Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Zoey Rahman. Show all posts
Showing posts with label Zoey Rahman. Show all posts

Zoey Rahman Masih Dibayangi Imej Kanak-Kanak

Pelakon Zoey mengakui wajah keanak-anakkannya membataskan untuk dia mendapatkan kepercayaan pengarah dalam membawa watak-watak dewasa seiiring dengan umurnya yang kini sudah mencecah 29 tahun. Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, perkara tersebut juga menyukarkan dia keluar daripada terus dilabel sebagai pelakon kanak-kanak. "Saya akui kerana wajah saya ini saya sukar untuk mendapat watak-watak utama dan serius, hanya beberapa watak terutama pelajar sekolah yang sering ditawarkan kepada saya. "Di luar masih ramai peminat kanak-kanak yang panggil saya abang Zoey, ia mungkin kerana program kanak-kanak yang saya hoskan sebelum ini membuatkan saya terus melekat dengan imej itu," katanya kepada mStar Online.
Zoey berharap terus diberi peluang membawa watak serius. Di sebabkan perkara itu juga, Zoey berkata dia kini lebih memilih watak terutama dalam membuang imej kanak-kanak berkenaan selain lebih selesa dengan penampilan yang lebih dewasa berbanding dahulu. "Saya memang akan fikir banyak kali kalau tawaran menjadikan saya sebagai budak sekolah, kalau boleh memang saya tidak mahu. "Saya juga banyak mengubah penampilan kepada lebih dewasa dan tidak pakai baju-baju yang terlalu terang dan banyak warna," katanya. Zoey mula dikenali menerusi bidang pengacaraan dalam program kanak-kanak Gerak Geri Gasing yang pernah bersiaran di Astro Ceria. Sementara itu, Zoey berkata, program Fear Factor yang disertai tahun lalu memberi peluang kepadanya untuk membuktikan keupayaan melakukan aktiviti lasak. "Selepas program Fear Factor saya dapat banyak tawaran berlakon yang membolehkan saya keluar daripada watak kanak-kanak. Program itu telah membuka mata pengarah bahawa saya sebenarnya seorang yang tahan lasak. "Biarpun hanya sekadar menduduki tempat kedua dalam program itu, namun saya rasa bersyukur ia memberi impak besar dalam kerjaya saya sekarang," katanya. Dalam pada itu, Zoey bakal muncul dalam drama bersiri Plan B yang akan disiarkan di Slot Aksi pukul 10 malam di TV3 bermula pada 19 Ogos ini. Drama arahan Fezor Kadir itu turut mebariskan pelakon seperti Shukri Yahaya, Talha Harith, Risteena, dan Beto Kusyairy.

Zoey tak kecil hati

SEJAK drama Demi Dia ditayangkan ramai yang merungut pada Syed pasal drama berkenaan. Macam-macam orang yang melahirkan rasa tak puas hati terhadap drama itu terutama membabitkan watak dua watak utama lakonan Zoey Rahman dan Elfira Loy. Kata mereka gandingan antara kedua-dua pelakon ini tak kena dan tak menjadi. Sebab itu banyak persatuan makcik-makcik kaki drama tak puas hati dengan drama yang mereka anggap tak menarik perhatian langsung berbanding drama sebelum ini. Ada sahaja SMS dan panggilan telefon yang Syed terima semata-mata nak mengata drama ini. Tapi teruk sangat ke Demi Dia ini? Bukan apa Demi Dia ini drama pasal perkahwinan muda. Dah tentulah orang yang berlakon pun kena muda dan sesuai pada watak yang dicipta. Tak mungkin perlu letak pelakon hebat yang dah tua untuk drama tersebut. Tak boleh juga nak salahkan Zoey mahupun Elfira dalam hal macam ni. Sudah tentu keputusan untuk menggandingkan mereka dibuat oleh pihak produksi yang dipersetujui oleh stesen televisyen. Syed ada berjumpa Zoey baru-baru ini dan bertanyakan perkara berkenaan. "Saya tahu ramai yang tak berkenan dengan cerita tersebut. Memang dari awal lagi saya dengar orang merungut macam-macam kata saya dan Elfira tak sesuai untuk watak berkenaan. "Kena ingat Demi Dia ini merupakan cerita tentang kahwin muda. Mungkin kahwin muda ini jarang berlaku pada orang kita tetapi masih berlaku sehingga hari ini. "Apa-apa pun saya hanya mengikut arahan abang Aziz M. Osman. Dia yang menentukan hala tuju drama ini untuk jadi apa. Insya-Allah saya harap orang akan dapat terima kalau mereka ikuti drama berkenaan sampai habis. "Kalau tengok trend pun memang orang tak suka pada awal tapi bila pada fasa pertengahan barulah mereka suka dan ikut. Bila orang kritik kita itu bermakna orang melihat. Saya ambil teguran ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam bidang ini," jelasnya pada Syed. Tak mengapalah Zoey, kalau ada kesungguhan mesti ada jalan untuk berjaya. Mana kritikan yang baik itu boleh diambil untuk kebaikan, yang buruk buang jauh-jauh.

Zoey Mulai Bosan Kerana Watak Remaja

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman mengakui sudah bosan apabila sering diberikan watak remaja dalam sesebuah drama. Zoey, 27, berkata, perkara itu telah menyebabkan kredibilitinya sebagai seorang pelakon tidak mempunyai peningkatan apabila sering diberi peranan sama. "Jujurnya saya sudah mula bosan kerana watak yang diberikan sentiasa sama sehingga saya lihat tiada peningkatan dalam kerjaya sebagai pelakon. "Saya sering mendapat watak remaja atau budak sekolah sehingga saya mempunyai set pakaian seragam sendiri kerana sering dapat watak pelajar," ujarnya kepada mStar Online. Tambah Zoey, atas dasar itu juga dia mula mengehadkan aktiviti lakonan dan lebih selektif terhadap tawaran yang diberikan. Dalam pada itu, Zoey memberitahu, walaupun perjalanan karier lakonannya tidak selancar seperti diharapkan namun dia mengakui semakin menyerlah dalam bidang pengacaraan. "Saya semakin selesa bergelar pengacara kerana ia banyak membantu saya dari segi pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri," jelasnya. Sementara itu, Zoey memberitahu selain lakonan dan pengacaraan dia kini turut memberikan tumpuan kepada dua perniagaan yang diusahakan bersama abangnya iaitu Calista Design dan sebuah restoran di kampung halamannya, Besut, Terengganu, yang diberi nama Durian Belanda. Menurut Zoey, jika tidak mempunyai sebarang projek lakonan atau pengacaraan dia akan menghabiskan masa di butik yang menyediakan khidmat hiasan dalaman itu yang terletak di Damansara dekat sini. "Saya pernah mengikuti kursus hiasan dalaman dan perniagaan tersebut dikongsi bersama abang saya. Jika tiada sebarang projek saya akan ke sana untuk menguruskan hal-hal pejabat," jelasnya. Tambah Zoey, dua perniagaan tersebut adalah sebagai salah satu persediaan untuk masa depannya. "Bukan selamanya kita akan berada di dalam industri ini dan perniagaan adalah satu bentuk persediaan sekiranya saya tidak lagi berlakon atau mengacara," jelasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails