SYABAS Diva ucapkan kepada pasangan Andy Flop Poppy dan isterinya, Nurul Sharizan Othman yang dianugerahkan cahaya mata keenam baru-baru ini.
Diva teruja sangat dapat mesej daripada isteri Andy yang menyatakan dia selamat melahirkan bayi lelaki itu di rumah dan si comel itu disambut oleh Andy sendiri.
Tak sempat ke hospital, putera mereka mahu cepat-cepat melihat dunia.
Megat Adam Zakaria Megat Effendy selamat dilahirkan di rumah mereka di Damansara.
Andy yang merupakan vokalis grup Flop Poppy dan The Malayan itu menjadi bidan terjun.
Menurut isteri Andy yang dikenali dengan nama Baby, ini bukan kali pertama Andy menjadi bidan. Sewaktu kelahiran anak mereka Puteri Shafinaz, Andy turut menjadi bidan kerana dia tidak sempat ke hospital.
Diva dan teman-teman mahu mengucapkan selamat datang buat Adam, anak bongsu Andy dan Baby setakat ini.
