Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Adda. Show all posts
Showing posts with label Adda. Show all posts

Adda kini bebas

ADDA nak bina hidup baru. Nak lupakan kisah silam, cerita hitam yang pernah berlaku sebelum ini. Yang lepas itu biarlah. Adda tak nak sentuh lagi. Bagi Adda, apa yang penting adalah masa depan Adda sekarang. Adda doa untuk lebih fokus dalam bidang seni. Adda nak buka mata semua orang," azam penyanyi kumpulan Butterfly ini pada majlis hari jadi ke-24 yang disambut di ibu kota Isnin lalu. Adakah mudah untuk merealisasikan azam tersebut memandangkan nama Adda pernah terpalit cerita kontroversi? Tambahan pula dengan keadaan masyarakat yang gemar menyentuh kisah lama di kalangan artis? "Semua kesilapan lampau adalah panduan hidup Adda. Rasanya semua orang pernah jatuh atau tergelincir. Tapi adakah kita akan sentiasa tunduk dengan situasi macam itu? Sebab hanya orang gila saja yang membenarkan nasibnya ditimpa malang berulang kali. "Adda pun begitu juga. Adda pernah lalui saat getir. Diperlakukan macam sampah, dikeji sebab status yang Adda pegang dan ada yang cuba mengambil kesempatan. Adda terima dengan rela hati. Biarlah orang nak kata apa dengan suratan takdir Adda," katanya beremosi. Adakah itu termasuk melupakan kisah cinta dengan pelakon Adam Shah yang sudah menemui titik noktah, adik kepada gitaris Rodi Kristal ini mengangguk. Ringkas: "Dia juga adalah masa silam Adda. Adda tak nak ulas lagi. Apa pun dia banyak menyedarkan Adda tentang nilai cinta yang sebenar." Nada bicara Adda itu seolah-olah jiwanya sedang bersarang dengan kekecewaan, lantas membibitkan air mata di kelopak matanya. Sekali gus menjelaskan gambaran kesedihan yang sedang dialami tatkala ini. "Orang pandang serong kalau seseorang itu pegang gelaran janda. Apalagi jika si janda itu artis. Lagi macam-macam orang kata sampaikan apa saja yang dibuat jadi isu. Sebab itu Adda paling takut kalau ada benda yang Adda buat jadi bualan. "Adda juga bimbang kalau ada kata-kata yang buat orang lain tersinggung. Pendek kata semuanya serba salah. Jadi macam mana Adda nak hidup kalau selalu memikirkan tanggapan orang lain terhadap Adda?" soal penyanyi Lelaki Ini dan Firasat Cinta ini. Imej baruLantaran itu, pemilik nama sebenar Nur Syuhadah Baharuddin memutuskan untuk menukar imej yang berkemungkinan bakal menyebabkan masyarakat kembali 'menyerangnya'. Maklumlah daripada tidak bertudung kemudian memakai turban dan akhirnya langsung tidak menutup bahagian kepalanya itu. "Adda tak boleh tipu diri sendiri. Kalau dahulu Adda ada tanggungjawab dan komitmen tapi sekarang tidak lagi. Adda dah bebas. Jadi apa juga yang Adda buat hari ini adalah untuk masa depan Adda. "Sebab itu juga Adda minta jangan besarkan isu Adda tak pakai tudung. Adda cuma manusia biasa yang tak lepas daripada membuat kesilapan. Ini adalah diri Adda yang sebenar. Asalkan Adda tahu batas dan tak malukan nama keluarga, Adda harap semua orang terima Adda yang baru," katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Adda memberitahu dia bakal mengembangkan sayap seninya dengan bekerjasama dengan pencipta lagu dari negara jiran selepas kontrak kumpulan Butterfly dengan syarikat rakaman Universal Music tamat pada pertengahan tahun depan. Bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan bakal dikongsi selepas mendapat kata putus tidak lama lagi.

Adda trauma dengan lelaki

TEMPOH perkahwinan yang sekadar bertahan selama 17 hari pastinya memberikan pengalaman yang cukup pahit buat vokalis Butterfly, Nur Syuhadah Baharuddin atau lebih popular dengan panggilan Adda. Menganggap semua yang berlaku sebagai pengajaran untuk menempuhi kehidupan yang mendatang, Adda bertekad untuk tidak terlalu memikirkan lagi peristiwa lampau. Dia kini mahu meneruskan kehidupan seperti biasa. Ketika ditemui sewaktu sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini, adik gitaris kumpulan Kristal, Rodi ini mahu memberi fokus kepada bidang yang diceburi sekarang iaitu sebagai penyanyi dan pelakon. Bakal tampil menerusi filem sulung berjudul Sofazr The Movie: Jiwa Kacau pada 27 September ini, Adda menyatakan dia belum terfikir untuk mencari pengganti kerana selesa dengan keadaan sekarang. Kosmo!: Bagaimana kehidupan Adda selepas kontroversi dahulu? ADDA: Saya menganggap biar sehebat mana pun dugaan yang pernah melanda diri saya, tetapi kehidupan mesti diteruskan dan kalau boleh saya tidak mahu mengenang lagi segala kejadian yang berlaku. Adakah anda sudah bersedia untuk mencari pengganti? Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga. Saya akui agak trauma dan susah untuk mempercayai lelaki sekarang setelah apa yang berlaku terhadap diri saya. Mengenai status saya pula, sehingga kini saya masih lagi solo dan tidak mempunyai teman istimewa. Saya akui memang ada rapat dengan beberapa lelaki, tetapi hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan. Jadi, sekarang anda sudah serik untuk berkahwin? Saya bukanlah serik berkahwin lagi, cuma buat masa sekarang tidak terlintas di hati saya untuk mendirikan rumah tangga. Apa pun saya percaya pintu hati saya akan terbuka untuk bergelar isteri, tetapi bukan dalam tempoh terdekat ini. Sebelum ini anda dilihat sudah tampil bertudung sepenuhnya, tetapi kini penampilan anda ternyata sudah berubah? Memang pada mulanya saya sudah berusaha mengubah penampilan untuk bertudung, namun lama-kelamaan saya rasa masih lagi belum bersedia ke arah itu. Kemudian, saya ambil keputusan tampil dengan imej memakai turban. Saya membuat tindakan sedemikian kerana ia merupakan imej yang paling sesuai sekarang sebagai seorang vokalis kumpulan Butterfly yang menjurus kepada muzik Pop Rock. Bagaimana pula dengan perkembangan kumpulan Butterfly sekarang? Buat masa sekarang Butterfly masih lagi aktif dan sering membuat persembahan. Malah, kami baru sahaja melahirkan sebuah album berjudul Lelaki Pilihan pada Ogos lalu. Adakah kontroversi yang berlaku telah menjejaskan karier anda sebagai penyanyi dan pelakon? Saya melihat segala kontroversi yang melanda terutamanya berkaitan cinta dan perkahwinan tidak menjejaskan kerjaya saya sekarang termasuk nama Butterfly. Lagipun saya percaya peminat lebih menilai diri saya berdasarkan kerjaya berbanding perkara peribadi mengenai diri saya.

Adda, berhenti aibkan saya - bekas suami

Apa yang membuatkan Ridzuan 'bengang' sangat ni sampai terpanggil untuk tampil ke hadapan? Saya sendiri tidak tahan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isteri, Nur Syuhada (Adda) yang tersebar di Internet mahu pun di dada akhbar lain. Nampak sangat dia telah memburukkan nama saya. Selama ini saya sendiri tidak kecoh menjaja cerita mengenai hal sebenar yang menjadi punca perceraian kami.Nampaknya kesabaran saya sudah dicabar. Dia yang banyak buat hal. Malah, dia yang pandai-pandai kata saya duda, saya sendiri tak pernah kata begitu. Saya tak pernah mengaku saya seorang duda. Sejak pertama kali bertemu dengan Adda di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, saya sudah beritahu dia bahawa saya sudah berumah tangga dan ada tiga anak. Apa rekasi Adda masa tu? Masa tu dia kata dia tidak kisah untuk berkawan dengan saya, walaupun saya suami orang. Pertemuan tersebut diatur oleh kawannya sendiri. Sebab tu saya pelik bila dia beritahu status saya sebagai duda masa gambar kahwin kami tersebar. Maksudnya Adda menipu pihak media? Abang ada bukti? Pasal status saya tu memang tak betullah, memang dia tipu. Saya memang terkejut apabila baca kenyataan yang Adda yang dikeluarkan. Kemudian dia buat saya macam ini pula. Saya tak bodoh, saya ada simpan segala sistem pesanan ringkas (SMS) yang dia hantar kepada saya. Dia pusing habis semua kenyataan yang diberikan kepada media. Dia sudah tahu bahawa saya suami orang. Keluarga dia sendiri pun tahu mengenai perkara ini. Apa lagi yang dia tipu? Dia pernah kata dia berjumpa saya di Starbucks. Itu tidak benar sama sekali, kami jumpa di Hard Rock Cafe sebenarnya. Betul ke abang merahsiakan perkahwinan dengan Adda sebab takut isteri tua tahu? Tolong perjelaskan? Bagi yang tidak berada di tempat saya, mereka mungkin boleh cakap macam-macam. Cuba terkena batang hidung sendiri, barulah mereka tahu. Bukan soal takut ke apa, tapi menjaga hati. Siapa sebenarnya yang menyebarkan gambar pernikahan abang dengan Adda? Dia beritahu kepada media gambar itu disebarkan oleh pihak media. Kenapa gambar dalam koleksi simpanan dia sendiri boleh tersebar? Saya lihat ini niat dia untuk dapatkan publisiti murahan. Saya sudah pesan jangan besar-besarkan perkara ini demi ingin menjaga hati dan perasaan ramai pihak.Apa motif dia mewujudkan situasi begini? Tidak lain tidak bukan untuk memburukkan nama saya dan cuba untuk memecah-belahkan keluarga saya. Sebagai suami, kenapa abang sanggup menceraikan Adda hanya selepas 17 hari bernikah? Untuk menceritakan perkara sebenar, ia sememangnya sangat mengaibkan dan biarlah perkara ini kami sahaja yang simpan. Adakah abang diprovok? Dia telah buat sesuatu perkara yang sangat melampau dan tidak fikirkan perasaan orang lain. Saya hilang sabar. Sehari sebelum saya lafazkan cerai tersebut, dia telah menghubungi saya, minta saya datang ke rumahnya sedangkan waktu itu giliran di rumah isteri pertama. Pada malam itu, saya berada di luar dan isteri pertama ada di rumah. Adda bertindak memulangkan kereta yang saya bagi untuk kegunaan dia. Masalahnya cara dia memulangkan kenderaan berkenaan sangat kurang ajar. Macamana? Dia tinggalkan kereta saya di tempat lain dan campak kunci kereta di halaman rumah saya begitu saja. Apa ini? Tidak tahu adabkah dia? Tidak bolehkah dia memulangkan kereta itu secara baik? Saya tidak faham apa yang dia mahukan. Adda ada beritahu kononnya abang telah lari keluar daripada rumah akibat tekanan? Kenapa pula tu? Saya yang keluar dari rumah? Saya masih simpan lagi bukti yang menunjukkan bahawa dialah yang mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut (sambil menunjukkan mesej pesanan ringkas). Perkara tersebut terjadi sejurus sebelum dia pulangkan kereta saya. Sudahlah tidak meminta kebenaran suami untuk keluar, kemudian maki hamun pula. Dia merungut dan mengatakan cara hidup saya sangat bosan. Dia harus faham, saya ada perniagaan yang kena urus. Memang waktu saya balik ke rumah tidak menentu. Sebelum kahwin semua cakap okay sahaja, tapi bila dah kahwin, jadi macam ini. Nak malukan saya, kenapa ni? Sebab dia sudah melampau dan beberapa perkara 'besar' yang saya tidak boleh sebutkan di sini, saya mengambil keputusan untuk menceraikan dia. Maknanya tiada desakan isteri pertama? Isteri pertama halang. Dia kata tak perlulah bercerai-berai sebab kami sudah menikah. Tapi ini keputusan saya dan saya lafazkan di hadapan isteri saya sendiri. Bagaimana penerimaan Adda masa hendak bercerai tu? Mula-mula, dia maki hamun dan marah saya, sedangkan ketika itu saya aktifkan pembesar suara dan isteri boleh dengar perbualan tersebut. Saya tidak dayus dan tidak mahu menipu mana-mana pihak. Tapi bila Adda sudah tahu perbualan tersebut turut didengari isteri saya, dia menangis dan minta maaf. Adakah anda akan ambil apa-apa tindakan terhadap Adda dalam hal ini? Saya nak hal ini tamat di sini sahaja, jangan diperbesarkan lagi.Kalau dia masih degil untuk memburuk-burukkan saya, saya tidak teragak-agak ambil tindakan menyaman dia. Banyak kali saya dah cakap, jangan diperbesarkan, saya ada maruah, ada keluarga dan tanggungjawab, biarlah perkara ini habis di sini sahaja. Janganlah nak cari publisiti murahan. Kita faham, sebelum ini nama dia orang tak kenal kecuali dalam kes dengan Mamat Sepah, itu saja. Tapi janganlah sebab nak popular, malukan nama orang lain. Saya harap dia faham.

Benar saya sudah dicerai - Adda

Tidak ada perkara yang lebih membahagiakan dalam alam berrumah tangga selain mempunyai pasangan yang menyayangi dengan sepenuh hati, selain mengharapkan perkahwinan itu kekal ke hujung nyawa. Namun sebagai manusia biasa yang tidak mampu meramal masa hadapan, kita hanya mampu berserah dan terpaksa menerima ketentuan yang telah ditetapkan walaupun kadang-kala realiti itu terlalu sukar untuk ditelan. Segala perkara dan musibah yang menimpa diri tidak harus dipandang daripada perspektif negatif sahaja kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Adda Butterfly atau nama sebenarnya Nur Syuhada Baharuddin, 24, tidak malu mengakui akan realiti yang terbentang di depan matanya apabila hanya bergelar isteri selama 17 hari sahaja. Wanita muda ini mengaku, peristiwa itu cukup merobek jiwa dan perasaannya, bagaimanapun dia tidak kisah untuk bercerita sebagai panduan kepada wanita lain juga. Cerita panas bermula apabila Adda dikatakan bernikah dalam keadaan tergesa-gesa Mac baru-baru ini dengan lelaki bernama Ridzuan Mohammad yang tidak jelas statusnya. Ada yang mendakwa Adda bernikah dengan suami orang tetapi dinafikan oleh lelaki berkenaan yang mengaku dirinya berstatus duda. Adda juga percaya dia bukan bernikah dengan suami orang. Bagaimanapun, apabila gambar majlis perkahwinan mereka tersebar, keadaan menjadi semakin keruh. Menurut Adda, akhirnya dia mendapat tahu bahawa sememangnya lelaki yang dinikahi masih berstatus suami orang. "Kontroversi demi kontroversi akhirnya menyebabkan dia (bekas suami) keluar daripada rumah akibat tekanan. Dia memang masih suami orang. "Akhirnya Adda terpaksa menerima kenyataan apabila dia menghubungi melalui telefon dan melafazkan cerai. Itulah detik-detik perpisahan kami," kata Adda kepada Hits dalam pasrah. Adda yang sebelum ini merupakan bekas kekasih kepada Mamat daripada kumpulan Sepah berkahwin pada 30 Mac lalu akhirnya bergelar janda di usia muda setelah diceraikan pada 17 April. Bangun kembali Apa yang jelas, bukan mudah untuk mengubat hati yang luka, apatah lagi dengan statusnya sebagai orang yang dikenali. Walaupun mengecapi nikmat bergelar isteri hanya 17 hari, Adda mengakui dia tidak sepatutnya terus membiarkan diri diulit kecewa dan terus tenggelam dengan perasaan itu. Adda tahu dirinya perlu kembali bangkit dan meneruskan perjalanan yang masih jauh. "Apa yang penting, tragedi yang menimpa saya ini tidak sepatutnya menjadi batu penghalang dan mematahkan semangat untuk meneruskan kehidupan. Saya anggap ini sebagai salah satu dugaan yang saya terpaksa ditempuh dengan penuh tenang dan sabar. "Selain itu, dalam masa yang sama, pengalaman ini membuatkan saya lebih matang dalam membuat sebarang keputusan," katanya. Mahu terus melangkah maju ke hadapan, Adda kini mahu terus memberikan fokus kepada bidang nyanyian dan tidak mahu dihantui dengan peristiwa hitam itu lagi. "Saya mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan semangat dan turut membantu saya menghadapi perkara ini. "Berdiri di atas kekuatan ini, saya mahu terus berjuang dalam karier saya ketika ini demi memulakan hidup baru," katanya yang masih dalam tempoh beredah. Rezeki Di sebalik kesedihan yang menimpa dirinya, Adda redha dengan dugaan tersebut dan menyifatkan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. "Alhamdulillah, kini Allah telah melimpahkan rezeki kepada kerjaya saya. Peluang dalam bidang seni juga sudah mula nampak dan dalam masa yang sama single Lelaki Pilihan turut mendapat sambutan. "Lagu tersebut yang dikeluarkan baru-baru ini menyaksikan ia mendapat reaksi positif di corong-corong radio dan saya percaya ini merupakan satu petanda positif. "Malah kini saya juga sedang sibuk dalam proses untuk mempromosikan single tersebut," jelasnya lagi. Selain itu, Adda juga memberitahu dia pastinya akan memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya agar dapat memuaskan hati semua pihak. Apa yang penting, dia mahu menjadi anak seni yang membanggakan keluarga, itu janji Adda.

Jangan sensasikan perkahwinan kami –ADDA BUTTERFLY

TAHNIAH Mangga Online ucapkan kepada penyanyi dan pelakon Nur Syuhada Baharuddin (24) yang telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya Farizwan Mohd (40-an) pada 30 Mac lalu di rumah keluarga lelaki di Pulau Pinang. Namun kebahagiaan Adda dan suami sedikit terganggu bila timbulnya gosip yang mengatakan Adda berkahwin denga suami orang dan rela bermadu. Sebab itulah perkahwinan ini dirahsiakan tanpa pengetahuan peminat dan media. Betul ke? Mangga Online pun mendapatkan penjelasan daripada Adda sendiri tentang gosip ni. Sewaktu dihubungi suara Adda ceria sangat! Maklumlah bahagia dengan suami cayang kan. Adda juga mengirimkan foto pernikahannya untuk tatapan pembaca Mangga Online dan Mangga. Jom kita baca apa komen Adda tentang gosip ni! Cerita Adda: “Sejujurnya memang saya rasa sedih sangat dengan gosip yang timbul ini. Kadang-kadang saya terfikir apa salah saya. Saya cuma ingin hidup bahagia bersama suami seperti isteri-isteri di luar sana. “Saya minta maaf kerana tak beritahu mahupun menjemput peminat dan media ke majlis pernikahan saya. Saya tak jemput kerana memenuhi permintaan keluarga sebelah suami yang tak mahukan publisiti. “Sebagai bakal isteri, sudah tentu suami saya yang menjadi keutamaan sekarang. Saya juga perlu mengambil kira kehendak keluarga sebelah suami. “Kalau ada yang cakap saya nikah senyap-senyap sebab berkahwin dengan suami orang, itu tak benar sama sekali. Memanglah Farizwan tu nampak agak berusia, tapi dia bukanlah suami orang atau pun duda. “Saya pun tak tahu apa yang telah saya lakukan sehingga ada yang tak puas hati dengan perkahwinan kami. Berkahwin adalah perkara yang elok di sisi agama. Sepatutnya sebagai sesama Islam kita patut sama-sama mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain. “Saya kasihankan suami yang tak biasa dengan gosip-gosip seperti ini. Ye laa… dia bukan dari kalangan artis, jadi ini perkara baru yang harus dia hadapi. Saya merayu janganlah sensasikan lagi perkahwinan kami. Sudah ditakdirkan kami bertemu jodoh. Saya memang tak mampu nak tutup mulut orang. Saya selalu berdoa agar Allah tetapkan hati saya supaya banyakkan sabar. “Saya rasa bertuah mempunyai suami yang memahami dan selalu menyokong saya dalam apa jua keadaan. Walaupun timbul cerita-cerita yang kurang sedap didengar tentang perkahwinan kami, dia tetap bersabar dan boleh dibawa berbincang. Dia tak mudah melenting dan bersikap cool je… Susah nak cari lelaki seperti dia. Bila fikir-fikir balik, semua ini ada hikmahnya. Ia menguatkan kasih sayang dan cinta antara kami.” Itulah penjelasan Adda yang merancang untuk mengadakan majlis persandingan di rumah kediaman keluarganya di Cheras Selatan, Selangor. Insya Allah…
Mahu empat orang anak SETIAP pasangan suami isteri pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap alam rumah tangga. Begitulah juga dengan Adda yang tak sabar-sabar nak jadi ibu tau! Wah… Jelas Adda: “Siapa tak nak anak kan? Kami tak pernah merancang. Tapi kalau boleh kami mahukan empat orang anak sahaja. Dua lelaki dan dua perempuan gitu… “Namun itu terserahlah kepada soal rezeki. Jika kami dikurniakan anak yang ramai pun lagi bagus. Itu semua rezeki Allah. Buat masa ini kami nak menghabiskan banyak masa bersama sebelum fikirkan nak mengandung. Hehe… Doakanlah kebahagiaan kami ya!” Demikian cerita Adda yang mula mengenali Farizwan melalui seorang kawan ketika sedang lepak di Starbucks lebih setahun yang lalu. Kalau nak tahu, pada mulanya bukan senang Farizwan nak pikat Adda tau! Masa tu kiranya Adda jual mahal la kan… Hehe… Akhirnya mereka ke jenjang pelamin. Kalau dah jodoh tak ke mana kan… Mangga doakan Adda dan suami bahagia hingga ke syurga.

Jangan ganggu saya - Adda

PENYANYI Adda berulang kali menyatakan pendirian bahawa dia tak mahu mengulas cerita rumah tangganya yang baru dibina dengan lelaki pilihannya, Ridzuan Mohamad pada 30 Mac lalu. Adda sedar bahawa dia bukan penyanyi popular dan atas alasan itu, dia mengelak untuk bercerita tentang rumah tangganya kepada umum. "Saya tak nak keruhkan keadaan, tak nak cerita pasal perkahwinan saya lagi. Saya tak nak silap cakap atau boleh buat wartawan salah sangka dan silap tulis cerita rumah tangga saya," pinta Adda pada perbualan petang Rabu lalu. Meminta Adda mengulas tentang kesahihan status suaminya sebelum mengahwininya, Adda mengakui dia sedar tentang status Ridzuan sepanjang tempoh bercinta kira-kira setahun lalu. "Saya tahu dia suami orang, masa bercinta dan berkahwin sekali pun, suami masih pegang status itu. Sebab itu saya mengelak kalau tanya soalan tentang itu bila kami sah sebagai suami isteri sebab saya tak nak panjang-panjangkan cerita. "Saya juga tak ada niat nak buat orang lain bersedih atas perkahwinan saya. Betul, saya tak sangka perkara ini boleh jadi besar dan buat hati saya semakin terluka. "Jadi, saya buat keputusan lebih baik lepas ini, saya berhenti buat kenyataan. Saya berharap tidak ada pihak lain mengganggu rumah tangga saya lagi. Biarlah saya uruskan sehingga betul-betul selesai," pinta Adda lagi. Ditanya apa permasalahan yang belum selesai itu, Adda berdiam diri sebelum mengakhiri perbualan: "Adalah... saya tak nak cakap lagi."
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails