Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Jimmy Shanley. Show all posts
Showing posts with label Jimmy Shanley. Show all posts
BERGELAR BAPA KALI KEDUA - JIMMY TIDAK BERNIAT SOROKKAN ANAK
Pada bulan 23 Mei lalu, isteri Jimmy Shanley iaitu Mariam Jamilah Abdul Jalil telah selamat melahirkan seorang anak perempuan.
Untuk makluman, anak perempuan Jimmy dan Mariam ini diberi nama Hannah Shanley yang kini sudah pun berusia empat bulan.
"Kenalkan anak kedua saya, Hannah Shanley yang kini berumur empat bulan yang dilahirkan pada 23 Mei lalu. Jujurnya walaupun sudah dua kali bergelar bapa, namun kali ini saya merasai sendiri pengalaman dalam bilik bersalin dan sama-sama dengan isteri untuk membesarkan anak kami.
"Sebenarnya bukanlah saya mahu menyorokkan Hannah, kalau ada yang mengikuti laman Instagram saya, pasti perasan ada gambar bayi di situ. Cuma untuk berkongsi terlalu banyak gambar sebelum ini memang saya hadkan memandangkan anak saya masih kecil," ujar Jimmy dipetik sebagai berkata.
Selain itu, Jimmy juga menyatakan bahawa dia mahu anaknya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Malah dia juga dalam masa yang sama turut berharap agar dikurniakan anak lelaki pula selepas ini dan tidak akan kalah mencuba untuk membesarkan keluarganya.
Untuk rekod, Jimmy berkahwin dengan Mariam pada 7 Jun 2014. Sebelum Mariam, Jimmy pernah mendirikan bersama dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012. Mereka mempunyai seorang anak perempuan Zahrah Rania Shanley hasil daripada perkahwinan tersebut.
BELI KATIL BABY - ISTERI BARU JIMMY SHANLEY HAMIL?
"No comment buat sementara ini. Rileks dulu... Nanti-nanti bila saya sudah bersedia, saya akan beritahu.
"Ia masih lagi terlalu peribadi untuk diceritakan buat masa ini," demikian komen Jimmy Shanley bila diajukan soalan mengenai kehamilan isteri barunya, Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27.
Entah enapa, kali ini Jimmy dilihat mengambil pendekatan berhati-hati mengenai gosip yang mengatakan dia bakal menimang anak hasil daripada perkahwinan keduanya.
Gosip itu timbul gara-gara Jimmy memuat naik menerusi Instagramnya sekeping foto sebuah katil bayi yang disambungkan ke katil dewasa dengan kapsyen 'Ada extension plak katil...ermmm'.
Sebagai makluman, Jimmy dan Mariam mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalu. Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.
Jimmy Shanley Luah Rasa Kesal Gagal Raikan 'Birthday' Anak
Hasrat Penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley, 34, untuk bermesra dengan anaknya, Zahrah Rania Shanley yang menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada Selasa (hari ini) gagal.
Perkara itu didedahkan oleh Jimmy menerusi status terbaharu Instagram miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 12.30 tengah hari Selasa.
“Happy 3rd birthday… Dulu alasan tak bagi sebab duduk seorang, kini sudah berumah tangga pun tak dapat, kononnya hanya nak publisiti (pleaseee la), nak diambil tak bagi, tak diambil dicaci di media, lu pikirlah sendiri,” demikian kesimpulan luahan Jimmy.
Berdasarkan kepada status itu memperlihatkan seolah-olah hubungannya dengan keluarga bekas mertua masih tidak dapat diselesaikan.
Terdahulu, bekas ibu mertua Jimmy iaitu Datin Muniroh Kasim dalam sebuah akhbar mendedahkan Jimmy digambarkan seolah-olah tidak menyayangi anaknya apabila tidak memeluk kanak-kanak berkenaan ketika dipertemukan di sebuah pusat beli belah.
Malah wanita itu turut mendakwa Jimmy juga tidak bersungguh-sungguh untuk menjaga Zahrah Rania sebaliknya hanya mahukan publisiti.
Dalam pada itu status yang dimuat naik Jimmy mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut Instagram miliknya yang menyuruh dia bersabar.
Malah ada yang berkata, jika anaknya besar nanti, Zahrah Rania akan mencari bapanya juga termasuklah sebagai wali nikah.
Pada 7 Jun lalu, Jimmy selamat bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, dekat sini.
Jimmy memberi mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM15,000.
Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan yang diberi hak penjagaannya oleh mahkamah kepada Nursuhaila Eliani.
Tidak abaikan anak - Jimmy Shanley
Kisah perkahwinan dan seterusnya perpisahan pengacara dan penyampai radio, Jimmy Shanley dengan bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy telah selesai. Namun perbalahan berhubung hak penjagaan anak mereka iaitu Zahrah Rania Shanley, 2, masih lagi berlanjutan selama beberapa tahun, sehinggalah ke hari ini.
Dalam pada itu, terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan Jimmy seolah-olah melepaskan tangan daripada menjalankan tanggungjawab selaku bapa kepada anak kecil itu, akibat kejadian tersebut. Nada-nada sumbang itu mula bertebaran ekoran Jimmy jarang sekali dilihat meluangkan masa dengan anak kecil itu akhir-akhir ini.
Ketika hal itu diajukan kepadanya baru-baru ini, Jimmy tidak menafikan bahawa dia tidak mendapat hak yang sepatutnya telah dipersetujui oleh pihak mahkamah sebelum ini.
"Jika diikutkan, saya berhak mendapat hak penjagaan untuk tiga hari dua malam dalam seminggu. Namun situasi sebenar tidak berlaku sedemikian. Malahan saya juga tidak dapat menyambut ketibaan Syawal bersamanya baru-baru ini. Saya kecewa dan sedih atas apa yang terjadi ini.
"Sebagai bapa, pastinya saya mahu terlibat sama dalam membesarkan anak saya dan bukannya hanya melihat dan mengikuti perkembangannya dari jauh.
"Kini, saya masih lagi menanti keputusan mahkamah berhubung hak penjagaan kerana difahamkan bekas isteri mahu mendapatkan hak penjagaan anak secara keseluruhan daripada saya," ujarnya.
Jimmy berkata demikian sewaktu ditemui selepas majlis pelancaran stesen radio baharu iaitu Ultra.fm yang bersiaran di frekuensi 101.3 untuk kawasan Lembah Klang, baru-baru ini.
Mahkamah sebelum ini memutuskan hak perkongsian anak tersebut diberi secara sama rata iaitu sebagai bapa, Jimmy diberikan hak penjagaan selama tiga hari dua malam dalam tempoh seminggu.
Jelas Jimmy yang kini berusia 33 tahun, sebagai seorang lelaki dan suami, dia akui dirinya gagal dalam menjalankan tanggungjawab dan turut bersedia menggalas beban akibat kegagalan dirinya itu.
"Saya tidak malu untuk mengaku, sebagai suami, saya gagal dalam urusan rumah tangga sebelum ini.
"Saya gagal menjadi suami yang baik kepada isteri dalam tempoh kami bergelar pasangan suami isteri sebab itu perpisahan kami terjadi.
"Namun, saya tidak mahu gagal dalam menggalas tugas menjadi seorang bapa. Saya tidak boleh gagal dalam hal ini memandangkan dia (Zahrah) adalah sebahagian daripada hidup saya dan dia juga sudah semakin membesar," katanya.
Dalam pada masa yang sama, Jimmy berharap isu berhubung hak penjagaan anaknya ini tidak diperbesarkan masyarakat umum kerana tidak mahu sebarang cerita negatif timbul.
"Selain perlu menjaga hati banyak pihak, Jimmy mahu terus memandang ke hadapan dan tidak terus berlaku salah menyalah antara dirinya dan bekas isteri serta keluarga.
Jimmy yang bertugas di segmen pagi bermula pukul 6 sehingga 10 pagi di radio Ultra.fm turut menegaskan dia akan tetap mempertahankan hak penjagaannya dan berdoa agar keputusan daripada pihak mahkamah nanti adalah yang terbaik.
"Anak saya juga sudah semakin besar, dan saya juga tidak mahu timbul sebarang isu memandangkan perkara ini sudah lama berlarutan.
"Sebab itu adalah sangat penting untuk saya menyelesaikan kes ini segera supaya ada hitam dan putih pada masa depan dalam hak penjagaan bersama anak ini," tambahnya.
Sembunyi identiti
Setelah hampir setahun memegang status sebagai bujang, pastinya persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat khususnya peminat Jimmy sendiri iaitu bilakah dia mahu kembali mendirikan rumah tangga.
Memilih untuk berdiam diri dan menyembunyikan identiti sama ada sudah kembali bergelar suami ataupun masih memegang gelaran duda, Jimmy menegaskan masanya masih belum sesuai untuknya membuka mulut berhubung isu tersebut.
"Tidak dinafikan perkara ini ada bermain di fikiran saya. Dalam tempoh tersebut juga saya turut berkenalan dengan seorang individu bertudung. Namun buat waktu ini, saya lebih selesa untuk merahsiakan perkara tersebut terlebih dahulu.
"Bukan apa, saya masih menanti keputusan mahkamah berhubung hak penjagaan anak selain perlu menjaga hati ramai pihak. Jadi saya memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung isu ini.
"Cukuplah sekiranya saya katakan saya sudah bersedia untuk kembali melangkah ke alam rumah tangga dan pengajaran lalu telah banyak mematangkan diri saya," ujarnya.
Jimmy juga sekali lagi meluahkan janji bakal satu sidang akhbar khusus untuk memberi penjelasan berhubung status dirinya. Namun buat waktu ini, dia mahu fokus kepada kerjaya dan kes mahkamah yang melibatkan dirinya.
Berbicara soal gosip yang mengatakan dirinya sudahpun kembali bergelar suami dan perkahwinan kedua tersebut dilangsungkan di negara jiran, Jimmy menolak dakwaan itu.
"Cerita yang mengatakan saya sudah berkahwin itu tidak pernah keluar daripada mulut saya. Saya tidak tahu siapa yang memulakannya malah saya juga mahu menegaskan saya tidak pernah berkahwin di Siam," ujarnya lanjut.
"Bakal Isteri Bukan Janda" – Jimmy Shanley
Bertemu dengan penyampai Ultra 101.3 FM, Jimmy Shanley, dia memberitahu bahawa bakal isterinya itu bukanlah berstatus janda seperti yang pernah hangat diperkatakan sebelum ini.
“Bukan janda, nantilah, bagi saya sedikit masa lagi untuk menjelaskannya, ”ujar Jimmy ringkas enggan berkongsi lebih lanjut mengenai majlis pernikahannya kelak.
Pun begitu, menurut sumber rapat, Jimmy akan menamatkan zaman dudanya pada awal tahun 2014, dijangka Januari. Ini kerana Jimmy juga dikatakan telah menempah tiket untuk berbulan madu pada bulan Mac.
Jimmy kahwin atau tidak?
PADA bulan Jun lalu, di sebuah akhbar tempatan ada tersiar gosip mengatakan pengacara dan penyampai radio kontroversi, Jimmy Shanley yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang janda beranak satu.
Ramai yang ingin tahu kesahihan perkahwinan duda kepada anak jutawan kosmetik, Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy itu.
Ini kerana tiada pengakuan yang dibuat oleh Jimmy biarpun diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinannya itu.
Bagaimanapun, teka-teki mengenai status perkahwinan Jimmy bakal terjawab apabila dia mengakui akan mengadakan satu sidang akhbar tidak lama lagi.
Namun, Jimmy sudi untuk berkongsi serba sedikit mengenai wanita yang rela menerima dirinya seadanya itu kepada Kosmo! ketika dia ditemui pada majlis pelancaran stesen radio baharu Ultra FM di Hotel Concorde, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain bercerita mengenai hal peribadinya, bekas pengacara program Trek Selebriti itu juga meluahkan perasaan mengenai gandingannya bersama pelawak Mamat Sepah dalam segmen Ultra 610 untuk stesen radio terbaharu berkenaan.
Kosmo!: Sebelum ini ada yang mendakwa Jimmy sudah berkahwin semula dan ikut ceritanya, dengan seorang janda. Benarkah?
JIMMY: Cerita kahwin itu bukan datang dari mulut saya. Apa yang pasti, saya tidak akan sesekali berkahwin di Siam.
Jadi, apakah status Jimmy sekarang? Berkahwin atau masih duda?
Saya akan adakan satu sidang akhbar tidak lama lagi bagi memperkenalkan dia serta memberitahu segalanya. Buat masa ini, saya mahu selesaikan dulu kes mahkamah dengan bekas isteri.
Kes mahkamah apakah yang dimaksudkan Jimmy itu?
Pada 12 Disember ini, saya akan hadir ke mahkamah ekoran tuntutan bekas isteri yang mahukan hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak kami, Zahrah Rania, 2. Sebelum ini, saya dapat kebenaran mahkamah untuk bersama anak selama tiga hari dua malam setiap minggu. Bagaimanapun, dia (bekas isteri) mahu hak penjagaan sepenuhnya.
Apakah perasaan Jimmy bila bekas isteri bertindak sedemikian?
Saya kecewa dengan apa yang berlaku. Sebelum ini lagi kata mahu bagi anak beraya dengan saya tetapi tidak bagi. Sekarang, mahu tuntut sepenuhnya pula hak penjagaan anak. Banyak sangat isu yang cuba dibangkitkannya tetapi saya tidak akan mengalah dan mahu mempertahankan hak penjagaan anak ke atas saya.
Adakah Jimmy sedih dengan apa yang terjadi?
Saya anggap apa yang berlaku ke atas kami adalah salah saya sendiri.
Apa yang boleh Jimmy perbaiki dengan kesilapan lalu itu dan praktikkan dalam perkahwinan selepas ini?
Saya akan lebih menghargai pasangan dan bersikap lebih sabar berbanding dahulu. Saya juga akan cuba memahami kehendak pasangan. Selepas ini, saya tiada masalah kalau dia ingin keluar bersama teman. Asalkan dia tidak melanggar batas-batas seorang isteri dan agamanya.
Boleh ceritakan mengenai wanita yang berjaya mencuri hati Jimmy itu?
Dia seorang yang bertudung dan sangat memahami saya. Dia juga sanggup terima perkara yang terjadi dalam hidup saya.
Beralih pada soalan lain, boleh kongsikan mengenai gandingan dengan Mamat dalam stesen radio baharu Ultra FM?
Saya tiada masalah kerja dengan orang tetapi mungkin orang lain yang akan ada masalah bekerja dengan saya. Sebabnya, saya seorang yang tegas dan berdedikasi dalam bekerja. Saya tidak boleh terima alasan orang yang ingin cuti lama.
Saya juga lebih suka berbual mengenai isu semasa berbanding hiburan. Esok (hari ini) adalah hari pertama kami bakal ke udara dalam segmen Ultra 610 bermula pukul 6 hingga 10 pagi di 101.3 FM.
Kalau boleh saya tidak mahu beri tekanan kepada Mamat. Bagi dia tempoh sebulan untuk mencari keserasian bersama saya. Saya tidak kisah dia merapu asalkan ada isi dan maklumat yang cuba disampaikannya.
Selain menjadi penyampai radio, bagaimana pula dengan bidang pengacaraan?
Saya masih mengacarakan program Fun Dance setiap hari Sabtu di TV2.
KERETA JIMMY SHANLEY HANGUS TERBAKAR
Akhirnya kereta model Chevrolet hitam yang dipercayai milik Jimmy Shanley, 33, ditemui dalam keadaan rentung selepas dipercayai dibakar. Kenderaan tersebut ditemui oleh orang awam berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, semalam.
Untuk info, kereta tersebut dilaporkan hilang oleh Jimmy di Simpang Pulai. Hasil siasatan pihak polis, nombor casis kereta yang hangus itu sama dengan nombor casis kenderaan milik Jimmy yang hilang.
“Pihak kami bertindak mengenal pasti nombor casis pada kenderaan tersebut dan melakukan semakan susulan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemiliknya,” kata Superintendan Ng Kong Soon, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar.
Bagaimanapun, setakat ini pihak polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kenderaan tersebut.
“Kes tersebut kini diambil alih oleh IPD Ipoh dan Jimmy akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat,” tambahnya pada media.
Jimmy Shanley Enggan Ulas Isu Kahwin Janda
Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai khabar angin kononnya dia sudah menamatkan zaman duda dengan seorang wanita berstatus janda.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang jawapan kepada isu tersebut dan tidak kisah jika ada yang terus membuat spekulasi tentangnya.
"Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.
Dalam perkembangan sama, Jimmy berkata, dia bukan serik untuk berkongsi kisah peribadinya selepas kemelut rumah tangga bersama Nursuhaila mendapat liputan luas sebaliknya memberitahu perlu menjaga hati banyak pihak.
Jelas Jimmy, dia cuma belum bersedia untuk menjelaskan kedudukan sebenar tentang cakap-cakap mengenai dirinya dan hanya akan berbuat demikian apabila tiba masa sesuai.
"Bukan saya serik tetapi cerita tentang rumah tangga dulu baru sahaja reda dan apabila tiba masa sesuai saya sendiri akan jelaskan perkara sebenar," katanya.
Dalam pada itu, Jimmy turut enggan mengulas mengenai hubungannya dengan bekas isteri berhubung hak lawatan anak mereka yang kini dibawah jagaan Suhaila.
Jelas Jimmy, dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan mengenai perkata itu kerana bimbang ia akan disalah erti oleh orang lain sehingga menyebabkan ia menjadi kembali kecoh di dalam media.
"Sekarang ini situasi dah reda dan biarlah ia kekal begitu dan bagaimana keadaan hubungan kami atau apa sahaja isu di antara kami saya tidak mahu komen," katanya.
Dalam perkembangan lain, Jimmy berkata, dia baharu sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang Pengurusan Perniagaan di peringkat Sarjana di Universiti Terknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan berhasrat menyambung ke peringkat kedoktoran dalam masa terdekat.
"Alhamdulillah pengajian sudah tamat dan jika ada rezeki saya berhasrat untuk sambung ke peringkat seterusnya kerana belajar itu tidak rugi dan alang-alang dah sampai ke peringkat Sarjana biarlah sampai habis(kedoktoran)," katanya.
Jimmy sekarang merupakan juruhebah saluran radio UFM yang boleh diikuti di Lembah Klang menerusi frekuensi 101.3 FM.
Lebaran paling bermakna - Jimmy Shanley
HATI cukup tersentuh kala melihat kelibat dia mendakap erat anak kecil ini dalam kendungan. Ditepuk, dibelai dan didodoi tanpa sedikit pun kekok, sekaligus membibit beg bekalan susu anak di tangan pada pertemuan kami petang itu, Jimmy Shanley membawa imej sebagai seorang ayah muda yang baik.Zahrah pula anak yang mengerti diri. Tidak banyak kerenah, malah sepanjang empat jam sesi fotografi, tidak sekalipun dia menangis. Sesekali, hanya rengekan manja kedengaran di sebalik wajah yang sukar tersenyum itu. Zahrah banyak memendam rasa, sama macam saya agaknya," demikian, gurau Jimmy mengatakan tentang anak tunggalnya itu.
Pantas menyelongkar di sebalik tabir hidupnya, Jimmy mengaku kehadiran Syawal kali ini, telah membuatkan dia sedikit sebak, sebenarnya. Manakan tidak, sebolehnya, dia mahu setiap sambutan Aidilfitri ini dirai bersama keluarga yang pernah diidamkan. Namun siapa sangka percaturan hidupnya berbeza dengan insan lain yang bahagia.
Setiap orang dugaannya berbeza-beza. Ini kehidupan dan saya menerimanya seadanya," katanya, ringkas dan tegas.
Kini dia mampu tersenyum kerana Aidilfitri yang bakal mendatang esok, terisi dengan kehadiran cinta terbaru sekaligus membangkitkan rasa uja yang luar biasa.
Enggan momen penting ini berlalu begitu sahaja, Jimmy berkongsi persiapan kali pertama menyambut Aidilfitri ini dengan anak tunggalnya , Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.
Tidak banyak yang berbeza dari bapa-bapa lain, bagi Jimmy kehadiran anaknya kali ini lebih kepada pengubat buat dirinya setelah bertahun-tahun merasai keperitan.
Sejak Mei lalu, saya sudah melalui rutin sebagai seorang bapa. Walaupun bukan sepenuhnya namun ia amat menarik sekali. Ternyata Zahrah seorang anak yang baik, sehingga saya rasa menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa tunggal bukan satu beban. Ia mudah," katanya.
Sungguhpun dalam tempoh seminggu dia hanya dapat bersama anaknya dalam waktu yang singkat, namun pengalaman itu dilihat cukup berharga buat dirinya terutamanya ketika sambutan Ramadan dan bakal Aidilfitri kali ini disambut buat kali pertama dengan tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Tempoh setiap minggu menjaga Zahrah bermula hari Selasa sehingga Khamis. Ini bagi menghormati keputusan mahkamah. Hanya tempoh itu sahaja saya boleh berinteraksi dengan Zahrah.
Tetapi ini perkara baru yang perlu saya sesuaikan untuk tahun mendatang memandangkan proses pembahagian masa itu akan berlaku secara selang seli," katanya yang akan bersama anaknya sehingga hari raya kedua.
Mengikut perancangan, Syawal pertama esok Zahrah akan bersamanya pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Sungguhpun di kala ini Zahrah masih terlalu muda untuk memahami erti Syawal, bagi Jimmy sudah menjadi kewajipannya dia memastikan Syawal ini menjadi sempurna.
Sebenarnya ini kali pertama Zahrah pulang ke Ipoh. Saya mahu terus membawanya ke kubur ayah saya. Biar dia kenal dan tahu, di mana kubur atuknya," katanya nada sarat gembira.
Menurut Jimmy, sungguhpun kehadiran Zahrah dalam hidupnya berlangsung dengan proses yang agak sukar, tiada apa yang mahu difikirkan kini selain bersyukur.
Pengalaman paling indah perlu saya katakan di sini ialah apabila anak saya membalas pelukan saya. Itu merupakan antara momen paling indah dalam hidup mana-mana lelaki sekalipun," katanya.
Kahwin?
Kecoh sebelum ini yang memberitahu rupanya duda rebutan ini sebenarnya sudahpun berkahwin. Malah menurut sumber, wanita yang dimaksudkannya itu juga merupakan seorang ibu tunggal berstatus hartawan. Hanya ketawa, bagi Jimmy kisah ini hanya satu lagi selitan gosip mengenai dirinya.
Tiada apa yang mahu saya komen mengenai hal itu setakat ini. Tapi perlu saya tegaskan memang saya mahu berkahwin lagi. Itu memang niat saya dari dahulu, tetapi biarlah, bukan sekarang masa untuk bercerita," katanya.
Bagi Jimmy masih ada sesuatu yang perlu diselesaikan dirinya sebelum dia mampu menjelaskan keadaan itu.
Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak boleh memberi apa- apa kenyataan buat masa ini. Bagaimanapun jika semuanya sudah selesai, maka pada masa itu nanti saya jelaskan. Kalau memerlukan saya membuat sidang akhbar saya akan buat," katanya.
Apa yang diinginkan Jimmy ialah, hadirnya seorang wanita yang mampu menerima dirinya seadanya.
Dengan semua yang pernah berlaku, saya yakin saya hanya perlukan seorang isteri di sisi. Janda atau apa juga status bukan suatu masalah buat saya kerana yang penting saya tidak mahu lagi bercerai," katanya.
Belajar dari kesilapan lalu, menurut Jimmy, antara perkara penting yang mahu dia atasi kini adalah untuk tidak mahu membesar-besarkan hal kurang penting.
Antara pengajaran penting yang saya belajar adalah untuk tidak terlalu membesar-besarkan pertelingkahan kecil," katanya jujur.
Jimmy Shanley Perkenalkan Isteri Baru di Twitter?
Dua hari lalu, ada laporan menyebut pelakon dan pengacara Jimmy Shanley akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjawab desas-desus mengenai dia telah berkahwin dengan seorang janda kaya.
Dan petang semalam, Jimmy telah memuat naik sekeping foto bersama seorang wanita bertudung dan kanak-kanak perempuan dipercayai anak Jimmy, Zahrah Rania, 2.
Apa yang menjadi perhatian ramai, gambar itu seakan cuba menyampaikan mesej yang mereka sedang berbahagia menikmati makan malam sebagai sebuah keluarga.
Melalui gambar (tanpayang dikongsikan di Twitter itu juga, Jimmy seperti sudah berani atau mungkin telah bersedia untuk berkongsi mengenai kisah perkahwinannya dengan semua orang terutama sekali peminatnya.
Namun sehingga kini masih belum dapat dipastikan siapakah gerangan wanita berkenaan. Jika benar itu adalah isteri baru Jimmy, sama-samalah kita doakan kebahagiaan untuk perkahwinannya kali ini.
- mD
Mahkamah Tangguh Permohonan Jimmy 'Penjarakan Isteri'
Jimmy Shanley Habis RM20,000 Selesai Kes Mahkamah
Jimmy Shanley Dituduh Tidak Ikhlas Jaga Anak
Bekas Isteri Jimmy Diarah Ubah Permohonan
Jimmy Shanley Mohon Penjara Bekas Isteri
Jimmy Shanley bakal kahwin tahun ini
Jimmy Shanley Sedia Tamatkan Zaman Duda
Jimmy Shanley Gagal Dapat Hak Penjagaan Anak
Jimmy Shanley Jumpa Perdana Menteri
Jimmy Shanley Kini Deejay U FM
PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley mencuba satu lagi kerjaya baharu apabila bergelar deejay di sebuah stesen radio yang dikenali sebagai U FM.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, berkata, dia memulakan tugasnya di stesen radio berkenaan sejak Isnin lalu menerusi segmen pagi bermula pukul 6 hingga 10 pagi.
“Saya masih lagi dalam percubaan di stesen radio berkenaan dan setakat ini sambutannya agak menggalakkan walaupun stesen ini masih lagi belum dikenali kerana ia baru sahaja beroperasi iaitu kira-kira dua minggu lalu,” katanya kepada mStar Online di sini pada Khamis.
Kata Jimmy, buat masa ini stesen radio tersebut hanya beroperasi di Lembah Kelang dan ia boleh diikuti menerusi frekuensi 101.3 FM. Jimmy bertugas bermula dari hari Isnin sehingga Jumaat.
Hasrat menjadi deejay itu jelasnya adalah secara kebetulan apabila pada mulanya dia mahu mendapat penajaan bagi sebuah projek kerana khidmatnya sebagai perunding untuk pasukan Kelab Bola Sepak Pulau Pinang.
“Hajat pertama saya lain tetapi tak sangka pula akhirnya saya ditawarkan untuk berkhidmat sebagai deejay di stesen radio itu,” kata Jimmy.
Menurut Jimmy, dia tiada masalah untuk mengendalikan stesen radio kerana sudah mempunyai pengalaman ketika bertugas dengan radio Era FM selama setahun bermula tahun 2007.
Sementara itu dalam perkembangan lain Jimmy berkata, dia begitu merindui dunia pengacaraan dan berhasrat untuk aktif dalam bidang berkenaan selepas menamatkan pengajiannya peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di UiTM Shah Alam dekat sini pada Jun ini.
Mengenai kehidupannya sebagai duda selepas bercerai dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada Oktober tahun lalu Jimmy berkata, dia menyerahkan kepada takdir untuk menemukannya dengan mana-mana wanita solehah.
“Kebanyakan wanita yang saya kenal mereka sudah menjadi milik orang. Sekarang ni saya tak mahu cari. Kalau ada tu… adalah. Jujurnya saya tidak memilih asalkan wanita itu boleh sehidup semati dengan saya, cukuplah,” katanya.
Hasil perkahwinan dengan Nursuhaila Eliani, Jimmy mendapat seorang anak perempuan iaitu Zahrah Shanley yang kini berusia dua tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]












