Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Izreen Azminda. Show all posts
Showing posts with label Izreen Azminda. Show all posts

Izreen Azminda Tiada Dendam Terhadap Bekas Kekasih

Pelakon Izreen Azminda tidak pernah menyimpan sebarang dendam terhadap beberapa artis lelaki yang pernah dikaitkan sebagai kekasihnya sebelum ini termasuklah Johan As'ari. Sebaliknya kata Izreen, 30, tahun ini merupakan 'reunion' buatnya bersama mereka apabila bergandingan dalam projek drama bersiri dan telefilem. "Seperti sekarang saya sedang berlakon di samping Johan As'ari dalam drama Wan Embong dan ia merupakan projek kedua kami selepas berpisah dahulu. "Saya juga ada projek bersama Amar Baharin baru-baru ini malah saya pernah berlakon drama bawah arahan bekas suami saya tanpa sebarang masalah," katanya kepada mStar Online. Izreen ditemui di set penggambaran telefilem berjudul Wan Embong arahan Amie Maziah terbitan Zeel Production di Taman Botani Bukit Cerakah di sini, Khamis. Selain Izreen dan Johan drama ini turut dibintangi Faizal Hussien, Vanidah Imran dan Neelofa. Ia bakal disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada September depan bersempena Hari Malaysia. Izreen sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Johan dan Amar Baharin namun hubungan itu sekadar separuh jalan.
Dalam pada itu, Izreen berkata, sebagai seorang pelakon dia perlu bersikap profesional tambahan pula industri hiburan tidak besar. "Alhamdulillah kami semua dapat bekerjasama dengan baik kerana masing-masing tidak terbawa-bawa dengan kisah peribadi ke set penggambaran. "Pusing-pusing akan jumpa juga jadi buat apa hendak menyimpan dendam atau bermasam muka kerana paling penting perlu ikhlas dan profesional dalam menjalankan tanggungjawab diberikan," ujarnya. Sementara itu, Izreen berkata, dia seakan tidak percaya dapat bergandingan dengan pelakon terkenal, Faizal Hussien yang menjadi suaminya dalam drama Wan Embong. Izreen berkata, biarpun gemuruh berhadapan dengan Faizal namun berasa lega aktor yang terkenal menerusi filem Gila-Gila Remaja itu seorang yang peramah dan tenang ketika berada di set penggambaran. "Saya memang peminatnya sejak dahulu lagi dan peluang bekerjasama dengannya sebenarnya bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan. "Pertama kali di set penggambaran bersamanya memang gemuruh tetapi Faizal seorang yang 'cool' dan banyak ilmu yang saya kutip daripadanya," ujarnya.

"Ada Yang Cemburu Hubungan Saya Dengan Izreen Azminda" - Amar Baharin

Pelakon Amar Baharin mendedahkan ada pihak yang cemburu terhadap hubungan rapatnya dengan aktres Izreen Azminda selepas mereka digosipkan sedang bercinta. Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 29, berkata, pihak tersebut kebanyakkannya menyatakan perasaan cemburu dan kurang senang mereka di laman sosial peribadi kedua-dua artis ini. "Ya, ada yang cemburu dan memberi komen yang bukan-bukan di laman sosial kami. Ada juga peminat yang tukar-tukar muka pada gambar Izreen kepada muka mereka. "Tapi setakat ini tidaklah teruk hingga boleh menjejaskan keselamatan kami," katanya kepada mStar Online. Amar berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan rapatnya dengan pelakon Izreen Azminda selepas drama bersiri popular Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Tambah Amar, hubungannya dengan pelakon wanita itu masih rapat seperti dahulu, namun belum memutuskan sebagai pasangan kekasih. Katanya, dia lebih selesa menganggap Izreen sebagai kawan rapat dan tempat dia berkongsi segala masalah tentang kerja dan peribadi. "Kawan rapat sahajalah, itu lebih mudah daripada bercinta. Saya lagi takut kalau hubungan kawan itu bertukar menjadi cinta. "Hubungan cinta kalau putus akan merosakkan hubungan persahabatan, jadi biarlah kami kawan rapat sampai bila-bila," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Amar berkata, buat masa ini dia sedang bercuti sehingga awal tahun 2015. Jelasnya, dia mengambil masa ini untuk berehat selepas tamat drama Suamiku Encik Sotong yang mengambil masa dua bulan penggambaran. "Saya baru saja tamat penggambaran drama Suamiku Encik Sotong selama dua bulan. Sekarang ini rehat hujung tahun dan habiskan masa dengan keluarga, Insya-Allah awal tahun depan sambung bekerja semula," ujarnya.

"Saya, Erra Tidak Berbincang Mengenai Amar Baharin" - Izreen Azminda

Pelakon Izreen Azminda memberitahu dia tidak pernah membincangkan dengan Erra Fazira tentang lelaki yang sering dikaitkan dengan mereka iaitu Amar Baharin ketika sesi latihan teaterTakhta 3 Ratu. Izreen berkata, kedua-dua mereka bersikap profesional tanpa mencampurkan urusan kerja dan peribadi ketika menjalani sesi latihan teater itu. "Saya tahu Erra Fazira pernah dikaitkan dengan Amar Baharin dulu tetapi kami tidak pernah langsung bercakap tentang Amar ketika sesi latihan teater yang dilakukan bersama. "Saya tidak ada masalah berlakon dengan Erra kerana dia sangat profesional dan tidak pernah campur urusan kerja dan peribadi," ujarnya kepada mStar Online. Izren berkata demikian ketika ditanya tentang hubungannya dengan Erra Fazira ketika sesi latihan teater Takhta 3 Ratu memandangkan sebelum ini pelakon jelita tersebut turut dikatakan mempunyai hubungan dengan Amar Baharin.
Izreen anggap Amar Baharin sebagai kawan rapatnya buat masa ini. Jelas Izreen, dia juga tidak pernah bertanya kepada lelaki itu sebelum menerima tawaran berlakon di samping Erra Fazira. "Saya seorang yang sukar untuk bertanya tentang sesuatu yang saya rasa ingin lakukan termasuklah soal berlakon dengan Erra Fazira. "Saya pergi sahaja kerana pada saya itu adalah peluang terbaik untuk kerjaya lakonan saya," ujarnya. Bagaimanapun, Izreen berkata setakat ini, Amar belum berkesempatan datang melihat sesi latihan teater tersebut. Sementara itu, bercerita tentang wataknya sebagai puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai, Izreen berkata ia adalah sesuatu yang sangat menguji tahap lakonannya. Dia juga terpaksa melakukan empat perkara sukar iaitu bercakap dalam bahasa Indonesia, menari, bersilat dan bermain pedang dalam memainkan watak tersebut. "Dalam tempoh sebulan latihan ini, saya terpaksa fokus kerana watak saya paling sukar terutama untuk bercakap bahasa Indonesia. "Saya juga perlu berlatih menari, bersilat dan bermain pedang yang mana tidak pernah saya lakukan sebelum ini," katanya. Antara pelakon lain yang turut menjayakan teater tersebut ialah Awie, Soo Wincci, Beto Kushairy, Azri Iskandar dan Datuk Rahim Razali. Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China. Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terkejut apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka. Takhta 3 Ratu bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya.

Izreen Azminda Buang Gambar Di Instagram Elak Hati Terluka

Pelakon Izreen Azminda memberitahu tindakan dia membuang gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram kerana enggan mengenang kembali memori lama yang boleh menyebabkan hatinya berasa sedih. Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 29, berkata, pada mulanya dia ingin membuang gambar-gambar tertentu sahaja, tetapi bimbang tindakan itu mengundang persepsi tertentu orang ramai menyebabkan dia membuat keputusan membuang kesemua gambar dalam Instagram miliknya itu. "Saya memang seorang yang aktif memuat naik apa saja gambar di Instagram sejak tahun lalu lagi. "Tetapi apabila melihat beberapa gambar lama yang sudah menjadi kenangan, perasaan saya jadi sayu. Kalau nak ikutkan hati, hanya beberapa gambar saja yang nak dikeluarkan, tapi saya buang semua. Yalah... takut jadi isu pula," katanya kepada mStar Online. Tambah Izreen, dengan cara itu juga, sekurang-kurangnya dia dapat 'membuka buku baru' untuk meneruskan kehidupannya tanpa memikirkan kenangan lalu. Setakat Khamis, akaun Instagram miliknya mempunyai tujuh keping gambar yang dimuat naik bermula 10 November lalu. Sementara itu, Izreen turut meluahkan perasaan sedih kerana berjauhan dengan anaknya, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 16 bulan. Anaknya itu dijaga oleh keluarganya di Jitra, Kedah.
Tindakan itu kata Izreen adalah satu pengorbanan besar bagi memastikan anaknya menjalani kehidupan yang normal selain mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. "Saya risau, apabila Umar tinggal bersama saya, dia tidak dapat cukup perhatian kerana kesibukan saya bekerja. "Sekurang-kurangnya di kampung, keluarga saya dapat memberi kasih sayang secukupnya selain dia dapat bergembira seperti kanak-kanak lain. Cuma risau juga, mana tahu dia dah tak kisah sangat dengan saya. Tetapi saya akan pastikan bertemu dengan Umar sekurang-kurangnya sebulan empat kali," tuturnya. Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 31 Ogos 2012 dan bercerai pada 9 Jun 2014. Dalam perkembangan lain, Izreen bakal terlibat dengan pementasan teater Takhta 3 Ratu bersama Erra Fazira, Awie, Soo Wincci dan Datuk Rahim Razali yang bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember depan di Istana Budaya. Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China. Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terduduk apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka. Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com

Izreen Azminda Perjelas Bekas Suami Ke Mahkamah Selesai Kes Hak Jagaan Anak

Pelakon Izreen Azminda menjelaskan bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin yang dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 30 September lalu adalah bagi menghadiri kes tuntutan hak penjagaan anak mereka iaitu Muhammad Umar Adrian yang berusia setahun tiga bulan. Izreen, 29, berkata, dia turut hadir pada hari tersebut bagi menyelesaikan kes berkenaan selain menuntut nafkah edah sebanyak RM500 setiap bulan serta anak iaitu RM800 (sebulan). "Saya tidak tahu jika dia ke mahkamah tersebut pada tarikh lain, tetapi jika ada wartawan melihatnya pada 30 September lalu, memang dia ada di sana bagi kes tuntutan anak. Saya juga berada di situ. "Dan Alhamdulillah, mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada saya," katanya yang dihubungi mStar Online. Pada Ahad lalu, akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan Riza, 31, telah dilihat beberapa wartawan seperti mengambil borang di kaunter mahkamah syariah tersebut.
Bagaimanapun, menurut laporan itu, Riza terus menghilangkan diri selepas menyedari sekumpulan wartawan sedang memerhatikannya. Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan apakah sebab bekas suami Izreen itu berada di situ. Sementara itu, Izreen berkata, walaupun tidak menghalang Riza untuk berjumpa dengan Umar, dia sedikit tegas mengenai hal tersebut di mana Umar tidak dibenarkan bermalam dengan bekas suaminya itu. "Buat masa ini, jika dia ingin berjumpa dengan Umar, ia perlu dibawah pengawasan saya sendiri atau dengan wakil saya yang boleh dipercayai. "Bukannya apa, Riza pun sibuk dengan pelbagai kerja-kerja penggambaran, takut jika dia tiada masa untuk menjaga Umar. Mungkin selepas beberapa tahun kemudian saya akan membenarkan dia bermalam dengan Umar," ujarnya. Izreen dan Riza telah bercerai pada 9 Jun 2014 selepas mendirikan rumah tangga kira-kira hampir dua tahun.Pasangan itu telah berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah.

Amar Baharin Kesal Fitnahnya Dengan Izreen Azminda Masih Tersebar

Pelakon Amar Baharin kesal apabila masih ada pihak yang menyebarkan fitnah mengenai hubungannya dengan aktres Izreen Azminda apabila mereka dikatakan sedang hangat bercinta sejak sama-sama terlibat dalam drama bersiri, Kerana Terpakssa Aku Relakan (KTAR). Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 29, berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan kerana hubungan mereka hanya sekadar teman biasa seperti mana diperjelaskan oleh Izreen sebelum ini. "Saya tidak nafi kami bercinta tetapi cuma dalam KTAR sahaja dan di luar kami sekadar kawan baik dan saya kesal dengan tindakan sesetangah pihak yang menyebarkan fakta-fakta yang mereka sendiri tidak tahu kebenarannya. "Saya harap di bulan baik ini (Ramadan) hentikanlah daripada terus bercakap tentang perkara tidak benar dan saya berharap pihak berkenaan insaf," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Drama bersiri yang diarahkan oleh Azma Aizal Yusof itu sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.
Dalam pada itu, Amar berkata, pandangan negatif sesetengah pihak selepas mereka memuat naik gambar bersama bagi tujuan mempromosikan drama berkenaan di laman sosial Instagram turut menjadi faktor mereka dipandang serong. Kata Amar, biarpun sudah dijelaskan tentang tujuan berkenaan namun masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan melemparkan kata-kata negatif. "Bagi yang memandang negatif terhadap tindakan memuat naik gambar kami di laman Instagram untuk tujuan promosi, maka jadi negatif la ia. "Bagaimanapun majoriti peminat yang mengecam tindakan itu adalah sebahagian sahaja kerana selebihnya menyukai dengan cara kami mempromosikan drama ini," ujarnya.
Sementara itu, Amar berkata, dia tidak terkejut sekiranya namanya kembali suram apabila gosip melandanya itu reda kerana itu adalah hakikat dunia hiburan. "Saya rasa terkejut juga apabila nama 'Amar Baharin' menjadi tumpuan kerana gosip berkenaan sedangkan sebelum ini nama saya hendak keluar setahun sekali pun susah. "Tapi itu adalah hakikat dunia hiburan dan saya sudah terbiasa dengan kehidupan seperti ini dan andai kata lagi sebulan dua nama saya kembali suram, saya tidak terkejut pun," katanya. Dalam perkembangan lain, Amar berkata, sepanjang bulan Ramadan tahun ini dia akan menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti amal bersama keluarga dan peminatnya. Malah dia akan meluangkan masa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur dan Singapura bersama peminatnya. Dalam pada itu Izreen kini masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan Muhammad Riza pada 10 Jun lalu. Pasangan berkenaan berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adrian Umar yang kini berumur 11 bulan.

Dunia baharu Izreen

PERUTNYA sudah memboyot ke depan, hanya menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulung. Namun, pelakon Izreen Azminda masih ceria dan kekal aktif seperti selalu. Dia tidak kelihatan lelah seperti ibu hamil yang lain. Walaupun perutnya sudah besar, Izreen hadir ke sesi fotografi dengan memandu kereta sendirian. Malah, pada saat pertemuan kami berlangsung, kandungan pelakon itu telah mencecah usia sembilan bulan. Pendek bicara, dia kini menghitung hari untuk bersalin. "Alhamdulilah, sepanjang hamil saya tidak mempunyai sebarang alahan dan tidak pula mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya masih bekerja seperti biasa kerana sudah tandatangani kontrak dan hanya berehat daripada lakonan apabila kandungan sudah mencecah empat bulan," ujarnya. Berehat di rumah dalam jangka waktu yang lama memberi peluang kepadanya untuk memantapkan lagi ilmu masakan. Jelasnya, sebelum ini, dia hanya tahu memasak makanan yang ringkas sahaja. "Bila duduk di rumah, saya jadi bosan jadi banyaklah masa untuk membelek resipi baru. Seronok juga sebab saya dapat luangkan lebih banyak masa bersama suami dan mencuba masakan yang langsung tidak pernah saya masak sebelum ini. "Mungkin ada yang ketawakan saya jika saya mendedahkan bahawa sebelum ini saya langsung tidak pandai masak pajeri nanas, tetapi sekarang bolehlah masak jika dipinta suami. Kira ini waktu cuti panjang saya sebelum siapkan diri untuk kembali aktif selepas bersalin kelak," balasnya. Selain daripada berehat, Izreen juga banyak diperturunkan petua daripada ibunya dan saudara-maranya yang lain sepanjang kehamilan. Bagaimanapun sebagai wanita moden, Izreen hanya mengikut sesetangah daripada petua yang diberi. "Sejak hamil, macam-macam petua yang saya tidak pernah dengar diberi oleh keluarga saya. Misalnya, kalau mengidam mesti dipenuhi, nanti air liur anak meleleh, tidak boleh koyakkan plastik makanan, sebaliknya kena pakai gunting nanti takut anak sumbing. "Jujurnya, saya sangat terkejut dengan segala petua itu, tetapi saya tidak ikut semua. Saya hanya ikut mana yang saya rasa logik sahaja sebab kalau nak ikut semua, saya yang penat," katanya dalam tawa. Rahsiakan jantina bayi Mungkin sudah minat dalam bidang lakonan, meskipun dalam tempoh istirehat, Izreen tetap menerima tawaran lakonan ketika kandungannya enam bulan. Katanya, dia menerima tawaran dalam telefilem Barakah yang akan ditayangkan pada hari raya kedua di RTM itu kerana wataknya sebagai ibu hamil. "Saya curi-curi bekerja. Tambahan pula, wataknya sangat sesuai iaitu sebagai ibu hamil. Saya tidak perlu bergerak banyak dan penggambaran hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja. Jadi, apa salahnya asalkan saya utamakan kesihatan saya dan bayi dalam kandungan," balasnya. Disoal tentang jantina bayi yang bakal dilahirkan, Izreen hanya tersenyum dan memberitahu dia enggan mendedahkan jantina bayi yang bakal lahir. "Rahsialah, tunggu sampai saya lepas bersalin nanti (ketawa). Saya dan suami memang sudah tahu, tetapi kami ingin menjadikan saat kelahiran itu istimewa buat kami berdua. Jadi lebih baik rahsia dahulu daripada orang lain. "Saya percaya petua orang dahulu kata, jangan terlampau teruja dan seronok menyambut kelahiran anak pertama. Jadi, biarlah saya simpan semuanya sehingga saat akhir, nanti lambat laun orang akan tahu juga," tuturnya. Berbicara tentang perubahan berat badannya, Izreen memberitahu berat badannya kini mencecah 75 kilogram daripada berat asal iaitu 53 kilogram.
Dia bagaimanapun tidak bimbang dengan berat badan naik mendadak kerana menurutnya kenaikan berat badan adalah sesuatu yang normal. Selagi tidak menganggu kesihatannya, dia bebas makan apa sahaja. "Saya jenis yang makan apa sahaja yang ada depan mata. Tidak pernah mengidam, tetapi kalau sudah nampak memang saya akan makan banyak. Orang kata waktu hamil saya boleh makan sepuasnya, sebab semasa berpantang, saya akan berusaha untuk mendapatkan berat badan asal semula," katanya. Akui Izreen yang berdebar menanti kelahiran anaknya, dia merancang untuk melahirkan anak di Hospital Ampang Puteri, Selangor dan berpantang di Kuala Lumpur sahaja. "Memang mulanya saya merancang ingin berpantang di kampung halaman di Perlis, tetapi jauh sangat perjalanannya selepas bersalin. Suami pula kerjanya sebagai jurukamera tidak tentu masa dan lokasi, jadi lebih baik saya berpantang di Kuala Lumpur, mudah untuk suami melihat saya dan anak. "Saya tetap minta ibu saya datang ke Kuala Lumpur untuk menjaga saya ketika berpantang kerana ibu lebih memahami saya daripada orang lain," ujarnya yang akan kembali bekerja selepas hari raya Aidilfitri. Disoal apakah persiapan yang telah dilakukan untuk menyambut kelahiran anaknya, Izreen menjelaskan segalanya telah disiapkan memandangkan tempoh waktu untuknya bersalin cukup dekat. "Semua sudah siap, baju, kelengkapan bayi dan keperluan saya sendiri sebagai bakal ibu. Bila lihat barang-barang bayi, saya rasa tidak sabar untuk pegang anak sendiri, tetapi dalam masa yang sama bila dengar cerita rakan-rakan kesakitan waktu bersalin, saya jadi takut pula," katanya yang dijangka bersalin secara normal. Sama seperti ibu bapa yang lain, pastinya Izreen dan suami ingin yang terbaik untuk anak mereka. Namun, sebolehnya, Izreen enggan anaknya mengikut jejak langkahnya terlibat dalam bidang seni kerana tahu kesukaran sebagai penggiat seni. "Kalau boleh saya mahu dia berjaya dalam bidang akademik dan memilih kerjaya yang menjamin masa depan seperti peguam atau doktor. Jika, dia mahu terlibat juga dalam bidang seni, dia harus berjaya mendapat segulung ijazah terlebih dahulu," ceritanya tentang perancangan masa hadapannya.

Berlakon ketika sarat mengandung - Izreen Azminda

KETIKA diberitahu bahawa Izreen Azminda Mohd. Aznam merupakan salah seorang pelakon utama dalam telefilem Barakah, timbul persoalan kerana pelakon itu kini sedang sarat mengandung anak sulung. Sedangkan Izreen pernah membuat kenyataan bahawa dia mahu mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia lakonan dan kembali semula setelah habis pantang. Bagaimanapun, kesempatan untuk hadir ke majlis pelancaran telefilem Barakah terbitan Unit Drama dan TV RTM dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu di Melaka baru-baru ini, ternyata Izreen memang pelakon utamanya di samping Wan Raja. Ketika ditanya apa yang menyebabkan dia tetap ingin berlakon dalam keadaan yang sarat mengandung, Izreen menyatakan perasaan terlalu bosan sepanjang berehat di rumah menjadi faktor utama dia mahu meneruskan aktiviti lakonannya. "Kali terakhir saya berlakon adalah menerusi drama Ayu Tanggang pada Februari lalu dan kemudian saya ambil keputusan untuk berehat sehingga lepas habis pantang. "Namun begitu, sepanjang berehat di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti, saya tiba-tiba rasa terlalu bosan. Kemudian saya ditawarkan pula berlakon dalam telefilem Barakah dan memikirkan masih lagi mampu untuk berlakon saya terus menerimanya," ujarnya. Berkenaan dengan penerimaan suaminya, Muhammad Riza Baharudin terhadap keinginannya yang mahu terus berlakon, Izreen mengakui suaminya itu kurang bersetuju pada mulanya. Ujarnya, setelah diyakinkan bahawa watak yang dibawakannya itu agak ringan dan tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, akhirnya dia diberi keizinan oleh suami untuk terus berlakon. "Suami memang cukup risau apabila diberitahu yang saya bersetuju untuk berlakon dalam sebuah telefilem memandangkan usia kandungan saya yang sudah masuk tujuh bulan. "Memandangkan saya ini jenis wanita yang keras kepala, saya tetap memujuknya kerana terlalu bosan berada di rumah. Saya juga memintanya supaya tidak terlalu risau kerana yakin dapat menjaga diri sendiri sepanjang penggambaran," ujarnya. Selain kegigihannya untuk terus berlakon ketika sarat mengandung, Izreen turut mengambil keputusan nekad apabila berulang-alik dari Kuala Lumpur dan Melaka setiap hari. Menurut Izreen, ketika ini penggambaran telefilem tersebut sedang dilakukan di Melaka dan dia terpaksa memandu sendirian dari Kuala Lumpur ke lokasi penggambaran. "Sebenarnya sepanjang mengandung ini saya berasa kurang selesa untuk tidur di tempat lain. Saya lebih rela memandu selama dua jam, asalkan dapat tidur di rumah sendiri. "Tidak dinafikan cara sebegini memang cukup memenatkan kerana perlu berulang-alik setiap hari dalam keadaan sekarang, tetapi saya bersyukur kerana setakat ini tidak berasa terlalu penat," jelasnya yang menjalani penggambaran selama 10 hari. Bagaimanapun, pelakon itu menyatakan ia merupakan telefilem terakhir yang akan dilakonkan dan selepas itu barulah dia betul-betul akan berehat sementara menunggu waktu melahirkan anak yang dijangka pada bulan Julai ini. Rahsiakan jantina Bercerita lebih lanjut tentang kehidupan sepanjang mengandung anak sulung, Izreen memberitahu dia dan suaminya berasa cukup gembira menanti kelahiran cahaya mata mereka. Ujarnya, untuk persiapan pula kira-kira sudah 90 peratus selesai dilakukan, terutamanya membeli barangan bayi dan kini dia sedang membuat persiapan mental dan fizikal untuk bergelar seorang ibu. "Saya agak bernasib baik kerana sewaktu awal kehamilan dulu saya tidak mengalami sebarang alahan atau muntah-muntah seperti kebanyakan wanita mengandung yang lain, kecuali berasa sedikit penat. "Kini, saya sudah semakin selesa dalam keadaan sebegini dan masih mampu bergerak aktif termasuk berlakon. Lagipun, ramai yang kata wanita mengandung yang aktif mudah melahirkan anak," ujarnya. Berkenaan dengan jantina anak yang dikandungnya pula, pelakon itu memberitahu melalui pemeriksaan yang dilakukan dia dan suaminya memang sudah mengetahuinya. Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk tidak mengumumkannya lebih awal dan merahsiakannya terlebih dahulu sehinggalah dia bersalin nanti. "Selagi saya tidak bersalin biarlah jantina anak saya dirahsiakan dahulu. Lagipun pemeriksaan yang dilakukan itu tidak semestinya tepat, namun saya tidak kisah sama ada bayi yang akan dilahirkan nanti lelaki atau perempuan," jelasnya. Makin diterima Mengenai perkembangan terhadap kerjaya lakonannya pula, Izreen menyatakan dia cukup gembira kerana penampilannya di kaca televisyen semakin diterima ramai. Ujarnya, sepanjang bergelar pelakon selama lapan tahun, kini sudah ramai penerbit dan pengarah telah memberikan kepercayaan buat dirinya untuk melakonkan watak-watak utama. "Kerjaya lakonan saya bermula dari bawah iaitu sebagai pelakon tambahan sahaja. Kemudian kemunculan saya dalam drama bersiri Juvana pada tahun lalu menyebabkan nama saya mula menjadi sebutan ramai. "Selepas itu saya semakin dilimpahi dengan tawaran lakonan, terutamanya drama popular seperti Tentang Dhia, Julia dan Sehangat Asmara. Menerusi drama-drama tersebut peminat sudah mula nampak kebolehan saya dalam dunia lakonan," jelasnya. Ketika ditanya sama ada dia berasa kesal kerana mendirikan rumah tangga dan bakal memiliki anak ketika kariernya sedang memuncak, Izreen menegaskan tidak ada apa yang perlu dikesalkan kerana menganggap ia merupakan satu rezeki yang tidak ternilai. Ujarnya, dia sendiri seorang wanita yang begitu suka kepada kanak-kanak, malah dia dan suami tidak pernah merancang untuk memiliki cahaya mata dalam tempoh-tempoh tertentu. "Tidak dinafikan ramai yang beranggapan pelakon yang sudah berkahwin dan memiliki anak, maka rezeki dalam lakonan semakin berkurangan. Bagi saya, peminat sekarang sudah semakin bijak menilai. "Jadi, status seseorang itu sebenarnya bukanlah penghalang utama untuk meneruskan karier lakonan. Saya juga sangat berterima kasih kepada penerbit dan pengarah yang terus memberikan tawaran lakonan, meskipun kini saya sedang sarat mengandung," ujarnya mengakhiri bicara.

Selesa tanpa gosip - Izreen Azminda

APAN tahun mencuba nasib hanya kini namanya dikenali dan mengakui langsung tidak terkilan dengan kenyataan tersebut. Bagi pelakon Izreen Azminda Aznam, 28, dia percaya setiap yang berlaku mempunyai sebab tersendiri. Tatkala sedang mengukir nama, pelakon yang mula mendapat perhatian melalui drama bersiri Juvana ini mengambil keputusan berkahwin. Mengakui mendapat pendapat berbeza tentang pilihannya untuk berkahwin, bagi Izreen dia percaya rezeki itu bukan terletak di tangan manusia. Sedang asyik melayari alam rumah tangga, cukup tiga bulan usia perkahwinannya dengan jurukamera bebas, Muhd. Riza Baharudin, 30, mereka sekali lagi menerima kejutan apabila Izreen disahkan hamil. Mengakui teruja untuk bergelar seorang ibu, Izreen kini mengambil keputusan bercuti panjang demi menjaga kandungannya itu. "Ini merupakan anak pertama jadi perasaannya itu agak baru buat saya. "Usia kandungan saya kini mencecah lima bulan, jadi saya percaya adalah sesuatu yang baik untuk saya mengambil keputusan untuk bercuti panjang dari dunia lakonan sehingga habis pantang kelak," katanya. Bersyukur dengan rezeki yang diterimanya, Izreen mengakui masih lagi mendapat tawaran untuk berlakon walaupun sedang hamil. "Memang ada tawaran berlakon, malah mereka juga masih mahu saya membawakan watak yang dikatakan sinonim dengan saya iaitu watak antagonis. "Bagaimanapun, saya fikir dengan keadaan saya kini, lebih baik saya tumpukan dengan kandungan saya sahaja," katanya yang juga pelakon drama Tanggang Ayu yang kini ditayangkan di Astro Prima. Ditanya sama ada keputusan untuk bercuti itu diambil demi mengelakkan dia terus melakonkan watak-watak jahat ketika sedang hamil, Izreen mengakui memang ada yang menggusarkan hatinya. "Kadang-kadang takut juga jika anak dalam kandungan ini bakal terpengaruh dengan perasaan ibunya. "Malah sebelum berlakon juga saya akan cuba bercakap dengan kandungan saya, memberitahu yang saya hanya bekerja," katanya. Sedang dia memilih untuk berehat di rumah kini, Izreen memberitahu suaminya, Riza juga tidak melepaskan peluang untuk sentiasa bersamanya. Mungkin terlalu teruja, Izreen memberitahu suaminya kini tidak lagi mengambil kerja di luar Kuala Lumpur. "Kalau nak diikutkan kerja suami memang akan sentiasa berada di luar kawasan. "Bagaimanapun sejak beberapa bulan lalu dia hanya mengambil tawaran kerja di sekitar Kuala Lumpur sahaja," katanya. Berkongsi pengalaman sepanjang hamil lima bulan, menurut Izreen dia dan suaminya sangat bersyukur kerana tidak mengalami sebarang alahan. Malah tiada apa yang paling menggembirakan hati mereka apabila mengetahui kandungan itu juga dalam keadaan sihat. "Saya mahupun suami memang tidak mengalami sebarang alahan. Mula-mula itu memang hairan juga apabila rakan-rakan lain sibuk berkongsi pengalaman pertama mereka. "Bagaimanapun kami membuat kesimpulan mungkin kandungan saya ini memahami keadaan ibunya yang sedang bekerja, dan tiada apa yang lebih penting dari untuk mengetahui kandungan saya sihat," katanya.

Izreen Azminda Mudah Melenting Gara-Gara Hamil

KUALA LUMPUR: Pelakon Izreen Azminda berasa pelik kerana mempunyai tabiat luar biasa iaitu mudah melenting tanpa sebab pada peringkat awal kehamilannya. Pemilik nama penuh Izreen Azminda Aznam, 28, ini berkata, bagaimanapun sikap buruk itu berjaya dikawal dan beransur hilang selepas tiga bulan hamil. “Saya tidak tahu kenapa selalu naik hantu ketika awal kehamilan dulu? Ada sahaja yang tidak kena di mata dan saya cepat marah. “Mungkin faktor hormon tidak stabil tetapi alhamdulillah sikap buruk itu semakin hilang kerana saya dapat kawal (kemarahan) kebelakangan ini,” katanya kepada mStar Online. Izreen kini hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan jurukamera Muhd Riza Baharudin, 30, pada 30 Ogos tahun lalu. Ditanya mengenai pengalaman hamil buat kali pertama, Izreen berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan atau mengidam yang teruk.
“Alhamdulillah saya dan suami sangat gembira dengan kandungan ini. Kini memasuki bulan keempat, saya berasa selesa dan tidak alami alahan atau mengidam yang teruk. “Saya masih aktif bekerja di dua set penggambaran sekarang iaitu drama Sehangat Asmara dan Tanggang Ayu,” katanya. Tambah Izreen, dia terpaksa bekerja keras ketika ini selagi terdaya sebelum berehat panjang bermula awal Mac depan. “Sementara masih larat biar saya kerja untuk kumpul duit. Nanti bermula awal Mac saya akan berehat terus sehingga tarikh bersalin yang dijangka pada Julai depan. “Namun, saya selalu berhati-hati dan tidak lasak sangat di lokasi. Saya mesti habiskan penggambaran sebelum pukul 12 tengah malam sebab badan mudah letih akhir-akhir ini,” katanya. Izreen berkata, dia juga terpaksa menolak banyak tawaran lakonan ekoran perubahan ketara pada fizikalnya kerana memiliki kandungan bersaiz besar. Terbaharu, drama lakonannya Sehangat Asmara akan mula ditayangkan pada 21 Januari ini, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).

Itu hak Nabila - Izreen

AKTRES Izreen Azminda, 27, nampaknya semakin popular selepas mendirikan rumah tangga dengan jurukamera, Muhammad Riza Baharudin pada 30 Ogos lalu. Terkini, namanya menjadi sebutan gara-gara watak antagonis, Sofia yang dibawakan dalam drama berjudul Julia lakonannya bersama aktor Fizo Omar dan Nabila Huda. Bagaimanapun, Izreen yang pernah dihambat kontroversi cinta dengan aktor Johan As’ari berharap selepas bergelar isteri orang, dia enggan lagi dikaitkan dengan mana-mana kontroversi yang boleh mencalarkan reputasinya. Kosmo!: Bagaimanakah dengan kehidupan selepas berkahwin? IZREEN: Alhamdulillah, semuanya okey. Walaupun jadual lakonan saya agak padat, saya masih sempat menguruskan suami. Suami juga amat memahami kerana bekerja dalam bidang yang sama. Berlakon dalam drama Julia bersama Nabila Huda yang kini rapat dengan Johan, bagaimanakah hubungan kalian? Saya dan Nabila tidak ada sebarang masalah, malah saya cukup senang dengan sikapnya. Soal dia berkawan rapat dengan Johan, itu hak Nabila bukannya urusan saya. Perkara yang lepas saya tidak mahu fikir lagi. Jika anda bertemu dengan Johan di sebarang acara hiburan adakah akan bertegur sapa? Bagi saya apabila bekerja seperti menghadiri acara hiburan, saya mengambil sikap profesional. Namun, suami saya menasihatkan saya supaya tidak berlakon dengan Johan untuk mengelakkan kontroversi bukan sebab marah atau berdendam. Maknanya selepas ini, watak lakonan akan lebih terbatas selepas bergelar isteri? Rasanya semua orang yang berkahwin akan menjaga batasan, begitu juga dengan saya. Saya bersyukur kerana berkahwin dengan suami yang faham kerjaya sebagai pelakon. Selalunya saya akan berbincang dengan suami terlebih dulu sebelum menerima tawaran. Terbaru, saya akan berlakon di hadapan suami yang akan menjadi jurukamera dalam drama Sehangat Asmara lakonan bersama Adi Putra dan Rita Rudaini.

Izreen Azminda 'Tiada Disiplin' Kerana Masalah Penyakit

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda berkata tindakannya menjauhkan diri daripada khalayak selain kurang mendapat publisiti sejak mendirikan rumah tangga bukan disebabkan masalah disiplin seperti diperkatakan. Sebaliknya, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 27, berkata, dia terikat dengan jadual penggambaran yang padat selain mengalami masalah kesihatan selepas berkahwin dengan jurukamera Mohammad Riza Baharuddin pada 30 Ogos lalu. "Saya memang sibuk dengan penggambaran sebaik sahaja melangsungkan perkahwinan hampir dua bulan lalu. "Saya tahu dakwaan kononnya saya mempunyai masalah disiplin timbul apabila saya tidak dapat menghadiri majlis pelancaran sebuah drama baru-baru ini. "Perkara itu tidak disengajakan kerana saya jatuh sakit pada hari tersebut," ujarnya ketika ditemui pada program Jelajah ASK 2012 di sebuah pusat beli-belah di sini, baru-baru ini. Pasangan itu bernikah di kampung halaman Izreen di Alor Setar, Kedah. Izreen berkata, keadaan kesihatan yang tidak menentu kerana masalah tekanan darah rendah yang dialaminya menyebabkan dia dituduh sedemikian. "Sebenarnya saya memang mempunyai masalah tekanan darah rendah sejak dulu lagi tetapi keadaan bertambah buruk apabila saya terbabit dalam penggambaran tanpa henti sejak lepas kahwin. "Bayangkan, saya menghabiskan masa dan berbulan madu dengan suami pun melalui projek drama yang kami sama-sama terlibat. "Mungkin sebab itu ada pihak salah anggap dan membuat andaian saya sengaja menjauhkan diri sedangkan saya sibuk sehingga hari ini," katanya. Ditanya mengenai pengalaman berumah tangga, Izreen berkata, status isteri membawa perubahan besar kepada kehidupannya. "Banyak perubahan besar saya alami dalam perkahwinan ini. Ia mengajar saya mengenai soal tanggungjawab dan penampilan diri. "Sebelum ini saya seorang yang kasar dan lasak tetapi perkahwinan ini mengubah saya menjadi semakin feminin dan lembut," katanya yang masih belum dikurniakan rezeki untuk hamil. Terbaru, Izreen masih lagi terikat dengan penggambaran drama bersiri Julia yang kini ditayangkan di TV3. Selepas ini, dia bakal memasuki set penggambaran drama 30 episod berjudul Sehangat Asmara pula.

Manifestasi cinta Izreen-Riza

Aku ingin engkau slalu Hadir dan temani aku Disetiap langkah Yang meyakiniku Kau tercipta untukku Meski waktu akan mampu Memanggil seluruh ragaku Ku ingin kau tau Ku slalu milikmu Yang mencintaimu Sepanjang hidupku BAIT-BAIT lirik lagu Kau Tercipta Untukku dendangan kumpulan Ungu menyambut kehadiran tetamu pada majlis pernikahan pelakon popular Izreen Azminda Aznam, 27, dan Muhd. Riza Baharuddin, 29, yang berlangsung di Darulaman Golf and Country Club di Jitra, Kedah. Lagu tersebut yang dimainkan berulang-ulang kali sebelum Izreen selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya menjadi tanda tanya buat tetamu yang hadir. Usai upacara ijab dan kabul barulah tanda tanya mengenai lagu tersebut dirungkaikan sendiri oleh Riza. Rupa-rupanya lagu itu menjadi manifestasi cinta Riza buat Izreen yang telah sah menjadi suri dihatinya setelah percintaan mereka selama ini dipenuhi ranjau dan duri. "Saya harap Izreen dapat menjadi seorang isteri yang solehah, dapat jaga saya serta anak-anak kami nanti," kata Riza yang berharap perkahwinan yang dibina bersama Izreen akan diserikan dengan kehadiran tiga orang cahaya mata. Malah Riza juga mengaku telah memilih nama untuk anak-anak mereka namun memilih untuk menrahsiakannya daripada pengetahuan umum. Pasangan merpati dua sejoli itu pernah melalui pelbagai siri kontroversi sebelum selamat diijabkabulkan. Si dara, Izreen yang mula terkenal melalui lakonan sebagai Cikgu Zakiah dalam drama Juvana di TV3 terpalit dengan kontroversi apabila kisah cintanya dengan salah seorang pelakon drama itu, Johan As'ari menjadi perhatian umum. Apabila cinta dengan Johan tidak kesampaian, kisahnya bersama jurukamera bebas, iaitu Riza seorang duda anak satu pula hangat diperkatakan. Ternyata pernikahan mereka yang berlangsung pada 30 Ogos yang merupakan tarikh lahir Izreen itu bagaikan satu kelahiran baru untuk mereka berdua dan hadiah hari jadi yang paling istimewa untuk Izreen yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Anggun dalam persalinan berwarna biru turquoise pada malam pernikahannya, sinar mata Izreen ternyata amat bahagia dengan pengakhiran kisah kontroversinya dengan Riza. Ketika ditemui, pelakon itu berkata, kesemua kontroversi yang melanda membuatkan mereka berdua lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan. "Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku. Disebabkan semua ini, saya berjumpa dengan orang yang lebih baik serta sentiasa berfikiran positif. "Saya akui kontroversi membuatkan saya dikenali. Nnamun, saya harap selepas pernikahan ini, saya mahu lebih dikenali dengan lakonan bukan dengan kontroversi semata-mata," katanya.

Baru berkahwin sudah berpisah - Izreen Azminda

PERKAHWINAN mereka masih baharu, namun ujian getir menanti apabila mereka terpaksa berpisah. Itu takdir yang melanda pasangan pengantin baharu, aktres Izreen Azminda dan suaminya, jurukamera, Muhammad Riza Baharudin atau Riza. Belum pun puas bermesra sebagai suami isteri selepas dinikahkan pada 30 Ogos lepas, pasangan ini sudah pun diuji apabila terpaksa berpisah selama 13 hari dek tuntutan kerjaya masing-masing. Izreen terbang ke Seoul, Korea Selatan kira-kira 24 jam selepas majlis persandingan pada sebelah malam 31 Ogos bagi mengikuti kru produksi untuk penggambaran drama bersiri, Julia. “Pada pukul 11.30 malam 1 September (lalu) saya berangkat ke Korea Selatan. Tipu jika saya kata tidak sedih meninggalkan suami. Pertama kali kahwin dan baru mahu merasai hidup berumah tangga terpaksa 'berpisah','” ujar Izreen. Biarpun terpaksa melalui ujian getir itu, namun tanggal 30 Ogos 2012 sebenarnya telah menjadi detik istimewa dan bersejarah bagi pemilik nama Izreen Azminda Aznam. Jika pada tahun-tahun sebelum ini, aktres penuh karakter ini menyambut hari lahir dengan hanya menerima hadiah seperti coklat, bunga dan anak patung, namun pada ulang tahun ke-27 pada tahun ini, ‘hadiah’ yang diperoleh amat berbeza dan istimewa. Bak bait lagu nyanyian kumpulan Ungu, Kau Tercipta Untuk Ku yang berkumandang sejurus sebelum ketibaan Izreen bersama pasangannya, Muhamad Riza Baharudin atau Riza di Dewan Gemilang, Darulaman Golf & Country Club, Jitra, Kedah yang menjadi lokasi pernikahan mereka, nyata Riza pula ‘dicipta' Tuhan untuk Izreen. Mereka disatukan menerusi simpulan tali suci pernikahan yang mahu diikat kuat hingga nafas terakhir. Dengan dua kali lafaz penuh berkat, ijab dan kabul maka termeterai janji setia bagi membina bahtera bahagia bergelar suami isteri. “Ini hadiah ulang tahun kelahiran paling besar dan cukup istimewa bagi saya. Riza sudi mengahwini saya. Bukan mudah untuk mencari lelaki yang mahu memberi komitmen,” tutur Izreen. Pemilihan tarikh ini juga cukup istimewa bagi Izreen kerana ia ditetapkan sendiri ibunya, Azizah Hasan dan siapa lagi, kalau bukan Riza. “Saya seorang yang sangat pelupa, tidak ingat tarikh penting. Jadi ibu dan Riza memilih 30 Ogos bagi mudah saya ingat kerana ia tarikh kelahiran saya dan kini menjadi tarikh pernikahan kami,” tutur Izreen yang cukup terkenal menerusi drama rantaian Juvana dan Tentang Dhia itu.
Debaran berakhir Pasangan raja sehari itu selamat diijab kabul bapa Izreen sendiri, Mohd. Aznam Mohd. Noor tepat pukul 9.50 malam sambil bersaksikan Zakaria Abd. Rahman, 61, dan Mohamad Abdullah, 55. Dengan sembilan dulang hantaran dari Riza berbalas 11 dulang dari Izreen, termaktub juga janji setia mereka hingga akhir hayat. Wang hantaran RM19,001 berserta mas kahwin RM999 mengukuhkan lagi ikrar mereka untuk melayari bahtera rumah tangga. Mengakui begitu berdebar menanti detik bergelar isteri Riza, kata Izreen bukan sehari dua dia menanggung ‘beban’ itu, tetapi ia bermula sejak dari tarikh menerima lamaran Riza pada akhir tahun lalu. “Selagi majlis (perkahwinan) tidak selesai, selagi itu saya berdebar-debar. Dan rasa sebagai orang baharu, jika sebelum ini bujang sekarang sudah berdua dan ada tanggungjawab sebagai isteri,” tutur Izreen yang merupakan anak kedua dari tiga beradik itu. Dalam pada itu disebabkan inilah pertama kali bergelar isteri, Izreen yang begitu teruja melihat ikatan perkahwinannya itu sebagai pengalaman baharu yang amat mencabar. “Ketika Riza mula melamar dan saya menerimanya, bermakna saya sedia memikul tanggungjawab sebagai isteri. Riza seorang yang romantik bagi perempuan macam saya yang kasar dan ada kala agresif. “Saya kuat memberontak tetapi Riza tenang sahaja. Saya berharap Riza dapat menjaga saya dengan penuh tanggungjawab dan sebaik mungkin serta menyayangi saya dengan sepenuh hati,” bicara Izreen sambil menguntum senyuman manis. Riza yang cukup mesra ketika ditemui wartawan usai majlis akad nikah, pantas berkata: “Apabila tiba tarikh ini (di masa hadapan) saya kena beri dua hadiah kepada Izreen. Lagipun kami dapat meraikannya serentak sebagai ulang tahun kelahiran dan perkahwinan.” Riza pula mengakui dia juga turut dilanda debaran, terutama sejurus sebelum upacara akad nikah dijalankan. “Saya amat bersyukur kerana debaran menjadi suami berakhir dengan baik. Ini tanggungjawab Allah kepada saya,”' ujar jurukamera yang sudah enam tahun bergiat aktif dalam industri perfileman itu. Bagi lelaki berusia 29 tahun itu, ini bukan perkahwinan kali pertamanya kerana ‘masjid’ yang dibina sebelum ini tidak ke penghujung. “Saya akan menjaga Izreen seperti saya jaga diri saya dan menyayangi dia lebih dari sayang diri sendiri. Saya tidak mahu ulang apa yang berlaku sebelum ini iaitu bernikah dan bercerai. Kalau boleh biar perkahwinan ini sampai akhir hayat,” ujar Riza yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Mengulas mengenai sikap kasar Izreen pula, kata Riza, isterinya itu tetap menyerlah sisi kelembutan dalam dirinya dan itulah yang nyata telah berjaya memikat hatinya. “Saya nampak sifat keibuan Izreen apabila melayan kanak-kanak. Moga Izreen menjadi isteri solehah, untuk mendidik dan menjaga anak-anak saya sampai pandai dan jangan cepat marah,” seloroh Riza yang mengimpikan tiga orang cahaya mata.
Hikmah kontroversi Apabila menyebut nama Izreen dan Riza, sejarah ‘hitam’ tidak boleh lari dari diari hidup mereka dengan himpitan kontroversi. Izreen diuji gara-gara pernah mendakwa bercinta dengan aktor Johan As’ari yang bergandingan dengannya dalam drama Juvana, sedangkan Johan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Justeru apabila perancangan Izreen dan Riza untuk bertunang dicium media, timbul pula kontroversi pada pihak Riza. Seperti biasa laman internet menjadi medan yang kononnya cuba membogelkan kisah sebenar Riza sekali gus dilihat sebagai percubaan dalam menghalang pertunangan mereka. Kononnya dalam salah sebuah blog gosip ada individu tertentu yang didakwa menghantar emel menampilkan kenyataan pencetus daripada seorang pengurus produksi yang hanya dikenali sebagai Rafeda. Dakwa Rafeda, dia merupakan tunangan Riza dan Izreen pula dilabelkan sebagai perampas tunangan orang. Tidak cukup dengan itu, Riza juga didakwa pernah berkahwin dengan bekas isteri pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud yang mana kes mereka juga pernah menjadi isu panas apabila Badrul meninggalkan Julia yang ketika itu sarat mengandung anak pertama mereka. Rafeda juga mendakwa dia dan Riza pernah bercuti ke luar negara dan masih menyimpan segala bukti yang berupa gambar-gambar dan rakaman video sepanjang percutian mereka itu. Rafeda turut didakwa pernah mengandung anak luar nikah daripada benih Riza, tetapi Riza telah mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan Rafeda kerana ketika itu Riza masih bergelar suami kepada Julia. Dari sudut pandang Izreen, kontroversi itu banyak mengajarnya supaya lebih berhati-hati pada kemudian hari dan percaya apa yang berlaku itu ada hikmah. “Ia mengajar saya menjadi lebih baik. Saya berjumpa dengan orang yang lebih baik. Fikir positif ke depan, kontroversi mengajar saya sebagai pendatang baharu dalam industri,” tutur Izreen. Menurut Izreen, ketika mengharungi kontroversi tersebut, dia menerima banyak sokongan serta semangat daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat sekali gus dapat mengharungi tahun 2012 dengan ‘bersih’. “Tahun ini membuatkan saya boleh bernafas dengan tenang sebab tahun lepas nak buat kerja pun tidak boleh. Apa pun, tahun ini saya banyak dekatkan diri dengan penonton menerusi karakter dalam lakonan dan banyak fokus kepada kerjaya. Peminat mengenali saya dengan lakonan, bukan lagi kontroversi. “Apa yang berlaku, kita perlu selidik dahulu. Harap dengan pernikahan ini dapat menutup kontroversi lalu dan mendatang. Saya minta peminat doakan yang terbaik untuk kami,” ujar Izreen yang membintangi dua buah filem pada tahun depan iaitu Pecah dan Pak Pong. Riza yang turut menjadi ‘watak utama’ dalam pakej kontroversi itu sudah tidak mahu lagi mengingatinya kerana telah menjelasnya sebelum ini dan meminta pihak terbabit tampil dengan bukti. “Tiada pun pihak yang tampilkan bukti. Nyata perkara ini fitnah dan tidak wujud sebaliknya sengaja diada-adakan. Kami harus saling mempercayai,” ujar Riza yang terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod, Monumen Cinta untuk slot Lestari selepas ini.

Debaran bakal isteri - Izreen

SATU perubahan besar bakal berlaku dalam hidup pelakon sensasi, Izreen Azminda Aznam pada tahun ini. Ini kerana kurang lebih dua minggu lagi, wanita berusia 27 tahun ini akan melangkah ke gerbang perkahwinan setelah setahun menyulam cinta. Memilih Muhd. Riza Baharudin, 29, sebagai teman hidupnya, Izreen yang popular dengan drama Juvana dan Tentang Dhia ini nyata tidak dapat menyembunyikan debarannya tatkala jari menghitung hari bahagia yang semakin menghampiri. Izreen juga sama seperti mana-mana bakal pengantin lain. Perasaannya kini bercampur-baur. Ada rasa teruja, ada rasa gemuruh dan kadangkala mindanya runsing apabila memikirkan apakah langkahnya ini mampu terikat hingga ke hujung nyawa. Namun, empunya diri sedaya upaya menguatkan emosinya agar tenang kembali. Mungkin juga kerana dia percaya bahawa cinta yang dibina mampu menjadi pemangkin yang kukuh buat hubungan mereka berdua. Barangkali ada yang masih belum tahu bahawa ini adalah perkahwinan kedua buat Riza dan yang pertama buat Izreen. Sejak dari awal, Izreen sudah tahu, pasti ada tanggapan yang skeptikal apabila melihat keputusannya untuk membina hidup dengan seorang duda. Itu semua diketepikan Izreen kerana di matanya, cuma dia sahaja yang tahu dan mengenali siapa sebenarnya Riza. “Tidak dinafikan, saya mendapat tentangan yang hebat sebelum ini apabila menjalinkan hubungan dengan Riza. Bukan dari keluarga, tapi dari orang sekeliling. “Ya, dia memang seorang duda. Tapi saya menerima dia seadanya dan begitu juga penerimaannya terhadap saya. “Bagi saya, seburuk mana pun seseorang itu pernah melakukan kesalahan, dia wajar diberikan peluang untuk berubah. Kita bukan Tuhan atau malaikat. “Jadi kenapa kita perlu menghukum orang sedangkan dia berniat mahu berubah ke arah kebaikan? Biarlah apa orang mahu cakap sebab hanya Tuhan sahaja yang tahu. “Bagi saya tidak ada isu sama ada kahwin kali pertama atau kedua, kahwin duda atau bujang, asalkan dia boleh menjaga kita dengan baik dalam susah mahupun senang, itu sudah memadai, " katanya. Menurut Izreen, dia melihat kontroversi hubungannya sebelum ini sebagai satu sisi positif yang mungkin tak dapat dilihat oleh mata kasar. Baginya, hikmahnya cukup besar kerana ia secara tak langsung mematangkan dirinya. Selain itu, kontroversi itu juga membuatkan dia lebih dekat dan mengenali Riza sepenuhnya. Galas tanggungjawab Perkahwinan bukan satu perkara main-main kerana sekali melangkah ke fasa itu, baik si suami dan si isteri, kedua-duanya kemudian memegang amanah dan tanggungjawab. Meskipun tahu, kehidupannya selepas bergelar isteri selepas ini mungkin tidak akan sama seperti zaman bujangnya, namun dia sudah cukup bersedia. “Bergelar seorang isteri memang banyak tanggungjawabnya. Banyak juga cabarannya kalau nak dibandingkan dengan hidup sendiri. “Tapi bila kita dah bersedia untuk mendirikan rumahtangga, itu sekali gus memberi makna yang kita sedia untuk pikul tanggungjawab. “Sebenarnya, bagi saya, nikmat berumahtangga itu sangat indah bagi seorang wanita jika kita berada di landasan yang betul. “Apalagi kalau kita dikurniakan cahaya mata. Mana-mana wanita akan berasa cukup sempurna hidupnya apabila dia mempunyai zuriat dan keluarga yang bahagia, “ ujarnya. Belajar masak Satu yang perlu anda tahu mengenai Izreen, dia adalah seorang wanita yang jarang sekali ke dapur. Mengaku kurang pandai memasak, kata Izreen, dia sedari awal sudah memberitahu pada tunangnya itu bahawa dia cukup lemah dalam bab ini. Pun begitu, sekurang-kurangnya Izreen berusaha untuk menyediakan dirinya sebagai seorang isteri yang sempurna dengan belajar memasak walaupun tidak seenak masakan chef ternama. “Saya ni orangnya dahlah kasar. Tak berapa nak feminin sangat. Sebab tu bila cakap pasal masak ni, saya memang lemah sikit. Lagipun, bila sibuk dengan penggambaran, masa untuk ke dapur tu memang tidak ada. Biasa makan di luar saja. “Tapi sekarang saya dah mula belajar sikit-sikit. Masakan pertama yang saya buat adalah sardin, kari dan ayam masak kicap. “Itu pun saya rasa macam tak berapa pandai. Tapi yang bagusnya, Riza tak banyak kerenah dan tak merungut. Kalau masin ke tawar ke, dia telan saja. “Lepas habis makan barulah dia tegur. Agaknya nak jaga hatilah tu," seloroh Izreen. Ingin hidup tenang Dari pemerhatian Izreen, tahun ini, merupakan tahun yang menyaksikan dia bersih daripada sebarang kontroversi. Bersyukur di atas rahmat-Nya, Izreen memasang azam untuk meneruskan kehidupannya selepas bergelar isteri kelak dengan lebih baik. Namun, itu tidak bermakna Izreen mahu melepaskan karier lakonannya begitu sahaja. Baginya, untuk berbuat demikian adalah sesuatu yang mustahil apalagi dia menganggap bidang lakonan umpama nyawanya. “Saya akan terus berlakon macam dulu walaupun sudah berkahwin. Riza mengizinkan sejak awal dan sudah memahami kehendak saya. “Cuma, saya harap, dengan perkahwinan ini, tidak akan ada lagi kontroversi membabitkan diri saya. “Saya akui, selama dihinggap pelbagai isu sebelum ini, fikiran saya terganggu dan saya tertekan. Sekarang saya cuma mahu hidup tenang. Tuhan telah memberikan Riza untuk hadir menemani saya sepanjang hidup. “Alhamdulillah, saya rasa selamat dengannya. Bila disatukan nanti, insya-Allah, saya akan jadi isteri yang baik dan taat padanya. Bagi saya, Riza adalah lelaki terbaik dan doakanlah agar kami bahagia hingga ke akhirnya," katanya. Doa buat Johan Bukan bermaksud mahu mengungkit cerita lama mahupun mendabik dada kerana dirinya kini sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga. Bukan itu maksud Izreen, walau satu ketika dahulu, dia dan pelakon Johan As’ari pernah bercinta. Kemudian, cerita cinta mereka juga diiringi dengan kontroversi yang tak berkesudahan kerana Johan ketika itu, enggan mengaku dia dan Izreen sedang menjalin hubungan cinta. Banyak tohmahan dilemparkan pada Izreen yang ketika itu mungkin naif dan masih hijau dengan perkara-perkara seperti ini. Itu semua cerita lapuk. Masing-masing juga sudah membuka lembaran baru. Namun, atas dasar seorang kenalan lama, Izreen tampil memberi secebis nasihat buat teman lamanya itu. “Apa yang terjadi antara kami sebelum ini, adalah satu hikmah dan dah jadi sejarah silam. Saya tak mahu bermusuhan dengan dia. “Saya doakan agar dia menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ini. Nak cakap lebih pun tak boleh sebab saya dengan dia dah tak ada apa-apa. “Tak apalah, kita semua doakan sajalah apa yang terbaik untuk dia," katanya.

Izreen Azminda Kahwin Bukan Sebab Kecewa Dengan Johan As’ari

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda berkata perancangan untuk berkahwin dengan Muhd. Riza Baharudin pada 30 Ogos depan bukan dipengaruhi perasaan kecewa selepas kegagalan hubungannya dengan aktor Johan As’ari. Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 26, berkata keputusan mengahwini jurukamera bebas berusia 29 tahun itu adalah kerana dia sudah tidak sabar untuk bergelar isteri selain memiliki anak sendiri. “Saya berkahwin bukan kerana marah, kecewa atau mahu membuktikan sesuatu kepada Johan. Tiada apa yang hendak dikenangkan, perkara itu sudah berlalu. Biarlah ia jadi teladan. “Saya sudah bertemu dengan lelaki yang sesuai, jadi apabila Riza melamar, buat apa saya tunggu lama-lama. Lagipun, saya bukannya muda sangat. Pada tarikh pernikahan kami pada 30 Ogos depan, umur saya akan mencecah 27 tahun,” katanya kepada mStar Online. Aktres drama Tentang Dhia itu bertunang dengan Muhd. Riza di Pusat Aktiviti Pejabat Daerah Kota Setar, Kedah pada 1 Januari lalu. Pada majlis itu, kedua-dua pihak sudah menetapkan wang hantaran sejumlah RM19,001 dan mas kahwin RM999 untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung kira-kira 10 hari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Ditanya mengenai kontroversi yang mendakwa tunangnya seorang lelaki yang bermasalah dan bukan seorang yang berkedudukan tinggi, Izreen berkata dia menerima lelaki itu kerana yakin dan serasi untuk hidup bersama. “Apa juga yang pernah berlaku dalam hidup saya atau Riza adalah perkara yang lepas dan tidak mahu dikenangkan lagi. Orang luar boleh bercakap dan membuat andaian apa saja walaupun mereka tidak mengetahui cerita yang sebenar. “Saya menerima dia kerana keserasian dan kepercayaan walaupun kami baru berkawan dalam tempoh yang singkat,” katanya. Ringkas mengenai perkembangan terkini, Izreen berkata dia baru saja menamatkan penggambaran drama bersiri Suri untuk TV3 dan telefilem Janji 7 Sepi (TV9). “Saya baru sangat menamatkan penggambaran drama Suri untuk TV3. Tidak lama lagi telefilem terbaru lakonan saya di samping Neelofa dan Beto Kusyairy berjudul Janji 7 Sepi akan ditayangkan di TV9. “Sekarang saya sedang terlibat dengan penggambaran program Jalan Jalan Cari Makan (TV3) sebagai tetamu undangan,” katanya yang bakal muncul dengan dua filem Pak Pong dan Pecah pada tahun depan.

Berpada-pada jadi jahat - Izreen Azminda

BERTEMU pelakon cantik ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini adalah masa terbaik untuk dia bercerita mengenai saat indah yang bakal ditempuhi. Mungkin juga dia cuba mengalih perbualan daripada ditanya kemelut lama atau ingin terus meletak sepenuhnya fokus kepada jalan cerah di hadapan. Jelas Izreen Azmindar Mohd Aznam, 26, kini tiada lagi rasa gusar menyelubungi jiwanya kerana apa yang mampu disimpulkan, semua kisah pahit itu sudah lama berlalu. Apa yang menjadi keutamaannya kini, perancangan meniti alam perkahwinan dan mengorak langkah sebagai anak seni terlanjur rezeki datang melimpah-ruah. “Alhamdulillah dan saya bersyukur dengan apa yang sudah tersurat buat saya.
Inilah yang dikatakan takdir yang sudah ditentukan buat kita sebagai manusia. Walaupun pernah saya tidak henti menangis kerana mengenangkan nasib menjadi pendatang baru dalam dunia lakonan serta kisah kontroversi yang pernah mengaitkan nama saya sebelum ini, akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan. “Siapa sangka, selepas hampir enam tahun sebagai pelakon, baru kini saya rasa selesa dengan kepercayaan daripada banyak produksi serta peminat mula buka mata dengan bakat yang dipamerkan. Alhamdulillah kerana usaha dan kesungguhan ini akhirnya diberikan ganjaran yang setimpal dan mampu saya anggap hadiah buat diri sendiri. “Sekarang apa yang penting adalah terus berusaha memperbaiki mana yang kurang dan lemah selain terus memasang niat untuk menjadi yang terbaik,” katanya yang baru saja selesai penggambaran drama siri Jangan Ambil Padang Kami dan bersedia ke set drama Suri pula selepas ini. Tambahnya lagi, selain lapangan lakonan yang sudah boleh membuatkannya tersenyum bangga, wanita yang ramah dan rendah diri ini sedang menghitung hari menjelang saat bahagia dengan lelaki idaman. Mengenali Muhamad Riza Baharudin juga seorang jurukamera produksi berusia 29 tahun sejak akhir tahun lalu ketika berlakon dalam drama Tentang Dhia, hatinya mula terusik dan yakin dengan keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan. Lantas tanpa perlu gusar dan berteka-teki, Izreen menerima kunjungan merisik daripada pihak lelaki pada 10 Disember lalu sebelum melangsungkan majlis pertunangan yang hanya dihadiri keluarga dan teman terdekat pada 1 Januari lalu. Izreen dan tunangnya, Riza, kemudian sepakat memilih tarikh 30 Ogos ini untuk majlis akad nikah dan keesokan harinya untuk majlis resepsi di kampung halamannya di Jitra, Kedah. “Inilah detik bahagia yang saya nantikan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan kami sepakat untuk melangsungkan perkahwinan pada penghujung Ogos ini yang kebetulan pada tarikh lahir saya yang ke-27. Inilah jodoh dan suratan buat kami berdua. “Semuanya berlaku terlalu pantas dan kami bersyukur kerana keluarga menjadi tulang belakang yang tidak henti menyokong dan membantu. Apa yang membuatkan saya yakin pada Riza adalah ketelusan hatinya dan sikap jujur yang ada padanya benar-benar membuatkan saya tersentuh. Perkenalan kami memang singkat, namun keserasian dan persefahaman yang ada membuatkan kami yakin untuk mengikat perjanjian hidup. “Soal lakonan tidak pernah menjadi penghalang kerana bakal suami adalah orang yang bekerja dalam industri. Dia memang memahami dan tidak pernah menghalang untuk saya terus aktif kerana sejak awal kami berkawan, dia sudah tahu minat dan kesungguhan saya dalam lapangan ini. Cuma saya kena memilih skrip yang bersesuaian selepas ini. “Mak�lumlah walaupun bakal suami saya ‘sporting’ tapi kadang-kadang saya kena tegur juga kalau banyak sangat babak berpegangan atau berpelukan. Malah dia juga pesan agar jangan lagi saya melakonkan watak antagonis yang melampau seperti menjadi pelacur kerana tidak gemar menonton dan bimbang akan persepsi orang sekeliling,” katanya. Izreen berkata, dia sedia terima segala teguran dan menghormati permintaan tunangnya itu. “Selama ini, dia lelaki yang setia mendengar segala macam rungutan dan masalah saya. Bukan sekadar menjadi sahabat, dia juga penguat semangat untuk saya terus berdiri sebagai seorang pelakon. “Doakan kebahagiaan kami berdua berpanjangan,” katanya yang pernah membintangi drama Gelora Di Hati Sara 2, Sutera Maya, Isabella, Nenek Kebaya dan Samson Delaila. Nama pelakon popular ini mula dikenali selepas melakonkan watak Cikgu Zakiah dalam drama yang mencetuskan fenomena, Juvana selepas lebih lima tahun berkelana membina nama. Namun ketika itu juga saat namanya berada di atas, episod ‘teka-teki’ termasuk dengan pelakon Johan Asha’ri pula datang menghimpit. Tatkala kisah lama itu mula ditanyakan, graduan jurusan kewartawanan di Akademi TV3 ini enggan mengimbau kembali kerana lebih suka bersikap optimis. Jangan Ambil Padang Kami realistik, jujur MENYENTUH soal lakonannya pula, Izreen bersyukur kerana semakin dekat dengan tarikh perkahwinannya, makin banyak pula tawaran lakonan yang diterima. Meskipun pernah juga terdengar akan stigma kononnya seseorang pelakon wanita itu akan hilang populariti sebaik berkahwin, semua itu hanya satu pandangan individu semata-mata kerana setakat ini jelasnya, rezeki buatnya melimpah-ruah hingga ada yang terpaksa ditolak kerana jadual yang bertindih. “Alhamdulillah kerana tidak mudah meraih kepercayaan orang dan kini ramai pula yang datang yakin akan bakat saya. Itu semua adalah berkat kesungguhan dan usaha saya selama ini yang tidak pernah jemu untuk terus belajar. “Insya-Allah setakat ini saya sudah pun habis penggambaran tiga buah filem iaitu Pecah bersama Tony Eusoff dan Fizz Fairuz, Pak Pong arahan sulung Fauzi Nawawi dan Penjara bersama Erra Fazira dan Marsha. Semuanya mungkin akan ditayangkan penghujung tahun atau awal tahun depan,” katanya. Terlanjur bercerita soal lakonan, kini wajah Izreen sedang rancak diperkatakan apabila muncul bersahaja melakonkan watak Akmar dalam drama siri Jangan Ambil Padang Kami tayangan Astro Ria. Jelasnya yang menyifatkan drama siri terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd itu adalah sebuah plot cerita realistik dan begitu menarik, watak Akmar adalah dimensi berbeza buatnya sepanjang bergelar anak seni. “Bayangkan, saya perlu melakonkan watak seorang pengkid yang awalnya menaruh perasaan kepada Mai lakonan Sheira Ayob. Inilah pertama kali saya melakonkan watak sebegini kerana sebelum ini saya banyak diberi kepercayaan melakonkan watak jahat saja. Memang mencabar dan sukar kerana saya perlu mendalami perasaan dan emosi watak sebegitu. “Namun saya memang tertarik sejak awal meneliti skripnya lagi kerana drama siri ini memang sesuatu yang berbeza dan bebas baik dari sudut lakonan mahupun penyampaian dialognya kerana pengarahnya, Joeza Rasidi, begitu menitikberatkan soal kebebasan kepada barisan pelakon dalam menghidupkan watak masing-masing,” katanya. Jangan Ambil Padang Kami turut menampilkan bintang-bintang popular lain termasuk Betto Kusyari, Elfira Loy, Sheira Ayob dan Syazwan Zulkifli. Pastikan temujanji anda untuk mengikuti pergolakan yang berlaku kepada sekumpulan remaja di kawasan perumahan flet dalam usaha mereka mempertahankan padang yang menjadi satu-satunya tempat untuk mereka berkumpul dan bermain pada setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104 Astro).

Izreen Azminda tertekan


LAZIMNYA, mana-mana wanita, apabila menjelang majlis besar seperti majlis pertunangan, hati pasti berbunga-bunga. Semua itu akan terzahir secara natural pada riak wajah tanpa dipaksa-paksa.

Masakan tidak. Pertunangan ibarat satu kaki sudah melangkah masuk ke dalam fasa seterusnya iaitu fasa perkahwinan.

Bohonglah kalau ada yang tidak suka. Lebih-lebih lagi kalau bakal tunang itu merupakan lelaki yang dicintai.

Pun begitu, situasi sedikit berlainan apabila menyentuh mengenai pertunangan pelakon Izreen Azminda Aznam , 27.

Berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan pada tarikh istimewa 1 Januari lalu, pertunangan itu ibarat membuka jendela baru buat tahun 2012 yang dinanti semua.

Namun, apa yang bersarang dalam hati Izreen dua hari sebelum majlis berlangsung begitu berbeza.

Semuanya gara-gara dia terpaksa berhadapan dengan satu lagi kontroversi dan kali ini ia melibatkan tunangnya sendiri, Muhammad Riza Baharuddin, 29.

Antara kontroversi yang disebarkan ialah status Riza yang pernah berkahwin dengan bekas isteri pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud.

Selain itu, Riza juga dikecam kerana didakwa pernah membuatkan bekas teman wanitanya yang bernama Rafeda mengandung.

Mengikut rekod, Rafeda juga merupakan wanita yang pernah tampil membuat kenyataan di media kononnya Izreen telah merampas Riza yang didakwa tunangnya sebelum ini.

Mungkin inilah yang dikatakan dugaan buat pasangan yang ingin mendirikan masjid dan bagi Izreen sendiri, dia tidak menolak perkara itu.

“Ini adalah ujian buat saya dan Riza. Saya tahu ada pihak yang tidak mahu melihat kami bahagia bersama dan mahu menjatuhkan saya.

“Jujur saya cakap memang saya tertekan dan hampir `goyang’ kerana sekali lagi kontroversi melanda dalam hidup saya.

“Tak sudah-sudah saya dihimpit kontroversi. Kalau saya tak kuat memang saya akan jatuh,” katanya.

Melahirkan rasa hairan, kata Izreen, sehingga sekarang dia terfikir mengapa ada pihak yang sengaja melemparkan semua tohmahan itu walhal semua sudah tahu majlis besarnya sudah semakin mendekat.

Lebih memeningkan kepalanya, meski kontroversi terbaru itu membabitkan Riza, Izreen tahu tempias cemuhan dan kritikan sudah tentu lebih terarah padanya.

“Riza dituduh membuntingkan bekas teman wanitanya, berkahwin dengan Julia Daud, apa semua tu?

“Kalau betul sekalipun, itu semua kisah silam dia. Tak perlulah nak kaitkan dengan masa sekarang. Masalahnya sekarang, apa yang disebarkan itu fitnah semata.

“Riza sudah menerangkan segala-galanya mengenai kisah silam dia bersama bekas teman wanitanya itu.

“Kalau betul dia dibuntingkan oleh Riza, tunjuk bukti. Kalau dia boleh canang cerita mengenai gambar percutian dan sebagainya, saya percaya dia tentu tak rasa malu untuk tunjuk buktinya.

“Begitu juga dengan isu Julia Daud, itu semua cerita tak betul, ” ujar Izreen.

Pelakon drama Tentang Dhia ini mengaku meski terkejut dengan gosip yang melanda, dia tidak mudah goyah.

Prinsipnya, asal Riza jujur menceritakan segala kebenaran, dia akan meletakkan kepercayaan kepada tunangnya itu.

“Saya tak kisah dia duda jadi kenapa orang lain nak mempersoalkan hasrat saya untuk berkahwin dengan dia? Bukannya saya nak berkahwin dengan suami orang,” katanya.

Hentikan tohmahan

Merasakan dirinya lebih mengenali Riza, kata Izreen, dia amat berbesar hati sekiranya segala tohmahan yang dilempar sama ada ke atas Riza mahupun dirinya dihentikan.

Ini kerana, kata Izreen, dia sudah penat mahu mengulas perkara yang sama setiap kali ditanya pihak media dan masyarakat khususnya.

“Tolonglah beri saya ruang bernafas. Saya dah tak mahu ambil pusing mengenai isu-isu begini.

“Saya cuma mahu fokus pada lakonan dan hari perkahwinan saya kelak. Moga-moga tak ada masalah,” katanya.

Selain itu, Izreen juga tidak menolak ada kemungkinan sebelum majlis perkahwinannya berlangsung pada 31 Ogos 2012 kelak dia sekali lagi bakal dihujani lagi dengan kontroversi.

“Saya tak menolak kemungkinan akan ada lagi isu yang sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu sebelum majlis berlangsung.

“Tetapi jangan risau, saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Bagi Izreen, segala penjelasan sudah pun dibuat dan kini menanti untuk hidup bahagia bersama Riza yang juga mahu melupakan kisah silam mereka.

Tepis Segala Fitnah, Izreen Azminda Percaya Bakal Tunang


PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Juvana, Izreen Azminda tetap akan menerima Mohammad Riza Baharuddin sebagai calon suaminya walaupun terdapat pelbagai tohmahan dan fitnah buruk dilemparkan kepada pemuda tersebut sebelum majlis pertunangan mereka pada Ahad.

Izreen berkata, dia meletakkan keyakinan seratus peratus terhadap Riza kerana dia telah pun menjelaskan mengenai hal peribadinya serta tuduhan terhadap e-mel yang disebarkan baru-baru ini.

"Setiap orang ada sejarah hitam tersendiri. Mungkin dia sudah berubah dan saya tidak peduli dengan apa juga kisah silamnya kerana dia adalah lelaki yang tidak seperti mana digambarkan.

"Saya menerima dia dengan hati terbuka dan penuh keyakinan. Saya tidak akan menilai siapa dirinya sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Dalam pada itu, Izreen berkata, dia mendapat tahu mengenai perihal e-mel yang memfitnah Riza daripada rakan-rakanya yang membaca dalam blog hiburan dan tidak terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan.

Izreen berkata, sepanjang berkawan dengan Riza, dia mendapati lelaki berstatus duda anak satu itu adalah seorang yang baik dan selesa bersamanya.

"Saya hanya mendapat tahu mengenai e-mel berkenaan semalam (Rabu) dan telah meneliti kandungan e-mel itu.

"Mana-mana perkara yang benar bagi saya biarlah itu menjadi sejarah hidupnya dan fitnah dilemparkan pula bagi saya adalah tidak adil untuk kami berdua terutamanya di saat kami ingin melangkah ke fasa baru dalam hubungan kami," katanya.

Terdahulu, blog hiburan mendedahkan mendapat maklumat daripada seorang individu dengan gelaran MJ mendakwa Riza pernah berkahwin dengan bekas isteri kepada seorang pelakon lelaki popular.

Selain itu, Riza didakwa masih menyimpan foto dan video percutian bersama kekasihnya dikenali sebagai Rafeda semasa masih bergelar suami kepada isteri pelakon lelaki berkenaan.

E-mel tersebut turut merayu kepada Izreen untuk bersemuka dengan wanita yang pernah dikaitkan dengan Riza itu.

Sementara itu, bercerita mengenai majlis pertunangannya yang bakal berlangsung di Alor Setar, Kedah pada Ahad, Izreen membritahu, segala persiapan telah pun dibuat dan hanya menanti detik bergelar tunangan orang.

Katanya, majlis pertunangan itu nanti akan diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.

"Sejujurnya saya gementar untuk menanti hari pertunangan itu dan berharap segalanya berjalan dengan lancar," ujarnya.

Izreen berkata, dia dan Riza berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan sebelum Hari Raya Aidilfitri depa jika jadual kerjaya mereka tidak padat.

Izreen akan umum pertunangan


AKTRES dengan nama Izreen Azminda ini sedang menebarkan namanya dengan debunga bakat. Eksplorasi bakatnya banyak ditunjangi watak antagonis yang berjaya membuat penonton berasa benci.

Kemunculan dengan watak kontra dalam drama popular Juvana, menambahkan lagi sebab mengapa dirinya dilihat sebagai pelapis aktres tanah air.

Sewaktu sedang enak melakar satu demi satu portfolio atas nama pelakon, cerita-cerita peribadi turut menghimpit dirinya. Seakan-akan terkesan dengan watak antagonis yang dipegangnya, ada sahaja cerita panas dan kelam menghampiri pelakon ini.

Terbaru, pelakon berusia 26 tahun ini dikatakan bakal bertunang dengan seorang jejaka di belakang tabir. Bukan sebuah cerita negatif tetapi nampaknya hidup Izreen sekarang sudah masuk dalam baris pelakon yang semakin ingin dikenali lebih daripada sekadar cerita di layar.

Sedang enak melayari hari-hari penggambaran di bawah arahan Michael Ang, Izreen bakal muncul dengan sebuah telefilem yang bertajuk Pelesit dan Penjara.

Dengarnya akan bertunang tidak lama lagi?

(Gelak) Mana dengar cerita? Tidak ada perancangan apa pun lagi. Saya sedang sibuk dengan penggambaran. Kalau ada dan sampai masa, saya akan umumkan.

Maksudnya benarlah ada hubungan cinta dengan orang di belakang tabir?

Saya berkawan-kawan sahaja dan sejauh ini belum ada hubungan istimewa dengan siapa-siapa pun. Orang mungkin salah tafsir kerana saya berkawan dengan semua orang terutamanya orang produksi. Saya memang boleh ngam.

Tiada hubungan istimewa dengan siapa-siapa?

Tidak ada. Baru-baru ini saya sudah terkena, jadi kena relaks dulu. Saya tak nafikan kalau jodoh sampai, saya terima seadanya. Saya ni sebenarnya suka lelaki yang berwajah Melayu. Perangainya kena kontra dengan saya maksudnya dia perlu jadi air kerana saya bersifat api.

Setelah Juvana dan polemik dengan Johan (Botak), nampaknya cerita peribadi Izreen bertubi-tubi keluar. Peminat hendak tahu cerita peribadi Izreen. Komen Izreen?

Memang tidak dinafikan tahun ini paling banyak saya dilanda kontroversi. Itu lumrah dan saya sudah bersedia. Awalnya mungkin saya kekok diterjah soalan sebegitu dan saya emosi menjawab. Itu pengajaran dan pada masa depan saya lebih berhati-hati menjawab. Kadang kala penyampaian itu tidak sama dengan tafsiran.

Sejauh mana keterbukaan Izreen berkongsi cerita-cerita peribadi dengan peminat?

Sekarang ini saya lebih selesa bercakap pasal kerja. Tentang peribadi, ada batasnya.

Bagaimana melihat perjalanan tahun 2011 dan harapan 2012?

Perjalanan 2011 sangat mencabar kerana bukan sahaja saya diterima ramai tapi juga terpalit kontroversi yang bukan-bukan. Saya ingat orang akan menyampah dengan saya, tetapi saya lihat sambutan orang ramai terhadap saya sangat baik kerana lakonan saya.

Daripada aspek karier, saya bersyukur kerana diberi kepercayaan penerbit, pengarah dan penonton. Sejak drama Tentang Dhia ditayangkan di TV3, orang lebih memanggil saya dengan nama Melly berbanding cikgu Zakiah (Juvana). Pengarah, Michael Ang juga antara individu yang mempercayai saya dengan memberikan watak yang berat dan comot. Saya mengharapkan 2012 akan muncul dengan kurangnya kontroversi dan prestasi kerja semakin meningkat.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails