Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Nur Fathia. Show all posts
Showing posts with label Nur Fathia. Show all posts
Aiman Hakim & Nur Fathia Tangguh Kahwin Kerana Halangan Kontrak Iklan
Pelakon Aiman Hakim memberitahu salah satu punca dia dan kekasihnya pelakon Nur Fathia Latiff, 27, belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat adalah disebabkan terikat dengan kontrak iklan.
Aiman atau nama sebanarnya Aiman Hakim Ridza, 25, berkata, mereka berdua masih dalam kontrak produk iklan yang memerlukan status tersebut (solo) dikekalkan dalam tempoh masa tertentu.
"Kami tiada masalah lain kerana keluarga kami sudah kenal masing-masing cuma masalah jadual kerja yang padat dan masih dalam kontrak iklan.
"Saya ada kontrak dengan Garnier selama lima tahun dan Fathia pula terikat dengan produk kosmetik Avon. Bukan tidak boleh kahwin tetapi perlu beritahu awal-awal kerana mereka perlu tukar branding iklan tersebut," ujarnya kepada mStar Online.
Hubungan cinta Fathia dan Aiman kembali bertaut.
Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan percintaannya dengan pelakon Fathia yang dilaporkan putus Februari lalu sudah bersambung semula.
Sementara itu, ditanya mendalam tentang hubungan yang pernah terputus itu, Aiman berkata, ia adalah asam garam setiap hubungan percintaan.
"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan percintaan sudah tentu ada naik dan turunnya. Sekarang hubungan kami semakin baik dan saya harap semua doakan yang terbaik sahaja.
"Saya tidak mahu ulas perkara ini dan mahu terus fikir ke hadapan sahaja," ujarnya.
Dalam pada itu, Aiman berkata, dia kini bersikap terbuka dalam bercerita tentang hubungan percintaan tersebut berikutan ai adalah sesuatu perkara positif.
Katanya, pengalaman beberapa tahun dalam industri hiburan membuatkan dirinya semakin matang untuk berhadapan dengan isu dan kontroversi.
Populariti Bukan Halangan Nur Fathia Pinggirkan Pelajaran
Pelakon Nur Fathia mengakui populariti yang diraihnya dalam dunia hiburan tidak pernah menjejaskan fokusnya terhadap pelajaran.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, dia yang kini masih lagi menuntut dalam jurusan undang-undang sedar hanya pendidikan dan ijazah sahaja mampu menjamin kehidupan masa depan.
"Saya masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Undang-Undang, saya tahu hanya pendidikan sahaja yang mampu menjamin masa depan saya.
"Saya agak lambat menghabiskan pelajaran. Rakan-rakan lain yang biasa akan tamat belajar hanya tiga tahun, tetapi saya empat tahun pengajian. Ini kerana saya tidak ambil banyak subjek dalam satu-satu semester dan ada semester yang saya cuti kerana berlakon," katanya kepada mStar Online.
Fathia berkata, biarpun agak sukar dalam membahagikan masa kerja dan belajar dia yakin apa yang dilakukan sekarag berbaloi.
Dia juga sayang kepada kedua-dua bidang ini dan tidak pernah terfikir untuk mengorbankan salah-satunya.
"Saya rasa beruntung kerana saya ada dua-dua iaitu jadi pelakon dan ada pelajaran, sebab itu saya selalu ingatkan diri agar tidak alpa dengan apa yang saya kecapi sebagai pelakon sekarang.
"Saya akui agak susah sedikit untuk membahagikan kedua-dua kerja ini kerana terkejar-kejar dan produksi yang ingin memanggil saya berlakon juga perlu memahami situasi saya sebagai pelajar.
"Biasanya saya akan tanya mereka dahulu dan baut jadual saya agar tidak bertindih dengan waktu kuliah, Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar sahaja," katanya.
Sementara itu, ditanya perancangan masa hadapan, Fathia berkata, dia akan meneruskan bidang lakonan sehingga benar-benar puas.
"Saya belum ada perancangan untuk terus bekerja dalam bidang undang-undang lepas abis pengajian, kalau boleh saya ingin betul-betul puas berlakon dahulu," ujarnya.
Hadiah Kasut Tanda Cinta Aiman Hakim Buat Nur Fathia
Pelakon Nur Fathia mengakui menerima hadiah istimewa sepasang kasut jenama BCBG Maxazria daripada kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, hadiah itu merupakan salah satu cara kekasihnya menghargai hubungan cinta mereka yang kini mencecah dua tahun.
"Kasut itu dia beri hadiah ketika kami sama-sama menjalani penggambaran di Istanbul, Turki. Ia tidak sempena apa-apa hari istimewa pun.
Itu memang cara dia untuk hargai hubungan kami, dia jarang beri hadiah sebab dia mahu saya hargai satu-satu hadiah yang dia bagi," katanya kepada mStar Online.
Nur Fathia ditemui pada Majlis Pelancaran Pizza Hut's Citarasa Ramadan di Restoran Pizza Hut di Kota Damansara, di sini, Selasa.
Selain Fathia, selebriti Fesyen iaitu Wak Doyok turut dipilih sebagai jurucakap bagi kempen berkenaan untuk bulan Ramadan kali ini.
Sementara itu, mengulas tentang hubungan cinta tersebut, Fathia berkata kedua-dua mereka semakin baik dan mengenali satu sama lain.
"Apa yang saya boleh cakap hubungan kami semakin hari semakin baik dan keluarga dia juga baik dengan saya.
"Tentang peringkat seterusnya kami belum berbincang secara serius tetapi ada juga cakap-cakap tentang itu," katanya.
Dalam perkembagan kerjaya, Fathia berkata, dia baharu sahaja balik dari Istanbul bagi menjalani pengambaran beberapa buah drama.
Bagaimanapun, dia terpaksa berehat selama dua minggu daripada sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap peperiksaan yang bakal dihadapinya.
"Saya cuti sekejap dua minggu untuk peperiksaan dan selepas ini sambung balik penggambaran yang tertangguh itu.
Filem saya Insya-Allah keluar Ramadan ini berjudul Darah Panas lakonan bersama Sharnaaz Ahmad," ujarnya.
Peminat Desak Nur Fathia & Keith Foo Bercinta
Pelakon Nur Fathia mengakui keserasiannya bergandingan dengan aktor Keith Foo dalam drama bersiri Ariana Rose membuatkan ramai peminat drama tersebut mendesak mereka agar menjalinkan hubungan cinta.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, peminat-peminat memberi pelbagai reaksi dan komen di laman sosial mereka yang ingin melihat mereka mempunyai hubungan yang serius.
"Ramai peminat yang meminta kami bercinta di luar set penggambaran, mungkin kerana keserasian kami dalam Ariana Rose itu membuatkan peminat mahu melihat ia menjadi kenyataan di luar drama.
"Tetapi mereka seharusnya dapat membezakan antara lakonan dan dunia nyata, saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Aiman Hakim Redza, manakala Keith pula seorang yang sangat setia dengan kekasihnya," katanya kepada mStar Online.
Keith Foo
Tambah Fathia, biarpun lakonan romantiknya dengan Keith Foo dilihat 'menjadi', namun dia mengakui ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan.
Katanya, Keith seorang yang sangat pemalu sehingga membuatkannya kekok untuk melakonkan beberapa babak mesra dalam drama tersebut.
"Penonton mungkin nampak kami serasi tetapi ketika di set penggambaran ia sangat susah untuk dilakukan.
"Ada babak mesra yang kami jadi segan dan kekok, Keith pula memang seorang yang pemalu," katanya.
Sementara itu, Fathia tidak menafikan kejayaannya merangkul anugerah Pelakon Wanita Pilihan di Anugerah Festival Kuala Lumpur pada Sabtu lalu turut di pengaruhi oleh populariti drama tersebut.
Tambah Fathia, dia tidak pernah menjangkakan kemenangan tersebut, malah tidak menganggap dirinya popular.
"Biarpun saya dicalonkan untuk drama Diandra, namun saya tidak menafikan kemenangan tersebut adalah kerana populariti drama Ariana Rose," katanya.
Drama Ariana Rose yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3, pada pukul 7 malam telah melabuhkan tirainya pada 13 Februari lalu dan berjaya mencecah 4.5 juta penonton.
Nur Fathia Ulas Peristiwa Dirasuk Ketika Pementasan
Pelakon Nur Fathia tidak pasti apakah punca yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri ketika pementasan teater Bidasari di Panggung Sari, Istana Budaya dekat sini minggu lalu.
Fathia atau nama sebenar Nur Fathia Latiff, 26, berkata dia hanya mengetahui apa yang berlaku selepas diberitahu oleh pelakon lain yang turut berada di tempat kejadian.
“Saya sendiri kurang pasti apa yang berlaku tetapi apa yang saya tahu saya pengsan dan tidak sedarkan diri dan apabila tersedar ada dua orang ustaz di hadapan saya.
"Saya tidak pasti apa yang terjadi sama ada saya dirasuk atau pun sebaliknya. Tapi, menurut kata kawan-kawan saya yang lain, mereka ada ternampak saya di lokasi berbeza ketika saya pengsan itu," jelas kepada mStar Online.
Fathia berkata demikian ketika diminta mengulas apabila dia dikatakan dirasuk ketika pementasan Bidasari yang berlangsung 11 hingga 17 Februari lalu di Panggung Sari, Istana Budaya.
Disebabkan kejadian itu, tempat Fathia telah digantikan dengan seorang pelakon lain untuk beberapa babak sebelum dia kembali ke pentas.
Tambah Fathia, dia turut tidak menolak kemungkinan faktor kepenatan sebagai penyebab dia jatuh pengsan.
Sementara itu, pihak Istana Budaya menggalakkan mana-mana produksi supaya melakukan upacara tahlil dan bacaan doa terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pementasan.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia bukan sahaja untuk mendapatkan berkat bagi melancarkan perjalanan pementasan tersebut, malah bagi mengelak daripada gangguan yang tidak diingini berlaku.
"Kita memang menasihatkan produksi untuk mengadakan kenduri atau bacaan doa bagi mengambil berkat dan memohon segala perjalanan pementasan lancar sebelum memulakan pementasan.
"Malah kita juga minta dijauhkan daripada sebarang gangguan yang tidak diingini berlaku yang melibatkan pelakon terutamanya apabila melakukan pementasan berkaitan kisah-kisah alam ghaib," katanya.
Tambahnya, kejadian yang melibatkan makhluk halus boleh terjadi di mana-mana terutama apabila ia menggunakan dialog yang ada menyeru sesuatu atau menggunakan bahan-bahan yang selalunya dikaitkan dengan perkara berkenaan.
Katanya, beberapa kejadian sebelum ini melibatkan gangguan teknikal turut pernah terjadi kepada pementasan 'P.Ramlee The Musical' dan 'Puteri Gunung Ledang'.
Aiman Hakim Tepis Gosip Dikongkong Nur Fathia
Pelakon Aiman Hakim Redza menepis gosip terbaharu kononnya dia dikongkong oleh Nur Fathia Abdul Latiff, 25, apabila wanita itu dikatakan sering mengganggunya di lokasi penggambaran gara-gara cemburu.
Aiman, 23, berkata, sejak digosipkan bercinta, dia hanya berlakon dalam sebuah telefilem yang juga dibintangi oleh pelakon wanita itu.
"Saya tidak tahu daripada mana berita ini timbul kerana setahu saya, sebelum bulan Ramadan lalu hanya satu telefilem yang saya berlakon berjudul Jodoh Jodoh untuk TV9 yang melibatkan kami digandingkan bersama.
"Jika dia ada datang ke set pun bukan untuk melihat atau berjumpa saya tapi kerana hal kerja," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan pelakon Nur Fathia sering kelihatan di lokasi penggambaran melibatkan Aiman sehingga menimbulkan rasa kurang seni pihak produksi selain mengganggunya menerusi panggilan telefon.
Tambah Aiman yang popular melalui drama bersiri Vanilla Coklat, dia ada mendengar khabar angin tersebut tetapi enggan melayan perkara remeh yang tidak berkaitan dengan hal kerja.
"Fathia ada beritahu saya tentang hal ini, saya anggap ia hanya gosip sahaja dan tidak mahu ia menjadi panjang dan menjejaskan konsentrasi saya terhadap lakonan.
"Biarlah orang mahu cakap apa-apa pun kerana sudah terlalu ramai orang yang bercakap tentang kami. Kalau saya cakap ya atau tidak pun, ia tidak penting bagi mereka," katanya.
Ditanya tentang hubungan cinta mereka, Aiman bagaimanapun tidak mahu berkongsi perkara tersebut kepada umum.
"Seperti saya katakan sebelum ini, ia adalah perkara peribadi yang tiada kena mengena dengan hal kerjaya saya dan tidak berfaedah pun kepada peminat," katanya.
Bagaimanapun, Aiman mengakui sejak dikaitkan dengan percintaan ini, dia menerima banyak tawaran berlakon bersama aktres tersebut.
"Ya, mungkin kerana keserasian kami dalam drama membuatkan kami sering mendapat tawaran bersama selepas drama bersiri Diandra, telefilem Jodoh Jodoh untuk TV9 dan ada tawaran yang masih dalam pertimbangan," katanya.
Nur Fathia mengaku rapat dengan Aiman sejak Mac
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
