Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Amar Baharin. Show all posts
Showing posts with label Amar Baharin. Show all posts

Kontroversi Tidak Naikkan Nama Amar Baharin

Pelakon Amar Baharin tidak pernah berpegang kepada pendapat iaitu gosip dan kontroversi mampu melonjakkan nama seseorang artis. Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 30, berkata, ini kerana sepanjang enam tahun bergelar pelakon dia sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi namun kariernya tetap berada di tahap sama. "Jika mendapat perhatian pun mungkin hanya untuk seminggu dan selepas itu ia akan dilupakan begitu sahaja. Saya sendiri sudah melalui beberapa siri kontroversi tetapi ia tidak membantu dalam peningkatan karier pun dan tetap di tahap sama," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Amar berkata, dia percaya usaha tanpa mengenal erti putus asa adalah kunci utama untuk mendapat kepercayaan pihak produksi dan peminat.
Bagaimanapun kata Amar, meskipun dia kini mula mendapat perhatian produksi dan peminat namun jauh di sudut hatinya dia tidak pernah berasa dikenali atau pun popular. "Saya masih Amar seperti mana enam tahun dahulu dan masih belum dikenali peminat selain perlu memperbaiki diri pada masa hadapan," ujarnya. Bercakap mengenai Aidilfitri, Amar berkata, dia akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur sahaja dan akan mengambil kesempatan tersebut untuk menziarahi keluarga dan rakan terdekat. Malah kata Amar, dia akan bertandang ke rumah aktres Amyra Rosli yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya untuk berhari raya. "Jemput atau tidak jemput saya tetap akan serbu ke rumah saudara dan rakan-rakan untuk menzirahi mereka dan Insya-Allah akan bercuti selama 10 hari," katanya.

Amar Baharin Tepis Gosip Bakal Nikah Amyra Rosli Hujung Tahun

Pelakon Amar Baharin terkejut apabila dikatakan sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya dengan pelakon Amyra Rosli yang dijangka hujung tahun ini. Ammar, 30, dan Amyra turut dikatakan sudah meninjau lokasi majlis berkenaan dan melantik individu tertentu bagi menguruskan majlis itu. "Kahwin? Saya pun tak tahu perkara ini dan macam mana pula orang boleh kata saya nak kahwin? Sekali lagi saya ingin perjelaskan bahawa saya dan Amyra hanyalah kawan kerja dan tidak lebih daripada itu," jelas Ammar kepada mStar Online pada Rabu menjawab gosip berkenaan. Tambah Amar, ketika ini dia masih solo dan tidak menafikan hasrat untuk mendirikan rumah tangga namun mungkin masih belum temui jodohnya. "Saya masih solo dan ada keinginan untuk kahwin. Cuma tak tahu bila," katanya. Sementara itu, Amar menganggap namanya masih lagi dikaitkan dengan Amyra, 23, mungkin kerana kedua-dua mereka serasi apabila bergandingan dalam sesebuah drama yang dilakonkan. "Sehingga kini sudah lima buah drama dan satu telefilem kami bergandingan bersama. Dan jujurnya kami serasi setiap kali melakonkan babak mesra. Mungkin kerana itu orang anggap ada sesuatu yang terjalin di antara kami. Tetapi sebenarnya tidak," ujarnya. Antara drama gandingan Amar dan Amyra ialah Kalimah Jiwa, Kristal Maya dan Suamiku Encik Sotong. Dalam perkembangan lain kedua-dua mereka turut bergandingan menerusi drama Cik Bunga Encik Sombong terbitan Global Station. Sebelum kekecewaan telah melanda Amyra apabila hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan aktor Dazrin tidak kesampaian walaupun majlis dirancang sudah hampir tiba.

Amar Baharin Jelas Hubungan Rapat Kerana Diurus Ibu Amyra Rusli

Pelakon Amar Baharin memberitahu keakrabannya dengan pelakon Amyra Rosli dilihat kemungkinan disebabkan kedua-dua mereka diuruskan oleh individu yang sama iaitu ibu wanita itu, Noor Zaridah Ahmad. Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 30, berkata, dia membuat keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab itu adalah supaya jadual kerjayanya menjadi lebih teratur dan profesional. "Ini pertama kali kerjaya saya diuruskan oleh orang lain kerana sebelum ini saya agak susah nak percaya orang dan apabila berjumpa ibu Amyra iaitu Kak Noor saya lihat dia mampu untuk menguruskan saya. "Sejak awal 2015 ini memang dia yang uruskan dan ia adalah supaya kerjaya saya lebih teratur selepas ini," ujarnya kepada mStar Online. Amar berkata demikian ketika ditemui pada tayangan episod akhir drama bersiri Suamiku Encik Sotong yang diadakan di The Starnd Mall, di sini, malam Isnin. Drama Suamiku Encik Sotong mula ditayangkan pada 27 Oktober 2014, setiap Isnin, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Astro Maya HD. Sementara itu, Amar mengakui dia selesa berkawan dengan Amyra dan menyifatkan wanita itu seorang yang baik dan menghormati orang tua. Tambahnya, mereka digosipkan bercinta selepas melihat gandingan serasi dalam drama Suamiku Encik Sotong. "Kami dikatakan bercinta sebab mereka lihat kami serasi dalam drama itu. Sebelum ini kami ada juga berlakon bersama tetapi tidak pula digosipkan kerana watak tersebut bukan pasangan kekasih," ujarnya. Dalam pada itu, Amar berkata, mereka bekal bergandingan sekali lagi sebagai pasangan kekasih untuk drama adaptasi novel Cik Bunga Encik Sombong di Astro Prima yang bakal ditayangkan Ramadan ini. Sementara itu, Amyra Rosli mengakui dirinya masih solo selepas memutuskan hubungannya dengan pelakon Dazrin Kamaruddin pada Ogos tahun lalu. Namun, Amyra berkata, dia tidak menutup pintu hati kepada mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya. "Kami tidak bercinta dan saya single and available lagi, namun saya tidak tutup pintu hati saya lepas gagal pada hubungan lalu. "Kalau Allah kata sudah sampai jodoh, saya terima sahaja, tetapi saya tidak meletakkan apa-apa kriteria kepada pasangan yang saya mahu. "Apa yang penting dia tidak berpura-pura dan jadi diri sendiri untuk bersam saya," katanya. Dalam pada itu, Amyra bersyukur, sambutan terhadap drama Suamiku Encik Sotong mendapat sambutan mengalakkan pada hari akhir tayangannya apabila menjadi tranding sebelum masa tayangan lagi. Majlis tayangan episod akhir itu dihadiri lebih 200 penonton yang turut dapat beramah mesra dengan artis dalam drama tersebut. Majlis tersebut turut melancarkan drama baharu yang bakal menggantikan drama ini iaitu Isteri Separuh Masa lakonan Aiman Hakim Redza, Emma Maembong dan Ayda Jebat.

"Ada Yang Cemburu Hubungan Saya Dengan Izreen Azminda" - Amar Baharin

Pelakon Amar Baharin mendedahkan ada pihak yang cemburu terhadap hubungan rapatnya dengan aktres Izreen Azminda selepas mereka digosipkan sedang bercinta. Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 29, berkata, pihak tersebut kebanyakkannya menyatakan perasaan cemburu dan kurang senang mereka di laman sosial peribadi kedua-dua artis ini. "Ya, ada yang cemburu dan memberi komen yang bukan-bukan di laman sosial kami. Ada juga peminat yang tukar-tukar muka pada gambar Izreen kepada muka mereka. "Tapi setakat ini tidaklah teruk hingga boleh menjejaskan keselamatan kami," katanya kepada mStar Online. Amar berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan rapatnya dengan pelakon Izreen Azminda selepas drama bersiri popular Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Tambah Amar, hubungannya dengan pelakon wanita itu masih rapat seperti dahulu, namun belum memutuskan sebagai pasangan kekasih. Katanya, dia lebih selesa menganggap Izreen sebagai kawan rapat dan tempat dia berkongsi segala masalah tentang kerja dan peribadi. "Kawan rapat sahajalah, itu lebih mudah daripada bercinta. Saya lagi takut kalau hubungan kawan itu bertukar menjadi cinta. "Hubungan cinta kalau putus akan merosakkan hubungan persahabatan, jadi biarlah kami kawan rapat sampai bila-bila," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Amar berkata, buat masa ini dia sedang bercuti sehingga awal tahun 2015. Jelasnya, dia mengambil masa ini untuk berehat selepas tamat drama Suamiku Encik Sotong yang mengambil masa dua bulan penggambaran. "Saya baru saja tamat penggambaran drama Suamiku Encik Sotong selama dua bulan. Sekarang ini rehat hujung tahun dan habiskan masa dengan keluarga, Insya-Allah awal tahun depan sambung bekerja semula," ujarnya.

Amar Baharin Kesal Fitnahnya Dengan Izreen Azminda Masih Tersebar

Pelakon Amar Baharin kesal apabila masih ada pihak yang menyebarkan fitnah mengenai hubungannya dengan aktres Izreen Azminda apabila mereka dikatakan sedang hangat bercinta sejak sama-sama terlibat dalam drama bersiri, Kerana Terpakssa Aku Relakan (KTAR). Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 29, berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan kerana hubungan mereka hanya sekadar teman biasa seperti mana diperjelaskan oleh Izreen sebelum ini. "Saya tidak nafi kami bercinta tetapi cuma dalam KTAR sahaja dan di luar kami sekadar kawan baik dan saya kesal dengan tindakan sesetangah pihak yang menyebarkan fakta-fakta yang mereka sendiri tidak tahu kebenarannya. "Saya harap di bulan baik ini (Ramadan) hentikanlah daripada terus bercakap tentang perkara tidak benar dan saya berharap pihak berkenaan insaf," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Drama bersiri yang diarahkan oleh Azma Aizal Yusof itu sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.
Dalam pada itu, Amar berkata, pandangan negatif sesetengah pihak selepas mereka memuat naik gambar bersama bagi tujuan mempromosikan drama berkenaan di laman sosial Instagram turut menjadi faktor mereka dipandang serong. Kata Amar, biarpun sudah dijelaskan tentang tujuan berkenaan namun masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan melemparkan kata-kata negatif. "Bagi yang memandang negatif terhadap tindakan memuat naik gambar kami di laman Instagram untuk tujuan promosi, maka jadi negatif la ia. "Bagaimanapun majoriti peminat yang mengecam tindakan itu adalah sebahagian sahaja kerana selebihnya menyukai dengan cara kami mempromosikan drama ini," ujarnya.
Sementara itu, Amar berkata, dia tidak terkejut sekiranya namanya kembali suram apabila gosip melandanya itu reda kerana itu adalah hakikat dunia hiburan. "Saya rasa terkejut juga apabila nama 'Amar Baharin' menjadi tumpuan kerana gosip berkenaan sedangkan sebelum ini nama saya hendak keluar setahun sekali pun susah. "Tapi itu adalah hakikat dunia hiburan dan saya sudah terbiasa dengan kehidupan seperti ini dan andai kata lagi sebulan dua nama saya kembali suram, saya tidak terkejut pun," katanya. Dalam perkembangan lain, Amar berkata, sepanjang bulan Ramadan tahun ini dia akan menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti amal bersama keluarga dan peminatnya. Malah dia akan meluangkan masa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur dan Singapura bersama peminatnya. Dalam pada itu Izreen kini masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan Muhammad Riza pada 10 Jun lalu. Pasangan berkenaan berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adrian Umar yang kini berumur 11 bulan.

200 Peminat Amar Baharin Dapat Kad Raya Istimewa

PETALING JAYA: Penghasilan kad ucapan Hari Raya istimewa pelakon baru Amar Baharin adalah sebagai tanda penghargaannya kepada para peminat bersempena musim perayaan ini. Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, berkata kad yang memaparkan gambar dan sampul rekaan sendiri itu khusus untuk 200 ahli kelab peminat, “Amar Baharin Official Page” (ABOP). “Buat pertama kalinya, saya mahu memberikan sesuatu kepada para peminat. Selepas tiga tahun bergelar anak seni, tahun ini adalah waktu yang sesuai untuk saya tunjukkan penghargaan kerana sokongan mereka. “Saya memilih untuk hantarkan kad ucapan yang memaparkan gambar saya berserta sampul istimewa kepada kira-kira 200 peminat kelab ABOP,” katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star, di sini, baru-baru ini. Pelakon siri Naziha ini berkata, sambutan Aidilfitri pada kali ini dirasakan kurang sempurna ekoran ketiadaan kakaknya yang pulang berhari raya ke rumah keluarga mertua
“Nampaknya Hari Raya pada tahun ini seperti kurang lengkap dan meriah kerana kakak tidak dapat bersama kami pada pagi Syawal. Dia pulang mengikut suami ke rumah keluarga mertuanya. “Kami adik-beradik cuma tiga orang, jadi tentulah rasa kurang seronok bila kami anak beranak tidak dapat berkumpul dengan lengkap,” katanya yang menyambut Syawal di rumah keluarga di Kajang dan Semenyih dekat sini. Mengenai kerjaya, Amar yang mula bercuti daripada dunia lakonan sejak minggu kedua Ramadan berkata, dia hanya akan kembali ke lokasi penggambaran selepas dua minggu berhari raya. “Sebelum puasa, saya kerja tidak henti-henti sehingga minggu kedua Ramadan. Kini, saya bercuti panjang sehinggalah minggu kedua Syawal. “Hanya selepas itu, saya akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri terbaru arahan Rashid Sibir yang akan diumumkan nanti,” katanya.

'Usah Terlalu Kemaruk Untuk Jadi Pelakon' – Amar Baharin

PETALING JAYA: Aktor Amar Baharin berkata seseorang pendatang baru hendaklah tidak terlalu kemaruk untuk menjadi pelakon filem sehingga sanggup menerima tawaran membintangi karya yang tidak berkualiti. Sebaliknya kata Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, golongan berkenaan hendaklah bersikap selektif ataupun memilih sebelum menerima sesuatu tawaran. “Pelakon baru sepatutnya bersikap memilih jika hendak berlakon dalam sesebuah filem. Masalahnya, apa yang saya perhatikan majoriti pelakon baru menerima sahaja apa juga tawaran yang diberi kepada mereka walaupun ia berkualiti rendah. “Hanya kerana mereka mahu nama terpahat sebagai pelakon filem, segelintir artis baru ini terima bulat-bulat tawaran itu tanpa memikirkan impaknya pada profil mereka,” katanya ketika ditemui di Menara Star di sini, petang Isnin. Bekas finalis program Anak Wayang ini berkata, demi untuk tidak mencalarkan profil kerjaya dia lebih selesa berlakon untuk siaran televisyen sahaja sehingga menerima tawaran filem yang berlainan dan membanggakan.
“Untuk apa berlakon filem kalau filem yang ditawarkan itu tidak bagus, kurang kualiti dan hasilnya lebih teruk daripada sebuah drama televisyen? “Lebih baik saya berlakon di televisyen sahaja buat masa ini sehingga ada skrip yang tersendiri dan bersesuaian pada masa akan datang,” katanya. Mengenai perkembangan terbaru, Amar memutuskan untuk berehat daripada kerja sepanjang baki bulan Ramadan yang masih tinggal ini. “Pada awal puasa, saya sibuk di lokasi penggambaran telefilem Jambatan Ke Syurga. Sebelum Ramadan, saya sudah sibuk setiap hari selama dua bulan kerana komitmen drama bersiri Naziha untuk TV3 dan Geng Surau musim kedua (RTM). “Kini saya hanya mahu berehat dulu di rumah sebelum mempertimbangkan sebarang tawaran lakonan yang baru,” katanya. Aksi lakonannya boleh ditonton dalam drama Naziha yang kini disiarkan pada setiap Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Amar Baharin Bebas Tidak Lagi Dikaitkan Dengan Erra Fazira

KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin berkata dia berasa semakin bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Erra Fazira sebelum ini. Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, berkata gosip yang timbul kerana salah faham itu berjaya diatasi dengan baik kerana dia tidak pernah melatah atau mengelak ketika diajukan pelbagai pertanyaan berhubung dakwaan tersebut. “Sudah tentu sebagai orang baru, saya akui agak terkejut ketika mula-mula dikaitkan dengan gosip hubungan saya dengan dia (Erra) tetapi saya cuba hadapinya dengan tenang dan rasional. “Dengan bantuan seorang wartawan senior, salah faham yang timbul itu berjaya dileraikan dan cerita itu tidak lagi diperkatakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya tidak melakukan perkara seperti yang didakwa,” katanya ketika ditemui mStar Online. Sebelum ini, Amar didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra dan dituduh menjadi orang ketiga kepada konflik rumah tangga aktres popular itu. Bekas finalis program Anak Wayang (2009) ini berkata, dia bersyukur kerana perjalanan kariernya bertambah baik dan lancar sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan tuduhan itu. “Sebelum ini, saya risau juga apabila orang mengenali saya kerana kontroversi. Padahal saya dan Erra hanya kenalan artis di lokasi penggambaran kerana kami berlakon bersama beberapa kali. “Kami tidak rapat pun seperti didakwa. Alhamdulillah, kini saya berasa semakin bebas dan tidak lagi tertekan dengan gosip itu dan dapat bekerja seperti biasa tanpa tekanan,” katanya. Mengenai perkembangan karier, Amar berkata sehingga kini dia masih mencari karakter yang bersesuaian bagi menonjolkan bakatnya kepada khalayak umum. “Saya masih terlalu baru, lebih kurang tiga tahun saja pembabitan dalam bidang lakonan. Saya tidak boleh memilih tawaran kerana masih mencari karakter yang bersesuaian. “Saya mahu menjadi pelakon yang versatil. Setakat ini, saya masih belum mendapat watak yang unik atau benar-benar menguji kemampuan bagi menilai prestasi diri ini,” katanya. Amar yang baru menamatkan penggambaran drama bersiri Geng Surau musim kedua, kini sibuk di lokasi telefilem Aidilfitri berjudul Pontianak Beraya Di Kampung Batu 2 arahan Michael Ang di samping Didie Alias, Erra Fazira dan Yasmin Hani. Aksi lakonannya boleh ditonton dalam drama Nazihah yang kini disiarkan pada setiap Jumaat pukul 9 malam di TV3.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails