Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Tauke Jambu. Show all posts
Showing posts with label Tauke Jambu. Show all posts

ISU GAMBAR CUMBU : "SAYA TAK TAHU GAMBAR SIAPA" - TAUKE JAMBU

Ekoran tersebarnya gambar tak senonoh yang diambil daripada kad memori telefon yang dibaiki, ramai yang menuduh Tauke Jambu sebagai empunya diri. Memetik laporan 'Harian Metro', Tauke menafikan yang dia pernah memiliki gambar sebegitu rupa. Dakwanya: Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil. Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut. Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya. Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat.
Ini bukan perkara baru sebab seingat saya sebelum ini (pelawak) Nabil juga pernah terkena sabotaj begini. Jadi saya tak perlu panik selagi benda tak sahih. Cuma saya percaya apa yang berlaku ini adalah satu tamparan yang mahu menjejaskan tumpuan saya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 sekarang. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Tauke. Mana tahu ada pihak yang cuba nak sabotaj dirinya yang sedang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega? Apa-apapun, sabar ajalah Tauke. Bak kata pepatah, berani kerana benar... takut kerana salah!

Pengikut Instagram Terima Komen Kesat Tauke (Jambu)

Pelawak Tauke (Jambu) menganggap tindakannya membalas komen pengikut Instagram miliknya dengan kata-kata kesat adalah sebagai memberi pengajaran kepada individu berkenaan. Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 38, berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan sikap pengikut tersebut keterlaluan apabila memberi komen yang disifatkan menjatuhkan maruahnya. "Saya sedar sebagai selebriti perkara tersebut agak sensitif, namun bagi saya biarlah orang pandang buruk kepada saya asalkan individu tersebut tidak mengulangi perbuatannya itu. "Jika saya tidak berbuat demikian, mungkin dia akan terus berani memberi komen negatif kepada orang atau artis lain pula. Saya harap pengikut yang lain juga lebih menghormati hak dan privasi seseorang artis," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.
Tauke berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya membalas komen seorang individu yang menuduh dia sebagai 'kaki perempuan' gara-gara memuat naik gambar bersama seorang wanita tidak dikenali. Perkara tersebut membuatkan pelawak itu berang dan membalas dengan perkataan yang agak kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengikutnya yang lain. Dalam pada itu, Tauke berkata, dia berani menulis kata-kata kesat berikutan individu yang menulis status itu tidak mendedahkan identiti sebenar dirinya dan akaun itu diwujudkan juga adalah bertujuan memburuk-burukan seorang artis. "Saya tengok akaun dia memang akaun palsu yang sengaja dibuat untuk mengutuk dan membuat fitnah sebab itu saya sengaja beri dia kata-kata begitu. "Kita sendiri tidak tahu individu itu siapa, jadi sesuai sangatlah dia kena marah begitu, sebelum ini akaun yang sama juga selalu komen negatif di Instagram artis-artis lain," ujarnya. Sementara itu, Tauke menjelaskan bahawa wanita dalam gambar tersebut merupakan salah seorang kru yang terlibat menjayakan program Super Spontan minggu lalu.

Tauke (Jambu) Tak Niat Tunjuk Kaya Kerana Kasut

Pelawak Tauke (Jambu) tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada pengikut laman sosial Instagram miliknya apabila dia memuat naik fotonya menggayakan kasut yang dibelinya daripada pereka terkenal Giuseppe Zanotti. Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria bagaimanapun terkejut apabila resit harga kasut berkenaan didedahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab memandangkan dia tidak memuat naik foto resit yang mencatatkan harga kasut berkenaan di laman sosial tersebut. "Memang saya ada memuat naik foto bergaya dengan kasut baru. Tetapi saya tidak memaparkan resitnya sekali. Rasa pelik bila ada yang mengatakan saya tunjuk resitnya juga di Instagram. "Sebaliknya resit itu saya sekadar tunjukkan kepada rakan-rakan di group chat aplikasi WhatsApp. Tak sangka pula ada di antara mereka sengaja mendedahkan resit tersebut kepada umum," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Selasa.
Sebuah portal melaporkan pengikut-pengikut Instagram Tauke meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia memuat naik foto kasut terbaharunya beserta resit yang mencatatkan harga kasut tersebut RM6,390 di Instagram. Pada resit tersebut, ia turut tertera nama penuh Tauke. Ada pengikut yang memberi komen pelawak itu bersikap riak apabila dengan sengaja mahu menunjuk-nunjuk kemewahannya di laman sosial tersebut. Sementara itu, Tauke mengakui sejak akhir-akhir ini dia sanggup menghabiskan duitnya bagi membeli kasut mahupun pakaian rekaan terbaharu daripada beberapa jenama yang diminati.
"Saya sanggup berhabis wang untuk benda yang saya minat. Dan sejak akhir-akhir ini saya mula belajar mengenai penjagaan penampilan diri dengan rekaan fesyen-fesyen terbaru. "Apa salahnya jika kita mahu ubah penampilan bukan? Bagaimanapun saya tidak berkecil hati sekiranya orang mengata saya," ujarnya.

Itu gambar enam tahun lepas - Tauke

RABU lalu tersebar beberapa keping foto aksi mesra anggota kumpulan Jambu, Tauke bersama dua orang wanita berpakaian seksi yang dirakamkan di sebuah kelab malam. Menerusi foto-foto yang telah disebarkan oleh sumber yang tidak diketahui, Tauke dilihat berpelukan bersama seorang gadis yang hanya memakai baju singlet putih manakala gadis yang memakai baju tiub biru memeluknya dari sisi. Penyebaran foto-foto tersebut sekali gus mengundang pelbagai spekulasi peminat Tauke dan mendakwa pelawak terkenal itu kaki perempuan dan suka bersosial. Tauke pernah tiga kali berkahwin dan menerusi perkahwinan pertama dan keduanya, Tauke dikurniakan enam orang anak. Sementara perkahwinan ketiganya bersama seorang model sambilan putus di tengah jalan selepas dua bulan berkahwin sekitar awal tahun 2012. Kosmo! mendapatkan penjelasan lanjut daripada Tauke dan ikuti perbualan berikut. KOSMO!: Benarkah dakwaan yang timbul berkenaan tersebarnya beberapa keping foto Tauke sedang bersosial bersama dua orang wanita di sebuah kelab malam baru-baru ini? TAUKE: Saya tidak nafikan itu adalah saya tapi gambar-gambar itu dirakamkan sekitar enam tahun lalu sebelum saya mendirikan rumah tangga. Benar setiap orang melakukan kesilapan dan saya mengakui kesilapan tersebut. Masing-masing ada kehidupan lampau dan adalah tidak adil untuk orang di luar sana menjatuhkan hukuman ke atas saya hanya kerana tersebarnya gambar-gambar itu. Boleh gambarkan situasi sebenar foto-foto itu dirakamkan sekitar enam tahun lalu itu? Gambar itu dirakam sekitar majlis selepas tamat penggambaran sebuah filem dan dua gadis itu merupakan peminat saya. Takkan pula saya mahu menolak kalau peminat mahu bergambar dengan saya, nanti dikatakan sombong pula. Manakala, lelaki yang berdiri di belakang saya pula merupakan salah seorang krew produksi filem berkenaan. Bagaimanakah perasaan Tauke apabila foto-foto lampau anda disebarkan dan mengundang persepsi negatif banyak pihak? Memang marah dan terkilan tapi saya sudah lali, saya percaya rezeki di tangan Tuhan. Sebelum ini pun banyak kali kes sebegini dikaitkan dengan saya cuma saya tidak boleh terlalu cepat melatah melainkan abaikan saja. Keluarga dan orang sekeliling saya tahu saya bukan individu sebegitu. Saya melihat perkara ini dalam sudut positif, mungkin impaknya orang akan lebih mengenali saya selepas ini. Apabila foto-foto itu tersebar, Tauke dilabelkan seorang lelaki yang gemar bersosial dan kaki perempuan. Komen anda? Saya sudah lama tidak ke kelab malam dan itu gambar-gambar masa lampau saya. Mungkin suatu masa dulu saya akan memuat naik foto saya bersama teman wanita baharu untuk berkongsi dengan peminat. Tapi ada pihak yang tidak faham akan nampak saya seorang kaki perempuan, padahal saya berkongsi perjalanan hidup saya atas dasar menghormati permintaan peminat. Siapakah yang Tauke rasakan dalang di sebalik penyebaran foto-foto berkenaan? Kalau dia adalah rakan saya dalam dunia seni, mungkin takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau dia orang luar atau bekas kekasih saya, mungkin niatnya mahu menjatuhkan saya. Apakah pengajaran yang diperoleh selepas timbul perkara (penyebaran foto-foto sosial) itu? Selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bergambar dengan sesiapa saja. Malah, di laman sosial saya pun tidak banyak foto peribadi yang saya muat naik kerana risau serangan itu akan terkena pihak lain. Saya tidak paranoid untuk berkongsi kisah peribadi saya selepas ini tapi mungkin akan ada perkara yang perlu saya tapis. Jika tidak keberatan, sudi kongsikan perkembangan terkini Tauke dalam bidang hiburan? Saya baru selesai penggambaran filem Hantu Bungkus Ikat Tepi dan sedang menantikan tayangan filem Mana Mahu Lari dan Abang Long Fadil tidak lama lagi.

Tauke Raja Lawak Bercerai, Hampir 4 Bulan Kahwin?

Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan kepada pihak Sinar Harian, bahawa dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas bekas isterinya Meera, 23, pada 12 Ogos lalu. Menurut Tauke,“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu.” Tauke turut mengaku bahawa, rumah tangganya sebelum ini memang dilanda krisis agak besar dan pada bulan Julai yang lalu, bekas isterinya telah keluar dengan membawa semua pakaiannya. Untuk makluman, Meera merupakan perkahwinan ketiga Tauke. Hasil perkahwinan pertama dan kedua sebelum ini, Tauke memiliki enam orang cahaya mata. Tauke dan Meera dikatakan telah berkahwin pada bulan April yang lalu di Thailand.

Tauke Raja Kawen Cerai

Dalam diam, rupa-rupanya Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, sudah tiga kali bernikah. Malah pernikahannya terkininya telah berlangsung di Thailand sebelum pelawak tersebut menyertai program Super Spontan baru-baru ini. Fuhhh... hebat juga Tauke seolah mahu menandingi Allahyarham pelawak A.R Tompel yang beristeri ramai. "Yang sebenarnya, saya dah tiga kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah. "Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi," ujar tauke kepada media. Bagaimanapun, beliau menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri yang baru dinikahinya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan. "Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera. "Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga. "Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Tauke: Saya Memang Nikah Di Thailand

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2012: Pelawak terkenal, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, mengakui dirinya sudah tiga kali bernikah dan pernikahannya bersama isteri barunya telah dilakukan di Thailand sebelum dia menyertai program Super Spontan di Astro Warna saluran 132 lagi. "Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah. "Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi," katanya. Dalam pada itu, Tauke menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri barunya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan. "Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera. "Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga. "Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak," jelasnya.

Gempar! Tauke Mengamuk Di Set Super Spontan?

Di awal kemunculan program Super Spontan (SS) yang disiarkan di Astro Warna Saluran 132, Murai Batu dikejutkan dengan berita pengunduran disaat akhir Daphnie Iking. Namun, hati ini amat lega apabila pihak produksi SS telah menggantikan tempat Daphnie Iking dengan Nana yang begitu petah bercakap orangnya. Dikatakan, Nana memang layak mengambil alih tempat Daphnie Iking. Tak percaya tonton saja SS. Baru saja diberitahu bahawa pada minggu kedua SS, ada berita panas mengenai salah seorang ahli kumpulan Angsa Ganas iaitu Tauke. Khabarnya, Tauke telah mengamuk?? Kenapa mahu mengamuk? Takkan kerana tidak puas hati dengan kekalahan Angsa Ganas pada minggu kedua? Menurut sumber, sebab Tauke mengamuk bukanlah kerana dia tidak boleh menerima kekalahan, tetapi Tauke dikatakan tidak puas hati dengan seorang lelaki yang botak kepalanya. Lelaki botak? Siapa tu? Peserta SS kah? Dengarnya, Tauke tidak puas hati dan naik hantu apabila kawan perempuannya telah dimarahi oleh lelaki botak itu. Kenapa kena marah pula? Sungguhpun, sesiapapun tidak dapat dipastikan siapakah gerangan lelaki botak itu, tetapi diberitahu lelaki itu seorang pegawai tinggi di tempat berlangsungnya siaran langsung SS. Menurut sumber, lelaki botak itu telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kawan wanita Tauke sehingga kawannya itu berasa malu dan menangis teresak-esak. Selain membuat cacian dan makian terhadap wanita itu, lelaki itu juga telah mengeluarkan satu perintah untuk memboikot Tauke dan mengharamkan Tauke untuk berpijak di lokasi SS. Alamak, sudah semakin teruk kes ini. Apa puncanya? Masakan angin bertiup kalau pokok tidak bergoyang. Nampaknya, hal ini seperti baru sahaja mahu memulakan peperangan.

Tauke Jambu Cadang Kahwin Tahun Depan!


Perkenalan sekitar 3-4 bulan antara Tauke daripada kumpulan Jambu & Nurul Ameera atau Mira di sebuah pusat membeli-belah membawa ke arah hubungan yang lebih serius. Ini diakui oleh Tauke sendiri ketika diwawancara oleh OHBULAN! sejurus tamat sidang media rakan strategik antara KRU Studios & Technicolor Asia yang berlangsung di Cathay Cineplex The Curve, lewat petang semalam.

“Saya berkenalan dengan Mira di sebuah pusat membeli belah di ibu kota, tak sangka pula perkenalan itu membawa ke arah yang lebih serius. Walaupun pernah dihinggapi dengan pelbagai kontroversi, saya bersyukur kerana Mira dapat menerima saya seadanya,” ujar Tauke memulakan bicara.

“Insyallah, kami merancang untuk berkahwin sekitar tahun depan andai kata tiada aral melintang. Lagipun, kedua-dua pihak keluarga sudah mengenali satu sama lain.”

Tauke turut menafikan isu isteri orang yang dipaparkan dalam sebuah ruangan pojok itu adalah berkaitan dengan dirinya.

“Serius, pelawak yang dimaksudkan itu bukan saya. Sebenarnya orang lain, namun tak perlu saya nyatakan namanya disini. Saya nak maklumkan, kontroversi demi kontroversi membuatkan saya sudah berubah ke arah yang lebih baik. Insyallah, selepas ini tiada lagi kontroversi,” jelas Tauke lagi.

Mira yang kini berumur 23 tahun tahu dengan kontroversi yang pernah melanda Tauke, namun dia tidak ambil kisah.

“Saya tak kisah dengan kontroversi yang melanda Tauke, saya terima dia seadanya,” kata Mira yang bekerja sebagai model sambilan.

Tauke kini sibuk menjalani pengambaran untuk pelbagai produksi mulai bulan Disember 2011 sehingga Februari 2011. Antara filem yang dibintanginya adalah Cinta Kura-Kura & Sofaz The Movie.

Panas baran perangai lama – Tauke Jambu


Amboi, sejak ada kekasih ni, nampaknya hidup Tauke semakin ceria dan bahagia. Tak gitu?

Alhamdulillah. Baik-baik saja.

Kekasih Tauke tu orang mana? Cuba cerita sikit. Bukan apa, satu Malaysia dah tengok gambar mesra Tauke dalam internet dengan dia?

Nama dia Nur Azura. Saya panggil dia Noy. Dia orang Papar, Sabah dan berusia 24 tahun. Tapi saya ada pembetulan nak buat. Dia bukan kekasih saya....buat masa sekarang.

Maksudnya?

Saya dan dia berkenalan awal tahun lalu. Masa tu ada sebuah program berlangsung di Sabah. Di situ kami mula berkenalan dan sempat bertukar-tukar nombor telefon dan Facebook. Asalnya memang kami kawan. Kemudian bercinta dan kemudian jadi kawan balik.

Nak bergurau pun agak-agaklah. Adakah ini cubaan untuk putar belit nak selamatkan diri?

Begini, saya dan dia memang bercinta ketika itu. Tapi hubungan itu cuma berlangsung lebih kurang empat bulan sahaja. Lepas tu, kami jadi kawan sampai sekarang.

Kenapa cinta sekerat jalan?

Semuanya kerana hubungan kami mendapat tentangan daripada keluarga Noy. Saya pun tak pasti sebab apa, sebab hanya Noy sahaja yang tahu. Dia pun seolah-olah sudah menjauhkan diri daripada saya. Kadang-kadang, kalau ada waktu, saya akan menghubungi dia. Cuma telefon sahajalah yang mendekatkan kami sebab Facebook pun dia dah tak guna. Mungkin sebab keluarganya pantau kot. Apa pun, saya hormati keputusan keluarga Noy.

Iyalah, Tauke kan masih lagi suami orang, mestilah keluarga dia tak restu.

Terus-terang saya katakan, bukan niat saya mahu sembunyikan apa-apa daripada umum. Susah untuk saya katakan saya ini masih suami orang atau tidak, saya tak boleh cakap. Semuanya sebab keadaan memaksa saya jadi begini.

Keadaan memaksa ke atau malu nak mengaku yang Tauke ni dah ada enam anak di rumah tu? Mudah nak lepaskan diri dari tanggungjawab .

Orang tak faham. Sebenarnya, saya dalam proses bercerai dengan isteri. Tapi saya tak boleh cakap lebih lanjut mengenai hal ini takut mengganggu proses di mahkamah. Saya serba salah nak jelaskan situasi sebenar. Apa yang boleh saya katakan, tak salah untuk saya bercinta dengan mana-mana wanita memandangkan saya sekarang ini boleh dianggap solo.

Cepat betul Tauke cari pengganti. Padahal proses mahkamah masih belum selesai, perlu ke nak tayang kekasih sana sini?

Saya memang dah tahu gambar tu terlepas di Internet, tapi terus-terang saya cakap, saya tak marah pun. Saya lebih suka. Sekurang-kurangnya saya tak mengelak bila orang tanya saya pasal isu ini. Bagi mereka yang tahu mengenai status rumah tangga saya, tahulah mereka. Bagi yang tak tahu, saya tak kisah pun dengan apa yang mereka akan kata. Yang tak tahu, suka hati merekalah nak cakap apa. Saya serahkan kes rumah tangga pada kuasa Allah SWT. Kalau ada jodoh maka adalah.

Ada niat nak berbaik semula dengan isteri?

Saya cuma kenangkan nasib anak-anak sajalah. Saya terima semuanya kalau ada jodoh lagi antara kami. Tapi saya agak kecewa juga bila ada yang kata saya abaikan isteri dan anak-anak, padahal bukan itu yang berlaku.

Betul ke Tauke ni panas baran, selalu pukul isteri? Itu yang saya dengar.

Yang mengata tu ahli keluarga saya ke? Saya tahu semua ni datangnya dari mulut ke mulut. Ya, saya mengaku memang saya panas baran dan garang. Malah, kuat cemburu. Tapi itu semua dulu. Masa itu saya mengaku otak belum matang. Tapi saya dah banyak berubah sekarang. Sifat tu dah dibuang sikit demi sikit.

Tak rasa segan ke mengaku panas baran? Biasanya artis kita ni selagi boleh tak nak mengaku benda negatif yang mereka buat.

Bagi saya, InsyaAllah... saya tidak akan mengelak untuk mengaku benda yang memang saya lakukan. Tapi saya harap janganlah label saya panas baran sebab saya dah buang sifat tu. Kalau boleh, saya tak mahu ia wujud dalam diri saya lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails