Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Wan Raja. Show all posts
Showing posts with label Wan Raja. Show all posts
Wan Raja Hampir Diculik Lanun Ketika Berbulan Madu
Pelakon Wan Raja mendedahkan pernah melalui detik cemas apabila dia dan isteri, Yaya Maembong disyaki menjadi sasaran penculikan lanun ketika sedang berbulan madu di Pulau Mabul, Samporna, Sabah pada Februari lalu.
Wan Raja, 38, berkata, perkara tersebut terjadi selepas ramai penduduk di daerah itu mengambil gambar mereka yang dikenali sebagai pelakon sehingga perkara itu sampai ke pengetahuan lanun.
"Pada hari terakhir kami di sana ramai polis meronda mengawasi kawasan pulau itu, saya ada bertanya dengan beberapa kawan di kalangan pegawai polis dan mereka beritahu bahawa mendapat maklumat tentang serangan lanun.
"Mereka juga mengesyaki lanun-lanun tersebut sedang mencari saya dan isteri kerana mendapat tahu kami artis. Walaupun kami tidak popular tapi kami difahamkan lanun tersebut ingin cuba mengambil peluang untuk mendapat perhatian besar apabila menculik kami," ujarnya kepada mStar Online, di sini, pada Isnin.
Tambah Wan, penduduk di pulau tersebut mengenali dan memanggilnya sebagai Yazeed iaitu suami kepada Zarra lakonan Izara Aishah dalam drama Teman Lelaki Upahan.
"Ketika itu drama Teman Lelaki Upahan sedang ditayangkan di TV3 dan mereka mengenali saya kerana menonton drama tersebut di slot Akasia dan memanggil saya suami Izara Aishah.
"Disebabkan itu ramai yang datang untuk ambil gambar sehingga berita saya berada di pulau itu tersebar dari mulut ke mulut," ujarnya.
Wan Raja berkata, disebabkan perkara tersebut dia mengambil keputusan untuk pulang lebih awal bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Bagaimanapun, dia berterima kasih kepada pihak berkuasa tempatan yang mengawal ketat di pulau tersebut dan menjaga keselamatan pelancong.
"Nasib baik kami tahu perkara itu pada hari terakhir percutian kami dan mengambil keputusan untuk keluar dari pulau tersebut sejurus mengetahui perkara itu.
"Alhamdulillah tiada apa yang berlaku dan pihak berkuasa memang mengawal ketat serta memastikan keselamatan saya dan isteri terjamin sepanjang berada di sana," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Wan berkata, dia baharu sahaja menerima berita gembira bahawa isterinya kini disahkan mengandung enam minggu.
Katanya, buat masa ini, kandungan masih lagi di peringkat awal dan belum mengalami sebarang alahan seperti kebiasaan wanita hamil.
"Pada awal minggu lalu, Yaya dan adik-adiknya yang lain buat kejutan pada saya selepas saya pulang dari penggambaran drama. Mereka tunjukkan alat ujian kehamilan pada malam saya tahu Yaya hamil.
"Perasaan saya ketika itu sangat gembira dan sukar untuk digambarkan apabila doktor mengesahkan kandungan sudah berusia lebih sebulan," ujarnya.
Katanya, dia berharap agar segalanya berjalan lancar dan urusan sepanjang sembilan bulan kandungan tersebut dipermudahkan.
"Pada peringkat awal ini memang saya nasihatkan dia supaya kurangkan buat kerja berat dan tidak benarkan diet macam dulu sebab takut boleh menjejaskan kandungan," katanya.
Pasangan Wan Raja dan Yaya Maembong berkahwin pada 12 Disember 2014 di Masjid Al-Ridhuan Ulu Klang, dekat sini.
Wan Raja Sedia Fokus Dunia Lakonan Selepas Kahwin
Pelakon Wan Raja sudah bersedia memberi tumpuan terhadap dunia seninya selepas memperlahankan kerjaya berkenaan kerana berumah tangga pada Disember lalu.
Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 38, berkata, dia rindu untuk kembali ke dunia lakonan terutamanya dalam bidang pementasan teater selepas tiga bulan meninggalkan bidang berkenaan.
"Selepas berkahwin saya memperlahankan karier seni kerana ingin memberi fokus kepada kehidupan berumah tangga.
"Saya kini mula berasa rindu terhadap bidang lakonan terutamanya teater dan sudah bersedia kembali aktif," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Terdahulu Wan Raja dan Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 39, selamat bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang pada 12 Disember tahun lalu dengan sekali lafaz.
Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.
Dalam pada itu, Wan Raja berkata dia kini masih dalam proses menyesuaikan diri sebagai seorang suami namun menyedari tanggungjawab berkenaan bukannya mudah.
Katanya lagi, dia kini sudah mempunyai persefahaman yang baik bersama pasangan dalam melayari kehidupan berumah tangga.
"Saya kini dalam proses menyesuaikan diri. Perbezaanya dahulu kami tinggal seorang diri dan kini sudah tinggal bersama,"jelasnya.
Dalam perkembangan lain Wan Raja berkata, dia akan terlibat dalam pementasan teater Raja Ku Puteh yang bakal berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada 10 hingga 12 April.
Wan Raja Risau Tajaan Kahwin Ditarik Balik
Pelakon Wan Raja berharap tajaan yang diterima sebanyak RM200,000 bagi melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Yaya Maembong tidak ditarik pada saat-saat akhir.
Wan Raja, 37, berkata, walaupun yakin dengan penajanya iaitu Putree Bridal dan Wedding Studio, namun perasaan risau tetap membelenggu di fikiran apatah lagi ramai artis yang pernah ditipu oleh penaja-penaja yang tidak bertanggungjawab.
"Diakui perasaan itu memang timbul kerana maklumlah sebelum ini pun ramai artis yang mendapat tajaan perkahwinan larikan diri pada saat akhir.
"Tetapi Alhamdulillah setakat ini pihak penaja sentiasa mengemaskini setiap persiapan yang telah dibuat. Diharap semuanya berjalan dengan lancar," katanya kepada mStar Online.
Wan Raja dan Yaya bakal bernikah pada 12 Disember ini di Masjid Al-Ridhuan Ulu Klang.
Majlis resepsi akan berlangsung pada 14 Disember 2014 di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang.
Sementara itu, Wan Raja berkata, dia tidak sangka menerima tajaan yang besar memandangkan dia dan Yaya bukanlah selebriti popular.
"Asalnya kami nak buat majlis yang sangat sederhana. Tetapi majlis kami terus diubah kepada sebuah acara yang besar pula.
"Semua itu adalah sebab penaja yang kami terima. Rezeki orang kahwin agaknya...Hahaha. Alhamdulillah.
"Persiapan kahwin pun sudah hampir selesai dan hanya tinggal urusan menyiapkan beberapa dokumen yang perlu diselesaikan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Wan Raja sedang sibuk dengan penggambaran drama Teman Lelaki Upahan yang diarahkan oleh Edora Rahman, bagi slot Akasia, TV3.
Wan Raja Akui Artis Baharu Perlu Kontroversi Untuk Popular
Pelakon Wan Raja menganggap ketiadaan kontroversi panas terhadapnya membuatkan dia sukar untuk popular dan dikenali umum.
Wan atau nama sebenarnya Saiful Redzuan A Bakar, 35, berkata, dia melihat seseorang pelakon baharu mampu meraih populariti secara drastik apabila tercetusnya sesebuah kontroversi.
"Saya nampak, untuk mudah dikenali, seseorang artis itu kena ada kontroversi dan kerana itu juga saya beranggapan disebabkan saya tiada cerita panas, saya sukar untuk dikenali ramai.
"Entahlah, saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi itulah yang saya lihat sekarang ini. Kalau nak diikutkan saya sentiasa berlakon pelbagai drama, tetapi nama saya belum cukup kuat lagi dalam industri hiburan tempatan," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun tambah Wan, dia tidak pernah merungut dengan kegagalannya mencipta nama sebaliknya percaya bahawa bakatnya satu hari nanti pasti akan diiktiraf.
Sementara itu, Wan kini sibuk dengan penggambaran drama Jiwa, arahan Kabir Bhatia dan Nurhanisyam Muhammad bersama pelakon-pelakon lain iaitu Faizal Hussein, Remy Ishak, Kamal Adli dan Siti Elizad.
Menerusi drama 13 episod itu, Wan membawakan watak sebagai Peca, ketua kawasan bagi pertandingan Muay Thai.
"Saya gembira apabila terlibat dengan mana-mana projek arahan Kabir kerana saya tahu hasil jalan ceritanya pasti menarik.
"Dalam drama ini, saya sebagai Peca yang akan memperdayakan Iskandar (Remy) menyertai sebuah pertandingan Muay Thai dan kerana kehebatannya dalam aksi lawan, saya mengaut keuntungan besar daripada dia.
"Menerusi drama ini juga, saya berharap ia dapat membuka mata masyarakat mengenai kewujudan saya sebagai pelakon kerana watak ini berbeza," ujarnya.
Jiwa yang turut melibatkan pelakon Siti Elizad, Cico Harahap Sheila Mambo dan Liza Shadan ini bakal disiarkan setiap Rabu mulai 5 Februari 2014 bermula pukul 9 malam di TV3.
Wan Raja Tenggelam Selepas '...Dalam Botol'
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
