Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Almy Nadia. Show all posts
Showing posts with label Almy Nadia. Show all posts

ALMY NADIA JAWAB ISU WECHAT YANG DIDAKWA MILIK SUAMINYA

Sebelum ini, Fizz Fairuz didakwa mengatal dengan seorang perempuan yang bernama Fara Mendoza melalui satu gambar screen capture perbualan yang tersebar luas di media sosial. Terkini isterinya, Almy Nadia telah mengambil pendekatan cukup diplomasi mengenai perkara ini. "Saya hanya tergelak apabila membaca cerita itu. Saya nak buat apa setakat ini kerana selagi suami tidak menjelaskan perkara sebenar... saya tak boleh beri komen lebih. "Tapi kita tak boleh cepat buat kesimpulan dalam hal sebegini kerana dunia teknologi sekarang memungkinkan apa sahaja terjadi untuk menjatuhkan maruah mahupun memporak-porandakan hidup orang," ujar Almy dipetik sebagai berkata. Menurut Almy, dia mengakui rakan media bertalu-talu menghubunginya kerana masih tidak dapat berhubung dengan Fizz untuk mengulas perkara itu.
"Sejak zaman dahulu, sampai sekarang saya sudah ada anak pun... memang kalau ada isu membabitkan Fizz, saya juga yang akan terpalit dan dicari. Sejujurnya saya tak boleh nak komen banyak kerana sebaik-baiknya tanyalah Fizz dulu. "Selidik dulu, cari perempuan berkenaan dan tanyalah sesiapa yang berkait rapat dengan isu ini termasuk Fizz sendiri. "Apa yang saya tahu Fizz tengah tidur di rumah kerana keletihan menjalani penggambaran filem Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Michael Ang di samping Syarul Ridzwan, Abam Bocey dan Emma Maembong," jelasnya.

ADIK KENA BULI DENGAN SENIOR - ALMY NADIA LUAH RASA SEDIH

Baru-baru ini, isteri kepada Fizz Fairuz, Almy Nadia telah melahirkan rasa tidak puas hati di laman sosial apabila adiknya yang sedang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Pulau Pinang disyaki dipukul oleh empat orang pelajar lelaki tahun akhir. Tindakan beliau memuat naik status tidak berpuas hati dengan tindakan empat orang pelajar itu berjaya mendapat perhatian Kementerian Pendidikan dan mereka sudah membuat tinjauan ke sekolah berasrama terbabit. "Saya begitu sedih apabila dimaklumkan adik saya dipukul oleh senior di sekolahnya. Apabila dimaklumkan, adik saya itu digantung sekolah kerana keluar pada waktu malam tanpa kebenaran, dia telah dimarahi oleh saya terlebih dahulu.
"Namun, dia tidak pula mengadu dipukul oleh empat orang pelajar kerana keluar tanpa kebenaran. Cerita dia dipukul itu, disampaikan oleh kawan ibu saya. "Adik saya telah dibawa pulang namun masih berada dalam keadaan trauma. Dia tidur sepanjang hari dan enggan bercakap dengan sesiapa kerana ketakutan. "Ibu saya telah membawa adik saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan membuat laporan polis," ujar Almy dipetik sebagai berkata. Menurut Almy, beliau sama sekali tidak menyangka kes buli yang semakin menular ini akan terjadi kepada adiknya sendiri. Baginya, tindakan undang-undang perlu diambil bagi membanteras kes ini daripada terus berleluasa. Tambahnya, Kementerian Pendidikan, polis dan sekolah serta ibu bapa pelajar yang terbabit bakal membuat perbincangan pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya. "Selalunya kita melihat cerita sebegini di dada akhbar tetapi tidak sangka pula terjadi pada ahli keluarga kita sendiri. Saya yang meminta agar adik lelaki saya itu dimasukkan ke sekolah yang baik agar dia mendapat pendidikan terbaik untuk masa hadapan. "Pada mulanya, memang saya risau juga kerana ada pelajar sekolah yang memberi komen negatif terhadap status yang saya muat naik di Instagram. Namun negara kita ada undang-undang, mereka tidak boleh bertindak sesuka hati saja," jelasnya.

Almy Nadia Bimbang Bayinya Dikutuk Pengikut Laman Sosial

Pelakon Almy Nadia memberitahu dia takut untuk mendedahkan gambar anaknya, Nur Afrina Arianna sejak bayi itu dilahirkan kerana risau dengan kutukan yang bakal diterima. Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia kini bersedia untuk berkongsi gambar anaknya kepada umum selepas dua bulan anaknya dilahirkan. "Pada mulanya bukan saya tidak mahu berkongsi wajah anak kepada umum tetapi saya mengambil pendekatan supaya lebih berhati-hati kerana risau kutukan yang bakal diterima oleh orang yang digelar keyboard warrior. "Kami memilih hari ini (Ahad) sempena hari ulang tahun pertama perkahwinan suami untuk tampil mendedahkan wajah anak kepada umum menerusi media sosial," katanya kepada mStar Online. Almy berkata demikian ketika ditemui pada majlis cukur jambul dan akikah anaknya, Nur Afrina Arianna , di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, Ahad. Turut hadir pada majlis itu Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Datuk Seri Ismail Shah Sultan Hishamudin Alam Shah, jurulatih bola sepak Pahang, Zainal Abidin Hassan, pelakon Sharifah Shahira dan suami, Ijoy. Dalam pada itu, Almy berkata, dia akan bergilir-gilir menjaga anaknya dengan suami kerana risau mengambil pembantu rumah. "Saya dengan suami akan bergilir-gilir menjaga anak jika salah seorang sibuk kerana itu merupakan cara terbaik untuk memastikan anak saya selamat. "Sebenarnya saya tidak yakin untuk mengupah pembantu rumah menjaga anak kerana maklumlah kini kita dengan bermacam-macam cerita mengenai pembantu rumah," jelasnya lagi. Sementara itu, suami kepada Almy iaitu Fizz Fairuz memberitahu, sejak mempunyai anak dia akan sentiasa balik ke rumah walaupun menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur dan tidak lagi menghabiskan masa dengan melepak bersama rakan-rakan selepas selesai penggambaran. "Kebiasaannya selepas tamat penggambaran saya suka melepak di kedai mamak dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah. "Namun sekarang hati sentiasa teringatkan anak yang berada di rumah dan akan terus pulang untuk bersamanya selepas selesai kerja walaupun saya menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur," katanya. Terdahulu, Almy, 29, melahirkan bayinya di Hospital Columbia Setapak dekat sini pada 16 Februari lalu.

Individu Kutuk Majlis Akikah Anak Fizz Fairuz & Almy Nadia Tidak Bertamadun

Pelakon Fizz Fairuz menganggap pihak mengutuk majlis cukur jambul dan akikah anaknya, Nur Afriana Ariana yang dikatakan mewah dan membazir adalah individu tidak bertamadun. Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 36, berkata, sejak dari awal dia sedar perkara itu akan ditimbulkan namun apa yang dilakukannya itu bukan untuk memuaskan hati sesiapa sebaliknya untuk kepentingan dia sekeluarga. "Apa yang saya lakukan itu adalah mengikut kemampuan dan rezeki saya. Tidak lebih… mahupun kurang. "Hanya orang yang tidak bertamadun sahaja yang membuat pertikaian seperti itu tetapi biarlah mereka sekadar berkata-kata tanpa tahu situasi sebenar," katanya kepada mStar Online.
Fizz mengulas mengenai kritikan dan teguran di laman sosial berhubung majlis pada Ahad lalu yang dilihat mewah, membazir dan tidak mengikut seperti yang digariskan dalam Islam iaitu besederhana. Dalam pada itu, Fizz berkata, dia dan isterinya, Almy Nadia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk apabila mengadakan majlis berkenaan. Sebaliknya majlis itu diberi perhatian kerana mereka adalah selebriti selain mendapat liputan media. "Jika diikutkan majlis itu biasa sahaja tetapi mungkin nampak mewah kerana hiasannya dan liputan diberikan pihak media. "Saya tahu sejauh mana kemampuan dan apa yang kami lakukan itu adalah semata-mata untuk meraikan anak kami dan melakukan akikah untuknya," jelas Fizz. Sementara itu, Fizz berkata, dia tidak berhasrat untuk membalas segala komen negatif diterimanya di laman sosial kerana menganggap ia membuang masa. "Kalau balas pun saya tidak dapat apa-apa. Mereka berhak bersuara tetapi janganlah melampau," katanya.

Fizz Fairuz Mula Faham Tanggung Jawab Seorang Bapa

Pelakon Fizz Fairuz mengakui dia mula memahami maksud pengorbanan seorang insan bergelar bapa selepas menerima cahaya mata sulung bersama isteri, aktres Almy Nadia pada 16 Februari lalu. Fizz, 36, berkata, dia sendiri terkejut dengan perubahan dirinya apabila lebih mengutamakan bayi perempuannya berbanding perkara lain selain sanggup berjaga malam untuk menjaga anaknya itu. "Baru saya faham maksud pengorbanan seorang bapa apabila saya sendiri sanggup berjaga malam sehingga tidak cukup tidur kerana ingin menjaga bayi saya. "Biarpun penat tetapi saya puas hati kerana dapat melakukan tugas itu dan perasaan letih hilang apabila melihat dia tersenyum dan wajahnya yang tenang ketika tidur," katanya kepada mStar Online. Almy, 29, melahirkan bayinya di Hospital Columbia Setapak dekat sini pada pukul 6.49 petang. Bagaimanapun bayi seberat 3.25 kilogram itu masih belum diberikan nama.
Almy dan Fizz masih belum memberikan nama kepada bayi perempuan mereka. Dalam pada itu, Fizz juga memberitahu, sejak mempunyai anak dia tidak lagi menghabiskan masa dengan melepak bersama rakan-rakan selepas selesai menjalani penggambaran. "Kebiasaannya selepas tamat penggambaran saya suka melepak di kedai mamak dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah. "Namun sekarang hati sentiasa teringatkan anak yang berada di rumah dan akan terus pulang untuk bersamanya selepas selesai kerja," katanya. Sementara itu, Fizz berkata, Almy akan pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk menjalani tempoh berpantang ekoran kesibukannya dengan penggambaran beberapa buah drama dan filem. "Ikutkan hati saya ingin mengambil cuti bagi menemani anak dan isteri tetapi ini satu lagi pengorbanan yang perlu saya lakukan demi mereka. "Alhamdulillah, keadaan Almy juga baik dan dia akan menjalani tempoh berpantang di kampungnya," katanya. Tambah Fizz, dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Kasih Jasmin selain bakal memasuki set filem Mat Tudung 2.

ALMY NADIA & FIZZ FAIRUZ BERSAMA BABY

Gambar menarik Almy Nadia yang baru-baru ini selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Setapak, Kuala Lumpur. Waahhh... tembamnya pipi Almy! Untuk info, gambar ini kami cilok dari rancangan Melodi yang bersiaran hari ini. Menurut Almy dan Fizz, mereka hanya akan berkongsi wajah anak mereka selepas berusia 40 hari.

Gambar Almy Nadia Atas Katil Yang Mengejutkan

Pelakon terkenal, Almy Nadia telah berkongsi gambar selfie dirinya yang semakin sarat seperti sudah hampir menunggu hari untuk bersalin pada bila-bila masa. Para peminat yang melihat gambarnya itu tertanya-tanya adakah isteri kepada Fizz Fairuz ini mengandungkan anak kembar kerana badannya yang agak besar.

"Semuanya Tak Kena" - Almy Nadia Tegur Sikap Peminat

Pelakon Almy Nadia tidak senang dengan sikap sesetengah pihak yang gemar mempersoalkan saiz kandungannya yang kini berusia lima bulan. Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, juga berasa bengang apabila timbul perbandingan badannya semakin berisi dan tidak seiring dengan usia kandungan berkenaan. "Orang asyik tanya dan bercakap, kenapa perut saya besar? Kenapa saya gemuk? Anak kembar ke? Besarnya perut! Rasa nak marah saja, tetapi saya bersabar kerana kalau menjawab setiap persoalan itu, lebih banyak lagi soalan yang ditanya. "Yang penting saya dan anak dalam kandungan sihat dan tidak perlu makan macam-macam ubat," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu. Selasa lalu, Almy telah menulis status di Instagram dengan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengikutnya yang sering pertikaikan saiz tubuh badannya yang semakin membesar. Almy turut menjelaskan dia kini sedang mengandung lima bulan yang menjadi penyebab badannya semakin berisi selain dia mempunyai rangka badan yang besar. Sementara itu, Almy juga tidak faham apabila terdapat individu tertentu mengkritik soal pemakaiannya yang dianggap tidak sesuai bagi ibu mengandung. "Semuanya tidak kena untuk mereka. Baju saya pakai pun orang nak buat penilaian dan kemudian saya dikritik kerana baju yang dipakai itu dianggap tidak sesuai. "Dah kata mengandung, mestilah semua baju yang dipakai akan nampak ketat. Pening membaca komen-komen mereka yang tidak masuk akal," ujarnya kecewa.

Almy Nadia Terkejut Dituduh Sombong Di Kedai Makan

Pelakon Almy Nadia terkejut dituduh salah seorang pengikut Instagram kononnya dia bersikap sombong ketika berada di sebuah kedai makan baru-baru ini. Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, sepatutnya dia tidak dituduh sebegitu memandangkan dia tidak mengenali individu berkenaan apatah lagi dia bersama suaminya, Fizz Fairuz ketika itu sedang menikmati makan malam bersama. "Terkejut dibuatnya apabila individu berkenaan mengambil gambar kami di kedai makan itu, kemudian memuat naik di Instagram dan menuduh kami sombong. "Bila masa pula saya berlagak? Takkan saya sesuka hati nak menegur orang yang tidak dikenali di situ," katanya kepada mStar Online. Sabtu lalu, Almy telah memuat naik semula foto daripada Instagram pengikut yang menuduh dia dan suaminya sombong di akaun miliknya pula dengan menjelaskan dia tiada niat mahu bersikap sombong dengan sesiapa pun dan dan menganggap tuduhan mengatakan dia dan suaminya berlagak agak keterlaluan.
"Assalammualaikum .. minta maaf awal2 yer.. bukan nak burukkan sesiapa tapi dia dah burukkan nama saya dan suami..Nak tumpang tanya adik yang bernama @fatensahaja ..Bila saya berlagak? Sy dtg kedai makan untuk isi perut. "Jadi mana salahnya? Saya tahu saya artis tapi takkan lah nak sapa semua orang kat kedai makan tu nanti orang kata gila pulak,betul?? Apa sebab awak kata saya berlagak yer??? Saya tak kenal awak langsung dan tak ingat pun kat mana awak duduk?? Motif keluar dalam Instagram kata saya berlagak? Nak glamor ker??," kata Almy di Instagram miliknya. Sementara itu, Almy juga terkilan apabila individu berkenaan mengambil fotonya bersama Fizz tanpa meminta izin kerana ia sedikit sebanyak telah mengganggu privasi mereka. Bagaimanapun pelakon itu enggan memanjangkan isu tersebut kerana menganggap ia hanyalah sebuah isu yang remeh. "Biarlah dengan mereka, saya pun tak mahu komen panjang tentang perkara ini," ujarnya.

Almy Nadia Tak Suka Bau Nasi

Pelakon Almy Nadia yang kini sedang mengandung 15 minggu mengakui selera makannya yang selama ini gemar dengan masakan kampung kini lebih ke arah makanan ala barat. Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia tidak sangka makanan kegemarannya seperti nasi berlaukkan tempoyak tidak lagi menjadi kegemaran sebaliknya dia langsung tidak berselera dengan makanan itu. "Bayangkan nak bau nasi pun saya tak boleh nak terima. Semua makanan kampung tidak memberi selera pada saya. "Tetapi, apabila melihat pelbagai makanan barat, bukan main berselera lagi saya mahu menjamahnya," selorohnya. Tambah Almy, dia juga gemar dengan minuman manis walaupun tahu ia tidak baik untuk kesihatannya serta bayi dalam kandungan. Dalam pada itu dia turut mengakui berat badannya naik mendadak iaitu daripada 55 kilogram (kg) sehingga 63 kg. "Risau juga bila berat badan naik. Tetapi doktor cakap itu benda yang normal sebagai ibu mengandung. "Tambah pula badan mula rasa cepat penat dan mengah. Sebab itu juga saya buat keputusan untuk kurang ambil sebarang tawaran lakonan," tuturnya. Kata Almy, dia hanya akan berada di belakang tabir menguruskan kerjaya suaminya, Fizz Fairuz. Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Pasangan itu turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya yang kini berusia 4 tahun.

Almy Nadia Enggan Kongsi Kisah Rumah Tangga

Pelakon Almy Nadia memutuskan untuk mengunci mulut daripada menceritakan segala hal rumah tangga yang dibina bersama pelakon Fizz Fairuz. Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati permintaan ibunya agar apa juga yang berlaku dalam rumah tangga tidak diceritakan kepada umum khususnya media. “Ibu memberi nasihat agar tidak menceritakan hal rumah tangga kepada umum kerana ia terlalu peribadi. “Selain itu saya tidak mahu ada pihak yang tidak suka dengan cerita tentang kami. Tiidak semua orang suka kita, jadi lebih baik saya dengar nasihat ibu. ”Selalunya apa yang orang tua cakap itu betul,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Almy selamat diijabkabulkan dengan pelakon Fizz Fairuz dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 26 April lalu. Majlis resepsi pihak perempuan akan di adakan di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei ini, manakala pihak lelaki pada 7 Jun depan di Raub, Pahang. Dalam pada itu, ditanya tentang gangguan daripada pihak luar terhadap rumah tangganya Almy berkata setakat ini kehidupan mereka berjalan lancar dan dia tidak mahu fikir tentang hal itu. Dia juga menganggap alam perkahwinan dan kehidupan berumahtangga merupakan sebuah kisah baharu dalam dirinya selain bergelar seorang isteri. “Setakat ini Alhamdulillah tiada sebarang gangguan tidak diingini dan saya malas nak fikir perkara seperti itu. “Saya anggap perkara yang sudah lepas sudah habis dan kini buka buku baru,” katanya. Sementara itu, Almy berkata, mereka belum merancang untuk berbulan madu berikutan terlalu sibuk dengan persiapan majlis resepsi kedua-dua belah pihak yang bakal berlangsung. “Insya-Allah lepas selesai majlis resepsi kedua-dua pihak dan selepas majlis Anugerah Bintang Popular barulah kami fikir untuk berbulan madu. “Sekarang ini banyak duit habis, jadi kenalah kerja dulu baru boleh fikir tentang bulan madu,” katanya.

Almy Nadia Menangis Sepanjang Majlis Pernikahan

Aktres Almy Nadia mengakui terlalu gemuruh sehingga menitiskan air mata sepanjang berlangsungnya majlis pernikahannya bersama aktor Fizz Fairuz yang berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu. Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia berasa risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran yang dilaluinya bersama Fizz, 35, sebelum ini. "Alhamdulillah, kami sangat lega dan gembira akhirnya disatukan bersama. Sukar untuk saya ekspresikan bagaimana rasa perasaan itu. "Sepanjang majlis pernikahan berlangsung, saya tidak henti-henti menangis. Risau dengan segala kemungkinan yang terjadi," katanya kepada mStar Online yang dihubungi di sini pada Sabtu.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz pada Sabtu dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Fizz turut memberikan Almy wang hantaran RM20,000. Pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, berusia lima tahun. Beritahu Almy, buat masa ini mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja lakonan. "Kami tak rancang apa-apa pun, rancang kahwin sahaja. Yang lain-lain tak terfikir pun sebab Isnin ini Fizz akan sibuk di lokasi penggambaran. "Yang penting kami dah kahwin. Jadi tiada lagi soalan daripada media mahu pun sesiapa sahaja iaitu bila nak kahwin?" selorohnya. Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei depan di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

Almy Nadia merentan pasal Fizz lagi

SAMBIL baca kisah pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie yang bakal menikah dengan kakak Dafi AF, Nina Ismail Sabri, tiba-tiba Diva teringatkan janji-janji pelakon Fizz Fairuzz yang baru-baru ini ada keluarkan kenyataan mahu hantar rombongan merisik Almy Nadia, kekasih lamanya. Diva kira, tempoh masa 'minggu hadapan' yang dikatakan oleh Fizz sudah lama berlalu tapi secebis berita tentang majlis risik-merisik itu tak muncul tiba. Tapi disebabkan Diva faham sangat perangai Fizz yang rasa-rasanya ibarat sudah 18 juta kali hendak masuk merisik si Almy, jadi Diva biarkan sahaja janji manis Fizz itu berlalu. Cuma apabila kawan-kawan Diva mula bercakap pasal Almy yang meluahkan status-status beremosi rentan dalam akaun Twitter miliknya, Diva rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Nak tekan telefon bercakap sendiri dengan Almy, rasanya sama juga jawapan yang akan Almy katakan. Paling-paling dia akan suruh kita tanyakan sendiri kepada Fizz. Fikir-fikir, simpati pula terhadap Almy. Macam tunggu bulan jatuh ke riba pun ada. Si Fizz pula, kalau tak mahu nak merisik atau masuk meminang janganlah buat janji. Ini asal media tanya, dia pun siaplah buka cerita nak bertunang nak merisik bagai. Janji palsu sangat, yang jadi mangsa si perempuan macam Almy, tunggu punya tunggu, habuk pun tak ada.
Diva bukan nak menyibuk dalam kes orang nak menikah atau nak bercerai, tapi kalau cakap tak serupa bikin, macam mana orang tak kisah. Kalau tak silap Diva, rasanya dah dekat lapan tahun Fizz dan Almy bercinta, putus-sambung dan putus kemudian bersambung lagi, wartawan asyik ulang cerita yang sama cuma berbeza masa dan tarikh. Kalau Diva jadi Almy, tak payah asyik tunggu Fizz, awak pun bukannya tidak lawa, jumpa mana-mana lelaki yang serius, awak suka dia, dia suka awak, rasa boleh percaya, terus ikat sahaja. Kalau nak tunggu, makan tahun lagi gamaknya. Diva faham perasaan Almy. Almy nak merentan pasal hubungan dan nasib dirinya yang macam bola kena tendang sana sini. Almy berhak rasa sakit hati.

Saya tidak terdesak sangat - Almy Nadia

PENGAKUAN dramatis Almy Nadia terpaksa menjual karipap untuk menyara keperluan seharian baru-baru ini mengejutkan ramai. Di sebalik sensasi percintaan dan status perhubungannya bersama aktor popular Fizz Fairuz yang kembali berputik sedang diperkatakan, kisah karipap Almy itu seolah-oleh menunjukkan betapa pelakon yang baru berusia 27 itu sedang dalam kesusahan untuk mencari rezeki. "Rasanya semua itu salah faham. Itu cerita lama, saya ditemu bual tentang perkara berkenaan sudah lama. Memang betul ketika itu saya tiada tawaran lakonan dan daripada membuang masa melepak di KL, lebih baik saya pulang ke kampung menolong ibu saya membuat dan menjual karipap. Saya faham tentang tanggapan ramai apabila cerita saya jual karipap itu tersebar. "Ibu saya memang menerima tempahan karipap sejuk beku dan saya juga ada mempromosikan jualan ibu menerusi akaun Instagram saya sejak sebelum bulan puasa lagi. Jadi, memang saya tolong ibu dan saya tidak malu pun. Cuma saya rasa ada sedikit yang tidak kena kerana ketika kisah itu disiarkan, saya dilihat elok sahaja berada di lokasi penggambaran," katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Gadis Saza di ibu kota. Tambah Almy dalam nada serba salah: "Seperti yang saya telah katakan, keadaan saya tidak seteruk seperti yang disangka. Saya tetap ada kerja dan cari duit secara halal tapi tidaklah sampai kelihatan seperti terdesak." Untuk drama bersiri 13 episod terbaharunya itu, Almy sibuk sehingga 16 November nanti sebelum menunggu mana-mana tawaran lain yang datang.
Ditanya tentang kepayahan hidup yang dilalui gara-gara ketiadaan tawaran lakonan, Almy Nadia akui turun naik nasib yang dihadapi segelintir pelakon seperti dirinya. "Bukan pertama kali saya tiada tawaran lakonan, sebelum ini ada pernah berbulan-bulan juga saya tidak tawaran. Perkara itu biasa buat saya tapi saya okey sahaja. "Sekarang stesen televisyen ada klasifikasi pelakon yang mereka mahukan, pelakon wanita kini ramai yang baharu. Tapi saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Saya pun faham peredaran semasa. Sekarang saya cuba tukar imej dengan berambut pendek, saya korbankan rambut panjang selama ini untuk tampil lebih segar, nampak lebih muda sikit," katanya berhasrat untuk memperbesarkan perniagaan karipap sejuk beku yang diusahakan bersama ibunya ketika ini. Kata Almy, dia bagaimanapun bersyukur atas setiap rezeki yang diterima. "Kekangan paling utama ialah modal, bila lama tiada tawaran lakonan, duit simpanan boleh habis untuk kegunaan harian. Jadi, saya kena stabilkan kewangan dulu. Sekarang saya berniat mahu mendaftarkan dulu perniagaan itu. Bila sudah ada sijil, barulah boleh serius dengan perniagaan. Setakat ini memang kami sudah ada pelanggan tetap, cuma kalau saya sibuk dengan lakonan, pembuatan karipap itu akan terhad sebab ibu saya memang tiada pembantu lain," jelas Almy. Tutup helaian jualan karipap, Almy kini semakin matang apabila diajak bercakap soal masa depan. Ditanya juga tentang pengakuan Fizz yang akan menghantar rombongan merisik pada minggu depan, Almy masih berpegang kepada prinsipnya. "Saya tidak mahu bercakap panjang tentang hal itu. Syukurlah hal pun keluar daripada mulut Fizz. Dia menunjukkan keikhlasannya dan saya lega," kata Almy.

'Hanya Risik, Tiada Majlis Bertunang' - Almy Nadia

Keluarga kepada Almy Nadia tiada masalah untuk menerima pelakon Fizz Fairuz yang berhasrat melamar wanita itu minggu hadapan walaupun sebelum ini Fizz pernah melalui kontroversi putus tunang dengan isteri orang. Almy Nadia atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, ibunya Roshida Hashim, 45, juga sudah bersedia menanti rombongan keluarga Fizz dari Pahang ke kediaman mereka di Balik Pulau, Pulau Pinang. “Keluarga akan terima Fizz... mereka tak ada masalah dalam hal itu. Insya-Allah, majlis merisik ini akan diadakan pada minggu hadapan. Tarikhnya... biarlah Fizz sendiri yang beritahu. Biar keluar daripada mulutnya,” kata Almy ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis. Almy berkata, menurut perancangan awal hanya majlis merisik sahaja diadakan tanpa majlis pertunangan kerana bimbang pelbagai perkara tidak elok akan berlaku. Almy memberitahu agak fobia dengan peristiwa lalu yang dialami oleh Fizz, 34, apabila dia bertunang dengan seorang wanita di Pahang yang rupa-rupanya isteri orang. “Kalau boleh kami tak mahu bertunang walaupun orang Melayu menganggap pertunangan itu sebagai adat yang perlu diikuti. "Peristiwa yang lepas sebenarnya menjadi pengajaran. Almy takut sangat benda-benda macam tu,” ujarnya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Gadis Saza. Kedua-dua pasangan itu dijadualkan akan mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan. Terdahulu, Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34,pernah menimbulkan kontroversi apabila melangsungkan pertunangan secara rahsia dengan seorang wanita di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu. Bagaimanapun pertunangan itu menjadi kecoh apabila seorang lelaki muncul dengan mendakwa wanita berusia 26 tahun itu adalah isterinya yang dinikahi di Thailand.

Almy Nadia Jual Karipap, Putus Tawaran Berlakon

Pelakon Almy Nadia terpaksa menjadi penjual karipap untuk menyara hidup selepas kurang mendapat tawaran berlakon hampir setahun lalu. Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, perniagaan kecil-kecilan itu dilakukan bersama ibunya sepanjang menetap di kampung halamannya di Pulau Pinang. "Tawaran berlakon memang sudah lama tidak ada jadi daripada saya duduk tanpa berbuat apa-apa adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap. "Alhamdulillah karipap yang dihasilkan bersama ibu iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan. Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar," katanya kepada mStar Online. Tambah Almy, hasil penjualan karipap tersebut dapat membantu meringankan beban untuk dia dan ibunya menampung kehidupan di kampung. "Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.
"Malah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 pun saya terima kerana itu adalah rezeki saya," katanya. Dalam pada itu, Almy berkata, kemunculan ramai artis wanita baharu turut menjadi penyebab dia tidak lagi dipilih untuk membintangi drama atau filem daripada pihak produksi. Tambah Almy, sikapnya yang tidak pandai untuk melobi kepada penerbit dan pengarah juga turut menyebabkan masalah itu menjadi lebih teruk. "Perasaan rindu hendak berlakon itu memang ada tetapi nak buat macam mana tawaran memang tiada. Hendak meminta-minta saya segan kerana saya tidak pandai melobi penerbit. "Tambahan pula pelakon wanita baharu semakin ramai dan lebih menyerlah berbanding diri saya yang tidak seberapa ini," katanya merendah diri. Bagaimanapun kata Almy, dia tidak pernah meminta simpati sebaliknya berharap pihak produksi memandang kepada bakat lakonannya untuk diambil berlakon dalam drama terbitan mereka. Kepada mana-mana produksi yang bersimpati terhadap Almy bolehlah memanggilnya berlakon.

FIZZ FAIRUZ DAN ANAK ANGKAT ALMY NADIA

Gambar ceria Fizz Fairuz bersama anak angkat Almy Nadia yang bernama Nur Afrina Darwisya, 4 tahun. Paling menarik, Fizz yang rapat dengan Nur Afrina sejak sekian lama dan boleh diumpamakan seperti ayah dan anak memegang lambang 'love'. Melihat gambar ini, pastinya cinta lama antara Fizz dan Nadia kembali berputik setelah mereka berdua dilanda kontroversi hangat. Jika benar, moga hubungan mereka kali ini akan lebih kukuh hingga membawa ke jinjang pelamin hendaknya.

Cepatlah kahwin Fizz-Almy

MINGGU lepas pula, gamat orang bercerita pasal pelakon Fizz Fairuz yang mengaku sudah kembali kepada bekas kekasihnya Almy Nadia. Dahulu mereka putus seketika sebab Fizz ada hubungan dengan wanita lain sampai siap bertunang tetapi kemudian putus dalam tempoh beberapa hari sahaja. Secara pendeknya begitu dan sekarang Fizz memang rasanya dah yakin nak kahwin dengan Almy pada tahun depan. Kali ini, harap jadilah Fizz dan Almy. Biarpun Fizz suruh Almy kunci mulut supaya jangan bagi komen, Diva rasa Fizz pun kena kunci dulu mulut jangan cakap apa-apa selain bagi tarikh bila nak masuk merisik atau meminang Almy. Jangan cakap nak kahwin sahaja, rasanya pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini Fizz dah selalu sebut pasal nak kahwin. Jadi lepas ini, cepat-cepatlah kahwin Fizz, Diva nak dengar berita kahwin itu sebelum Diva bersara tau. Jangan pisang berbuah dua kali.

'Saya Akan Komen Jika Segalanya Pasti' - Almy Nadia

Pelakon Almy Nadia hanya akan menjawab segala teka-teki tentang hubungan dia dengan bekas kekasihnya iaitu pelakon Fizz Fairuz selepas semuanya jelas dan pasti. Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, buat masa ini dia memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Fizz Fairuz. "Saya tidak mahu komen apa-apa tentang hubungan kami kerana saya perlu menjaga hati banyak pihak. "Biar dia sahaja yang buat kenyataan itu kerana dia lelaki, saya hanya akan bercakap bila semuanya sudah jelas sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu. Almy berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Fizz Fairuz yang mengakui kembali menjalinkan hubungan cinta dan akan bernikah dengan wanita itu pada tahun hadapan. Tambah Almy, buat masa ini pihak keluarganya juga belum mengetahui apa-apa tentang perkara itu. Dalam pada itu, Almy yang kini tampil dengan imej berambut pendek mahu memulakan hidup baharu. "Beberapa bulan yang lalu ini memang banyak dugaan dan ujian yang saya hadapi tapi Alhamdulillah semuanya semakin baik dan berjalan lancar. "Sekarang saya cuba imej baru dengan berambut pendek pula sebagai simbolik memulakan kehidupan yang lebih baik," katanya.

Akui Kembali Bercinta, Fizz Rancang Nikahi Almy Tahun Depan

Pelakon Fizz Fairuz, 34 mengaku dia kini bercinta semula dengan pelakon Almy Nadia selepas hubungan mereka kembali rapat sejak beberapa bulan lalu. "Kami dah bercinta semula. Saya tak nak tunggu lama-lama. Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah saya bercadang mahu menjadikan Almy sebagai isteri saya yang sah secepat mungkin. "Tapi sebelum tu saya perlu lah berjumpa dengan keluarganya dulu dan berbincang. Setakat ni tak ada apa-apa lagi. Tapi saya sebolehnya tak nak bertunang, nak terus nikah. InsyaAllah saya rancang nak kahwin tahun depan", ujar Fizz Fairuz kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui di booth camp Liga Lawak Superstar, di Hulu Langat, semalam. Pelakon drama dan filem fenomena, Nur Kasih ini berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana kesahihan dia dan Almy kembali menjalin hubungan cinta bekas teman wanitanya itu. Sebelum ini Fizz dan Almy adalah pasangan kekasih namun hubungan selama tujuh tahun mereka berakhir dengan perpisahan. Fizz kemudiannya bertunang dengan seorang gadis pada Februari tahun ini. Namun ikatan pertunangannya mencetuskan kontroversi apabila terbongkar rahsia bahwa tunangnya itu adalah isteri orang. Ditanya lebih lanjut mengenai percintaannya kali ini, Fizz berkata dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dan tidak mahu memaksa Almy untuk menerima dirinya. Pun begitu dia mengakui Almy seorang wanita yang sempurna di matanya. "Lepas apa yang jadi, bukan dia saja yang percaya pada saya malah ramai orang masih percaya saya. Malah ada juga wanita lain cuba mendekati saya. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Sebelum ini pun kami dah kenal antara satu sama lain selama tujuh tahun. Dia dah tahu saya macam mana, saya dah tahu dia macam mana", "Tapi saya tak paksa dia kembali pada saya. Saya tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Jodoh tu semua ketentuan Allah, Iyalah, siapa yang nak kan 'duda' macam saya ni. ", selorohnya.
Selain itu Fizz juga memberitahu dia rapat dengan anak angkat Almy, iaitu Nur Afrina. Malah kanak-kanak berusia empat tahun itu memanggil Fizz dengan panggilan 'papa'. "Saya rapat dengan anak angkat dia. Dia panggil saya papa. Hari-hari Afrina hubungi saya. Tapi dengan Almy, memang kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Hanya kadang-kadang kami berbual di telefon", katanya yang kini sibuk dengan tanggungjawanb sebagai guru seni persembahan program realiti Akademi Fantasia (AF 2013). - mD
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails