Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Aleeza Kassim. Show all posts
Showing posts with label Aleeza Kassim. Show all posts

Aleeza Kasim Dan Suami Sah Bercerai


KUALA LUMPUR: Peragawati terkenal, Aleeza Kasim (gambar) dan suami, Mohd Fauzi Che Rus sah bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, Rabu.

Lafaz cerai dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosli pada prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Kedua pasangan itu memasuki kamar hakim pada 9.15 pagi.

Saya malu, jangan ganggu – Aleeza Kasim


Apa emosinya setelah mahkamah memutuskan Aleeza masih lagi sebagai pasangan yang sah?

Saya gembira apabila semuanya telah selesai. Cuma apa yang berlaku ini benar-benar membuatkan saya tertekan dan seperti tak sanggup untuk melaluinya. Bukan sebab apa, macam-macam orang perkatakan hal rumah tangga saya. Semuanya berlaku dalam satu masa dan saya tak mahu ia diperbesar-besarkan.

Apa sebenarnya yang berlaku antara kalian?

Saya tak mahu komen lebih-

lebih. Adat sebagai suami isteri, mesti ada sahaja perselisihan pendapat dan bergaduh. Cuma biarlah saya dan suami sahaja yang tahu apa yang berlaku di antara kami. Tak kan saya nak cerita biar semua orang tahu pula. Tapi apa yang membuat saya marah apabila cerita kami masuk mahkamah ditokok tambah untuk sensasi. Untuk apa buat begitu?

Aleeza bukan artis pertama yang naik mahkamah pasal masalah rumah tangga, ramai lagi yang dah naik turun mahkamah, kenapa perlu marah?

Ini merupakan kali pertama saya mengalami masalah sebegini besar yang buat kami naik mahkamah. Jadi untuk menghadapi perkara sebegini bukan satu perkara yang mudah. Semua orang mahu cerita sensasi tapi bagaimana dengan saya dan suami? Orang mengenali saya sebab saya artis. Saya masih boleh mengawal keadaan itu. Tapi bagaimana pula dengan suami saya? Apa yang membuatkan saya kesal apabila keluar cerita yang mengatakan saya dicerai talak satu. Itu tak benar sama sekali dan memburukkan keadaan. Semua orang sibuk tanya saya tentang hal itu.

Sepanjang menunggu keputusan mahkamah, apa yang berlaku pada Aleeza dan suami?

Saya masih lagi seperti biasa. Cuma apa yang berlaku biarlah saya tahu sendiri. Saya masih lagi buat kerja dan dia pun sama. Hidup ini kena jalan juga walaupun apa yang bersarang dalam hati ini orang lain tak tahu. Cuma saya cukup rimas apabila orang telefon dan sibuk nak tahu apa yang berlaku. Nak terangkan satu per satu pada orang lain bukan senang. Keluarga saya dan keluarga suami juga terkejut sebab mereka tak pernah tahu yang kami bergaduh sampai tahap itu.

Habis apa reaksi keluarga?

Macam saya cakap tadi mereka terkejut dengan apa yang telah berlaku. Apa yang berlaku buat mereka terkejut. Tambahan pula kes saya mendapat liputan yang meluas. Semua orang nak tahu.

Tertekan sampai melarikan diri ke Jakarta?

Tidak sama sekali. Saya tak melarikan diri seperti mana didakwa dan tujuan saya ke sana untuk bekerja. Walau apa yang terjadi saya perlu bekerja.

Tapi ramai yang dapat melihat wajah Aleeza yang tidak ceria sebaik sahaja mahkamah buat pengumuman?

Siapa cakap? Saya gembira apabila kami masih lagi suami isteri. Cuma saya tak gembira apabila cerita kami keluar surat khabar dan mendapat perhatian orang. Saya tertekan dengan semua ini. Kalau boleh saya tak mahu orang tahu apa yang telah berlaku dalam rumah tangga kami. Tapi saya akur sebagai artis saya memang akan mengalami perkara sebegini. Jadi mahu atau tidak saya kena hadapinya juga. Orang luar jangan ingat semuanya yang melibatkan artis itu indah belaka. Saya masih ada masalah sendiri dan tolong jangan membuat kesimpulan sendiri.

Masih lagi tertekan?

Ya, sehingga hari ini saya masih tertekan. Saya kena fokus balik untuk harmonikan kembali rumah tangga kami. Ibarat mahu memulakan hidup baru, saya kena buat semuanya. Cuma saya kasihan melihat suami yang terpaksa melalui semua ini disebabkan saya artis. Biarlah keadaan sejuk dulu, barulah saya fikir langkah terbaik untuk kami. Sedih sebenarnya dengan apa yang berlaku, harap-harap biarlah semuanya kembali normal.

Orang kata kehadiran anak mampu beri bahagia dalam rumah tangga, bagaimana dengan Aleeza?

Saya masih tertekan dengan apa yang berlaku. Perlukah saya fikir tentang masalah itu? Saya tak mahu fikir sebab sebelum ini pun saya dah jenuh memikirkannya. Saya tak mahu beria-ia. Ada saya terima, tak ada nak buat macam mana?

Saya Mahu Teruskan Hubungan Ini - Aleeza Kassim


PELAKON dan peragawati, Aleeza Kassim menzahirkan rasa bersyukur setelah mahkamah kelmarin memutuskan dia masih sah sebagai isteri kepada ahli perniagaan Mohd Fauzi Che Ros.

"Alhamdulilah, segala sudah selesai, semuanya akan berjalan seperti dahulu.

"Kami mengikut keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah," ujarnya.

Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, Aleeza memberitahu bahawa mereka akan kembali dan teruskan hubungan sebagai pasangan suami isteri.

"Saya akan kembali menjalankan tugas sebagai isteri dan teruskan hubungan ini. Kini kami sudah kembali tinggal bersama sebagai pasangan suami isteri," katanya.

Kelmarin, Hakim Syarie Ghazali Ahmad membacakan keputusan bahawa pasangan ini masih lagi sebagai suami isteri selepas lafaz: "kita bercerai esok" yang didakwa diucapkan oleh Mohd Fauzi terhadap model jelita itu hanyalah hasrat dan tidak mendatangkan kesan sehingga terjatuh talak.

Pasangan itu bernikah pada 15 Julai 2006 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Aleeza bawa diri ke Jakarta


BERITA runtuhnya mahligai perkahwinan model merangkap artis popular, Aleeza Kasim bukan lagi rahsia. Diva tumpang bersedih bila ada pengumuman segmen lara hati berhubung teman-teman artis, maklumlah, siapa yang mengharapkan hujan di tengah hari kan?

Dalam diam-diam, Aleeza Kassim rupa-rupanya sudah bercerai talak satu sejak Februari lalu. Menurut maklumat yang disiarkan, perceraian mereka berlaku di Hyatt Saujana, Subang Jaya. Entah apa masalah Aleeza dengan bekas suami, Mohd Fauzi Che Ros, tiada siapa yang tahu. Apa yang penting, perceraian mereka bukan berpunca daripada peranan orang ketiga, kata Aleeza.

Kalau tak salah perhitungan Diva yang lemah matematik ni, perkahwinan mereka hanya dapat bertahan tiga tahun dan tujuh bulan sahaja. Diva sebenarnya masih ingat lagi, betapa hebat dan cerianya majlis persandingan Aleeza di Palace Of The Golden Horses sekitar Julai 2006 lalu. Meriah!

Kes-kes cerai ni buat Diva tak senang duduk, tak puas hati selagi tak dengar dengan telinga sendiri. Bukan kepoh tapi prihatin. Diva cuba juga mendekati Aleeza manalah tahu, kalau rezeki Diva, Aleeza sudi berkongsi cerita. Tapi menurut teman Diva, Aleeza sekarang sedang berada di Jakarta. Ah! Tak dapatlah nak korek rahsia wanita. Dia terbang ke sana petang Khamis lalu dan dijangka pulang esok.

Diva kurang periksa pula, sama ada Aleeza membawa hati patah atau mencari kekuatan jiwa. Apa-apa pun, tunggulah 21 April nanti, sebab, Diva diberi tahu menjelang tarikh itu, kes perceraian mereka akan dibacakan di mahkamah.

Bercerai jua akhirnya-Aleeza Kassim


TIBA-tiba dan sangat tiba-tiba. Itulah yang berlaku kepada rumah tangga yang dibina oleh model terkenal Aleeza Kassim dan Mohd. Fauzi Che Rus yang akhirnya menemui pengakhiran. Rupa-rupanya dalam diam-diam mereka ingin bercerai.

Sedih juga bila Joyah memikirkan apa yang telah berlaku pada rumah tangga yang sudah dibina hampir empat tahun itu. Tapi apa kan daya, masing-masing telah membuat keputusan tentang perkara itu.

Sejak mula mendirikan rumah tangga dulu, sudah banyak spekulasi yang timbul membabitkan pasangan ini. Tapi masing-masing menafikan yang mereka mempunyai masalah dan cuba sedaya upaya untuk menjernihkan keadaan.

Ada yang kata mereka berantakan gara-gara tak punyai anak dan tak kurang juga kedengaran yang mengatakan keretakan rumah tangga mereka disebabkan orang ketiga.

Walaubagaimanapun, Aleeza menafikan hal tersebut reda dengan ujian yang menimpa rumah tangga yang dibina bersama duda anak dua itu dan mengharapkan keajaiban kelak.

Jadi Joyah minta peminat bersabar dan mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka ya memandangkan pada 21 April ini kes mereka akan diputuskan di mahkamah. Harap-harap Aleeza tak lari apabila bertemu Joyah nanti.

Aleeza Kassim Seksi


Pelakon dan juga merangkap pragawati artis, Aleeza Kassim yang sememangnya popular dan terkenal bukan kerana bakatnya namun kepada keseksian seksanya itu. Baru-baru ni ada lagi satu majlis yang dihadirinya dengan pakaian menjolok mata memandang. Memang seksi lah, sampai nampak lubang pusat. Dalam hal yang lain, Aleeza sebenarnya dah berkahwin dah pada awal tahun 2007 yang lalu. Hubby kena main peranan lah ni nampaknya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails