Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Zizan. Show all posts
Showing posts with label Zizan. Show all posts
Zizan mula tujuk belang
ADA-ADA sahaja cerita pasal Zizan Razak. Terbaharu, jejaka dari Terengganu tu bukan main lagi mengasah ayat cinta dengan Nora Danish di laman Twitter. Bagi Diva, setakat main ayat cinta di laman sosial itu perkara biasa. Ada juga yang putus cinta pun di Twitter juga.
Tapi cerita minggu lalu lagi panas. Diva teringat episod fotografi di pagi hari yang diaturkan di sebuah studio untuk promosi satu acara. Fahamlah Zizan sekarang sibuk, sebagai pelawak paling berjaya, waktunya emas. Jadi segala benda kena cepat dan padat.
Bila diminta untuk satu sesi fotografi, Zizan bagi tarikh dan waktu ikut kehendak dia, media kena setuju. Semua pihak yang mahu digandingkan dengannya juga kena patuh.
Jadi, bila Zizan tetapkan waktu fotografi bersamanya pada pukul 9.30 pagi semua pun kena setuju, kalau tak setuju, dia tak ada waktu lain. Kalau dengan Zizan seorang okey, tapi bila melibatkan artis lain, kenalah ada persetujuan bersama.
Tiba waktu yang dijanjikan, artis yang terpaksa ikut jadual Zizan tiba tepat pada masa yang dijanjikan. Tunggu punya tunggu, orang yang berkeras bagai besi sakti mahu buat fotografi awal pagi tak nampak batang hidung.
Artis yang digandingkan dengan Zizan pun, bukan calang-calang orang, tapi sanggup berpinar mata tempuh kesesakan jalan raya dan beralah demi Zizan.
Pelakon ada trofi tadi pun termangu daripada setengah jam jadi sejam, lepas sejam masuk dua jam. Malangnya, Zizan yang beria-ria tetapkan jadual ibarat masuk kerja kena punch card pula yang sampai dua jam kemudian.
Jangan terlalu pentingkan diri. Kalau orang lain boleh tepati masa, jangan mainkan masa orang lain.
Zizan rasa terhina di Jepun
GARA-GARA dituduh tidak komited terhadap promosi filem-filem lakonannya, pengacara dan pelawak, Zizan, di katakan terpaksa mendisiplinkan diri dengan menerima tawaran tertentu sahaja dalam satu masa.
Akui Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abdul Razak, 28, buat masa ini dia hanya memberi tumpuan pada promosi filem Hantu Kapchai yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan persiapan untuk pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bersama Johan.
"Saya terpaksa menerima tawaran tertentu sahaja selepas ini kerana tidak mahu lagi timbul tuduhan kononnya saya tidak beri kerjasama dan tidak komited pada promosi filem-filem lakonan saya kerana mengambil banyak kerja dalam satu masa," luah Zizan ketika ditemui selepas sidang akhbar program terbaharu berbentuk travelog di Astro Prima menerusi saluran 105 iaitu Jejak Jepun Bersama Zizan di Hotel Corus, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ditebak sama ada dia juga sudah selektif dalam setiap tawaran yang diberi, ujar Zizan, dia tidak memilih kerja tetapi mahu lebih fokus pada satu atau dua tawaran dalam satu masa sahaja.
"Keputusan ini juga dibuat bukan kerana masalah kesihatan yang terjadi kepada saya sebelum ini akibat kuat bekerja," tuturnya lagi.
Berkongsi rasa terujanya menjayakan program travelog pertamanya, akui Zizan, dia sudah lama mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Jepun dan impian itu akhirnya terlaksana selepas ditawarkan menjadi pengacara program travelog Jejak Jepun Bersama Zizan.
Namun, perasaan terujanya lenyap tatkala kakinya melangkah ke negara matahari terbit itu. Zizan berasa malu dan terhina apabila melihat budaya dan gaya hidup masyarakat di sana yang jauh lebih berdisiplin daripada masyarakat di Malaysia.
"Sepanjang dua minggu menjalani penggambaran di sana, ada satu perkara yang cukup terkesan dalam diri saya. Saya rasa rendah diri dan terhina sangat bila tengok cara hidup masyarakat di sana.
"Bayangkan, ketika saya pergi ke taman tema Disneyland, Tokyo, begitu ramai orang yang menyaksikan perarakan watak-watak animasi di situ, tetapi yang peliknya selepas sahaja tamat perarakan tersebut tidak ada sampah langsung di kawasan itu.
"Masyarakat di sana juga mengamalkan cara hidup sistematik. Saya perasan ketika menaiki eskulator mereka berdiri di sebelah kiri manakala di lorong sebelah kanan eskulator pula digunakan untuk mereka yang ingin memotong atau memintas.
"Bagi saya, kita kena belajar dan ambil contoh sikap dan budaya mereka untuk ditanamkan dalam diri kita. Jepun bukan saja terkenal dengan teknologinya yang canggih, tetapi sikap mereka juga begitu disiplin," ceritanya.
Menurut Zizan, pengalaman pertama mengacarakan program travelog memberi satu dimensi dan pengalaman baharu kepadanya.
"Ia merupakan sebuah program enam episod yang berkonsepkan diari kembara (travelog) di pelbagai destinasi menarik di sekitar Jepun.
"Saya berpeluang pergi ke Osaka dan Tokyo. Antara destinasi menarik yang saya kunjungi ketika di Jepun ialah Osaka Aquarium Kaiyukan, yang merupakan salah satu akuarium terbesar di dunia. Selain itu, saya juga berpeluang melawat Osaka Castle, istana yang dibina pada abad ke-16 dan Floating Garden iaitu menara paling tinggi di Jepun," kongsinya.
Dedah Zizan lagi, dia juga mula jatuh hati dengan gadis-gadis Jepun selepas mendapat layanan yang begitu baik ketika berada di Maid Cafe, restoran yang menempatkan pelayan wanitanya berpakaian watak anime.
"Kini, saya sudah tidak minat dengan gadis berwajah Pan Asia lagi selepas melihat gadis Jepun. Mereka sangat comel dan baik.
"Saya pergi ke sebuah restoran yang diberi nama Maid Cafe, di sana ramai pelayan wanita yang berpakaian watak animasi malah wajah mereka juga seperti di dalam kartun animasi.
"Mereka bukan sahaja cantik, tetapi juga melayan tetamu begitu sopan dan baik," gurau Zizan yang sebelum ini sering dikaitkan dengan gadis Pan Asia seperti Juliana Evans.
Zizan yang berkunjung ke Jepun dari 30 Jun hingga 13 Julai lalu juga memberitahu, banyak pengalaman yang diperolehnya ketika berada di Jepun.
Dia juga berpeluang melawat Muzium Sumo dan belajar cara-cara bersumo.
"Saya juga bernasib baik dapat berlatih menjadi ninja kerana bukan calang-calang orang boleh mempelajarinya. Program ini memang lain dari program-program travelog yang sedia ada.
"Sukar untuk saya spesifikasikan apa perkara paling menarik yang saya tidak dapat lupakan sepanjang berada di sana kerana banyak sangat benda baharu yang saya jumpa dan belajar," ujarnya lagi.
Sementara itu, menurut Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro Azlin Reza Azmi, Zizan dipilih sebagai pengacara program travelog itu kerana karakter yang 'gila-gila' dan bersahaja.
"Karakter Zizan yang 'gila-gila' dan bersahaja mampu menarik hati penonton," jelasnya.
Jejak Jepun bersama Zizan bakal ditayangkan bermula 12 September depan pada setiap Rabu pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105).
Zizan Razak Pertimbangkan Tawaran Jadi Deejay Era FM
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon Zizan Abdul Razak memberitahu masih mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai radio Era FM yang dibuat oleh pihak pengurusan stesen itu.
Zizan, 28, berkata, banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum bersetuju menyertai stesen radio itu. Dia juga akan bertemu dengan Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran bagi membincangkan tawaran tersebut.
"Jika saya bersetuju untuk menyertai Era FM itu bermakna saya sudah bersedia untuk terikat dengan satu lagi komitmen yang besar. Sebab itu saya perlu berfikir dan melihat jadual tugas saya sebelum memberi apa-apa keputusan.
"Bagaimanapun saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan Era FM terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum memberi apa-apa keputusan," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya di sini, pada Selasa.
Zizan turut memberitahu dia telah dihubungi oleh pihak Era FM bulan lalu untuk tugas tersebut secara sambilan selama sekali seminggu.
Zizan berkata, dia ditawarkan untuk bergandingan dengan Aznil Nawawi menerusi slot Carta Era 40 Bersama Aznil pada setiap Sabtu yang ke udara bermula pukul 12 tengah hari.
"Adalah satu penghormatan jika dapat bergandingan dengan seseorang yang cukup berpengalaman dan saya hormati namun seperti yang saya katakan tadi saya perlu melihat pelbagai aspek sebelum berkata 'ya'.
"Tambahan pula saya ada sedikit keraguan sama ada dapat menjadi seorang penyampai radio yang baik seperti Pak Nil dan Johan ataupun tidak," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Zizan memberitahu dia dan Johan akan tampil dengan idea dan persembahan segar untuk pementasan Lawak Ke Der 2 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 28 September sehingga 3 Oktober depan.
Zizan menjelaskan mereka terharu dengan sambutan penonton yang hadir pada musim pertama telah memberikan mereka semangat untuk memeriahkan edisi terbaru ini.
"Alhamdulilah nasib baik jadual saya dan Johan tidak terikat dengan apa-apa projek pada tarikh tersebut dan boleh kami menghiburkan peminat," katanya.
Zizan Razak Terpaksa Memilih Kerana Dituduh Tidak Berdisiplin
KUALA LUMPUR: Salah faham dan dakwaan yang menuduh Zizan Razak tidak komited pada kerja menyebabkan pelawak dan pengacara itu mengambil pendekatan mahu menumpukan kepada tawaran tertentu sahaja pada satu-satu masa.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 28, berkata, dia kini hanya memberi perhatian terhadap satu atau dua tawaran dalam tempoh tertentu sejak tuduhan liar kononnya tidak memberikan komitmen pada promosi filem diperkatakan sebelum ini.
Ujar Zizan, dia hanya memberikan tumpuan pada promosi filem Hantu Kapchai yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan persiapan untuk pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bersama Johan.
"Sebelum ini, timbul tuduhan kononnya saya tidak beri kerjasama dan tidak komited pada promosi filem-filem lakonan saya kerana melakukan banyak kerja serentak.
"Keputusan ini (fokus pada kerja tertentu) tiada kaitan pun dengan situasi di mana saya pernah jatuh sakit sebelum ini akibat kuat bekerja. Saya bukan memilih kerja tetapi mahu lebih fokus pada satu atau dua tawaran sahaja," katanya.
Zizan berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran program terbaru berjudul Jejak Jepun bersama Zizan di sebuah hotel di sini, petang Selasa.
Ia merupakan sebuah program enam episod yang berkonsepkan diari kembara (travelog) di pelbagai destinasi menarik di sekitar Jepun.
Menerusi program selama setengah jam ini, Zizan akan berkongsi dengan penonton pengalamannya mengembara ke Osaka, Kobe, Wakayama, Kyoto, Shirahama, Yokohama dan Tokyo.
Katanya, pengalaman pertama mengacarakan travelog memberikan dimensi dan pengalaman baru kepadanya yang selama ini hanya menerajui program hiburan sahaja.
"Program ini membuka minda saya dan memberikan kelainan daripada program-program hiburan yang selalu saya acarakan. Konsep yang santai dan bebas itu memudahkan kerja saya untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman di Jepun dalam travelog ini.
"Bukan sahaja saya dapat pengetahuan baru mengenai negara itu, malah ia mendedahkan saya kepada budaya dan disiplin masyarakat mereka dalam kehidupan seharian serta kerja.
"Kalau diberi peluang, saya mahu mengacarakan program begini lagi," katanya yang berada di Jepun selama dua minggu pada penghujung Jun lalu.
Sementara itu, Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro Azlin Reza Azmi berkata, Zizan dipilih sebagai pengacara kerana karakter yang lincah dan bersahaja.
"Kami percaya Zizan mampu mengacarakan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri pasti memikat hati penonton," katanya.
Program ini bakal ditayangkan bermula 12 September depan pada setiap Rabu pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105).
Buka puasa tepi jalan - Zizan
Kesusahan hidup bakar semangat Zizan kerja keras dalam seni
Pengalaman berbuka puasa di tepi semak ketika dalam perjalanan pulang beraya ke kampung halaman di Dungun, Terengganu, suatu masa lalu meninggalkan kenangan penuh makna buat pelakon komedi terkenal, Zizan Razak. Dengan menaiki sebuah motosikal lama, mereka sekeluarga pulang ke kampung yang jaraknya kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Terengganu. Berbekal makanan dibawa ibunya, Zizan sekeluarga menikmati juadah berbuka di tepi jalan ketika menuju ke kampung.
“Mak saya akan siapkan bekal untuk berbuka ketika dalam perjalanan. Saya dan abang duduk di depan, manakala mak di belakang dengan kedua belah tangannya memegang bekal yang dibawa,” - Zizan
Kepayahan dan kesusahan yang dialami mereka itulah sebenarnya pembakar semangat buat Zizan untuk berusaha gigih dalam bidang seni.
“Itulah pengalaman zaman kanak-kanak yang tak akan saya lupakan. Walaupun motosikal itu dipinjamkan atuk, sebab ayah saya tidak mempunyai kenderaan, tetapi kami sekeluarga masih mampu pulang ke kampung untuk beraya.
“Mak saya akan siapkan bekal untuk berbuka ketika dalam perjalanan. Saya dan abang duduk di depan, manakala mak di belakang dengan kedua belah tangannya memegang bekal yang dibawa,” katanya mengimbau kembali kenangan silam.
Kini, Zizan mampu tersenyum dengan apa yang dimiliki, malah mampu membawa keluarga pulang beraya dalam keadaan jauh lebih selesa berbanding dulu.
Ketika yang sama, dia juga tidak sesekali melupakan peminat yang setia menyokong kerjaya seninya.
Justeru, saban tahun, Zizan akan mengadakan majlis rumah terbuka di kampung halamannya di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu.
“Setiap tahun, pada raya ketiga, saya akan buat rumah terbuka untuk mengeratkan lagi hubungan dengan peminat.
“Raya tahun ini pula sama saja macam tahun sebelumnya, tidak ada apa yang terlebih atau terkurang. Cuma tema baju raya tahun ini warna oren untuk satu keluarga,” katanya yang menggemari Laksa Kedah masakan ibunya, Anai Ibrahim, 55.
Ingin menari pula
Bukan saja lakonan, nyanyian dan pengacaraan, Zizan kini mahu menceburi bidang tarian pula.
Melihat kelincahannya mempersembahkan tarian bersama juara Showdown 2010, kumpulan Wakaka Crew, pada majlis iftar Kelab Peminat Zizan (ZFC) di Subang, Selangor, hujung minggu lalu, ia cukup mengagumkan.
“Sekarang saya nak tumpukan pada tarian pula sebab saya sendiri sebenarnya sudah lama minat menari. Kalau boleh saya mahu jadi penari profesional. Dulu saya pernah masuk kelas tarian, tetapi tahan sehari saja.
“Saya sudah berlakon dan mengacara, tetapi impian untuk menjadi penari belum tercapai lagi. Berpeluang menari dengan kumpulan Wakaka Crew ini memang membakar semangat saya untuk meneroka bidang ini,” katanya yang akan muncul bersama filem KL Gangster 2 dan King Kapcai.
Elak cinta jarak jauh
Sementara itu, bercerita soal cinta, Zizan berkata, dia lebih berhati-hati kini apabila berbicara mengenai perasaan.
Sebelum ini, hubungan cintanya dengan bekas peserta Akademi Fantasia 4, Leez, putus di tengah jalan. Walaupun umum mengetahui dia kini intim dengan Juliana Evans, namun pengacara Melodi ini takut untuk menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.
Pengalaman bercinta jarak jauh ketika remaja dulu menjadi igauan ngeri buat jejaka ini.
“Dulu saya pernah bercinta jarak jauh, tetapi apabila teman wanita saya sambung belajar, perhubungan itu menjadi renggang. Mungkin sebab saya tidak terpelajar dan masa dihabiskan dengan bermain motosikal, sebab itu dia tak mahukan saya.
“Cinta jarak jauh memang susah. Saya dengan Jue (Juliana Evans) pula lebih kepada kawan baik dan saya sayang dia sebagai kawan saja,” katanya.
Kuah Sate Boleh Bikin Mata Zizan Razak Bengkak
PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak terpaksa menelan air liur melihat juadah sate yang dibuat neneknya pada setiap tahun sempena Hari Raya kerana tidak dapat menikmatinya akibat alahan.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 28, berkata, dia akan mengalami alahan pada seluruh badan manakala matanya akan bengkak setiap kali menikmati makanan itu bersama kuahnya.
"Sate adalah antara makanan kegemaran saya yang dimasak nenek setiap tahun. Tapi sekarang ini saya dah tak boleh makan kerana kuah kacangnya membuatkan saya akan mengalami alahan seluruh badan.
"Ia mampu mengganggu tekak dan mata pula akan bengkak. Pelik pula rasanya, bila dah jadi artis, tiba-tiba tak boleh nak makan kuah kacang, ngada-ngada betul saya ini," selorohnya.
Tambah Zizan, walaupun dia boleh menikmati sate tanpa kuahnya bagi menghilangkan kempunan, namun ia tidak akan berasa sedap dan seperti kekurangan sesuatu.
Bercerita mengenai keseronokannya beraya, Zizan berkongsi kisah kanak-kanaknya yang pernah dimarahi ibu gara-gara bermain mercun sehingga menyebabkan langsir rumah terbakar.
"Mengenangkan kembali kejadian itu, ia memang lucu. Pada malam raya, biasalah semua sibuk dengan tugasan masing-masing termasuklah ibu saya yang ketika itu sedang memasang langsir.
"Saya pula seronok bermain mercun. Entah macam mana mercun itu tersalah tembak dan ia terkena langsir ibu yang baru dipasang sehingga terbakar.
"Esoknya, rumah kami kekurangan satu langsir. Nampak pelik saja setiap kali tetamu bertandang," katanya yang akan membuat majlis rumah terbuka di rumahnya di Kuala Terengganu pada Hari Raya ketiga.
“Saya Dah Lama Tak Berhubung Dengan Juliana Evans” – Zizan
Pelawak dan pengacara terkenal Mohd Razizan Abdul Razak, atau lebih dikenali sebagai Zizan baru-baru ini memaklumkan kepada pihak OHBULAN! bahawa beliau sudah lama tidak berhubung dengan Juliana Evans.
Menerusi temubual di Majlis Berbuka Puas bersama pihak Astro Rabu lalu, Zizan memaklumkan bahawa Juliana Evans telah terbang ke Australia sejak awal Ramadhan yang lalu. Beliau turut menyatakan bahawa sudah lama tidak berhubung dengan Juliana sejak pelakon wanita tersebut dikatakan terbang ke Australia atas urusan kerja.
Apabila disoal adakah Zizan akan menyambut Aidilfitri dengan Juliana Evans,beliau menjawab, “Saya pun dah lama tak berhubung dengan Juliana. Masuk sahaja bulan Ramadhan, dia sudah terbang ke Australia, jadi saya tak tahu mengenai dia sekarang.”
Menerusi perkembangan karier seni pula, Zizan memaklumkan bahawa pada Hari Raya ke-2 nanti, peminat boleh menonton lakonan beliau di program raya Astro menerusi cerita “Beraya Sampai Lebam”, di mana dalam cerita tersebut beliau digandingkan dengan pelakon lelaki popular Aaron Aziz.
Bertanya mengenai persiapan menyambut Aidilfitri, Zizan memaklumkan bahawa tema Baju Rayanya pada tahun ini adalah warna oren dan beliau akan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Terengganu.
Gelora Zizan & Jue
FOTOGRAFI yang berlangsung 30 Disember lalu membabitkan gandingan dua calon awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 ini bercampur sedikit emosi. Malah lebih mengharukan fotografi B*POP ini menjadi promosi terakhir Juliana Evans, 22, di sisi Zizan, 27, sebelum melanjutkan pelajaran awal Januari lalu.
Gadis berdarah campuran Inggeris dan Melayu ini nekad mengejar cita-citanya menuntut ilmu dalam Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University (di Kalamazoo, Michigan, Amerika Syarikat) selama dua tahun. Bererti Juliana atau mesra membahasakan dirinya sebagai Jue ini akur mengucapkan tinggal seketika buat dunia seni.
Bebola mata Jue yang dioles cantik jurusolek, Chomel tidak mampu menutup sisi sedihnya meninggalkan tanah air tercinta. Namun, Zizan yang cukup terkenal dengan lawak spontan menceriakan suasana. Bahkan lagak mereka di belakang dan depan kamera seakan mengiyakan gosip cinta yang pernah timbul selepas masing-masing berlakon filem Hantu Bonceng.
Usikan masing-masing juga berlanjutan di laman Twitter apabila kedua-duanya cukup sporting bergurau apabila Zizan meminta Jue menyempurnakan kehidupannya yang masih sendiri. Jue pula berseloroh membalas, meminta Zizan mencari wanita lain demi melengkapkan perihal cintanya kerana Jue akan tinggal berjauhan dengannya buat sementara waktu sejak 4 Januari lalu.
B*POP ajukan lagi persoalan nakal kepada Zizan, sanggupkah menunggu Jue sampai tamat pengajian? Pintasnya dengan usikan selamba, mungkin tidak kerana dia mungkin akan mencari gadis lain mengisi ‘kekosongan hati’. Jue hanya mampu tersenyum melihat usikan pemenang Artis Komedi ABPBH 2010 itu.
Hajat mencari kesahihan apakah benar ada cinta yang bertandang terus tergantung, Masing-masing seperti memendam rasa. Jue sendiri pantas memintas dengan penuh makna, tiada gunanya untuk menjalinkan hubungan serius saat dia harus berkelana jauh kerana dia tak percaya dengan hubungan jarak jauh.
“Saya tak boleh ada kekasih lagi. Bercinta memang saya akan elakkan buat sementara waktu. Keutamaan perlu diberikan kepada pengajian saya. Saya tak yakin dan sukar untuk memberikan komitmen terhadap cinta yang terpisah jauh,” katanya yang selain dikaitkan dengan Zizan pernah menjalin cinta dengan Sam Bunkface dan Adam Akademi Fantasia musim kedua.
Mengenai Zizan yang dikenalinya sejak dua tahun lalu, bekas pengacara Remaja dan Era TV ini mengkelaskan hubungan dengan Zizan mula bercambah menjadi lebih rapat sejak setahun. Jue tanpa berselindung mengakui sangat selesa dengan Zizan.
“Dalam mencari kekasih, saya tidak mementingkan paras rupa. Cukuplah hatinya cantik dan berpersonaliti menarik. Jika lelaki itu boleh menggembirakan dan membuatkan saya gelak, itu sudah kira bonus. Tapi itu tak bermaksud saya merujuk kepada Zizan yang memang senantiasa membuatkan hidup saya ceria dengan lawaknya.
“Apa yang boleh saya katakan dialah teman yang cukup istimewa dan sangat akrab. Dia sangat menghargai persahabatan ini. Saya juga tidak terlalu mengambil serius apabila gosip cinta mula bertebaran membabitkan kami. Kami sendiri hanya mampu gelak sesama sendiri,” katanya yang ditemani ibu tersayang, Fauziah Nordin beberapa minggu di Amerika Syarikat sebelum membiasakan diri hidup berdikari.
Mengenai pengajian berkenaan, ia menjadi kesinambungan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa yang diambilnya di Kolej Universiti Sunway selama dua tahun juga. Cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat ini sebenarnya sudah lama dihajati yakni sejak di bangku sekolah lagi.
“Cita-cita ini jadi tergendala sebab komitmen seni dan pada masa yang sama saya sibuk mengumpul duit sendiri untuk sambung belajar. Saya buat simpanan sendiri untuk merealisasikan impian ini. Alhamdulillah impian ini akhirnya menjadi kenyataan.
“Membuat keputusan ini juga bererti saya kena berkorban. Apatah lagi saya masuk dunia seni bukan nak kejar populariti atau anugerah semata-mata. Tujuan utama saya terbabit dalam komersial dan seni masih kerana minat dan dalam masa yang sama ingin mencari duit untuk sambung belajar.
“Sebab itu kalau ada yang perasan saya tak berhabis-habisan mengejar glamor atau populariti dalam dunia seni. Di sana saya tinggal di apartmen yang disewa. Insya-Allah saya akan cuba curi peluang bekerja secara sambilan untuk mencari duit saku tambahan dengan berlakon atau memperaga. Saya hanya mencuba nasib saja kerana tahu persaingan di sana cukup sengit,” katanya yang belum pasti akan balik ke Kuala Lumpur dalam tempoh dua tahun ini kerana semuanya bergantung kepada duit dan keadaan.
Tahun 2012 juga bakal menyaksikan hala tuju Jue berubah secara mutlak. Hidup barunya sebagai pelajar dan manusia yang tidak dikenali sesiapa sudah bermula di Amerika Syarikat. Katanya lagi, dia mahu menamatkan pengajian dengan cemerlang.
“Paling ketara, saya akan akan berdikari hidup berjauhan daripada keluarga. Saya juga mengharapkan untuk mencuri peluang mengembara dan bertemu dengan orang baru,” katanya sambil memberitahu ada kawan dari Malaysia yang sama-sama dengan saya di Kolej Universiti Sunway turut mengikuti pengajian ini di Amerika Syarikat.
Sebelum menoktahkan bicara, Jue yang bakal muncul dengan filem Mael Lambung arahan Ahmad Idham bersama Zizan tahun ini sempat menitipkan salam dan ucapan terima kasih buat semua rakan media cetak dan elektronik serta peminat yang selama ini begitu menyokong kerjaya seninya.
Filem Mael Lambung menjadi filem terakhir yang dilakonkannya sebelum sambung belajar manakala telefilem Tudung Tweet terbitan syarikat Mermaid Studios milik Liyana Jasmay menjadi kemunculan terakhirnya di kaca TV. Jue juga sedang menanti tayangan filem Adik Manja Returns.
Tak nafi sayangkan Jue
SEMENTARA itu, Zizan berkata, dia mula dimaklumkan mengenai hasrat Jue menyambung pengajian itu sejak awal 2010. Namun ketika itu, status pemergian Jue ke Amerika Syarikat masih samar hinggalah pada November lalu ketika mereka berada di set penggambaran filem Mael Lambung, Jue mengesahkan segala-galanya.
“Saya tak boleh menidakkan betapa perasaan sedih dan sayu mula meresap dalam diri saat tahu mengenai berita pemergiannya itu. Namun dalam sedih, hati saya bertaut gembira juga kerana cita-citanya untuk sambung belajar berjaya dipenuhi.
“Memang dia (Jue) antara kawan yang sangat rapat dalam industri seni ini. Kalau ada sesuatu yang terbuku di hati, dialah ‘mangsa’ untuk saya mengadu. Dialah teman saya berborak di telefon dan berdepan. Kami sekepala dan sepertinya, saya tak menidakkan betapa sayangkannya.
“Saya hanya mampu doakan kejayaan dia dalam pengajian ini dari kejauhan. Apa yang dilakukannya perkara baik. Itulah cita-cita dia sejak sekian lama. Saya tumpang seronok di atas apa yang sudah mula dilaksanakannya ini. Harap dia akan belajar bersungguh-sungguh,” katanya yang berjaya mara menjadi finalis ABPBH 2011 kategori Artis Komedi Lelaki dan Pengacara TV Lelaki.
Belum pun sebulan mereka ‘berpisah’, Zizan mengakui perasaan rindu terhadap Jue sudah mula bertandang. Tinggal berjauhan dengan Jue yang disifatkan Zizan sebagai seorang wanita yang cukup hebat di matanya. Tak pelik kerana selama ini pun mereka sering berjumpa dan melepak andai ada masa terluang.
“Memang kami hanya kawan saja dan tak lebih daripada itu. Hanya Tuhan saja tahu perasaan saya terhadapnya. Tapi biarlah ia menjadi rahsia hati saya sendiri,” katanya.
Sewaktu fotografi ini berlangsung, Zizan juga sedang sibuk melunaskan baki penggambaran filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof. 2012 yang juga menjadi tahun harapan untuk Naib Juara program Raja Lawak musim pertama di Astro Prima ini terus memberi tumpuan jitu dalam lakonan di layar perak.
“Setiap hari menjadi proses pembelajaran untuk saya terus mempertingkatkan kualiti diri sebagai pelakon. Saya tak mahu jadi pelakon tangkap muat atau asal boleh saja. Tengok saja pelakon Hollywood yang berlakon komedi namun apabila diberi peluang berlakon dalam genre komedi romantik, mereka tetap menyerlah.
“Aktor seperti Adam Sandler berjaya menghidupkan watak yang diberikan kepadanya. Semestinya saya juga mahu diberi peranan yang tidak terbatas kepada genre komedi semata-mata. Jauh lagi perjalanan saya dan saya tidak terlalu terdesak dan drastik menjadi seperti pelakon lain. Saya selesa menjadi diri sendiri,” kata Zizan yang pada masa sama sedang sibuk mempromosikan single terbaru Bawaku Pergi duet bersama Kaka ciptaan Malique di bawah terbitan Qarma Studio.
Sisi muzik, Zizan sebelum ini juga cukup menyerlah dengan lagu Selamat Tinggal yang turut menyaksikan kolaborasi sulungnya bersama Dina Nadzir. Kerjayanya sebagai pengacara juga terus berjalan kerana program Raja Lawak musim terbaru bersama Johan sudah mula bersiaran di Astro Prima.
Dalam pada itu Zizan sempat menambah dia akan terbabit dengan aktiviti bersama kelab peminatnya, Zizan Fan Club (ZFC) untuk mengunjungi premis hiburan popular di Singapura iaitu Universal Studios Singapore (USS) pada 24 hingga 25 Januari ini. Berminat untuk turut serta boleh hubungi Presiden ZFC, Hanif di talian 019-6351796
Zizan Razak Tidak Mahu Kerja Selepas 12 Malam
KUALA LUMPUR: Pelawak Zizan Razak, 28, menetapkan syarat kepada mana-mana pihak produksi untuk tidak bekerja lebih dari pukul 12 tengah malam kerana faktor kesihatan.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak berkata, sekiranya pihak penerbit tidak boleh menerima syarat-syarat itu, dia sanggup menolak tawaran yang diberikan walaupun bayaran yang ditawarkan lumayan.
"Sejak dimasukkan ke hospital akibat keradangan otot pada 29 April lalu, saya menyedari penjagaan kesihatan amat penting.
"Alhamdulillah, sejak keluar daripada hospital, doktor menasihatkan supaya mengehadkan waktu bekerja dan kini, setiap kali menerima tawaran berlakon, saya menetapkan syarat untuk bekerja sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.
"Mujurlah setakat ini, tiada produksi yang merungut dan mereka sangat memahami dengan keadaan saya ini," katanya.
Beritahu Zizan, kesibukannya bermula sejak menerima anugerah Pengacara Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) pada April lalu.
Atas dasar ingin membalas budi, dia sanggup bekerja keras agar peminat-peminatnya bangga terhadap pencapaian tersebut.
"Anugerah itu sebagai bukti peminat adalah tulang belakang utama dalam setiap kejayaan saya, mereka sanggup berhabis wang untuk mengundi.
"Sebab itu saya bekerja tanpa mengira waktu, selagi ada kudrat, selagi itulah saya bekerja. Tapi lain pula jadinya apabila saya pula yang ‘tumbang’," selorohnya.
Sementara itu, filem lakonan Zizan iaitu Mael Lambong telah pun ditayangkan sejak 21 Jun lalu.
Menurut Zizan, dia tidak sangka jenama 'Mael Lambong' yang direka sendiri ketika menyertai Maharaja Lawak bersama Johan mendapat perhatian daripada pengarahnya, Ahmad Idham.
"Jujur saya katakan, 'Mael Lambong' adalah satu watak rekaan yang sangat saya sayangi, tak sangka pula ia difilemkan terus.
"Bagus juga, kerana saya juga mahu Mael Lambong dijadikan sebuah drama berepisod," tuturnya.
Filem itu mengisahkan tentang Mael Lambong (Zizan), seorang penarik kereta profesional terjebak dengan sebuah komplot apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) secara tidak sengaja.
Antara pelakon lain yang membintangi filem tersebut ialah Shenty Feziliana, Shuib (Sepah) dan Sabri Yunus.
Zizan sayang Jue
Zizan Beli Kereta
Zizan ni baru jer beli Evo 10 di Mutiara Motor Larkin ari ni..
Yg bestnya, Evo 10 yg dibeli bukan jenis standard kilang, Evo dia ni dah di tuned dgn Performance Part M7.. Dgr khabarnya Evo10 ni horse power dia leh cecah 480hp.
Tuduhan Enggan Hadir Promosi Jatuhkan Zizan Razak
PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Zizan Razak (Raja Lawak) menyifatkan tuduhan dia sukar memberikan kerjasama bagi menjayakan promosi beberapa buah filem lakonannya adalah cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerjayanya.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 28, berkata dakwaan itu adalah tidak adil kerana dia dan pihak pengurusan tidak pernah melanggar sesuatu perjanjian dan komitmen jika ia sudah diatur dari awal.
“Tidak adil untuk menyalahkan saya semata-mata apabila saya gagal melibatkan diri dalam promosi sesebuah filem. Saya dan pengurusan tidak pernah melanggar perjanjian jika ia sudah dimaklumkan lebih awal.
“Masalahnya, ada syarikat produksi meminta komitmen saya pada saat-saat akhir sedangkan jadual saya bagi tarikh dan waktu tersebut sudah diisi dengan urusan lain. Apabila saya tidak dapat memenuhinya, timbul pula cerita saya sukar memberikan kerjasama,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Rabu.
Terbaru, Zizan sekali lagi didakwa enggan terbabit dalam rangka promosi filem Jalan Kembali... Bohsia 2 terbitan Skop Productions kerana sudah terikat dengan penggambaran filem lain.
Ditanya mengenai perkara itu, Zizan berkata dia tidak mendengar apa-apa berhubung dakwaan tersebut.
Namun, dia lebih menghargai jika ada pihak yang tidak berpuas hati agar menyatakan terus kepadanya daripada hanya tahu “cakap belakang”.
“Saya belum mendengar mengenai perkara itu lagi. Setakat ini, saya dan pihak Skop tidak mempunyai sebarang masalah.
“Tidak adil untuk tuduh saya enggan beri kerjasama kerana pada malam tayangan perdana filem itu baru-baru ini, saya sempat singgah walaupun saya mempunyai kerja di luar Kuala Lumpur pada keesokan paginya,” jelas Zizan.
Mengenai perasaannya berhubung isu tersebut, Zizan berkata dia berasa terkilan kerana dipersalahkan sewenang-wenangnya atas masalah yang turut disebabkan oleh pihak lain.
“Saya sudah penat mendengar tuduhan sebegini. Kalau diikutkan hati, memang saya sudah malas hendak layan. Saya sedar bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak tetapi seboleh mungkin saya akan berusaha untuk tidak membuat keputusan dan tindakan yang akan menyusahkan pihak lain,” akuinya.
Bercakap mengenai tahap kesihatannya sejak kembali bekerja selepas dua minggu berehat akibat keradangan otot, Zizan berkata dia bersyukur kerana keadaannya bertambah baik.
“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya bertambah baik untuk kembali bekerja seperti biasa. Sebelum ini, saya terlalu memaksa diri bekerja siang dan malam sehingga jatuh sakit.
“Kini, saya belajar untuk lebih menghargai kesihatan diri,” katanya yang bakal memulakan penggambaran filem terbaru Bikers Kental terbitan Tayangan Unggul dalam masa terdekat.
Zizan Razak Dapat Iktibar Selepas Jatuh Sakit
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) baru terfikir dia tidak seharusnya terlalu kuat bekerja sehingga menyebabkan dirinya jatuh sakit.
Zizan berkata, kejadian dia dimasukkan ke hospital akibat keradangan pada otot baru-baru ini telah menyedarkan dirinya tentang kepentingan menjaga kesihatan.
"Kerja dan wang bukan segala-galanya kerana tanpa kesihatan yang baik kita langsung tidak mampu melakukan apa-apa.
"Saya terlalu seronok bekerja sehingga tidak memikirkan tentang kesihatan diri namun ia adalah pengajaran terbaik buat diri saya selepas ini," katanya kepada mStar Online.
Zizan pada 29 April lalu telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai dekat sini akibat keradangan otot semasa bersiap untuk bertolak ke Ipoh bagi menyertai Karnival Jom Heboh.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tahap kesihatannya kini, Zizan berkata dia berasa lebih sihat selepas dapat berehat selama dua minggu dan doktor ada menasihatkannya supaya mengehadkan masa bekerja.
Malah akibat masalah itu pengurusnya Marina Juki telah menapis beberapa tawaran bagi memastikan Zizan mempunyai masa untuk berehat sebelum menerima tawaran baru.
"Alhamdulilah sekarang berasa lebih sihat dan segar tetapi perlu lebih prihatin terhadap kesihatan dan masa berehat yang lebih berkualiti," ujarnya.
Tambah Zizan, dia juga amat terharu dengan sokongan dan perhatian yang telah diberikan oleh rakan-rakanya sepanjang dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, Zizan berkata dia bakal kembali ke lokasi penggambaran filem Tokan yang sedang menjalani penggambaran di Melaka selain akan mengacarakan program Melodi seperti biasa selepas ini.
Zizan Razak Enggan Masuk Campur Masalah Dira
PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara, Zizan Razak atau Zizan (Raja Lawak) enggan mencampuri urusan peribadi rakan pengacaranya dalam rancangan Melodi iaitu Dira Abu Zahar yang didakwa memukul seorang wanita di dalam sebuah kelab baru-baru ini.
Zizan berkata, dia menganggap isu itu adalah sensitif dan sebagai orang luar, dia tidak berhak mencampuri urusan tersebut.
"Sejujurnya satu-satunya individu yang berhak bercakap mengenai perkara ini adalah Dira sendiri kerana dia lebih mengetahui. Tambahan pula isu ini sangat sensitif dan kesahihan cerita tersebut belum tentu benar.
"Jadi adalah lebih baik saya tidak mencampuri urusan orang lain kerana takut ia akan menimbulkan masalah," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Zizan juga enggan mengulas mengenai kehilangan Dira daripada program itu yang telah menimbulkan tanda tanya peminat setia rancangan hiburan tersebut.
"Baik pihak produksi mahupun Dira saya memang tidak pernah bertanya mengenai kehilangannya daripada program itu kerana tidak mahu masuk campur.
"Apabila penerbit memberitahu saya akan digandingkan dengan orang berbeza, saya anggap Dira mempunyai komitmen lain," ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai keserasiannya bersama Awal Ashaari yang menggantikan Dira, Zizan memberitahu dia senang bekerja dengan pengacara itu.
Ujar Zizan, dia tidak pasti sama ada Awal akan terus kekal mengacarakan program itu bersamanya atau pun hanya untuk sementara.
Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia ingin terlibat secara serius dalam dunia lakonan dengan membawa pelbagai watak dan tidak hanya tertumpu kepada genre komedi sahaja.
Zizan Razak Anggap Aznil Sebagai Hero
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak sangat mengagumi pengacara terkenal iaitu Aznil Nawawi dan menganggap beliau sebagai seorang hero.
Zizan berkata, dia sentiasa menjadikan pengacara terkenal itu sebagai rujukan dan bercita-cita untuk menjadi sepertinya suatu hari nanti.
"Nama Pak Nil sangat besar dalam industri hiburan dan sebagai pengacara. Saya sendiri sentiasa melihat dia seperti seorang hero yang telah memberi banyak panduan kepada pengacara baru seperti saya," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Zizan berkata dia berasa terharu apabila Aznil sendiri naik ke pentas semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH 2011) baru-baru ini untuk menyampaikan trofi kemenangannya sebagai Pengacara Lelaki Paling Popular.
Zizan berkata, dia sangat terkejut dengan tindakan Aznil itu dan terharu dengan sikap beliau yang sanggup berbuat demikian.
"Situasi di mana Pak Nil naik ke pentas dan menyerahkan trofi kepada saya adalah pengalaman indah buat diri saya sepanjang bergelar artis kerana beliau adalah ikon dan saya sendiri memandangnya sebagai seorang hero," ujarnya.
Tambah Zizan, dia juga tidak menyangka akan memenangi kategori itu kerana merasakan tidak layak untuk menyandang gelaran tersebut.
"Sembilan tahun Pak Nil memegang takhta pengacara paling popular dan tiba-tiba nama saya disebut. Ia adalah sesuatu yang sungguh tak disangka-sangka," ujarnya.
Sementara itu, Zizan berkata, dirinya semakin selesa bergelar pengacara dan tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang itu dalam masa terdekat.
Zizan memberitahu, masih banyak perkara perlu dipelajarinya dalam menjadi seorang pengacara yang baik dan dihormati seperti Aznil.
"Saya mula-mula berjinak-jinak dengan bidang pengacaraan apabila diberi peluang menjadi pembantu pengacara dalam program AC Di Sini yang pernah popular satu ketika dahulu.
"Semenjak itu saya tidak pernah berpaling lagi dan menyedari saya ada bakat dalam sebagai pengacara," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, kerjayanya kini sangat padat dengan pelbagai jadual penggambaran selain dia perlu bijak membahagikan masa agar tiada percanggahan jadual.
Kata Zizan, dia bagaimanapun tidak merungut dengan situasi itu kerana apa yang dilakukannya hari ini adalah pekerjaan yang sangat dicintainya.
"Penat memang penat tetapi semuanya berbaloi kerana apa yang dilakukan adalah sesuatu yang sangat saya cintai," katanya.
Zizan Razak Mahu Jadi Pelumba Kereta
KUALA LUMPUR: Selepas berjaya mengukir nama sebagai pelakon, Zizan Razak berkongsi impian untuk bergelar seorang pelumba kereta pacuan empat roda.
Zizan berkata, cita-cita tersebut sudah lama diimpikan kerana dia begitu meminati sukan permotoran dan berharap akan mengambil peluang untuk menyertai pertandingan jika mempunyai masa terluang.
"Sebenarnya, selain lakonan, sukan permotoran merupakan antara minat saya sejak dahulu lagi dan menjadi pelumba kereta pacuan empat roda merupakan impian saya.
"Malah ketika saya tinggal di kampung dahulu di Terengganu, saya sering berlumba motor dan kereta bersama rakan-rakan di trek yang disediakan.
"Harap-harap, saya dapat mencuri masa dan peluang untuk memberi fokus dalam bidang perlumbaan pula dalam masa terdekat ini," katanya yang kini menjadi duta kepada produk aksesori kereta buatan Jepun, iaitu M7 dan Drive.
Selain itu, Zizan juga akan mula mempelajari selok-belok kerja di belakang tabir untuk menjadi seorang pengarah filem satu hari nanti.
"Ya, macam-macam benda yang saya impikan dan inilah antara yang saya rancang untuk memperolehnya. Sekarang ini saya sedang mempelajari kerja-kerja di belakang tabir dan akan menubuhkan sebuah produksi untuk menerbitkan karya-karya filem tempatan.
"Selain itu, saya juga memiliki syarikat pengurusan artis iaitu Wire Fame Entertainment dan antara artis yang kini di bawah naungan syarikat ini ialah Kaka, Juliana Evans dan Johan Asaari," ujarnya.
Dalam pada itu kata Zizan, syarikat pengurusan tersebut juga terbuka buat mana-mana selebriti yang tidak tahu menguruskan kerjaya atau haluan mereka di bidang seni tempatan.
Zizan kini muncul di pawagam menerusi filem Jangan Pandang-Pandang.
Kaka kekasih dalam lagu Zizan
DENDANGAN bait lagu cinta, bawa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti mudah sahaja masuk ke carta hangat dan mula intim sebagai halwa telinga. Pesona irama serta paduan suara itu pantas membidik rasa ingin tahu, siapa gerangan pemilik suara di sebalik nama. Zizan sudah cukup dikenali tapi regunya Kaka, masih dalam usaha menembusi tembok populariti.
Sepintas lalu, nama Kaka pasti dikaitkan dengan pemain bola sepak dan kalaupun gadis, pasti orangnya lincah atau berkarakter maskulin. Kaka tersenyum sambil cuba menahan bibir daripada ternganga lebar. Orangnya masih kelihatan manis walaupun pendakap gigi yang dipakainya sejak beberapa tahun itu masih melekat kemas.
"Dah lama saya pakai pendakap gigi," ujar Kaka tergelak saat diusik Zizan.
"Awak ni kan," sampuk Zizan berseloroh. Itu ayat menyakat oleh Zizan jika mahu kekasih dalam lagunya itu melentok lebih manja.
Canda antara Zizan dan Kaka kelihatan mesra, semesra nada R&B serta soul yang basah dalam lantunan Bawa Aku Pergi, judul yang menjadi debut penyatuan Kaka dan Zizan di pentas nyanyian.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, sudah menyanyi sejak kecil namun cuma tahun ini dia berpeluang merakam suara. Di sisi Zizan yang punya profil kukuh - pelawak, pelakon serta pengacara, Kaka tidak boleh lari daripada dituduh sebagai menumpang populariti.
"Saya tiada niat untuk menumpang populariti Zizan, kalau saya mahu menumpang populariti orang lain, sudah lama saya buat perkara itu. Kalau boleh, saya memang mahu berdiri sendiri tetapi 'lamaran' Zizan yang terlebih dahulu menyunting saya.
"Selama ini saya tunggu lagu yang sesuai. Bila Zizan nyatakan hajatnya, saya terima sebab sangat tertarik dengan melodi lagu berkenaan. Sekali dengar sahaja, terus melekat. Sesiapapun tidak menolak peluang baik," kata Kaka.
Menelaah Kaka secara harfiah, sepertinya wanita berusia 23 tahun itu ada sejarah tersendiri dalam arus muzik. Dia kemas menyimpan masa silamnya, pertalian yang mengaitkan dirinya dengan seseorang, satu nama besar dalam industri.
"Buat masa ini, biarlah orang kenal saya dengan nama Kaka, dengan lagu Bawa Aku Pergi. Siapa saya dan bagaimana saya masuk dalam dunia nyanyian, biarlah kolaborasi saya bersama Zizan yang menjadi titik mula," katanya ringkas, masih ragu-ragu penerimaan peminat muzik terhadap kemunculan sulungnya.
Mula menyanyi sejak berusia lapan tahun, cita-cita Kaka untuk meneruskan minat ke lapangan nyanyian arus perdana semakin serius usai tamat persekolahan.
"Tapi saya sedar, sebelum ini saya tidak cukup persediaan, tak yakin dengan penampilan saya," lenturnya perlahan, mengakui memiliki potongan badan yang sedikit berisi sebelum ini.
Bina empayar
Bekerja dengan Zizan dan Malique selaku komposer single berkenaan, Kaka mendakwa ia satu proses yang mengujakan. Banyak perkara yang ditelusuri, dipelajari, dan diserap masuk ke jiwa sebelum diluahkan ke dalam bait-bait yang cukup santai tetapi penuh jiwa.
"Zizan suka buat lawak, tak habis-habis mengusik sahaja kerja dia, dia buat semua orang tidak tertekan dan dapat bekerja dengan ceria. Sepanjang bekerja, kami tidak ada pengalaman pahit," kata Kaka yang merancang untuk muncul dengan single sendiri tapi bukan dalam tempoh terdekat.
Sebagai orang baharu katanya, dia mahu menilai pasaran terlebih dahulu. Biar orang kenal, barulah timbul rasa cinta, katanya.
Tiada siapa sangka anak muda kelahiran Terengganu yang dicungkil bakat melalui program Raja Lawak itu menyinar sejauh sekarang.
Tidak perlu lagi diperkenalkan sebagai pelakon dan pelawak, Zizan atau nama sebenar, Mohd. Razizan Abdul Razak semakin serius di pentas nyanyian. Duet bersama Dina menerusi lagu Selamat Tinggal, menjadi tiket kepada Zizan. Sementelah katanya, syarikat miliknya, Wirefame Entertainment yang ditubuhkan tahun lepas menjadi bukti kesungguhannya membina empayar sendiri.
"Ini bukan projek eksperimental tapi kebetulan saya memang sedang fokus untuk mengembangkan operasi syarikat dan ada artis bawah naungan sendiri.
"Nyanyian itu salah satu cabang seni dan tak salah untuk saya buat semua benda, semuanya untuk kekal stabil dalam bidang ini," ujar Zizan mengenai anjakan demi anjakan yang dilalui.
Dalam proses untuk menyiapkan klip video untuk lagu berkenaan, Zizan yang bakal muncul dengan filem terbaharunya Cinta Kura-Kura, pada Mac nanti yakin dengan keputusannya memilih Kaka sebagai teman duet.
"Mulanya terfikir dan mencari-cari artis mana yang sesuai untuk menyanyikan lagu berkenaan, daripada ambil penyanyi yang sudah ada nama, baik saya cari artis baharu. Ada pula teman-teman yang petik nama Kaka, kata mereka, suara Kaka unik," cerita Zizan.
Tabah Zizan: "Nyanyian satu benda baharu yang sangat positif buat saya. Asalnya, saya bukan mahu jadi penyanyi, suara saya bukannya sedap sangat untuk menyanyi solo. Saya cuma nak jadi rapper dan suka bahagian 'rapping' sahaja, sebab itu saya memerlukan penyanyi lain untuk menyanyikan bahagian-bahagian lain."
Lawak Ke, Der?
Zizan pernah dikaitkan dengan pelakon Juliana Evans yang sedang menuntut di Amerika Syarikat. Jauh di mata namun pada sangkaan ramai mereka berdua ada pautan istimewa yang sedang istimewa. Tidak putus-putus dikatakan sedang bercinta, tidak bosankah Zizan dengan persoalan itu.
"Saya tak pernah bosan sebab orang lain yang bertanya, sebagai artis, saya cuma menjalankan tugas. Saya dan Juliana memang rapat, rapat sebagai kawan.
"Sampai sekarang, saya memang tiada kekasih, betul. Kalau ada, nanti saya cakap. Kalau kawan saya cakap kawan, kalau dah ada deklarasi nanti, saya beritahu," nakal cara Zizan meleraikan persoalan.
Sedang sibuk Raja Lawak musim keenam dan pementasan hari terakhir bersama Johan untuk Lawak Ke Der? di Istana Budaya, Zizan gembira dengan sambutan peminat. Katanya, biarlah sokongan itu berterusan untuk filem Cinta Kura-Kura pula.
"Watak saya cuma sebagai kura-kura, tapi lakonan semuanya hak penerbit sebab mereka yang buat animasi, saya cuma boleh besarkan karakter dengan dialog. Harap penonton terhibur."
"Saya sendiri memang jenis susah mahu puas hati dan ketawa dengan lawak sendiri, hanya Johan sahaja yang boleh buat saya ketawa," katanya.
Zizan menangis kerana Juliana
MASIH berteka-teki mengenai status hubungan mereka, Zizan lebih selesa menggambarkan dirinya dengan Juliana Evans sebagai 'kawan'.
Namun apabila Zizan menangis ketika keberangkatan Juliana ke Amerika Syarikat (AS) pada 4 Januari lalu, bagai ada sesuatu yang disembunyikan oleh keduanya.
Menjawab perkara berkenaan, Zizan hanya menyifatkan ia sebagai air mata seorang kawan rapat dan tidak lebih dari itu.
"Sebolehnya saya tidak mahu menangis pada hari tersebut tapi apabila lihat rakan-rakan Jue menangis, saya tidak dapat menahan perasaan sebak lalu menangis.
"Memang payah saya untuk menangis tapi disebabkan dia ialah kawan saya yang paling rapat dalam industri tambahan pula dia 'sekepala' dengan saya, maka perasaan sedih itu timbul di saat perpisahan kami.
"Saya tahu, dia pergi ke AS pun untuk belajar malah saya juga kagum sebenarnya dengan Jue. Dia sanggup berjimat dalam setiap perbelanjaannya semata-mata untuk menyambung pelajarannya," jelas Zizan yang turut berjumpa keluarga Juliana pada hari keberangkatannya itu.
Selain itu Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak juga sempat berpesan kepada Juliana yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di University of Michigan agar tidak mensia-siakan peluang yang ada.
"Peluang Jue dapat belajar di luar negara sememangnya tidak harus disiakan lebih-lebih lagi semua wang hasil kerjayanya digunakan untuk tujuan tersebut.
"Selain itu, dia juga ada pesan sesuatu pada saya. Dia kata dia tidak mahu dengar perkara-perkara buruk berkaitan diri saya sepanjang dia melanjutkan pelajaran di sana," ujar Zizan yang menyifatkan pesanan itu benar-benar menyentuh perasaannya.
Walaupun dipisahkan dengan jarak dan perbezaan waktu, mereka masih lagi berhubung seperti biasa.
"Jue ada beritahu saya, dia baru sahaja selesai program orientasi di sana dan sudah memulakan kelas," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Zizan turut memberitahu dia juga mempunyai rancangan untuk melawat Jue di AS tetapi bukan dalam masa terdekat.
"Jika ada rezeki dan peluang, saya akan ke sana. Siapa yang tidak mahu malah kalau bukan kerana Jue pun saya memang menyimpan hasrat untuk bercuti di sana," ujarnya sebelum menutup bicara.
Saya memang anak emak - Zizan Raja Lawak
KALAU dihitung jumlah tahun pembabitan Zizan dalam bidang seni, memang boleh dikatakan masih baru dan hijau.
Tetapi, populariti yang dikecapi dalam tempoh lima tahun yang dilaluinya sebagai anak seni sememangnya cukup membanggakan.
Sehinggakan ada yang berbisik dan mengkhabarkan bahawa Zizan kini merupakan salah seorang pelawak yang semakin tinggi nilainya.
Apa yang membanggakan, Zizan juga sudah mampu berdiri setanding dengan pelawak senior yang lain.
Namun, bagi diri anak kelahiran Dungun, Terengganu itu, dia tidak pernah melihat dirinya dalam kedudukan tertinggi.
Sebaliknya, dengan penuh rendah diri Zizan memberitahu dia sentiasa berpijak di bumi nyata kerana sedar bahawa apa yang dimilikinya hari ini sebenarnya juga sebahagian daripada ujian Allah SWT.
“Biarpun orang melihat saya sebagai seorang yang popular, tetapi jauh di sudut hati saya ini, hakikatnya saya masih Zizan yang sama.
“Saya berpegang teguh kepada prinsip hidup saya untuk tidak menjadi seorang yang bermegah-megah dengan kejayaan hari ini.
“Apa yang saya lalui selama hari ini semuanya tidak pernah datang bergolek. Ia adalah hasil daripada usaha dan kerja keras saya.
“Apa yang penting juga, saya tidak akan sesekali melupakan semua pesanan dan nasihat ibu saya yang merupakan azimat untuk saya meneruskan kehidupan,” jelas anak muda berusia 27 tahun itu dalam nada bersungguh.
Naib juara Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007 itu berkata demikian sewaktu ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Mael Lambong di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menyambung bicara, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd. Razizan Abdul Razak mengakui, cabaran dan dugaan sebagai seorang artis cukup besar terutama untuk seorang pelawak sepertinya.
Katanya lagi, jika tidak dikuatkan iman, tidak mustahil dirinya mampu tersasar jauh dari landasan dan pegangan hidup.
Mendengarkan kata-katanya itu, Hits terus mengajukan soalan kepada Zizan apakah pernah terdetik di hatinya untuk menjadi seorang ‘budak nakal’ dengan statusnya sebagai artis popular itu.
Semangat ibu
“Saya tahu setiap kali apabila memperkatakan tentang dunia hiburan, konotasi negatif itu memang tidak dapat lari seperti kaki perempuan, kaki botol, kaki disko, dadah dan lain-lain lagi.
“Seperti mana yang saya katakan tadi, kalau iman kita tidak kuat, memang kita mampu menjebakkan diri melakukan perkara-perkara yang tidak elok.
“Saya tidak malu untuk mengaku yang saya ini memang anak emak. Apa saja yang saya lakukan, saya akan memikirkan emak saya kerana dia merupakan tulang belakang kepada kejayaan saya hari ini.
“Di kala saya sedih dan berduka, ibu saya menaikkan semangat saya dengan kata-kata perangsang. Apa saja berita saya keluar di akhbar, dia akan menelefon dan memberi nasihat.
“Ada kala saya dipermainkan oleh teman-teman lain kerana dikatakan mahu menjadi seorang yang cuba hendak tunjuk baik. Tetapi, saya tidak dapat membohong diri saya kerana ini adalah diri saya yang sebenar,” jelas Zizan yang dilahirkan pada 15 April 1982 itu panjang lebar.
Dengan penuh terbuka juga, bintang filem KL Gangster dan Hantu Bonceng itu mengaku, dia tidak pernah melibatkan dirinya melakukan perkara yang mampu merosakkan reputasinya seperti bersantai di kelab malam dan berpeleseran tanpa hala tuju.
Pernah juga dia mencuba menghabiskan masa di kelab malam untuk berhibur. Tetapi terus terang dia mengatakan jiwanya bukan ke arah itu.
Kalau ada waktu senggang sekalipun, Zizan lebih selesa berehat di rumah sambil ditemani kucing peliharaannya.
“Saya memang suka menari dan pernah ke kelab malam untuk sekadar melepaskan tekanan. Tetapi, saya tidak boleh lama di situ kerana sesak nafas saya dibuatnya (ketawa).
“Bukan itu sahaja, demi menjaga kesihatan juga, saya sendiri sudah berhenti merokok hampir dua tahun lalu. Seandainya ada yang tidak percaya dengan kisah saya ini, saya tidak boleh berbuat apa-apa,” ujar pemilik trofi Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular 2010 ini tanpa selindung.
Tidak menyesal
Barangkali ramai yang tidak tahu bahawa bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang anak seni kerana ia memerlukan pengorbanan yang besar. Apatah lagi yang popular dan ternama seperti Zizan.
Dalam pertemuan itu juga, penulis sempat bertanyakan kepadanya, apakah pernah terbit rasa menyesal di hatinya apabila memilih jalan seni sebagai punca pendapatannya?
Diam seketika sebelum memberikan jawapan, Zizan menjelaskan, penyesalan tidak pernah ada dalam dirinya sepanjang lima tahun menjadi seorang anak seni.
“Saya sendiri memilih untuk menjadi seorang artis dan maka itu, saya harus bersiap-sedia menghadapi segala kemungkinan. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan saya juga begitu menjaga kehidupan privasi saya.
“Peminat dan penyokong saya telah meletakkan saya di tahap seperti mana hari ini dan saya mencuba sedaya-upaya untuk memuaskan hati mereka.
“Walaupun ada ketika saya sedang berehat atau makan di luar, mereka akan datang kepada saya untuk bergambar. Tetapi, saya akan meminta secara baik untuk diberi masa sehingga saya menghabiskan apa yang sepatutnya.
“Saya percaya kalau kita berdiplomasi dengan peminat mereka akan faham dan menghormati kita. Artis juga sama seperti orang lain kerana mereka mempunyai kehidupan sendiri,” ujar Zizan yang juga selesa digelar Zizan Razak selain Zizan Raja Lawak.
Dalam masa yang sama, Zizan juga menafikan dirinya sudah sah menjadi wajah eksklusif Astro bersama sahabatnya, Johan.
Namun begitu, Zizan tidak menafikan bahawa stesen berbayar itu ada menyuarakan hasrat untuk berbincang soal tersebut tetapi tiada perkembangan lanjut.
“Kalau benarlah perkara ini terjadi, saya mahu melihat prospek kerjaya saya dalam konteks yang lebih luas lagi. Saya tidak mahu terikat hanya sebagai pelakon tetapi juga cabang seni lain,” kata Zizan yang juga pengacara Raja Lawak selain berbakat dalam menyanyi atau lebih tepat, rapping.
Ustaz Azhar Idrus Cerita Pengalaman Berbual Bersama Zizan Raja Lawak
Kami masih boleh ketawa penuh perasaan setiap kali mengulang tonton video Ustaz Azhar Idris ini.
Kontroversi ucapan syahadah Zizan Raja Lawak dalam filem Hantu Bonceng mungkin sudah selesai, namun video Youtube ini nampaknya masih relevan di’mata kami.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, bukan sekali Zizan Raja Lawak menghubungi beliau untuk bertanyakan tentang sesuatu yang beliau tidak tahu — tetapi ada satu panggilan lagi berkaitan perniagaan karaoke.
Zizan Raja Lawak di’katakan di’ajak seorang rakan untuk membuka sebuah perniagaan pusat karaoke yang di’khabarkan membawa keuntungan RM30,000 sebulan termasuk perkhidmatan makan & minum.
Namun selepas mendapatkan nasihat dari Ustaz Azhar Idrus, Zizan Raja Lawak di’katakan tidak meneruskan niat untuk turut serta dalam perniagaan tersebut sebaliknya membuka perniagaan lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
