Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Wan Norazlin. Show all posts
Showing posts with label Wan Norazlin. Show all posts

BEKAS SUAMI WAN NUR AZLIN MENINGGAL DUNIA

Bekas suami aktres Wan Nor Azlin iaitu Mohd Yazli Yaacob diberitakan meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung. Berita tersebut telah di sahkan sendiri oleh kawan arwah di facebook iaitu Hafizd Azmi.
Menurut info mereka... jenazah Allahyarham telah di kebumikan pada pukul 10 pagi tadi di Kampung ibunya di Kampung Rizab Melayu, Tambun Perak. Sementara itu menurut dramatis Wan Nor Azlin sendiri, pada jam 5 pagi (kelmarin), bekas suaminya mengadu sakit dada dan dihantar ke Klinik Kesihatan Gombak sebelum dirujuk ke Hospital Selayang. Namun disebabkan keadaannya makin kritikal, pihak hospital terus membawanya ke IJN. “Anak masih tidak mampu menerima berita kematian ayah mereka, terutama anak perempuan, Dania Camelia yang sangat rapat dengan arwah,” katanya yang turut berada di samping arwah ketika menghembuskan nafas terakhir sambil dikelilingi ahli keluarga lain.

Wan Nor Azlin Akui Sunyi Tanpa Suami

Sejak berpisah dengan suaminya Mohd. Yazli Yaacob pada Mac lalu, meskipun dia bahagia disamping anak-anaknya namun dramatis popular Wan Nor Azlin mengakui sesekali beliau diselubungi rasa sunyi. "Tujuh tahun saya dan suami tinggal berasingan. Sepanjang itu saya lah yag membesarkan anak-anak. Akhirnya pada Mac lalu mahkamah memutuskan supaya kami berpisah. Sebab dah terlalu lama saya digantung tidak bertali, saya tak diberi nafkah zahir dan batin. "Sepanjang saya seorang menjaga anak-anak, macam-macam dugaan saya lalui. Dan semakin saya diuji, saya semakin matang dan dah lali. Tapi tak dinafi saya rasa sunyi tanpa suami. Tapi saya bersyukur kerana saya ada anak-anak", katanya ketika ditemui baru-baru ini. Wan Nor Azlin mempunya tiga cahaya mataiaitu Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8. Bergelar ibu tunggal, kata pelakon drama bersiri Mencintaimu ini, beliau tidak terlepas dari didekati ramai lelaki yang meluahkan mahu berkawan sekaligus menjadikan dia suri hati. Namun sehingga kini hatinya belum terbuka lagi untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Kalau pun satu hari nanti beliau ditakdirkan bergelar isteri semula, beliau mahu memastikan lelaki yang melamarnya itu menyanyangi anak-anaknya. "Fokus saya sekarang hanyalah pada kerjaya dan tanggungjawab saya untuk membesarkan anak-anak. Saya selesa sendiri. Memang ada yang mendekati saya, dari macam-macam golongan. Tapi pertamanya, kalau suami orang memang saya tak akan terima dia. "Bukan tak terfikir ke arah (kahwin) itu. Tapi setakat ini tak ada lagi. Saya bukan remaja yang nak bercinta-cinta lagi. Saya nak orang yang sayang anak saya. Kalau lelaki itu sayang anak saya, saya percaya dia akan sayang saya. Lelaki yang boleh terima kami seadanya, jujur, ikhlas dan paling penting, lelaki itu mampu. Mampu menjaga dan sara saya dan anak-anak", katanya yang juga menyatakan bersedia untuk berhenti belakon seandainya beliau kahwin lagi nanti. - mD

Wan Nor Azlin tak kisah dilabel anak derhaka

PERMASALAHAN yang melanda pelakon Wan Nor Azlin seperti tiada kesudahannya. Setelah kes dengan bekas suaminya berakhir, kini dia berhadapan pula konflik dengan bapanya kandungnya sendiri, Wan Mohd. Husain. Semuanya berpunca daripada pemilikan sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur apabila bapanya menfailkan saman pada 5 Februari lalu kerana dia enggan keluar daripada rumah berkenaan yang diduduki tidak sampai setahun. Pelakon itu meluahkan dia tidak kisah dengan segala tanggapan serong masyarakat terhadapnya, meskipun ada yang mahu melabelkannya sebagai anak derhaka. Ujarnya, segala konflik yang timbul itu merupakan masalah dalaman keluarga. Disebabkan itu dia lebih banyak mendiamkan diri dan enggan memburukkan lagi keadaan. Ikuti luahan Wan Nor Azlin seterusnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama bersiri Mencintamu baru-baru ini. Kosmo!: Apabila kisah pergeseran dengan bapa menjadi bualan ramai, adakah ia memberi impak kepada kehidupan anda? WAN NOR AZLIN: Berkenaan dengan isu ini, impak yang paling ketara sudah tentu melibatkan maruah keluarga. Orang luar boleh bercakap apa sahaja yang disukai, tetapi mereka tidak tahu situasi sebenar yang berlaku. Apapun label yang diberikan kepada saya sekarang, ia langsung tidak menjadi kudis dalam kehidupan saya. Semuanya ini saya anggap sebagai ujian yang agak berat daripada Allah. Apakah perkara yang membuatkan anda berasa kecewa? Secara jujur saya kecewa apabila mengenangkan nasib ketiga-tiga anak saya berbanding diri sendiri. Bayangkanlah, kami tinggal di rumah tanpa bekalan air dan elektrik selama lapan bulan. Lagipun salah seorang anak saya sebelum ini bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sudah tentu sukar untuk dia membuat ulang kaji pelajaran dalam keadaan selesa. Bagaimanakah pula dengan impak terhadap kerjaya lakonan? Setakat ini tawaran berlakon masih lagi banyak, namun kerisauan itu tetap ada. Tidak dinafikan saya bimbang kalau ada penerbit atau pengarah yang enggan mengambil saya berlakon lagi. Sebelum ini saya pernah melalui zaman kejatuhan kerana kontroversi yang melanda, sehinggakan mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Lakonan juga merupakan periuk nasi dan punca rezeki untuk menyara anak-anak. Mengapakah anda berat membuka mulut apabila diminta memberi komen terhadap permasalahan yang timbul? Pertama sekali saya telah dinasihatkan oleh peguam supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Selain itu, saya tidak mahu isu dengan bapa kandung diperbesar-besarkan sehingga menjadi bualan ramai. Tambahan pula masyarakat akan tetap beranggapan seorang bapa betul manakala anak pula bersalah. Cuma, saya berharap supaya orang ramai tidak terus menjatuhkan hukum sebelum mengetahui keadaan dan situasi sebenar. Selain mahkamah, tiadakah jalan lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikannya? Itu sahaja jalan yang ada kerana memang tiada pilihan lain yang boleh dilakukan. Lagipun saya hanya inginkan kos perbelanjaan menambah baik rumah tersebut berjumlah RM64,000 dapat dikembalikan semula. Wang itu sangat penting kerana saya boleh menggunakannya membeli rumah lain atau menyewa untuk tempat saya dan anak-anak berteduh. Sebagai seorang ibu tunggal, saya mempunyai tanggungjawab yang besar kepada anak-anak. Adakah anda tidak mahu berbaik-baik semula dengan bapa? Apa pun yang terjadi dia tetap bapa kandung saya sampai bila-bila. Namun begitu, perkara yang paling mengecewakan saya apabila dia terus berubah setelah berkahwin lain. Ketika masih hidup bersama arwah ibu saya dahulu, sikapnya amat berlainan berbanding sekarang. Itulah yang membuatkan saya masih lagi terus tertanya-tanya dengan perubahan sikapnya itu.

Failkan Notis Terhadap Bapa, Wan Nor Azlin Enggan Ulas Lanjut

Aktres Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah semalam, supaya memberi alasan mengapa tidak boleh dipenjarakan berhubung isu penjualan rumah di Taman Keramat. Memetik kenyataan di Sinar Harian, peguam Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan pihaknya telah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu. Wan Nor Azlin bagaimanapun enggan melayani pertanyaan lanjut berhubung notis yang difailkan. Pada 31 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan permohonan Wan Nor Azlin untuk mengetepikan saman bapanya yang mahu mendapatkan perintah supaya pelakon itu keluar dari rumah berkenaan. Wan Mohd Hussin dalam writ saman yang difailkan pada 5 Februari lalu mendakwa, dia ingin menjual rumah yang mereka duduki bersama di Taman Keramat dan mahu defendan keluar dari rumah. Namun defendan enggan berbuat demikian kerana ada kepentingan selepas memasang kabinet dapur dan almari pakaian walaupun ia dibuat atas kehendak defendan sendiri.

Pelakon gagal batalkan saman bapa - Wan Norazlin

Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan pelakon drama, Wan Nor Azlin untuk membatalkan saman bapanya, Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim yang memohon perintah supaya mengosongkan rumah harta sepencarian bersama arwah ibunya di Sri Keramat di sini. Hakim Rosilah Yop menolak permohonan Wan Nor Azlin dengan kos sebanyak RM2,000 dalam kamar beliau di sini semalam. Peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, dan Razila Rashid bagi pihak Wan Mohd. Husain, 76, hadir mendengar keputusan itu. Sementara itu Nuraini ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusannya selepas memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman itu. Dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Wan Mohd. Husain pada 20 Mac lalu, Wan Nor Azlin berkata, mahkamah tiada bidang kuasa ke atasnya kerana terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya.

Wan Norazlin Serik Dedah Kisah Peribadi

KUALA LUMPUR: Pelakon Wan Nor Azlin memberitahu sudah serik untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum sebaliknya mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya sahaja. Wan, berkata, keputusan tu diambil kerana menganggap telah banyak kisah peribadinya didedahkan dalam media sebelum ini. "Maafkan saya kerana tidak mahu bercakap soal peribadi kerana rasanya dah terlalu banyak cerita hidup saya keluar sebelum ini. "Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya. Wan ditemui selepas majlis penyampaian insentif kepada pelakon dan penerbit drama Maharani dan Mak Yong oleh World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dekat sini pada Jumaat. Insentif itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, (Sistem dan Kawalan), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus. Dalam pada itu, Wan berkata, dia juga kini ingin menjalani kehidupan “low-profile” dan tidak mahu terlalu kerap muncul di akhbar kerana kisah-kisah peribadi. Dia juga selesa dengan cara tersebut dan berharap pihak media memahami situasi berkenaan. "Sekali lagi saya mohon maaf kerana saya memang tidak mahu lagi bercakap soal selain kerjaya dan rasanya saya lebih selesa dengan cara ini," katanya. Sementara itu, Wan berkata, selain sibuk menguruskan keluarga, rezekinya dalam bidang lakonan juga semakin baik.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails