Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Zarina Anjolie. Show all posts
Showing posts with label Zarina Anjolie. Show all posts
GOSIP CINTA NEGRO & KAHWIN DATUK MENGARUT - ZARINA ANJOULIE
Pelakon yang tak lekang dengan kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah, 27, naik angin apabila ada pihak yang mendakwa dia bercinta dengan 'Awang Hitam' (Negro). Bukan itu sahaja, malah dia juga didakwa sudah berkahwin secara senyap dengan seorang Datuk. Heh.
"Saya pun tak faham... Angin tak ada, ribut tak ada tahu-tahu orang kata saya bercinta dengan ‘Pak Hitam’ (Negro).
"Tak cukup dengan itu, orang kata pula saya sudah berkahwin senyap-senyap dengan seorang Datuk. Benda tu semua tak masuk akal," jelas Zarina ketika ditemui media pada malam tayangan filem Amir & Loqman, arahan Mamat Khalid bertempat di e@Curve, Damansara, Petaling, Selangor.
"Macam ini lah... kalau betul saya dah kawin, mana suami saya? Siapa dia? Saya sendiri pun tak tahu saya dah ada suami.
"Ya, memang saya marah bila gosip tu keluar. Memang tak masuk akal langsung. Sudahlah saya tidak ada di Malaysia semasa gosip tu timbul.
"Tak ke pelik tu, Ketika orang sibuk bercakap pasal kononnya saya bercinta dengan ‘Pak Hitam’ dan berkahwin secara senyap, saya berada di Indonesia atas urusan kerja. Saya sangat terkejut kerana kawan-kawan semua bertanya mengapa tidak menjemput mereka ke majlis perkahwinan saya,” komennya sambil mengakui yang dia sangat tidak puas hati dan berasa marah terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gosip palsu itu.
BILA ZARINA ANJOULIE MAKIN SLIM
Ragam Zarina Anjoulie Lavocah yang kini makin slim dan berdagu runcing. Memang Zarina nampak lain berbanding sebelum ini hingga ada yang mendakwa dia mungkin terlalu kuat berdiet. Heh.
Lebih menarik, Zarina juga kelihatan amat mesra dengan seorang pemuda yang sering berdamping dengannya. Kemesraan mereka jelas dapat ditonton melalui beberapa gambar dan video yang dirakam sendiri oleh Zarina. Jom tengok!
Zarina merasa masuk penjara
BUKAN kali pertama Zarina Anjoulie Lavocah dikaitkan dengan dadah. Pada tahun 2010 dia pernah ditahan dalam satu operasi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sepang, bagaimanapun ujian air kencingnya menunjukkan dia negatif daripada pengaruh dadah.
Sepi seketika kemudian muncul pula dengan kontroversi dibayar untuk beraksi separuh panas dalam sebuah majalah di Indonesia, sepanjang minggu pelakon itu muncul semula dengan kes dadah terbaharunya.
Sudahlah ditangkap bersama temannya Mohamad Fakhruzaim atas dakwaan memiliki dua biji pil Eramin 5 pada 30 Disember lalu, Zarina yang mengaku tidak bersalah di mahkamah pada Rabu lalu tidak dijamin oleh mana-mana ahli keluarganya sehingga pukul 4 petang. Hasil kegagalan itu, dia terpaksa diheret ke Kompleks Penjara Kajang, Selangor.
Nasib teman lelakinya tidaklah semalang Zarina kerana dijamin oleh abangnya. Sebelum itu pelakon yang masih bergelar pelajar sebuah kolej swasta itu telah direman selama tiga hari di lokap polis.
Sempat merasa masuk penjara yang sebenar, Jumaat lalu pelakon yang pernah membintangi drama Anak Pontianak itu bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin oleh adik perempuan tirinya sebanyak RM2,000. Zarina, 27, yang berbaju kelabu dan berseluar merah jambu, dijamin kira-kira pukul 10 pagi (Jumaat) di bilik jamin Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
Kes itu akan disebut semula 8 Februari nanti. Dakwaan ke atas Zarina dan rakannya dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Zarina yang dihubungi Sensasi Bintang bagaimanapun tidak sempat untuk berbual panjang kerana keletihan dan kehabisan bateri telefon.
"Betul saya ditahan, kena dua malam dalam penjara dan lega sekarang dibebaskan. Maaf saya tak dapat berbual panjang, telefon saya kehabisan bateri," katanya dalam nada biasa.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah mengeluarkan kenyataan bahawa artis wanita tersebut berkemungkinan dipecat sebagai ahli Seniman sekiranya dia didapati bersalah dalam hal ini.
"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain. Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan."
"Sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan memecatnya daripada menjadi ahli," ujar Zed Zaidi.
Mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, Zed Zaidi turut memaklumkan bahwa mana-mana artis yang telah dipecat sebagai ahli Seniman, secara automatik akan turut dibuang daripada senarai Finas.
"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas."
"Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," tegas Zed Zaidi.
Pelakon Zarina Anjoulie Akhirnya Dijamin Adik Tiri
PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, atau lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya pada Jumaat selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.
Pelakon berkenaan yang dijamin adik tirinya itu keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi dan kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap.
Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Disember lalu.
Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta itu, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Februari depan.
Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.
Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja. - BERNAMA
Tiada Penjamin, Zarina Anjoulie Kena Tahan Di Penjara
PETALING JAYA: Pelakon Zarina Anjoulie yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak telah dibawa ke Kompleks Penjara Kajang selepas tiada ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jamin aktres tersebut sehingga pukul empat petang Rabu atas pertuduhan memiliki dadah.
Menurut laporan Harian Metro, Zarina, 27, dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 8 Februari ini.
Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya.
Sebelum itu kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliko dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, empat hari lalu.
Zarina dan Mohamad Fakhruzaim bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.
Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Zarina Anjoulie, Rakan Lelaki Didakwa Miliki Dadah
PETALING JAYA: Seorang pelakon wanita bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.
Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari untuk sebutan kes. - BERNAMA.
Aliff Aziz sudah lupakan Zarina Anjoulie
25 Jul - Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz atau nama sebenar Mohammad Aliff bin Aziz akui sudah melupakan Zarina Anjoulie selepas peristiwa dia bersama Zarina dilihat mesra berpelukan di dalam sebuah kereta.
Apabila ditanya mengenai peristiwa hitam itu, Aliff dengan pantas memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi imbas kembali sejarah itu bersama Zarina, tambahnya, lagi dia tidak mahu memberikan sebarang komen kerana merasakan perkara itu sudah pun lepas.
"Saya tidak berkawan denganya selepas peristiwa membabitkan nama saya di akaun Twitter peribadinya sejurus selepas gambar kami disebarkan di internet. Saya mahu lupakan sejarah itu dan fokus dengan kerjaya seni saya yang sudah mulai diterima pendengar di Malaysia."
Ujar penyanyi yang berusia 21 tahun ini, dia lebih selesa jika sekarang mahu bercerita mengenai perkembangan terbarunya di dalam industri muzik kerana merasakan ada hati yang perlu dijaga.
Dia yang pernah menghilangkan diri selama lebih kurang 2 tahun selepas kontroversi yang melanda tidak mahu lagi dikaitkan dengan publisiti murahan dan dikatakan sengaja mencipta kontroversi untuk menaikkan namanya disini.
"Saya kini sedang sibuk dengan promosi single terbaru saya bejudul "Tolong Jangan Ganggu Pacarku" yang masih mendapat permintaan ramai di carta radio tempatan, selain daripada itu saya kini sedang sibuk dengan pengambaran telefilem untuk Astro terbitan NSK Production berjudul "Tiara 2"dan ada juga beberapa telefilem yang kini sedang ditayangkan di RTM. "
Walaupun ada yang mengkritik lirik lagu "Tolong Jangan Ganggu Pacarku" agak kebudak-budakkan, Aliff memberitahu bahawa penerimaan terhadap muzik dan lagunya buat masa ini positif.
"Buat masa ini semuanya cakap suka, tapi ada yang kritik lagu ini berunsur kebudak-budakkan dan mengatakan tidak sesuai di pasarkan di Malaysia. Namun apa yang terjadi lain, ramai yang masih menggemari lagu ini sehingga terbawa-bawa kerana lirik dan lagunya yang ringkas serta menghiburkan."
"Saya hargai sokongan yang tidak henti-henti diterima di sini dan sememangnya peminat saya di sini lebih ramai berbanding Singapura."
Dalam pada masa yang sama, Aliff sempat berkongsi perasaannya yang kini masih bersama kekasih iaitu Anne Ngasri. Dia memberitahu bahawa kekasihnya itu adalah seorang yang sangat menyokong kerjaya seninya dan gembira kerana memiliki Anne di sisi.
"I'm happy to have her.. dia seorang yang sangat Supportive." Ujarnya ketika ditemui minggu lalu.
Aliff turut memberitahu bakal beraya di rumah Anne untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Tak ada niat berbaik! - Zarina Anjolie
SYED pasti ramai yang memang tahu tentang pertelingkahan antara Zarina Anjolie Lavocah dengan Lufya yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan. Kes mereka ni pun tak besar mana, tapi nampaknya memang sukar untuk mencari jalan damai.
Syed berpeluang bertemu dengan Zarina baru-baru ini ketika dia memperagakan baju biru turquoise koleksi Ariff Shukor dengan kerjasama Rafflesia minggu lalu. Bila ditanya perihal kes tersebut, nampaknya Zarina memang tekad tak mahu berbaik langsung dengan Lufya.
Saya tidak pernah cari pasal pun dengan dia. Dia yang mulakan dan dia juga yang banyak bercakap tentang hal saya. Jadi untuk apa saya berhubungan dengan dia kalau akhirnya orang akan anggap saya yang salah.
Memang kami berkawan. Dia pun dah minta maaf atas apa yang berlaku tapi yang menjadi masalahnya kenapa dia perlu buat lagu untuk saya? Sibuk-sibuk nak menyanyi sebagai tanda minta maaf.
Itu bukan nak minta maaf tapi nak buat provokasi pada saya. Jadi lantak dialah. Saya tak peduli apa yang nak jadi sebab fokus saya nak cari duit dan terlibat dalam bisnes. Malas nak bergaduh dengan orang sebab isu remeh.
Saya tak perlu ada hubungan dengan dia dan tak perlu ada apa-apa hubungan pun!" kata Zarina lagi.
Hmmm... Suka hati Zarinalah. Apa lagi nak buat kalau dia sendiri dah cakap macam tu. Tapi sekarang khabarnya Zarina dah mengeluarkan produk Ched Solid Perfumes. Eloklah macam tu, setidak-tidaknya ada hasil juga.
“Tapi Sambil Tengok Gosok Bird-Bird” – Zarina Anjoulie
KUALA LUMPUR – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah, yang mendedahkan hampir separuh buah dadanya di majalah FHM Indonesia baru-baru ini tampil mempertahankan tindakannya itu dari kritikan-kritikan peminat industri hiburan tanahair di laman Twitter miliknya.
Zarina yang turut dikritik hebat oleh beberapa blog hiburan terkenal itu juga menyifatkan mana-mana pihak yang mengutuknya itu sebagai hipokrit dan tidak wajar menghentamnya sedemikian rupa.
“All I hear frm yesterday is tetek ths tetek that.Apa dosa si@l tetek ak kat org..Masing2 ada tetek nk kacau tetek org,” katanya yang berang apabila peminat mempersoalkan kewajaran untuk mendedahkan payudaranya di majalah tersebut.
Menjawab kritikan peminat, Zarina menyatakan bahawa mereka tidak berhak untuk menilai dirinya selain Allah dan menyifatkan mereka yang mengkritik sebagai cuba bertindak sebagai Tuhan.
“As far as I know only god can judge me, so y is there so many ‘gods’ know judging me… So every1 wants to play god huh (Setahu saya, hanya Tuhan yang boleh menilai saya, jadi mengapa pula ramai sangat ‘Tuhan’ yang menilai saya..semua orang nak jadi tuhan huh).
“Semua org nk berlagak alim pegi blog kutuk2 selit unsur islam..first of all kalau awk2alim sgt wat r u doin lookin through d pics 2 bgin wit,” katanya lagi di laman twitter tersebut.
Selain itu, Zarina turut mahu para pengkritiknya mengkritik dengan cara membimbing ke arah yang lebih baik dan tidak memaki hamun dirinya.
“Org islam sepatutnya tlg membimbing umat islam lain.Bkn hina caci, kalau mcm 2 wajarkah anda mengaku diri anda2seorang islam yg benar dahulu,” ujarnya bersahaja.
Beliau turut menyarankan agar mereka-mereka yang gemar mengutuk artis-artis seksi agar tidak melayari internet, tidak wajar menonton televisyen, membaca majalah-majalah hiburan dan menghabiskan masa terluang dengan membaca Al-Quran sahaja.
“Saya rasa manusia yg kutuk semua artis seksi ni,tak patut ada internet tak patut tgk tv tak patut baca majalah, semua tu x elok..
“Lebih baik korang duduk umah jgn tgk semua tu n ngaji.. Lebih afdal buat org yg kata ni haram tu haram, itu ini masuk neraka..,” katanya lagi.
Aktres yang dikatakan gagal menyerlah dan hanya dipopularkan dengan identiti seksinya itu juga turut menyindir beberapa peminat lelaki yang cuba menasihati bahawa tindakannya yang mendedahkan aurat itu adalah haram menurut Islam.
“Mulut kata haram.. Tapi sambil tengok gosok2 bebird (kemaluan) kan kan kan ;p x senonoh je,” katanya sinis.
Berani mati cara Zarina
NAMA miss kontroversi, si Zarina Anjoulie Lavocah terbakar lagi. Gara-gara gambar seksinya yang mendedahkan pangkal payu dara dalam sebuah majalah gaya hidup Indonesia cepat tersebar ke Malaysia, segala nista, keji dan kelakuan hitam ke atasnya sebelum ini kembali diungkit.
Sebutkan apa sahaja jolokan, nakal, liar, murahan, bahkan jalang, barangkali itu semua sudah tidak lut menusuk tubuhnya. Kalaupun terdetik rasa bengang, dia sudah kalis terhadap segala tembakan negatif itu. Sebaliknya, tanpa rasa kesal terpancar di wajah, Zarina yang mesra disapa Anju itu berani bertegas dan masih lantang membela diri. Segala cacian orang ditelan, dianalisis dan dihamburkan semula oleh Anju sebagai bahan ketawa.
Pada hematnya, kalau sudah hakikat bernama Zarina Anjoulie, pakai tudung sekalipun, kelibatnya tetap mengundang pandangan serong.
"Semua itu mengarut dan saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya dah tak rasa apa-apa lagi. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.
"Buat atau tidak buat fotografi berkenaan, tak ada beza pun. Selama saya tidak berlakon saya tetap kena kutuk juga. Orang sudah cap saya sebagai artis yang teruk, sekali sudah buat silap, orang nampak saya jahat sampai mati.
"Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi, dedah sana, terkangkang sini.
"Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja," tempelak Zarina mengulas panjang mengenai kontroversi gambar seksinya yang tersiar dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober 2011.
Berbalas soalan dan jawapan, Anju ditebak lagi, ke mana langkah selepas ini dan jika ada tawaran berbogel ke majalah Playboy, adakah tawaran itu sanggup diterima olehnya?
"Tidaklah sampai berbogel. Sebenarnya sudah dua kali saya tolak pelawaan daripada pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi itu, mereka menyediakan bikini, tapi saya minta agar mereka tukar baju lain. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," selamba Zarina membuka cerita.
Dibayar untuk seksi
Mengamati wajah kacukan Melayu, Iran serta Scotland itu bersuara, rasa kecewanya barangkali dibiarkan bersarang di jiwa. Sesal atau tidak, soalan itu ditanyakan berkali-kali. Jawapannya, dia tidak mahu dilihat lemah atau tunduk merendahkan muka, jauh sekali merayu meminta agar segala aibnya dimaafkan oleh masyarakat.
"Saya tidak perlu menangis lagipun saya dibayar sebanyak RM1,100 (AS$350) untuk fotografi yang dilakukan di Indonesia itu. Saya cuma kesal bila ada orang kata saya ambil suntikan untuk besarkan payu dara, padahal, semasa fotografi itu dilakukan memang saya sedikit berisi. Ketika itu berat badan saya mencecah 62 kilogram, tentulah bila badan sedikit gemuk, semua akan nampak kembang, terutama bahagian perut.
