Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Along Cham. Show all posts
Showing posts with label Along Cham. Show all posts

Bengang Kawan Sendiri, Along (Cham) Tegur Azrul Zaidi Agar 'Jaga Mulut'

Pelawak Along (Cham) meminta rakan seperjuangannya Azrul Zaidi tidak terus mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan dia sebagai punca tiada tawaran dengan mana-mana majlis atau program televisyen. Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 32, berkata, perkara itu hanya akan menimbulkan persepsi negatif masyarakat biarpun dakwaan yang dibuat Azrul itu tidak tepat. "Dia selalu keluarkan kenyataan terkilan dan merajuk dengan saya dan mempertikaikan kenapa saya buat sesuatu job itu dengan orang lain? Dia sepatutnya tahu sesebuah undangan itu dibuat oleh penganjur. "Kadang-kala saya ambil tawaran menjadi pengacara majlis atas kapasiti bayaran harga 'kawan-kawan' dan tiada bayaran. Itu pun dia pertikaikan. Sampaikan saya masuk MIG dulu pun dia tidak puas hati. "Saya hairan kenapa dia berbuat demikian sedangkan job dia lebih banyak dan saya tidak pernah pertikaikan," katanya kepada mStar Online. Along diminta mengulas tentang hubungannya dengan Azrul yang renggang apabila Azrul dikatakan pernah mendedahkan berasa terkilan terhadap Along kerana tidak dipanggil terlibat dalam beberapa program televisyen.
Kumpulan Cham yang dianggotai oleh Along dan Azrul menduduki tempat kedua dalam program realiti Raja Lawak musim kedua pada 2008. Sementara itu, Along menjelaskan hubungan mereka dingin sejak berakhirnya pertandingan Raja Lawak akibat beberapa salah faham yang tidak diselesaikan. Kataya, situasi tersebut berlanjutan sehingga ke hari ini apabila Azrul sering menyuarakan rasa tidak puas hati tanpa bersemuka dengannya. "Hubungun kami memang sudah lama dingin dan kami tidak berhubung sejak tahun 2009 kerana ada beberapa salah faham. Saya pun tidak tahu apa sebenarnya punca ia terjadi. Apa yang sampai ke telinga dia lain dan sampai kepada saya lain pula. "Saya ada cuba untuk berbaik, namun entah kenapa sampai sekarang gagal," ujarnya. Dalam pada itu, Along berkata, dia menjelaskan perkara ini berikutan tidak mahu orang ramai salah faham yang boleh menjejaskan reputasinya pada mata masyarakat. Kata Along mereka masing-masing sudah dewasa dan boleh memikirkan apa yang terbaik untuk keluarga. "Saya berdiam diri selama ini kerana saya tidak mahu panjangkan cerita dan orang akan gelakkan sahaja. Periuk nasi pun boleh terjejas. "Cukuplah saya katakan pada dia bahawa apa yang saya ada sekarang adalah cukup untuk dapur saya berasap sahaja tidak mewah seperti yang dia sangkakan," ujarnya.

Tak kisah berlakon sama sampai mati - Angah dan Along Cham

PELAKON, pelawak dan pengacara, Along Cham, 29, kini semakin laris selepas gandingan buat pertama kalinya dengan Angah Raja Lawak menjadi dalam filem Alamak Toyol! terbitan Metrowealth Movies Production (Metrowealth) pada tahun lepas. Jika sebelum ini Along hanya menerima tawaran berlakon sebagai pelakon tambahan, tetapi kini namanya sering menjadi watak utama dalam filem dan digandingkan dengan Angah. Diam tak diam, lebih lima filem menggandingkan mereka berdua. Selain Alamak Toyol! filem lain termasuklah Satu Hari Kubur Berasap, Jidin Sengal dan Adnan Sempit 2. Filem terbaharu gandingan Along dan Angah berjudul Taikun pula bakal ditayangkan pada 4 Oktober ini. Bagi Along, perkara itu tidak menjadi masalah baginya walaupun sering digandingkan dengan sahabat baiknya itu. Dia juga tidak kisah menerima tawaran berlakon bersama kerana itu adalah rezeki baginya. Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad meluahkan tentang keakrabannya bersama Angah semasa ditemui Kosmo! pada sebuah majlis anjuran Metrowealth di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Kosmo!: Sudah banyak filem menggandingkan Along dengan Angah, tidak kisah akan menjadi buah mulut orang pula nanti? ALONG: Saya tidak kisah apa orang nak kata, asalkan watak yang dibawa bersama Angah ketika berlakon sebelum ini sentiasa ada kelainan. Kami bukan berlakon watak sama, setiap filem mesti ada kelainan yang kami buat. Sampai bila agaknya anda akan berlakon dengan Angah? Sampai mati pun saya tidak kisah berlakon dengan Angah kerana kami ada keserasian. Kami sudah kenal hampir 13 tahun. Semasa berlakon dengan dia, saya dapat tahu mana kelemahan dan dia sentiasa beri tunjuk ajar, begitu juga sebaliknya. Ketika berlakon dalam Taikun, ada adegan bertumbuk dan dia tumbuk saya betul-betul, tapi saya tidak simpan dalam hati. Kami juga sentiasa bercerita kelemahan dan kelebihan masing-masing untuk mantapkan lakonan. Apa yang membuatkan anda serasi dengan Angah? Mungkin kerana prinsip kami sama untuk mencari kelainan dalam watak walaupun sering digandingkan bersama. Saya berterima kasih kepada pengarah Ismail Bob Hasim kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk memegang watak utama. Sekarang ini anda sering menerima watak utama berbanding watak tambahan sahaja sebelum ini, adakah itu impak kerana anda sering bergandingan dengan Angah? Saya anggap itu rezeki. Mula-mula rezeki saya apabila berkahwin, selepas itu rezeki anak pula, mungkin sekarang rezeki saya dengan Angah. Saya bersyukur kerana ramai sudah nampak potensi kami. Sekarang saya tidak menyimpang daripada menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin apabila rezeki mencurah-curah. Apakah filem lain lakonan anda dan Angah selain Taikun yang bakal ditayangkan nanti? Filem yang masih belum dapat tarikh wajib tayang adalah Wawa Sempit dan Bro Nampak Motor Gua terbitan Metrowealth.

Tahniah! Along Cham Dan Zila AF4 Timang Cahayamata Pertama, Ahmad Dhanial


Kami baru sahaja menerima perkhabaran gembira ini menerusi beberapa sumber terdekat pasangan suami isteri ini.

Along Cham & Zila AF4 telah selamat menerima kehadiran anak pertama mereka petang ini di’sebuah hospital swasta Kuala Lumpur. Pasangan Along Cham & Zila AF4 mendirikan rumahtangga sekitar Januari 2010 .

Mereka menerima kelahiran baby boy & sudah menamakan sebagai Ahmad Dhanial — yang sudah banyak kali di’sebut Along Cham sepanjang pertemuan kami sebelum ini.

Tahniah dari kami di Rotikaya HQ buat pasangan Along Cham & Zila AF4 dan seperti kata Along Cham, anak pertama ini merupakan rezeki terbesar beliau sepanjang hidup.

Semoga membawa tuah untuk filem Alamak Toyol lakonan Along Cham yang sedang hangat di’pasaran sekarang. Kami masih menunggu gambar pertama Ahmad Dhanial untuk tatapan anda. Stay tuned!

Along idam program sendiri



HASRAT pelakon dan pelawak, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham untuk bergabung semula dengan rakan seangkatannya ketika menyertai program Raja Lawak musim kedua (RJ2) iaitu Azrul Zaidi sentiasa menebal.

Begitupun disebabkan masing-masing mempunyai komitmen dan mendapat tawaran secara individu hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan. Kumpulan Cham antara gandingan mantap dalam program Raja Lawak musim itu disifatkan peserta yang mampu menonjol dalam dunia seni tempatan.


Sekalipun timbul ura-ura gandingan mereka sudah berpecah namun Along menafikan sebaliknya gandingan mereka masih bersama dan mempunyai hubungan baik antara satu sama lain. Katanya, tidak timbul langsung soal berselisih faham atau sebaliknya. Menurut Along yang aktif berlakon, memang dia sendiri mahu digandingkan dalam satu program malah selepas keluar daripada RJ2 ada beberapa pihak mahu gandingan mereka dalam satu program hiburan begitupun mungkin rezeki belum ada.


Along kini artis residen MIG Production, tetap menanti peluang untuk mempunyai program sendiri jika diberi kesempatan pula. Tidak dinafikan rezeki dalam bidang lakonan semakin bertambah.


"Memang kalau ikutkan saya mahu bersama Cham namun tiada peluang yang diberikan kepada kami membuatkan saya tidak boleh terlalu berharap. "Buat masa ini masing-masing menumpu kepada tawaran individu. Azrul dengan tawarannya manakala saya pula dengan lakonan termasuk pengacaraan.


"Selepas dilamar MIG ketika membintangi filem Adnan Semp-It rezeki dalam bidang lakonan semakin bertambah. Apa yang saya idamkan iaitu berlakon dalam drama dan seterusnya filem akhirnya terlaksana. Kejayaan filem Adnan Semp-It juga membuatkan pihak MIG menghulurkan tawaran untuk menjadi artis di bawah syarikat mereka.



"Saya berterima kasih kepada Produser MIG, David Teoh kerana nampak bakat lakonan saya seterusnya memberi peluang untuk membintangi beberapa filemnya. Walaupun sudah terikat dengan MIG namun saya masih diberi kelonggaran untuk terbabit dengan produksi lain bergantung kepada syarat yang ditetapkan kelak," kata suami kepada Nur Azilah Seeron atau Zila AF4. Along menandatangani kontrak bersama MIG penghujung tahun lalu. Kontrak selama lima tahun begitupun perlu diperbaharui setiap 12 bulan mengikut prestasi dan persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak. Tambahnya, kontrak bersama MIG berkenaan dilihat sebagai pentas terbaik untuk mengembangkan karier seninya. Ikut pada pengurusan pihak produksi mempunyai beberapa perancangan. Jika tiada aral dia juga bakal terbabit dalam filem terbaru MIG. Selain Along antara rakan daripada RL yang turut menjejaki langkahnya ialah Angah.


Terdahulu Along turut melakonkan watak Awang dalam filem Hallo arahan A R Badul terbitan Nusanbakti Corporation Sdn Bhd. Menerusi filem komedi romantik itu Along turut digandingkan dengan Angah dan Tauke Raja Lawak sebagai tiga sahabat baik ala karakter Do Re Mi (karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee) versi moden.


Pengalaman berlakon di bawah bimbingan pengarah dan pelakon komedi berpengalaman seperti A R Badul sememangnya meninggalkan memori manis buatnya. Filem berkenaan yang dijadualkan menemui peminat pada penghujung 2011 turut dibintangi Dayana Anak Wayang, Herman Tino, Acong Sweetchild, Isma dan Zul 2 by 2. Filem itu kisaj tiga pemuda berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib dan seterusnya mencari pasangan hidup. Pelbagai cabaran dan konflik kehidupan dilalui mereka.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails