Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Angelina Jolie. Show all posts
Showing posts with label Angelina Jolie. Show all posts

Mahu Elak Kanser, Angelina Jolie Buang Payudara

PELAKON Angelina Jolie membuat pendedahan bahawa dia baru sahaja menjalani proses pembuangan payudaranya iaitu Double Mastectomy. Angelina atau lebih selesa dipanggil Angie berkata dia berbuat demikian bagi memastikan dirinya tidak terkena dengan penyakit kanser payudara. Menurut laporan portal New Kerala, selepas membuat rawatan kesihatan pada Januari lalu, aktres berusia 37 tahun itu mendapati peratusan dia mendapat kanser payudara adalah sebanyak 87 peratus (%) manakala 50% pula risiko untuk kanser rahim. "Proses pembedahan telah mula dijalankan sejak Februari lalu dan kini peratusan risiko mendapat kanser payudara turun mendadak iaitu hanya 5%," katanya. Beritahu kekasih Brad Pitt itu, ibunya pernah melawan penyakit kanser itu selama 10 tahun dan meninggal dunia pada usia 56 tahun. Jadi dia enggan melalui penderitaan seperti ibunya dan berharap pendedahan yang dibuat dapat memberi manfaat kepada wanita lain menerusi pengalamannya itu. Dalam pada itu, Angie turut bersyukur apabila Brad sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya sepanjang proses pembuangan payudara itu dilakukan. Malah keadaannya itu membuatkan pasangan itu lebih mesra daripada biasa.

Cincin Pertunangan Angelina Jolie Bernilai RM764 Ribu


WASHINGTON: Cincin yang kelihatan di jari manis aktres Angelina Jolie, dipercayai cincin pertunangannya dengan aktor Brad Pitt dianggarkan bernilai RM764,000 (ASD 250,000).

Difahamkan, aktor berusia 48 tahun itu menempah khas cincin berlian dengan potongan baru zamrud itu daripad pembuat jauhari Robert Procop sebagai cincin pertunangan mereka.

Jolie, 36, dilihat menyarung cincin enam karat itu ketika pasangan berkenaan menghadiri sebuah majlis tertutup di LACMA, baru-baru ini.

“Cincin berlian yang bertatahkan potongan batu zamrud mempunyai beberapa segi, ia tidak bersinar seperti potongan batu yang lain tetapi itu bermakna ia perlu dihasilkan dengan kualiti terbaik.

“Kilauan batu zamrud ini putih dan suci. Memandangkan Brad dan Angelina sering memilih unsur-unsur yang simbolik dan emosi dalam hubungan mereka, maka tidak hairanlah Brad memilih cincin itu sebagai simbolik cinta mereka yang tidak akan pudar.

"Cincin itu akan menjadi harta pusaka yang bernilai tinggi. Saya menganggarkan ia bernilai ASD250,000,” kata pakar jauhari Michael O’Connor kepada majalah Us Magazine.

Angelina kecewa


ANGELINA Jolie berasa sangat kecewa apabila filem terbarunya, The Tourist dikatakan tidak mendapat sambutan yang hangat daripada penggemar filem. Filem yang mempertemukan dia dan Johnny Depp itu hanya mampu meraih kutipan sebanyak RM64 juta pada minggu pertama ia ditayangkan. Ternyata ia amat berbeza dengan sambutan filem-filem lakonannya sebelum ini.

“Angelina sangat marah apabila mendengar khabar buruk tersebut meskipun Brad Pitt telah memberi semangat kepadanya.

“Boleh dikatakan ia merupakan kejutan terbesar dalam kariernya,” ujar sumber terdekat pelakon itu.

Aktres yang telah meraih tiga trofi di Anugerah Golden Globe itu juga dikatakan telah memberikan lakonan yang terbaik untuk filem tersebut.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya.

Angelina Jolie seperti Elizabeth Taylor


APABILA ditawarkan peluang berlakon dalam filem The Tourist, Johnny Depp tidak perlu menunggu lama kerana dia mempunyai beberapa sebab untuk menerima tawaran itu.

Selain daripada jalan cerita yang cukup menarik perhatian, Depp mengakui tarikan utama mengapa dia bersetuju membintangi The Tourist adalah kerana Angelina Jolie.

Sementelah The Tourist merupakan filem pertama yang menggandingkan Depp dan Jolie sebagai teraju utama.

Biarpun sudah menjadi seorang aktor tersohor dunia, namun, peluang untuk dia bergandingan dengan Jolie tidak pernah kunjung tiba.

Secara jujurnya, Depp tidak pernah mengenali Jolie secara personal. Kalau ada pun hanyalah bertegur sapa secara ringkas di majlis formal mahupun anugerah.

“Saya memang sudah bertahun-tahun mengenali pasangan Jolie iaitu Brad Pitt yang merupakan salah seorang kawan karib saya.

“Begitu juga perkenalan saya dengan bapa Jolie iaitu Jon Voight yang saya kenali sudah cukup lama.

“Bayangkan, saya sendiri tidak pernah duduk secara empat mata dengan Jolie dan saya tidak tahu bagaimanakah karakternya yang sebenar.

“Saya seorang yang bukan suka menghakimi seseorang tanpa mengenalinya dahulu. Biarpun banyak kisah Jolie yang dipaparkan di media massa, ia sedikit pun tidak berupaya mempengaruhi saya,” ujar Depp ketika diminta mengulas tentang Jolie yang memainkan peranan sebagai Elise Clifton-Ward dalam filem The Tourist.

Apabila bertemu buat pertama kalinya dengan Jolie pada sesi pra produksi The Tourist, Depp tidak mampu menyembunyikan naluri lelakinya yang cukup kagum dengan keperibadian Jolie.

Walaupun secara luaran wanita itu tampak agresif dengan raut wajah yang serius, namun selepas mula mengenali Jolie, Depp dapat menyimpulkan bahawa kekasih Brad Pitt itu sebenarnya seorang yang lucu.

“Bayangkan apabila dia masuk sahaja ke dalam set penggambaran, semua orang mengagumi dan ‘cair’ melihatnya. Begitu juga dengan saya (ketawa).

“Dia memang seorang wanita hebat dan saya sendiri tidak pernah menyangka dia begitu melucukan. Memang tanpa ragu, Jolie memiliki rasa humor yang sangat tinggi.

“Bukan itu sahaja, saya memang kagum dengan tenaga yang ada dalam dirinya itu yang saya sifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa. Tenaganya itu dapat menyamai kuasa yang dimiliki oleh 300 orang! Itu memang gila,” kata aktor berusia 47 tahun yang mula mencipta nama menerusi siri televisyen 21 Jump Street sekitar lewat tahun 80-an itu lagi.

Serupa

Memang tidak habis-habis Depp memuji Jolie yang pada pandangannya merupakan seorang wanita yang menakjubkan.

Bukan mahu mengangkat tinggi wanita pujaan ramai lelaki itu, tetapi selepas mengenali Jolie, dia melihat Jolie tidak ubah seperti Elizabeth Taylor yang juga mempunyai perwatakan yang serupa.

“Saya bertuah kerana berpeluang mengenali Elizabeth Taylor dan apabila saya fikirkan kembali, saya dapat melihat kedua-dua wanita ini memiliki persamaan dari segi karakter.

“Personaliti sebenar mereka akan terserlah apabila saya dapat duduk secara empat mata dengan mereka. Daripada situ, semuanya akan keluar secara automatik dan keserasian serta keselesaan itu timbul untuk berdampingan,” ujar Depp yang cukup popular dengan watak Kapten Jack Sparrow menerusi filem trilogi, Pirates of the Caribbean itu lagi.

Seperkara lagi yang membuatkan Depp mempunyai rasa hormat terhadap pemenang Oscar itu adalah fokus dan tumpuannya tidak pernah lari biarpun sibuk dengan tugasan hariannya sebagai ibu, aktres dan duta kemanusiaan.

“Dalam pada dia sibuk dengan kerjanya sebagai seorang aktres, Jolie masih lagi mampu membesarkan anak-anaknya dengan sempurna. Dia bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya selain kerja-kerja kemanusiaan.

“Bukan semua mampu dapat melakukan perkara yang serupa seperti Jolie. Saya harus katakan ini juga, sebagai seorang aktres, dia juga cukup hebat dan profesional. Dia tahu apa yang dia lakukan,” katanya sambil merujuk kepada profesionalisme Jolie ketika di lokasi The Tourist.

Namun, Depp melahirkan rasa kasihannya terhadap Jolie dan Pitt serta anak-anak mereka yang seringkali menjadi mangsa paparazzi.

“Memang pelik kehidupan ini bukan? Dan bayangkan apabila kita bangun setiap pagi dan keluar rumah, kita sudah diekori oleh mereka yang bagaikan tidak mengerti apa yang kita mahukan iaitu privasi,” luah Depp melahirkan kekesalan terhadap penceroboh seperti paparazzi itu.

Sungguhpun begitu, jelas Depp, dia tetap mengagumi kekasihnya, Vanessa Paradis yang merupakan ibu kepada dua orang anaknya iaitu Lily-Rose Melody Depp dan John “Jack” Christopher Depp III masing-masing kini berusia 11 dan lapan tahun.

“Dia telah melunaskan tanggungjawabnya dengan baik dan saya bertuah kerana dapat memilikinya sebagai pasangan,” katanya ringkas yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Winona Ryder dan Kate Moss.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails