Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jangan ganggu saya - Adda

PENYANYI Adda berulang kali menyatakan pendirian bahawa dia tak mahu mengulas cerita rumah tangganya yang baru dibina dengan lelaki pilihannya, Ridzuan Mohamad pada 30 Mac lalu. Adda sedar bahawa dia bukan penyanyi popular dan atas alasan itu, dia mengelak untuk bercerita tentang rumah tangganya kepada umum. "Saya tak nak keruhkan keadaan, tak nak cerita pasal perkahwinan saya lagi. Saya tak nak silap cakap atau boleh buat wartawan salah sangka dan silap tulis cerita rumah tangga saya," pinta Adda pada perbualan petang Rabu lalu. Meminta Adda mengulas tentang kesahihan status suaminya sebelum mengahwininya, Adda mengakui dia sedar tentang status Ridzuan sepanjang tempoh bercinta kira-kira setahun lalu. "Saya tahu dia suami orang, masa bercinta dan berkahwin sekali pun, suami masih pegang status itu. Sebab itu saya mengelak kalau tanya soalan tentang itu bila kami sah sebagai suami isteri sebab saya tak nak panjang-panjangkan cerita. "Saya juga tak ada niat nak buat orang lain bersedih atas perkahwinan saya. Betul, saya tak sangka perkara ini boleh jadi besar dan buat hati saya semakin terluka. "Jadi, saya buat keputusan lebih baik lepas ini, saya berhenti buat kenyataan. Saya berharap tidak ada pihak lain mengganggu rumah tangga saya lagi. Biarlah saya uruskan sehingga betul-betul selesai," pinta Adda lagi. Ditanya apa permasalahan yang belum selesai itu, Adda berdiam diri sebelum mengakhiri perbualan: "Adalah... saya tak nak cakap lagi."
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails