Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Zamarul. Show all posts
Showing posts with label Zamarul. Show all posts
Zamarul Anggap Pelbagai Isu Melanda Keluarganya Ada Hikmah
Pelakon Zamarul Hisyam menganggap, pelbagai isu yang menghimpit keluarganya sejak kebelakangan ini adalah ujian yang mungkin mempunyai hikmah tersendiri.
Zamarul, 44, berkata, lebih mengejutkan semua isu berkenaan menjadi viral sehingga ia menarik perhatian masyarakat.
“Bagi saya, setiap apa yang timbul itu mempunyai hikmahnya dan kita sebagai manusia harus menempuh ujian itu dengan reda,” katanya kepada mStar Online.
Zamarul diminta mengulas mengenai pelbagai masalah yang melanda keluarganya termasuklah rumah tangga melibatkan kakak iparnya, Linda Rafar dan juga Syed Aiman.
Syed Aiman dikatakan melafazkan talak terhadap Linda pada pagi Selasa lepas dan wanita itu telah mengemukakan permohonan pengesahan lafaz cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini pada Jumaat lalu.
Sebelum itu, Zamarul dan Diana Rafar pernah melalu detik serupa apabila Zamarul melafazkan talak pada 14 Januari lalu namun mereka rujuk semula kira-kira sebulan kemudian.
Bagaimanapun timbul pula isu baharu apabila Diana menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik gambar Zamarul dengan koleksi vape sambil meminta orang ramai menasihati suaminya itu agar membuang tabiat suka mengumpul koleksi alat merokok elektronik berkenaan.
Kata Zamarul, isu vape itu telah disalah ertikan kerana Diana sebenarnya berhasrat untuk bergurau.
Dalam pada itu mengenai masalah rumah tangga Linda dan Syed Aiman, Zamarul berharap pasangan itu dapat kembali semula sebagai suami-isteri.
Katanya, sebagai individu yang bertanggungjawab menyatukan mereka, dia yakin masalah rumah tangga yang dihadapi Linda dan Syed Aiman dapat diselesaikan dengan baik.
"Saya terkejut apabila mengetahui berita ini, saya dan Diana ada juga menunggu mereka hubungi kami untuk minta pendapat tapi sehingga sekarang tiada lagi. Saya sedih juga kerana saya yang bertanggungjawab satukan mereka.
"Saya pernah melalui kejadian seperti mereka dan saya faham ada masalah boleh dikongsi dan ada yang tidak. Jadi, bagilah ruang untuk mereka selesaikan masalah masing-masing," ujarnya.
Mengenai pendapatnya tentang hubungan Linda dan Syed Aiman, Zamarul menyifatkan kedua-dua selebriti itu adalah pasangan bahagia.
Katanya, Syed Aiman juga merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga.
"Bagi saya mereka loving couple dan Syed Aiman seorang yang suka memasak di rumah, sayang anak-anak dan dia juga banyak habiskan masa bersama keluarga.
"Masalah ini mungkin mereka sahaja yang rasa, kita doa yang baik-baik sahaja untuk mereka," ujarnya.
Hidap Denggi, Zamarul Hisham Masuk Wad!
Aktor berprolifik, Zamarul Hisham telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam pada Ahad lalu selepas disahkan menghidap demam denggi.
Ini bukan pertama kali suami kepada Diana Rafar ini dimasukkan ke hospital akibat denggi kerana sebelum ini dia turut menerima nasib yang sama pada tahun 1995.
“Saya mengalami simptom demam sejak Sabtu lalu. Pada keesokan harinya (Ahad) saya sempat lagi menyambut hari jadi anak kami, Kashfi Haiqal yang berumur setahun. Tapi masa itu, saya memang dah menggigil kesejukan,” ujar Zamarul.
Meskipun sedang bergelut dengan kesakitan, Zamarul nyata masih komited dengan tugasnya kerana masih sanggup bergegas ke set penggambaran telemovie terbarunya, ‘Bismillah’.
