Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Farid hargai Diana

HAMPIR sembilan bulan bergelar ayah ada sesuatu yang berbeza mengenai lelaki bernama Farid Kamil. Tidak menolak ada perubahan yang kelihatan ke atas dirinya, bagi Farid, 33, sesungguhnya ini ada perkaitan rapat dengan Muhammad. Melihatkan kesungguhan dia dan isteri untuk terus berkecimpung dalam dunia seni, ramai yang tertanya apa pula status buat anaknya nanti. Dengan jelas enggan memberi kebenaran buat Muhammad berada dalam dunia seni di awal usia ini, menurut Farid dia sebenarnya tidak mahu mendedahkan Muhammad dalam keadaan yang boleh dieksploitasi. Mahu anaknya itu membesar dalam keadaan yang selesa, Farid juga tidak menolak sudah mempunyai perancangan terbaik buat Muhammad. "Saya memang takut anak saya dieksploitasi. Buat masa sekarang saya memang tidak mahu dia muncul untuk apa-apa yang berkaitan industri ini. "Sampai bila saya akan terus halang dia? Saya fikir selagi dia tidak mampu untuk berfikir, dan selagi saya perlu buat keputusan untuk dia, perkara ini tidak akan terjadi," katanya. Menjelaskan mengapa dia dilihat terlalu mahu mengambil berat soal ini, bagi Farid ketegasan sebagai bapa adakalanya perlu. Mahu anaknya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain, bagi Farid ini merupakan cara untuk dia menegakkan hak anaknya. "Saya juga dibesarkan dalam keadaan yang normal, jadi saya mahu anak saya mendapat benda yang sama. "Jika suatu hari nanti dia nyatakan mahu menjadi seperti saya, itu saya tidak tahu kerana semuanya perancangan masa hadapan, tetapi buat masa ini saya tidak akan benarkan child labour, berlaku dalam keluarga kami," katanya. Menunaikan impian ibunya agar anaknya ini dapat meneruskan permintaan menjadi hafiz al-Quran, Farid melihat ini menjadi perancangan terdekatnya buat Muhammad. Mahu menghantar anaknya ke sekolah agama secepat mungkin, dia berharap agar Muhammad mampu melaksanakan permintaan tersebut. "Sebenarnya memang menjadi impian ibu saya untuk melihat salah seorang adik- beradik kami menjadi hafiz al-Quran. "Memandangkan impian itu tidak tercapai jadi, permintaan itu saya cuba turunkan kepada Muhammad pula," katanya yang mahu melihat perkara itu berlaku dalam masa lima tahun. Melihat kehadiran Muhammad sebagai suatu petunjuk jelas buat dirinya yang akan lebih menghargai pengorbanan ibu bapanya. Kini Farid mahu mereka di luar sana memahami keutamaan dirinya kini sebagai seorang ayah dan suami. "Memang bila ada anak kita akan lebih faham pengorbanan yang dilakukan ibu dan ayah kita dahulu. Melihat wajahnya sahaja saya sudah tenang kini, itu antara kelainan yang dibawa Muhammad. "Jika dahulu 24 jam itu diperuntukan untuk saya, kini saya akan pastikan setiap hari itu diperuntukan untuk tiga orang," katanya. Diana ibu terbaik Tidak menolak isterinya kini masih dalam proses pembelajaran, bagi Farid tiada apa yang kurangnya tentang soal itu. Jujurnya dia sangat berbangga dengan Diana yang dilihatnya menjalankan tanggungjawab terbaik buat anak mereka. "Saya akui Diana masih dalam proses belajar, bukan sahaja dia tetapi saya juga. Jadi kami sama-sama besarkan Muhammad dengan acuan kami sendiri. "Bagaimanapun saya tidak menolak Diana banyak belajar dengan ibu saya dalam soal ini, memang saya bangga dengan Diana yang tidak pernah putus asa memberikan yang terbaik buat Muhammad," katanya. Bercakap soal kerjaya isterinya itu, Farid percaya Diana cukup bijak dalam perkara ini. Tidak melihat keperluannya menapis tawaran yang diterima Diana, dia percaya tanggungjawab seorang ibu mengatasi segalanya. "Diana mempunyai pengurusan sendiri, jadi saya memang tidak campur soal itu. "Saya tidak mengambil tahu soal tawaran yang diterima, memang keputusan itu datang dari dia. Tetapi saya tahu dia bijak untuk meletakkan keutamaan buat Muhammad dahulu," katanya. Jika Farid menolak untuk meletakkan anaknya dalam industri hiburan seawal ini, tetapi tiada sebab untuk dia terus menyorokkan anaknya itu. Kata Farid lagi jika penayangan anaknya itu bersifat peribadi ia tidak mengapa. "Saya hanya tidak benarkan anak saya turut dalam industri, tetapi untuk tujuan peribadi saya rasa tidak akan ada masalah. "Perkongsian ini lebih kepada peminat kami," katanya. Melihat penampilan Diana yang semakin kurus, Farid akui perkara itu ada kena mengena dengan dirinya. Obses tentang pemakanan, apa yang disarankan dia kepada Diana adalah untuk memastikan ibu kepada anaknya sentiasa sihat. " Jangan salah sangka saya hanya ambil berat pengambilan makanan sahaja, selalunya saya akan fahamkan dia tentang nutrisi yang penting dalam setiap makanan. "Selain itu juga Diana sendiri tahu akan kepentingan perkara ini memandangkan Muhammad masih bergantung kepadanya," katanya. Masih teragak untuk memberikan tarikh sebenar nama penuh anaknya itu akan diumumkan, bagi Farid buat masa ini biarlah Muhammad hanya dikenali sebagai Muhammad sahaja. Tidak menolak ada merancang sesuatu, namun buat masa ini ada perkara lain yang perlu didahulukan dirinya. "Saya tidak kisah kalau ada yang mahu membuat penyiasatan siapa sebenarnya nama anak saya, tetapi bagi pihak saya sendiri biarlah kami rahsiakan dahulu. "Sebenarnya memang kami ada merancang sesuatu tetapi biarlah masa menentukan bila perkara ini akan terjadi," katanya. Menyentuh soal kerjaya, Farid mengakui kesuraman dunia perfileman negara kini menyebabkan dia agak takut untuk mengarah. Selesa untuk berehat dahulu daripada dunia pengarahan, Farid bagaimanapun sudah mempunyai perancangan buat masa hadapan keluarganya. "Saya selesa bersama MIG, buat masa ini saya memang tidak terfikir untuk keluar seperti Yana Samsudin. Buat masa ini perancangan untuk mengarah memang ada cuma belum tiba masa yang sesuai. "Sejak balik dari Australia lagi sebenarnya saya memang sudah ada sesuatu dalam perancangan, buat masa ini saya mahu tumpukan buat kerjaya lakonan dahulu," katanya yang bakal muncul dalam filem Apokalips tidak lama lagi. Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 3 November lalu, Farid tidak menolak untuk berkongsi momen indah itu dengan Hits. Bagi Farid ini adalah cara dia untuk menghargai ibu kepada anaknya itu. "Kami memilih Kuantan, Pahang sebagai lokasi menyambut ulang tahun perkahwinan kami. "Makan di tepi pantai pada waktu malam jujurnya memang kelakar sebab sampai tidak nampak apa," katanya ketawa.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails