Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Uqasha Senrose. Show all posts
Showing posts with label Uqasha Senrose. Show all posts
Uqasha Senrose Jawab Fitnah Ke Kelab Malam Tanpa Hijab
Pelakon Uqasha Senrose terkejut apabila dituduh ke sebuah kelab malam tanpa bertudung sebaliknya sekadar memakai topi.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, menyifatkan khabar angin itu adalah perkara yang tidak masuk akal memandangkan dia tidak pernah memasuki kelab malam sebelum ini.
"Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung.
"Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini," katanya kepada mStar Online.
Uqasha ditemui pada majlis pelancaran koleksi perniagaan tudung yang baru ditubuhkannya iaitu Uqasha Senrose Collection.
Beberapa minggu lalu, nama Uqasha menjadi perbualan beberapa blog dan forum di internet kononnya dia telah ke sebuah kelab malam bersama rakan-rakannya.
Aktres itu dikhabarkan ke tempat itu tanpa bertudung sebaliknya memakai topi bagi mengelak orang ramai mengenalinya.
Sementara itu, mengenai Uqasha Senrose Collection, dia tidak menyangka mampu menghasilkan beberapa koleksi tudung rekaan sendiri selain menyifatkan perniagaan itu sebagai bidang baru yang diterokai selain kerja-kerja seni.
"Sejak berhijab, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah.
"Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punyai jenama tudung sendiri.
"Alhamdulillah, proses pembikinannya berjalan lancar dan buat masa ini, sebanyak lapan jenis rekaan tudung dihasilkan," ujarnya.
Hubungan Uqasha Senrose & Syafiq Kyle Renggang Adakah Sebab Iqram?
Pelakon Uqasha Senrose, 22, menjelaskan hubungannya dengan aktor Syafiq Kyle mulai renggang kerana mereka terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen turut menegaskan selama ini dia tidak pernah mengesahkan bercinta dengan pelakon itu.
"Dengan Syafiq pun saya kawan sahajalah, memang dulu kami rapat dan sekarang ni masing-masing sibuk dengan kerja.
"Saya tidak pernah pun cakap yang saya bercinta dengan dia dan sekarang kami kawan macam biasa… cuma tidak rapat sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Uqasha diminta mengulas hubungannya dengan pelakon itu selepas timbul gosip baharu dia menjalinkan cinta dengan Iqram Dinzly.
Gosip itu tercetus apabila kedua-dua mereka dilihat sering memuat naik gambar kemesraan di laman sosial masing-masing.
Bercakap mengenai Iqram, Uqasha berkata, dia senang berkawan dengan aktor itu kerana Iqram seorang yang penyanyang dan mengambil berat.
Malah pada peringkat ini hubungan mereka adalah untuk mengenali hati budi masing-masing dan menjalinkan persahabatan seperti orang lain.
"Buat masa ini saya berkawan sahaja dengan dia dan boleh dikatakan masih mengenali hati budi masing-masing. Iqram seorang yang caring dan sahabat yang baik. Dia boleh dijadikan kawan rapat," ujarnya.
Bagaimanapun kata Uqasha, buat masa ini dia tidak memikirkan untuk ke fasa yang lebih serius dan akan berkawan dengan sesiapa sahaja selagi belum bergelar isteri orang.
Menurutnya, dia mula berkawan dengan Iqram ketika mereka sama-sama beraya di Sarawak ketika terlibat dalam program sambutan Hari Raya Aidilfitri selama empat hari di negeri itu.
"Selagi saya masih single dan belum berkahwin, saya tidak kisah berkawan dengan siapa pun," ujarnya.
Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia berasa hairan kerana sering dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki, biarpun mereka sekadar teman biasa.
"Saya pelik bila saya rapat dengan lelaki orang akan kata kami bercinta, walhal kami kawan sahaja. Saya lihat ada sahaja artis lain yang berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi tidak pula digosipkan bercinta," soalnya.
Sebelum ini hubungan Uqasha dengan aktor Pekin Ibrahim juga putus.
Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dikritik Berbaju Ketat
Pelakon Uqasha Senrose berkata kritikan orang ramai mengenai pemakaiannya yang terlalu ketat walaupun sudah bertudung langsung tidak membuatkan hatinya tergores atau terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan.
Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 23, menyifatkan kritikan oleh netizen di laman sosialnya itu sekadar komen buruk yang tidak perlu diambil perhatian dan dia akan lebih bersikap tidak mempedulikan komen-komen berkenaan.
"Saya pakai tudung bukan kerana orang lain. Tetapi saya pakai tudung untuk keselesaan diri. Perubahan ini (bertudung) adalah urusan saya dengan Allah.
"Orang lain tidak sepatutnya masuk campur. Saya tidak kisah pun dengan kritikan-kritikan itu. Tetapi mana-mana tindakan saya yang salah, kemudian orang komen, saya terima dengan hati terbuka," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, Uqasha telah dikecam segelintir pengikutnya di Instagram yang mengkritik pemakaiannya yang dianggap terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imej aktres itu yang kini sudah bertudung.
Sementara itu, Uqasha berkata, dia bakal mengikut jejak langkah rakan-rakan artis lain melibatkan diri dalam perniagaan pula.
Kata Uqasha, dia akan tampil dengan rekaan tudung di bawah labelnya iaitu Uqasha Senrose yang akan beroperasi beberapa bulan lagi.
"Sejak bertudung, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah.
"Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punya jenama tudung sendiri. buat masa ini ia masih lagi dalam pembikinan. InsyaAllah ia bakal dilancarkan tidak lama lagi," ujarnya.
Uqasha Terharu Pengakuan Berani Syafiq Kyle
Pelakon Uqasha Senrose terharu apabila aktor Syafiq Kyle berani membuka mulut mendedahkan secara terbuka dalam sebuah akhbar mereka adalah pasangan kekasih.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, bagaimanapun berkata, sebagai wanita dia tidak mahu bercakap mengenai soal berkenaan secara berlebih-lebihan kerana bimbang ia akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak.
"Saya terkejut dan terharu kerana mengenali Syafiq dia bukan jenis yang gemar cakap soal hubungan cintanya secara terbuka.
"Bagaimanapun sebagai wanita tidak perlu rasanya saya hendak komen apa-apa dan cukup sekadar dengan kenyataan Syafiq itu," katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada sebuah majlis berbuka puasa.
Terdahulu, pasangan berkenaan dilaporkan sedang bercinta namun disangkal oleh kedua-dua belah pihak selain menegaskan mereka hanya sekadar kawan rapat.
Dalam pada itu, Uqasha berharap kenyataan Syafiq itu dapat menjawab segala spekulasi berhubung hubungan mereka selain berharap peminat mendoakan kebahagian untuk mereka berdua.
Syafiq dalam kenyataannya di sebuah akhbar berkata hubungannya dengan Uqasha masih berjalan seperti biasa dan dia sedang mempersiapkan diri termasuklah mengumpul aset sebelum memikirkan soal berumah tangga.
Dalam pada itu bercakap soal perkahwinan, Uqasha menjelaskan dia tidak mahu terburu-buru dan menyerahkan perkara itu kepada jodoh.
"Tidak manis rasanya saya hendak mengulas perkara itu kerana nanti orang anggap saya berlebih-lebihan pula tetapi saya letakkan perkara itu kepada ketentuan Allah," ujarnya.
Sementara itu, Uqasha mengakui, sejak akhir-akhir ini mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk untuk menghabiskan penggambaran sebelum kedatangan Aidilfitri.
"Sebab itu saya terkejut dan terharu apabila dia buat pengakuan itu kerana kami sudah agak jarang berjumpa sejak akhir-akhir ini.
"Tapi kami sering berhubung menerusi telefon dan mesej tetapi tidak pula dia bercakap apa-apa mengenai pengakuannya itu," katanya.
'Saya Tak Tahu Anak Hartawan Mana' - Uqasha Senrose
Pelakon Uqasha Senrose menyifatkan gosip kononnya dia kini sedang diintai oleh seorang anak hartawan sebagai cerita rekaan dan tidak mempunyai asas kukuh.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, berkata, dia sendiri tidak pasti siapakah individu dimaksudkan sedang mendekati dirinya dan hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas membacanya di akhbar.
"Saya langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu dan pada saya gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak mempunyai asas.
"Malah saya sendiri tidak mengetahui anak hartawan mana yang dimaksudkan," katanya kepada mStar Online, Ahad.
Uqasha mengulas mengenai laporan dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mendakwa dia sedang diintai oleh anak hartawan dan mereka dikhabarkan pernah keluar bersama.
Lelaki berkenaan dikatakan adalah tunang kepada seorang pelakon baharu dan pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain sebelum ini.
Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia berasa pelik kerana sering dijadikan sasaran gosip biarpun perkara berkenaan tidak benar dan berharap dia tidak lagi dikaitkan dengan cerita seumpama itu pada masa hadapan.
"Sudah-sudahlah buat cerita tidak benar mengenai saya. Saya sendiri pun tidak faham," ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai hubungannya dengan pelakon Syafiq Kyle, Uqasha menjelaskan dia tidak pernah menyorokkan status sebenar hubungan mereka kerana mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Malah kata Uqasha, dakwaan kononnya hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Syafiq menjadi penyebab dia berdolak-dalih mengenai percintaannya dengan lelaki itu juga tidak benar.
"Hubungan saya dengan ibu Syafiq okey sahaja tidak seperti mana dilaporkan.
"Tentang saya dan Syafiq, kami masih baik. Kami berkawan dan masing-masing sedang mengenali hati budi," jelasnya ringkas.
Uqasha, hijab dan Aidilfitri
SEBETULNYA masih ada banyak kisah menarik yang belum pernah dikongsikan pemilik nama Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen.
Berkisar cerita lebaran, penghijrahan mahupun isi hati. Dalam rangka jadual kerja yang sangat sibuk, Uqasha membenarkan sedikit ruang masanya diketuk Kosmo! untuk sebuah sesi fotografi dan temu bual.
Membuka bicaranya, Uqasha, 22, teruja berkongsi cerita dan persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.
Sebagai individu yang sudah berhijab, perasaan meraikan lebaran bersama keluarga tahun ini dicuit sekelumit rasa keinsafan.
"Suci fitrah mendalam maknanya, hadirnya perasaan untuk bersederhana dalam setiap perilaku dan menyisihkan segala titik hitam yang lampau antara erti yang boleh saya kongsikan.
"Seboleh-bolehnya saya mahu keluar daripada segala lingkaran kontroversi dan kisah yang tidak enak mengenai diri saya.
"Tambah pula selepas berhijab saya masih mencari-cari kedamaian dalaman yang selama ini saya sukar temui.
"Aidilfitri bulan kemaafan dan menyucikan hati. Alhamdulillah saya dipertemukan lagi dengan dua bulan penuh keberkatan tahun ini, Ramadan dan Syawal," ulas Uqasha mengukir sekuntum senyum manis.
Mula bertudung
Uqasha membenarkan cerita hijrahnya dibuka kembali. Biar cerita itu sudah berlalu sepurnama, Uqasha tidak melihat cerita itu patut menjadi pokok bicara secara universal kerana itu urusannya dengan Allah.
"Terdetik hati saya untuk memakai tudung kerana mahu menjadi seseorang yang lebih baik dan sejak bulan Januari tahun ini, saya mendapat satu alamat kuat daripada Allah untuk saya menutup aurat dan mendalami erti sebenar wanita muslim.
"Saya mula diberikan watak bertudung dan lama-kelamaan, saya menjadi selesa. Hati terbuka untuk memakai tudung walau saya mengambil masa yang lama untuk memikirkan sedalam-dalamnya keputusan ini.
"Dilemanya, kerana saya berada dalam bidang hiburan dan masih baharu. Namun bagi saya, ini satu kewajipan malah setiap perkara baik itu bersifat terpaksa. Lama-kelamaan, perasaan itu makin kuat dan dekat di hati saya," jelasnya.
Titik perubahan Uqasha bermula ketika penggambaran drama bersiri Kalau Itu Jodoh Kita di Gold Coast, Australia.
Sepulangnya dari penggambaran bersama pelakon lain antaranya, Anzalna, Qi Razali dan Pekin Ibrahim, Uqasha kian selesa dan sentiasa mengenakan hijab setiap kali keluar dari rumah. Kata Uqasha, hijab menjadi pelengkap hidupnya.
Jangan menghukum
Bekas pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu memberitahu, keluarganya terkejut dengan perubahannya dan sentiasa berdoa agar dia istiqamah dengan keputusan dan tindakan yang telah dia sendiri putuskan itu.
Ditebak persoalan mengenai kesesuaian watak dan syarat yang diletakkan selepas dia berhijab, kata Uqasha ringkas kualiti itu bukan dinilai berdasarkan penampilan.
"Saya tidak hadkan diri saya untuk watak protagonis semata-mata sejak saya mula bertudung, tapi andai ada peranan hitam yang perlu saya lakonkan biarlah berpada-pada dan tidak keterlaluan dengan imej saya sekarang," tegasnya.
Skeptikal sesetengah masyarakat hingga menghukum sesetengah artis yang memilih untuk berhijrah kerana mengikut trend terkini, Uqasha memberikan reaksi terhadap perkara itu.
"Sama sekali saya tidak bersetuju mengenai pandangan tersebut kerana bertudung dan menutup aurat merupakan satu kewajipan setiap wanita beragama Islam. Alhamdulillah, selepas berhijab saya rasa tenang dan terjaga," ujarnya.
Jejaka patuh agama
Uqasha masih bertatih, pintanya agar semua pihak menghormati keputusannya untuk berhijab dan tidak meletakkan penilaian atau ekspektasi luar jangka.
"Mungkin ada bahagian tertentu saya masih kurang, saya masih belajar dan sedang berusaha untuk menjadi insan yang terpelihara daripada anasir tidak baik. Beri saya peluang," getusnya yang masih belajar aspek berpakaian yang sempurna.
Pernah beberapa kali melalui episod duka dalam perhubungan, Uqasha menjelaskan, dia tidak pernah menyimpan sebarang dendam dengan individu yang sebelum ini pernah mengisi sebelah jiwa dan hatinya.
"Saya tidak simpan dendam. Kalau sudah tertulis bukan jodoh saya, apa yang boleh saya lakukan. Banyak yang saya pelajari daripada kegagalan perhubungan sebelum ini.
"Saya belajar untuk menyayangi diri sendiri dulu sebelum sayang orang lain dan saya mengakui, ada antaranya tercetus kerana silap saya sendiri.
"Hasrat hati saya untuk memperbaiki diri terus berjalan ke hadapan," tambahnya yang mahukan lelaki yang mempunyai asas ajaran agama Islam.
Balik Kelantan
Beralih kisah ke lembaran Aidilfitri, cerita Uqasha penuh teruja, dia sekeluarga meraikan kemuliaan lebaran di kampung keluarganya di Kelantan.
Kongsi Uqasha, keseronokan menyambut Aidilfitri di sana sangat meriah dan di kampung halaman itu juga tersimpan sejuta memori ketika zaman kecilnya bersama adik-beradik.
"Kami sekeluarga memandu untuk pulang ke Kelantan tahun ini, di sana semua berhimpun beramai-ramai tahun ini.
"Cuma tahun ini, raya saya kurang bermakna setelah nenek saya, Fatimah Jusoh meninggal dunia tahun lalu dan suasana kampung juga tidak serancak tahun-tahun sudah," katanya.
Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung
Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar.
"Alhamdulillah, sejak bertudung ini, sedikit demi sedikit saya mengubah perilaku diri. Nak gelak kuat-kuat pun dah segan, tak macam dulu.
"Bukan sebab risau orang pandang, tetapi saya anggap menjaga adab dan sikap membuatkan kita menjadi seorang muslimah yang sempurna dan lebih baik. Apa-apa pun banyak lagi perkara yang perlu saya belajar," ujarnya kepada mStar Online.
Uqasha turut menegaskan keputusannya mahu bertudung pada bulan lalu tiada kaitan dengan permintaan mana-mana lelaki yang cuba dikaitkan dengannya.
Perubahan itu ujarnya datang atas kemahuan sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak.
"Merepeklah! Takkan saya bertudung kerana dipaksa oleh seseorang? Jujurnya perubahan pada diri saya datang daripada kemahuan sendiri. Tiada paksaan daripada sesiapa pun.
"Kalau ikut orang, nanti pemakaian tudung saya tidak akan kekal. Jadi tak perlulah saya nak ikut orang dalam melakukan apa-apa perubahan, biar niat itu datang dengan sendiri," katanya.
Sementara itu, Uqasha berkata, dia juga bersyukur masih lagi menerima pelbagai tawaran berlakon termasuklah perojek terbaharu iaitu penggambaran filem Mat Kilau.
Selain itu dia juga bakal muncul dengan drama Opps Terlebih Sudah dan Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya.
"Tiada Komen" - Jawapan Pekin Mengenai Uqasha Senrose
Pelakon Pekin Ibrahim mengambil pendekatan untuk terus berdiam diri daripada mengulas mengenai status hubungannya dengan aktres Uqasha Sensore yang kecoh dengan kontroversi sebelum ini.
Pekin, 34, berkata, dia tidak mempunyai sebarang ulasan mengenai perkara tersebut dan berharap semua pihak faham dengan situasi yang dihadapinya.
"Sesiapa juga yang bertanya mengenai hubungan saya dengan Uqasha, jawapan saya hanya satu iaitu 'tiada komen'. Ia adalah perkara terakhir yang ingin saya perkatakan buat masa ini," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Pekin berkata, kehidupannya kini lebih tenang dan tumpuan hanya diberikan kepada kerjayanya sebagai pelakon.
Jelas Pekin, dia tidak mahu membebani fikirannya dengan perkara remeh sehingga menjejaskan periuk nasinya dalam bidang seni.
"Fokus saya buat masa ini pada kerjaya dan perkara-perkara lain biarlah saya sendiri yang tahu," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Pekin berkata, pada tahun ini dia lebih banyak memberikan tumpuan kepada lakonan filem berbanding drama dan bakal muncul dengan beberapa projek baharu.
"Alhamdulillah rezeki berlakon filem tahun ini cukup banyak dan itu bukan bererti saya tidak mahu lagi menerima tawaran berlakon drama.
"Saya masih terima beberapa tawaran drama tetapi lebih selektif kerana jadual yang agak padat," katanya.
Tambahnya, tahun ini dia akan tampil dengan beberapa buah filem seperti Rumah Pusaka Di Simpang Jalan, Vila Nabila dan Tujuh.
Sementara itu, bercakap mengenai filem terbaharunya, Apokalips X, Pekin berkata, wataknya dalam filem berkenaan adalah satu eksperimental yang belum pernah diterokainya.
Kata Pekin, selain dialog, dia lebih banyak memberikan tumpuan kepada ekspresi wajah dan memberikan emosi kepada watak yang dilakonkan.
"Ini adalah sebuah filem berbeza yang pernah diarahkan oleh Mamat Khalid dan ia memberi saya peluang untuk menerokai sisi lain diri saya sebagai pelakon," jelasnya.
Apokalips X yang mula ditayangkan sejak 3 April lalu menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Dazrin Kamaruddin, Adam (AF2) dan Jehan Miskin.
Uqasha Senrose Mengaku Diraba PA Sendiri
Aktres yang sedang meningkat naik namanya, Uqasha Senrose mengakui dia pernah diraba pengurus peribadinya (PA) sendiri ketika sedang tidur. Kesal dengan perbuatan terkutuk individu tersebut, teraju utama filem Paku Pontianak ini lantas membuat keputusan memecat pengurus peribadinya itu serta merta.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21, dia sama sekali tidak menyangka bekas pengurusnya yang juga seorang pengkid itu tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada individu berkenaan.
"Tak perlulah saya sebut namanya. Perkara tu berlaku ketika saya di set penggambaran drama Ratu Suhada, baru-baru ini. Ketika tu saya sedang tidur di dalam kereta. Ketika tu lah dia meraba saya. Tapi nasib baik lah saya cepat tersedar.
"Selepas kejadian tu saya terus pecat dia sebab saya memang tak selesa dengan dia. Sebenarnya saya baru saja kenal dia. Masa mula-mula kenal, dia okay saja. Jadi saya percaya dan terus ambil dia bekerja dengan saya. Lagipun sebelum ini dia punya pengalaman menguruskan beberapa artis lain", kata Uqasha ketika ditemui pada sesi preview filem Paku Pontianak, di Sunway Pyramid, malam tadi.
Enggan memperbesar-besarkan perkara tersebut, Uqasha tidak membuat lapoan polis berhubung hal itu.
Uqasha turut memberitahu sehingga kini dia masih belum mencari pengurus peribadinya yang baru kerana buat masa ini dia selesa menyerahkan segala urusan yang melibatkan aktiviti seninya kepada pihak pengurusan yang dinaungi iaitu MIG.
Beri Pekin Tempoh Setahun
Dalam pada itu diminta mengulas mengenai laporan media dia kononnya telah menerima rombongan merisik oleh pihak keluarga kekasihnya pelakon Pekin Ibrahim, gadis kacukan Kelantan-Siam ini tanpa berselindung mengesahkan hal tersebut.
"Ya, dia (Pekin) datang hantar rombongan merisik pada bulan Julai lalu. Hanya merisik dan kami tak bertunang. Tapi untuk ke arah perkahwinan tu rasanya bukan tahun ni sebab buat masa sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Dalam masa setahun ni kami beri tempoh pada diri masing-masing untuk cari duit dan mengenali lebih lagi hati budi antara satu sama lain", tuturnya.
Uqasha dan Pekin dikatakan mula menjalinkan hubungan intim ketika mereka berdua menjalani penggambaran filem Paku Pontianak sekitar Februari lalu. Kisah cinta pasangan ini mula didedahkan apabila gambar percutian mereka berdua di Phuket tersebar di internet beberapa bulan lepas.
Biarpun baru lebih kurang tujuh bulan mengenali Pekin namun kata Uqasha keperibadian Pekin yang tegas tapi dalam masa sama seorang yang budiman membuatkan hatinya tertarik pada pelakon filem Bunohan itu.
"Dia seorang yang genius, tegas tapi dalam masa sama dia ada kelembutan dalam dirinya dan dia juga seorang yang peramah. Dia rapat dengan keluarga saya", katanya.
Perkembangan lain, selain muncul menerusi filem Paku Pontianak yang akan ditayangkan pada 22 Ogos ini, Uqasha juga baru selesai mejalani penggambaran drama bersiri Ratu Suhada dan akan ditayangkan di saluran RTM, tidak lama lagi.
- mD
Sedia bergelar isteri - Uqasha
Rezeki Uqasha Bertambah Selepas Tinggalkan Kerjaya Pramugari
Restu seorang kakak - Uqasha Senrose
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
