Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Zakiah Anas. Show all posts
Showing posts with label Zakiah Anas. Show all posts
Jalin semula hubungan lama - Zakiah Anas
PERSONALITI televisyen yang dikenali melalui program 999 di TV3 iaitu Zakiah Anas nyata gembira dan teruja setelah kembali bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan insan istimewa di hatinya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, pada 12 Disember lalu.
Menurut Zakiah, perkahwinan kali kedua bersama ahli perniagaan ini merupakan sesuatu yang istimewa. Ini kerana mereka telah lama berkenalan sebelum ini, iaitu sewaktu sedang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi.
"Kami mula berkenalan kira-kira 20 tahun yang lalu, sewaktu masing-masing menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Pada waktu itu, saya mengambil jurusan Komunikasi Massa sementara Shahrul pula dalam bidang Pelancongan dan Pengurusan Hotel.
"Tetapi, perkenalan yang terjalin itu tidak berkekalan lama apabila Shahrul mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Jepun," katanya yang mengimbau detik manis pertemuan mereka.
Tambah Zakiah, mungkin jodoh antara mereka sudah ditakdirkan pada waktu itu apabila mereka bertemu semula setahun yang lalu sewaktu kes perceraian Zakiah hampir selesai.
Tanggal 19 Januari juga pastinya tarikh yang akan kekal menjadi memori manis dalam hidup pasangan ini kerana pada hari itulah majlis resepsi mereka diadakan yang disambut dengan meriah oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Sungguhpun majlis yang diadakan lebih berkonsepkan santai dan sederhana, tetapi ia tetap berlangsung dalam suasana meriah apatah lagi ia turut dihadiri personaliti TV3 yang lain antaranya Azizah Ariffin, Azura Karim, Mazidul Akmal Sidek dan juga Ras Adiba Radzi.
Jelas Zakiah, dia tidak mahu mengadakan majlis resepsi pada skala yang lebih besar kerana menyedari zaman kegemilangannya sebagai personaliti televisyen sudah pun berlalu.
"Saya sedar siapa diri saya. Zaman populariti yang pernah dikecapi dahulu juga sudah berlalu dan usia juga bukan bertambah muda.
"Jadi saya lebih selesa mengadakan majlis pada skala kecil seperti ini kerana perkahwinan kedua saya ini merupakan sesuatu yang berbentuk peribadi," katanya yang kini berusia 46 tahun.
Serasi bersama
Selepas kes perceraian dengan bekas suami selesai, Zakiah mengatakan tidak terdetik dalam hatinya pada waktu itu untuk kembali menjalinkan hubungan yang serius dengan mana-mana lelaki, apatah lagi mendirikan rumah tangga buat kali kedua sepantas ini.
"Selepas memegang status ibu tunggal semenjak November 2011 lalu, saya tidak menyangka akan kembali bergelar isteri secepat ini.
"Tetapi benar jodoh dan pertemuan itu ketentuan Ilahi. Semenjak bertemu dengan Shahrul, hati ini kembali terbuka untuk menerima kehadiran seorang suami," katanya yang mempunyai tiga cahaya mata melalui perkahwinan terdahulu iaitu Aiman Muzammil, 18, Amir Muzhaffar, 14, dan juga Ashfeeya Myazarra, 6.
Menurut Zakiah lagi, dia berharap perkahwinan keduanya ini akan menjadi yang terakhir dan semoga hubungan yang terjalin kini berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka berdua.
"Seperti wanita lain, satu sahaja yang saya impikan dalam perkahwinan ini iaitu agar mahligai yang dibina berkekalan dan kami bahagia bersama. Shahrul ternyata mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya dimana kami mempunyai banyak persamaan," jelasnya lagi.
Seperti juga Zakiah, perkahwinan ini juga merupakan yang kedua buat Shahrul dan hasil perkahwinan terdahulu, dia telah dikurniakan empat cahaya mata.
Suami Zakiah Anas Enggan Tebus Talak

PETALING JAYA: Suami kepada personaliti TV3, Zakiah Anas,45, pada Isnin, memberitahu bahawa dia tidak bersetuju dengan saranan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini yang mencadangkan agar pasangan tersebut berpisah secara khuluk (tebus talak).
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamed membuat saranan itu mengikut Seksyen 48(6) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 selepas meneliti laporan wakil hakam (penimbang tara) yang dilantik untuk mencari jalan penyelesaian kemelut rumah tangga yang telah berlarutan selama tiga tahun.
Dalam majlis hakam itu, Zakiah diwakili oleh peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala suaminya, Mohamad Yusof @ Muhamed Yusof Taib,49, diwakili Tuan Mohd Zamani Tuan Ahmad yang merupakan imam di Masjid Kampung Johan Setia, Wangsa Maju, dekat sini.
Pada prosiding itu, Wan Mahyuddin juga mengambil kesempatan untuk menyoal wakil-wakil hakam berkenaan mengenai saranan khuluk.
Kedua-dua wakil hakam tersebut memberitahu, tiada persetujuan mengenai khuluk dicapai dan mereka juga tidak bersedia untuk melafazkan khuluk, meskipun diberi kuasa untuk berbuat demikian mengikut undang-undang.
Justeru itu, Wan Mahyuddin memutuskan bahawa wakil hakam itu dibatalkan dan satu wakil hakam yang baru akan dilantik.
"Mahkamah melantik proses hakam yang sama untuk kali ketiga yang terdiri daripada pegawai-pegawai sulh," tambah Wan Mahyuddin.
Beliau seterusnya menetapkan 16 Ogos depan untuk sebutan semula bagi melantik wakil hakam.
Terdahulu, Muhamad Yusof yang pernah berkhidmat dalam bidang media masih mempertahankan pendiriannya untuk tidak melepaskan Zakiah, meskipun wakil hakam telah memutuskan bahawa ikatan kasih sayang tidak lagi wujud dalam perkahwinan itu.
Dakwa Muhamad Yusof, dia tidak pernah diberikan peluang untuk berbincang dengan Zakiah yang telah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripadanya.
"Saya terkilan perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu dibiarkan begitu sahaja dan turut kasihan dengan anak-anak yang telah ditinggalkan," katanya.
Muhamad Yusof seterusnya mendakwa, dia dan Zakiah telah tinggal berasingan sejak tiga tahun lalu dan wanita itu turut mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Muhamad Yusof seterusnya memohon agar mahkamah memerintahkan Zakiah untuk meminda permohonannya kepada perceraian secara fasakh, sekiranya masih mahu berpisah.
Bagaimanapun, peguam syarie Abdullah Anuar Sahri yang mewakili Zakiah memberitahu, anak guamnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Kemelut rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabila Zakiah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini.
Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009 yang menyebabkan Mohamad Yusof, menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya.
Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik yang berlanjutan sehingga kini.
Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun.
Zakiah Anas Dedah Rahsia Jadi Langsing

PETALING JAYA: Personaliti TV3, Zakiah Anas sedia berkongsi rahsia kecantikannya dengan kemunculan produk pelangsingan dan anti selulit, Anaz.
Produk yang didatangkan dalam bentuk krim beraroma terapi itu dijual pada harga RM49.90 di Semenanjung Malaysia manakala RM54.90 di Sabah dan Sarawak.
“Sebelum ini, ramai yang bertanyakan rahsia kelangsingan tubuh saya. Jadi, sekarang ini saya sudah ada jawapannya iaitu gunalah Anaz.
“Anaz mampu membantu mengurangkan lemak dan selulit, memberikan bau aromaterapi yang menenangkan, melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksin dan meningkatkan sistem pencernaan,” katanya kepada mStar Online.
Tambah pengacara program 360 dan 999 ini: “Seperti wanita lain, saya juga pernah mengalami masalah bentuk badan tidak seimbang terutama selepas melahirkan anak kedua kira-kira 15 tahun lalu.
“Saya pernah mencuba pelbagai produk pelangsingan untuk mendapatkan kembali bentuk badan asal. Namun saya amat berhati-hati dengan lambakan produk pelangsingan di pasaran sehinggalah saya menemui sebuah produk yang menggunakan pati minyak yang menyelesaikan masalah perut buncit dan selulit.”
Dia yang sedang melalui proses penceraian dengan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib mahu menjadikan bidang perniagaan sebagai rezeki tambahan untuk menyara kehidupannya pada masa akan datang.
Anaz merupakan produk tempatan yang dihasilkan oleh Anaz Concept dan dikilang di Melaka.
Zakiah Anas Dipanggil “Wanita Pistol”

PENGLIBATAN selama 20 tahun dalam bidang penyiaran banyak mematangkan Zakiah Anas, 45, untuk bergelar seorang personaliti televisyen yang berjaya. Bukan calang-calang orang, wanita ini juga begitu komited dengan kerjayanya sehingga namanya begitu sinonim dengan TV3.
Wanita kelahiran Bagan Serai, Perak ini pernah menjadi pembaca berita Buletin Utama sebelum meluaskan destinasi pengacaraannya menerusi rancangan 999, Bersamamu dan yang terbaru, 360.
Malah, disebabkan wajahnya sering ditonton dalam program bercorak jenayah, ramai yang menggelar dirinya sebagai “wanita pistol”. Gelaran itu memperlihatkan dia sebenarnya berjaya dengan program tersebut.
Sebalik nama dan populariti yang ditempa itu, mungkin ada yang tidak tahu tentang sisi lain kehidupan ibu kepada tiga orang anak ini.
Bunyinya agak pelik, tetapi hakikatnya persekitaran boleh mempengaruhi perasaan Zakiah. Waktu senja memberikan gambaran buruk kepada dirinya. Menjelang senja, dia akan menjadi sedih dan suram.
“Saya tidak boleh bersendirian apabila waktu senja kerana hati saya akan menjadi sedih. Jadi, saya akan pastikan bersama-sama anak atau teman rapat pada waktu itu agar perasaan saya tidak sayu.
“Saya tidak tahu kenapa ia berlaku dalam diri saya, tetapi perasaan itu datang secara semula jadi,” katanya kepada OopStarz!.
Sejak tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sejak dua tahun lalu, Zakiah akui lebih selesa hidup bersendirian dan hanya ditemani anak serta rakan terdekat.
“Saya suka menyendiri dan tidak menunggu sesiapa. Sekarang ini, saya sedang melalui proses penceraian dengan suami di mahkamah,” ujarnya menjelaskan tentang statusnya sekarang.
Pada Rabu lalu, dia melantik seorang peguam syarie untuk mewakilinya dalam jawatan kuasa hakam (penimbang tara) bagi mencari jalan penyelesaian masalah perkahwinannya.
Pelantikan hakam itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada prosiding yang dijalankan secara tertutup dan laporan hakam itu akan dibentangkan pada 25 Julai ini.
Tidak hanya menumpukan kepada karier penyiaran, wanita cantik ini turut berjinak-jinak menjadi usahawan produk kecantikan. Dia akan menghasilkan krim pelangsingan badan dalam masa terdekat ini.
10 Soalan Menarik
1. Gimnasium atau padang?
Saya lebih suka bersenam digimnasium. Ikutkan saya tiada masalahdengan berat badan tetapi saya nakmenegangkan dan membentuk badanmenjadi lebih cantik. Tetapi saya taknak nampak terlalu kurus.
2. Menyanyi atau berlakon?
Jika tidak mengacara, mungkin sayaakan memilih bidang nyanyian keranaia sudah menjadi darah daging saya.
3. Penyanyi wanita yang palingdisegani?
Sudah tentunya Datuk Sheila Majidkerana dia merupakan seorangpenyanyi yang tidak ‘over’ danmempunyai cara nyanyian tersendiriwalaupun lagu bernada rancak atauperlahan.
4. Suka menonton filem di televisyenatau pawagam?
Saya pilih televisyen sebab lebih relaksapabila menonton di rumah. Apabilastres, saya akan meluangkan masauntuk menonton DVD seorang diriataupun dengan anak-anak.
5. Baju kurung atau baju kebaya?
Baju kurung pesak atau moden keranasaya masih mengekalkan ciri-ciritradisional danberasal dari kampung iaitu di BaganSerai, Perak.
6. Lelaki Melayu atau kacukan?
Melayu kerana lebih mudah untuksesuaikan diri dengan pasangan kita.Jika ditakdirkan dengan lelaki kacukan,saya mahukan lelaki kacukan Melayu.
7. Malam atau siang?
Siang iaitu sebelah pagi sebabsetelah bangun dari tidur, kita akanmemikirkan kehidupan dan inginkansuasana yang ceria. Saya tidak sukawaktu senja kerana suasananya nampaksuram.
8. Kereta atau motor?
Kereta kerana lebih selamat berbandingmotor yang lebih berisiko untuk cedera.Lagipun saya gayat nak naik motor.
9. Snorkel atau selam skuba?
Snorkel kerana saya fobia dengan lautdalam. Saya takut tak timbul-timbullagi sebab dulu saya pernah lemassewaktu usia lima tahun di SungaiPerak.
10. Rambut hitam atau perang?
Hitam kerana lebih sesuai dengan kulitsaya yang tak berapa putih.
Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai

PETALING JAYA: Kegagalan Jawatankuasa Pendamai untuk memujuk personaliti TV3, Zakiah Anas (gambar) dan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib meneruskan kehidupan sebagai suami isteri menyebabkan Mahkamah Rendah Syariah di sini, memilih untuk menasihatkan lelaki itu supaya melepaskan ikatan perkahwinan tersebut.
Hakim Syarie Ghazali Ahmad berkata demikian dalam prosiding sebutan yang diadakan untuk mengetahui perkembangan jawatankuasa terbabit yang dianggotai oleh wakil kedua-dua pihak dan dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Ghazali berkata, beliau akan menasihatkan Mohamad Yusof, 49, untuk melafazkan talak terhadap Zakiah secara baik dengan persetujuan bersama iaitu mengikut peruntukkan Seksyen 47(14) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan pada Rabu, memandangkan Mohamad Yusof yang pernah bekerja dalam industri media tidak menghadiri prosiding mahkamah.
Ketidakhadiran itu membawa padah selepas Ghazali membenarkan permohonan peguam syarie Zakiah, Abdullah Anuar Sahri agar satu waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki tersebut.
Ghazali seterusnya menetapkan kes itu disebut semula pada 9 Mac depan untuk Mohamad Yusof hadir ke mahkamah.
Zakiah yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan, 999, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada Januari 2010, selepas menarik semula permohonan untuk bercerai secara taklik yang difailkan di Mahkamah Syariah Shah Alam, dekat sini pada 1 September 2009.
Ekoran permohonan tersebut, mahkamah memerintahkan pembentukan jawatankuasa pendamai dilakukan dan Zakiah diwakili oleh anak saudaranya, Affendi Yusof manakala Mohamad Yusof diwakili sepupunya, Md Hairi Mad Salleh.
Zakiah, 44, dan Mohamad Yusof mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun lalu da hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak, Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15.
Kes Cerai Zakiah Anas: Jawatan Kuasa Pendamai Diberi 3 Bulan

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, memberikan tempoh tiga bulan kepada Jawatan Kuasa Pendamai yang dilantik dalam kes perceraian personaliti TV3, Zakiah Anas (gambar) dan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taid untuk meneruskan perbincangan.
Hakim Syarie Ghazali Ahmad memutuskan untuk memberikan tempoh masa baru itu memandangkan beliau tidak berpuas hati dengan laporan pelaksanaan seperti yang telah dibuat oleh jawatan kuasa terbabit sebelum ini.
Ini kerana, perbincangan yang diadakan sebanyak dua kali, iaitu pada 6 ogos dan 23 Oktober lalu tidak dihadiri oleh wakil plaintif, iaitu Zakiah, 43, yang melantik anak saudaranya, Affendi Yusoff.
Mohamad Yusof, 48, diwakili oleh Md Hairi Md Salleh dalam jawatan kuasa tersebut yang dipengerusikan oleh pegawai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Mahkamah telah memberikan masa selama tiga bulan, bagaimanapun masa itu terbuang begitu sahaja dengan kedua—dua pihak tidak bekerjasama untuk melaksanakan jawatan kuasa yang dilantik.
“Sebelum ini, wakil yang dilantik telah menyatakan kesanggupan untuk menjadi wakil, tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku.
"Oleh demikian, saya beri tempoh masa lagi untuk kedua-dua pihak meneruskan proses tersebut,” kata Ghazali.
Sehubungan itu, Ghazali menetapkan kes itu ditangguhkan kepada 9 Februari depan untuk mendengar laporan penuh jawatan kuasa terbabit.
Pada prosiding itu, Zakiah yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan 999 hadir dengan peguam syarienya, Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof yang dinamakan sebagai defendan tidak diwakili peguam.
Zakiah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga sejak 17 tahun yang lalu dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Aiman Muzammil, 16, dan Amir Muzhaffar, 14.
Sebutan Kes Cerai Zakiah Anas 26 Oktober

PETALING JAYA: Permohonan cerai secara baik personaliti TV3, Zakiah Anas terhadap suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 26 Oktober ini.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Syarie, Ghazali Ahmad pada Rabu, selepas beliau tidak berpuas hati dengan laporan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pendamai yang dilantik dalam kes tersebut.
Ghazali yang telah menyemak laporan yang disediakan oleh pengerusi jawatankuasa mendapati, laporan itu tidak memenuhi kehendak mahkamah.
"Saya dapati proses dalam jawatankuasa tidak berjaya kerana pengerusi dan pihak berkenaan tidak memahami dan menggunakan kaedah lain," katanya.
Justeru itu, Ghazali memerintahkan wakil-wakil dalam AJKP untuk hadir semula ke mahkamah pada tarikh akan datang.
"Saya akan cuba jelaskan dan beri kefahaman kepada mereka," tambah beliau.
Prosiding itu hanya dihadiri oleh Zakiah, 43, yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan 999.
Zakiah diwakili peguam syarie Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof tidak diwakili peguam.
Pada 30 Jun lalu, mahkamah secara rasmi melantik dua wakil untuk mewakili jawatankuasa itu di mana Zakiah memilih anak saudaranya, Affendi Yusoff.
Mohamad Yusof, 48, seorang ahli perniagaan pula diwakili oleh sepupunya, Md Hairi Md Salleh.
Pelantikan dua wakil itu adalah mengikut Seksyen 47(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 selaras dengan permohonan cerai secara baik.
Zakiah yang telah berkhidmat di TV3 selama 20 tahun memfailkan cerai secara baik pada Januari lalu.
Dia dan pasangannya telah berkahwin selama 17 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 16, dan Amir Muzhaffar, 14 tahun.
Sebelum ini, Zakiah pernah memfailkan permohonan cerai secara fasakh sebelum menukarnya kepada cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini.
Bagaimanapun, permohonan itu ditarik semula pada 1 September 2009 tanpa memberikan sebarang alasan lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
