Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Zee Avi. Show all posts
Showing posts with label Zee Avi. Show all posts

Aizat Akui Sedang Dekati Zee Avi

PETALING JAYA: Penyanyi Aizat mengaku sedang berkawan rapat dengan penyanyi Zee Avi. Bagaimanapun, Aizat atau nama sebenar Muhammad Aizat Amdan, 22, berkata, hubungan baik itu masih belum ke tahap serius, sebaliknya mereka sering berkongsi pendapat tentang muzik. "Dari dulu saya memang minat dengan dia, lepas tu saya dapat tahu dia duduk berhampiran dengan rumah saya. "Ya... kami selalu keluar bersama jika ada waktu kelapangan. Hububungan kami rapat sejak tahun lalu," katanya kepada mStar Online, pada Isnin. Aizat diminta mengulas khabar angin hubungan percintaannya dan Zee Avi selepas mereka dikatakan sering dilihat bersama ketika wanita itu berada di Malaysia. Sementara itu Aizat memberitahu mereka turut bekerjasama dalam sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Aizat. "Kami memang ada buat sebuah lagu bersama untuk dimuatkan dalam album saya nanti, namun belum ada tajuk lagi kerana ia masih dalam proses pembikinan," ujarnya. Dalam pada itu, bercakap tentang imej yang dilihat semakin berisi penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu ini berkata dia sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan. "Dulu berat saya 68 kilogram, sekarang sudah 80 kilogram. Ia berpunca kerana saya sibuk di studio dan tidak ikut rutin pemakanan yang betul. "Selepas ini saya cuba nak kembali ke berat dahulu 70 kilogram pun sudah ideal buat saya," katanya yang selesa dengan imej bermisai. Dalam perkembangan lain, Aizat turut terlibat dalam filem animasi Bola Kampung The Movie yang menyumbangkan suara untuk watak Mat.

Hidup solo Zee Avi

JIKA mahu memuji Zee Avi, sehingga lusa pun tidak pernah selesai. Si manis kelahiran Miri, Sarawak bernama Izyan Alirahman itu mula memasuki industri muzik arus perdana melalui laman YouTube pada tahun 2007 namun populariti spontan itu tidak ke mana jika tidak kerana usaha kerasnya. Mungkin nama Kokokaina sedikit berbau Jepun tetapi itulah Zee Avi sebelum dirinya kini. Anak sulung daripada dua adik-beradik ini mula menghirup udara asing sendiri pada usia 17 tahun apabila melanjutkan pelajaran di London, Britain. Kemudian dia beralih angin ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengejar rezeki, menjadi penghibur dan pengkarya. Itu langkah mula dia belajar hidup sendiri. Menguruskan diri dan kehidupan tanpa ada bimbingan fizikal daripada keluarga. "Ibu menyokong keputusan saya tetapi dengan batasan. Katanya, jaga diri kerana saya sendiri di tempat orang. Pesan ibu, jangan lupakan rumah dan sentiasa ingat dari mana saya berasal. Keluarga saya berpandangan terbuka, mereka memberi saya kebebasan untuk menggali kehidupan," senyumnya yang mengerti tahap dalam kehidupan kini pada usia 27 tahun. Semua jaringan hidup dan laluan itu disusun semula dalam nafas pengalaman. Dia pulang ke tanah air bulan lalu, lebih tepat lagi ke Sarawak untuk berkongsi segalanya. Terpilih menjadi jurucakap motivasi atas tugasan duta pelancongan negeri Sarawak, Zee Avi berbahagi rasa dan makna kehidupan kepada remaja di sana. "Saya mahu menjadi semula jadi dan tidak terlampau memikirkan tentang gemuruh. Saya bercakap pada nada yang sesuai. Bercerita tentang sejarah Sarawak khasnya dan pengalaman saya kepada mereka," katanya saat ditanya soal gemuruh bercakap berbanding menyanyi di hadapan penonton. Proses kreatif Zee Avi Tambah Zee Avi, gemuruh itu bagus tetapi dia lebih gemuruh untuk membikin sebuah album dalam bahasa Melayu. Manakan tidak, bahasa Inggeris yang keluar daripada bibirnya memecut laju tetapi dia tetap menyimpan azam untuk menghasilkan album dalam bahasa ibunda. Namun ujar Zee Avi, hasrat ini terpaksa ditahan dulu sehingga selesai album ketiganya kelak. "Arah tuju album ketiga saya masih belum muktamad. Masih kabur. Semuanya menggoda minda dan saya harus keluarkan," luahnya yang mahu memberi fokus lebih kepada bunyi yang berbeza. Tambah Zee Avi, penghasilan lagu-lagu album terdahulu dilakukan di atas bot, di tengah laut di Florida. Selama dua minggu dia berada dalam atmosfera itu, menghasilkan lagu dan memancing. "Saya perlu berada dalam zon sebegitu untuk menghasilkan karya. Saya mahu memberi mesej tentang apa yang saya lalui kepada khalayak. Hidup kita rasa lebih bermakna dan hebat apabila kita tahu ramai insan yang menyokong. Saya menulis tentang patah hati dan kesedihan tetapi di hujungnya saya memberitahu bahawa ia semua akan menjadi okey," senyumnya yang sedang bermesra dengan kehidupan. Zee Avi yang dikenali dengan irama gitar ukulele itu sudah menghasilkan album Zee Avi (2009) dan Ghostbirds (2011) kini melalui empat fasa untuk sesebuah proses rakaman. "Saya melalui fasa pengalaman, penulisan, membentuk dan merekod," jelasnya yang mengagumi R. Azmi dan Ahmad Jais. "Lirik mereka jujur dan santai. Rasanya sangat bagus," tambahnya yang gemarkan lagu Nasib Penyanyi, Serba Salah dan Hitam Manis. Kepulangannya ke tanah air buat seketika juga membuahkan satu kolaborasi yang cukup segar. Gandingan tiga nama iaitu Aizat dan Zee Avi dengan dibantu Anas Amdan dijangka bakal membuahkan single tidak lama lagi. Riak wajah Zee Avi cukup ceria sewaktu bercerita tentang Aizat dan abangnya Anas. Jelas Zee Avi bertembung dengan sebuah pertemuan yang istimewa sepertinya hubungan kimia yang mengalir dan menyenangkan. "Saya mendengar lagu Aizat iaitu Sungai Lui hingga menangis. Lagu itu indah. Untuk seseorang yang mendengar banyak muzik dan dengan kepelbagaian, saya katakan lagu itu cukup semula jadi. Mereka berdua juga baik dan ada magis. Dengan Anas, saya rasa ada keserasian yang baik. Kami selesa bekerjasama," senyumnya yang sudah bertemu buku dan ruas di Kuala Lumpur. Kegemaran Zee Avi Ketika ditanya berhubung senarai lagu kegemarannya kini, Zee Avi tersenyum sebelum mempamerkan iPodnya. "Saya suka Annete Hanshaw. Saya juga meminati lagu-lagu disko seperti Earth, Wind and Fire. Begitu juga Euthiopia, juga Andrew Bird. Aizat Amdan pun saya minat," katanya sambil menekup ketawa. Masuk ke dalam pengalaman hidup yang sudah terkandung 1001 warna dan tempat, Zee Avi gembira ketika ditanyakan perihal konsert dan hal-hal yang mendewasakannya. "Saya masih teringat konsert saya di Singapura. Sewaktu lagu Kantoi disampaikan, saya tidak boleh dengar suara saya sendiri kerana penonton turut menyanyi bersama. Saya juga pernah membuat persembahan di Troubadour di mana Elton John dan Bob Dylan pernah beraksi di tempat yang sama. "Saya juga menjadi pembuka konsert Jack Johnsson. Begitu juga terlibat dengan Liliath Fair 2010 bersama Tegan & Sara, Kelly Clarkson dan Sara Bareilles. Itu semua pengalaman yang sangat berharga," ulasnya namun mengakui tempat terbaik adalah di sisi ibunya. Membanggakan juga untuk seorang penyanyi dan penulis lagu seperti Zee Avi apabila lagu-lagunya pernah dimasukkan dalam drama bersiri terkenal Private Practice, Parenthood dan Gossip Girl. Untuk Zee Avi, ini semua berjalan atas restu dan doa keluarganya. Luahannya di hujung temuramah, dia mengaku satu perkara yang mungkin ramai orang tidak tahu tentang dirinya adalah dia merupakan warganegara Malaysia dan anak kelahiran Miri, Sarawak. "Ada yang bertanyakan adakah saya menyanyikan lagu Siboh Kitak Nangis untuk membuktikan saya orang Sarawak. Aneh kerana tiada apa yang perlu dibuktikan. Saya bangga menjadi orang Malaysia. Pulang ke Kuala Lumpur, laksa sarawak yang pertama saya cari. Saya makan ulam dan minum jamu," senyumnya.

Tidak hilang jati diri - Zee Avi

BERTEMU buat pertama kalinya dengan penyanyi Zee Avi dalam satu sesi fotografi bersama Kosmo! pada hujung minggu lalu, dia nyata cukup peramah. Bahkan sepanjang sesi temu bual berlangsung, Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman tidak kekok berbahasa Melayu dan sesekali terselit dialek Sarawak yang menjadi darah dagingnya. Luahnya, satu perkara yang mungkin ramai orang tidak tahu tentang dirinya adalah dia merupakan warganegara Malaysia dan anak kelahiran Miri, Sarawak. "Ramai peminat yang terkejut apabila saya memberitahu mereka, saya rakyat Malaysia. Saya bangga saya rakyat Malaysia dan lahir di Miri, Sarawak. Tidak ada apa yang perlu saya malu kerana saya sayangkan Malaysia. Bahkan, pada setiap persembahan saya di luar, pasti saya akan selitkan cerita mengenai Malaysia," katanya yang merupakan duta pelancongan negeri Sarawak. Kata gadis berusia 27 tahun itu, dia telah diajar hidup di rantau orang sejak berusia 17 tahun. Ketika itu, Zee meninggalkan Malaysia demi menuntut ilmu fesyen di Universiti American InterContinental di London, England. Selepas lagunya dimuatnaik di laman perkongsian video YouTube, Zee telah dilamar oleh syarikat rakaman Brushfire Monotone/Universal Records, sebelum album pertamanya diterbitkan pada tahun 2009. Sejak album pertamanya yang berjudul Zee Avi dilancarkan di pasaran, jadual hariannya mula padat dan New York menjadi destinasi tempat tinggalnya. "Saya sudah terbiasa berdikari sejak berusia 17 tahun. Ibu bapa saya hanya membayar yuran pengajian, manakala duit poket saya cari sendiri. Jadi, kini pada usia 27 tahun tinggal sendirian bukan satu masalah besar buat saya. Ibu bapa juga tidak putus memberi nasihat dan kata-kata semangat setiap kali menghubungi saya. "Walaupun hidup di negara orang, saya tetap mengamalkan budaya tempatan. Bagi saya, jati diri itu penting untuk membentuk siapa saya pada hari ini. Saya juga tidak pernah letih atau bosan bercerita tentang keindahan Malaysia setiap kali rakan dan peminat di Amerika bertanya tentangnya," tutur Zee yang kini berpindah ke Los Angeles beberapa minggu sebelum taufan Sandy melanda bandar New York. Album Melayu Zee yang telah melahirkan dua buah album, Zee Avi dan Ghost Bird kini dalam peringkat awal proses membikin album ketiganya.
Mengakui terdorong untuk mencipta lagu buat pertama kali kerana tiada lagu yang sesuai dengan jiwanya ketika itu, dia tidak menyangka akan bergelar penyanyi dan berada di bawah syarikat rakaman antarabangsa. "Mula-mula saya cipta lagu ketika belajar di London. Saya bosan, jadi saya menulis lirik dan mencipta lagu kerana tiada lagu di radio ketika itu sesuai dengan jiwa saya. Ia sekadar untuk suka-suka dan mengisi masa lapang, tidak sangka sekarang saya jadi penyanyi. Sampai sekarang saya masih belajar untuk menerima hakikat itu (ketawa)," ujarnya. Apabila disoal bilakah mahu melahirkan album penuh dalam bahasa Melayu, Zee tersenyum lebar. Jelasnya, dia sendiri tidak sabar lagi untuk muncul dengan album penuh dalam bahasa Melayu kerana itu impiannya. "Memang saya sendiri tidak sabar untuk lahir dengan album penuh bahasa Melayu, tetapi buat masa ini fokus saya hanya untuk album ketiga. "Selepas album ketiga ini, saya ada masa lapang. Mungkin pada hujung tahun hadapan atau tahun 2014. Saya belum boleh beri kata putus, tetapi saya memang teringin sangat membikin sebuah album bahasa Melayu," balasnya. Jika melahirkan album bahasa Melayu, luah Zee dia amat sukakan muzik nostalgia seperti lagu-lagu daripada R. Azmi dan Allahyarham Datuk Ahmad Jais. Katanya: "Kalau saya melahirkan album bahasa Melayu, inspirasi saya daripada muzik-muzik lama. Bagi saya muzik lama sangat jujur dan meresapi jiwa. Sebab itu pada tahun 2012 kita masih boleh menerima muzik lama. Antara lagu yang saya suka seperti Nasib Penyanyi, Serba Salah dan Hitam Manis." Aizat Bercakap tentang Aizat, penyanyi lelaki yang dikaitkan rapat dengan dirinya kini, mata Zee terus bersinar. Akuinya, sebelum ini dia langsung tidak mengenali Aizat. Selepas muzik Aizat diperkenalkan oleh rakannya, Zee cukup kagum dengan bakat muzik yang dimiliki Aizat serta abangnya, Anas. "Saya tidak tahu kenapa baru sekarang saya kenal Aizat. Kami berkenalan baru-baru ini dan terus boleh rapat sebab kami satu kepala apabila berbicara tentang muzik. Memang saya suka berkawan dengannya.
"Kami telah bekerjasama baru-baru ini dan saya juga telah ke studio Kasi Gegar Entertainment. Sebenarnya bukan semua orang yang sesuai bekerja dengan nada suara dan muzik saya, tetapi tidak untuk mereka. Mungkin kami akan bekerjasama dalam sebuah lagu pada masa depan, siapa tahu? Tunggu dan lihat," luah Zee berahsia. Bercerita mengenai Yuna yang juga mencapai sukses di luar negara sepertinya, Zee juga berbangga apabila rakan seperjuangan telah mengharumkan nama Malaysia. Bagaimanapun, kesibukan jadual menyebabkan mereka tidak berkesempatan untuk bekerjasama. "Biarpun sama-sama berada di Amerika Syarikat, sebab masing-masing sibuk, kami tidak sempat untuk bertemu. Apabila saya berpindah ke Los Angeles, Yuna sedang sibuk dengan konsert jelajahnya. Apa pun, saya bangga dengannya kerana dia cukup berbakat besar dan melakukan dengan baik di sana," kata Zee.

Zee Avi Ingin Bekerjasama Dengan Aizat Amdan

PETALING JAYA: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Zee Avi merancang untuk menghasilkan sebuah album sepenuhnya dalam bahasa Melayu khas untuk para peminatnya di Malaysia. Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 25, berkata, hasrat itu telah lama dipendam namun kesibukan mempromosikan album di Amerika Syarikat telah membantutkan perancangan itu. "Saya memang teringin menghasilkan sebuah album Melayu malah perancangan itu ada dan InsyaAllah suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan," ujarnya kepada mStar Online. Zee mula mendapat perhatian apabila memuat naik video nyanyiannya di laman Youtube dan mula mendapat perhatian daripada peminat dan bakatnya dikesan oleh penyanyi Jack Johnson dan mengambilnya untuk bernaung dibawah label Brushfire Records & Ian Montone’s di Amerika Syarikat. Popular dengan lagu Kantoi, album pertama Zee di Amerika berjaya menduduki tempat kedua dalam carta Billboard Heatseekers pada 2010 manakala album keduanya Ghost Bird berjaya mendapat menduduki tangga pertama carta sama. Dalam pada itu, Zee berkata, dia ingin bekerjasama dengan Aizat Amdan untuk album Melayu itu nanti kerana sukakan hasil kerja penyanyi dan komposer muda itu. Malah kata Zee, walaupun berada jauh di luar negara dia sentiasa mengikuti perkembangan muzik tempatan yang sentiasa dekat dihatinya. "Saya sangat meminati Aizat dan hasil kerjanya sangat mengagumkan malah saya ada memberitahunya untuk bekerjasama untuk album itu nanti. "Saya membayangkan album itu nanti mempunyai elemen muzik klasik seperti lagu-lagu nyanyian R. Azmi dan artis-artis pada era itu," katanya. Dalam perkembangan lain, Zee berkata dia akan berada di Kuching, Sarawak untuk menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan pada November ini bagi memberi ceramah motivasi kepada remaja mengenai kejayaannya di luar negara.

"Saya Tidak Pernah Berubah" - Zee Avi

KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Zee Avi menjelaskan dirinya tidak pernah berubah walaupun telah mengecap kejayaan di Amerika Syarikat sebagai penyanyi. Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 25, berkata, dakwaan kononnya dia sudah lupa diri tidak berasas sama sekali kerana jauh disudut hatinya dia masih memegang kuat adat, budaya dan jati diri sebagai anak kelahiran Malaysia. "Bukan senang berada di dalam industri ini apabila kita mula mendapat perhatian kerana akan ada benda yang menjadi pertikaian dan sebagai seorang manusia biasa perkara itu tidak dapat saya dielakkan. "Bagaimanapun apa juga pandangan masyarakat mengenai diri saya itu bukan mencerminkan siapa diri saya yang sebenar," katanya kepada mStar Online secara eksklusif ketika ditemui di rumah terbuka penerbit drama, Raja Alawiah Idris di sini pada Ahad. Zee mula mendapat perhatian peminat antarabangsa apabila album pertamanya berjudul Zee Avi berada di tempat kedua dalam carta Billboard Heatseekers pada 2010 manakala album keduanya Ghost Bird berjaya mendapat menduduki tangga pertama carta sama. Album terbaru penyanyi itu dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun 2013 dan Zee memberitahu dia sedang dalam proses mencari bahan untuk karya terbaru tersebut.
Dalam pada itu, Zee memberitahu dia gembira apabila ada wakil penyanyi daripada Malaysia seperti Yuna yang turut mencipta nama di Amerika Syarikat. Zee berkata, dia berbangga dengan pencapaian Yuna dan menganggap mereka adalah seperti obor yang menyala untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. "Apabila saya tahu Yuna semakin dikenali di Amerika saya sangat berbangga kerana masyarakat luar mula nampak kebolehan dan bakat penyanyi dari Malaysia. "Tanggungjawab kami juga berat kerana perlu menjaga nama baik negara selain mengharumkan nama Malaysia di mata dunia," jelasnya. Sementara itu, Zee memberitahu dia baru sahaja menerima Brand Master Icon Leadership Awards 2012 pada majlis Anugerah Brandlaureate Legendary Brand Icon Leadership Award yang diadakan di Kuala Lumpur pada 4 Oktober lalu. Zee berkata, dia sangat terharu dengan penghargaan tersebut dan ia akan menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus mengharumkan nama negara di mata dunia. Anugerah itu diberikan kepada individu yang mana pencapaian dan sumbangannya mempunyai kesan mendalam kepada negara dan masyarakat. Dalam perkembangan lain, Zee berkata dia akan berada di Kuching, Sarawak untuk menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan pada November ini bagi memberi ceramah motivasi kepada remaja mengenai kejayaannya di luar negara.

Zee Avi tak kantoi


Nasional
Artikel
Wilayah
Kota
Selatan
Johor
Utara
Timur
Pahang
Sabah & Sarawak
Suara Rakyat
Luar Negara
Hiburan
Sukan
Bisnes
Pendidikan
Sains
Rekreasi
Gaya Hidup
Video

LAMAN UTAMA | ARKIB BERITA | JOM IKLAN Utusan Online English Version
Carian Arkib

Waktu Solat
Laporan Cuaca
Berita Utama
Dalam Negeri
Wilayah
Laporan Khas
Parlimen
Politik
Luar Negara
Sukan
Jenayah
Agama
Keluarga
Hiburan
Rancangan TV
Feminin
Pendidikan
Sains & Teknologi
Agro
Kesihatan
S3
Polis & Tentera
Sastera
Rencana
Cuit
Selak
Awang Selamat
Kolumnis
Forum
Catatan Kembara
Classifieds
Utusan Airtime
Portal Pendidikan
Kosmo! Online
Mangga Online
Saji Online
MyBooks
Kareer
Utusan Karya
Laman Xtive
Liga M 2010
PRK 2010
UMNO 2010
Sharlinie
Salam Perantauan
HIBURAN
0
Zee Avi tak kantoi

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto AMIN FARIJ HASSAN


zee avi tidak perlu berlebih-lebihan untuk menghiburkan peminat kerana muziknya sudah sedia berkata-kata buat semua.

SUDAH lama mengidam untuk menyaksikan sendiri bagaimana anak jati Miri, Sarawak ini beraksi di pentas bersama gitar yang sentiasa menemani ke mana sahaja.

Seunik namanya, Zee Avi ternyata bukan satu nama asing dalam industri muzik biarpun kelibatnya tidak selalu kita nampak dalam negara.

Ini kerana, minatnya yang suka merantau telah membawa dia untuk berhijrah ke New York, Amerika Syarikat (AS) untuk melebarkan cabang seninya di bawah syarikat Brushfire Records milik pemuzik terkenal, Jack Johnson.

Selepas hampir setahun membawa diri di rantau, pemilik nama Izyan Alirahman, 26, kembali ke Malaysia, membawa buah tangan melalui persembahan showcase di KL Live baru-baru ini.

Bagai punya satu tarikan, lokasi tersebut sentiasa menjadi kesukaan Zee untuk mengadakan persembahan kerana ini merupakan kali kedua wanita ini menakluk ruang persembahan di situ.

Persembahan

Pernah mengadakan persembahan pada Mac 2010, Zee tampil sekali lagi pada tahun ini dengan membawa tema Homecoming.

Persembahan selama sejam setengah itu banyak ‘bercerita’ mengenai lagu-lagu dari kelahiran album Ghostbird yang ternyata mencairkan peminat-peminat yang setia menyokongnya selama ini.

Itu yang apa yang dijanjikan oleh Zee semasa sidang media sehari sebelum malam persembahan diadakan.

Puas juga menggali apa yang ingin ditampilkan olehnya sebagai kelainan. Namun, wanita ini pandai menyimpan rahsia di sebalik senyuman nakalnya di samping minuman kopi yang tidak lepas dari tangan.

Tirai persembahan dibuka dengan Normi, pemain deram kumpulan One Buck Short yang meraih perhatian penonton melalui persembahannya yang santai.

Usai lima buah lagu didendangkan, Normi meninggalkan pentas untuk memberi ruang buat sang puteri dan rakan-rakannya menghiburkan peminat.

Mengenakan gaun malam berwarna biru firus, Zee yang turut dikenali dengan nama KokoKaina memulakan nyanyian merdunya dengan lagu Milestone Moon, 31 Days In June dan Swell Window.

Tiga set lagu ini cukup dekat di hatinya apalagi ia disampaikan dengan penuh elemen tradisional Sarawak yang mana, ia dapat dilihat menerusi penggunaan instrumen sape.

Sambil menari manja, Zee kemudiannya santai menghiburkan penonton dengan lagu Just You And Me, Madness dan single terbarunya, The Book Of Morris Johnson.

Elemen jazz menghuni seluruh dewan dan Zee ternyata bijak menyampaikannya tanpa cacat cela.

Siboh Kitak Nangis merupakan lagu istimewa bagi Zee sementelah ia dinyanyikan dalam dialek bahasa ibundanya.

Naskhah indah

Lantaran itu, mustahil bagi Zee untuk tidak menghiasi atmosfera di malam itu dengan lagu yang sebegitu indah dengan tambahan elemen sensual yang menemani naskhah lagu tersebut.

Ia juga menjadi lagu tempatan pertama yang dimuatkan di dalam album pasaran antarabangsanya yang berbalut penuh dengan warna merah jambu itu.

Hiburan kemudian diteruskan dengan lagu Kantoi yang merupakan lagu wajib buat Zee dalam setiap persembahan yang diadakannya.

Kata Zee, Kantoi memberi kenangan manis buatnya kerana lagu itu telah mengangkat namanya sehingga dia dikenali sekarang.

Malah, dalam mana-mana persembahan yang pernah dilakukannya semasa di luar negara, cerita Zee, rata-rata mat saleh di sana turut menyanyikan lagu tersebut tanpa terlupa menyebut bahasa Melayu yang diselitkan dalam lagu itu.

Tidak dilupa, Bitter Heart dan Honey Bee yang mana kedua-dua lagu tersebut turut mendapat perhatian peminat untuk menyanyi bersama si pujaan hati.

Satu yang anda perlu tahu, Zee juga pandai berbahasa Cina maka, lagu berjudul De yen Ging (Mother’s Eyes) menjadi pilihannya untuk dipersembahkan pada malam itu.

Ia jelas menjadikan Zee seorang penyanyi yang cukup istimewa apalagi dengan bakatnya yang pandai mencipta lagu.

Tirai penutup diserikan dengan lagu Stay In The Clouds dan Roll You Head In The Sun yang memberi kesan buat semua mata yang menatapnya pada malam indah itu.

Ternyata Zee dilihat berjaya membawa tema dengan baik sepanjang malam itu menerusi seleksi lagu-lagunya yang begitu indah.

Tanpa set pentas yang keterlaluan, Zee memukau hampir 2,000 peminatnya yang hadir pada malam itu menerusi identitinya yang penuh kesederhanaan.

Elemen Wow banyak terlihat di sebalik kelebihannya bereskperimen dengan peralatan muzik tidak cuma gitar, tetapi serunai, gendang, ukulele, synthesizer dan juga cello bass.

Gabungan instrumen ini kemudian digubah dan disalurkan dengan pecahan muzik akustik, jazz, folk termasuk genre Island Indie Pop yang sinonim dengan Zee.

Umpama sebutir permata yang berharga, kehadiran Zee di persada seni sebenarnya sangat dialu-alukan dan Homecoming Zee di Kuala Lumpur baru-baru ini menjadi saksi bahawa bakat ini tidak harus dipersiakan.

Zee Avi Pulang Ke Kuching


KUCHING: Penyanyi dan penulis lirik kelahiran Sarawak Zee Avi kembali ke kampung halaman, Kuching sebagai sebahagian daripada jelajah konsertnya.

Zee, 25, akan membuat persembahan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN)lama di Petra Jaya di sini Sabtu ini sempena dengan keluaran albumsophomore, Ghostbird, yang memaparkan kematangan muzik dankeselesaan beliau sebagai seorang artis yang unggul.

Zee mula menulis lirik Ghostbird atau "Burung Hantu" dalam bahasaMalaysia di dapur rumahnya, Brooklyn pada musim panas lepas, ini diteruskan balmy waters di Florida Evergladess.

Tiket berharga RM78 (dijual awal), RM98 (di pintu masuk), RM158 (perdana)boleh diperoleh menerusi www.airasiaredtix.com.or www.livescape.asia - BERNAMA
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails