Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Amyra Rosli. Show all posts
Showing posts with label Amyra Rosli. Show all posts
Tolak Tawaran Berlakon Punca Amyra Rosli Dituduh 'Demand'
Pelakon Amyra Rosli menjelaskan gosip yang mengatakan dia mula bersikap 'demand' mungkin berpunca daripada dia menolak beberapa tawaran berlakon sebelum ini.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 23, berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran bukan disebabkan tidak berpuas hati dengan soal bayaran sebaliknya faktor masa menjadi penyebab dia berbuat demikian.
"Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu saya tidak bersikap 'demand' dan saya tolak kerana faktor jadual yang padat dengan projek lain.
"Saya boleh terima tetapi saya sedar ia akan menimbulkan masalah lain kerana tidak dapat memberikan komitmen," katanya kepada mStar Online.
Amyra menjelaskan gosip kononnya dia mula berubah sikap semenjak namanya sebagai pelakon semakin melonjak selain seringkali diberikan peranan utama oleh produksi.
Dalam pada itu, Amyra berkata, sepanjang dua tahun melibatkan diri sebagai pelakon dia tidak pernah meletakkan harga kerana menyedarai masih baharu dalam bidang seni.
Malah dia dan ibu yang juga pengurusnya, Noor Zaridah Ahmad sentiasa bertoleransi berhubung soal bayaran dan setakat ini tidak pernah merungut dengan hasil diterima.
"Semua perkara boleh dibawa berbincang dan sekiranya ada toleransi antara kedua-dua belah pihak pasti tiada masalah," ujarnya.
Sementara itu, pelakon utama drama bersiri Suamiku Encik Sotong itu memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada produksi yang ingin menggandingkannya dengan bekas tunangnya, Dazrin Kamaruddin dalam sesebuah projek.
Jelas Amyra, dia profesional sekiranya ia melibatkan kerjaya dan apa yang berlaku diantaranya dengan Dazrin adalah masalah peribadi.
"Jika ada tawaran saya akan lihat skrip terlebih dahulu dan jika bersesuaian saya tidak lihat mengapa perlu tolak," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Amyra berkata, buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya dan tidak terlalu memikirkan soal cinta.
Jelas Amyra, tahun hadapan dia ingin mengembangkan kerjaya lakonannya ke tahap lebih baik dan tidak mahu berada di tahap sama.
"Bukan bererti saya serik untuk bercinta tetapi buat masa ini biarlah dahulu dan kerjaya harus diutamakan," katanya.
Susah jatuh cinta - Amyra Rosli
SEKARANG saya masih solo. Tidak ada siapa pun yang sedang mengisi kekosongan hati saya," kata Amyra Rosli berhubung status terkininya setelah impian untuk bergelar isteri kepada pelakon Dazrin Kamaruddin musnah di tengah jalan.
Kisah putus tunang dan pembatalan majlis perkahwinan itu bagi Amyra sememangnya ingin ditutup rapat-rapat. Biar tarikh 8 Ogos 2014 lalu hanya lipatan sejarah dan kepingan memori luka dalam kehidupannya.
Semua orang memang akan lalui pelbagai cabaran, cuma diuji dengan cara yang berlainan. Dia yakin semua yang berlaku ada hikmahnya. Ada pengajaran yang diperoleh jika dia reda dan berserah kepada Allah yang satu.
Kata Amyra, selepas putus tunang, dia lebih banyak muhasabah diri membuatkan dia kelihatan kuat hadapi semua yang berlaku.
Diam itu lebih bagus walaupun didesak untuk membuka hal yang sebenar. Untuk menghormati semua orang, saya cuma boleh cakap, antara saya dan dia sudah tiada jodoh.
Saya yakin perancangan Tuhan lebih besar daripada segala-galanya," katanya yang tidak menjadikan soal jodoh sebagai keutamaan buat masa ini.
Malah, kata anak sulung kepada empat beradik ini, dia sebenarnya susah untuk jatuh cinta kepada orang lain.
Kalau saya baru putus cinta. Ini bukan bermaksud saya akan terus mendapat cinta baharu selepas itu.
Bukan mudah untuk saya kenal dan mencintai orang itu dalam masa terdekat. Banyak masa yang saya perlukan.
Begitu juga dengan Dazrin dulu. Saya kenal dengan dia sudah lama. Lebih dua tahun, cuma baru sahaja mengikat ikatan cinta setelah kenal hati budi masing-masing sebelum kami memutuskan untuk bertunang setahun kemudian," jelasnya.
Mengaku masih berhubung dengan Dazrin, kata Amyra, komunikasi itu semuanya berlaku kerana soal kerja.
Saya mengaku semua itu kerana industri ini kecil sahaja. Saya memang tidak boleh mengelak walau ke mana saya pergi.
Dan saya juga tidak ada cakap yang akan menjauhkan diri daripadanya. Mana tahu, suatu hari kami akan digandingkan dalam cerita yang sama. Namun, setakat ini, tiada tawaran yang mahu kerjasama kami," ujar wanita berusia 23 tahun ini.
Juga tidak meletakkan masa untuk kembali bersama Dazrin, katanya, biarlah masa yang menentukan.
Amyra tidak mahu bercakap tentang perkara yang agak rumit. Tambahnya, kalau ada jodoh antara mereka, maka adalah kerana dia pasti tidak mampu untuk melawannya. Hanya yang mampu dia lakukan adalah doa untuk peroleh kebaikan.
Saya minta maaf - Amyra Rosli
LARI dari set penggambaran? Cerita ini bagaikan tiada penghujungnya. Bukan sekali kita mendengar isu ini kalangan artis baru, malah sudah banyak kali ia dilaporkan.
Kisah terbaharu yang didengar adalah mengenai Fasha Sandha yang dikatakan telah meninggalkan lokasi penggambaran telemovie Baju Raya Yaya arahan Shuhaimi Lua. Rasa-rasanya ramai yang sudah maklum akan disiplin kerja aktres ini. Kalau orang kata pukul 8.30 pagi kena ada di set. Dia mesti akan datang tepat pada waktunya.
Kali ini, Fasha dilaporkan meninggalkan set selepas tiga hari berturut-turut terpaksa menunggu berjam-jam ketibaan pelakon baharu bernama Amyra Rosli yang datang lewat.
Untuk mengetahui situasi sebenar, wartawan Hits, GARRET DAWUM dapatkan penjelasan daripada Amyra Rosli sendiri berhubung perkara itu.
Hits: Amyra yang menyebabkan Fasha tinggalkan set penggambaran, betul ke?
Amyra: Pertama sekali saya ingin meminta maaf. Saya sudah dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta ulasan mengenai isu ini.Sedikit sahaja yang boleh saya katakan, isu ini sebenarnya adalah hal dalam produksi. Punca kejadian juga bukan berasal daripada saya.
Bukan berpunca daripada Amyra walaupun sudah terang lagi kenyataan yang dikeluarkan mengatakan bahawa Amyra datang lewat sehingga tiga jam. Apakah Amyra cuba menuding jari dan menyalahkan orang lain?
Saya tidak cuba untuk menyalahkan sesiapa kerana perkara ini sudah diselesaikan secara baik melibatkan semua pihak. Kami juga sudah saling bermaaf-maafan.
Perkara ini sudah diselesaikan, maksudnya?
Sepanjang setahun lebih saya dalam industri, tidak pernah sekali pun timbulnya isu lambat atau disiplin melibatkan saya. Mungkin kali ini, saya kurang bernasib baik. Dari mana datangnya cerita itu. Mereka perlu selidik dulu apa yang berlaku. Jangan terus menghentam.
Paling saya takut adalah perasaan ibu saya. Dia pasti sedih kalau timbulnya perkara ini. Dia (ibu) yang menguruskan jadual saya. Mesti akan ada orang cakap dia tidak boleh menguruskan saya.
Tetapi kenyataan yang dikeluarkan mengatakan bukan sehari Amyra lewat tetapi sudah beberapa hari. Maknanya anda memang pelakon bermasalah?
Hal ini sangat kecil dan saya sendiri tidak mahu mempebesar-besarkan isu ini. Semua sudah selesai. Itu sahaja.
Kenapa Amyra tidak mengikut cara Fasha yang memang berdisiplin?
Sekali lagi, saya tidak datang lewat. Tetapi semuanya salah faham sahaja dan saya tidak mahu lagi mengeruhkan lagi keadaan.
Saya mahu bertahan lama dalam industri ini. Saya ikhlas dalam bidang ini. Sebagai orang baru memang saya hormati Fasha sebagai pelakon yang lebih senior.
Sebelum ini, Fasha pernah mempersoalkan masalah disiplin yang turut dihadapi Dazrin Kamaruddin iaitu tunang Amyra. Adakah ini balas dendam untuk awak berdua?
Semua yang berlaku adalah kebetulan. Tiada istilah balas dendam atau apa-apa sahaja. Saya sendiri tidak berani cakap tentang semu itu. Memang kisah Dazrin sebelum ini sudah saya ambil sebagai pengajaran terutama jika saya ingin berjaya sebagai pelakon.
Apakah perkembangan terkini Amyra?
Saya sekarang akan menjalani penggambaran Oh My English dan saya sudah jadikan ia sebagai fokus untuk saya buat masa sekarang.
Persiapan kahwin macam mana pula?
(Ketawa). Persiapan itu kami belum ada lagi perancangan. Kami masih memilih tarikh yang sesuai. Lagipun, kami menghormati masa masing-masing yang masih sibuk. Ibu bapa juga tidak pernah memaksa untuk kami cepatkan majlis.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
