Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Aiman Hakim. Show all posts
Showing posts with label Aiman Hakim. Show all posts

Aiman Hakim & Nur Fathia Tangguh Kahwin Kerana Halangan Kontrak Iklan

Pelakon Aiman Hakim memberitahu salah satu punca dia dan kekasihnya pelakon Nur Fathia Latiff, 27, belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat adalah disebabkan terikat dengan kontrak iklan. Aiman atau nama sebanarnya Aiman Hakim Ridza, 25, berkata, mereka berdua masih dalam kontrak produk iklan yang memerlukan status tersebut (solo) dikekalkan dalam tempoh masa tertentu. "Kami tiada masalah lain kerana keluarga kami sudah kenal masing-masing cuma masalah jadual kerja yang padat dan masih dalam kontrak iklan. "Saya ada kontrak dengan Garnier selama lima tahun dan Fathia pula terikat dengan produk kosmetik Avon. Bukan tidak boleh kahwin tetapi perlu beritahu awal-awal kerana mereka perlu tukar branding iklan tersebut," ujarnya kepada mStar Online.
Hubungan cinta Fathia dan Aiman kembali bertaut. Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan percintaannya dengan pelakon Fathia yang dilaporkan putus Februari lalu sudah bersambung semula. Sementara itu, ditanya mendalam tentang hubungan yang pernah terputus itu, Aiman berkata, ia adalah asam garam setiap hubungan percintaan. "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan percintaan sudah tentu ada naik dan turunnya. Sekarang hubungan kami semakin baik dan saya harap semua doakan yang terbaik sahaja. "Saya tidak mahu ulas perkara ini dan mahu terus fikir ke hadapan sahaja," ujarnya. Dalam pada itu, Aiman berkata, dia kini bersikap terbuka dalam bercerita tentang hubungan percintaan tersebut berikutan ai adalah sesuatu perkara positif. Katanya, pengalaman beberapa tahun dalam industri hiburan membuatkan dirinya semakin matang untuk berhadapan dengan isu dan kontroversi.

Hadiah Kasut Tanda Cinta Aiman Hakim Buat Nur Fathia

Pelakon Nur Fathia mengakui menerima hadiah istimewa sepasang kasut jenama BCBG Maxazria daripada kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza. Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, hadiah itu merupakan salah satu cara kekasihnya menghargai hubungan cinta mereka yang kini mencecah dua tahun.
"Kasut itu dia beri hadiah ketika kami sama-sama menjalani penggambaran di Istanbul, Turki. Ia tidak sempena apa-apa hari istimewa pun. Itu memang cara dia untuk hargai hubungan kami, dia jarang beri hadiah sebab dia mahu saya hargai satu-satu hadiah yang dia bagi," katanya kepada mStar Online. Nur Fathia ditemui pada Majlis Pelancaran Pizza Hut's Citarasa Ramadan di Restoran Pizza Hut di Kota Damansara, di sini, Selasa. Selain Fathia, selebriti Fesyen iaitu Wak Doyok turut dipilih sebagai jurucakap bagi kempen berkenaan untuk bulan Ramadan kali ini.
Sementara itu, mengulas tentang hubungan cinta tersebut, Fathia berkata kedua-dua mereka semakin baik dan mengenali satu sama lain. "Apa yang saya boleh cakap hubungan kami semakin hari semakin baik dan keluarga dia juga baik dengan saya. "Tentang peringkat seterusnya kami belum berbincang secara serius tetapi ada juga cakap-cakap tentang itu," katanya. Dalam perkembagan kerjaya, Fathia berkata, dia baharu sahaja balik dari Istanbul bagi menjalani pengambaran beberapa buah drama.
Bagaimanapun, dia terpaksa berehat selama dua minggu daripada sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap peperiksaan yang bakal dihadapinya. "Saya cuti sekejap dua minggu untuk peperiksaan dan selepas ini sambung balik penggambaran yang tertangguh itu. Filem saya Insya-Allah keluar Ramadan ini berjudul Darah Panas lakonan bersama Sharnaaz Ahmad," ujarnya.