"Saya tak marah media yang tulis cerita saya, itu adat bila jadi artis dan saya cukup faham tugas media. Apa yang saya marah, bila orang komen dan jatuhkan hukuman sendiri, maki dan hentam ibu bapa dengan kata-kata kesat, kenapa semua nak kecoh pasal saya," herdiknya sedikit lantang.
Walaupun masih berpegang dengan prinsip bukan sengaja menempah kontroversi, mahu atau tidak mahu, setuju atau tidak, Zarina kena akur bahawa padah itu yang harus diterima kerana menyediakan ruang untuk dihentam oleh masyarakat. Tidak terhenti setakat penyebaran gambar separuh bogel bersama teman lelaki satu ketika dahulu, namanya terheret pula dengan penyalahgunaan dadah.
Kepada pemerhati yang melihat dirinya sebagai sampah atau perosak dalam industri, pendapat itu benar kerana sumbangan pelakon yang hanya dikenali menerusi drama rantaian Anak Pontianak ini tidaklah sebesar mana.
Bertanyakan Zarina, tidak terdetikkah jauh di dasar hatinya untuk terpanggil ke arah yang lebih baik, dia menjawab:
"Saya tidak berani untuk berjanji apa-apa. Tapi, secara perlahan-lahan saya sedang memperbaiki semula imej dan penjenamaan diri. Saya sudah 25 tahun tapi saya masih tidak boleh membuktikan apa-apa untuk menyatakan bahawa saya juga mahu menjadi seorang pelakon yang serius," katanya yang sedang memberi fokus kepada pembikinan filem Khon Malay, yang kali pertama menempatkan namanya sebagai pelakon utama.
Tambah Zarina: "Saya juga sedang menghabiskan ijazah pertama saya dalam bidang-bidang undang-undang di sebuah kolej swasta. Hari-hari saya pergi sekolah dan sibuk dengan sesi latihan untuk filem, lain-lain perkara saya letak tepi."
Zarina satu kelainan
Ibarat menyerah diri untuk bertemu media usai cerita panas berhubung gambar seksinya mendapat liputan hangat semua surat khabar mingguan minggu lalu, Zarina baru-baru ini menjejakkan kaki ke majlis pelancaran tiga buah filem, Khon Malay, Taiko dan 1945 yang diadakan di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Selaku penerbit bersama, Asri Abdul Rahman daripada AAR Intelligent Sdn. Bhd. menjelaskan pemilihan Zarina sebagai heroin di sisi Faizal Hussein dalam filem berkenaan dibuat kerana percayakan kredibiliti yang ada terhadap pelakon berkenaan.
"Ini pendekatan dan kelainan yang mahu kami mulakan. Mungkin selama ini, orang takut hendak ambil Zarina berlakon kerana memikirkan kontroversinya. Kami pilih Zarina sebelum isu gambar seksi itu tersebar, jadi bukan satu isu bila dia diambil jadi heroin filem Taiko," kata Asri yang selama ini memerhatikan industri perfileman sekadar dari belakang tabir.
“Saya Bersyukur, Mak Cakap Doa Orang Teraniaya Akan Termakbul” – Zarina Anjoulie
Lelaki mana yang tak kenal dengan diva kontroversi mantan pelakon dan juga model, Zarina Anjoulie Lavocah ini? Maka eloklah hidup di gua kerana sesungguhnya tidak normal untuk seorang lelaki tidak mengenali Zarina Anjoulie.
Bermula dari isu gambar bogel Zarina yang pernah tersebar di internet sekitar awal tahun 2008, kemudian isu Zarina yang berang dengan Awal Ashaari di Twitter sehinggalah yang terbaru, gambar seksi ala Megan Fox yang tersiar di Majalah FHM versi Indonesia.
Semalam, ketika pelancaran filem bertajuk ‘Khon Malay’ arahan Imran Ismail, wartawan OHBULAN! sempat menemubual aktress penuh sensasi ini. Zarina menjadi tunjang utama dalam filem bergenre aksi ini bersama pelakon lain iaitu Faizal Hussein dan juga Murad Zaidi.
“Saya sangat bersyukur dapat tawaran berlakon selepas segala penghinaan yang saya terima. Mak saya cakap, doa orang teraniaya akan termakbul,” ujar Zarina Anjoulie memulakan perbualan.
Ditanya mengenai respon rakyat Malaysia terhadap gambar separuh seksinya yang tersiar di Majalah FHM Indonesia. Zarina menjelaskan, “Basically, buat photoshoot itu ataupun tidak, saya tetap akan dikutuk. Even sudah lama saya tak berlakon pun, tetap kena kutuk dengan orang. Its like pakai dress pun nak komen, sedangkan artis lain yang terdedah sana-sini, tak ada pun orang nak cakap apa-apa.”
“Saya dapat 3500 USD untuk sesi fotografi tersebut, bukan nak jual badan, tapi orang bayar untuk saya buat kerja. Memang dari dulu saya minat modelling, daripada saya kena kutuk baik saya kerja dan buat duit,” ujar Zarina penuh kecewa.
“Sebelum ini saya selalu merayu, minta maaf pada semua orang. Tapi tak ada orang yang kisah, orang tetap bencikan saya, so apa saya boleh buat? Bukanlah semua orang benci, ada juga yang masih sokong saya. Sekarang ini, saya suka menjadi diri saya sendiri dan tak perlu berpura-pura macam artis lain.”
Zarina juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyembunyikan mengenai sesi fotografi dia untuk FHM. Dia mengaku bahawa peminatnya di Twitter adalah yang pertama mengetahui tentang hal ini.
“My fans on Twitter is the first one to know about the shooting, I tak pernah sorok pasal shoot ni. I know ramai tak suka, tapi I memang sukakan photoshoot,” ujar Zarina mengakhiri perbualan.
Zarina Anjoulie: FHM Suruh Saya Berbikini, Siapalah Artis Tanpa Kontroversi Ada anda membaca artikel tentang Zarina Anjoulie di akhbar
Ada anda membaca artikel tentang Zarina Anjoulie di akhbar akhbar terpilih sepanjang hujung minggu lalu? Ini versi kami.
Minggu lalu, beberapa hari selepas kontroversi gambar seksi di FHM Indonesia, kami aturkan pertemuan bersama Zarina Anjoulie di Shah Alam untuk satu temubual santai.
Soalan apa lagi yang perlu kami ajukan selain daripada isu gambar seksi beliau yang tersebar luas di internet minggu lalu — Zarina Anjoulie sendiri sudah jangka perkara sama.
Menurut aktress muda ini, beliau sendiri tidak faham kenapa rakyat Malaysia perlu melenting & melatah dengan gambar beliau dalam FHM Indonesia sedangkan sebelum ini sudah ada isu yang lebih besar dari ini.
“Lagi satu, kenapa saiz payudara saya di’perbesar besarkan sehingga ada yang berkata saya lakukan suntikan — sebenarnya saya berisi ketika photoshoot FHM itu di’adakan, 62kg!”
“Bercakap tentang payudara, saya ambil peluang ini untuk jernihkan keadaan — Tweet saya pada malam Anugerah Skrin 2011 bukan saya tujukan untuk Rozita Che Wan. Tidak sesekali,” jelas Zarina Anjoulie.
“Saya kurang berpuas hati dengan penulis penulis blog yang berkata saya perli Rozita Che Wan dengan menulis Tweet sedemikian — ayat tersebut keluar kerana gurauan bersama rakan rakan”
Kembali kepada isu FHM Indonesia, menurut Zarina Anjoulie pada awalnya majalah sensasi Indonesia itu meminta beliau untuk beraksi dengan hanya memakai sepasang bikini.
Atas dasar prinsip dan tidak mahu semua itu menjadi isu yang lebih besar, Zarina Anjoulie menolak tawaran awal dan FHM Indonesia kembali hubungi beliau dengan tawaran baru.
“Industri hiburan Indonesia tidak seperti kita di’sini — ambil gambar untuk majalah sebegini pun mereka akan bayar lumayan. Kalau tidak kenapa Ashraf Sinclair sanggup tinggalkan Malaysia?”
“Lagi pun, untuk berlaku jujur dengan sesiapa pun, ini saya cakap terus dari hati — siapalah artis tanpa kontroversi,” ujar Zarina Anjoulie sebelum di’tarik jurugambar kami untuk sessi fotografi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]








