Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Faizal Tahir hebat


TERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Faizal Tahir kerana berjaya menggenggam anugerah penyanyi lelaki popular baru-baru ini.

Ternyata Faizal telah membuktikan dengan bakat yang dia ada, populariti mengejar dia dan peminat-peminatnya semakin bertambah. Dia bukan setakat seorang penyanyi tetapi juga boleh dipanggil penghibur.

Lupakan tentang isu bahasa Inggeris biarpun ramai yang menyelar dia tidak menitikberatkan bahasa ibunda. Terima kasih Faizal kerana hadir dalam industri muzik dengan muzik yang begitu unik, segar, terkini dan mempesonakan kami peminat.

Sekarang kita sudah ada muzik kita sendiri, muzik yang dicetuskan oleh Faizal Tahir. Tak perlulah lagi kita banggakan muzik dari luar. Faizal, kami sayang kamu dan terima kasih sekali lagi kerana tidak pernah jemu menghiburkan kami.

Tak kenal maka tak cinta, jangan begitu mudah menjatuhkan hukum, kenalilah semua di luar sana anak muda bernama Faizal ini, nescaya anda akan kagum dengan aura dirinya.

AKU TAK HANYUT,

Kuala Lumpur.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails