Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Nur Eina Azman. Show all posts
Showing posts with label Nur Eina Azman. Show all posts
DITUDUH KENA TANGKAP KHALWAT - EINA AZMAN ANGGAP INI MELAMPAU
Baru-baru ini, ada berita yang mengatakan yang Eina Azman ditangkap khalwat dan perkara tersebut telah tersebar di media sosial.
Bagaimanapun, menerusi muat naik terbaru di Instagram Eina, beliau telah menafikan berita tersebut dan menyatakan ianya perbuatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menarik perhatian ramai untuk mendapat hits di blog milik mereka.
Jelas Eina pada waktu beliau dituduh ditangkap khalwat sekitar hujung bulan Ogos lepas, beliau dan suami sedang bercuti di Pulau Maldives bagi menyambut ulangtahun pertama perkahwinan mereka. Malah, beliau telah menukar warna rambutnya daripada perang ke hitam sejak sebulan setengah lepas.
"Salam semua... Ok today Eina nak clear kan everything, pls jangan percaya dengan segala fitnah yang berleluasa mengenai Eina di tangkap khalwat pada hujung bulan August baru2 Ini. Berita ini d keluar kan pada hujung bulan 8 d mana Eina takde d Malaysia. Eina berada d Maldives selama 10hari bersama suami untuk menyambut 1st anniversary kami.
"Boleh lihat juga d gmbr tersebut itu adalah pegawai Imigresen. Dan saya rasa follower saya d ig juga tau saya sudah menukar rambut saya menjadi hitam lebih kurang sebulan setengah yang lalu. Berita Ini sangat melampau, kerana saya sudah berkahwin. Ini FITNAH semata mata utk mengaib kan saya. Alhamdullilah.. Allah maha besar.
"Saya tersenyum dan gelak bersama suami apa bila ada juga segelintir manusia zaman skg yang suka menabur FITNAH. Bertaubat la. Tiada yang sempurna… Saya manusia biasa. Kalau anda sayang kan saya pls doa kan yang baik2 utk saya daripada MEMFITNAH... Terima Kasih," tulis Eina di laman IGnya.
Eina Azman tidak berpakaian terdedah
Suami kepada Eina Azman iaitu Datuk Paduka Gurmet (Gmix) Singh, menasihatkan aktres itu supaya tidak lagi berpakaian terdedah selepas mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos lalu.
Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 19, berkata, suaminya itu begitu peka dengan imej yang dibawakannya lebih-lebih lagi sejak menjadi mualaf pada 31 Julai 2014.
"Suami memang ada meminta saya untuk berpakaian sopan selepas kami kahwin. Tidak susah mana pun kerana sebelum ini saya bukannya berpakaian terlalu mendedahkan.
"Sebagai seorang wanita yang memegang status isteri juga, saya perlu menjaga nama baik suami dan keluarga," katanya kepada mStar Online.
Tambah Eina, dia juga bersyukur melihat perubahan suaminya yang bersungguh-sungguh mahu mendalami agama Islam walaupun baru beberapa bulan bergelar mualaf.
Selain itu, Eina turut bersama-sama dengan suami mempelajari agama sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan neneknya.
"Saya faham, tidak boleh paksa dia buat macam-macam kerana dia masih lagi baru dalam Islam. Biar satu demi satu dia belajar.
"Tetapi apa yang saya lihat, dia yang bersungguh-sungguh apabila membabitkan hal-hal agama. Macam-macam dia tanya kepada nenek dan ayah saya terutamanya tentang solat.
"Lebih mengharukan, dengan inisiatif sendiri, dia mengajak ayah saya sembahyang Jumaat bersama-sama. Dan sebagai isteri saya memberi sokongan sepenuhnya selain turut belajar bersama dengan dia," ujarnya.
Sementara itu, Eina mengakui, sejak mendirikan rumah tangga, dia mula berubah kepada seorang wanita yang lebih matang.
"Mungkin kerana pergaulan saya dengan suami serta rakan-rakannya, membuatkan saya lebih matang. Dan saya pun kena kurangkan sikap kebudak-budakan saya, selari dengan status isteri yang dibawa," tuturnya.
Afiq Muiz Akui Tidak Matang Ketika Bercinta, Doakan Eina Azman Bahagia
Pelakon Afiq Muiz mengaku dia tidak matang dan bersikap seperti kebudak-budakkan ketika berkawan dengan pelakon Eina Azman sehingga menyebabkan hubungan tersebut tidak berpanjangan.
Afiq, 21, berkata, pengalaman itu menjadi satu pengajaran buatnya untuk melalui hubungan percintaan pada masa hadapan.
"Saya tidak tahu dia tujukan kenyataan itu kepada siapa kerana bukan saya seorang sahaja lelaki muda yang berkawan dengan dia sebelum ini.
"Namun kalau kepada saya sekalipun, saya akui ketika kami berkawan masing-masing masih terlalu muda dan belum matang lagi, selalu bergaduh dengan perkara-perkara kecil.
"Saya harap dia jadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk membina hubungan pada masa akan datang," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Afiq berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kenyataan yang dibuat Eina kepada Media Hiburan Online iaitu perhubungan dengan orang muda banyak bezanya apabila indivbidu itu gemar berangan-anngan.
Eina dalam laporan tersebut mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda bukan Melayu iaitu Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, pada hujung tahun ini.
Dalam pada itu Afiq berkata, dia turut mendoakan bekas kekasihnya itu bahagia dengan pilihan hatinya itu.
"Saya berasa gembira dengan keputusan dia untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, semoga dia bahagia dengan pilihannya itu," ujar Afiq.
Afiq juga sudah lama tidak berhubung dengan pelakon wanita itu berikutan sibuk dengan kerjaya dan keluarga.
Dalam pada itu, Afiq berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal teman wanita, sebaliknya mahu fokus kepada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu.
"Saya masih muda dan belum matang lagi, banyak perkara yang saya sukar untuk berfikir dengan baik.
"Sebab itulah saya malas untuk ada komitmen terutama bila tentang hubungan cinta. Biar sampai saya betul-betul rasa sudah matang dan bersedia untuk berumah tangga baru saya fikir tentang itu," katanya.
BEZA AGAMA BUKAN PENGHALANG - JEJAKA SIKH PILIHAN EINA AZMAN Read more: http://www.myartis.com/2014/08/beza-agama-bukan-penghalang-jejaka-sikh.html#ixzz39V04y8kr
"Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama," itulah luahan pelakon Eina Azman, 19, yang mendedahkan bakal berkahwin tidak lama lagi.
Apa yang menarik, dia bakal bernikah dengan seorang jejaka berbangsa Sikh bernama Datuk Paduka Gurmet Singh, 35. Kata Eina, perbezaan agama dan jarak usia tidak menjadi penghalang cinta mereka.
"Dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Semua itu telah membuatkan perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan.
"Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami," ujar Eina dipetik sebagai berkata.
Tambah pelakon itu, selain dirinya... ibunya turut membantu teman lelakinya memahami ajaran Islam.
"Dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Semua itu telah membuatkan perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan.
"Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami," ujar Eina dipetik sebagai berkata.
Tambah pelakon itu, selain dirinya... ibunya turut membantu teman lelakinya memahami ajaran Islam.
Eina Azman Enggan Campur Isu Tampar
Pelakon Eina Azman tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi yang mengaitkan dua beranak iaitu bekas kekasihnya Afiq Muiz dan ibu pemuda itu, Hasliza Mohd.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 19, berkata, dia juga tidak berhasrat untuk memberi sebarang ulasan berhubung isu kononnya dua beranak itu berhasrat menampar mukanya.
"Sejujurnya saya tidak membaca laporan berkenaan tetapi mengetahui tentang perkara itu daripada orang lain dan saya tidak mahu mengulas mengenainya kerana saya enggan terlibat dalam sebarang kontroversi lagi," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Terdahulu, Hasliza menerusi laman Twitter miliknya menyifatkan laporan sebuah akhbar yang mendakwa dia dan Afiq mahu menampar muka Eina Azman jika berjumpa wanita itu sebagai satu fitnah.
Eina adalah pelakon yang sebelum ini dikatakan menjadi punca Afiq Muiz menderhaka kepada ibunya sehingga tidak pulang ke rumah.
Dalam pada itu, Eina berkata, biarpun terkejut dengan berita berkenaan namun dia tidak mampu untuk menolak kesahihan laporan yang dibuat akhbar itu.
Bagaimanapun katanya lagi, dia tidak mahu membebani fikirannya dengan persoalan tersebut kerana ia tidak memberi sebarang kebaikkan kepadanya.
"Saya cuma terfikir sekiranya perkara itu tidak wujud, masakan orang boleh bercerita mengenainya tetapi saya malas hendak layan perkara remeh seperti itu kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," jelasnya.
Sementara itu, Eina menafikan dia memusuhi Afiq sebaliknya menjelaskan kesibukan dengan kerjaya masing-masing menyebabkan hubungan mereka tidak rapat seperti dahulu.
Jelas Eina lagi, faktor dia kini mempunyai teman lelaki turut menjadi alasan mengapa dia tidak lagi bertemu dengan Afiq seperti bagi menghormati kekasihnya.
"Memang kami tiada apa-apa masalah tetapi saya kini sudah mempunyai teman lelaki dan sudah tentu jika saya masih akrab dengannya kekasih akan salah faham.
"Saya perlu menjaga perasaan teman lelaki dan sebab itu saya sudah lama tidak bertemu dengannya dan bukannya kerana kami bergaduh," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Eina berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Selamat Pengantin Madu untuk slot Zehra di TV3 disamping aktres Fasha Sandha.
"Banyak Kali Saya Cakap Kami Tiada Hubungan" - Afiq Muiz
Pelakon Afiq Muiz menjelaskan dia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan pelakon wanita kontroversi Eina Azman walaupun selama ini mereka dilihat sering bersama.
Afiq, 21, berkata, dia berasa lega akhirnya penafian tentang hubungan tersebut terbukti apabila pelakon wanita itu dikaitkan dengan lelaki lain.
"Saya sudah cakap banyak kali yang kami memang hanya kawan dan tidak ada hubungan istimewa tetapi semua orang tidak percaya dan buat spekulasi macam-macam.
"Saya juga tidak tahu dia berkawan dengan siapa cuma saya dan dia memang tiada sebarang perasaan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Ahad.
Afiq berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh manakah hubungannya dengan Eina Azman selepas wanita itu dikaitkan bercinta dengan tunangan orang.
Sementara itu, Afiq berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran drama serta terlibat dengan kelab sukan dan tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan Eina.
"Saya sudah lama tidak jumpa dia dan berkongsi cerita kerana saya sangat sibuk dengan penggambaran drama.
"Lagi pula, saya kini sibuk dengan kelab sukan yang memang banyak aktiviti dan tidak ambil tahu sangat pasal kehidupan peribadi dia," katanya.
Tambah Afiq, dia hanya mendoakan yang terbaik kepada wanita itu jika benar-benar Eina sudah mempunyai kekasih.
Dalam perkembangan lain, pelakon ini berkata, dia sedang menyiapkan penggambaran beberapa drama untuk siaran RTM.
Dia juga bakal kembali untuk berlakon sebuah drama di bawah syarikat produksi Global Station Sdn Bhd pada bulan Jun depan.
Cintai Tunang Orang, Juru Runding Mahu Jumpa Eina Azman
Pelakon Syed Mohamad Asri Syed Osman atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha akan bertemu dengan pelakon kontroversi Eina Azman bagi membincangkan isu terbaharu wanita itu yang dikatakan bercinta dengan tunang orang.
Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8, berkata, dia akan meminta pelakon wanita tersebut menjelaskan situasi sebenar tentang dakwaan itu dan cuba mencari penyelesaian.
"Saya akan jumpa Eina untuk berbincang tentang isu permasalahan kontrak sebelum ini termasuk isu peribadi hubungan cinta tersebut.
"Saya akan menasihatkan dia apa yang perlu dan tidak patut dilakukan terutama sekali jika berlaku isu yang boleh menjejaskan nama baik dia seperti ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Shy8 berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan sebuah akhbar pada Ahad berhubung gambar mesra yang dimuat naik oleh Eina Azman di laman sosialnya.
Gambar mesra dan berpegangan tangan itu dikatakan seorang lelaki tunangan orang.
Shy8 telah dilantik oleh Eina Azman sebagai perunding bagi menyelesaikan isu berkaitan kontrak dan kontroversi yang dihadapi pelakon itu dibawah syarikat pengurusan miliknya.
Sementara itu, Eina yang cuba dihubungi oleh pihak mStar Online tidak menjawab panggilan.
Tambah Shy8, Eina seharusnya lebih barhati-hati dalam memuat naik sebarang gambar yang boleh mengaitkannya dengan sebarang kontroversi.
"Sebagai orang muda saya faham dia ingin berkongsi tentang kegembiraannya dengan memuat naik gambar-gambar peribadi, namun sebagai artis dia seharusnya berfikir panjang tentang kesan baik dan buruk.
"Selepas berlaku isu seperti ini, dia juga harus bijak mengawal situasi agar tidak menjejaskan nama baik dia, kalau betul bercinta mengaku sahaja," katanya.
Sementara itu, Shy8 berkata, Eina belum secara rasmi menjadi artis di bawah syarikat pengurusannya.
Bagaimanapun, katanya, sebagai individu yang dilantik sebagai perunding peribadi dan pelakon lebih tua daripadanya, dia berhak memberi nasihat untuk kebaikan artis tersebut.
"Sebagai seorang yang lebih tua dan lebih berpengalaman saya akan beri nasihat kepada dia tentang perkara ini.
"Bukan dia sahaja, malah mana-mana artis sekalipun yang ingin minta nasihat dan pandangan tanpa bernaung di bawah syarikat saya pun saya sedia membantu," katanya.
Dalam pada itu, Shy8 berkata, dia kini sedang menapis beberapa selebriti yang mahu bernaung dibawah syarikat pengurusannya.
Dia hanya menarima beberapa nama sahaja mengikut terma dan syarat yang dipersetujui secara bersama.
"Saya tidak ambil secara mudah, bagi selebriti yang ingin menggunakan khidmat pengurusan saya perlu mempersetujui syarat yang saya tetapkan.
"Salah satunya ialah perlu menceritakan segala hubungan cinta dan peribadi mereka kepada saya, mempunyai komitmen dengan kerjaya dan berdisplin serta boleh mendengar nasihat," katanya.
Eina Azman Perjelas Insiden Tinggalkan Set Penggambaran
Pelakon Eina Azman menjelaskan tindakannya meninggalkan lokasi penggambaran sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia berjudul Kuntilanak Ciliwung adalah berikutan produksi tersebut tidak menyediakan sebarang kontrak kepadanya.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 18, berkata, dia nekad bertindak demikian apabila turut disuruh melakonkan beberapa babak ranjang dan aksi panas untuk filem tersebut.
"Saya tidak diberikan sebarang kontrak untuk berlakon dalam filem itu, bayangkan bagaimana saya mahu meneruskan penggambaran, lebih-lebih lagi ianya dilakukan di sana (Indonesia) dan jika sesuatu berlaku siapa yang akan bertanggungjawab.
"Selain itu, saya disuruh melakukan aksi-aksi panas di atas katil yang mana saya tidak mahu melakukannya," ujarnya ketika ditemui selepas pratonton filem Zombi Kilang Biskut, di One Utama, malam Selasa.
Eina berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa dia meninggalkan set penggambaran filem Kuntilanak Ciliwung selepas permintaannya untuk balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak ditunaikan oleh produksi.
Dalam pada itu, Eina berkata, dia akan mengadakan sebuah sidang media bagi menjelaskan keadaan tersebut dan membersihkan namanya.
Sementara itu, Eina turut melantik pelakon Usop Wilcha atau nama sebenar Syed Mohamad Asri Syed Osman sebagai perunding dan bertanggungjawab menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya belajar dari kesilapan dulu, saya takut tersalah cakap, oleh itu saya serahkan pada perunding saya iaitu abang Usop Wilcha untuk jelaskan perkara ini dalam satu sidang media yang akan saya adakan nanti.
Sementara itu, Usop Wilcha berkata, dia terpanggil untuk menyelesaikan perkara ini selepas pelakon wanita itu menceritakan keadaan sebenar sewaktu mereka mengadakan promosi filem Zombi Kilang Biskut di Johor Bahru pada minggu lalu.
Katanya, buat masa ini pihaknya masih mengumpul bukti sebelum menetapkan tarikh sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut.
"Eina tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang penggambaran filem Zombi Kilang Biskut dan perkara ini timbul kerana beberapa perkara yang diambil mudah pihak produksi tersebut.
"Apa pun kita akan adakan sidang media dalam masa terdekat ini untuk menjelaskan keadaan sebenar," katanya.
Eina Azman Minta Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf
Eina tiada masa fikir tentang cinta
Eina Azman Diberi Syarat Agar Tidak Bercinta
Afiq Muiz & Eina Azman Sekadar Kawan Baik
PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz menyifatkan dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon remaja, Eina Azman adalah tidak benar dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar sahabat baik.
Afiq atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman, 20, berkata, mereka mula rapat sejak tiga tahun lalu dan dia selesa berkawan dengan anak saudara kepada penyanyi dan guru vokal Juliza Adlizan itu.
"Saya kenal Eina semasa zaman saya menjadi pelakon tambahan lagi dan mungkin sebelum ini keakraban kami orang tidak ambil kisah dan kami selesa dengan persahabatan yang telah terjalin selama tiga tahun.
"Cerita kononnya kami bercinta adalah tidak benar sama sekali dan saya menghormatinya sebagai seorang sahabat," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Tambah Afiq, cerita itu juga mula tersebar berkemungkinan kerana gandingan mereka dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan gambar-gambar mesra yang tersebar di Internet baru-baru ini.
"Mungkin juga orang lihat keserasian kami dalam drama itu ditambah dengan gambar kami berdua di luar set penggambaran telah menimbulkan salah faham tetapi hakikatnya kami cuma berkawan baik," jelasnya.
Dalam pada itu, Afiq berkata, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dan ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonannya yang semakin berkembang.
Katanya, masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian kerana menganggap bakatnya masih belum cukup menyinar di kalangan pelakon-pelakon seangkatan.
"Saya berhasrat untuk menang anugerah pada tahun ini dan untuk mendapatkan penghargaan itu saya perlu bekerja keras untuk masyarakat melihat kebolehan saya sebagai pelakon," jelasnya.
Eina Azman Nafi Sembunyi Hubungan Cinta Dengan Afiq Muiz
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi remaja Eina Azman menolak dakwaan kononnya dia cuba menyembunyikan hubungan cinta dengan aktor Afiq Muiz.
Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 17, ini berkata, gosip itu timbul kerana segelintir pihak sudah tersalah sangka akan kemesraan mereka yang mulai rapat sejak tiga tahun lalu.
“Kami tiada apa-apa hubungan istimewa. Mungkin kebetulan saya berkawan rapat dengan Afiq di mana kami selalu keluar bersama dan mesra sehingga ada pihak sudah tersalah anggap.
“Memang saya menyayangi dia tetapi sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, saya tiada teman istimewa kerana masih terlalu muda,” katanya ketika ditemui mStar Online pada ‘Viewing Party’ perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Thailand anjuran TV3, baru-baru ini.
Mengenai gambar-gambar mesra mereka di Internet baru-baru ini, aktres drama bersiri Mimpi Cinderella ini berkata, foto-foto tersebut adalah koleksi peribadi yang mahu dikongsikan dengan para peminat dan tidak mempunyai sebarang niat serong.
“Ada pihak sudah salah anggap apabila melihat gambar-gambar mesra saya dan Afiq. Gambar-gambar itu sengaja kami ambil ketika berkunjung ke sebuah pusat beli-belah baru-baru ini untuk tatapan peminat.
“Kalau saya hendak buat benda-benda tidak manis, takkanlah saya berkongsi dengan peminat. Lebih baik saya sorokkan sahaja. Niat kami semata-mata untuk memberitahu peminat mengenai aktiviti terbaru,” jelasnya.
Ditanya mengenai kerjaya seni, anak saudara kepada penyanyi dan guru vokal Juliza Adlizan ini berkata, dia mahu memberikan tumpuan kepada lakonan dan nyanyian sejak menamatkan zaman persekolahan pada bulan lalu.
“Sebelum ini, saya terpaksa mengimbangi antara pelajaran dan karier seni jadi sebab itu nama saya tenggelam dan timbul.
“Kini saya sudah tamat sekolah dan mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada bidang seni bermula tahun hadapan,” ujarnya yang bakal muncul dengan video muzik lagu berjudul Bahagia Bersamanya pada awal 2013.
Eina tolak adegan ranjang
MELIHATKAN susuk tubuh dan kematangan Nur Eina Azman, pelakon remaja ini seakan-akan tidak sepadan dengan usianya. Pada usia 16 tahun, Eina kelihatan seperti pelakon wanita yang matang bukan sahaja daripada segi penampilan diri, tetapi juga tutur katanya.
Status masih di bangku sekolah juga tidak menghalangnya untuk aktif dalam bidang lakonan filem dan drama tempatan. Malah, pada usia yang masih setahun jagung itu, Eina turut mendapat peluang melakonkan pelbagai watak, sama ada dalam drama ataupun filem.
Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan USJ4, Subang Jaya, Selangor ini tidak semberono menerima tawaran berlakon yang diberikan kepadanya. Sebaliknya kata Eina, dia akan cuba menjauhi watak-watak atau adegan-adegan panas yang memerlukannya beraksi di atas ranjang.
“Saya masih di bawah umur. Sebab itu, saya tidak akan terima apa juga watak yang memerlukan saya beraksi seksi di atas ranjang. Ia tidak sesuai dengan umur saya sekarang. Saya akan meneliti sesuatu tawaran sebelum menerimanya.
“Keluarga pula sentiasa memantau dan menemani setiapkali saya berada di lokasi penggambaran filem atau drama. Mereka banyak memberi nasihat dalam apa juga watak yang saya lakonkan,” katanya kepada Hits.
Anak saudara penyanyi tahun 1980-an, Juliza Adlizan yang kini sedang mempromosikan filem terbarunya, Sesuatu Yang Tertinggal yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 5 Januari ini juga, semakin matang dalam memilih watak-watak yang sesuai dengannya.
Menurut Eina, filem terbitan Grand Brilliance itu bukanlah yang pertama dilakonkannya, tetapi pada 2009 dia telah membintangi filem Ratu The Movie arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara sekitar Mac yang lalu.
“Sewaktu saya berlakon dalam Ratu The Movie kira-kira dua tahun lalu, umur saya baru 14 tahun. Itu adalah filem pertama lakonan saya. Saya banyak belajar daripada filem itu dan ia banyak membantu mematangkan diri saya. Sekali lagi, keluarga saya banyak membantu saya dalam melalui ranjau dalam bidang ini.
“Apatah lagi, kebanyakan ahli-ahli keluarga saya terbabit dalam bidang nyanyian terutamanya Juliza Adlizan yang banyak memberi dorongan. Malah, sebelum berlakon filem, saya terlebih dulu berlakon drama sewaktu berusia 13 tahun iaitu dalam drama yang berjudul 5 Jingga,” ujarnya.
Menerusi Sesuatu Yang Tertinggal arahan pengarah Black dan skrip tulisan Ienas Mokhtar, Eina yang melakonkan watak Bella dalam filem itu bukan setakat belum bersedia melakonkan adegan-adegan panas di atas ranjang, tetapi dia turut realistik dengan statusnya sebagai pelajar.
Dia yang kini berlakon kerana mahu memenuhi minatnya dalam dunia lakonan tidak menafikan pembabitannya itu sedikit sebanyak membantu menambahkan lagi duit poketnya. Ia secara tidak langsung mengajarnya erti berdikari selain meringankan beban keluarganya.
“Buat masa ini, saya berlakon kerana minat dan mengisi masa lapang sewaktu cuti panjang persekolahan baru-baru ini. Soal duit perkara nombor dua kerana keluarga saya banyak membantu kalau saya memerlukannya. Tetapi sekarang saya sudah mula cari duit sendiri.
“Itu pun sewaktu cuti sekolah. Pada tahun depan saya akan menghadapi peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di mana saya akan mengurangkan aktiviti lakonan. Saya mahu fokus dalam bidang pelajaran pada sepanjang tahun depan bagi menghadapi SPM.
“Sebab itu, dalam tahun ini saya akan menghabiskan penggambaran semua drama atau filem lakonan saya,” jelasnya yang baru selesai menjalani penggambaran drama berjudul Mistik Alam Hitam, Demi Masa dan Jatuh Cinta di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Selain terbabit dalam dunia lakonan, Eina juga tidak mahu mengabaikan minat serta bakatnya dalam bidang nyanyian. Jika boleh kata pelakon tinggi lampai ini, dia mahu bidang lakonan dan nyanyian yang diminati sejak dari kecil itu berjalan seiringan pada masa depan.
Justeru, tidak hairanlah sebagai permulaan Eina kini baru sahaja menghasilkan album singlenya pertama berjudul Bahagia Bersamanya. Album single itu yang diterbit sendiri akan diedar di pasaran selewat-lewatnya pada bulan Februari tahun depan.
“Lagu Bahagia Bersamanya dicipta oleh Adnan Abu Hassan di mana ia berentak pop dan balada. Itu adalah taruhan pertama saya untuk mencuba bakat dalam bidang nyanyian pada tahun depan. Bagaimanapun saya mahu jadikan nyanyian kerjaya kedua selepas berlakon.
“Ini kerana, saya paling minat berlakon. Walaupun keluarga lebih suka saya menyanyi kerana ia lebih mudah berbanding berlakon tetapi saya tetap akan mengutamakan bidang lakonan kerana ia memberi lebih kepuasan kepada saya,” tuturnya, sebelum mengakhiri perbualan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]