Saling memuji - Fathia dan Aiman

BAIK Aiman Hakim Ridza Abdoh dan Nur Fathia Latiff, mereka tidak menyangka hubungan cinta yang dipupuk sejak 31 Mac tahun lalu semakin subur dan cukup membahagiakan. Sementelah mendapat restu daripada keluarga masing-masing, pasangan pelakon itu juga semakin serasi apabila dugaan yang menggoyahkan hubungan mereka dapat diatasi. Soal salah faham yang lazimnya menjadi dilema dalam kalangan pasangan bercinta juga dapat diselesaikan dengan baik menerusi budi bicara masing-masing. Tambahan pula terlibat dalam industri yang sama menjadikan mereka memahami rutin kerja sebagai anak wayang yang menuntut persefahaman tinggi. "Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar. Merajuk sikit-sikit itu ada tapi semuanya okey," kata Aiman membuka lembaran kisah cintanya dengan kekasih hati, Fathia. Menurut kata hati yang jelas mengatakan Fathia adalah wanita idamannya kata pelakon berusia 25 tahun ini, dia terpikat dengan kekasihnya itu kerana sikap kewanitaannya yang cukup menyenangkan. Malah kata Aiman, sepanjang tempoh menjalinkan hubungan dia mendapati Fathia memang hebat dalam bab memujuk hatinya yang kadangkala diselubungi perasaan gundah gelana. "Renungan mata dia cukup mencairkan hati saya. Dia juga pandai menyuntik kata-kata semangat tidak kira apa juga kerja yang sedang saya lakukan. "Selain itu, dia juga pandai mengambil hati orang tua saya," katanya yang menolak secara baik untuk berkongsi kebaikan Fathia secara berlebih-lebihan. Sementara itu ketika ditanya kepada Fathia tentang Aiman, wanita berusia 27 tahun ini mengakui Aiman menepati ciri-ciri lelaki idamannya. Mengkagumi seorang lelaki yang lebih mengutamakan keluarga pada setiap urusan kata Fathia, dia juga terpesona dengan sikap bertanggungjawab aktor itu. Biarpun latar belakang keluarga Aiman boleh dikatakan mewah namun kata Fathia, Aiman tidak pernah mengambil kesempatan bahkan dia lebih suka berdikari mencari punca rezeki sendiri. "Sepanjang perkenalan kami, Aiman lebih gemar bersederhana. Dia merahsiakan identiti keluarganya sehinggalah dia membawa saya berjumpa orang tuanya. Masa itu baru saya tahu bahawa Aiman anak 'seseorang'. "Apabila ditanya kenapa Aiman merahsiakan perkara itu, dia kata yang kaya raya itu keluarganya, bukan dia. Nanti satu hari nanti, dia akan jadi macam mereka. "Pengakuan dibuat Aiman itu membuatkan saya berfikir sebenarnya dia juga menyimpan cita-cita untuk berjaya seperti orang tuanya," kata Fathia tanpa berselindung. Mengulas tentang pertemuan pertama mereka Aiman memberitahu, dia jatuh cinta dengan Fathia sewaktu mereka sama-sama berlakon dalam drama Mahabah kira-kira dua tahun lalu. Kata Aiman, perasaan tersebut semakin kuat sementelah berlakon bersama-sama sebagai pasangan kekasih dalam drama Diandra tahun lalu.

Aiman Hakim Tepis Gosip Dikongkong Nur Fathia

Pelakon Aiman Hakim Redza menepis gosip terbaharu kononnya dia dikongkong oleh Nur Fathia Abdul Latiff, 25, apabila wanita itu dikatakan sering mengganggunya di lokasi penggambaran gara-gara cemburu. Aiman, 23, berkata, sejak digosipkan bercinta, dia hanya berlakon dalam sebuah telefilem yang juga dibintangi oleh pelakon wanita itu. "Saya tidak tahu daripada mana berita ini timbul kerana setahu saya, sebelum bulan Ramadan lalu hanya satu telefilem yang saya berlakon berjudul Jodoh Jodoh untuk TV9 yang melibatkan kami digandingkan bersama. "Jika dia ada datang ke set pun bukan untuk melihat atau berjumpa saya tapi kerana hal kerja," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan pelakon Nur Fathia sering kelihatan di lokasi penggambaran melibatkan Aiman sehingga menimbulkan rasa kurang seni pihak produksi selain mengganggunya menerusi panggilan telefon. Tambah Aiman yang popular melalui drama bersiri Vanilla Coklat, dia ada mendengar khabar angin tersebut tetapi enggan melayan perkara remeh yang tidak berkaitan dengan hal kerja.
"Fathia ada beritahu saya tentang hal ini, saya anggap ia hanya gosip sahaja dan tidak mahu ia menjadi panjang dan menjejaskan konsentrasi saya terhadap lakonan. "Biarlah orang mahu cakap apa-apa pun kerana sudah terlalu ramai orang yang bercakap tentang kami. Kalau saya cakap ya atau tidak pun, ia tidak penting bagi mereka," katanya. Ditanya tentang hubungan cinta mereka, Aiman bagaimanapun tidak mahu berkongsi perkara tersebut kepada umum. "Seperti saya katakan sebelum ini, ia adalah perkara peribadi yang tiada kena mengena dengan hal kerjaya saya dan tidak berfaedah pun kepada peminat," katanya. Bagaimanapun, Aiman mengakui sejak dikaitkan dengan percintaan ini, dia menerima banyak tawaran berlakon bersama aktres tersebut. "Ya, mungkin kerana keserasian kami dalam drama membuatkan kami sering mendapat tawaran bersama selepas drama bersiri Diandra, telefilem Jodoh Jodoh untuk TV9 dan ada tawaran yang masih dalam pertimbangan," katanya.

Hubungan Aiman, Fathia tiada noktah

BIARLAH rahsia, demi kebaikan semua pihak. Itulah jawapan yang diberi oleh pelakon jelita Nur Fathia Abdul Latiff, 26, dan Aiman Hakim Ridza Abdoh, 24, setiap kali ditanya tentang sejauh mana hubungan antara mereka berdua. Meskipun jawapan yang diberi oleh pasangan lakonan dalam drama bersiri Diandra itu klise, namun setiap kali Fathia dan Aiman bersama, orang sekeliling dapat melihat adanya tarikan magis antara mereka. Biarpun kedua-duanya mengunci mulut daripada bercerita tentang kisah peribadi, namun sejak berlakunya kejadian di lapangan terbang sebelum berangkat ke Paris, April lalu, ke mana sahaja Fathia dan Aiman pergi, mesti diaju soalan yang sama. Apa pun jawapan yang keluar daripada mulut mereka, kita sebagai peminat dan pemerhati patut hormat pendirian pasangan tersebut kerana mereka juga perlu ruang untuk diri sendiri. Namun apa yang pasti Fathia dan Aiman memang bercinta tatkala berlakon drama 13 episod arahan Eoon Suhaimi sebagai Diandra dan Adam Fahmi. Biarpun pada awalnya mereka bermusuhan, namun lakonan Fathia dan Aiman memang tampak serasi seperti pasangan yang benar-benar bercinta. Aiman lebih suka simpan Nama Aiman mula mendapat perhatian ramai sejak berlakon drama bersiri popular Vanila Coklat bersama Izara Aishah pada tahun lalu, pada hal sebelum ini ketika menjadi peserta program Mentor, penampilan Aiman seakan dipandang sepi. Namun tuah sebagai Aamir dalam drama Vanila Coklat, arahan Emi Suffian Sabhe, terbitan Asia Media Content (AMC) yang bergandingan dengan Zara (Izara Aishah) itu hingga kini tetap menjadi bualan ramai kerana drama itu disusuli dengan telefilem pula. "Sebenarya saya tidak selesa kalau ditanya soal peribadi kerana bagi saya, hal itu adalah hak peribadi. Pembabitan saya dalam bidang seni bukan untuk menjaja cerita peribadi tapi lebih kepada kerjaya. "Saya tidak kisah kalau orang memberi komen tentang lakonan saya. Tidak kisahlah mereka suka atau tidak kerana menjadi lumrah, kita tidak dapat memenuhi kepuasan semua pihak. Namun dari segi peribadi, hanya saya sahaja tahu kebenarannya," kata Aiman yang baru-baru ini beraya di Middlesex, England. Dalam pada itu, Hits sempat bertanya kenapa namanya dikaitkan dengan Fathia sedangkan sebelum ini dia pernah 'bercinta' dengan Izara dalam Vanila Coklat. Malahan kisah cinta dengan Izara itu disukai ramai dan peminat berharap hubungan dalam Vanila Coklat menjadi realiti. "Saya sendiri tidak tahu kenapa bila dengan Fathia timbul pelbagai cerita, sedangkan hubungan saya sama sahaja dengan pasangan lakonan lain. "Seperti yang selalu saya beritahu, saya tidak begitu gemar bercerita soal peribadi. "Terpulang pada orang nak nilaikannya. Saya lebih suka, soal peribadi dipisahkan daripada kerjaya kerana setiap orang ada batas. Kalau semua perkara saya bercerita pada orang luar, apa lagi yang tinggal untuk saya simpan," jawabnya. Biarpun Aiman lebih senang membiarkan hubungannya dengan Fathia 'tergantung' tanpa pengesahan, namun pemuda yang masih menyimpan impian menjadi penyanyi itu tidak menolak yang dia selesa bersama wanita itu. Anak ketiga daripada empat beradik yang juga rakan niaga Fathia untuk jam tangan jenama Thia itu berkata, dia cepat serasi dengan pelakon tersebut kerana mereka saling memahami antara satu sama lain. "Sebenarnya saya sudah lama kenal Fathia. Bukan sewaktu berlakon Diandra atau sewaktu kami sesi foto di Paris. Kami mula bertemu sewaktu drama Mahabbah yang disiarkan tahun lalu. "Dalam drama itu saya menjadi kawan baik dia dan dalam Diandra baharulah kami menjadi pasangan kekasih. Sejak drama Mahabbah lagi kami sudah berkawan dan sebab itulah bila berlakon dalam Diandra semuanya menjadi mudah," katanya. Rindu bidang nyanyian Meskipun sekarang ini Aiman dikategorikan sebagai hero pelapis, namun jauh di sudut hatinya tersimpan perasaan untuk mencipta nama sebagai penyanyi seperti mana pembabitan awalnya dalam bidang seni dulu. Dia yang ingin berlakon bersama Bront Palarae atau Shaheizy Sam bagi menguji kredibilitinya sebagai pelakon menerusi watak berbeza berkata, biarpun sibuk dengan lakonan namun suatu masa nanti pasti menghasilkan album. "Sekarang ini saya mengikut rentak, mana yang datang dulu itu yang saya ambil. Mungkin rezeki untuk bergelar penyanyi belum datang tapi sesekali saya memang ada tawaran mengadakan persembahan tapi tidak dapat terima kerana bercanggah dengan jadual lakonan. "Sebelum ini saya pernah berduet dengan Erni Zakri menerusi lagu Khalimah Janji, namun di mana silapnya lagu itu seakan sepi begitu sahaja. Apa pun saya tidak putus asa, saya tetap menyimpan harapan untuk tampil dengan single," katanya tersenyum.

Aiman Hakim Enggan Dedah Bercinta Dengan Nur Fathia

Pelakon Aiman Hakim Ridza mengambil pendekatan untuk berdiam daripada membuat sebarang kenyataan mengenai gosip kisah cintanya dengan aktres Nur Fathia Abdul Latiff. Aiman, 23, berkata, dia tidak akan menceritakan mengenai status perhubungannya dengan Fathia, 25, kerana mahu menjadikan kisah itu sebagai sesuatu yang harus disimpan. "Saya memang tak nak komen tentang status perhubungan saya dengan Fathia. Rasanya perkara ini tidak sesuai diceritakan kepada umum kerana ia sangat peribadi," katanya kepada mStar Online.
Malah beritahu pelakon yang mula popular menerusi drama Vanila Coklat (TV3) ini, dia mahu mengikut jejak pelakon-pelakon senior lain yang berjaya dalam bidang lakonan tanpa perlu menghebahkan hal peribadi mereka. "Saya tengok, kebanyakan pelakon yang berjaya kurang mendedahkan hal-hal peribadi mereka dan ternyata mereka berjaya dalam kedua-dua bidang iaitu seni dan rumah tangga masing-masing. "Lain pula bagi yang menjajakan cerita, kerja entah ke mana, perhubungan cinta atau rumah tangga pula tak pergi ke mana. "Benda-benda peribadi terutamanya berkaitan siapa pasangan kita, ia sangat sensitif," ujarnya.

Aiman enggan ikut cakap orang lagi

KERJAYA seni Aiman Hakim Ridza atau dikenali sebagai Aiman kelihatan kini lebih terarah ke bidang lakonan meskipun bakatnya terlebih dulu dicungkil daripada program realiti TV, Mentor 5. Aiman lebih popular sebagai pelakon berbanding penyanyi selepas drama bersiri Vanilla Coklat mendapat sambutan hangat. Hakikatnya, dia sudah muncul dengan single duetnya bersama penyanyi Ernie berjudul, Kalimah Janji. Tidak kecewa lagu tersebut kurang mendapat sambutan, Aiman, 24, yang kini muncul dengan drama terbaharu lakonannya, Rindu di Abu Dhabi mempunyai perancangan tersendiri untuk kerjaya nyanyiannya. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Aiman yang ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kosmo!: Aiman kini lebih menyerlah sebagai penyanyi berbanding pelakon. Komen Aiman? AIMAN: Memang benar, kerjaya lakonan saya lebih menyerlah daripada nyanyian. Namun, tidak ada sebarang kesan negatif dan saya tidak kisah kerana bagi saya kedua-dua bidang merupakan peluang yang bagus untuk diri saya. Adakah Aiman kecewa lagu Kalimah Janji duet bersama Ernie tidak mendapat sambutan? Saya tidak kecewa lagu Kalimah Janji kurang diputarkan menerusi radio walaupun ia telah diterbitkan pada bulan Julai tahun lalu. Mungkin ada silap di sana sini ataupun belum tiba tuah untuk saya dalam bidang nyanyian. Di manakah silapnya sehingga lagu itu tenggelam begitu sahaja? Sebelum ini mungkin saya terlalu ikut kata orang lain sebab itu jadi begitu. Selepas ini, saya harus buat semuanya sendiri. Bagi single yang seterusnya, sekurang-kurangnya saya mahu lagu itu diketahui pendengar radio. Anda ada sebarang rancangan untuk meningkatkan semula kerjaya nyanyian? Buat masa ini belum ada lagi kerana jadual terikat dengan penggambaran drama. Sebenarnya untuk mendapatkan sebuah lagu yang baik perlukan masa bukan boleh diperolehi dengan kadar segera. Selepas ini, segala hala tuju kerjaya muzik terletak di tangan saya sendiri kerana hanya saya tahu apa yang saya inginkan. Apa yang Aiman inginkan dalam bidang muzik? Saya ingin menghasilkan muzik yang bagus dan lagu nyanyian saya boleh diterima semua lapisan umur. Mungkin saya tidak boleh terlalu tamak kerana buat masa ini, fokus saya lebih ke bidang lakonan. Jika lakukan kedua-dua serentak dengan jadual yang padat, agak sukar untuk saya tetapi kalau diberi peluang untuk membikin lagu dan album, jiwa saya lebih ke arah genre muzik R&B dan pop rock. - HARYATI KARIM

Aiman Hakim Enggan Dedah Kisah Bersama Seorang Wanita

PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Vanila Coklat, Aiman Hakim Ridza enggan mengulas mengenai penyebaran gambar dia bersama seorang wanita yang dikatakan kekasihnya. Aiman menjelaskan, tidak mahu memberikan perhatian kepada kontroversi yang melanda sebaliknya ingin menumpukan kepada kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi. "Mungkin ada peminat tertanya-tanya mengenai status wanita berkenaan dengan saya tetapi apa yang boleh saya katakan dia adalah seorang kawan rapat. "Selebihnya tidak perlulah saya menyatakan secara terbuka kerana tidak mahu kisah peribadi menjadi perbualan utama berbanding kerjaya seni saya," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Tambah Aiman, dia lebih selesa kisah peribadi tidak menjadi tumpuan dan yakin peminat faham mengenai pendirian itu. Dalam pada itu, bercakap mengenai single pertamanya yang berjudul Khalimah Janji iaitu duet bersama penyanyi Ernie Zakri, Aiman berkata peluang yang diberikan oleh syarikat rakaman FMC adalah satu ruang yang baik untuknya mengembangkan kerjaya dalam bidang seni. Dia bagaimanapun tidak melihat penghasilan lagu tersebut sebagai bonus disebabkan popularitinya sebagai pelakon. "Saya belum cukup bagus untuk tampil sebagai penyanyi secara serius dan penghasilan lagu duet ini adalah sebagai satu cubaan baik pihak FMC yang percayakan bakat nyanyian saya. "Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki sebelum benar-benar diterima peminat dalam kedua-dua bidang itu," ujarnya. Bagaimanapun Aiman memberitahu, dia cukup seronok dapat merakamkan lagu tersebut bersama Ernie dan berharap ia akan diterima baik oleh pendengar. "Saya sangat sukakan melodi dan lirik yang dibuat oleh Buddhi Hekayat dan Manusia Putih. Selain itu bekerjasama dengan Ernie sangat seronok dan tidak mempunyai sebarang masalah," ujarnya. Khalimah Cinta turut dijadikan sebagai lagu tema untuk filem Vanila Coklat yang bakal menjalani penggambaran pertengahan bulan ini. Dalam perkembangan lain Aiman juga akan muncul dengan telefilem Rania Si Ikan Duyung di Astro Ria pada 28 Jun ini bergandingan dengan pelakon Tasha Shila.

Cinta Aiman, Izara disokong 4.5 juta orang


SERBA salah Aiman apabila ada pihak mendakwa dia sudah mula besar kepala gara-gara namanya semakin dikenali kerana populariti drama bersiri Vanila Coklat.

Aiman Hakim Ridza Abdoh yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Mentor juga dikatakan sukar memberi kerjasama pada pihak media.

Meski kecewa dengan tuduhan yang tidak berasas itu, Aiman menjelaskan yang dia masih lagi Aiman yang dikenali sewaktu awal pembabitan.

"Tidak ada apa yang berubah pada diri Aiman. Nak kata Aiman sombong, jauh sekali. Cuma sekarang ini Aiman banyak mengejar masa kerana terikat dengan jadual lakonan.

"Disebabkan sibuk dengan penggambaran, Aiman tidak berani untuk membuat temu janji dengan pihak media. Nanti kalau sudah dibuat dan dibatal saat akhir, timbul cerita lain pula. Jadi biarlah Aiman betul-betul free barulah buat temujanji," katanya terus terang.

Mensyukuri apa yang diperoleh ketika ini Aiman berkata, sejak drama Vanila Coklat ditayangkan, orang mula membuka mata terhadapnya.

Aiman yang sibuk menjalani penggambaran drama Friday I'm In Love berkata, biarlah kehadirannya dalam bidang seni dinilai kerana bakat dan bukan kerana cerita sensasi.

"Tak mahulah orang ingat Aiman dalam bidang seni sebagai artis yang suka buat sensasi. Bangga tau, bila orang tegur dan tahu Aiman pelakon dalam Vanila Coklat.

"Rasanya itu lebih bagus daripada orang ingat kita kerana perkara yang tidak berasas. Aiman ingin muncul lebih banyak dalam drama yang boleh mengingatkan orang pada lakonan Aiman," katanya terus terang.

Izara malu

Jika menerusi Vanila Coklat, Izara Aishah dilihat begitu lantang berbicara tatkala bertengkar dengan Aiman namun di luar sifatnya berbeza.

Buktinya sewaktu tayangan episod akhir, Izara tersipu malu apabila penonton mengusiknya ketika adegan romantik tertera di layar.

"Izara memang pemalu. Apa yang dilihat di kaca tv adalah atas dasar kerja, lagipun Izara dapat sparing partner yang gila-gila... kerja jadi mudah.

"Lakonan kita akan nampak bersahaja kalau ada keserasian dan sepanjang penggambaran itu, Izara dan Aiman terus membina persahabatan," katanya terus terang.

Dia yang tampak seperti loving couple dengan Aiman berharap orang ramai tidak salah anggap keserasian mereka berdasarkan lakonan dalam Vanila Coklat.

Pemegang watak Zara itu berkata, antaranya dengan Aiman tidak ada perasaan cinta hingga di luar lokasi kerana mereka benar-benar ikhlas berkawan.

"Izara senang berkawan dengan Aiman kerana kami 'sekepala' dan boleh kutuk mengutuk antara satu sama lain. Kalau ada yang tidak puas hati, boleh cakap terus. Tidak main simpan dalam hati," katanya.

Menurut Izara, dia sudah ada teman istimewa dan menjadi prinsipnya tidak gemar bercerita hal peribadi berbanding kerjaya.

Katanya, jika cerita peribadi diuar-uarkan, dia takut hanya cerita itu yang menjadi perhatian orang berbanding lakonannya.

"Biarlah kisah cinta Izara menjadi privasi. Memang Izara sudah ada seseorang tapi dia bukan artis untuk ditonjolkan," kata peminat Shah Rukh Khan itu.

Meskipun Izara ini dilihat seorang yang ceria namun jauh disudut hati, dia adalah gadis yang sensitif dan boleh menangis demi Shah Rukh Khan atau Madhuri Dixit.

Untuk pengetahuan, Izara adalah peminat filem Bollywood terutama lakonan aktor itu dan Madhuri dalam filem Hum Tumhare Hain Sanam.

"Lakonan mereka amat berkesan dan kalau babak sedih, Izara boleh menangis biarpun sudah menonton filem itu berulang kali," ceritanya.

Benci tukar sayang

Daripa benci timbul sayang, adalah mukadimah kisah cinta antara Aiman Hakim Ridza Abdoh dan Izara Aishah, peneraju utama drama bersiri Vanila Coklat yang sudah berakhir pada 13 Mac lalu.

Episod akhir, drama arahan Emi Suffian Sabhe yang diterbitkan oleh Asia Media Content itu mampu meraih rating sehingga 4.5 juta penonton.

Pada malam itu juga sebelum tayangan para pelakon Vanila Coklat melayan kira-kira 15,047 pertanyaan daripada pelayar Internet selama sejam.

Melihat kepada sambutan yang diterima pada malam itu dapat dinilai bahawa selera penonton tempatan lebih cenderung ke arah kisah romantik komedi.

Selain genre romantik komedi, drama yang memaparkan percintaan 'tarik tali' antara hero dan heroin juga menjadi pilihan penonton, seperti drama Cinta Elysa yang turut meraih rating tinggi.

Bagi Aiman dan Izara, melihat secara langsung penonton yang fanatik terhadap watak yang mereka bawa itu merupakan satu pengalaman baru.

Malah bagi pemegang watak utama Vanila Coklat pencapaian tinggi rating yang diterima merupakan peluang keemasan terus mengukuhkan nama di bidang lakonan.

Dalam pada itu, Aiman mengaku bahawa dia tidak pernah berasa besar diri dengan kejayaan Vanila Coklat dan berharap di masa akan datang berpeluang melakonkan watak berbeza.

Aiman Hakim Janji Tidak Lupa Diri


PETALING JAYA: Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat, Aiman Hakim menjelaskan populariti yang dikecapnya kini tidak akan merubah dirinya sehingga menjadi seorang yang memilih.

Aiman berkata, walaupun sudah mula dikenali, hakikatnya dia adalah seorang pelakon baru yang masih dalam proses pembelajaran dan perlu mencuba pelbagai watak sekiranya ditawarkan.

"Popular tidak menjamin kejayaan saya sebagai pelakon kerana sedar diri saya masih baru dan perlu lebih banyak pendedahan dalam bidang lakonan.

"Kejayaan drama ini juga tidak bererti saya akan mula memilih watak selepas ini hanya kerana telah dikenali," ujarnya kepada mStar Online.

Aiman ditemui selepas majlis tayangan episod terakhir Vanila Coklat bersama peminat di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini, Selasa.

Dalam pada itu, ditanya mengenai namanya antara carian paling popular di Google, Aiman berkata, dia tidak tahu mengenai perkara itu namun bersyukur kehadirannya dalam bidang seni mula disedari masyarakat.

Katanya, populariti yang dimiliki perlu digunakan sebaik mungkin selain perlu terus berusaha untuk memperbaiki diri supaya mendapat sokongan peminat.

"Insya-Allah kejayaan saya tidak akan membuatkan saya hanyut sebaliknya akan lebih berusaha keras dalam membina nama dalam bidang ini.

"Saya akan terus melakukan apa yang dirasakan betul dengan mendapat nasihat daripada orang terdekat," katanya.

Sementara itu, Aiman yang juga bekas peserta program realiti Mentor musim ke-5 bersama mentornya, penyanyi Rahim Maarof memberitahu walaupun sudah mencipta nama sebagai pelakon dia masih memasang hasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Kata Aiman, buat permulaan dia bakal muncul dengan single terbaru berjudul “Bicara Hati” ciptaan Adi dari kumpulan 6ixth Sense dalam masa terdekat.

"Nyanyian yang telah memperkenalkan nama saya dalam bidang ini jadi tidak semudah itu untuk terus saya lupakan cita-cita awal saya ingin melibatkan diri dalam bidang ini.

"Saya masih memasang impian untuk menghasilkan album sendiri pada masa hadapan tetapi buat permulaan saya bakal muncul dengan sebuah single baru.

"Bagaimanapun saya perlu menunggu lagu tersebut keluar kerana pihak produksi masih menunggu persetujuan daripada dua buah drama yang berminat untuk menggunakan Bicara Hati sebagai lagu tema untuk drama mereka,"ujarnya.

Bagaiamanpun kata Aiman, dia tidak mahu terburu-buru sebaliknya ingin menumpukan pada sesuatu perkara terlebih dahulu kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen.

"Sekarang saya banyak terikat dengan tawara berlakon dan kerana itu tidak mahu terburu-buru mengejar semua benda dalam satu masa," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails