Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Yazer AF3. Show all posts
Showing posts with label Yazer AF3. Show all posts
"Silap Besar Muat Naik Foto 'Selfie' Atas Katil" - Yazer
Penyanyi Yazer menyifatkan foto selfie di atas katil bersama isteri iaitu Ekin Rahman yang dimuat naik di Instagram mereka pada bulan lalu adalah satu kesilapan besar.
Yazer atau nama sebenarnya Mohd Yazer Yusof, 33, berkata, dia tidak menyangka tindakan itu menjadi kontroversi selepas mereka dikutuk walaupun pada mulanya niat mereka untuk memberitahu sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.
"Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen.
"Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar daripada kesilapan tersebut iaitu walaupun kami suami-isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat," katanya kepada mStar Online.
Pada awal Mei lalu, pasangan suami-isteri ini menjadi perhatian selepas sekeping gambar selfie di atas katil dikongsikan di akaun sosial masing masing.
Ekin atau nama sebenarnya Norashikin Abdul Rahman, 31, dan Yazer dikritik pengikut-pengikut mereka yang menganggap foto tersebut kurang sopan.
Bagaimanapun Ekin telah membalas semula komen-komen tersebut dan menyifatkan para pengikut sepatutnya tiada hak untuk mengkritik.
Sementara itu, Yazer berkata, perkara tersebut mengajar mereka agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik foto yang boleh mengundang kutukan masyarakat.
Apatah lagi mereka tidak pernah mencetuskan sebarang isu dan kontroversi berkenaan membuka mata mereka untuk lebih peka selain berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.
"Dari dulu lagi saya cuba elak daripada terjerumus dengan kontroversi. Saya mahu orang melihat kerjaya saya yang berkembang. Tetapi sebaliknya pula berlaku.
"Apa-apapun kami akan lebih berhati-hati selepas ini," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Yazer berkata, Ekin kini sedang mengandung dan dijangka bersalin pada September depan.
Yazer dan Ekin telah bernikah pada 26 Disember tahun lalu.
Yazer & Ekin (AF3) Bakal Nikah Selepas Krisis Cinta Diselamatkan
Penyanyi Yazer mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Ekin pada 26 Disember ini selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Yazer atau nama sebenarnya Mohd Yazer Yusof, 32, juga tidak menyangka perhubungan yang lama itu akhirnya dapat disatukan meskipun cinta mereka pernah putus seketika pada hujung tahun lalu.
"Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi hubungan kami putus pada November tahun lalu.
"Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di kediaman keluarga Ekin di kampung Bebuloh Laut, Labuan, Sabah dan acara resepsi diadakan pada 28 Disember di lokasi sama.
Bagaimanapun, Yazer belum merancang sama ada mahu mengadakan majlis di kampungnya, Tawau, Sabah atau tidak.
"Majlis kami sederhana sahaja. Tengoklah macam mana, jika ada rezeki lebih makan kami turut akan mengadakan majlis di kampung saya juga," tuturnya.
Dalam pada itu, tambah Yazer, dia juga bersyukur apabila Ekin atau nama sebenarnya Norashikin Abdul Rahman, 30, menerima lamaran itu tanpa berfikir terlalu lama.
Katanya, selepas putus cinta selama lima bulan, jiwa mereka berasa kosong dan saling memerlukan antara satu sama lain.
"Saya anggap ada hikmahnya kami berpisah sementara. Masing-masing berfikir tentang hala tuju hubungan ini apatah lagi kami susah senang bersama.
"Dan saya percaya sukar untuk kita mencari pasangan yang sanggup jatuh bangun bersama-sama. Doakan jodoh kami kuat hingga akhir hayat," ujarnya.
Yazer dan Ekin mula menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program realiti siaran Astro, Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) pada tahun 2005.
KALAU DAH JODOH TAK KE MANA - EKIN & YAZER AF3 NIKAH 28 DISEMBER INI?
Masihkah anda ingat dengan kenyataan Ekin dan Yazer AF3 bahawa mereka berdua sudah berpisah setelah lapan tahun bercinta? Alasan perpisahan itu, Yazer mengakui masih belum cukup wang untuk menyunting Ekin sebagai isteri.
"Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus," demikian kata Ekin sebelum ini yang membuat ramai peminatnya mengeluh.
Namun berita terkini yang berlegar di alam maya, mereka berdua dikatakan bakal berkahwin pada 28 Disember ini. Aikkk... biar betul??
Jika benar berita tersebut, Alhamdulillah. Mungkin hubungan cinta yang terputus satu ketika dahulu kembali bertaut agaknya. Atau mungkin juga mereka sengaja menyorokkan hubungan tersebut demi menyejukkan keadaan yang mendesak mereka bersatu sebelum ini.
Tahniah diucapkan. Sama-samalah kita doakan agar mereka benar-benar kejinjang pelamin tanpa sebarang halangan lagi. Amin.
Yazer Terpaksa Berjimat Untuk Nikahi Ekin
Penyanyi Yazer mengakui terpaksa mengambil langkah untuk berjimat-cermat semata-mata untuk wang sebelum melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, Ekin (AF3).
Yazer berkata, kos hidup yang tinggi di Kuala Lumpur telah memaksanya untuk tidak terlalu boros tambahan pula undangan nyanyian untuknya tidak serancak seperti sebelum ini.
"Saya berbelanja mengikut keperluan kerana sedar persembahan pentas bukannya selalu ada dan saya berjimat kerana ingin mengumpul wang untuk berkahwin.
"Keadaan ekonomi saya yang tidak stabil turut menjadi punca mengapa saya dan Ekin masih belum mengambil keputusan untuk berkahwin," jelasnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Yazer percintaannya dengan Ekin yang telah melangkau lima tahun itu semakin utuh kerana mereka mengharungi susah senang bersama-sama.
"Boleh sahaja kalau saya nak berkahwin walaupun keadaan ekonomi diri yang tidak menentu tetapi perbuatan itu adalah tidak manis.
"Saya ingin mengumpul wang terlebih dahulu kerana sedar tanggungjawab untuk bergelar suami bukan mudah dan perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh dibuat main-main," katanya.
Tambah Yazer, Ekin sangat memahami situasinya dan turut bersetuju untuk menangguhkan perancangan berkahwin buat masa ini.
Dalam perkembangan lain, Yazer berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan lagu terbaharunya bersama syarikat milik Datuk M.Nasir iaitu Luncai Emas.
Jelas Yazer, lagu tersebut bakal berkonsepkan kemanusiaan dan berharap ia dapat diterima baik oleh pendengar.
Yazer vokalis Kristal?
LAMA sungguh Diva tak nampak Yazer dalam majlis-majlis hiburan, ke mana agaknya Yazer menyepi. Setahu Diva, Yazer sempat buat satu album solo dengan Luncai Emas, maknanya Yazer ada produk untuk dipasarkan, sayangnya kurang promosi.
Tak mengapalah Yazer, belum ada rezeki awak untuk menonjol agaknya. Yazer kena berusaha tapi jangan tunggu terperuk lama-lama sangat takut susah pula nak kenalkan diri nanti, takut peminat lupa.
Dalam diam-diam cara Yazer, tiba-tiba ada berita mengejutkan yang Diva dapat hidu. Dengarnya nama Yazer sudah jadi sebutan untuk jadi penyanyi baharu kepada kumpulan rock Kristal. Tertanya-tanya juga, mana hilangnya Razlan yang selama ini membesar bersama Kristal.
Ikut kata sumber, Razlan sudah ada bisnes sendiri dan banyak urusan yang perlu diberi keutamaan, Kristal pula kena bergerak tak bolehlah nak tolak kalau ada jemputan persembahan.
Diva yakin dari segi penampilan Yazer memang ada imej sebagai penyanyi rock cuma untuk serasikan Yazer dengan nama Kristal.
Masalah Kewangan Punca Ekin, Yazir (AF3) Tangguh Kahwin
PETALING JAYA: Bekas pelajar program Akademi Fantasia musim ke tiga (AF3) iaitu Ekin terpaksa menangguhkan hasratnya untuk berumah tangga dengan penyanyi Yazer kerana faktor kewangan yang masih belum kukuh.
Ekin, 28, berkata, pada dasarnya dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan namun perlu memahami kedudukan bakal suami yang masih belum stabil.
"Saya dan Yazer bukannya popular sangat dan jarang ada undangan nyanyian. Tambahan pula tanggungjawab untuk berkahwin bukannya senang kerana ia memerlukan komitmen yang besar terutamanya daripada pihak lelaki," ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun percintaannya dengan Yazer yang telah melangkau hampir empat tahun itu semakin utuh kerana mereka sama-sama mengharungi susah senang bergelar seorang artis.
Ekin memberitahu, mereka saling bantu membantu dalam kerjaya masing-masing.
"Kepada Yazer saya mengadu dan berkongsi masalah dan begitu juga dia. Kami saling menjaga hubungan antara satu sama lain," ujarnya.
Dalam pada itu, Ekin berhasrat kembali ke negeri kelahirannya iaitu Sabah untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya.
Ekin berkata, keputusan itu dibuat selepas memikirkan kerjaya seninya di Kuala Lumpur tidak berjalan dengan begitu baik dan perlu memikirkan sesuatu untuk masa depannya.
"Nak kata kecewa tidak juga tetapi itu adalah satu usaha yang perlu saya lakukan untuk meneruskan kerjaya nyanyian saya selepas tidak begitu dikenali di kalangan peminat di Kuala Lumpur," ujarnya.
Tambahnya, dia ingin mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya iaitu Felix yang popular dan dikenali ramai di Sabah.
Ekin berkata, dia juga ada berbincang dengan penyanyi itu untuk menghasilkan sebuah lagu duet sebagai pengenalannya di sana nanti.
"Saya menjadikan Felix sebagai pemangkin semangat saya kini kerana kerjaya nyanyiannya stabil dan popular di Sabah dan saya telah pun berbincang dengannya untuk menghasilkan sebuah lagu duet," katanya.
Ekin memberitahu dia berhasrat untuk menghasilkan sebuah album dalam bahasa Melayu-Brunei jika singlenya dengan Felix mendapat perhatian.
Bagaimanapun dia masih berharap agar ada pihak yang berminat untuk menerbitkan single itu di Kuala Lumpur.
"Lebih enam tahun saya cuba bertahan, rasanya rugi pulak jika melepaskan impian saya begitu sahaja dan kembali ke Sabah.
"Jadi saya berharap akan menghasilkan single baru untuk pasaran seluruh Malaysia selain mengembangkan kerjaya di sana," katanya.
Sementara itu, Ekin memberitahu walaupun tidak mempunyai album baru dan semakin dilupakan, dia masih mendapat undangan nyanyian untuk majlis-majlis korporat dan tertutup.
Ekin memberitahu kehadirannya mungkin kurang disedari mungkin kerana jarang mendapat liputan daripada media massa.
"Alhamdulilah walaupun tidak sepopular masa mula-mula keluar daripada AF dulu, rezeki nyanyian masih ada dan boleh menampung hidup di Kuala Lumpur," ujarnya.
Yazer (AF3) Kecewa Kegagalan Album Pertama
PETALING JAYA: Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3), Mohd Yazer Yusof atau Yazer melahirkan rasa kecewa apabila album sulungnya berjudul Yazer, Raja & Rimba gagal mendapat perhatian peminat.
Yazer, 30, berkata, penantiannya selama lima tahun selepas keluar daripada AF3 untuk memiliki album sendiri lebur apabila album itu kurang mendapat sambutan kerana kegagalan promosi daripada syarikat rakamannya, Luncai Emas Sdn Bhd.
"Sejak keluar daripada AF3 impian saya untuk memiliki album sendiri dan apabila hasrat itu tercapai saya menjadi kecewa kerana kesungguhan saya nampak seperti sia-sia apabila ia tidak mendapat sambutan dan promosi yang sepatutnya," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Yazer, dia bertambah kecewa apabila album tersebut yang mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Datuk M. Nasir adalah hasil yang cukup baik tetapi tiada langkah sewajarnya untuk memperkukuhkan album berkenaan.
"Hampir kesemua radio di negara ini langsung tidak memainkan lagu daripada album itu walaupun hasilnya cukup baik," ujarnya.
Dalam pada itu, Yazer berkata, dia tidak menyalahkan seratus peratus kepada pihak syarikat rakaman tetapi lebih menganggap rezekinya dalam bidang nyanyian masih belum bersinar.
Bagaimanapun kegagalan itu tidak langsung mematahkan semangatnya dalam mengejar impian sebagai seorang penyanyi yang berjaya pada suatu hari nanti.
"Walaupun kecewa dengan perkara itu ia tidak pernah melemahkan semangat saya kerana selepas keluar dari AF3 dulu pun saya tunggu lima tahun untuk keluar album pertama dan ia gagal.
"Rasanya tidak ada masalah untuk saya mencuba kerana saya bukan seorang yang cepat patah semangat," katanya.
Sementara itu, Yazer yang muncul dengan imej berambut pendek memberitahu, penampilan terbarunya itu adalah kelahiran semula dirinya dalam bidang seni selain sudah bosan dengan imej berambut panjang.
Yazer berkata, dia sedang merancang untuk menghasilkan single terbarunya dengan campuran muzik pop dan rock sebagai percubaan untuk menaikkan kembali namanya dalam bidang seni.
"Saya ingin mencuba genre pop pula untuk lagu itu nanti tetapi masih memasukkan elemen rock yang telah menjadi identiti diri saya dan berharap single itu dapat dilancarkan dalam tahun ini," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Yazer memberitahu dia akan mengadakan persembahan di Sabah Nite 2012 pada 17 Mac ini di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam bergandingan bersama rakan-rakan artis kelahiran Sabah antaranya Candy, Ekin dan Adam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]


