Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nieyl belum popular


TIKET sebagai protege Nurul Wahab menerusi program realiti televisyen Mentor musim kedua belum cukup kuat untuk memperkenalkan Nieyl atau nama sebenarnya Nuriylia Jailani di mata peminat muzik tanah air.

Kehadiran Nieyl untuk menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu nyanyiannya seperti Dua Hati, Persada dan Andainya gagal menarik perhatian peminat.

Senario itu mungkin disebabkan lagu-lagu yang dilontarkan tidak mesra telinga pendengar.

Kata Nieyl, apabila dia menyanyi, penonton akan ternganga. Bukan kerana kagum atau tidak sukakan lagu-lagunya. Sebaliknya, mereka ternganga disebabkan lagu yang didengar itu, tidak biasa di telinga pendengar.

Tetapi apabila Nieyl menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lain, reaksi yang diterima berbeza.

Dalam situasi begitu, Nieyl mengakui hatinya terguris tetapi dalam masa yang sama, dia tidak pula menyalahkan peminat.

Justeru, dia bertekad untuk menghasilkan lagu sendiri dan mencuba sedaya upaya untuk mempopularkan lagu-lagunya agar menjadi siulan ramai.

"Sedih hati ini apabila menyanyi di pentas, orang tidak beri perhatian. Namun kita tidak boleh menyalahkan penonton kerana mereka hanya akan beri perhatian kalau mereka tahu lagu berkenaan.

"Saya sedar, lagu-lagu nyanyian saya tidak mesra di telinga peminat kerana lagu-lagu saya tidak berpeluang diperkenalkan secara meluas kepada pendengar.

"Jadi apabila saya nyanyi, orang ternganga. Ternganga bukan kerana suka tapi kerana mereka tidak tahu apa lagu yang saya nyanyikan," katanya kepada Hits.

Biarpun mengalami keadaan seperti itu, ibu kepada Damia Dazmah Shah yang berusia setahun lebih itu tidak mudah berputus asa.

Sebaliknya, Nieyl menanam tekad untuk merakamkan lagu baru sebagai platform untuk dia meneruskan langkahnya dalam bidang seni.

Oleh itu, Nieyl bersandarkan kepada single Sering, ciptaan Amylea untuk memperkenalkan semula dirinya kepada peminat muzik tempatan.

"Setakat ini, lagu itu yang liriknya saya tulis bersama Amylea, mendapat sambutan yang memberangsangkan.

"Saya senang bekerjasama dengan Amylea kerana dia dapat 'menangkap' apa kehendak saya dan harapan saya, gandingan kami menjadi," katanya.

Untuk melangkah lebih jauh lagi, kata Nieyl, dia perlu melihat reaksi peminat terhadap lagu Sering.

"Apa-apa pun, kena lihat reaksi orang ramai dahulu sama ada mereka suka atau tidak lagu itu.

"Kalau semuanya berjalan lancar, mungkin saya akan tampil dengan album penuh. Cuma agak sukar nak beritahu bila tarikh pelancaran album penuh itu.

"Semuanya bergantung kepada bajet untuk menerbitkan album itu nanti. Maklumlah, saya keluarkan duit sendiri untuk buat album," katanya terus terang.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails