laporan itu mereka hanya ketawa kerana tahu cerita berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"Saya boleh tunjuk gambar sebenar kepada wartawan jika mereka berjumpa dengan saya tetapi untuk mendedahkan gambar itu kepada media rasanya tidak kerana ingin menjaga nama baik rakan artis yang mendukung saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Talha yang pernah popular menerusi drama Juvana dan Tanah Kubur memberitahu akan berangkat ke Hong Kong dan Seoul, Korea Selatan minggu hadapan bagi menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mizan Cinta.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama pelakon Memey Suhaiza.

Talha memberitahu dia juga baru selesai menjalani penggambaran drama Masitah untuk RTM bersama Elyana, Beego, Amanda Misbun dan Abu Bakar Johar.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails