Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Fizz Fairuz. Show all posts
Showing posts with label Fizz Fairuz. Show all posts
"Saya Tak Kenal Dia" - Fizz Fairuz Jawab Isu Goda Pelakon Baharu
Pelakon Fizz Fairuz menyifatkan tuduhan aktres baharu Fara Mendoza kononnya dia cuba memikat wanita itu menerusi perbualan aplikasi sosial WeChat adalah tidak masuk akal.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 36, berkata, dia terkejut dengan gosip yang tersebar itu lebih-lebih lagi dia langsung tidak mengenali wanita berkenaan.
"Saya tidak pernah kenal apatah lagi jumpa atau berlakon dengannya. Jadi mana datangnya cerita saya cuba memikatnya?
"Jujurnya saya langsung tidak ada kena mengena dengan dia. Saya tak faham apa motif dia mendedahkan foto paparan skrin (screenshot) dan membuat kenyataan seperti itu.
"Hampir 24 jam saya bersama isteri dan anak-anak, bila masa pula saya nak buat perkara macam itu?" katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada pagi Selasa, sekeping foto paparan skrin yang menunjukkan perbualan Fara, 25, dan Fizz menjadi viral di laman sosial internet gara-gara aktres tersebuat yang memuat naik foto berkenaan di WeChat.
Bagaimanapun Fara telah memadamkan foto tersebut selepas diberitahu oleh rakannya Emma Maembong selang beberapa minit dia memuat naik status berkenaan di WeChat.
Sementara itu, Fizz berkata, dia tahu walaupun dia diberi peluang membuat kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar, dia sedar bahawa masyarakat tetap akan memandang serong terhadap dirinya.
"Saya tahu saya jahat. Tetapi itu dulu. Sekarang ini saya sudah mempunyai kehidupan sendiri bersama isteri yang saya sayang (Almy Nadia) dan anak-anak.
"Yang penting saya sudah membuat penjelasan kepada umum, begitu juga dengan isteri. Alhamdulillah, Almy faham dan menerima perkara ini dengan fikiran yang terbuka.
"Saya pun tidak mahu menuduh siapa-siapa dan malas nak melayan perkara remeh seperti ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Fizz turut menasihati kepada mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan mengenakan golongan artis dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas.
"Kepada orang di luar sana yang mahu mengambil kesempatan, jangan memburukkan orang sebarang. Tetapi kalau nak buat juga, teruskanlah mengaibkan orang. Ingat, Tuhan tetap memberi balasan," tegasnya.
Almy Nadia Sindir Fara Mendoza
Dalam pada itu, menerusi status terbaharu di Instagram Almy Nadia yang dimuat naik kira-kira pukul 5.15 petang Selasa, wanita itu menyindir Fara serta mendedahkan empat imej foto aktres baharu tersebut.
Menerusi status berkenaan, Almy menulis kapsyen: "Assalammualaikum semua selamat petang... Hujan lebat petang nih ribut... Hihihihihi apa2 pun sy gelak dulu gelak sambil golek2 ngan anak... Menikmati hari yg sejuk nih... Ok dah habis intro meh kami nak viralkan benda nih pulak.. Jom semua kita.
"FOLLOW ARTIS BAHARU INI" kesian this girl tak ramai FOLLOWER.. Pd DIRECTOR2 PRODUSER2 diluar sana please ambil ARTIS BAHARU ini berlakon.. Kesian this girl tak bnyk job.. This girl nak job.. Pls pls.. Kesian la kan dia..#hahahahahhahaahahhaahhaha#kauigtkaubolehlps #kauigtkaubesarsgt #jgnkacauumahtanggaaku #jgncuba2 "
Status tersebut membuatkan ramai yang memberi komen meluahkan rasa geram terhadap Fara yang dianggap penghancur rumah tangga orang.
Bagaimanapun ada juga yang menyokong aktres baharu itu dengan menyifatkan wanita itu mungkin adalah mangsa keadaan yang cuba keluar daripada godaan Fizz.
Pelakon Baharu Fara Mendoza Dedah Digoda Fizz Fairuz
Gara-gara tidak tahan dengan sikap pelakon Fizz Fairuz, aktres baharu Fara Mendoza tekad mendedahkan sikap Fizz yang cuba memikatnya menerusi perbualan menerusi aplikasi sosial WeChat.
Fara Mendoza, 25, berkata, niat sebenar dia mendedahkan perbualan tersebut supaya aktor itu sedar dan berhenti daripada terus mengumpannya dengan wang ringgit dengan tujuan yang tidak baik.
"Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar.
"Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati saya," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, pada Selasa.
Fara berkata demikian ketika diminta mengulas tentang paparan skrin perbualannya bersama aktor Fizz Fairuz yang menjadi viral di blog-blog hiburan dan laman sosial pagi Selasa.
Bagaimanapun, Farah menyedari tindakannya itu sebagai satu kesilapan selepas diberitahu oleh rakannya Emma Maembong selang beberapa minit dia memuat naik statis berkenaan di WeChat.
"Saya muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya Emma Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan kontroversi.
"Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip itu," ujarnya.
Ketika ditanya tentang perkenalannya dengan aktor itu, Fara berkata, dia mengenali Fizz ketika menemani Emma Maembong di lokasi penggambaran drama Hantu Rumah Sakit Jiwa.
Kata Fara, dia sendiri tidak tahu bagaimana pelakon lelaki itu mendapatkan akaun WeChat miliknya.
"Saya kenal dia ketika menemani Emma Maembong di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Micheal Ang. Fizz Fairuz juga berlakon dalam drama tersebut.
"Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi," ujarnya.
Fara sebelum ini ada membintangi beberapa filem dan telefilem antaranya Stiletto Merah, Projek Memikat Suami dan Suamiku Encik Sotong.
Fizz Fairuz sebelum ini pernah mengejutkan dunia hiburan selepas bertunang dengan individu yang dipercayai isteri orang sebelum dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Almy Nadia.
Sementara itu, mStar Online cuba menghubungi Fizz Fairuz untuk mendapatkan penjelasan dan dia meminta untuk menghubunginya kemudian.
Fizz Fairuz Tak Percaya Pengasuh
Pelakon Fizz Fairuz tidak merancang untuk meletakkan anaknya Nur Afrina Arriana yang kini berusia enam bulan bawah jagaan mana-mana pusat asuhan atau pengasuh persendirian.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 36, berkata, perkara itu disebabkan perasaan bimbang apabila sering mendengar berita tentang penderaan kanak-kanak yang sering disiarkan media massa.
"Saya tidak percaya kepada pengasuh lepas dengar macam-macam berita tentang penderaan bayi dan tak sanggup kalau perkara itu berlaku kepada anak kami. Lagi pula sekarang isteri saya masih bercuti berlakon, jadi dia boleh beri perhatian kepada anak," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, berkongsi perasaan menyambut Hari Raya pertama bersama anak mereka, Fizz berkata, persiapan raya lebih tertumpu kepada anak sahaja.
Jelas Fizz, biarpun begitu, dia lebih berjimat dan tidak mahu terlalu boros dengan perbelanjaan Hari Raya ini.
"Tahun ini kami beraya bertiga memang seronok, persiapan lebih kepada anak, Almy pun dia beli apa yang perlu sahaja.
"Maklumlah apabila sudah bertiga ini, saya perlu bijak berbelanja dan buat persiapan yang perlu sahaja," ujarnya.
KLIK VIDEO: "Paling Seronok Raya Di Kampung Saya" - Fizz Fairuz
Tambah Fizz, dia akan beraya di kampung halamannya dahulu iaitu di Pahang sebelum beraya di kampung Almy di Pulau Pinang.
“Tahun ini saya akan beraya di kampung saya dahulu di Pahang, kemudian pada raya ketiga barulah pulang ke kampung Almy pula. Balik sana sekejap sahaja kerana saya mula penggambaran pada 23 Julai untuk filem Hantu Rumah Sakit Jiwa,” ujarnya.
Fizz dan Almy bernikah pada 26 April tahun lalu dan menerima cahaya mata Nur Afrina Arriana pada 17 Februari lalu.
Almy Nadia Bimbang Bayinya Dikutuk Pengikut Laman Sosial
Pelakon Almy Nadia memberitahu dia takut untuk mendedahkan gambar anaknya, Nur Afrina Arianna sejak bayi itu dilahirkan kerana risau dengan kutukan yang bakal diterima.
Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia kini bersedia untuk berkongsi gambar anaknya kepada umum selepas dua bulan anaknya dilahirkan.
"Pada mulanya bukan saya tidak mahu berkongsi wajah anak kepada umum tetapi saya mengambil pendekatan supaya lebih berhati-hati kerana risau kutukan yang bakal diterima oleh orang yang digelar keyboard warrior.
"Kami memilih hari ini (Ahad) sempena hari ulang tahun pertama perkahwinan suami untuk tampil mendedahkan wajah anak kepada umum menerusi media sosial," katanya kepada mStar Online.
Almy berkata demikian ketika ditemui pada majlis cukur jambul dan akikah anaknya, Nur Afrina Arianna , di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, Ahad.
Turut hadir pada majlis itu Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Datuk Seri Ismail Shah Sultan Hishamudin Alam Shah, jurulatih bola sepak Pahang, Zainal Abidin Hassan, pelakon Sharifah Shahira dan suami, Ijoy.
Dalam pada itu, Almy berkata, dia akan bergilir-gilir menjaga anaknya dengan suami kerana risau mengambil pembantu rumah.
"Saya dengan suami akan bergilir-gilir menjaga anak jika salah seorang sibuk kerana itu merupakan cara terbaik untuk memastikan anak saya selamat.
"Sebenarnya saya tidak yakin untuk mengupah pembantu rumah menjaga anak kerana maklumlah kini kita dengan bermacam-macam cerita mengenai pembantu rumah," jelasnya lagi.
Sementara itu, suami kepada Almy iaitu Fizz Fairuz memberitahu, sejak mempunyai anak dia akan sentiasa balik ke rumah walaupun menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur dan tidak lagi menghabiskan masa dengan melepak bersama rakan-rakan selepas selesai penggambaran.
"Kebiasaannya selepas tamat penggambaran saya suka melepak di kedai mamak dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah.
"Namun sekarang hati sentiasa teringatkan anak yang berada di rumah dan akan terus pulang untuk bersamanya selepas selesai kerja walaupun saya menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur," katanya.
Terdahulu, Almy, 29, melahirkan bayinya di Hospital Columbia Setapak dekat sini pada 16 Februari lalu.
Individu Kutuk Majlis Akikah Anak Fizz Fairuz & Almy Nadia Tidak Bertamadun
Pelakon Fizz Fairuz menganggap pihak mengutuk majlis cukur jambul dan akikah anaknya, Nur Afriana Ariana yang dikatakan mewah dan membazir adalah individu tidak bertamadun.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 36, berkata, sejak dari awal dia sedar perkara itu akan ditimbulkan namun apa yang dilakukannya itu bukan untuk memuaskan hati sesiapa sebaliknya untuk kepentingan dia sekeluarga.
"Apa yang saya lakukan itu adalah mengikut kemampuan dan rezeki saya. Tidak lebih… mahupun kurang.
"Hanya orang yang tidak bertamadun sahaja yang membuat pertikaian seperti itu tetapi biarlah mereka sekadar berkata-kata tanpa tahu situasi sebenar," katanya kepada mStar Online.
Fizz mengulas mengenai kritikan dan teguran di laman sosial berhubung majlis pada Ahad lalu yang dilihat mewah, membazir dan tidak mengikut seperti yang digariskan dalam Islam iaitu besederhana.
Dalam pada itu, Fizz berkata, dia dan isterinya, Almy Nadia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk apabila mengadakan majlis berkenaan.
Sebaliknya majlis itu diberi perhatian kerana mereka adalah selebriti selain mendapat liputan media.
"Jika diikutkan majlis itu biasa sahaja tetapi mungkin nampak mewah kerana hiasannya dan liputan diberikan pihak media.
"Saya tahu sejauh mana kemampuan dan apa yang kami lakukan itu adalah semata-mata untuk meraikan anak kami dan melakukan akikah untuknya," jelas Fizz.
Sementara itu, Fizz berkata, dia tidak berhasrat untuk membalas segala komen negatif diterimanya di laman sosial kerana menganggap ia membuang masa.
"Kalau balas pun saya tidak dapat apa-apa. Mereka berhak bersuara tetapi janganlah melampau," katanya.
Fizz Fairuz Risau Anak Masih Demam Kuning
Pelakon Fizz Fairuz memberitahu risau dengan keadaan kesihatan anaknya yang masih mengalami demam kuning sejak dilahirkan pada 17 Februari lalu.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 36, berkata, tahap demam kuning tersebut meningkat selepas seminggu dibawa pulang ke rumah.
"Dah lebih dua minggu demam kuning dia tak baik lagi ketika dilahirkan tiga hari dia ditahan di wad kerana tahap bacaan bilirubin meningkat kepada melebihi 340 kemudian turun 180 dan bila balik rumah ia naik semula hingga 344.
"Sekarang doktor masih pantau kalau tidak turun bawah 100 pada Isnin ini kemungkinan doktor akan ambil darah dan buat pemeriksaan hati, kita takut ada penyakit lain pula," ujarnya kepada mStar Online.
Fizz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Munafik yang diadakan di Restoran Haslam, di sini, malam Rabu.
Fizz menerima cahaya mata pertama pada 17 Februari lalu selepas isterinya pelakon Almy Nadia selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Setapak, di sini.
Fizz dan Almy bernikah pada 26 April tahun lalu.
Fizz Fairuz Mula Faham Tanggung Jawab Seorang Bapa
Pelakon Fizz Fairuz mengakui dia mula memahami maksud pengorbanan seorang insan bergelar bapa selepas menerima cahaya mata sulung bersama isteri, aktres Almy Nadia pada 16 Februari lalu.
Fizz, 36, berkata, dia sendiri terkejut dengan perubahan dirinya apabila lebih mengutamakan bayi perempuannya berbanding perkara lain selain sanggup berjaga malam untuk menjaga anaknya itu.
"Baru saya faham maksud pengorbanan seorang bapa apabila saya sendiri sanggup berjaga malam sehingga tidak cukup tidur kerana ingin menjaga bayi saya.
"Biarpun penat tetapi saya puas hati kerana dapat melakukan tugas itu dan perasaan letih hilang apabila melihat dia tersenyum dan wajahnya yang tenang ketika tidur," katanya kepada mStar Online.
Almy, 29, melahirkan bayinya di Hospital Columbia Setapak dekat sini pada pukul 6.49 petang.
Bagaimanapun bayi seberat 3.25 kilogram itu masih belum diberikan nama.
Almy dan Fizz masih belum memberikan nama kepada bayi perempuan mereka.
Dalam pada itu, Fizz juga memberitahu, sejak mempunyai anak dia tidak lagi menghabiskan masa dengan melepak bersama rakan-rakan selepas selesai menjalani penggambaran.
"Kebiasaannya selepas tamat penggambaran saya suka melepak di kedai mamak dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah.
"Namun sekarang hati sentiasa teringatkan anak yang berada di rumah dan akan terus pulang untuk bersamanya selepas selesai kerja," katanya.
Sementara itu, Fizz berkata, Almy akan pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk menjalani tempoh berpantang ekoran kesibukannya dengan penggambaran beberapa buah drama dan filem.
"Ikutkan hati saya ingin mengambil cuti bagi menemani anak dan isteri tetapi ini satu lagi pengorbanan yang perlu saya lakukan demi mereka.
"Alhamdulillah, keadaan Almy juga baik dan dia akan menjalani tempoh berpantang di kampungnya," katanya.
Tambah Fizz, dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Kasih Jasmin selain bakal memasuki set filem Mat Tudung 2.
ALMY NADIA & FIZZ FAIRUZ BERSAMA BABY
Gambar menarik Almy Nadia yang baru-baru ini selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Setapak, Kuala Lumpur. Waahhh... tembamnya pipi Almy!
Untuk info, gambar ini kami cilok dari rancangan Melodi yang bersiaran hari ini.
Menurut Almy dan Fizz, mereka hanya akan berkongsi wajah anak mereka selepas berusia 40 hari.
Jangan Kecilkan Fizz Fairuz Dilantik Duta Ubat Kuat
Pelakon Fizz Fairuz meminta masyarakat agar tidak mengkritik mana-mana selebriti yang diberi peluang menjadi duta produk ubat penambah tenaga batin.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 35, berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka mengenai informasi ubat atau makanan tambahan yang berfungsi untuk membaik pulih hubungan kelamin suami-isteri.
"Baru-baru ini saya telah dilantik untuk menjadi duta sebuah produk ubat tenaga batin bersama isteri, Almy Nadia.
"Ada yang memberi komen positif tetapi kebanyakannya mengutuk. Tetapi saya tidak kisah, kerana itu adalah rezeki kami, tidak kiralah apa produk sekalipun. Buat apa nak malu?
"Cuma sepatutnya mereka perlu bersikap terbuka berkenaan perkara ini kerana ia juga berinformasi kepada mereka terutamanya yang sudah berkahwin," katanya kepada mStar Online.
Tambah Fizz, sikiap berfikiran tidak terbuka dengan produk-produk tenaga batin juga membuatkan ramai yang tidak tahu mengenai informasi-informasi yang membabitkan masalah hubungan kelamin suami-isteri.
Sementara itu, Fizz berkata, dia bukan sahaja peka terhadap kesihatan dalaman badan tetapi juga seorang yang prihatin terhadap penampilan diri.
"Kalau nak tahu, saya seorang lelaki yang peka terhadap penjagaan kesihatan dan penampilan. Untuk makanan tambahan sahaja, macam-macam saya ambil.
"Apatah lagi soal penampilan, saya akan pastikan imej saya sentiasa kemas walaupun mahu melepak dengan rakan-rakan di kedai kopi.
"Ini kerana, aktiviti harian saya di luar jangkaan. Elok-elok tengah lepak, tiba-tiba saya mendapat panggilan untuk pergi ke sebuah mesyuarat pula. Kiranya saya perlu sentiasa bersedia," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fizz baru saja selesai penggambaran telefilem Lagenda Long Piah bersama syarikat produksi Skop Production.
Fizz Fairuz Panas Baran Sejak Isteri Mengandung
Pelakon Fizz Fairuz mengakui sejak isterinya Almy Nadia disahkan hamil dia tiba-tiba bertukar sifat menjadi seorang yang panas baran dan sensitif terhadap perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya.
Fizz, 35, berkata, dia tidak pasti sekiranya perubahan emosi itu sebagai satu simptom 'pembawakan budak' namun bimbang akan ada pihak terasa hati dengan sikapnya itu yang sukar dikawal sejak akhir-akhir ini.
"Sejak Almy mengandung saya menjadi seorang yang sensitif dan panas baran secara tiba-tiba dan adakalanya gagal mengawal sifat tersebut yang mungkin akan membuatkan pihak lain terasa hati dengan saya.
"Jika ini salah satu simptom 'pembawakan budak' yang terkena pada suami, saya harap ia tidak akan kekal lama," katanya kepada mStar Online.
Fizz ditemui selepas majlis tayangan perdana filem Mat Tudung di Wangsa Walk, Wangsa Maju di pada Rabu.
Selain Fizz, filem arahan Wan Hafiz itu turut menampilkan Izzue Islam, Nelydia Senrose, Harun Salim Bachik, Rosnah Mat Aris dan Jihan Musa.
Ia bakal ditayangkan bermula 28 Julai ini.
Dalam pada itu, Fizz enggan melayan kata-kata fitnah yang mempertikaikan tentang kehamilan dan usia kandungan isterinya dan mengambil pendekatan berdiam diri terhadap tohmahan sesetengah pihak.
Jelas Fizz, dia tidak mahu Almy tertekan dengan cerita-cerita buruk yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang akan memberi kesan kepada kandungan itu nanti.
"Pihak yang mempertikaikan tentang kehamilan Almy mungkin patut semak kembali bila kami bernikah dan bukan terus membuat tuduhan tidak berasas seperti ini.
"Saya sering pesan dengan Almy jika ada orang cerita yang bukan-bukan jangan layan kerana ia akan merebak menjadi besar. Lebih baik diam dan senyum sahaja," jelasnya.
Sementara itu, Almy yang sedang hamil lima minggu mengakui perubahan sikap suaminya itu dan mengambil pendekatan sentiasa bersabar bagi mengelakkan masalah lain.
Jelas Almy, dia tidak terasa hati sekiranya Fizz ada melepaskan kemarahan kepadanya kerana dia tahu ia bukan disengajakan selain berharap fasa tersebut tidak berpanjangan.
"Mula-mula geram jugak tetapi ibu dan ibu mertua saya sering berpesan supaya bersabar kerana perubahan itu hanyalah sementara dan sekarang ini jika dia marah-marah saya akan diam sahaja.
"Sejak saya mengandung, Fizz juga mengidam pelbagai makanan dan ada sekali dia ingin makan telur itik lemak cili api untuk sahur selain beberapa makanan pelik lain," ujarnya.
Almy Nadia Enggan Kongsi Kisah Rumah Tangga
Pelakon Almy Nadia memutuskan untuk mengunci mulut daripada menceritakan segala hal rumah tangga yang dibina bersama pelakon Fizz Fairuz.
Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati permintaan ibunya agar apa juga yang berlaku dalam rumah tangga tidak diceritakan kepada umum khususnya media.
“Ibu memberi nasihat agar tidak menceritakan hal rumah tangga kepada umum kerana ia terlalu peribadi.
“Selain itu saya tidak mahu ada pihak yang tidak suka dengan cerita tentang kami. Tiidak semua orang suka kita, jadi lebih baik saya dengar nasihat ibu.
”Selalunya apa yang orang tua cakap itu betul,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Almy selamat diijabkabulkan dengan pelakon Fizz Fairuz dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 26 April lalu.
Majlis resepsi pihak perempuan akan di adakan di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei ini, manakala pihak lelaki pada 7 Jun depan di Raub, Pahang.
Dalam pada itu, ditanya tentang gangguan daripada pihak luar terhadap rumah tangganya Almy berkata setakat ini kehidupan mereka berjalan lancar dan dia tidak mahu fikir tentang hal itu.
Dia juga menganggap alam perkahwinan dan kehidupan berumahtangga merupakan sebuah kisah baharu dalam dirinya selain bergelar seorang isteri.
“Setakat ini Alhamdulillah tiada sebarang gangguan tidak diingini dan saya malas nak fikir perkara seperti itu.
“Saya anggap perkara yang sudah lepas sudah habis dan kini buka buku baru,” katanya.
Sementara itu, Almy berkata, mereka belum merancang untuk berbulan madu berikutan terlalu sibuk dengan persiapan majlis resepsi kedua-dua belah pihak yang bakal berlangsung.
“Insya-Allah lepas selesai majlis resepsi kedua-dua pihak dan selepas majlis Anugerah Bintang Popular barulah kami fikir untuk berbulan madu.
“Sekarang ini banyak duit habis, jadi kenalah kerja dulu baru boleh fikir tentang bulan madu,” katanya.
'Fizz Fairuz Tarik Diri, Bukan Kami Singkir' - TV3
TV3 menepis dakwaan stesen televisyen itu telah menyingkirkan pelakon Fizz Fairuz dalam Liga Lawak Superstar sebaliknya pelakon itu yang memohon untuk menarik diri.
TV3 dalam satu kenyataan yang di e-mel kepada mStar Online pada Khamis berkata, Fizz berbuat demikian kerana dia tidak dapat memberi komitmen sepenuh masa kepada program tersebut.
"Semasa pihak kami memberi tawaran kepada Fizz untuk menyertai LLS, segala informasi mengenai program termasuklah tarikh jadual program telah diterangkan oleh pihak produksi kepadanya dengan jelas.
"Jadi, apabila dia bersetuju menjadi salah seorang peserta LLS, pihak kami menganggap beliau sudah bersedia memberi 100 peratus komitmen terhadap program ini daripada mula sehingga berakhirnya LLS musim pertama," kata kenyataan media tersebut.
Pada siaran langsung LLS Ahad lalu, pihak TV3 mengumumkan Fizz yang merupakan ahli kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) bersama dengan Kamal Adli dan Didie Alias telah menarik diri daripada menyertai program tersebut kerana mempunyai masalah tertentu.
Bagaimanapun pada hari sama, Fizz mengeluarkan status di Twitter miliknya mengatakan dia sebenarnya disingkirkan oleh pihak stesen televisyen itu.
mStar Online pada Khamis kemudian melaporkan Kamal terkilan apabila mendapati tindakan Fizz itu disebabkan dia mahu ke United Kingdom bersama syarikat mutiara, Rafflesia bagi menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) pada 24 November lalu.
Turut menyertai rombongan itu ialah Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly.
Sementara itu, menurut kenyataan itu lagi, menurut perjanjiannya jika salah seorang peserta dalam sesebuah kumpulan tidak dapat memberi komitmen pada jadual yang diberikan, kesemua ahli kumpulan hendaklah menarik diri daripada program tersebut.
Bagaimanapun dalam kes ini pihak TV3 boleh bertolak ansur dengan memberi peluang kepada Didie dan Kamal meneruskan perjuangan dengan mencari ahli baharu menggantikan Fizz dan mereka memilih Syafiq Kyle.
"Untuk bersikap adil, pihak kami memberi peluang kepada Didie dan Kamal untuk meneruskan perjuangan mereka dan turut diberi pilihan sama ada mereka mahu terus kekal berdua atau mereka boleh memilih ahli baru daripada kalangan peserta yang sudah tersingkir awal.
"Selepas membuat perbincangan, Didie dan Kamal membuat keputusan untuk mengambil Syafiq Kyle sebagai pengganti kerana merasakan pelakon itu mempunyai potensi dalam membantu kumpulan AKT meneruskan pertandingan hingga ke peringkat akhir," katanya.
Kamal Adli Kecewa Sikap Buruk Fizz Fairuz
Sikap pelakon Fizz Fairuz yang dilihat acuh tak acuh untuk berganding bahu dalam kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menerusi Liga Lawak Superstar (LLS) menimbulkan rasa kecewa seorang ahli kumpulannya, Kamal Adli.
Kamal berkata, selepas dimaklumkan pihak TV3 mengenai penarikan diri Fizz itu, dia bertambah terasa hati apabila mendapati tindakan Fizz itu disebabkan dia mahu ke United Kingdom bersama syarikat mutiara, Rafflesia.
"Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur.
"Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Fizz dan kesemua pelakon berkenaan dibawa menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di United Kingdom (UK) pada 24 November lalu.
Mesej Fizz Fairuz ini mendakwa dia disingkirkan dalam Liga Lawak Superstar tetapi TV3 memaklumkan dia sebenarnya menarik diri. Mana
Fizz turut menyindir Syafiq Kyle kononnya pelakon remaja itu tidak layak bersama Apa Kasih Tok.
Selain Kamal dan Fizz, Apa Kasih Tok turut disertai oleh Didie Alias. Bagaimanapun tempat Fizz telah digantikan oleh pelakon Syafiq Kyle.
Menurut Kamal, disebabkan komitmennya dalam rancangan LLS, dia turut menolak tawaran untuk ke Cardiff tetapi berasa terkejut kenapa Fizz mengambil alih tempatnya sedangkan mereka bersama terlibat dalam rancangan lawak berkenaan.
“Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil,” katanya.
Dalam pada itu, Kamal berkata, dia keliru apabila Fizz menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan telah disingkir dalam rancangan itu tetapi pihak TV3 pula memaklumkan pelakon itu yang memohon untuk menarik diri.
Bagaimanapun Kamal tidak mahu terlalu memikirkan hal berkenaan sebaliknya ingin mencari keserasian bersama ahli baharu iaitu Syafiq.
"Dia SMS saya meminta agar saya tenang dan berharap kumpulan kami berjaya sehingga ke peringkat akhir. Saya sebenarnya enggan masuk campur tentang urusan ini kerana ia lebih membabitkan antara Fizz dan pihak TV3. Saya pun tidak tahu situasi sebenar diri Fizz,” katanya.
Dalam pada itu Syafiq Kyle yang dihubungi memberitahu pemilihannya menggantikan Fizz dibuat oleh pihak TV3 serta dipersetujui oleh Kamal dan juga Didie.
Kata Syafiq, walaupun kemunculannya dalam rancangan itu dilihat agak kaku tetapi dia akan menggunakan pengalamannya bersama kumpulan Spy Kampung yang telah terkeluar untuk memantapkan lagi AKT.
“Saya akan berusaha untuk memastikan kumpulan AKT ini akan berjaya sehingga ke peringkat akhir,” katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai sendirian Fizz dalam Twitter yang mengatakan Syafiq tidak layak menyertai grup berkenaan, pelakon remaja itu bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.
“Saya ada baca Twitter itu tetapi biarlah... TV3 yang panggil saya. Jadi, saya terima saja,” katanya.
Almy Nadia merentan pasal Fizz lagi
SAMBIL baca kisah pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie yang bakal menikah dengan kakak Dafi AF, Nina Ismail Sabri, tiba-tiba Diva teringatkan janji-janji pelakon Fizz Fairuzz yang baru-baru ini ada keluarkan kenyataan mahu hantar rombongan merisik Almy Nadia, kekasih lamanya.
Diva kira, tempoh masa 'minggu hadapan' yang dikatakan oleh Fizz sudah lama berlalu tapi secebis berita tentang majlis risik-merisik itu tak muncul tiba. Tapi disebabkan Diva faham sangat perangai Fizz yang rasa-rasanya ibarat sudah 18 juta kali hendak masuk merisik si Almy, jadi Diva biarkan sahaja janji manis Fizz itu berlalu.
Cuma apabila kawan-kawan Diva mula bercakap pasal Almy yang meluahkan status-status beremosi rentan dalam akaun Twitter miliknya, Diva rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Nak tekan telefon bercakap sendiri dengan Almy, rasanya sama juga jawapan yang akan Almy katakan. Paling-paling dia akan suruh kita tanyakan sendiri kepada Fizz.
Fikir-fikir, simpati pula terhadap Almy. Macam tunggu bulan jatuh ke riba pun ada. Si Fizz pula, kalau tak mahu nak merisik atau masuk meminang janganlah buat janji. Ini asal media tanya, dia pun siaplah buka cerita nak bertunang nak merisik bagai. Janji palsu sangat, yang jadi mangsa si perempuan macam Almy, tunggu punya tunggu, habuk pun tak ada.
Diva bukan nak menyibuk dalam kes orang nak menikah atau nak bercerai, tapi kalau cakap tak serupa bikin, macam mana orang tak kisah. Kalau tak silap Diva, rasanya dah dekat lapan tahun Fizz dan Almy bercinta, putus-sambung dan putus kemudian bersambung lagi, wartawan asyik ulang cerita yang sama cuma berbeza masa dan tarikh.
Kalau Diva jadi Almy, tak payah asyik tunggu Fizz, awak pun bukannya tidak lawa, jumpa mana-mana lelaki yang serius, awak suka dia, dia suka awak, rasa boleh percaya, terus ikat sahaja. Kalau nak tunggu, makan tahun lagi gamaknya.
Diva faham perasaan Almy. Almy nak merentan pasal hubungan dan nasib dirinya yang macam bola kena tendang sana sini. Almy berhak rasa sakit hati.
Wajah anak angkat Almy mirip Fizz
RAMAI yang terkejut apabila pelakon Fizz Fairuz memberitahu bakal berkahwin dengan bekas kekasihnya, pelakon Almy Nadia.
Malah, ramai juga yang mempertikaikan tindakan Fizz, 34, berkahwin dengan Almy, 27, selepas apa yang telah dilakukan pelakon filem Nur Kasih itu terhadap Almy.
Bahkan, ada juga yang pelik kenapa Almy sanggup menerima Fizz kembali selepas lelaki itu mengambil keputusan bertunang dengan wanita lain.
Bagaimanapun, ada sumber yang memberitahu Kosmo!, keputusan Fizz mahu berkahwin dengan Almy kerana mereka sudah mempunyai cahaya mata.
Cahaya mata yang dimaksudkan sumber itu ialah anak angkat Almy iaitu Nur Afrina Darwisya, 4.
Sumber itu juga mendakwa, wajah kanak-kanak perempuan itu juga persis muka Fizz.
Terkejut dengan berita tersebut, Kosmo! segera mendapatkan kenyataan kedua-dua pelakon itu.
Kosmo!: Ada yang mendakwa bahawa anak angkat Almy iaitu Nur Afrina Darwisya merupakan anak sebenar kalian. Benarkah?
FIZZ: (Terkejut). Nur Afrina itu memang anak angkat Almy. Dia tiada kena-mengena dengan saya. Bagaimanapun, ketika hendak mengambil anak angkat dulu, Almy pernah memberitahu saya. Namun, segala proses pengambilan semuanya diuruskan oleh Almy. Budak itu juga diambil Almy sejak bayi lagi.
ALMY: Saya rasa sangat kelakar. Kalau betul apa yang didakwa, pergilah selidik semua hospital ada atau tidak nama Almy melahirkan anak. Tolong jangan ragui status anak angkat saya. Saya ambil dia (sebagai anak angkat) sejak 27 April 2010.
Ada yang mendakwa Almy pernah menghilangkan diri selama setahun lebih kerana mengandung? Sila komen.
ALMY: Sebenarnya saya tidak hilangkan diri. Ketika itu saya masih berlakon, cuma mungkin orang tidak perasan sebab saya hanya muncul untuk RTM sahaja. Ketika itu juga saya akui berat badan naik tetapi bukan disebabkan mengandung.
Adakah Almy terkejut dengan dakwaan tersebut?
ALMY: Saya tidak terkejut. Saya sudah bersedia sejak awal lagi dengan dakwaan seperti ini. Sebelum ini lagi ramai yang pernah meragui status anak tersebut. Malah, ramai juga yang beritahu muka Nur Afrina lebih kurang sama dengan Fizz apabila saya memuat naik gambarnya di laman sosial Instagram.
Bagaimanakah hubungan Fizz dan Nur Afrina?
FIZZ: Hubungan saya dengan dia (Nur Afrina) baik. Dia juga panggil saya papa dan hadir ke sambutan hari jadi saya pada 22 Oktober lalu. Kami mulai rapat sejak tiga bulan lalu.
ALMY: Mereka menyanyangi antara satu sama lain. Malah, Nur Afrina sendiri sudah menganggap Fizz bapanya dan memanggil dia papa.
Apakah yang dimaksudkan oleh Fizz bahawa Nur Afrina menganggap anda sebagai bapanya?
FIZZ Sebelum ini dia tidak mempunyai bapa. Tiba-tiba dapat kasih sayang seorang bapa. Itu yang dia seronok dan anggap Fizz sebagai bapanya.
Apakah perkembangan terbaharu majlis perkahwinan kalian? Sudah ada tarikh?
FIZZ: Buat masa ini belum ada sebarang tarikh kahwin. Namun, saya akan merisik Almy pada minggu depan dengan membawa sebentuk cincin.
ALMY: Saya tetap tidak mahu memberi sebarang kenyataan selagi majlis belum berlangsung. Bila sudah selesai, Fizz sendiri akan memberitahu perkara selanjutnya. Biar dia sahaja yang bersuara.
Sudah buat sebarang persiapan perkahwinan?
FIZZ: Saya menyerahkan semuanya kepada keluarga. Mereka yang menguruskan perkahwinan kami.
Apakah perasaan Fizz apabila hubungan kalian akan berakhir di jinjang pelamin?
FIZZ: Ada orang cakap yang saya ini sudah ludah jilat balik. Bagi saya, tutup buku lama dan buka buku baharu. Kita hanya merancang dan ia juga bergantung pada jodoh.
Kenapakah hanya anda sahaja yang memberi kenyataan tetapi Almy pula menutup mulut?
FIZZ: Saya sendiri yang beritahu dia jangan buka mulut sebab takut bercanggah kenyataan pula.
Beralih pada soalan lain, apakah perkembangan anda dalam bidang seni?
FIZZ: Saya telah berhenti berlakon seketika hingga 5 Januari depan kerana ingin memberi tumpuan pada Akademi Fantasia 2013 (AF2013). Pada masa yang sama, saya juga sedang sibuk dengan program Liga Lawak Superstar. Sekarang ini juga saya sedang membina badan untuk watak saya iaitu Super Bro dalam filem Cicak Man 3 yang akan menjalani penggambaran pada awal tahun depan.
ALMY: Dalam dua bulan lagi saya akan kembali dengan perniagaan saya iaitu karipap sejuk beku. Saya juga sedang menjalani penggambaran drama untuk RTM berjudul Gadis Saza.
FIZZ FAIRUZ DAN ANAK ANGKAT ALMY NADIA
Gambar ceria Fizz Fairuz bersama anak angkat Almy Nadia yang bernama Nur Afrina Darwisya, 4 tahun. Paling menarik, Fizz yang rapat dengan Nur Afrina sejak sekian lama dan boleh diumpamakan seperti ayah dan anak memegang lambang 'love'.
Melihat gambar ini, pastinya cinta lama antara Fizz dan Nadia kembali berputik setelah mereka berdua dilanda kontroversi hangat. Jika benar, moga hubungan mereka kali ini akan lebih kukuh hingga membawa ke jinjang pelamin hendaknya.
Fizz Fairuz Sudah Berubah - Almy Nadia
Pelakon Almy Nadia memberitahu bekas kekasihnya iaitu Fizz Fairuz telah menjadi seorang lelaki yang berbeza dan sudah banyak berubah berbanding sebelum ini.
Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia telah memaafkan lelaki tersebut dan mahu melupakan semua kisah pahit yang pernah berlaku di antara mereka sebelum ini.
"Semua manusia ada melakukan kesalahan begitu juga saya dan Fizz. Bagi saya tiada gunanya kami bermasam muka kerana industri ini kecil dan kami akan tetap berjumpa.
"Apabila dia meminta maaf tentang kesilapannya terhadap saya dahulu tidak sukar untuk menerima maaf tersebut kerana dia telah banyak berubah," katanya kepada mStar Online.
Almy dan Fizz pernah bercinta selama tujuh tahun tetapi putus di tengah jalan pada sekitar 2011 sebelum Fizz bertunang dengan wanita lain yang kemudian didakwanya sebagai isteri orang.
Dalam pada itu, Almy enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah kembali terjalin sebagai kekasih kerana merasakan sebagai wanita tidak manis untuknya berbicara mengenai perkara itu.
Jelas Almy, dia tidak mahu kenyataannya disalah ertikan selain serik dengan pelbagai kontroversi yang melanda hubungannya sebelum ini.
"Apa yang saya boleh katakan doakanlah perkara yang baik-baik untuk saya dan Fizz dan selebihnya saya serahkan kepada ketentuan Allah," ujarnya.
Sementara itu, Almy juga enggan mengulas mengenai kenyataan Fizz yang ingin berjumpa dengan keluarganya bagi membincangkan tentang hasrat lelaki itu untuk menikahinya.
Almy berkata, dia menyerahkan semua perkara tersebut kepada Fizz untuk menjelaskan kepada pihak media apabila tiba masa sesuai nanti.
"Rasanya biarlah Fizz sendiri yang beritahu media tentang hal tersebut kerana seperti saya katakan tidak manis saya di pihak perempuan untuk bercakap mengenainya," katanya.
Cepatlah kahwin Fizz-Almy
MINGGU lepas pula, gamat orang bercerita pasal pelakon Fizz Fairuz yang mengaku sudah kembali kepada bekas kekasihnya Almy Nadia. Dahulu mereka putus seketika sebab Fizz ada hubungan dengan wanita lain sampai siap bertunang tetapi kemudian putus dalam tempoh beberapa hari sahaja. Secara pendeknya begitu dan sekarang Fizz memang rasanya dah yakin nak kahwin dengan Almy pada tahun depan.
Kali ini, harap jadilah Fizz dan Almy. Biarpun Fizz suruh Almy kunci mulut supaya jangan bagi komen, Diva rasa Fizz pun kena kunci dulu mulut jangan cakap apa-apa selain bagi tarikh bila nak masuk merisik atau meminang Almy. Jangan cakap nak kahwin sahaja, rasanya pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini Fizz dah selalu sebut pasal nak kahwin. Jadi lepas ini, cepat-cepatlah kahwin Fizz, Diva nak dengar berita kahwin itu sebelum Diva bersara tau. Jangan pisang berbuah dua kali.
Akui Kembali Bercinta, Fizz Rancang Nikahi Almy Tahun Depan
Pelakon Fizz Fairuz, 34 mengaku dia kini bercinta semula dengan pelakon Almy Nadia selepas hubungan mereka kembali rapat sejak beberapa bulan lalu.
"Kami dah bercinta semula. Saya tak nak tunggu lama-lama. Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah saya bercadang mahu menjadikan Almy sebagai isteri saya yang sah secepat mungkin.
"Tapi sebelum tu saya perlu lah berjumpa dengan keluarganya dulu dan berbincang. Setakat ni tak ada apa-apa lagi. Tapi saya sebolehnya tak nak bertunang, nak terus nikah. InsyaAllah saya rancang nak kahwin tahun depan", ujar Fizz Fairuz kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui di booth camp Liga Lawak Superstar, di Hulu Langat, semalam.
Pelakon drama dan filem fenomena, Nur Kasih ini berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana kesahihan dia dan Almy kembali menjalin hubungan cinta bekas teman wanitanya itu.
Sebelum ini Fizz dan Almy adalah pasangan kekasih namun hubungan selama tujuh tahun mereka berakhir dengan perpisahan. Fizz kemudiannya bertunang dengan seorang gadis pada Februari tahun ini. Namun ikatan pertunangannya mencetuskan kontroversi apabila terbongkar rahsia bahwa tunangnya itu adalah isteri orang.
Ditanya lebih lanjut mengenai percintaannya kali ini, Fizz berkata dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dan tidak mahu memaksa Almy untuk menerima dirinya. Pun begitu dia mengakui Almy seorang wanita yang sempurna di matanya.
"Lepas apa yang jadi, bukan dia saja yang percaya pada saya malah ramai orang masih percaya saya. Malah ada juga wanita lain cuba mendekati saya. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Sebelum ini pun kami dah kenal antara satu sama lain selama tujuh tahun. Dia dah tahu saya macam mana, saya dah tahu dia macam mana",
"Tapi saya tak paksa dia kembali pada saya. Saya tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Jodoh tu semua ketentuan Allah, Iyalah, siapa yang nak kan 'duda' macam saya ni. ", selorohnya.
Selain itu Fizz juga memberitahu dia rapat dengan anak angkat Almy, iaitu Nur Afrina. Malah kanak-kanak berusia empat tahun itu memanggil Fizz dengan panggilan 'papa'.
"Saya rapat dengan anak angkat dia. Dia panggil saya papa. Hari-hari Afrina hubungi saya. Tapi dengan Almy, memang kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Hanya kadang-kadang kami berbual di telefon", katanya yang kini sibuk dengan tanggungjawanb sebagai guru seni persembahan program realiti Akademi Fantasia (AF 2013).
- mD
Kawan tetapi ada jurang - Almy dan Fizz Fairuz
AWAL tahun lalu, termometer hiburan hangat dengan kisah pelakon Fizz Fairuz yang mengecewakan hati kekasihnya, pelakon Almy Nadia apabila Fizz bertunang dengan seorang wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu.
Empat hari selepas bertunang, pelakon drama rantaian popular, Nur Kasih itu dikejutkan dengan berita yang mendakwa tunangnya itu sebenarnya isteri orang.
Selepas itu, Fizz memutuskan pertunangannya dan membuat kenyataan dalam media mengatakan dirinya terkena buatan orang.
Pelakon berusia 34 tahun itu juga memohon kepada Almy supaya memaafkan dan memahami situasi yang telah menimpa dirinya ketika itu.
Rentetan peristiwa tersebut, hubungan Fizz dan Almy terputus dan mereka menyambung kelangsungan hidup dan kerjaya dalam bidang lakonan masing-masing.
Sehinggalah Fizz dan Almy ditawarkan bergandingan dalam sebuah drama 13 episod berjudul Seiring Sejalan Raya untuk tayangan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Selepas menjalani penggambaran drama tersebut, hubungan keruh Fizz dan Almy semakin jernih.
Malah, ketika ditemui pada majlis bersempena program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini, Almy tidak menolak permintaan pihak media untuk menggandingkan dirinya dengan Fizz untuk sesi fotografi.
Menyingkap lebih lanjut sejauh mana hubungan jernih mereka, Almy mendedahkan, memang pada mulanya dia berbelah bahagi sama ada mahu menerima tawaran berlakon di samping Fizz atau tidak.
Namun memikirkan dia harus bersikap profesional dia menerimanya.
Canggung
"Hari pertama penggambaran merupakan hari paling sukar untuk saya lalui. Memang saya berasa sangat canggung dan pelik berlakon di samping dia (Fizz).
"Alhamdulillah, masuk hari kedua saya keluarkan semua yang ada dalam hati, lupakan apa yang terjadi dan meneruskan penggambaran tersebut," ungkapnya jujur.
Bicara Almy lanjut, memang ramai yang salah anggap hubungannya dan Fizz kembali jernih dan bertaut semula.
Namun tegas Almy, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan menganggap Fizz sebagai rakan sahaja.
Berkongsi saat kekecewaannya dulu, dia pernah terfikir malah menyuarakan isi hatinya kepada ibunya, Roshida Hashim bahawa dia sudah nekad mahu menolak sebarang lelaki hadir dalam hidupnya kerana bimbang perkara yang menyakitkan hati itu berulang kembali.
Begitupun, jelas Almy, selepas suara hatinya itu diluahkan kepada ibunya, wanita tua itu menangis kecewa.
"Ibu menangis dan memberitahu sebagai wanita, dia tetap memerlukah kehadiran dan sokongan lelaki terutamanya jika saya jatuh sakit," katanya.
Mengulas lanjut, kata Almy, banyak perkara yang bertimpa-timpa terjadi pada dirinya selepas itu yang menjadikan dia lebih tertekan.
"Pada 16 Jun lalu, rumah keluarga saya di Balik Pulau terbakar menyebabkan kerosakan pada bahagian tingkat bawah.
"Selepas itu, ibu saya pula terjatuh di bilik mandi dan mengalami patah tulang rusuk kanan.
"Malah, lepas itu anak (angkat) saya jatuh sakit. Kalau saya ikut perasaan yang tertekan mungkin boleh jadi gila," ujarnya yang mengawal perasaannya dan berdoa kepada Allah agar semua masalahnya itu selesai.
Dalam pada itu, Almy juga mengakui, dia masih berhubung dengan ibu Fizz untuk bertanya khabar.
Jelasnya, walaupun perkara itu terjadi (putus cinta), dia masih baik dengan ibu Fizz.
"Saya cuma anggap dia (Fizz) sebagai kawan. Begitupun, dia bukanlah sahabat yang kerap dihubungi untuk berkongsi masalah.
"Saya ada hubungi ibu Fizz selepas dia beritahu saya ibunya sakit. Dia juga ada menghubungi ibu saya yang sakit," ungkapnya yang seakan-akan tidak mahu pihak luar menganggap mereka kembali mempunyai hubungan.
Bagi Fizz Fairuz pula, selepas putus tunang, ibunya, Norhaizan Jantan, telah meletakkan syarat supaya dia berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.
Malah, ibu Fizz juga memintanya terus melangsungkan perkahwinan tanpa mengikat tali pertunangan.
Begitupun, keputusan itu ibunya bertukar selepas wanita berusia 66 tahun itu jatuh sakit.
"Ibu saya sekarang tidak sihat. Jadi, sejak kebelakangan ini, dia sering bertanya hal perkahwinan dan menyatakan keinginannya untuk melihat saya berumah tangga sebelum dia meninggal dunia," cerita Fizz yang memberitahu ibunya turut meminta dia kembali bersama Almy.
Biarpun begitu, Fizz mengakui pengalaman lalu banyak mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
Takdir
Buat masa ini, ungkap Fizz, dia enggan memikirkan sangat mengenai hal perkahwinan dan menyerahkan soal jodoh pada takdir.
Bagaimanapun, dedah pelakon berasal dari Raub, Pahang itu, ada beberapa wanita cuba mendekati dirinya dengan tujuan menjadi suri hidupnya.
"Memang ada yang cuba mendekati saya. Ada yang datang dengan kereta BMW dan ada juga daripada golongan kerabat yang mahu serius menjalin hubungan.
"Bagi saya, cukuplah dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini dan saya harus lebih berhati-hati," ujarnya.
Mengenai cadangan ibunya itu supaya dia dan Almy berbaik semula, luah Fizz, dia dan Almy tidak lagi begitu rapat dan mengakui terdapat jurang dalam hubungan mereka.
Mengakui berkawan dengan Almy, ujar Fizz, dia tidak meletakkan harapan untuk kembali bersama Almy seperti dulu dan berserah segala-galanya kepada Allah.
Bercerita mengenai persiapan rayanya, akui Fizz, dia akan mengadakan rumah terbuka sama seperti pada tahun-tahun sebelum ini.
Menariknya tahun ini, kata Fizz, dia dan sekeluarga akan beraya di rumah baharu.
"Saya baru ubah suai rumah mak di Raub, Pahang. InsyaAllah saya akan buat rumah terbuka. Sama seperti pada raya sebalum ini.
"Saya akan mula bercuti raya pada 5 Ogos ini dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos," katanya yang bakal muncul menerusi telefilem raya berjudul Sampai Air Mata Darah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]












