Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label AC Mizal. Show all posts
Showing posts with label AC Mizal. Show all posts
AC Mizal Rindu Dua Anak Dengan Bekas Isteri
Pengacara popular Datuk AC Mizal meluahkan rasa sedih kerana tidak pernah diberi peluang untuk membelai dan memberikan kasih sayang terhadap dua orang anaknya, hasil perkahwinan dengan bekas isteri Shafnie Zainudin.
AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya iaitu Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, pada tiga tahun lalu dan terpaksa akur berkemungkinan besar kedua-dua anaknya itu enggan bertemu dengannya.
"Kali terakhir kami bertemu ketika di mahkamah iaitu kes tuntutan nafkah daripada pihak Shafnie.
"Saya tahu, dengan apa yang telah berlaku (perbalahan isu tuntutan nafkah), saya percaya banyak kesan yang berlaku terhadap dua orang anak saya itu.
"Dan jujurnya, saya sangat merindui mereka berdua. Saya sedih dan kecewa, tetapi nak buat macam mana," katanya.
Tambah AC, dia seorang yang tidak suka memikirkan masalah dan sentiasa pandang ke hadapan, jadi sementara sibuk dengan kerja-kerja perniagaan dia tetap akan tunggu dan lihat menantikan anak-anaknya dengan penuh kesabaran.
Dalam pada itu, AC yakin, satu hari nanti dua anak lelakinya itu akan kembali semula kepangkuan dan berharap perkara itu benar-benar akan menjadi kenyataan.
AC dan Shafnie pernah berkahwin dan bercerai pada 17 Oktober 2001. Bagaimanapun sekitar tahun 2008, AC berdepan dengan masalah tuntutan nafkah oleh bekas isterinya itu dan sehingga kini kes masih lagi belum selesai.
Bagaimanapun AC kini sudah berkahwin dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.
AC Mizal Sedih Dimalukan Imam Berkhutbah Kutuk Artis Read more: http://www.syokdownload.com/2013/03/ac-mizal-sedih-dimalukan-imam.html#ixzz2NxDV3cih
AC Mizal Sedih Dimalukan Imam Berkhutbah Kutuk Artis
Menerusi laman Twitter milik pelakon dan pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal beberapa minit yang lalu, pelakon ini telah melahirkan rasa sedih atas khutbah yang diberikan oleh Imam di masjid yang dihadirinya sebentar tadi kerana mengutuk artis tempatan dan perkara tersebut dikatakan turut mengaibkan dirinya yang berada di dalam masjid pada ketika itu.
Dalam pada itu, Dato AC Mizal turut melahirkan rasa kurang senangnya apabila ada sesetengah masjid menyampaikan khutbah Jumaat yang berunsurkan politik dan pengacara ini turut mempersoalkan, apakah akan berlaku sekiranya makmum di sesebuah masjid berkurangan kerana topik khutbah yang disampaikan berbaur politik sehingga membuat makmum lari?
AC Mizal Bergurau Temui Brad Pitt Disangka Benar
PETALING JAYA: Pengacara dan usahawan Datuk AC Mizal tidak menyangka gurauannya di Twitter dengan peminat kononnya dia telah bertemu pelakon Hollywood, Brad Pitt untuk berbincang mengenai projek lakonan pada Selasa lalu menimbulkan pelbagai spekulasi dan dianggap benar-benar berlaku oleh segelintir pihak.
AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 40, berkata dia terkejut apabila gurauan itu dianggap benar dan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.
“Saya tidak tahu hendak tergelak atau apa? Saya tidak sangka pula gurauan dengan para peminat di akaun Twitter pada Selasa lalu dianggap serius oleh segelintir pihak.
“Hakikatnya, kemas kini di akaun itu kononnya saya akan berlakon bersama Brad Pitt hanyalah gurauan kosong dan bukan untuk mencari publisiti atau kontroversi,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.
Ditanya tidakkah tindakannya itu dianggap mempersendakan khalayak, AC Mizal berkata, ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana pengikut-pengikutnya di medium sosial itu sudah mengetahui stail dan pendekatan gurauan yang sering digunakannya.
“Saya bukan mahu mempermainkannya sesiapa dengan kemas kini maklumat itu. Para peminat yang biasa berinteraksi di Twitter dengan saya akan faham ia hanyalah gurauan semata-mata.
“Kalau hendak tahu, saya sering bergurau perkara-perkara yang mengarut, sekadar untuk bergurau dengan peminat. Ini juga sebahagian daripada gimik untuk program kelolaan saya Betul ke Bohong yang sedang disiarkan pada setiap Isnin di Astro Warna,” katanya.
Mengenai perkembangan kerjaya, pengerusi jaringan sosial Malaysia, mface ini mengakui dia kembali aktif dalam bidang pengacaraan ekoran permintaan daripada stesen televisyen akhir-akhir ini.
“Saya semakin sibuk dengan komitmen pengacaraan beberapa program televisyen kebelakangan. Alhamdulillah, permintaan untuk saya menjadi pengacara bertambah dan kebetulan juga saya mengikat kontrak sebagai wajah eksklusif Astro.
“Selain itu, laman mface juga semakin berkembang dan kini sudah mencecah lebih 500,000 pendaftar. Insya-Allah, kami akan melancarkan ia di China, Thailand dan Indonesia pula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya yang tidak lagi mengambil sebarang tawaran lakonan pada waktu ini.
AC dedah rahsia di sebalik kehilangannya
SETELAH lebih setahun menjejakinya dan pelbagai cerita negatif mengenainya disebarkan, akhirnya penyanyi, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan yang kian membina nama, Datuk AC Mizal sudi menerima kedatangan Pancaindera.
Rabu lalu bertempat di pejabat empat tingkat MBI milik syarikatnya dengan rakan kongsi Tedy Teow(Pengerusi Kumpulan) dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida (Ketua Pegawai Eksekutif), AC menanti kehadiran kami.
Walaupun lebih 10 tahun kami tidak bersua muka, namun jarak waktu yang memisahkan sedikitpun tidak melunturkan sikap ramah dan mesra AC Mizal seperti waktu pertama kali bertemunya 20 tahun lalu ketika bersama dengan 4U2C.
Itulah AC Mizal,40, atau nama sebenarnya Mizal Zaini bekas penuntut Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
Lebih dua jam berbual dengannya, siapa sangka AC yang dulunya popular dengan lagu Fiona, kini boleh berdiri megah sebagai Pengerusi Eksekutif empat buah syarikat iaitu Malaysia Brand International, M7,Mface dan AC Living Large dengan pekerja melebihi 50 orang.
Satu demi satu soalan yang dilontarkan kepadanya isu gelang, gelaran Datuk dan melarikan diri daripada wartawan, AC yang mulanya begitu kental jiwanya, akhirnya kalah apabila ditanya bertubi-tubi soalan mengenai isu yang telah mencalarkan namanya.
Wajahnya yang ceria tiba-tiba redup seketika dan tanpa disangka mata kecilnya berkaca bagai menceritakan gelodak jiwa yang pernah dialami tatkala ia menjadi umpat nesta mereka yang tidak senang melihat kejayaannya.
“Saya tahu, waktu itu pelbagai cerita negatif tentang saya disebarkan. Saya tahu ramai wartawan yang mencari saya tetapi saya sengaja mengelak bukan kerana takut tetapi saya ada perancangan sendiri.
“Ketika orang sibuk bercakap tentang saya dan mendakwa pelbagai cerita yang buruk, saya percaya Allah tahu segala-galanya.
“Tanpa pengetahuan mereka saya bangun dan berusaha untuk merealisasikan impian saya menubuhkan MBI.
“Betul kata orang bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Saya adalah jenis yang tidak mahu mengaku kalah. Saya akan berusaha sehingga berjaya dan sebenarnya mereka yang pernah bekerja dengan saya tahu akan perancangan ini.
“Setahun lamanya saya berusaha sebelum saya boleh berdiri tegak selepas jatuh ditolak oleh mereka. Namun bagi saya, apa jua halangan dan dugaan Tuhan saya hadapi dengan tabah dan syukur alhamdulillah saya berjaya menubuhkan syarikat ini,” kata AC sambil tersenyum.
Walaupun hari ini, AC boleh berbangga menerajui empat buah syarikat tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah menitiskan air mata kerana tindakan dan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.
Namun ketika kepedihan itu, AC beruntung mendapat seorang isteri yang begitu memahami dan sentiasa menyokongnya.
Ketika ditanya pernahkah dia menangis menghadapi saat kesusahannya itu, tanpa berselindung AC berkata;
“Saya cuma menangis dalam hati. Tapi ia sedikitpun tidak memadamkan hasrat saya untuk membuktikan yang saya akan berjaya dan saya sentiasa menjadikan Donald Trump sebagai idola kerana dia juga pernah jatuh bangun dalam hidupnya.
“Dengan tertubuhnya syarikat ini saya mahu mengubah pandangan skeptikal masyarakat terhadap artis yang sentiasa dianggap tidak cerdik dan tidak boleh hidup mewah dan berjaya.”
Menurut AC, dia memilih Tedy Teow sebagai rakan kongsi kerana dia juga pernah mengalami nasib yang sama sepertinya.
Berkongsi rezeki
SETELAH berjaya menubuhkan MBI, tanpa teragak-agak AC turut menubuh tiga lagi syarikat iaitu Mface, M7 dan AC Living Large.
Mface yang mengendalikan laman sosial telah memilih 60 artis popular dengan memberi mereka saham bernilai RM100,000 setiap seorang.
Antara artis yang menjadi pilihan Mface ialah Afdlin Shauki,Harun Salim Bachik, Zain Saidin, Emelda Rosmila, Zizan Raja Lawak dan Adlin Aman Ramli.
“Saya memilih artis kerana mahu berkongsi rezeki bersama mereka. Mudah-mudahan impian saya akan diberkati dan mereka akan berjaya mencapai matlamat ini,” kata AC.
Selain Mface, M7 yang berkonsepkan kedai serbaneka juga ditubuhkan bagi membantu mereka yang ingin menambah pendapatan bulanan.
Menurut AC, M7 yang kini dibuka di bangunan yang sama dengan pejabat MBI memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertainya dengan bermodalkan RM2,799 sahaja.
“Siapa yang berminat bolehlah menghubungi syarikat saya kerana syaratnya begitu mudah.”
Selain di Malaysia, M7 juga akan membuka cawangannya di luar negara dan setakat ini ia telah mendapat permintaan lebih daripada 11,000 cawangan di dua buah negara.
Kereta AC Mizal kena tarik?

Dalam artikel di sisipan berita Utusan baru-baru ni, ada menyebutkan mengenai seorang selebriti yang mempunyai kereta mewah kena tarik balik. Sebab apa tidak dipastikan. Namun yang pasti ianya bukanlah sesuatu yang biasa dan aneh. Sebab hal ini sering terjadi keatas orang kaya yang tidak beli kereta tidak cash. hehe. Tapi artikel berkenaan seperti memberi gambaran ianya adalah AC Mizal, tidak dapat dipastikan ianya AC atau artis yang setaraf dengan kekayaan AC daripada empayar MLM.
Dalam artikel tersebut menyebut satu insiden tarik kereta seorang selebriti popular berlaku baru baru ini di sebuah kompleks membeli belah di Kuala Lumpur. Pengacara yang pandai berlawak dan berjenaka itu dikatakan memiliki hampir tujuh buah kereta mewah yang CCM bulanan mencecah lebih RM100,000.
Semuanya hasil dari perniagaan MLM yang dijalankan oleh selebriti tersebut dan beliau juga dikatakan pernah beberapa menayangkan 'imbuhan pendapatan’ beliau kepada media/wartawan. Saksi kejadian ketika aksi tarik-menarik kereta berkenaan berkata yang selebriti dan isterinya tidak mampu berbuat apa-apa selain melihat sahaja kereta mewah kesayangan ditarik balik.
Rileks lah, baru satu kena tarik, ada 6 bijik lagi tue. Hehe.
'Nafkah RM1,600 Sebulan Tak Cukup' - Bekas Mertua A.C Mizal
KAJANG: Bekas ibu mertua kepada pelakon, A.C Mizal mendakwa, wang berjumlah RM1,600 sebagai nafkah bulanan untuk seorang anak remaja adalah tidak mencukupi meskipun mengakui jumlah tersebut menyamai gaji permulaan seorang lulusan ijazah dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Rapiah Ab Talib, 62, berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, apabila memberi keterangan selaku saksi kedua dalam permohonan yang difailkan oleh anaknya, Shafnie Zainudin terhadap pelakon dan pengacara berkenaan.
Shafnie, 36, memohon untuk menaikkan jumlah nafkah dua anaknya yang diperoleh hasil perkongsian hidup dengan A.C Mizal yang berjumlah RM300 menjadi RM3,770 sebulan selain menuntut RM9,000 sebagai perbelanjaan tahunan.
Bekas model itu berkahwin dengan A.C Mizal pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001 dan dikurniakan anak, Muhammad Shafiq Iman, 15, dan Muhammad Shabil Iman, 12 tahun.
Apabila dirujuk dengan dokumen perjanjian bertarikh 22 Disember 2004 antara Shafnie dan A.C Mizal, saksi bersetuju bahawa A.C selaku bapa hanya perlu membantu perbelanjaan sekolah anak di sekolah penuh bantuan kerajaan sahaja.
Jika anak tersebut dihantar ke sekolah swasta, A.C Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, bersetuju untuk membantu mengikut kadar kemampuannya.
Justeru itu, apabila ditanya mengapa Muhammad Shafiq Iman dihantar ke sekolah swasta Al-Amin di Bangi, dekat sini, Rapiah menjawab:
"Sekolah swasta itu sekolah agama. Kami mementingkan dunia dan akhirat."
Tambah Rapiah, antara subjek yang diajar di sekolah itu adalah mata pelajaran berkaitan syariah, sirah dan Bahasa Arab.
Saksi yang merupakan seorang pesara juga tidak bersetuju dengan cadangan Siti Aishah bahawa bayaran pembantu rumah yang diminta oleh Shafnie bukanlah sesuatu perbelanjaan yang wajib.
Katanya, pembantu rumah itu ditugaskan untuk menjaga, menggosokkan baju dan memasak untuk anak-anak tersebut kerana dirinya tidak sihat manakala Shafnie bekerja di Shah Alam, dekat sini dan ada kalanya akan pulang pada waktu malam serta banyak bekerja pada hujung minggu.
Siti Aishah: Menggosok baju dan memasak adalah tanggungjawab seorang ibu. Saya katakan sebab plaintif sibuk dengan kerja, maka dia telah mengabaikan tugasnya. Maka, dia yang perlu membayar pembantu rumah?
Rapiah: Tidak setuju.
Seterusnya, Rapiah memberitahu bahawa bayaran percutian adalah satu keperluan setelah penat mengulang-kaji pelajaran, tetapi bersetuju bahawa anak-anak tersebut tidak akan 'mati' sekiranya tidak dibawa bercuti.
Siti Aishah: Adakah defendan (A.C Mizal) perlu membayar kos percutian?
Rapiah: Ya, kerana yang bercuti adalah anak-anaknya.
Siti Aishah: Adakah kos termasuk juga dengan perbelanjaan plaintif semasa bercuti?
Rapiah: Habis, tak akan plaintif tidak ikut? Hanya anak-anak sahaja?
Siti Aishah: Seronoklah begitu, semua orang hendak bercerai. Pergi bercuti bekas suami yang bayar.
Komen spontan yang diajukan oleh peguam syarie terbabit ditegur oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah yang mengingatkannya untuk hanya bertanyakan perkara-perkara yang perlu.
Mengenai keterangan Rapiah yang mengatakan A.C Mizal mampu untuk memakai kereta mewah, dia mengakui bahawa perkara itu hanya diketahui daripada surat khabar dan majalah yang tidak menyatakan harga sebenar dan cara pembelian kereta terbabit sama ada dibuat secara tunai atau pinjaman.
Dia juga mengakui bahawa hanya mengetahui mengenai lakonan A.C Mizal di televisyen apabila diberitahu oleh anak-anak tersebut menyebabkan saksi tidak dapat memastikan jika pelakon itu memegang watak utama atau watak sambilan.
"Saya hanya nampak lakonan di televisyen sekilas. Saya tak tengok kerana tak berminat," tambahnya.
Rapiah juga menafikan bahawa Shafnie pernah berkata bahawa dia tidak mahu menerima wang dari A.C Mizal kerana beranggapan wang daripada hasil lakonan adalah haram.
Sepanjang Rapiah memberi keterangan, Shafnie yang duduk bersebelahan peguam syarie, Abdul Haziq Izzat dilihat beberapa kali mengesat air mata memandang ke arah ibunya.
Perbicaraan bersambung pada 21 November depan untuk membolehkan Rapiah disoal semula oleh peguam syarie Shafnie.
Selamat tinggal AC Mizal!

SEBELUM ini ada banyak pihak mendakwa, bisnes yang dijalankan oleh artis AC Mizal melalui AC Konsortium Sdn.Bhd. banyak mengambil kesempatan dan menindas orang ramai.
Menjual gelang magnet dengan harga ‘super’ lumayan, menjanjikan pulangan tidak masuk akal kepada pelabur dan macam-macam janji lagi, AC Konsortium dikatakan mengaut untung melalui cara yang tidak sepatutnya.
Bagaimanapun AC dengan sekeras-kerasnya menafikan tanggapan itu dan kekal dengan pendiriannya. Menurut AC, dia menjalankan bisnes untuk membantu orang Melayu. Kata AC, dia tidak mahu kaya seorang diri sebaliknya bersama-sama dengan pihak lain memperoleh kekayaan.
Malah, di belakang pengacara Maharaja Lawak itu, ada beberapa artis muda yang sanggup mempertahankan majikannya.
Artis-artis ini dengan penuh lantang dan berani mempertikaikan pihak yang membuat tuduhan dan menganggap ia berpunca daripada sifat dengki khianat.
Enam artis yang pernah bernaung di bawah ACK itu adalah Khai, Rosma, Alif Razali, Salima AF, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim.
Tetapi itu beberapa bulan yang lalu. Jika sebelum ini enam selebriti ini bermati-matian mempertahankan majikannya pada saat dihentam teruk oleh pelbagai pihak, kini perkara tersebut tak akan berlaku lagi.
Khabarnya mereka telah melepaskan jawatan secara mengejut sebagai jurucakap dalam syarikat berkenaan.
Pengumuman secara rasmi mengatakan mereka tidak lagi terlibat dalam urusan syarikat itu telah pun dibuat baru-baru ini.
Semuanya diluahkan dalam laman sosial facebook masing-masing.
Tidak mahu terus berteka-teki tentang situasi berkenaan, Pancaindera bergegas mendapatkan komen daripada salah seorang bekas speaker.
“Saya tak dibenarkan memberi komen buat masa sekarang. Kena tutup mulut. Nanti-nantilah saya cerita. Bila tiba masanya, kenalah tunggu,” ringkas Lan Kristal dalam perbualan Khamis petang lalu ketika diminta untuk mengulas tentang isu berkenaan.
Vokalis kumpulan Kristal ini juga beberapa kali menekankan pernyataan ‘tiada komen’ saat diasak dengan situasi keruh melibatkan perniagaan itu.
Cubaan Pancaindera untuk mendapatkan komen dari lima lagi artis juga menemui jalan buntu apabila masing-masing enggan memberi sebarang kenyataan. Talian telefon dibiarkan berbunyi sehingga ke akhiran.
AC Mizal adalah pemilik syarikat ACK yang ditubuhkan pada 2009 yang mana dia bertindak sebagai pengerusinya dengan bisnes bernilai RM200 juta.
Syarikat itu menjadi pembekal gelang dan rantai kesihatan berasaskan magnet jenama AC Mizal.
Sementara itu, difahamkan keenam-enam artis yang menganggap dirinya sebagai mangsa itu hanya akan ‘membuka mulut’ tentang apa yang berlaku dalam satu sidang akhbar khas tidak lama lagi.
Sidang akhbar itu sekali gus akan berlangsung bersama perjanjian mereka sebagai duta bagi Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS).
Surat jemputan media berkaitan pengumuman penamatan jawatan mereka di AC Konsortium dan sidang akhbar pelantikan duta AUCMS telah pun diedarkan kelmarin.
Majlis berkenaan bakal diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pada hari Rabu bersamaan 15 Jun, pukul 4 petang.
“Apakah punca dan sebab utama artis-artis ini meninggalkan AC Konsortium secara mengejut? Benarkah mereka juga menjadi mangsa penipuan?
“Segala-galanya akan terjawab dalam sidang media itu nanti. Datang, dengar dan tanyalah apa saja soalan, mereka akan jawab,” kata orang kuat di sebalik penganjuran acara berkenaan kepada Mingguan Malaysia.
Penonton Marah AC Mizal ‘Sokong’ Amir (Raja Lawak)

PETALING JAYA: Pengacara AC Mizal mengakui ada segelintir penonton Maharaja Lawak kurang bersetuju dengan caranya yang seolah-olah menyokong Amir (Raja Lawak).
AC sering kali menyebut nama Amir sebagai peserta kegemarannya ketika mengendalikan program tersebut pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).
Menjelaskan perkara tersebut, AC berpendapat Amir merupakan peserta underdog dan cuba memberi semangat kepada pemuda itu yang sering memberikan persembahan kurang memuaskan.
Ironinya, AC tidak menyokong sesiapa sebaliknya dia berbangga dengan keberanian Amir.
“Saya tahu ada juga yang marahkan saya tetapi ada yang faham maksud tersirat kenapa saya berbuat begitu. Saya kasihankan Amir. Pada saya, komedi memerlukan elemen yang abnormal. Dari segi penyampaian peserta, kebanyakannya memberikan komedi yang abnormal tetapi Amir pula mempunyai sifat atau perwatakan yang abnormal.
“Walaupun dia jenis yang ‘main belasah’ sahaja, tetapi dia tetap berani untuk bertanding dengan nama-nama besar seperti Jozan, Nabil dan Sepah. Jika saya berada di tempatnya, mungkin tidak berani masuk pertandingan ini,” kata AC kepada mStar Online.
Jelasnya, dia ada menerima komen di laman sesawang Facebook daripada peminat yang memarahinya kerana memberitahu Amir sebagai peserta kegemarannya.
“Ramai yang cakap saya tolong underdog dan mengata saya menjadi penyebab Amir masih kekal dalam Maharaja Lawak.
“Saya hanya beri sokongan moral bukan sahaja kepada Amir tetapi juga kepada peserta lain. Misalnya saya ada juga memberikan pendapat tentang persembahan mereka selaku salah seorang penonton. Tetapi, saya tidak benarkan diri saya mengundi setiap peserta,” ujarnya.
Tambah AC: “Apabila mengendalikan program ini, saya anggap kami sebagai satu pasukan. Kalau boleh saya nak semua peserta bagus supaya ramai penonton mahu menonton Maharaja Lawak.”
Menjangkakan tentang peserta yang dirasakan layak ke peringkat akhir, AC melihat kumpulan Jozan, Nabil dan kumpulan Jambu mempunyai peluang berdasarkan kekuatan masing-masing.
“Jambu sentiasa memberikan persembahan yang bagus setiap minggu, Jozan dan Nabil juga mempunyai kekuatan tersendiri,” katanya.
Pada minggu hadapan, peserta diberikan tugasan dengan tema silent comedy.
Mereka juga diberi mandat untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang tidak disukai untuk disingkirkan.
Bagaimanapun, sekiranya peserta yang diundi keluar itu mempunyai markah keseluruhan (markah juri dan SMS) tertinggi, mereka tidak akan disingkirkan, melainkan peserta tersebut mendapat kedudukan di tempat kedua dan ke bawah.
Ac Mizal, Isteri Sertai Umno

IPOH: Pelakon dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu pada Ahad.
AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Ghaffar.
Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.
"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita pada program anjuran Umno Bahagian Ipoh Barat.
AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.
"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya...tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya.
AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang anggota biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti. "Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.
Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.
Isterinya Emylia berasal dari sini.
Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada akannya. -BERNAMA
Belum giliran AC Mizal

DALAM ramai dok tunggu AC Mizal yang akan dikalungkan Datuk tahun ini, alih-alih M.Nasir dan Ramli MS yang dapat dulu.
Joyah cukup bangga dengan pencapaian mereka berdua. Memang layak pun bergelar Datuk M.Nasir dan Datuk Ramli MS kerana sumbangan mereka yang besar dalam industri muzik tanah air.
Nampaknya jasa anak seni di negara ini tidak pernah dilupakan apabila makin ramai yang mendapat pengiktirafan berbentuk darjah kebesaran daripada kerajaan.
Yang Joyah puji, M.Nasir dan Ramli MS tidak kecoh-kecoh pun nak dapat gelaran Datuk walaupun sudah menerima surat penganugerahan sejak sekian lama.
Mereka cool sa ja dan tak bercerita sangat dengan wartawan, buat macam tak ada apa-apa berlaku. Mungkin kerana tak mahu menunjuk-nunjuk sampailah tiba pada hari majlis istiadat penganugerahan pingat dan darjah kebesaran pada Rabu lalu..
Dalam pada itu, Joyah tercari-cari juga nama AC dalam senarai penganugerahan. Tak ada lagi rupanya walaupun bekas pengacara Akademi Fantasia musim lapan itu pernah kata akan menghadiri majlis penganugerahan pada akhir tahun lalu.
Selepas dirisik, belum tiba lagi giliran AC dan terserah kepada pihak istana untuk menetapkan tarikh majlis penganugerahan pada bila-bila masa.
Tak apa AC, lambat atau cepat kalau sudah dinamakan rezeki tak akan ke mana gelaran Datuk tu. Apa pun, esok-esok bila dah pasti dijemput menghadiri majlis penganugerahan tu, jangan lupa pula bagi tahu Joyah dan rakan-rakan lain.
Cuma yang Joyah dapat tahu, selagi belum dikalungkan gelaran Datuk tu, mana-mana individu tak layak membawa gelaran Datuk.
AC Mizal Tolak Tawaran Lain Demi Muzikal Tun Mahathir 2

KUALA LUMPUR: Pelakon Datuk AC Mizal mempunyai dua sebab mengapa beliau sanggup menolak tawaran teater dan filem lain demi menjayakan watak Aziz dalam teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) musim kedua.
Teater yang turut dilakonkan oleh Elly Mazlein, Esma Daniel, Ezany Nizariff, Misha Omar dan Sarimah Ibrahim tersebut akan dipentaskan di Istana Budaya pada 21 hingga 30 Januari 2011.
Pertama, AC tidak malu mengaku amat meminati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan yang kedua kerana teruja berlakon di pentas Istana Budaya.
Namun begitu perasaannya bercampur baur antara kecewa sedikit dan bertuah apabila mendapat tahu tidak berpeluang membawakan watak idolanya itu sebaliknya watak rakan kepada Tun Mahathir bernama Aziz.

Bagaimanapun, segala-galanya berbalik kepada komitmen setiap individu yang bekerja dalam teater tersebut.
“Saya cuma mewarnakan lagi teater ini. Alhamdulillah, saya menganggap tawaran berlakon dalam teater ini pada bulan lalu sebagai satu anugerah yang besar.
“Setakat ini, saya belum memulakan latihan. Tetapi setelah meneliti skrip yang diberikan, saya perlu menyanyikan sebuah lagu dalam sebuah babak.
“Walaupun muncul seketika, saya tetap akan melakukan yang terbaik. Harap-harap Tun Mahathir dapat menonton persembahan ini nanti,” katanya yang turut menyertai kelab penyokong Tun Mahathir.
Bercerita lebih lanjut tentang peranan Aziz dalam teater tersebut, lelaki itu merupakan seorang yang rapat dan sentiasa bersama-sama Tun Mahathir dalam kerjaya politik.
“Apa sahaja yang Tun Mahathir cadangkan, mesti dia akan lakukan. Dalam teater ini, saya perlu melakonkan babak menampal poster yang lebih kepada corak komedi.
“Saya akan cuba menampilkan kelainan dalam lakonan saya dengan aksi bersahaja dan wajib adlib dalam dialog yang dituturkan,” ujarnya yang menganggap teater ini sebagai salah satu mercu tanda agar diingati oleh semua.
Tambahnya, MTM2 merupakan teater ketiganya di Istana Budaya selepas teater Muzikal Puteri Gunung Ledang dan Muzikal Cuci.
Dalam perkembangan lain, AC masih terikat sebagai salah seorang wajah eksklusif Astro dalam bidang pengacaraan dan melakukan bisnes korporat.
Pada tahun depan, AC akan mengacara beberapa program televisyen terbitan Astro.
Selain itu, dia akui belum dipanggil untuk menghadiri majlis istiadat pengurniaan gelaran Datuk daripada Istana Pahang.
Bagaimanapun, pihaknya telah pun menerima surat pengurniaan darjah kebesaran peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu sekaligus dibenarkan untuk menggunakan gelaran tersebut.
Gelang AC dari China?

PANTANG keturunan Joyah kalau dipanggil penipu. Nak pulak kalau mulut jahat yang panggil tu tak tunjuk bukti.
Mahu je Joyah cilikan mulut mereka. Yalah, nak saman di mahkamah duit tak banyak. Apa yang mampu, Joyah beli cili merah, cili padi, cili kering dan cili boh.
Bercakap pasal kes artis tipu-menipu, naik meremang pulak bulu kaki Joyah ni walaupun baru cukur dua tiga hari sudah.
Al-kisahnya pasal gelang AC Mizal. Gelang tangan ok, bukan gelang kaki. AC Mizal yang sudah bergelar Datuk ni cukup terkenal dengan perniagaan MLM.
Kiranya sekarang ni dah sampai tahap jutawan. Habis tu dah boleh pakai kereta Bentley lagi, tak kaya namanya tu?
Tup-tup sekarang ni kecoh di Internet gelang AC Mizal yang djual dengan harga RM1,000 adalah produk yang sama berharga RM100 dari China.
Biar betul? Modal RM100, untung sampai RM900? Joyah nak berniagalah macam ni. Memang boleh buat duit seguni kalau macam tu.
Lebih berani ada blog membandingkan gambar gelang AC Mizal dengan gelang China tu.
Ikut hati, Joyah tak nak tulis lebih-lebih. Pasal Joyah kasihan dengan AC Mizal ni. Tak habis-habis dilanda musibah. Baru sahaja selesai kes tunggakan nafkah anaknya. Sebelum tu Joyah ada dengar juga AC tak bayar bonus kepada ahli yang sertai perniagaan gelang itu. Entahlah.
Joyah harap, AC Mizal yang kena fitnah atau siapa-siapa yang tertipu tak ambil tindakan sendiri. Biar undang-undang negara kita yang menentukan nasib mereka yang tak bertanggungjawab itu.
AC Mizal Terselamat Hukuman Penjara 25 Hari

KAJANG: Pengacara popular, AC Mizal menarik nafas lega selepas tidak perlu bermalam di penjara selama 25 hari bermula Khamis, selepas berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak bersama bekas isteri, Shafnie Zainudin,35, yang tertunggak RM9,800 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Bekas pengacara Konsert Akademi Fantasia itu juga menjelaskan denda RM1,500 bagi kesalahan menghina mahkamah yang mana, jika gagal Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah memerintahkan dia dipenjarakan selama 10 hari.
AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, menjelaskan denda tersebut beberapa minit selepas keputusan dibuat.
“Alhamdulillah, lega tidak di penjara. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini kerana menunjukkan saya tidak bersalah 100 peratus. Saya bayar nafkah cuma ada masanya saya tidak mampu kerana kontrak kerja tamat.
“Saya sudah bayar apabila boleh dan saya harap selepas ini tidak ada orang yang akan memfitnah atau menyebarkan cerita saya tidak bayar nafkah anak,” katanya yang menambah telah memaafkan individu tersebut.
Abdul Halim membuat keputusan itu pada prosiding komital yang dimulakan oleh Shafnie bagi mendapatkan perintah untuk menghantar AC Mizal ke penjara atas dakwaan menghina mahkamah kerana gagal menjelaskan tunggakan nafkah anak yang secara keseluruhan berjumlah RM50,000.
Berdasarkan perintah yang direkodkan hasil persetujuan bersama dalam perbincangan secara sulh, tunggakan itu perlu dilangsaikan secara ansuran RM200 setiap bulan sebelum anak kedua pasangan itu, Muhammad Shabil Iman berusia 18 tahun.
Selain Muhammad Shabil Iman, 11, mereka mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Shafiq Iman, 14, hasil perkahwinan yang dibina pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.
Bagaimanapun, Abdul Halim pada penghakimannya berpendapat, tindakan AC Mizal mendepositkan RM9,800 yang merupakan tunggakan untuk 49 bulan daripada Januari 2005 hingga 19 Disember 2009 ke dalam akaun bersama dia dan Muhammad Shabil Iman bukan bersifat penghinaan kepada mahkamah.
Sebaliknya, tindakan itu adalah merupakan pelanggaran atau terpesong daripada perintah memandangkan cara pembayaran yang sepatutnya ialah secara ansuran dengan dimasukkan bersama RM300 sebagai nafkah semasa di akaun bersama Shafnie dan Muhammad Shafiq Iman di bank RHB.Beliau juga menolak dakwaan Shafnie bahawa AC Mizal telah melanggar perintah untuk menyediakan perbelanjaan bagi awal persekolahan memandangkan perintah itu sendiri kabur dan tidak diperincikan.
Abdul Halim juga hanya menyifatkan tindakan AC Mizal yang tidak membantu dalam persekolahan anak walaupun berkemampuan sebagai malang, namun perkara itu masih tidak menghina ekoran perintah jelas menyatakan bantuan adalah untuk anak dihantar ke sekolah bantuan kerajaan.
Shafnie menghantar anak sulung mereka ke sekolah swasta aliran agama di Bangi, dekat sini.
Bagaimanapun, AC Mizal disabitkan dengan kesalahan menghina mahkamah bagi kegagalannya menyerahkan laporan kewangan tahunan syarikatnya, Best Line Entertainment (M) Sdn Bhd kepada Shafnie dalam tempoh 60 hari bermula 31 Disember setiap tahun.
“Pada mahkamah, responden gagal meyakinkan bahawa kegagalan itu disebabkan syarikat tidak berfungsi adalah mustahil kerana syarikat tersebut adalah berdaftar dan diselia oleh badan suruhanjaya.
“Persoalannya, mengapa responden tidak menunjukkan perjalanan syarikat untuk dinilai oleh mahkamah?” tambah Abdul Halim.
Justeru itu, beliau berkata, hukuman atau ‘ubat’ perlu diberikan kepada AC Mizal untuk membangkitkan kesedaran kepadanya dalam melaksanakan perintah yang telah dipersetujuinya pada 22 Disember 2004.
Abdul Halim juga menyelitkan nasihat kepada AC Mizal dan Shafnie supaya memastikan anak tidak menjadi mangsa dalam perceraian mereka.
“Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa dan akan dihisab kelak. Anak bukan hak eksklusif kepada satu pihak. Biarlah anak merasai mereka masih mempunyai ibu dan bapa walaupun telah berpisah.
“Amat malang jika ibu bapa yang bercerai memisahkan anak dari ibu atau bapa. Jika itu terjadi, tunggulah seksaan daripada Allah dan api neraka,” katanya yang mengambil masa selama 45 minit untuk membacakan penghakiman setebal 36 halaman.
Semasa ini, Shafnie yang hadir di mahkamah bersama kakak dan diwakili peguam syarie Mohd Ridhawan Husin dilihat mengesat air mata manakala AC Mizal tekun mendengar di sisi peguamnya, Siti Aishah Din.
AC Mizal kini sudah berkahwin semula dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mohd Reeve Damien dan Fea Eryssa.
AC Mizal Sahkan Terima Gelaran Datuk

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara AC Mizal mengesahkan menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang.
Bekas pengacara Akademi Fantasia itu mengakui telah menerima surat penganugerahan tersebut pada awal Ramadan lalu dan bakal menerima secara rasmi gelaran berkenaan mengikut adat istiadat istana pada akhir tahun ini.
"Saya sudah menerima surat dari pihak istana berhubung perkara ini namun belum lagi menghadiri majlis penganugerahan secara rasmi di istana.
"InsyaAllah ia mungkin diadakan pada hujung tahun ini, tapi pihak istana sudah memberi keizinan untuk saya terus mengunakan gelaran tersebut," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Ulang Tahun ke10 Perkahwinan Vanida Imran dan Rashidi Ishak, Isnin.
Bagaimanapun, menurut AC dia masih belum mengunakan gelaran tersebut dan masih dalam proses mempersiapkan diri.
"Gelaran itu satu anugerah kepada saya. Ia bagus untuk bisnes yang sedang saya jalankan sekarang, namun begitu buat masa ini saya belum berani untuk mengunakannya kerana belum menghadari majlis penganugerahan.
"Saya masih dalam proses untuk berubah daripada seorang artis kepada ahli perniagaan selain mahu menerima gelaran tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengerusi AC Konsortium Sdn Bhd ini juga memberitahu gelaran Datuk yang diterimanya merupakan rezeki selepas dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
"Saya dapat gelaran ini disebabkan kejayaan saya sebagai artis yang berjaya dalam perniagaan. Walaupun belum setahun lagi perniagaan saya ini tapi Alhamdulilah rezeki perniagaan saya semakin baik.
"Secara tidak langsung saya boleh memberi contoh yang baik kepada artis-artis muda yang lain. Saya tidak mahu artis hanya dikaitkan dengan cerita-cerita negatif sahaja," katanya.
Selain itu, AC memberitahu dia tidak pernah meningalkan dunia seni sejak bergelar usahawan. Namun dia mengakui lebih memilih tawaran yang bersesuaian dengannya.
"Saya masih dalam industri seni. Saya ada kontrak dengan Astro selama dua tahun lagi. Insya-Allah lepas raya ini ada program yang akan saya kendalikan.
"Untuk tawaran berlakon memang sekarang saya kurangkan sedikit sebab saya ada tanggungjawab terhadap perniagaan yang saya usahakan ini. Namun begitu saya masih menerima tawaran yang bersesuaian dengan umur dan masa saya," kata AC.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