“Saya memang rasa bersalah sangat sebab tinggal 17 babak saja lagi. Drama ini untuk slot Cerekarama tapi tak pasti bila tarikh tayangannya.
“Tinggal sehari dan ada 17 babak saja lagi sebelum shooting selesai, jadi saya gagahkan juga diri ke set. Tapi bila dah kat sana, pengarah, Murali Abdullah suruh saya balik. Kemudian saya pergi ke hospital. Selepas menjalani pemeriksaan darah, saya disahkan menghidap demam denggi,” jelasnya lagi.
Tambah Zamarul lagi, pada masa ini kadar denggi agak meningkat di Shah Alam. Zamarul juga percaya yang dia terkena denggi ketika berada di salah satu lokasi penggambaran ‘Bismillah’, berhampiran Puchong.
” Kami menjalani penggambaran di kawasan lombong dan kawasan tu memang banyak nyamuk, saya pula pada masa tu tak pakai baju. Jadi rasanya memang kena denggi dari lokasi itulah,” kata Zamarul yang bakal menjalani penggambaran drama 20 episod, ‘Anakku Sazali pada 4hb. November ini.
Zamarul Maki Fasha Sampai Nangis?

Selepas dikaitkan sebagai punca keretakan rumahtangga seorang usahawan, Datuk S pada tahun 2007 dan rumahtangga pelakon Nora Danish dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli pada 2008, pelakon kontroversi Fasha Sandha sekali lagi dikatakan punca keretakan rumahtangga orang.
Kali ini membabitkan rumahtangga pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar. Mahligai yang dibina Zamarul dan Diana sejak Mei tahun lepas dikhabarkan bergolak gara-gara tindakan Fasha memuat turun gambarnya bersama Zamarul dalam satu forum menerusi blog Dramafilmakers.
Ekoran tindakan Fasha itu, Zamarul dikatakan naik angin dan memarahi Fasha di lokasi penggambaran drama ‘Dia Atilia’ sehingga Fasha menangis. Menurut sumber, Zamarul marah kerana tindakan Fasha yang memuat turun gambar itu tanpa kebenarannya.
GUA beberapa kali cuba menghubungi Zamarul untuk mendapatkan komen beliau namun panggilan itu dijawab oleh seseorang yang memberitahu Zamarul sedang sibuk menjalani penggambaran. Tak apalah. Mungkin dia tengah sibuk dan sedang menumpukan sepenuh perhatian untuk drama ini.
GUA kemudian cuba menghubungi Diana. Pada mulanya Diana agak keberatan untuk ditemubual, namun akhirnya Diana sudi bekerjasama.
“Zamarul cakap jangan bagi apa-apa ‘statement’. Dia je nak jawab. Sebab benda ni tiada kaitan langsung dengan Diana. Memanglah Diana isteri dia, tapi Diana terpaksa hormat keputusan suami.”
Apabila ditanya sejauh mana kebenaran suaminya itu memarahi Fasha di lokasi, Diana menjawab, “Diana tak nampak situasi itu. Diana pun dengar dari krew-krew, so Diana tak nak komen lebih-lebih tentang perkara ini.
“Gambar tu takde apa-apa pun, gambar pose je. Fasha dalam karakter dia dan Zamarul dalam karakter dia. Cuma Zamarul sakit hati bila Fasha keluarkan gambar Zamarul tanpa pengetahuan Zamarul. Prinsip Zamarul dia memang tidak gemar gambarnya dimuat turun di mana-mana.
“Fasha ada call Diana minta maaf. Bagi Diana, Diana tak jeles sebab Diana faham kerja Zamarul. Diana tak nak melayan isu ini. Bagi Diana isu ini terlalu remeh dan tak ada kaitan dengan Diana.”
Ketika ditanya tentang rumahtangganya yang dikatakan bergolak, Diana hanya menjawab, “Hubungan Diana dan Zamarul tiada masalah,” jelas Diana mengakhiri perbualan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
