Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ajak Shiro. Show all posts
Showing posts with label Ajak Shiro. Show all posts

Karl Shafek, Ajak (Shiro) Kemalangan

Pelakon dan pengacara Karl Shafek terbabit dalam kemalangan jalan raya yang turut membabitkan pelakon Ajak (Shiro) dalam kejadian di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Kota Damansara di sini pada petang Khamis. Karl Shafek atau nama sebenar Khairul Shafek Ibrahim, 34, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu terjadi ketika dia dalam perjalanan ke sebuah majlis di Putrajaya. "Pada kejadian itu saya dalam perjalanan ke Putrajaya dan tiba-tiba kereta depan berhenti mengejut sehingga saya tidak dapat mengelak. "Ada tiga kereta termasuk kereta saya yang terlibat dalam kemalangan itu. Mengejutkan kereta pelawak Ajak (Shiro) turut sama terlibat. Dia pula ketika itu dalam perjalanan untuk pergi latihan Anugerah Lawak Warna di Shah Alam. "Kemalangan tersebut juga menyebabkan lebuhraya tersebut mengalami jem teruk beberapa jam," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Bagaimanapun, Karl berkata, dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu dan begitu juga Ajak serta pemandu-pemandu lain. Tambahnya, kereta jenis Myvi yang dinaiki itu mengalami rosak teruk dan mengambil masa sebulan untuk diperbaiki. Karl berkata, perkara tersebut menjadi masalah apabila sukar untuk dia bergerak ke lokasi penggambaran. "Saya tidak mengalami apa-apa kecederaan cuma kereta saya saja yang teruk pada bahagian depan dan enjin.
"Saya difahamkan ambil masa sebulan untuk dibaiki dan sekarang menjadi masalah kepada saya untuk bergerak ke mana-mana, jadual saya bulan ini pula padat dengan penggambaran," ujarnya. Sementara itu Ajak yang dihubungi berkata, kereta jenis Honda Accord yang dipandunya hanya mengalami kerosakkan kecil apabila bampar bahagian belakang keretanya itu calar. Katanya, dalam kejadian berkenaan dia tidak menyangka pelakon Karl Shafek turut terlibat dalam kemalangan berkenaan. "Dalam keadaan jalan sesak, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota telah melanggar belakang kenderaan saya. Selepas semuanya turun, saya dapati kereta Toyota itu dilanggar oleh kereta dipandu Karl Shafek. Bagaimanapun kami tak ada apa-apa, " katanya.

Ajak (Shiro) Minta Kebenaran Isteri Lakon Babak Intim

Pelawak dan anggota kumpulan Shiro iaitu Ajak terpaksa meminta kebenaran isterinya untuk melakonkan adegan intim dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul Sayang Wak Lu. Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanafi Razak, 28, berkata, dia berbuat demikian kerana menghormati isterinya dan bersetuju melakonkan babak bersama aktres Sherry Ibrahim selepas mendapat kebenaran wanita berkenaan. "Jika dia kata tidak boleh saya tidak akan berlakon dalam drama berkenaan tetapi dia faham dengan kerjaya saya sebagai pelakon cuma dia minta saya maklum kepadanya terlebih dahulu kerana bimbang timbulnya fitnah daripada pihak lain," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Ajak, babak berkenaan tidak melibatkan adegan ranjang sebaliknya hanya memaparkan kemesraan pasangan kekasih. Dalam pada itu, Ajak mengakui, bukan mudah untuknya melakonkan watak serius dalam drama berkenaan kerana sudah terbiasa dengan peranan komedi sebelum ini. Pun begitu kata Ajak, peluang diberikan Michael telah berjaya membuatkannya keluar daripada zon selesa dan tidak menolak sekiranya tawaran sama diberikan selepas ini. "Memang mencabar dan rasa kekok tetapi tunjuk ajar daripada Michael membuatkan saya sedar bakat lakonan saya bukan hanya sekadar komedi sahaja. "Selepas ini saya terbuka untuk mencuba lebih banyak watak lain kerana ia memberi latihan kepada saya untuk mengeksperesikan emosi dalam bentuk berbeza," jelasnya. Sementara itu, Ajak berkata, itu tidak bererti dia akan meninggalkan dunia komedi dan mengakui lawak pentas masih menjadi keutamaan dan lakonan drama sekadar untuk mengutip ilmu.

Tak Sanggup Ditahan Dalam Wad, Ajak (Shiro) keluar Hospital

Pelawak Ajak (Shiro) mengakui tidak sanggup tinggal di wad dalam tempoh yang lama sepanjang dimasukkan ke wad akibat penyakit denggi Ahad lalu di Hospital Pakar Kluang Utama, Johor. Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, dia berasa rimas dengan suasana hospital dan membuatkan dirinya rasa lebih sakit dan keadaan itu membuatkannya meminta kebenaran untuk pulang ke rumahnya pada pagi Selasa. "Bukan main susah lagi apabila kena tahan di wad akibat denggi. Sejak ditahan, saya minum air dengan banyak supaya dapat sembuh dengan cepat. "Mujurlah platlet darah saya naik dan doktor memberi kebenaran untuk saya keluar hospital atas jaminan sendiri. "Dan saya akan menjalani rawatan setiap hari sehingga demam denggi saya benar-benar sembuh," katanya kepada mStar Online. Tambah Ajak, sebelum ditahan wad, dia sempat melawat seorang kanak-kanak yang merupakan peminatnya di sebuah hospital di Negeri Sembilan. "Sebenarnya doktor mengesahkan saya terkena penyakit denggi pada Sabtu lepas di KL (Kuala Lumpur). Kemudian saya mengambil keputusan untuk masuk ke hospital sekitar Kluang, senang untuk keluarga menjaga saya. "Tetapi sebelum itu saya ke Negeri Sembilan pada keesokan harinya kerana mendapat tahu seorang kanak-kanak yang sangat meminati kumpulan Shiro sakit teruk sejak sembilan tahun lalu. "Tanpa ambil peduli sakit yang dilalui, saya gagahkan diri melawat budak itu. Alhamdulillah, seronok apabila dapat membuatkan orang lain terutamanya kanak-kanak gembira. Dan kemudian saya terus ke hospital pada hari yang sama," ujarnya. Selain Ajak, Shiro turut dianggotai oleh Shahrol.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails