Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Andy Flop Poppy. Show all posts
Showing posts with label Andy Flop Poppy. Show all posts

Isteri Tidak Setuju Andy Flop Poppy Berpoligami

Isteri kepada vokalis kumpulan Flop Poppy, Andy iaitu Nurul Shafizan Othman, 42, tidak pernah bersetuju dengan perkahwinan kedua suaminya itu. Shafizan sebaliknya berkata, dia terkejut dengan pengakuan dibuat Andy menerusi akaun Instagram miliknya dan berharap rumah tangga mereka dapat kembali kepada asal. "Saya tidak setuju denga perkahwinan itu. Biar Allah yang tentukan. "Moga rumah tangga saya dapat kembali kepada asal. Mungkin ini dugaan saya dengan anak-anak. Selebihnya, saya enggan komen lanjut," katanya kepada mStar Online.
Pada Rabu lalu, Andy atau nama sebenarnya Megat Effendy Zakaria, 43, menerusi akaun Instagram mendedahkan sudah bernikah buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Aliaah Abdullah. Bagaimanapun Andy tidak memberitahu tarikh pernikahan mereka. Pendedahan itu membuatkan ramai yang terkejut memandangkan Andy sering dilihat mempunyai keluarga bahagia di samping isteri dan tujuh orang anaknya iaitu Megat Daniel Azreen, 23, Megat Zarul Mukhriz, 21, Puteri Adlin Natasya, 18, Puteri Adlin Syafinie, 17, Puteri Adlin Syafinaz, 12, Megat Adam Zakaria, 4 dan Puteri Sumayyah Ramadhani, 10 bulan. Dalam pada itu, selain menerima ucapan tahniah, Andy turut tidak lari daripada dipandang buruk oleh peminat-peminatnya. Sementara itu, Andy yang dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Andy dan Shafizan telah mendirikan rumah tangga pada 2 Disember 1991.

Wang RM100,000 Milik Anak Andy Flopp Poppy Lesap Dilarikan 'Pegawai Kastam'

. Impian vokalis kumpulan Loka yang juga anak kepada penyanyi Andy (Flop Poppy) iaitu Dan Azreen untuk memiliki kereta baharu musnah apabila wang deposit berjumlah RM100,000 miliknya lesap dilarikan seorang lelaki kira-kira lima bulan lalu. Dan atau nama sebenarnya Megat Daniel Azreen, 22, berkata, jumlah tersebut diserahkan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam Daerah Lumut, Perak bagi proses pembelian tiga kereta untuk dirinya, tunang dan seorang kenalan mereka. "Ada seorang kenalan yang memperkenalkan saya kepada individu itu dan saya mula yakin apabila dia menunjukkan bukti termasuk kad kuasa miliknya selain memberitahu dia boleh membantu dalam proses pembelian kenderaan lelong Kastam. "Malah dia turut membawa saya, tunang dan seorang kenalan ke gudang tempat penyimpanan kereta tersebut di Perak kononnya tempat kereta kami disimpan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin. Jelas Dan lagi, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Faleq itu turut membawa mereka ke rumah keluarganya di Bota Kiri, Perak untuk berjumpa keluarganya dan ia menambahkan keyakinannya terhadap individu itu. "Selepas kami menyerahkan wang berkenaan secara tunai kepadanya dia ada menyerahkan satu salinan geran dan sijil daripada Puspakom namun tidak menyertakan nombor plat kenderaan tersebut. "Sejak itu dia mula memberikan pelbagai alasan apabila ditanya bila kami boleh dapat kenderaan tersebut sehinggalah dia menghilangkan diri. Kali terakhir dia menghantar mesej kepada saya pada 27 September lalu," ujarnya.
Dan turut memuat naik gambar lelaki yang didakwa melarikan wangnya. Dalam pada itu, Dan memberitahu sebelum membuat laporan polis mereka merujuk perkara itu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendapati kereta yang dimaksudkan tidak pernah didaftarkan. Menyedari mereka ditipu, Dan membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dekat sini baru-baru ini dan kes berkenaan sedang dalam siasatan. "Kami bukan sahaja membuat laporan polis malah turut menghubungi keluarganya di Perak namun mereka turut mendakwa tidak mengetahui di mana lelaki itu berada," ujarnya. Sementara itu, Dan berkata, pendedahan tentang perkara tersebut di laman sosial Instagram dan Facebook baru-baru ini turut mendapati lelaki berkenaan telah melakukan banyak penipuan berhubung jual beli kereta. Malah kata Dan, beberapa rakan dan saudara terdekatnya juga pernah menjadi mangsa penipuan tersebut dengan pelbagai taktik sebelum melarikan diri selepas mendapat wang yang diminta. "Saya salahkan diri saya sebenarnya kerana terlalu mempercayai orang dan langsung tidak terdetik dalam hati saya akan ditipu sehingga ratusan ribu ringgit. "Ralat menang ralat kerana itu adalah wang simpanan saya tetapi ini adalah pengajaran buat saya supaya tidak mudah mempercayai orang lain. Tidak lagi selepas ini," katanya. Dalam perkembangan lain, Dan berkata, kumpulan Loka bakal melancarkan single terbaharu mereka berjudul Teguh Tekadmu selain beberapa projek solo bersama Life Records. Selain itu, Dan sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan makanan bawah label Bonisimo Malaysia selain merancang untuk memasarkan produk mereka ke luar negara. "Produk yang kami keluarkan adalah snek seperti Almond Snaps yang agak mahal di luar negara dan kami mengambil peluang ini untuk memasuki pasaran antarabangsa dengan harga lebih murah dan paling penting ia halal," katanya.

Andy sambut anak


SYABAS Diva ucapkan kepada pasangan Andy Flop Poppy dan isterinya, Nurul Sharizan Othman yang dianugerahkan cahaya mata keenam baru-baru ini.

Diva teruja sangat dapat mesej daripada isteri Andy yang menyatakan dia selamat melahirkan bayi lelaki itu di rumah dan si comel itu disambut oleh Andy sendiri.

Tak sempat ke hospital, putera mereka mahu cepat-cepat melihat dunia.

Megat Adam Zakaria Megat Effendy selamat dilahirkan di rumah mereka di Damansara.

Andy yang merupakan vokalis grup Flop Poppy dan The Malayan itu menjadi bidan terjun.

Menurut isteri Andy yang dikenali dengan nama Baby, ini bukan kali pertama Andy menjadi bidan. Sewaktu kelahiran anak mereka Puteri Shafinaz, Andy turut menjadi bidan kerana dia tidak sempat ke hospital.

Diva dan teman-teman mahu mengucapkan selamat datang buat Adam, anak bongsu Andy dan Baby setakat ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails