Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Zila Bakarin. Show all posts
Showing posts with label Zila Bakarin. Show all posts

Zila Bakarin Kesal Dituduh Jadi Penghasut

Pelakon Zila Bakarin berasa kesal apabila mendapat tahu dia kononnya cuba memburukkan seorang produser yang tidak menjelaskan bayaran lakonan kepada artis -artis lain. Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 39, berkata, dia juga terkejut apabila dituduh menyampaikan berita tersebut kepada media sehingga ia keluar di ruangan pojok di sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu. "Bertahun-tahun bekerja di bidang ini (lakonan), saya tidak pernah memburukkan sesiapa dan kenapa tiba-tiba cerita ini timbul? "Saya seorang yang berterus terang jika tidak berpuas hati dengan sesiapa. Tidak perlu untuk saya sampaikan kepada mana-mana pihak semata-mata mahu memburukkan orang," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin. Ahad lalu, Zila telah memuat naik sebuah foto di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan perbualan Whatsapp seorang produser dan rakan artisnya yang menuduh dia menyebarkan cerita buruk lelaki berkenaan kepada pihak media.
Berita tersebut telah dikeluarkan di ruangan pojok akhbar mingguan berkenaan mengatakan produser tersebut tidak menjelaskan bayaran lakonan kepada pelakon-pelakon yang terlibat dengan sebuah drama terbitannya di mana ia yang sepatutnya telah dijelaskan Januari lalu. Tambah Zila, sepatutnya produser yang enggan didedahkan identiti itu yang patut berasa serba salah kerana tidak menjelaskan bayaran kepada pelakon-pelakon yang terlibat, sebaliknya dia pula yang dipersalahkan. "Saya malas nak beri komen sebenarnya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. Nak bawa kes ini ke mahkamah pun saya tidak ada duit. "Diakui memang sebelum ini saya sering mendesak produser berkenaan untuk menjelaskan bayaran saya. Sehingga saya dah letih nak mesej dia. Jadi sejak Februari lalu kalau tak silap saya sehinggalah sekarang saya tidak menghubunginya langsung. "Tiba-tiba dia nak salahkan saya kerana buat cerita. Secara logiknya, siapa yang perlu dipersalahlkan? Saya hanya meminta hak saya itu sahaja," tegasnya.

ZILA BAKARIN & ANAKNYA YANG COMEL

Gambar terbaru anak Zila Bakarin yang comel, tembam dan pandai bergaya macam ibunya. Iyalah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ya tak? Tapi bila besar nanti jangan pula runcingkan dagu macam ibu tau... kang nyesal pulak. Ha ha... gurau je!

Saya nak watak cantik - Zila Bakarin

PENAMPILAN wanita moden yang cukup mementingkan kecantikan biarpun memegang watak seorang ibu pada setiap lakonannya menyebabkan Zila Bakarin dilabel melebih-lebih. Zila dikritik kerana kerap kelihatan berpakaian cantik, bermekap tebal lengkap berbulu mata palsu lebat biarpun melakonkan watak ibu di rumah. Pelakon-pelakon hebat dunia juga menitikberatkan kecantikan tetapi bila berada dalam watak, mereka memakai mengikut keperluan watak termasuk selekeh. Definisi cantik dalam watak bukanlah cantik dipandang tetapi sesuai dengan keperluan cerita. Lain pula bagi Zila kerana di luar lakonan dia mementingkan kecantikan, hingga dalam drama pun sentiasa nak cantik walaupun tak kena dengan watak. “Salahkah saya kalau mahu kelihatan sempurna daripada hujung rambut ke hujung kaki? Takkan saya nak nampak selekeh. Itu bukan cara saya. “Bahkan saya sendiri yang mahu jadi ibu yang cantik kalau dapat tawaran berlakon. Saya tolak awal-awal kalau produksi mahu saya berperwatakan ibu ala-ala orang kampung. Kena pakai baju kurung, tudung kepala dan selekeh memanjang. “Saya mahu watak ibu yang moden, memakai baju cantik dan bermekap. Kalau kita lihat drama yang ditayangkan di Indonesia, semua watak-watak ibu digambarkan cantik. Mana ada yang selekeh atau buruk." Tetapi kalau Zila merujuk kepada pelakon Indonesia yang hebat seperti Christine Hakim, dia sanggup jadi watak orang tua. Cuma Zila hanya merujuk drama murahan Indonesia yang ditayangkan di TV kita. Dalam pada itu dia juga mengakui bukan seorang yang mementingkan jenama semata-mata untuk kelihatan lebih cantik dan istimewa. Apa yang menjadi keutamaan adalah keselesaan dan kemampuan. Baginya biarlah tanpa pakaian atau beg tangan berjenama asalkan tidak berhutang. Tambahan pula fokus kewangan buat pelakon ini adalah masa depan dua pertama hatinya iaitu Kasih, 4, dan Cinta yang bakal berusia dua tahun pada 7 Julai depan. Perlu jujur MENGULAS tentang rahsia yang membolehkannya bertahan sebagai anak seni lebih 10 tahun itu, katanya dia banyak mempelajari ilmu kehidupan yang menjadikandirinya matang. Menurutnya, susun galur kehidupan sebagai anak seni yang dialami sentiasa berombak. Tidak pernah statik dan ada saja liku yang perlu dilalui. “Orang seni kena jujur dengan kerja mereka. Kalau tak ada sikap itu mereka tak boleh pergi jauh. Saya sendiri kena akui kadang kala tiada pasaran untuk pelakon seusia saya ini. Apatah lagi selepas ramai kemunculan pelakon baru. “Kita dah tak boleh nak bersandarkan pada cerita-cerita kontroversi sebab lambat laun orang akan muak juga. Kalau tiada tawaran kenalah rasional. Sebab dalam soal rezeki ini kita tak boleh nak salahkan sesiapa. “Satu lagi cara kerja dan selera orang zaman sekarang ini pun dah banyak yang berubah. Artis senior dah kena fikir tentang strategi supaya ‘hidup lama’ dalam industri," katanya penuh makna.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails