Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Yantzen. Show all posts
Showing posts with label Yantzen. Show all posts
Yantzen Terima Hakikat Sudah Tidak Popular
Penyanyi kelahiran Singapura, Yantzen tidak terkilan jika namanya semakin dilupakan kerana ia adalah lumrah kehidupan sebagai seorang artis.
Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 56, berkata, dia menerima hakikat zaman kegemilangannya sudah lama berlalu tambahan pula kehadiran penyanyi-penyanyi baharu yang mewarnai industri hiburan ketika ini yang tidak langsung melenyapkan penyanyi-penyanyi lama.
"Saya tak kisah pun sudah tidak popular kerana zaman kegemilangan itu saya sudah rasai dan kini ia digantikan pula dengan wajah-wajah baharu.
Tiada apa yang perlu disedihkan kerana sekurang-kurangnya masih ada orang yang ingat pada lagu-lagu nyanyian saya malah undangan membuat persembahan masih banyak biarpun ia tidak mendapat liputan media," katanya kepada mStar Online.
Yantzen sebelum ini adalah vokalis kumpulan Rusty Blade akhir 1980 sebelum menyertai kumpulan May pada tahun 1992 dan selepas itu bergerak secara solo.
Dalam pada itu, Yantzen berkata, selain memenuhi undangan nyanyian dia kini banyak meluangkan masa dengan melakukan aktiviti amal dalam membantu golongan kurang bernasib baik dan anak-anak yatim.
Jelas Yantzen, dia juga turut menubuhkan sebuah pertubuhan bagi tujuan tersebut dan mengajak golongan belia untuk sama-sama dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Penglibatan golongan belia terutamanya remaja dalam pertubuhan ini bukan sahaja dapat mendidik mereka tentang keperluan membantu sesama manusia tetapi salah satu kaedah supaya mereka menjauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Alhamdulillah lawatan yang kami lakukan di beberapa lokasi mendapat sambutan baik daripada golongan ini malah mereka juga turut menghulurkan bantuan kewangan biarpun jumlahnya tidak besar tetapi ia menunjukkan semangat mereka untuk membantu," jelasnya.
Sementara itu, Yantzen berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan album terbaharu kerana sedar dengan masalah kejatuhan penjualan album yang dihadapi oleh industri muzik tempatan.
Kos menjadi faktor utama dan dengan pasaran sekarang bukan mudah untuk menghasilkan sebuah album dan saya sangat realistik terhadap perkara itu," katanya.
Yantzen Amalkan Berenang Untuk Stamina
PETALING JAYA: Penyanyi rock Yantzen berasa risau dengan tabiat pemakanan masyarakat ketika ini yang sering terdedah kepada makanan tidak berkhasiat selain tidak mengutamakan kesihatan diri.
Justeru itu, Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 54, menyarankan aktiviti berenang adalah senaman yang paling mudah diamalkan bagi memberi kekuatan dan sistem imun badan.
"Kebanyakan masyarakat kita tidak endah dengan penjagaan kesihatan dalaman mereka. Jadi saya sekadar ingin berkongsi tip mudah iaitu berenang.
"Ia adalah antara senaman yang sangat senang dan pada masa sama tidak akan mencederakan mana-mana anggota badan, tidak seperti joging. Malah ia sangat bagus melancarkan pernafasan kita," katanya.
Tambah vokalis kumpulan Rusty Blade itu, senaman itu juga adalah salah satu tip buat dirinya agar sentiasa cergas dan bertenaga ketika membuat persembahan pentas.
Malah, sebagai persiapan mengadakan persembahan Konsert Malaysia Rock Fest 2012 (MRF2012) yang bakal berlangsung 20 Oktober ini, dia akan memastikan mempunyai stamina yang cukup dengan berenang.
Selain Rusty Blade, konsert tersebut akan melibatkan kumpulan rock legenda lain iaitu Wings, XPDC, May dan Lefthanded.
Bercerita mengenai konsert itu, Yantzen akan muncul dengan kumpulannya selepas 20 tahun tidak membuat persembahan bersama.
Yantzen berkata, persembahan Rusty Blade menerusi konsert itu adalah sebagai tanda kemunculan semula untuk kembali mewarnai persada seni muzik tempatan.
"Sebenarnya, kami masih lagi wujud dan tidak berpecah. Cuma masing-masing sibuk dengan kerja sendiri menampakkan seolah-olah Rusty Blade sudah hapus.
"Bagaimanapun, kali ini, kami benar-benar kembali dengan kemunculan semula menerusi MRF2012 dan akan memberikan persembahan yang terbaik,” katanya.
MRF2012 anjuran Red On Black Sdn Bhd diadakan bersempena Grand Prix Motosikal (Moto GP 2012).
Tiket berharga RM88 boleh didapati menerusi ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600 dan 019-2111600. Ia juga boleh didapati di semua cawangan Rock Corner dan Tbreak Cafe.
Yantzen Sudah Terbiasa Hidup Menduda
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock yang pernah popular dengan lagu Insan, Yantzen berkata dia sudah terbiasa hidup bersendirian selepas hampir 8 tahun bercerai dengan pelakon Sharifah Noor Haslinda (Lynn).
Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 54, berkata pada usia begini mencari isteri baru bukan lagi menjadi keutamaannya, sekalipun dia mengakui adakalanya berasa sunyi apabila bersendirian di rumah.
“Saya sudah terbiasa hidup menduda. Jadi saya tidak kisah pun apabila hidup bersendirian.
“Pada usia begini, soal jodoh bukan lagi menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah mencari rezeki bagi meneruskan hidup,” katanya yang ditemui, baru-baru ini.
Yantzen dan Lynn berkahwin pada 9 Julai 1994 dan bercerai pada 2004. Hasil perkahwinan pasangan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Aliff Ronan yang kini berusia 13 tahun.
Ketika diusik pertanyaan tidakkah dia berasa sunyi apabila bersendirian di rumah, Yantzen berkata: “Saya ada ramai kawan. Selalunya, saya akan bersama dengan mereka.
“Kalau bersendirian di rumah, memanglah perasaan sunyi dan sepi itu datang tapi ia bukan masalah besar bagi saya,” katanya.
Bercerita mengenai perkembangan terkini, Yantzen berkata dia masih aktif menyanyi dan memenuhi pelbagai undangan nyanyian di seluruh negara.
“Saya masih aktif menyanyi sehingga kini. Kalau hendak tahu, jadual jemputan nyanyian saya penuh sepanjang Disember tahun lalu.
“Pada bulan ini pun saya sudah dipanggil untuk mengadakan persembahan di beberapa acara dan majlis korporat,” katanya yang tidak merancang untuk mengeluarkan lagu atau album baru.
Penyanyi yang berasal dari Singapura ini pernah menjadi vokalis kumpulan Rusty Blade (1986 hingga 1989) dan May (1992 hingga 1995).
Menerusi album solonya Impian yang diterbitkan pada 1994, Yantzen menempa populariti menerusi lagu Insan, ciptaan Datuk M. Nasir.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
